HUBUNGAN GURU DAN PENGAJARAN BERKUALITI

					 HUBUNGAN GURU DAN PENGAJARAN BERKUALITI

                           Mohd Saleh bin Haji Idris

                         Maktab Perguruan Ipoh Perak



1.0    PENGENALAN

       Sistem    pendidikan      negara     yang    menekankan   pengajaran   dan

pembelajaran berkualiti merupakan salah satu faktor utama yang akan

mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan

minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006-2010.      Pelan    Induk    ini     sebagai   satu   dokumen   perancangan

pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan

rancangan yang terdahulu hanya akan berjaya sekiranya guru dapat

menguasai sepenuhnya segala bentuk pendekatan dan strategi di dalam

pengajaran berkualiti kepada para pelajarnya yang merupakan                   kayu

pengukur utama kepada tahap profesionalisme seseorang guru itu.



2.0    HUBUNGAN GURU DAN PENGAJARAN BERKUALITI

       Mok    Soon      Sang     (2003)    menerangkan     bahawa    keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung pada

corak interaksi guru dengan pelajarnya, pelajar dengan pelajar dan pelajar

dengan bahan pembelajaran. Ini bermakna pengajaran berkualiti sangat

bergantung kepada faktor guru dan gaya pengajarannya. Faktor-faktor yang

boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada

lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga bentuk kategori, iaitu faktor fizikal,

                                            1
faktor kemanusiaan dan faktor teknikal. Menurut Eggen & Kauchak (1998)

pula, di dalam menyampaikan ilmu dan pengetahuan, guru-guru haruslah

mempunyai kefahaman yang mendalam dalam bidang tersebut, dalam teknik

arahan serta memahami teori pembelajaran. Selain daripada itu, guru juga

bertanggungjawab membuat penilaian ke atas pelajar. Oleh itu untuk

mencapai satu bentuk pengajaran yang berkualiti dan berkesan, guru

seharusnya bekerjasama dan bergerak sebagai satu unit bersama rakan

sejawatannya yang lain di dalam tugas mendidik para pelajarnya. Tugas

pengajaran secara berkualiti bukan sahaja memerlukan guru itu untuk sentiaa

mengeksploitasi kekuatan para pelajarnya, malah perlu mengeksploitasi

kekuatan diri sendiri untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

sebagai satu pengalaman yang unik dan bermakna kepada pelajarnya.



3.0   CIRI-CIRI PENGAJARAN BERKUALITI

      Untuk mencapai pengajaran yang berkualiti, seseorang guru itu perlu

mahir dalam kepelbagaian ciri-ciri pengajaran efektif. Mak Soon Sang (2007)

mengatakan ciri-ciri pengajaran efektif boleh dikenal pasti daripada perlakuan

mengajar guru, iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian

pengajaran Ini bermaksud keberkesanan dan kualiti pengajaran amat

bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses

dan objektif pembelajaran. Keupayaan guru untuk mengenalpasti objektif

pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan

dalam perancangan.




                                      2
   Oleh itu, guru perlulah merancang dan melaksanakan pengajaran yang

berkualiti mengikut prinsip-prinsip berikut:



   a) Berdasarkan Kurikulum Kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian

       sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas

   b) Kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian

       semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu

   c) Pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan

       murid secara aktif

   d) Menghayati dan mengamalkan ilmu

   e) Menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai

       dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan murid

   f) Guru sentiasa bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

   g) Mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim

       pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

   h) Setiap pelajar diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan

       mereka

   i) Sentiasa memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan

       patriotism


   Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan

dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas

seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan

pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan

penyediaan      bahan-bahan     pelajaran,     merancang   dan   melaksanakan

pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan

                                        3
tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan

membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.




   Namun begitu pengajaran berkualiti amat bergantung kepada sejauhmana

keupayaan guru dalam mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang

menggalakkan dan menyokong pembelajaran semua pelajar. Bagi mencapai

maksud itu, guru boleh mengaplikasikan pelbagai strategi pengelolaan dan

pengajaran yang sesuai dengan stail pembelajaran pelajar serta keperluan

pendidikan, mata pelajaran yang diajar, dan keadaan atau konteks sekolah

dalam sebuah bilik darjah yang berdisiplin dan bertujuan, Guru perlu

memantau pembelajaran setiap pelajar, memberi maklumbalas yang relevan

dan merancang mengikut keperluan individu, kumpulan dan keseluruhan

kelas.



   Untuk mencapai tahap pengajaran berkualiti, seseorang guru perlu

berusaha memupuk ciri-ciri pengajaran seperti pembelajaran sendiri,

mengupayakan pelajar membincangkannya, dan mengharapkan pelajar

mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri. Pendekatan

ini bertujuan untuk membentuk perhubungan beretika berasaskan kemahiran

berkomunikasi yang baik serta rasa hormat terhadap semua pelajar sebagai

individu dan mengharapkan penghormatan guru diberikan sebagai balasan.



   Dari segi keterampilan guru perlu peka dan sentiasa mengikuti dan

mempunyai pengetahuan yang terkini dan mutakhir serta penyokong kuat


                                   4
kandungan    kurikulum.   Guru   perlu   sentiasa   kritis   terhadap   amalan

pengajarannya sendiri dan menunjukkan komitmen terhadap pembelajaran

sepanjang hayat dengan mendapatkan sokongan rakan sejawat disamping

memajukan perkembangan professional diri sendiri, Guru seharusnya

berterusan membuat refleksi kendiri untuk menilai kualiti dan objektif

pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Ini ditegaskan oleh

Ingham (2003) di dalam Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak.

Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding

Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM

Bangi, yang menyarankan supaya setiap pendidik membuat penilaian dan

menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang

akan menentukan cara setiap individu itu diajar dan belajar disamping

memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.



   Sebagai guru, beliau hendaklah mempunyai kepercayaan bahawa semua

pelajar berkebolehan untuk belajar, berharap semua pelajar akan belajar,

serta menyampaikan ekspektasi dan harapan itu kepada individu, kelas dan

komuniti, Pada masa yang sama berusaha melibatkan pelajar secara aktif

dalam pengalaman pembelajaran berkaitan isu-isu yang dianggap penting

oleh para pelajar kepada kehidupan mereka dan bersungguh-sungguh

membantu pelajar membina pertalian, memahami perhubungan atau

perkaitan di dalam dan antara bidang isi kandungan, serta menangani prinsip-

prinsip umum dan juga fakta-fakta berasingan.




                                     5
   Oleh itu untuk mencapai tahap pengajaran yang berkualiti, guru

seharusnya berusaha menguasai kemahiran di dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia juga

bermaksud bahawa seseorang guru itu juga secara ‘hands on’ berkeupayaan

mengaplikasikan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi

pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik

mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta

pencapaian   objektifnya   secara   optimum    sepertimana    diterangkan

perhubungan guru dan gaya pengajarannya di Rajah 1.




                                    6
RAJAH 1: Rangka Konsep Ciri Guru dan Pengajaran Berkualiti




                            7
4.0      STRATEGI    PENERAPAN       PENGAJARAN         BERKUALITI      YANG

         BERKESAN DALAM BILIK DARJAH



      Menurut B. G. Yaxley (1991) pula, pengajaran berkesan dan berkualiti

merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari

segi kepercayaan, nilai dan makna. Pengajaran berkualiti bersangkut paut

dengan proses pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian dan

penghuraian kepercayaan, nilai dan pengertian. Oleh itu bagi mencapai satu

pengajaran berkualiti merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran,

perasaan dan penilaian. Sebagai contoh bagi tahap pencapaian pelajar yang

berbeza-beza, bentuk interaksi antara guru dengan pelajar yang memenuhi

tahap aras dan kemahiran- kemahiran guru seperti penentuan objektif,

pemeringkatan isi pelajaran, pemilihan isi pelajaran yang boleh memupuk

perkembangan intelek dan kreativiti kritis perlu bersesuaian dengan aras

kebolehan belajar pelajarnya. Strategi pengajaran yang berkualiti memerlukan

guru untuk berpengetahuan dan memenuhi kiteria-kiteria seperti berikut:



      a) Setiap pelajar mempunyai aras kecerdasan yang berbeza.

      Sebagai seorang guru seharusnya memahami bahawa semua manusia

walaupun sama dari segi bentuk fizikal, umur dan lain-lain, tetap wujud

perbezaan di antara mereka. Lebih -lebih lagi dalam dunia seorang pelajar

yang mempunyai aras kecerdasan dan potensi yang berbeza. Potensi ini

amat berkait rapat dengan bakat semula jadi manusia yang menjadi salah

satu aspek di dalam fitrah manusia dengan perkataan lain, potensi

merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan


                                      8
fitrah yang ada padanya. Oleh itu keupayaan guru memahami sepenuhnya

diri dan    kebolehan    para pelajarnya, seterusnya mengajar mengikut

kesesuaian diri dan kecerdasan dengan aras pengajaran yang betul penting

bagi menjamin tahap pengajaran yang berkualiti.



   b) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih

   Untuk pelajar yang mempunyai aras kecerdasan yang berbeza maka

pendekatan yang digunakan haruslah fleksibel dan sesuai untuk pelajar

berkenaan. Pertimbangan harus dilakukan oleh guru sebelum merancang

sesi pengajaran. Sebagai contoh, guru boleh memilih pendekatan sama ada

mengasingkan       pelajar      mengikut     kecerdasan           mereka        ataupun

mencampuradukkan mereka. Oleh itu guru perlu sentiasa bijak dan kreatif bila

berhadapan dengan para pelajarnya.



   Jika    guru   memilih    untuk    memisahkan       pelajarnya      mengikut    aras

kecerdasan mereka, guru harus menggunakan pendekatan yang pelbagai

dalam     melaksanakan       proses   pengajaran.   Jika        guru   memilih    untuk

menggabungkan       kumpulan-kumpulan        pelajar     ini,    maka    guru     harus

mengubahsuai proses pengajaran agar ia dapat diterima secara optimum

oleh semua. Pengajaran hanya dilakukan apabila guru berjaya meneliti

perbezaan kecerdasan pelajar-pelajarnya dan menilai sejauh manakah jurang

perbezaan dan aras pengetahuan di antara pelajar yang lemah dengan yang

cerdas. Ini bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat

dicapai secara optimum.




                                         9
   c) Penggaplikasian pendekatan eklektif

   Pendekatan eklektif merupakan pendekatan yang amat sesuai bagi pelajar

yang berlainan aras kecerdasan juga belajar mengikut gaya pembelajaran

yang berlainan. Oleh itu, ada pelajar yang lebih gemar kepada pendekatan

pengajaran deduktif dan ada pula yang lebih gemar pembelajaran induktif.

Oleh itu guru harus bijak dalam menentukan pendekatan yang manakah lebih

sesuai bagi kumpulan pelajarnya yang berlainan kelas. Sebagai contoh dalam

pendidikan Matematik, jika pelajar yang gemar membuat pemerhatian,

perbandingan, mencari corak atau aliran tertentu akan membuat generalisasi,

maka pendekatan induktif perlu digunakan oleh guru. Namun jika sesetengah

pelajar lebih suka belajar dari satu-satu definisi atau teorem dan kemudiannya

maju untuk mengaplikasikan teorem itu dalam pelbagai situasi yang khusus,

pendekatan deduktif adalah lebih sesuai. Seorang guru perlu mahir

mengaplikasikan pendekatan ini iaitu deduktif, induktif atau eklektif yang

mana merupakan kombinasi kedua-dua pendekatan bagi kumpulan pelajar

yang berbeza.



   d) Strategi pemusatan pelajar

   Di bawah strategi pemusatan pelajar, pelajarlah yang memainkan peranan

yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, pelajar-

pelajar digalakkan melibatkan diri secara berkumpulan atau secara individu

dan bergerak aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dengan guru bertindak

sebagai pembimbing. Guru harus bijak untuk memilih pelbagai pendekatan

strategi di dalam aktiviti ini, yang bersesuaian dengan tajuk dan objektif

pengajaran sama ada berbentuk inkuiri penemuan, perbincangan penyoalan,


                                     10
penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan, dan sumbang

saran.



     e) Kaedah pemudahcaraan

     Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan.

Di    bawah    bidang       pendidikan,    pemudahcaraan          ialah    proses     yang

menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan

lancar. Di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran

pemudahcaraan yang dimiliki guru merupakan kemahiran yang amat penting

dan sesuai untuk aktiviti perbincangan, sama ada secara kelas atau secara

kumpulan. Maka kemahiran pemudahcaraan merupakan kecekapan guru

yang     berjaya    memotivasikan        pelajar-pelajar     bersedia     untuk     belajar,

membimbing         mereka    menjalani     aktiviti     pembelajaran      dengan    lancar,

menggalakkan        mereka     melibatkan        diri    secara   aktif    dalam     aktiviti

pembelajaran dan melicinkan segala proses pembelajaran secara terus

menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian.



     a) Teknik penyoalan dan perbincangan

     Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran

guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan

penggunaan teknik menyoal. Misalnya, di dalam induksi set, iaitu peringkat

permulaan sesuatu pelajaran, kemahiran penyoalan digunakan untuk

menolong pelajar mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan.

Di dalam peringkat perkembangan, kemahiran penyoalan digunakan untuk

mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran


                                            11
dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, kemahiran penyoalan

digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Teknik penyoalan

berkesan sebagai kaedah pemudahcaraan untuk mencungkil fikiran pelajar

dan membimbing mereka menjalankan aktiviti dan tugasan secara langkah

demi langkah hingga mencapai objektif pelajaran.



   Perbincangan pula merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang

melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar di dalam kelas, atau

suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea secara

berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah

penyeliaan   seorang    guru.   Sebagai    contoh,   guru    perlu   berterusan

mengemukakan isu-isu berkaitan topik perbincangan dan soalan- soalan yang

berkaitan pengajarannya. Pada masa yang sama, guru juga bertindak

sebagai pembimbing terutama semasa pelajar membuat membuat rumusan

dan kesimpulan terhadap hasil perbincangan mereka.




                                      12
5.0      CONTOH PENGAJARAN BERKUALITI BAGI SUATU SUBJEK

         YANG DITENTUKAN

      Contoh pengajaran berkualiti bagi subjek yang ditentukan seperti kerja-

kerja amali matapelajaran Kimia, merangkumi langkah-langkah dan peranan

guru mengendalikan pengajaran sesuatu aktiviti amali di makmal sains,

khususnya eksperimen kimia. Secara amnya, pengajaran berkualiti semasa

aktiviti amali di makmal ini meliputi empat langkah utama, iaitu:



      a) Pengenalan kepada amali

      Ini merupakan peringkat permulaan amali, di mana guru memperkenalkan

konsep atau prinsip sains yang terlibat. Di peringkat ini juga guru memberi

penerangan dan arahan yang berkaitan dengan amali yang akan dilakukan

oleh pelajar. Di antara tujuan memperkenalkan amali ini ialah meletakkan

pemikiran pelajar dalam konteks, iaitu memberi maklumat latar belakang dan

rasional    amali,   hubungkait   amali     dengan   kehidupan      harian   serta

membangkitkan minat pelajar terhadap amali. Pada masa yang sama guru

berperanan untuk memberi arahan tentang pelaksanaan amali seperti

prosedur amali, pemasangan radas, teknik-teknik khas, aspek keselamatan,

had masa, cara merekod data, pembahagian kumpulan, penyediaan laporan

dan pembersihan.




                                       13
   b) Pengesanan amali

   Semasa pelajar menjalankan amali, guru sebagai pengurus bilik darjah

(makmal) harus memantau dan mengesan perjalanan amali supaya

dikendalikan dengan cara yang baik dan selamat oleh pelajarnya. Peranan

guru pada peringkat ini termasuklah melayani soalan-soalan pelajar,

merangsang pemikiran pelajar tentang aktiviti yang dijalankan, memastikan

pelajar patuh kepada arahan keselamatan dan berwaspada tentang masalah

yang mungkin timbul. Guru perlu memastikan pelajar terlibat secara aktif

dalam kerja-kerja amali yang dilakukan .Sebagai contoh pendekatan yang

boleh dilakukan ialah dengan mengarahkan pelajar-pelajar untuk memasang

sendiri peralatan sains, mengambil ukuran (measurement) mengisi jadual dan

mencatat data penemuan.



   c) Penterjemahan data, pemerhatian dan perbincangan

   Setelah pelajar selesai melakukan amali, data atau pemerhatian amali

dianalisis, guru perlu bertindak sebagai pembimbing di dalam memandu para

pelajarnya berbincang secara kumpulan tentang apa yang dipelajari dari

kerja-kerja amali tersebut. Dengan berpusatkan pelajar, segala perbincangan

haruslah berdasarkan data yang diperolehi dan mestilah mengambil kira data

daripada semua kumpulan kerja amali di dalam kelas tersebut. Selain data

kajian, perbincangan juga meliputi ketepatan data, punca-punca kesalahan,

serta cara data disusun dan diolah. Guru perlu berterusan membimbing

pelajar membuat generalisasi atau kesimpulan amali berkenaan terutama jika

terdapat pelajarnya yang masih belum memahami objektif kerja-kerja amali




                                    14
yang dilaksanakan. Lazimnya pada peringkat ini pelajar-pelajar dikemukakan

soalan-soalan yang berkaitan dengan amali atau konsep yang dikaji.



   Peringkat ini penting kerana kebanyakan pelajar belajar dengan berkesan

melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti ‘hands-on‘dan peluang

untuk penemuan kendiri dengan pembelajaran lebih bermakna apabila

konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada

murid. Kebanyakan pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi

interpersonal,   belajar   dalam   kumpulan,   berkongsi   maklumat,     saling

membantu dan maklum balas yang positif dengan pemindahan pembelajaran

dari satu situasi ke situasi yang lain. Ini akan menjadikan sesi pengajaran dan

pembelajaran lebih menyeronokan.



   d) Aktiviti pengukuhan dan pengayaan

   Setelah mendapatkan generalisasi atau kesimpulan dari kerja-kerja amali

tersebut, pelajar bolehlah diberikan latihan pengukuhan berbentuk kerja

rumah atau latihan yang bersesuaian yang boleh diselesaikan di dalam

makmal. Untuk aktiviti pengayaan, guru boleh mengemukakan pelbagai

soalan yang merangsang minda pelajar dengan mengaitkan hasil amali

dengan kehidupan seharian mereka.




                                      15
6.0     RUMUSAN

        Pembelajaran yang berkualiti hanya akan berlaku apabila guru berjaya

menggunakan cara yang tepat dan sesuai semasa menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Cara dan gaya pengajaran haruslah dikawal

dengan sepenuhnya oleh guru agar kumpulan pelajar sasaran dapat

mencapai objektif pengajaran walaupun mereka mempunyai perbezaan dari

segi aras    kecerdasan.       Pengajaran    berkualiti merupakan   salah   satu

tanggungjawab dan tugas utama yang harus dipikul oleh semua guru di

Malaysia dengan memastikan bahawa amanah dan ilmu yang ingin

disampaikannya dapat disempurnakan. Bagi memastikan bahawa murid

dapat menerima ilmu tersebut, guru perlu sentiasa berusaha untuk mengkaji

dan memahirkan lagi diri dengan pendekatan dan kaedah strategi dan teori-

teori   pengajaran   terkini    untuk   diaplikasikan   dengan   menarik    dan

menyeronokkan dan para pelajar dapat menerimanya dengan mudah dan

berkesan.




                                        16
RUJUKAN


Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas.

Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bh.



Eggen, P.D., Kauchak, D.P (1998). Learning and Teaching: Research Based

Methods. USA: Allyn & Bacon



Mok Soon Sang. (2007) MTEST (Ujian Penilaian Calon Guru Malaysia)

Inventori Sahsiah Keguruan INSAK. Selangor: Multimedia-Es Resources Sdn.

Bhd.



Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:

Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi. Selangor: Multimedia-

Es Resources Sdn. Bhd.



Ornstein, A.C. & Levine, D.V. (1993). Foundation of Education. Boston:

Houghton Mifflin Company.



                                                           th
Parkay, F.W. & Stanford, B.H. (1998). Becoming a Teacher. (4 ed). Boston:

Allyn& Bacon. Sockett



Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak. Peningkatan Kualiti

Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding Persidangan

Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi.

Diakses pada 9 Disember 2009 di

                                   17
http://pkukmweb.ukm.my/~pkaukm/BUKU%201%20&%202/PDF_buku%202/

B8_Pend_Saedah_Nurhayati_Peningkatan%20Kualiti%20Pengajaran.pdf



Robiah Sidin. (1994). Pendidikan Di Malaysia. Cabaran Untuk Masa Depan.

Kula Lumpur: Fajar Bakti



Yaxley, B. G. (1991) Developing Teachers: Theories of Teaching. London:

Falmer Press




                                  18

				
DOCUMENT INFO
Description: Untuk mencapai pengajaran yang berkualiti, seseorang guru itu perlu mahir dalam kepelbagaian ciri-ciri pengajaran efektif. Mak Soon Sang (2007) mengatakan ciri-ciri pengajaran efektif boleh dikenal pasti daripada perlakuan mengajar guru, iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran Ini bermaksud keberkesanan dan kualiti pengajaran amat bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Keupayaan guru untuk mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan.