Program ‘Pier to pier’ Guru: Cabaran dalam bidang pendidikan by solehin251

VIEWS: 456 PAGES: 19

More Info
									 Program ‘Pier to pier’ Guru: Cabaran dalam bidang pendidikan

                            Mohd Saleh bin Idris

                            IPGM Kampus Ipoh



RINGKASAN EKSEKUTIF

        Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan sepertimana yang

digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia sangat berkait

rapat    dengan   sejauhmanakah    kesedaran    tenaga   pendidik   terhadap

melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Untuk mencapai

maksud itu, amat perlu bagi para guru untuk berterusan mempertingkatkan mutu

pengajaran dan pembelajarannya. Akan tetapi pelaksanaan ini memerlukan satu

bentuk pengkongsian ilmu secara bersama dikalangan warga pendidik agar

dapat membentuk satu kerjasama sepasukan untuk faedah anak bangsa.




        Kertas projek ini cuba untuk merungkai sejauhmanakah peranan guru

membimbing rakan sejawatannya untuk mencapai maksud kecemerlangan

dalam pendidikan dan pengaplikasiannya dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran dengan objektif terkandung di dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.




                                     1
1.0   PENGENALAN



      Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung

keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan

individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi

menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk

menjalankan   tanggungjawab   sebagai     pendidik   bukan   sahaja   dari   segi

penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya.




      Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa

yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar

guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun

tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya

memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu bukan

saja kepada para pelajarnya malah berkongsi kemahiran dan pengalam bersama

rakan guru yang lain. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan

semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah di dalam

pengajaran dan pembelajaran semasa.




                                      2
      Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang.

Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga

aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan

sahsiah.



      Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan

kesedaran guru dan rakan sejawatan terhadap tanggungjawabnya sebagai

pendidik. Guru dituntut untuk berterusan mempertingkatkan mutu pengajaran

dan pembelajarannya melalui pengkongsian ilmu dan pengalaman mengajar

agar dapat membentuk satu 'teamwork' yang benar-benar jitu untuk faedah anak

didik selaras yang diterangkan didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

dan Etika Profesion Perguruan (EPP).




                                       3
2.0    PERANAN GURU PEMBIMBING DALAM MENGATASI KELEMAHAN

       PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RAKAN GURU



       Proses penambahbaikan       di dalam pengajaran        dan pembelajaran

berteraskan kerjasama diantara rakan guru di sekolah seringkali melibatkan

pelaksanaan aktiviti dan program yang sentiasa berubah mengikut tuntutan arus

perdana di bidang pendidikan negara.. Oleh demikian, peranan guru ialah

berhadapan dengan pengurusan perubahan. Kepimpinan guru diperlukan untuk

mengurus     proses   perubahan.   Guru    yang   dipertanggungjawabkan    untuk

membimbing rakan guru yang lain sering digelar sebagai guru pembimbing

merupakan pemimpin yang sebenar dikalangan rakan sekerjanya. Mereka inilah

sebenarnya     yng    memainkan    peranan    yang   amat    berkesan    didalam

memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya membuat            pembelajaran inovatif

serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan berkesan (Busher &

Harris, 2000; Day, et al, 2007).




                                       4
   Danielson    (2006)   menyatakan     bahawa   kepimpinan   guru   di   dalam

membimbing rakan guru yang lain adalah terdiri daripada amalan-amalan

perbuatan yang positif seperti yang berikut:



   a) Menggunakan evidens dan data dalam membuat keputusan bersama

   b) Melihat peluang dan mengambil inisiatif

   c) Menggerakkan orang untuk mencapai matlamat bersama

   d) Mengatur resos dan mengambil tindakan

   e) Memantau kemajuan dan mengubahsuai pendekatan apabila keadaan

      berubah

   f) Mengekalkan komitmen orang lain

   g) Menyumbang kepada pembelajaran organisasi



   Di sekolah-sekolah negara ini, guru-guru yang kanan dari segi pengalaman

dan tempoh perkhidmatan akan dilantik sebagai ketua panitia mata pelajaran.

Kepimpinan golongan guru ini sangat penting untuk meningkatkan pengurusan

dan prestasi mata pelajaran berkenaan. Salah satu contoh yang paling jelas

ialah kewujudan panitia mata pelajaran merupakan badan ikhtisas yang

dianggotai semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah

sekolah.




                                        5
      Dengan kewujudan badan ikhtisas ini memberi satu mplikasinya positif iaitu

kehadiran seorang ketua panitia adalah seorang guru pembimbing yang mahir

dalam pengurusan akademik dan mampu memimpin rakan-rakan guru lain yang

mengajar subjek yang sama dengannya.



      Ia dilaksanakan menerusi beberapa kaedah dan proses berterusan dengan

halatuju utama untuk memantapkan lagi prestasi semasa di kalangan guru-guru

bagi kepentingan bersama. Ia boleh dilaksanakan menerusi pengaplikasian

menurut fasa-fasa berikut:



2.1      Bimbingan Semasa



         Bimbingan oleh guru pembimbing semasa sesi latihan mengajar

merangkumi segala aktiviti yang dijalankan secara profesional dan berterusan

untuk membantu guru yang dibimbing menguasai pengetahuan dan kemahiran

sekali gus menjadi guru yang berkesan. Di samping itu bimbingan yang diberikan

juga memberi penekanan terhadap pemupukan sikap dan nilai-nilai perguruan

yang dihasratkan.




                                        6
2.2      Bimbingan dalam Sesi Latihan Mengajar



      Bimbingan oleh guru pembimbing ini akan merangkumi segala aspek-aspek

berikut:

      a) pengajaran dan pembelajaran

      b) refleksi

      c) sahsiah

      d) profesion perguruan



2.3      Strategi Bimbingan Pengajaran dan Pembelajaran



      Berikut adalah beberapa strategi bimbingan yang disarankan oleh guru

pembimbing untuk diaplikasikan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran:



      a) Mewujudkan suasana perhubungan yang akrab dengan guru yang

         dibimbing bagi membantu guru tersebut menjadi seorang guru yang

         berkesan

      b) Membantu meningkatkan keyakinan diri guru yang dibimbing

      c) Mempelbagaikan    strategi   bimbingan   melalui   interaksi   dua   hala

         pembimbing-pelatih dan juga sesama pelatih. Hal ini dapat dijalankan




                                        7
         melalui pencerapan klinikal, pencerapan rakan sebaya dan pencerapan

         secara berterusan dengan disertai dengan komen-komen membina.

      d) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan

         pembelajaran.



2.4      Strategi Bimbingan/Pembinaan Sahsiah



         Dalam proses pencerapan dan penyeliaan pengajaran, usaha juga

ditumpukan untuk membimbing rakan guru untuk berterusan membina sahsiah

agar selaras dengan watak dan profesion keguruan. Langkah-langkah tertentu

perlu diambil bagi memupuk dan meningkatkan ciri-ciri sahsiah semasa sejajar

dengan tuntutan pendidikan terkini.



      Antaranya meliputi perkara-perkara seperti:

      a) keyakinan diri

      b) kesedaran dan kepekaan

      c) iltizam

      d) kesefahaman

      e) keperihatinan

      f) keterbukaan

      g) keikraman

      h) penyayang




                                          8
2.5      Strategi Menjalankan Pencerapan Pengajaran



      Antara strategi yang digunakan oleh guru pembimbing rakan guru semasa

menjalankan pencerapan pengajaran ialah:

      a) mewujudkan hubungan yang akrab dengan guru yang dibimbing yang

         berteraskan saling percaya mempercayai

      b) membina keyakinan rakan guru bahawa mereka boleh berjaya dalam

         profesion keguruan dan menyarankan agar guru pelatih mencontohi guru-

         guru yang telah berjaya

      c) melibatkan rakan guru ini didalam penggabungan sumber rujukan

         bersama, saling tolong menolong berteraskan konsep sinergi

      d) memberi teguran secara berhikmah dan bijaksana

      e) mengadakan sesi perbincangan secara berkumpulan mengenai masalah

         pengajaran dan masalah peribadi (sahsiah) yang timbul

      f) mengenal pasti segala permasalahan di dalam sahsiah rakan guru dan

         sama-sama memberi bimbingan untuk mencari penyelesaian

      g) menggalakkan rakan guru untuk sentiasa membuat refleksi dan penilaian

         kendiri

      h) memberi peneguhan secara berterusan

      i) membuat penilaian berterusan terhadap sahsiah guru di dalam dan di luar

         bilik darjah sekiranya perlu




                                        9
2.6      Strategi Meningkatkan Sahsiah Rakan Guru yang Dibimbing



      Strategi yang boleh digunakan oleh guru pembimbing terhadap rakan guru ini

terhadap perkembangan sahsiah sebagai seorang guru berkesan adalah seperti

berikut:

      a) menunjukkan kepekaan terhadap kepentingan memupuk sahsiah positif

      b) menerima teguran secara terbuka

      c) sentiasa membuat refleksi dan penilaian kendiri

      d) menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi

      e) mempunyai tanggungjawab untuk memperbaiki diri dan rakan-rakan



2.7      Pelaksanaan Penyeliaan



         Guru pembimbing akan membuat pencerapan pengajaran-pembelajaran

terhadap rakan guru yang lain perlu meliputi tiga tahap seperti berikut:



a)       Perbincangan sebelum pemerhatian



         Tahap ini merupakan langkah pertama yang dilakukan sebelum membuat

sebarang pencerapan. Fokus perbincangan ialah tentang strategi serta aktiviti

pengajaran-pembelajaran yang akan dilakukan.




                                         10
Guru pembimbing akan membantu rakan guru dalam merangkakan satu

pengajaran yang dapat melibatkan pelajar secara aktif dan memenuhi objektif-

objektif yang dihasratkan.



b)    Pemerhatian pengajaran sebenar



      Di tahap ini guru pembimbing akan mencatat segala maklumat berkaitan

pengajaran sebenar oleh rakan guru. Maklumat tersebut diperlukan bagi

membolehkan guru pembimbing dan guru yang dibimbing untuk membuat

analisis dan penilaian tentang pengajaran, dan ia menjadi asas kepada

perbincangan selepas pemerhatian.



c)    Perbincangan selepas pemerhatian



      Perbincangan yang diketuai oleh guru pembimbing pada tahap ini

bertujuan bagi rakan guru yang dibimbing bagi membuat refleksi terhadap

pengajaran yang telah disempurnakan di bawah bimbingan guru pembimbing.

Aktiviti ini diharapkan dapat membantu kedua-dua pihak berbincang dan

merangka strategi susulan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul

semasa pengajaran. Perbincangan ini juga bertujuan memberi peluang kepada

rakan guru yang dibimbing membuat berterusan membuat penilaian kendiri.




                                    11
      Satu lagi kaedah yang boleh membantu rakan sejawat didalam mengatasi

permasalahan,    kelemahan     dan   meningkatkan     mutu   pengajaran   dan

pembelajaran ialah melalui kaedah pengajaran kolaboratif .



2.8   Pengajaran Kolaboratif Bersama Rakan Guru



      Pengajaran kolaboratif satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang

guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran:

merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai

pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran (Sturman, 1992). Ia

merupakan satu pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh

dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar

dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini

menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan

antara guru-guru tersebut.




                                      12
      Menurut Hargreaves di dalam kajiannya bertajuk Beyond Collaboration:

Critical Teacher Development In The Post Modern Age , mengutarakan idea

bahawa di dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk

memberi dan menerima idea, maklumat, sokongan moral dan galakan apabila

menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau profesional




      Kolaborasi diantara rakan guru meningkatkan keberkesanan dan kreativiti

hasil dari cantuman buah fikiran dua rakan sejawat yang digembelingkan.

Penggembilingan sumber bersama seperti kepakaran, minat, pengetahuan,

kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga

pengajar sangat penting. Ini kerana guru tidak bekerja secara bersendirian

sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi

kemajuan atau penambahbaikan dalam pengajaran.




      Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan

kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran

pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik. Ia dizahirkan menerusi

pengkongsian   sumber-sumber     pembelajaran   secara   profesional   melalui

rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.




                                     13
        Pakatan kolaboratif ini memberi peluang kepada guru untuk membuat

refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang

pegagogi masing-masing. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian

yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri dikalangan guru-

guru.



2.9     Keperluan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru dan

        Program ‘Peer Coaching’



        Salah satu kaedah untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran terutama yang berkaitan pengintegrasian aplikasi ICT dalam

pendidikan   adalah program    „Peer   Coaching’ Program    ‘Peer   Coaching’

merupakan salah satu model pembangunan professional untuk membantu

sekolah meningkatkan pengajaran melalui pengintegrasian teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT). Melalui program ini, guru-guru yang berwibawa akan

dilatih sebagai pembimbing kepada rakan sejawat. Mereka berperanan

membantu guru yang dibimbing menggunankan ICT untuk meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pencapaian pelajar. Mereka turut membantu

rakan-rakan sejawat menguasai kemahiran-kemahiran ICT dan mengenal pasti

strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam pengintegrasian ICT.




                                       14
      Pembimbing terdiri dari guru-guru yang diiktiraf berwibawa di kalangan

rakan-rakan sejawat.    Mereka telah berjaya mengintegrasikan ICT dalam

pengajaran dan bersedia berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.       Secara

kolaboratif, guru akan dibimbing menggabungkan amalan pengajaran berkesan

dengan ICT melalui sokongan, perbincangan, dan perkongsian amalan

pengajaran.




   Dibawah program ini, guru pembimbing yang mempunyai kepakaran ICT

akan membantu rakan guru yang lain menguasai kemahiran dan strategi yang

diperlukan mengintegrasikan ICT melalui



   a) Perancangan aktiviti atau projek pengajaran yang sarat dengan ICT

   b) Mengenal pasti resos dan strategi yang diperlukan     untuk         aktiviti

      pembelajaran yang berkesan

   c) Menjadi teladan dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran

   d) Mengajar bersama menggunakan ICT




                                     15
   ‘Peer coaching’ juga merupakan satu platfom kepada guru-guru untuk

memberi maklumbalas segera serta dapat membantu di antara satu sama lain

untuk membentuk model pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini

kerana setiap guru mempunyai kepakaran dan kemahiran masing- masing. Oleh

itu ‘peer coaching’ membantu membina persekitaran yang sangat selamat di

mana guru boleh bertanya soalan tanpa rasa malu, menperolehi sokongan,

mencuba idea baru serta berkongsi bahan-bahan




                                   16
3.0   PENUTUP



      Guru-guru pembimbing disekolah adalah pengamal pengajaran yang arif

dengan situasi pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum di sekolah. Sebagai

pemimpin, guru pembimbing mereka mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan

guru yang lain di dalam menghadapi masalah-masalah sebenar di bilik darjah

dan sekolah. Dengan pengalaman dan kemahiran yang dipupuk saban tahun,

guru pembimbing lebih ini mahir tentang suasana dan budaya sekolah dan dapat

membantu rakan guru yang lain mengatasi permasalahan dan menyesuaikan

diri dengan perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang berterusan

berkembang pesat. Interaksi antara guru pembimbing dan rakan guru yang

dibimbing akan lebih bersifat 'collegial' sekaligus membantu rakan guru

menimba pengalaman mengajar dengan lebih berkesan.




      Perlantikan guru-guru yang berpengalaman sebagai guru pembimbing

akan membolehkan khidmat kepakaran mereka disalurkan dengan cara yang

lebih sistematik. Selain daripada membimbing, guru pembimbing boleh berkongsi

sesuatu yang baru dengan rakan guru yang lebih muda dan ini akan memberi

faedah kepada kemajuan pelajar secara keseluruhannya.




                                     17
RUJUKAN

Busher, H. & Harris, A. Wise, C. (2000). Subject Leadership and School

Improvement. London: Paul Chapman Publishing Ltd.



Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional

Practice.   Alexandria,VA   :   Association   for   Supervision   and   Curriculum

Development.



Day, C., Sammons, P., Stobart, G., Kington, A., & Qing Cu. (2007) Teachers

Matter Connecting Lives, Work and Effectiveness. Maidenhead: Open University

Press.



Hargreaves, A. (1995). “Beyond Collaboration: Critical Teacher Development in

the Post Modern Age”. In J. Smyth (Ed.), Critical Discourses on Teacher

Development. (pp. 149-179). London: Cassell.



Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan PTK (Teras Dan Profesional). Kuala

Lumpur: Multimedia-Es Resources Sdn Bhd



Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan PTK (Pengurusan Pengajaran Dan

Pembelajaran). Kuala Lumpur: Multimedia-Es Resources Sdn Bhd




                                        18
Sturman, P. (1992). “Team Teaching: A Case Study From Japan”. In D. Nunan

Collaborative Language Learning and Teaching. (pp. 141-161). Cambridge:

Cambridge University Press.



Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21 : Cabaran Dan

Persiapan Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn.

Bhd.




                                   19

								
To top