Tugasan Individu

Document Sample
Tugasan Individu Powered By Docstoc
					     KECELARUAN BAHASA PADA KANAK-KANAK : BILAKAH TERAPI BAHASA
                                       DISYORKAN?


       Kajian ini membincangkan mengenai satu analisis tentang rawatan yang disyorkan
pada masa yang sesuai mengikut tahap kesulitan yang dihadapi kanak-kanak yang
mengalami kecelaruan bahasa oleh pakar terapi pertuturan. Kajian ini dilakukan dengan
melakukan penilaian terhadap kebolehan berbahasa yang dipunyai oleh kanak-kanak
mengikut tahap umur yang ditetapkan dan kesannya dikaji semula selepas 12 bulan. Terapi
bahasa terhadap kanak-kanak ini masih lagi berada di bawah perbincangan dalam aspek
kos dan keberkesanannya. Terdapat banyak perbincangan tentang istilah dan klasifikasi
tentang kecelaruan bahasa antara para penyelidik dan mengakibatkan berlakunya kesulitan
dalam membezakan antara perkembangan bahasa yang normal dan perkembangan bahasa
yang bermasalah. Perkara ini berlaku kerana penyelidikan yang dilakukan bergantung
kepada standard yang        digunakan.   Sebagai contoh, kebolehan berbahasa boleh
dibandingkan dengan usia seseorang individu tersebut atau boleh juga ditentukan dengan
mengambil ujian berbahasa. Selain itu, percanggahan antara kemampuan verbal dan non-
verbal juga boleh digunakan sebagai penanda aras dalam mengukur kebolehan berbahasa
(Bishop, 1997).


       Kesukaran berkomunikasi dalam kehidupan seharian boleh menjadi prinsip utama
dalam dalam mendefinisikan masalah bahasa. Dalam pada memerlukan data normatif yang
baik, ianya tidak harus bergantung kepada tahap purata kemampuan berbahasa kanak-
kanak pada umur yang berbeza tetapi harus dilihat juga pada kemampuan yang pelbagai.
Namun begitu, dalam kebanyakan bahasa, data normatif ini tidak dibentangkan (Bishop,
1997). Dalam pada memahami penanda aras yang umum dalam mendefinisikan sesuatu
masalah berbahasa, kita harus melihat kepada apa yang berlaku kepada kanak-kanak
apabila dirujuk kepada doktor. Selama setahun, jumlah sesi terapi percakapan telah
direkodkan dan selepas 12 bulan, perubahan yang berlaku kepada kebolehan berbahasa
kanak-kanak yang dirujuk kepadanya tadi diperiksa semula samaada berlaku peningkatan
atau sebaliknya. Dalam kajian ini, seramai 34 orang kanak-kanak Belanda yang berusia
antara 2.0 hingga 5.3 tahun telah dirujuk kepada pakar terapi pertuturan oleh doktor yang
terlibat. Doktor-doktor yang merujuk mereka kepada pakar terapi pertuturan ini tinggal di tiga
kawasan yang berbeza-beza di Belanda. Kanak-kanak ini dibawa berjumpa dengan doktor
oleh ibu bapa mereka kerana bimbang dengan perkembangan bahasa anak mereka.
       Pengeluaran dan pemahaman bahasa kanak-kanak diperiksa oleh seorang pakar
psikologi kanak-kanak di rumah masing-masing. Pengukuran penguasaan bahasa kanak-
kanak ini hanya digunakan di dalam kajian ini sahaja. Bagi mengelakkan gangguan dalam
kajian yang dilaksanakan, tiada sebarang maklumbalas diberikan kepada ibu bapa, doktor
ataupun pakar terapi pertuturan itu sendiri.


       Penghasilan bahasa diukur dengan menggunakan Sentences Development Test
(SDT) dari Schlichting Test untuk Pengeluaran Bahasa Belanda. SDT ini adalah satu ujian
standard dan boleh dipercayai berdasarkan kepada peniruan dan ianya mudah untuk
dilaksanakan (Berkhout, Nijmegen, 1995). Namun begitu, tidak semua kanak-kanak
bersedia untuk memberi kerjasama sepanjang kajian dilaksanakan. Jadi ujian penghasilan
bahasa spontan telah dihasilkan oleh Groningen Diagnostic Speech Norms (GDS) (rujuk
jadual 1). Perkembangan bahasa kanak-kanak dianggap mencukupi apabila ianya
bersesuaian dangan perkembangan usianya dan dianggap tidak mencukupi jika sebaliknya.
Pemahaman      bahasa    kanak-kanak     diukur   melalui   skala   pemahaman   dari   Skala
Perkembangan Bahasa Reynell versi Belanda, ujian untuk pemahaman bahasa (Berkhout,
Nijmegen, 1995). Ujian ini juga merupakan satu ujian yang standard dan boleh dipercayai.
Selama tempoh setahun ini , setiap bulan soalan soal selidik diberi kepada ibu bapa untuk
diisikan dengan bilangan terapi bahasa yang dihadiri oleh anak mereka pada bulan yang
sebelumnya.


       Dalam kajian ini, 73% kanak-kanak menunjukkan penghasilan bahasa yang
mencukupi manakala 88% menunjukkan pemahaman bahasa yang mencukupi. Seramai 7
orang kanak-kanak (21%) gagal untuk menjalankan pengukuran penghasilan ayat seperti
yang diuji dalam SDT, manakala ucapan yang spontan dapat dijalankan kepada semua
kanak-kanak. Jika dibandingkan dengan pencapaian dalam SDT, penghasilan bahasa
secara spontan lebih berkesan kepada semua kanak-kanak iaitu sebanyak 76%. Sepanjang
tahun tersebut, seramai 33 orang kanak-kanak (97%) menerima terapi pertuturan.
Kebanyakan kanak-kanak yang dirujuk kepada pakar terapi pertuturan ini mengalami
masalah kesukaran menyebut perkataan ataupun gagap. Selepas 12 bulan terapi ini
dijalankan, 50% daripadanya telah selesai manakala selebihnya masih berterusan.
       Hanya seorang daripada 34 orang kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini tidak
dirujuk kepada pakar terapi pertuturan. Bagaimanapun, rata-rata kanak-kanak ini
mencatatkan skor purata utk SDQ dan LCQ (rujuk jadual 2) dan juga di dalam skor
percakapan mengikut GDS. Bagi pakar terapi pertuturan, mereka mengharapkan kesukaran
dalam menyebut perkataan ataupun percakapan yang tersekat-sekat dalam komunikasi
seharian bagi mengklasifikasikan seseorang kanak-kanak itu mengalami kesulitan bertutur.
Perkembangan artikulasi bermula semenjak 6 bulan ketika pola artikulasi pada bayi
berkembang    menjadi    sesuatu   bahasa    berdasarkan    perkembangan     pendengaran
(Massachusetts, 2000). Berdasarkan era baru yang berpendapat bahawa bahasa
merupakan satu faktor yang penting dalam perkembangan kognitif dan sosio-emosi, rawatan
awal bagi masalah bahasa dilakukan bagi mengelakkan masalah pembelajaran, disleksia
dan juga masalah perilaku (Bishop, 1998). Akibatnya, bilangan terapi bahasa dalam
kalangan kanak-kanak bertambah. Ini adalah kerana standard yang digunakan dalam
menentukan seseorang kanak-kanak mengalami masalah bahasa telah tidak bersesuaian.
Berdasarkan kajian ini, kanak-kanak yang dirujuk kepada terapi bahasa tidaklah
menunjukkan perkembangan yang sangat baik di mana bagi masalah sebutan, 50%
daripada kanak-kanak yang dirujuk kepada terapi bahasa terpaksa meneruskan sesi terapi
selepas 12 bulan. Ini menunjukkan bahawa perkembangan bahasa dan artikulasi kanak-
kanak itu berkembang mengikut masa dan tidak dapat dipercepatkan melalui terapi. Ujian-
ujian yang telah distandardkan amat susah untuk dijalankan terhadap kanak-kanak kerana
kanak-kanak yang masih kecil masih terlalu sukar untuk memberi kerjasama dan
menumpukan perhatian terhadap ujian tersebut. Akibatnya, terapi bahasa terpaksa
mengambil inisiatif untuk menggunakan cara tunggu dan lihat.


       Bilakah terapi pertuturan perlu disyorkan? Pada peringkat usia kanak-kanak,
perkembangan bahasa perkembangan bahasa menghasilkan input yang mencukup semasa
tempoh pembelajaran kritis mereka (Bishop, 1997). Jadi, apabila kanak-kanak mengalami
kesulitan bertutur, terapi ini harus diberikan secepat yang mungkin. Namun begitu, satu
perbandingan harus dilakukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah artikulasi dan
kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa. Ini adalah kerana terapi pertuturan kurang
efektif untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah artikulasi. Apabila kanak-kanak
mencapai skor yang tidak mencukupi dalam ujian percakapan spontan, maka terapi
pertuturan harus disyorkan. Petunjuk yang betul-betul tepat dalam mengklasifikasikan
seseorang kanak-kanak itu menghidap masalah bahasa atau percakapan masih belum
jelas. Oleh yang demikian, satu kajian yang lebih menyeluruh mengenai variasi yang berlaku
dalam perkembangan bahasa dan artikulasi kanak-kanak perlulah dilakukan dalam tempoh
masa yang tertentu bagi mendapatkan satu petunjuk untuk menentukan seseorang kanak-
kanak itu perlu dirujuk kepada terapi bahasa ataupun sebaliknya.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:605
posted:3/27/2011
language:Malay
pages:3