Docstoc

‘Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja’

Document Sample
‘Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja’ Powered By Docstoc
					                   ‘Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja’

                              Mohd Saleh bin Haji Idris

                               Maktab Perguruan Ipoh



1.0      Pengenalan: Punca-Punca Konflik.



      Dalam sesebuah organisasi pekerjaan seperti di sekolah, sesuatu konflik atau

petentangan boleh berpunca dari:



      a) Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu atau lebih pihak

         lain merupakan punca utama berlakunya konflik dalam sesebuah

         organisasi atau antara individu..



      b) Tiada kesatuan, kegagalan bermuafakat dan koordinasi diantara dua

         pihak di dalam satu organisasi. Konflik interpersonal pula disebabkan oleh

         perasaan iri hati atau cemburu dengan kelebihan dan kejayaan orang lain.



      c) Dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh sesebuah

         organisasi. Dasar gaji, arahan-arahan, beban kerja atau tugas yang

         ditanggung dan kebajikan pekerja.
2.0      Strategi penyelesaian konflik yang digunakan

      Dalam menyelesaikan konflik, peranan ketua pentadbir sekolah iaitu

pengetua tidak dapat dinafikan. Di antara strategi atau teknik yang sering

dipraktikkan oleh beliau adalah seperti berikut:



      1. Kaedah difusi atau penyatuan

      Kaedah dan strategi ini adalah untuk menerapkan kesedaran kepada pihak

yang sedang berkonflik. Strategi ini dilakukan dengan pengetua akan

menyelesaikan terlebih dahulu perkara-perkara kecil yang menyebabkan konflik

dan membiarkan perkara-perkara besar. Tujuannya ialah untuk meredakan

konflik yang berlaku dan membolehkan kedua-dua pihak yang sedang berkonflik

untuk sedar mengenai kesilapan masing-masing dan berusaha mengenalpasti

permasalahan utama yang menjadi punca konflik itu berlaku. Wujud keburukan

dalam strategi ini kerana jika dibiarkan terlalu lama akan membawa kepada

pemanjangan konflik dan menjadikan keadaan lebih teruk.



      2. Berkerjasama melalui perundingan.

      Langkah ini dilihat terbaik kerana melalui rundingan dan kerjasama, kedua-

dua pihak yang berkonlik boleh melihat pendirian masing-masing mengenai

perkara yang menimbulkan konflik dan mengenalpasti pilihan yang paling sesuai

untuk menyelesaikannya. Strategi ini walaupun yang terbaik namun adalah sukar

untuk membawa pihak-pihak yang berkonflik ke meja rundingan sekiranya nilai

dan pendirian yang jauh berbeza atau punca konflik yang terlalu besar.
      3. Penyelesaian melalui tolak ansur.

      Melalui strategi ini pihak-pihak yang berkonflik akan bertolak ansur dan sedia

melakukan pengorbanan melalui rundingan. Namun begitu, strategi ini hanya

sesuai sekiranya pihak yang meminta dan memberi kuasa atau pengaruh yang

seimbang. Ini bererti andainya pihak yang meminta atau sebaliknya tidak

mempunyai kuasa, penyelesaian sukar dicapai.



      4. Penyelesaian melalui penyesuaian

         Strategi penyesuaian yang biasanya bermatlamat untuk memelihara

perhubungan dan kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan

konflik dengan cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak

yang lebih dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi.Ini

bermakna kumpulan kerja tersebut mementingkan perpaduan pasukan namun

kepentingan mencapai matlamat adalah rendah.



      5. Kaedah Permuafakatan

         Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing

dalam situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan

pencapaian matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan



3.0      Strategi yang akan digunakan

         Dengan menggunakan gabungan dua strategi penyelesaian konflik iaitu

Teknik Pemerasan Otak yang dipopularkan oleh Dr. Alex Osborn dan Teknik
Gordon. Menerusi kaedah ini semua pihak yang berkonflik akan dikumpulkan

dalam satu kumpulan untuk diadakan perbincangan. Perbincangkan akan

dipengerusikan oleh individu paling berkuasa di organisasi tersebut sebagai

contoh pengetua sekolah.



      Watak utama dalam strategi ini ialah pengerusi. Beliau akan ‘berlakon’

seolah-olah tidak memahami konflik yang timbul, punca-punca yang membawa

sebab kepada pertelagahan kedua-dua pihak tersebut. Oleh itu beliau akan

mengajak pihak yang berkonflik untuk bersama-sama memikirkan dan memberi

idea ke arah penyelesaian itu. Semua idea-idea yang diutarakan adalah betul

dan diperhalusi untuk memilih satu idea yang bernas dan dipersetujui bersama

untuk menyelesaikan konflik.



      Kebiasaannya strategi ini akan berhasil dengan semua pihak yang

berkonflik akan merasa dihargai oleh pentadbiran atasan dan bersetuju dengan

apa yang dicadangkan bersama dan berusaha untuk menamatkan apa yang

menjadi punca kekalutan konflik itu



4.0   Rumusan

      Walaupun definisi-definisi konflik yang dinyatakan tersebut memberi

pengertian dan andaian yang agak negatif, namun ianya sepatutnya dilihat

sebagai sebahagian daripada proses dan perkembangan di dalam kelakuan

berorganisasi.
RUJUKAN


     Abdul Rahim Abd. Rashid (2007) Agenda Perubahan: Pengurusan
Sumber Manusia dan Kerjaya. Selangor: PTS Publishing

      Ishak Mad Shah (2006) Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam
Organisasi . Sekudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia

      Mohd Yadi bin Said (2006) Mengurus Konflik. Selangor: PTS Publishing

      Rahmat Ismail (2005) 12 Rukun Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distibution

      Zainal Ariffin Ahmad (2008) ‘Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja’. Di
dalam Modul Program Mentor USM .Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pengurusan
USM

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:954
posted:3/28/2011
language:Malay
pages:5
Description: Dalam sesebuah organisasi pekerjaan seperti di sekolah, sesuatu konflik atau petentangan boleh berpunca dari: a) Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu atau lebih pihak lain merupakan punca utama berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi atau antara individu.. b) Tiada kesatuan, kegagalan bermuafakat dan koordinasi diantara dua pihak di dalam satu organisasi. Konflik interpersonal pula disebabkan oleh perasaan iri hati atau cemburu dengan kelebihan dan kejayaan orang lain. c) Dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Dasar gaji, arahan-arahan, beban kerja atau tugas yang ditanggung dan kebajikan pekerja.