Docstoc

Kepentingan Kemahiran Generik dan Era Globalisasi

Document Sample
Kepentingan Kemahiran Generik dan Era Globalisasi Powered By Docstoc
					 Kepentingan Kemahiran Generik dan Era Globalisasi

                         Mohd Saleh bin Haji Idris

                       Maktab Perguruan Ipoh Perak



1.0   Pendahuluan

      Kearns (2001), mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran

yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar bidang pekerjaan yang

pelbagai. Kemahiran generik amat diperlukan oleh seorang pelajar di era

globalisasi ini untuk mengadaptasikan diri dengan pelbagai situasi pendidikan

dan sekaligus dapat melahirkan seorang pekerja berpengetahuan (k-worker)

yang berkualiti dalam semua bidang. Oleh itu kemahiran generik bukan

sekadar merangkumi kemahiran asas belajar tetapi juga merangkumi

kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang diperlukan oleh sesorang

pelajar itu apabila ia memasuki dunia pekerjaan kelak.



2.0   Kepentingan Kemahiran Generik dan Era Globalisasi

      Pada masa ini, kemahiran generik amat sinonim dengan keperluan

pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung

di peringkat setiap peringkat pengajian. Di negara-negara Barat, pengamal

dan pihak industri telah melihat kemahiran generik ini merupakan salah satu

daripada aspek kemahiran yang perlu diberi perhatian dan sering dikaji

(Kearns, 2001). OLeh itu kemahiran generik merupakan satu aspek yang

penting dalam melahirkan individu yang cekap bekerja, berketrampilan dan

bernilai di pasaran. Kerajaan Malaysia telah menggariskan melalui pendidikan

dan latihan yang tersusun, modal insan untuk sektor perindustrian ini dapat


                                      1
dilatih dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam

industri yang terlibat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Sebab

mengapa kemahiran generik amat diperlukan oleh pelajar dalam persaingan

di era globalisasi adalah seperti berikut:



2.1    Mencapai matlamat Wawasan 2020

       Untuk menjadi masyarakat dunia tanpa sempadan dan sebuah negara

maju pada tahun 2020 nanti, memerlukan sumber tenaga di Malaysia

dibekalkan ilmu pengetahuan yang cukup. Usaha ini hanya boleh dicapai

menerusi pendidikan dan latihan yang tersusun, tenaga manusia dapat dilatih

dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan dalam industri

seperti kemahiran teknologi, kemahiran komunikasi, disiplin diri, kreatif dan

bersifat fleksibel (PPK 1991-2000)



2.2    Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang berfikiran kritikal

       dan kreatif

Pelajar perlu maju dalam kemahiran berfikir kritikal untuk menyelesaikan

masalah yang kompleks, penggunaan pelbagai peralatan dan kemahiran

mencari, masalah formula, menganalisis, mentafsir, mengkategorikan dan

mendapat alternatif, dan cadangan penyelesaian yang baik. Disamping itu,

mereka juga perlu mahir dalam kemahiran berfikir kreatif untuk menjana idea

baru dalam menyelesaikan kepelbagaian masalah yang timbul hasil cabaran

globalisasi.




                                        2
2.3     Memenuhi kehendak dunia bebas maklumat tanpa sempadan

        Pelajar   perlu   mempunyai     kemahiran    di    dalam   memiliki   dan

memperolehi maklumat, mengesan sesuatu tempat, mencari dan mendapat

maklumat untuk membuat keputusan yang berkesan. Mereka perlu menilai

maklumat dan tahu mengunakannya dan berhubung dengan maklumat itu.

Penggunaan teknologi maju dan pantas khususnya di dalam teknologi

komputer, internet, memerlukan mereka sentiasa memperlengkapkan diri

dengan ilmu dan kemahiran teknologi untuk meneroka, memperolehi,

mempelajari dan menyesuaikan diri mengikut kehendak semasa. Pertukaran

teknologi      yang   pantas     memerlukan    kebolehan    mengenalpasti     dan

menetapkan keperluan latihan pembelajaran untuk diri sendiri. Belajar untuk

belajar dan belajar sepanjang hayat akan menjadi fenomena kehidupan era

ini.



2.4     Keperluan berinteraksi dan berkerja berkumpulan.

        Pelajar kini berhadapan dengan tanggungjawab untuk berterusan

memajukan diri dengan kemahiran komunikasi dalam berbagai media

menggunakan berbagai peralatan moden khususnya komunikasi dengan

internet. Tuntutan era global memerlukan pelajar bergerak dan bekerja dalam

satu    kumpulan      untuk    menyelesaikan   pelbagai    permasalahan   secara

kolaboratif.



2.5     Memahami pertembungan budaya pelbagai

        Dalam era globalisasi, pelajar di satu-satu peringkat akan berinteraksi

dalam     pelbagai     budaya.     Mereka     memerlukan    kepada    memahami



                                         3
pertembungan budaya untuk belajar bersama-sama dalam kumpulan yang

berbeza latar belakang dan bangsa dengan lebih berkesan. Kemahiran

generik ini akan menjadi lebih releven selaras dengan tuntutan pembelajaran

sepanjang hayat.



3.0   Rumusan

      Era globalisasi telah mengubah senario ekonomi dunia dan negara.

Malaysia juga perlu membuat pelbagai strategi dalam pendidikan untuk

menghasilkan warganegara terpelajar dan ‘k-worker’ yang berilmu dan

berdaya saing. Dalam usaha menuju ke arah globalisasi ini, negara perlu

membuat pelbagai strategik di dalam bentuk pembangunan sumber manusia

untuk menghasilkan ekonomi berdaya saing. Ini menunjukkan betapa

pentingnya ilmu untuk bersaing dalam pasaran dunia masa kini.



RUJUKAN


     Abdul Hadi Mohamad (2000). Konsep Kemahiran Berfikir: Pengertian
Kemahiran Berfikir. Pusat Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia

     Kearns, P. (2001).Generic Skills for the New Economy-Review of
Research. Adelaide: NCVER,

      Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan
2001-2010. K Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

       Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

     R. Jeyagobi, S. Subramaniam (2007) Bestari: Pembestarian Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Mahir Holding

     Sharifah Alwiyah Alsaggoff (1984). Falsafah Pendidikan. Kuala
Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.



                                     4
SOALAN LIMA


1.0     Pengenalan

        Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai

usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi

kurikulum    dan   untuk   memperkembangkan    proses   pengajaran   dan

pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Sebagai seorang

pemimpin instruksional, guru mestilah berupaya untuk memimpin murid-

muridnya ke arah pencapaian proses pembelajaran yang maksimum.



2.0     Perbincangan

      Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan

kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985) sebagai

panduan. Lima aspek yang boleh mempertingkatkan keterampilan guru dan

menggalakkan pembelajaran murid adalah seperti (a) pendefinisian dan

penyampaian misi dan visi sekolah, (b) penyeliaan dan penilaian instruksi

perkembangan guru, (c) memantau kemajuan pelajar, (d) penguatkuasaan

standard akademik dan (e) pembudayaan perkembangan profesional



      Sebagai pemimpin instruksional, guru perlu berupaya mempengaruhi

kualiti pencapaian akademik murid dengan penyelarasan standard akademik,

masa pembelajaran dan kurikulum. Dalam penjanaan misi dan visi sekolah

yang bermakna, guru yang berterampilan akan sentiasa mengambil kira




                                    5
pencapaian akademik murid-muridnya dengan faktor-faktor seperti status

sosio-ekonomi murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat.

   Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan

guru (Hallinger, 2005). Perkembangan guru dan proses penyeliaan adalah

saling berhubungan antara satu sama lain. Guru               bertanggungjawab

menjalankan menambahbaik tugas pengajarannya dan komited kepada

pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk

membantu guru berkembang dan membentuk seorang individu menjadi

profesional. Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan guru-guru yang

sentiasa membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini perlu kerana

asas kepada kejayaan sekolah ialah kepimpinan pendidikan yang teguh,

penekanan kepada kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur dan

selamat, jangkaan terhadap murid dan penilaian yang kerap terhadap

peningkatan   murid.   Kepemimpinan       guru    yang     instruksional    dapat

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih tepat dengan

membuat    pemantauan    pencapaian       murid   secara    konsisten.     Melalui

pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat menganalisis

tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi peningkatan

mengikut kumpulan sasaran tahap murid.



   Kepimpinan   instruksional mampu        mempengaruhi      pendekatan      guru

mengajar yang mana seterusnya berkait langsung dengan hasil pembelajaran

murid, serta peningkatan potensi murid tersebut. Cara dan strategi guru

bertindak di dalam kelas amat bertindak bergantung kepada analisis

persekitaran sekolah. Oleh itu, seorang guru sebagai warga pendidik



                                      6
sepatutnya    memahami      masalah   yang    dihadapi   murid.   Guru    yang

berterampilan akan sentiasa berusaha untuk menyediakan inovasi kurikulum

dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

tujuan menjayakan matlamat sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah amat

bergantung kepada keupayaan pemimpin sekolah tersebut bermula daripada

pemimpin peringkat tinggi hingga kepada pemimpin peringkat rendah. Inilah

perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan instruksional masa kini iaitu

berfokuskan kepada perkongsian kepimpinan instruksional. Kejayaan murid

dan sekolah amat bergantung kepada sejauh mana usaha dan komitmen

yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin dan warga pendidik di sekolah di

dalam menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku

kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain. Pemantauan

dan kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penambahbaikan

dapat dilakukan.



   Guru sebagai pemimpin instruksional sentiasa memberi fokus kepada

aspek-aspek        merancang,   mengelola,     mengawal,      menyelia     dan

membangunkan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah

secara teliti dan perinci. Justeru itu, guru itu akan sentiasa mengorientasikan

pemikirannya kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan

pencapaian akademik murid dan misi yang lebih terperinci dengan memberi

penekanan kepada pencapaian akademik. Peranan ini selaras dengan usaha-

usaha melahirkan sekolah yang berkesan dan semua warga guru perlu

memberi tumpuan kepada peningkatan akademik murid.




                                      7
3.0   Kesimpulan

Sesungguhnya cabaran yang dihadapi masa kini amat mencabar bagi

kepemimpinan instruksional guru terutama di dalam pembelajaran murid.

Perubahan dan pengubahsuaian kurikulum yang sentiasa dilakukan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah bagi memastikan pendidikan

di Malaysia tetap relevan dengan kehendak semasa.



RUJUKAN

      Ahmad Atori Hussain (1998). Reformasi Pentadbiran di Malaysia.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

      Hallinger, P and Heck, R. (2003) ‘Understanding the contribution of
leadership to school improvement’. Dalam M. Wallance & L. Poulson (ed),
Learning To Read Critically In Educational Leadership And Management.
London: Sage

       Hallinger, P. (2003). ‘Leading educational change: Reflections on the
practice of instructional and transformational leadership’. Cambridge Journal
of Education, Vol. 33, No. 3.

      Hallinger, P. (2005). ‘Instructional Leadership and the School Principal:
A Passing Fancy that Refuses to Fade Away’. Leadership and Policy in
Schools, Vol. 4 Issue 3, p221-239.

      Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). ‘Assessing the instructional
leadership behavior of principals’. Elementary School Journal, 86(2), 206-218.




                                      8

				
DOCUMENT INFO
Description: Kearns (2001), mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar bidang pekerjaan yang pelbagai. Kemahiran generik amat diperlukan oleh seorang pelajar di era globalisasi ini untuk mengadaptasikan diri dengan pelbagai situasi pendidikan dan sekaligus dapat melahirkan seorang pekerja berpengetahuan (k-worker) yang berkualiti dalam semua bidang. Oleh itu kemahiran generik bukan sekadar merangkumi kemahiran asas belajar tetapi juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang diperlukan oleh sesorang pelajar itu apabila ia memasuki dunia pekerjaan kelak.