; Sekolah Selamat: Satu Kajian Hubungan Sekolah dan Masyarakat
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Sekolah Selamat: Satu Kajian Hubungan Sekolah dan Masyarakat

VIEWS: 3,208 PAGES: 16

Sebanyak 40 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia 459 daripada 1560 buah sekolah di seluruh negara menghadapi risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya seperti mencuri, mencabul, mengugut, merogol, dan membunuh (Dewan Masyarakat, Jun 2000). Pelbagai perdebatan timbul dan masing-masing menunding jari kepada pihak lain mengenai keadaan disiplin dan keselamatan sekolah membabitkan ibu bapa, masyarakat sekeliling, Kementerian Pelajaran, polis, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pelbagai cadangan dan tindakan dibuat untuk mengatasi masalah

More Info
  • pg 1
									       Sekolah Selamat: Satu Kajian Hubungan Sekolah dan Masyarakat
                                   Mohd Saleh bin Haji Idris
                                      IPGM Kampus Ipoh


1.1    PENGENALAN
Keselamatan sekolah adalah satu isu penting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh
mencegah kemalangan di kawasan sekolah, mencegah kebakaran, menghindari jenayah dan
gangguan, mengawal salah laku pelajar, dan mengurangkan liabiliti sekolah terhadap tindakan
saman dan tuntutan ganti rugi yang mungkin berlaku. Namun begitu usaha ini bukanlah terletak
dibahu sekolah semata-mata. Ia lebih kepada satu usaha bersepadu dan berterisan membabitkan
seluruh tenaga di sekolah dan masyarakat sekeliling.


Sebanyak 40 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia 459 daripada 1560 buah sekolah di
seluruh negara menghadapi risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan
pelajarnya seperti mencuri, mencabul, mengugut, merogol, dan membunuh (Dewan Masyarakat,
Jun 2000). Pelbagai perdebatan timbul dan masing-masing menunding jari kepada pihak lain
mengenai keadaan disiplin dan keselamatan sekolah membabitkan ibu bapa, masyarakat
sekeliling, Kementerian Pelajaran, polis, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pelbagai cadangan
dan tindakan dibuat untuk mengatasi masalah


Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya
terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan
psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah.




                                                                                          1
1.2    PENYATAAN MASALAH
Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan
persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi
terkini dan masa hadapan.


Cornell (1998) pula menyatakan bahawa pembentukan sekolah yang selamat memerlukan
penglibatan komuniti dalam merancang pencegahan dan intervensi krisis. Strategi yang berkesan
ialah: (i) pihak pengurusan sekolah membentuk hubungan bermakna dengan komuniti; (ii)
pembinaan hubungan positif antara murid dengan guru; (iii) perbincangan mengenai isu-isu
keselamatan secara terbuka; (iv) usaha pembinaan sahsiah positif di kalangan pelajar; dan (v)
pengenalpastian masalah dan konflik di kalangan murid.


Hasil kajian Quinn, Oshe, dan Hanley (1998) sejajar dengan rumusan Cornell. Hasil kajian
Quinn et al. menunjukkan bahawa penglibatan komuniti memainkan peranan utama untuk
membendung pelbagai tingkah laku ganas pelajar, kegiatan penyalahgunaan dadah dan bahan
merbahaya oleh pelajar, dan Iain-lain gejala sosial di kalangan pelajar.


Abdul Hadi (2002) dalam kertas kerjanya menyatakan bahawa juvana yang terlibat dalam
jenayah serius di Malaysia pada tahun 2001 ialah 487 orang (2.28% daripada jumlah kes jenayah
serius), dan bagi jenayah merompak dan mencuri harta benda ialah 2,971 orang (1.90% daripada
jumlah kes rompakan/mencuri). Walaupun dari segi peratusan adalah kecil, namun dari segi
bilangan ia adalah serius kerana pelajar sekolah tidak sewajarnya melakukan jenayah berat
seperti membunuh, merogol, merompak, mengedar dadah, dan mencederakan orang lain.
Lagipun, sekolah adalah institusi yang membentuk dan mendidik para pelajar menjadi manusia
dan warga negara yang mempunyai tatasusila dan peribadi yang baik. Lantaran itu, jenayah berat
yang dilakukan oleh pelajar sekolah membimbangkan masyarakat dan membayangkan
kelemahan sekolah dalam proses pembentukan peribadi manusia.




                                                                                            2
Oleh itu, kertas kerja ini akan menghuraikan tentang apa yang dikatakan sebagai konsep sekolah
selamat dan bagaimana pihak sekolah dan masyarakt seharusnya memainkan peranan untuk
mewujudkan keadaan sekolah yang lebih selamat pada masa kini dan akan datang.



1.3      OBJEKTIF KAJIAN
Perubahan dalam iklim pendidikan hari ini telah mewujudkan keperluan kepada mengenalpasti kaedah,
strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru-
guru. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutama keluarga, pihak sekolah dan komuniti
setempat untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.


Antara objektif kajian sekolah selamat yang dapat digariskan disini ialah:


      1) Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
         keluarga dan komuniti atau masyarakat setempat.
      2) Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
      3) Mempastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
      4) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
      5) Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
      6) Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.


Justeru itu, sekolah selamat kajian ini akan menumpukan perihal pembentukan satu polisi sekolah selamat
dengan menekankan kepada pembabitan kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi
pendidikan dari segi keselamatan. Disamping itu kajian ini akan melihat keupayaan pihak sekolah dalam
menangani isu-isu keselamatan secara keseluruhannya.




                                                                                                     3
             Rajah Satu: Pemufakatan Dalam Membentuk Budaya Sekolah Selamat



                                           SEKOLAH
                                           SELAMAT
                                  PEMUAFAKATAN   PEMUAFAKATAN




                                          MEWUJUDKAN
                                             BUDAYA
                                           SELAMAT DI
                                            SEKOLAH

                             KOMUNITI     PEMUAFAKATAN   KELUARGA
                             SELAMAT                     SELAMAT




1.4    SOALAN KAJIAN
Soalan kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen-elemen perancangan dan keupayaan sedia
ada yang membawa pembentukan budaya sekolah selamat dan hubungkaitnya dengan kerjasama
di antara pihak sekolah dan masyarakat sekeliling.




                                                                                        4
1.5    DEFINASI KONSEP
Bagi kajian ini, pengkaji mendefinisikan sekolah selamat sebagai satu persekitaran sekolah yang
selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan dari mana-mana pihak samada
dari luar mahupun dari dalam.


Pada asasnya konsep sekolah selamat merangkumi dua spek utama, fizikal dan sosial


                 Rajah Dua: Komponen yang membentuk Sekolah Selamat




Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita
mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara
sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah
selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif.


Mankala menurut Comer (1998), perancangan sekolah yang selamat adalah rangka kerja
tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. Ia
menjurus kepada aspek-aspek pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah dan
masyarakat sekeliling daripada elemen-elemen negatif seperti bebas dari dadah, keganasan,
ketakutan dan keadaan yang tidak memungkinkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar.



                                                                                                5
1.6    KEPENTINGAN KAJIAN
Realitinya kebanyakan sekolah di seluruh negara adalah „selamat‟ dan berfungsi secara efektif.
Walau bagaimanapun kita harus sedar pada hakikatnya bahawa terdapat murid yang datang dari
keluarga bermasalah dan juga wujudnya pengaruh luaran yang negatif yang mempengaruhi
murid sekolah hari ini.


Kajian ini akan memperlihatkan kepentingan dari aspek bagaimana mencapai dan mewujudkan
satu polisi sekolah yang selamat. Ia juga amat penting didalam melihat sejauhmanakah untuk
membentuk satu budaya yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku
pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar
mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar
di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna.




1.7 BATASAN KAJIAN
Batasan masa untuk membuat kajian dan keupayaan responden untuk menjawab dan
memulangkan semula borang kajiselidik telah menjadi batasan terhadap kajian ini.



1.8 POPULASI & SAMPELAN
Populasi dan sampelan yang digunakan merangkumi bentuk populasi dan sampelan daripada
seramai 67 orang guru dan wakil daripada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) mengenai kaedah
terbaik di dalam membentuk polisi sebuah sekolah yang selamat. Guru-guru dari kalangan guru
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. dan wakil Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang
menjadi responden kajian ini telah dipilih secara rambang, iaitu seramai 45 orang guru dan 22
wakil Persatuan Ibubapa dan Guru.




                                                                                            6
1.9 TEMPAT KAJIAN
Tempat kajian yang dipilih ialah di Sekolah Menengah Simpang Taiping. Sekolah yang berada di
dalam Daerah Larut matang dan Selama ini merupakan sebuah sekolah berstatus bandar dan
bergred A dengan kapasiti guru seramai 75 orang dan murid seramai 1489 orang.




1.10 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian dengan menggunakan kaedah borang soal selidik telah diedarkan kepada mereka
dengan izin pihak berkuasa pendidikan dan pengetua sekolah. Responden telah dinasihatkan
untuk mengelakkan bias dan prejudis semasa menjawab, iaitu mereka seboleh-bolehnya
memberikan gambaran sebenar dan objektif mengenai keadaan sekolah mereka dan cadangan
bagi mewujudkan sebuah sekolah yang selamat. Responden telah diberikan masa sehari untuk
menjawab soal selidik, dan kemudian soal selidik dipungut kembali. Sebanyak 55 soal selidik
yang berjawab dengan sempurna telah dapat dipungut. Data kajian telah dianalisis dengan
statistik mudah, iaitu kiraan peratusan.




                                                                                          7
2.0 DAPATAN
2.1 LATAR BELAKANG SAMPEL
Latarbelakang sampelan yang digunakan merangkumi bentuk populasi dan sampelan daripada
seramai 67 orang guru dan wakil daripada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Kebanyakan
guru-guru ini adalah pegawai pendidikan siswazah yang bergred dalam perkhidmatan dari DG41,
DG44 dan DG48. Wakil Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) pula adalah dari                    pelbagai
latarbelakang pendidikan dan pekerjaan.




2.2 DATA-DATA KAJIAN
Jadual Satu pula menerangkan hasil dapatan kajian ini yang meninjau cadangan tindakan dan
kegiatan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan, guru, dan komuniti untuk meningkatkan
keadaan dan taraf keselamatan sekolah. Jumlah borang kaji selidik responden yang dikembalikan
dan dikira adalah sebanyak 55.


Pada jadual tersebut, SB ialah 'sangat bersetuju', B ialah 'bersetuju', KB ialah 'kurang bersetuju',
dan TB ialah 'tidak bersetuju'.


Berdasarkan keputusan analisis dalam Jadual Satu, secara amnya sebahagian responden (sekitar
70%) menyatakan bahawa tindakan dan kegiatan untuk meningkatkan keadaan keselamatan
sekolah adalah bersetuju, dan sebahagian lain responden (sekitar 30%) menyatakan tindakan dan
kegiatan adalah kurang bersetuju.




                                                                                                  8
                                  JADUAL SATU
     Taburan Respon tentang Tindakan dan Kegiatan untuk Meningkatkan Keadaan
                               Keselamatan Sekolah

            Tindakan dan Kegiatan untuk Tingkatkan               Bilangan dan
                                                               Peratusan Respon
          Keselamatan Sekolah                 SB        B       KB         TB
Pembabitan sekolah dan masyarakat
Keperluan pemantauan berterusan               22       12       11         10
mengenai langkah penjagaan keselamatan
                                            (40.0%)   (21.8)   (20.0)     (18.2)
Keperluan guru dan staf sekolah mengikuti     23       12        8         12
beberapa siri latihan dan bengkel
                                            (41.8)    (21.8)   (14.5)     (21.8)
keselamatan sekolah
Keperluan penyertaan ibu bapa dalam           20       12        8          5
aktiviti keselamatan dan kebajikan di
                                            (36.3)    (21.8)   (14.5)     (9.09)
sekolah
Sokongan dan bantuan agensi tempatan          18       15       11         11
seperti polis dan bomba dalam hal
                                            (32.8)    (27.2)   (20.0)     (20.2)
keselamatan
sekolah
Penyertaan ibu bapa dalam memantau            20       19       10          6
anak-anak mereka yang bermasalah disiplin
                                            (36.3)    (34.5)   (18.2)     (10.9)




                                                                                   9
2.3 ANALISIS DATA
Daripada keputusan soalselidik yang diterangkan di dalam Jadual Satu, antara usaha-usaha yang
perlu dipertingkatkan lagi bagi menjayakan dasar sekolah selamat ialah dalam aspek:


      Guru dan staf sekolah mematuhi arahan dan peraturan keselamatan sekolah.
      Guru dan staf sekolah mengikuti siri latihan dan bengkel keselamatan sekolah.
      Penyertaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling penting dalam aktviti keselamatan dan
       kebajikan sekolah.
      Sokongan dan bantuan agensi tempatan seperti polis dan bomba adalah diperlukan dalam
       membentuk persekitaran selamat bagi sekolah


Justeru itu, bagi menjamin keadaan keselamatan sekolah yang lebih baik lagi, pihak pengurusan
sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) untuk melancarkan kempen sekolah selamat
menggunakan pelbagai kaedah praktikal. Semua guru, staf sekolah yang lain termasuklah
ibubapa dan masyarakat disekeliling sekolah untuk menunjukkan kepekaan terhadap
keselamatan sekolah. Ceramah-ceramah dan poster-poster mengenai jenayah, penyakit,
vandalisme, dan kebakaran perlu diadakan. Pihak pengurusan sekolah menerusi Pengetua, dan
Guru Besar perlu mengedarkan maklumat dan melibatkan para ibu bapa serta agensi seperti
Polis, Pemadam, dan Bomba dalam pelbagai aktiviti keselamatan dan kebajikan sekolah.




                                                                                          10
2.4. PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Usaha mewujudkan perancangan sekolah yang selamat ini juga adalah satu proses yang panjang,
sistematik dan komprehensif. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang optimum memerlukan
penglibatan semua pihak sama ada dari pihak sekolah dan masyarakat secara sistematik.
Daripada kajian ini, pengkaji merasakan terdapat beberapa pendekatan pencegahan dan
kesedaran harus difikirkan oleh semua pihak yang terlibat supaya sekolah itu terhindar daripada
gejala-gejala berkenaan.


   a) Kepemimpinan yang berkesan
       Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi,
       menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku
       para pelajar dan kakitangah, inovatif, mengadakan latihan dalam perkhidmatan dan
       menyediakan ruang untuk kakitangan dan pelajar menyelesaikan masalah dan
       menghapuskan konflik (Hussein Mahmood, 1993). Kepimpinan efektif yang diamalkan
       oleh pengetua dan pengurus sekolah akan mewujudkan budaya sekolah yang harmonis.


   b) Mewujud dan memanfaatkan jawatankuasa sokongan sekolah
       Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan komuniti (Necholson,1985). Oleh itu,
       sekolah perlu menubuh dan menafaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa
       Permuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau PIBG dalam
       merancangn langkah-langkah keselamatan pelajar. Contohnya, penbuhan Briged
       Komuniti peringkat sekolah yang dianggotai oleh wakil-wakil komuniti seperti PIBG,
       RELA, Polis, Pejabat Kesihatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampuang
       (JKKK), Pemadam, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh
       berfungsi antaranya untuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin dan
       mempertingkatkan aspek keselamatan sekolah wajar diteruskan dan diperluaskan
       peranannya.




                                                                                            11
c) Mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat
   Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat
   atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar sekolah,
   polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Apabila jalinan pertalian ini semakin
   lemah, risiko keganasan akan semakin bertambah dan peluang untuk membantu pelajar
   yang berisiko tinggi akan semakin menurun. Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama
   daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan
   yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu
   memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.


d) Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf
   Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar perlu dipupuk dan dijadikan sebagai
   amalan untuk mewujudkan iklim sekolah yang selamat. Perhubungan pelajar dengan
   orang dewasa di sekolah yang bersedia memberikan sokongan apabila diperlukan adalah
   satu daripada faktor kritikal dalam pencegahan keganasan pelajar.


e) Membincangkan isu keselamatan secara terbuka
   Penekanan tentang aspek keselamatan diri pelajar perlulah dididik melalui pengajaran,
   peraturan, latihan, bimbingan dan amalan-amalan di sekolah. Pelbagai program boleh
   dijalankan seperti ceramah, pameran, demonstrasi, dan lain-lain aktiviti, mempamerkan
   poster dan peraturan mengenai keselamatan membantu memberi kefahaman dan
   kesedaran pelajar mengenai keselamatan sekolah.


   Pengetua juga mesti menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan,
   pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas
   dan seumpamanya sebagai saluran bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang
   pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.




                                                                                     12
f) Kawalan keluar masuk sekolah
   Sekolah juga perlu mewujudkan suatu sistem kawalan dengan rekod yang kemas kini
   mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah
   termasuk yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk membawa murid keluar
   ketika dalam persekolahan. Pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dan pondok
   keselamatan perlu diwujudkan untuk memudahkan proses kawalan ini. Prosedur yang
   spesifik ke atas pelawat juga boleh diwujudkan untuk mengesan pelawat atau
   penceroboh. Tindakan ini dirasakan dapat mengawal pergerakan orang yang tidak
   dikenali dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah atau
   polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika sesuatu berlaku.


g) Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
   Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi
   sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di
   sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak
   sekolah perlu membersihkan semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan
   seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat.Aspek kawalan keselamatan
   sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran sekolah. Kawalan
   terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di antara
   bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap
   khabar angin dalam kawasan sekolah. Kawalan luaran sekolah pula melibatkan
   penyediaan pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan
   memastikan risiko berlakunya kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok
   tumbang atau pondok bacaan runtuh dan sebagainya.


h) Menyediakan sistem dan prosedur keselamatan pelajar dan sekolah
   Pengetua perlu menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian daripada
   Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-
   guru, pekerjapekerja dan ibu bapa. Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di
   sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan

                                                                                        13
  dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah,
  bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktivitiaktiviti yang melibatkan pelajar.


  Pihak polis boleh membantu mewujudkan sekolah selamat dengan melakukan rondaan
  berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan
  kepada warga sekolah. Pihak komuniti pula dapat memainkan peranan dengan menjadi
  sukarelawaan mengawasi tingkah laku pelajar. Peraturan sedia ada yang tidak
  membenarkan orang luar (pelawat) memasuki kawasan sekolah dan bertemu dengan
  pelajar tanpa kebenaran pengetua perlulah dikekalkan dan dipatuhi oleh pengetua. Bagi
  meningkatkan    lagi   keselamatan   di   sekolah,   talian   bantuan   kecemasan   yang
  menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan
  penyelamat dan hospital berhampiran perlu diwujudkan .


  Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan. Antaranya sekolah mesti
  mempunyai sistem loceng kecemasan, pelan pencegahan kebakaran, alatan penyembur
  api dan sebagainya. Stephen (1996) mencadangkan supaya pengurusan sekolah
  menjalankan program latihan kebakaran sekurang-kurangnya 3 kali setahun.


i) Tumpuan kepada pencapaian akademik
  Pengkaji mempercayai bahawa semua pelajar mampu dan boleh mencapai tahap
  akademik yang baik dan bertingkah laku yang baik. Kebanyakan kes yang melibatkan
  keganasan dilakukan oleh pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik dan tidak
  mempunyai minat belajar menyebabkan mereka cenderung bertingkahlaku negatif.
  Justeru, pengetua sebagai pengurus, prioriti harus ditumpukan kepada usaha untuk
  meningkatkan pencapaian akademik kepada seluruh pelajar. Pendekatan pengajaran atau
  kurikulum yang memberi peluang pelajar merasai kejayaan dalam kerjanya akan
  membibitkan rasa minat mereka terhadap belajar dan sekali gus mengurangkan
  kekecewaan yang mendorong kepada kekecewaan dan masalah disiplin di kalangan
  pelajar.



                                                                                         14
2.4. KESIMPULAN
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu
perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh
warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian
Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi
perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira
elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah-
sekolah ini.




                                                                                        15
RUJUKAN

Abdul Hadi Zakaria. (2002). Pelaksanaan sekolah selamat dari perspektif Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia. Kertas kerja Konvensyen dan Majlis Pelancaran Sekolah Selamat Peringkat
Kebangsaan, Sungai Petani, Kedah, oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Carolyn, R.Pool (1998). “A Safe And Caring Place”. Jurnal Association for Supervision and
Curriculum Developmental.Vol.21, 1998.

Comer, J.P. (1998). “Model of the School Development Program Success”. New Haven, CT:
Comer School Development Programme, Yale Child Study Center.

Cornell, D. G. (1998). Designing safer schools for Virginia: A guide to keeping students
safe from violence. Charlottesville, VA: University of Virginia. Flannery, D. J., &

Glasser, W. (1969). “School without Failure”.New York: Harper & Row Publishers.

Haslina Hassan (2000). “Gejala Gangsterisme di Kalangan Pelajar: Fenomena yang
Meresahkan”. Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Halaman 14-16.

Huff, C. R. (1990). Youth violence: Prevention, intervention, and social policy. Washington DC:
American Psychiatric Press. Kementerian Pelajaran

Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd.Ismail Othman (2004). “Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar”. Pahang:
PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd.

National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States.

Nicholson, G., Stephen, R., & Leavitt, V. (1985). “Safe Schools: You Can‟t Do It Alone”.Phi
Delta Kappan, Volume 66, Number 7, pg 491-496.

Knoff, H. M., & Batsche, G. M. (1995). Project ACHIEVE: Analyzing a school reform process
for at-risk and underachieving students. School Review, 24,579-592. National Association of
School Psychologists (1991). Creating a safe school: Building and behavior
problems.Washington, DC: NASP.

Quin, Mary Magee.et al. (1998). “Safe, Drug-Free and Effective Schools for All Students: What
Works” Washington, DC: American Institute for Research.

Ronald, D. Stephens. (1996). “The Art of Safe School Planning: 40 Ways to Manage and Control
Student Discruiton”. AASA.Number 2, Volume 53.

                                                                                            16

								
To top