Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

METODOLOGI KAJIAN: Pengurusan Kewangan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) by solehin251

VIEWS: 519 PAGES: 6

Rekabentuk kajian ini bertujuan mengkaji beberapa aspek pengurusan kewangan di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di negeri Perak Darul Ridzuan. MRSM Taiping merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang berada dibawah pentadbiran Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah MARA, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD).

More Info
									                         METODOLOGI KAJIAN
          Pengurusan Kewangan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)




1.1   REKABENTUK KAJIAN



      Kajian ini bertujuan mengkaji beberapa aspek pengurusan kewangan di

salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di negeri Perak Darul

Ridzuan. MRSM Taiping merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP)

yang berada dibawah pentadbiran Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah

MARA, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia

(MECD).



      Untuk mencapai maksud itu, kaedah kualitatif (kajian kes) telah dipilih oleh

penyelidik. Kaedah penyelidikan kualitatif dipilih diatas kelebihannya dalam

memberi tumpuan secara terus terhadap aspek afektif atau dalaman yang mana

tidak boleh diukur secara langsung (Abu Hassan, 1998). Pengkaji ingin

mengenal pasti kaedah dan cara pengurus sekolah iaitu Pengetua MRSM dalam

melaksanakan amalan pengurusan kewangan dan tugas-tugas beliau yang

berkaitrapat dengan pengurusan kewangan di MRSM. Kajian ini juga ingin

memberi fokus dan mengenalpasti bentuk-bentuk permasalahan dan kekangan

yang dihadapi oleh pengetua di MRSM Taiping dan mencadangkan langkah-

langkah     penambahbaikan    dalam     menangani     permasalahan      berkaitan

pengurusan kewangan yang timbul.
Menurut Babbie (1983:537), analisis kualitatif boleh didefinisikan sebagai:



      “ the nonnumberical examination and interpretation of observation

      foe the purpose discovering underlying meanings and pattern

      ofrelationship”.



Bagi mencapai maksud itu, satu analisis kualitatif akan dilakukan oleh pengkaji

berdasarkan segala bentuk data-data yang berjaya dikumpul. Melalui analisis

tersebut, segala kekuatan dan kelemahan pengetua tersebut dapat dikenal pasti

agar ianya menjadi panduan kepada pengetua lain yang ingin memperbaiki cara

pengurusan kewangan mereka.



1.2   PEMILIHAN SAMPEL KAJIAN

      Segala sampel kajian akan tertumpu kepada sampel-sampel yang

didapati dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping sahaja. Ini kerana

faktor tempoh masa penyelidikan dan kajian yang terhad serta kaedah

penyelidikan kualitatif memerlukan penekanan intensif yang agak memakan

masa yang lama. MRSM Taiping dipilih kerana institusi tersebut merupakan

salah satu MRSM yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan

antara empat buah MRSM di seluruh Malaysia dimana pengetuanya merupakan

Pengetua Cemerlang bergred DG54.
      Disamping itu, pengkaji pernah bertugas selama dua belas tahun di

MRSM tersebut. Pengkaji juga mempunyai hubungan yang baik dengan pihak

pentadbir, guru-guru dan kakitangan sokongan di situ. Seterusnya MRSM ini

sesuai bagi pengkaji kerana MRSM ini terletak berhampiran dengan tempat

kediaman pengkaji. Semua keadaan ini akan memudahkan pengkaji untuk

melihat secara mendalam bagaimana pengurusan kewangan MRSM diuruskan

secara berterusan.



      Pengkaji juga berpendapat tidak perlu penyelidikan dilakukan di MRSM

yang lain kerana prosedur dan ciri-ciri pengurusan kewangan yang dijalankan

adalah hampir sama terutama dari aspek sumber dan sistem pentadbiran.

Perbezaan mungkin wujud dari segi masalah dan sejauhmanakah kepimpinan

pengetua dapat mengurus kewangan secara cekap dan berkesan ataupun

sebaliknya.



      Pada masa yang sama, pengkaji memberikan tumpuan terhadap

Pengetua MRSM Taiping sebagai responden utama memandangkan beliau

merupakan pegawai utama dan dianggap mempunyai tentang pengurusan

kewangan dan bertanggungjawab sepenuhnya tentang pengurusan kewangan di

MRSM. Bagi melengkapkan kajian, pengkaji telah mendapatkan maklumat

tambahan menerusi responden-responden yang terdiri dari Timbalan Pengetua,

Penolong Pengetua Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir (Kewangan) dan juga guru-

guru MRSM yang menganggotai Jawatankuasa Kewangan Maktab. Diharapkan
kajian ini akan memberi gambaran sebanar amalan pengurusan kewangan di

MRSM.



1.3   INSTRUMEN KAJIAN

      Untuk mendapat segala maklumat mengenai pengurusan kewangan di

MRSM Taiping, pengkaji akan mengadakan soal selidik dengan responden

kajian. Soalan-soalan soal-selidik       adalah berpandukan atau diubah suai

daripada kajian Mohamed Mamod (1997), Haris Hamzah (2002), Manual

Prosedur Kerja dan Fail Meja (1995) dan Tatacara Pengurusan Kewangan Dan

Perakaunan Sekolah (2002). Selain itu, kaedah temubual turut digunakan

sebagai instrumen kajian. Patton (1987) berpendapat sebarang temubual

bersemuka boleh dianggap sebagai satu bentuk pemerhatian manakala Kvale

(1996) telah mendefinisikan temubual dalam kaedah penyelidikan kualitatif

sebagai:



      “attempts to understand the world from the subject’s point of view,

      to unfold the meaning of people experience to uncover their lived

      world prior to scientific explanation”.



      Oleh itu, kaedah temubual dikenalpati sebagai kaedah yang amat sesuai

untuk digunapakai dalam penyelidikan ini. Memandangkan temubual yang

dilakukan secara berstruktur dan soal selidik mungkin akan menghadkan bentuk-

bentuk respon yang diberi dan memungkinkan penyampaian maklumat yang
kurang jelas dan mencukupi, maka kaedah temubual tidak berstruktur dan

berstruktur akan digabungkan bersama bagi mengumpul pelbagai bentuk

maklumbalas dan kejituan maklumat yang diberi. Soalan-soalan kajian dalam

bentuk temubual di rakam melalui perakam pita, disalin dalam bentuk tulisan

manakala borang-borang untk kaji selidik akan dikutip semula untuk dibuat

analisis.



         Untuk   melengkapkan   penyelidikan,   pengkaji   juga   telah   membuat

perbandingan dapatan melalui penyemakan dokumen-dokumen yang berkaitan

dengan pengurusan kewangan seperti buku lejer, fail-fail kewangan, laporan

audit,   Penyata   Kewangan     Maktab   dan    borang-borang     berkaitan   untuk

memastikan setiap jawapan yang diberi adalah benar dan tepat.
1.4   ANALISIS DATA



      Penganalisisan terhadap data-data yang didapati akan dibuat dengan

cara menggabungjalin, bandingbeza, merumus dan akhirnya dibuat penilaian

semula. Ini bermakna data-data kajian yang diperolehi melalui sesi temubual,

pemerhatian dan soal selidik yang berkaitan dengan instrumen dan sistem

pengurusan kewangan diinstitusi tersebut. akan dianalisis untuk mengenal pasti

keberkesanannya     dan    tahap   kecekapannya.     Masalah-masalah     yang

dikemukakan oleh para responden dalam temubual akan dianalisis mengikut

tema dan tajuk untuk dinilai. Cadangan terhadap penambahbaikan dan

penyelesaian bagi permasalahan tersebut akan digarap diakhir kajian.

								
To top