Docstoc

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Document Sample
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN KEPIMPINAN SEKOLAH Powered By Docstoc
					  KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN KEPIMPINAN SEKOLAH
                            Mohd Saleh bin Haji Idris
                              IPGM Kampus Ipoh


1.0      Pengenalan

         Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-

usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi

kurikulum dan untuk memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Sebagai seorang pemimpin

instruksional, guru mestilah berupaya untuk memimpin murid-muridnya ke arah

pencapaian proses pembelajaran yang maksimum.



2.0      Perbincangan

      Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan

kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985) sebagai

panduan. Lima aspek yang boleh mempertingkatkan keterampilan guru dan

menggalakkan pembelajaran murid adalah seperti (a) pendefinisian dan

penyampaian misi dan visi sekolah, (b) penyeliaan dan penilaian instruksi

perkembangan guru, (c) memantau kemajuan pelajar, (d) penguatkuasaan

standard akademik dan (e) pembudayaan perkembangan profesional



      Sebagai pemimpin instruksional, guru perlu berupaya mempengaruhi kualiti

pencapaian akademik murid dengan penyelarasan standard akademik, masa

pembelajaran dan kurikulum. Dalam penjanaan misi dan visi sekolah yang
bermakna, guru yang berterampilan akan sentiasa mengambil kira pencapaian

akademik murid-muridnya dengan faktor-faktor seperti status sosio-ekonomi

murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat.

   Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan guru

(Hallinger, 2005). Perkembangan guru dan proses penyeliaan adalah saling

berhubungan antara satu sama lain. Guru         bertanggungjawab menjalankan

menambahbaik tugas pengajarannya dan komited kepada pengajaran dan

pembelajaran. Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk membantu guru

berkembang     dan   membentuk        seorang   individu   menjadi   profesional.

Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan guru-guru yang sentiasa membuat

penilaian terhadap peningkatan murid. Ini perlu kerana asas kepada kejayaan

sekolah ialah kepimpinan pendidikan yang teguh, penekanan kepada kemahiran

yang asas, persekitaran yang teratur dan selamat, jangkaan terhadap murid dan

penilaian yang kerap terhadap peningkatan murid. Kepemimpinan guru yang

instruksional dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan

lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara konsisten.

Melalui   pengumpulan     data-data    pencapaian    murid,   pemimpin     dapat

menganalisis tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi

peningkatan mengikut kumpulan sasaran tahap murid.



   Kepimpinan instruksional mampu mempengaruhi pendekatan guru mengajar

yang mana seterusnya berkait langsung dengan hasil pembelajaran murid, serta

peningkatan potensi murid tersebut. Cara dan strategi guru bertindak di dalam
kelas amat bertindak bergantung kepada analisis persekitaran sekolah. Oleh itu,

seorang guru sebagai warga pendidik sepatutnya memahami masalah yang

dihadapi murid. Guru yang berterampilan akan sentiasa berusaha untuk

menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses pengajaran

dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Kejayaan

sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan pemimpin sekolah

tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi hingga kepada pemimpin

peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan

instruksional masa kini iaitu berfokuskan kepada perkongsian kepimpinan

instruksional. Kejayaan murid dan sekolah amat bergantung kepada sejauh

mana usaha dan komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin dan

warga pendidik di sekolah di dalam menyelaras dan menyokong setiap aktiviti

instruksional supaya berlaku kesinambungan di antara satu peringkat ke

peringkat yang lain. Pemantauan dan kawalan perlu dilaksanakan secara

berterusan supaya penambahbaikan dapat dilakukan.



   Guru sebagai pemimpin instruksional sentiasa memberi fokus kepada aspek-

aspek merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan

kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci.

Justeru itu, guru itu akan sentiasa mengorientasikan pemikirannya kepada

pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan pencapaian akademik murid dan

misi yang lebih terperinci dengan memberi penekanan kepada pencapaian

akademik. Peranan ini selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah yang
berkesan dan semua warga guru perlu memberi tumpuan kepada peningkatan

akademik murid.



3.0   Kesimpulan

Sesungguhnya cabaran yang dihadapi masa kini amat mencabar bagi

kepemimpinan instruksional guru terutama di dalam pembelajaran murid.

Perubahan dan pengubahsuaian kurikulum yang sentiasa dilakukan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah bagi memastikan pendidikan di

Malaysia tetap relevan dengan kehendak semasa.



RUJUKAN

     Ahmad Atori Hussain (1998). Reformasi Pentadbiran di Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

      Hallinger, P and Heck, R. (2003) ‘Understanding the contribution of
leadership to school improvement’. Dalam M. Wallance & L. Poulson (ed),
Learning To Read Critically In Educational Leadership And Management.
London: Sage

       Hallinger, P. (2003). ‘Leading educational change: Reflections on the
practice of instructional and transformational leadership’. Cambridge Journal of
Education, Vol. 33, No. 3.

        Hallinger, P. (2005). ‘Instructional Leadership and the School Principal: A
Passing Fancy that Refuses to Fade Away’. Leadership and Policy in Schools,
Vol. 4 Issue 3, p221-239.

      Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). ‘Assessing the instructional leadership
behavior of principals’. Elementary School Journal, 86(2), 206-218.

				
DOCUMENT INFO
Description: Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985) sebagai panduan. Lima aspek yang boleh mempertingkatkan keterampilan guru dan menggalakkan pembelajaran murid adalah seperti (a) pendefinisian dan penyampaian misi dan visi sekolah, (b) penyeliaan dan penilaian instruksi perkembangan guru, (c) memantau kemajuan pelajar, (d) penguatkuasaan standard akademik dan (e) pembudayaan perkembangan profesional Sebagai pemimpin instruksional, guru perlu berupaya mempengaruhi kualiti pencapaian akademik murid dengan penyelarasan standard akademik, masa pembelajaran dan kurikulum.