Jurnal IPBA: PENILAIAN PROGRAM PRAKTIKUM KURSUS PERGURUANLEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH)

Document Sample
Jurnal IPBA: PENILAIAN PROGRAM PRAKTIKUM KURSUS PERGURUANLEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) Powered By Docstoc
					JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



             PENILAIAN PROGRAM PRAKTIKUM KURSUS PERGURUAN
                     LEPASAN IJAZAH (SEKOLAH RENDAH)



                                              oleh

         Lawrence Aloysius Aeria, Low Sew Kim, Norehan Md. Shahroun,
                 Norjiah Sulaiman, Omar Md. Salleh, Lau Hah.

                             Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
                        Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
                                  dan Bahagian Pendidikan Guru



                                          ABSTRAK

                Kajian ini merupakan satu penilaian atas program praktikum yang
                dikendalikan oleh maktab-maktab perguruan seluruh Malaysia.
                Sampel kajian terdiri daripada 262 orang guru pembimbing, 194
                orang pensyarah pembimbing dan 611 orang guru pelatih daripada
                24 buah maktab. Instrumen kajian terdiri daripada tiga soal-
                selidik, satu soal selidik bagi setiap kumpulan sampel. Keputusan
                kajian menunjukkan bahawa rata-rata program praktikum telah
                berjaya mencapai objektif-objektifnya. Namun terdapat beberapa
                kelemahan yang perlu diatasi untuk meningkatkan lagi kelicinan
                dan kecekapan pelaksanaan program praktikum.




                                              88
                                                                       JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



                                     PENGENALAN

Misi Bahagian Pendidikan Guru adalah untuk melaksanakan sistem pendidikan guru
yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi
aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk memenuhi tuntutan misi tersebut,
Bahagian Pendidikan Guru merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk kursus
dalam perkhidmatan dan kursus praperkhidmatan. Antara program yang dikendalikan
untuk kursus praperkhidmatan adalah Program Praktikum.

Program Praktikum merupakan satu komponen penting dalam latihan perguruan. Mengikut
Abdul Raof dan T. Subahan (1991), melalui praktikum (latihan mengajar), guru pelatih
akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku-tingkah laku yang diinginkan
untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah
didedahkan kepada mereka. Pushkin (2001) menyatakan bahawa program praktikum
mempunyai banyak potensi dan ciri yang positif dalam latihan perguruan. Antara lain,
program praktikum memberi peluang kepada guru pelatih mengalami dan mempelajari
dunia keguruan. Kepentingan praktikum khususnya untuk guru-guru permulaan mendapat
sokongan daripada pelbagai pengkaji dan pendidik yang lain seperti Brown dan Lancaster
(2004) dan Kane (2003).

                                  Pernyataan Masalah

Program Praktikum telah dijalankan setiap tahun sejak bermulanya latihan perguruan.
Akan tetapi satu penilaian program secara keseluruhan untuk mana-mana pengambilan
berserta laporan peniliaian belum dikeluarkan. Khususnya, belum terdapat penilaian yang
mengkaji tahap pencapaian objektif-objektif praktikum secara menyeluruh yang melibatkan
kesemua maktab perguruan di Malaysia.

Setakat ini, usaha memantau keberkesanan program praktikum untuk setiap pengambilan
dijalankan setiap tahun oleh Bahagian Pendidikan Guru. Akan tetapi, pemantauan tersebut
tidak menilai program praktikum secara keseluruhan untuk pengambilan tersebut. Ada pun
terdapat kajian-kajian yang dijalankan oleh pensyarah dan pelbagai pihak yang lain tetapi
biasanya kajian-kajian tersebut hanya menyentuh satu atau dua aspek sahaja.

Disebabkan kurang terdapat penilaian secara keseluruhan berkaitan program praktikum
bagi mana-mana pengambilan, maka pihak Bahagian Pendidikan Guru dan maktab
perguruan mendapati sukar untuk menentukan kekuatan dan kelemahan program
praktikum untuk sesuatu pengambilan tertentu. Justeru itu, langkah-langkah menyeluruh
untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan kurang dapat ditentukan
dan dirancangkan.

Seperti dinyatakan di atas, beberapa kajian telah dijalankan setakat ini berkaitan program
praktikum. Kajian-kajian tersebut telah menunjukkan terdapat beberapa masalah yang
wujud. Contohnya, Woo (1992) mendapati walaupun hubungan guru sekolah dengan guru
pelatih semasa praktikum adalah baik, hubungan mesra tidak terjalin dan biasanya terdapat
perasaan kurang senang hati dengan kehadiran guru pelatih di sekolah. Loh (2004) telah
mengenalpasti beberapa keperihatinan dan masalah guru pelatih seperti aspek pengurusan
bilik darjah, disiplin murid dan hubungan guru pelatih dengan pihak sekolah dan maktab.

Semua kajian seperti Woo (1992) dan Loh (2004) di atas dijalankan menggunakan sampel
daripada satu atau dua maktab sahaja. Adakah dapatan-dapatan tersebut juga benar untuk


                                            89
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



semua maktab yang lain? Untuk menjawab persoalan sedemikian, maka satu penilaian
secara keseluruhan untuk semua maktab perlu dijalankan.

[Catatan: Sumber artikel ini adalah daripada kajian Aeria et al. (2005); oleh kerana
kajian dijalankan pada tahun 2004-2005, istilah “maktab perguruan” dan bukan “institut
perguruan” digunakan. Untuk dapatan yang lebih lengkap termasuk petikan temu bual, sila
rujuk kepada laporan kajian tidak bercetak (Aeria et al., 2005). Perlu dinyatakan bahawa
kajian ini terbatas kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (Sekolah Rendah) atau
singkatannya, KPLI (SR)]

                                          Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut:

           1.         Sejauh manakah program praktikum KPLI (SR) memenuhi objektif-
                      objektifnya untuk:

                      (a)       meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru pelatih dalam
                                bidang pengajaran dan pembelajaran?

                      (b)       memupuk ciri-ciri seorang guru yang baik?

           2.         Apakah kekuatan dan kelemahan program praktikum KPLI (SR)?

           3.         Apakah masalah-masalah yang timbul berkaitan program praktikum KPLI (SR)?


                                       METODOLOGI KAJIAN

                                            Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan (survey). Populasi kajian terdiri daripada semua
guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan guru pelatih KPLI (SR) yang terlibat dengan
program praktikum KPLI (SR) Fasa 2 iaitu dalam tempoh Jun-Oktober 2004. Dalam kajian
ini, guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan guru pelatih disebut kumpulan-kumpulan
sampel. Sampel kajian ini terdiri daripada tiga kumpulan sampel tersebut. Ketiga-tiga
kumpulan sampel digunakan agar pengesahan secara triangulasi dapat dijalankan.

Sampel telah dipilih secara rawak berstrata mengikut kumpulan sampel dan jantina.
Kesemuanya terdapat 262 guru pembimbing, 194 pensyarah dan 611 guru pelatih. Jumlah
maktab yang terlibat ialah 24 maktab.


                             Instrumen Kajian Dan Pentadbiran Instrumen

Instrumen kajian terdiri daripada tiga soal selidik yang dinamakan Instrumen Guru Pelatih,
Instrumen Pensyarah Pembimbing, dan Instrumen Guru Pembimbing masing-masing.
Ketiga-tiga instrumen kajian telah dibina berdasarkan objektif-objektif program praktikum
seperti tertera dalam Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan Praperkhidmatan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) serta melalui temu bual dengan pensyarah,
guru pembimbing dan bekas guru pelatih.


                                                 90
                                                                              JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



Selepas pengesahan dan kajian rintis, instrumen-instrumen yang telah dimurnikan
ditadbirkan pada bulan September-Oktober 2004 kepada sampel kajian oleh
maktab-maktab masing-masing dengan kerjasama Jabatan Penyelidikan dan
Pembangunan dan Jawatankuasa Praktikum. Kebolehpercayaan Instrumen Guru Pelatih,
Instrumen Pensyarah Pembimbing, dan Instrumen Guru Pembimbing adalah 0.95, 0.95
dan 0.96.


                                      KEPUTUSAN

         Kriteria Menentukan Tahap Pencapaian sesuatu Objektif atau Aspek

Analisis data adalah secara deskriptif. Keputusan dilaporkan dalam bentuk min, sisihan
piawai, frekuensi dan peratus. Tahap pencapaian sesuatu objektif atau aspek dalam
program praktikum adalah berdasarkan kriteria seperti dalam Jadual 1.

         Jadual 1: Kriteria menentukan tahap pencapaian sesuatu objektif
                   atau aspek

          Tahap                                            Kriteria
  Cemerlang                                                                    -
                           Item yang mengukur objektif mencapai skor min sekurang kurangnya
                           4.20 bagi kesemua kumpulan sampel yang terlibat
  Baik                                                                         -
                           Item yang mengukur objektif mencapai skor min sekurang kurangnya
                           4.00 bagi kesemua kumpulan sampel yang terlibat
  Memuaskan                                                                    -
                           Item yang mengukur objektif mencapai skor min sekurang kurangnya
                            3.40 bagi kesemua kumpulan sampel yang terlibat
  Kurang memuaskan         Item yang mengukur objektif mencapai skor min kurang daripada
                                        -
                           3.40 bagi mana mana satu kumpulan sampel


     Penilaian terhadap Pencapaian Objektif Praktikum Berkaitan Pelaksanaan
                    Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian terhadap pencapaian objektif praktikum KPLI (SR)
berkaitan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Jadual menunjukkan bagi
item “merancang pengajaran dan pembelajaran”, guru pembimbing mencatat skor min
4.39, sisihan piawai, 0.52; bagi pensyarah pembimbing skor min ialah 4.23 dan sisihan
piawai ialah 0.68; guru pelatih pula mencatat skor min 4.29 dan sisihan piawai 0.58.
Memandangkan ketiga-tiga kumpulan mencatat skor min lebih daripada 4.20, maka
objektif yang diukur item ini dikatakan telah mencapai tahap cemerlang. Ini bermakna
program praktikum KPLI (SR) telah berjaya dengan cemerlang dalam meningkatkan
kemahiran guru pelatih merancang pengajaran dan pembelajaran. Jadual 2 juga
menunjukkan bahawa program praktikum telah berjaya dengan cemerlang dalam
meningkatkan kemahiran guru pelatih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,
berkomunikasi dan mewujudkan hubungan mesra dengan murid.




                                              91
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



           Jadual 2: Penilaian terhadap pencapaian objektif praktikum berkaitan
                     pelaksanaan pengajaran pembelajaran

                                   Item
  No.     (Stem item: Praktikum berkesan meningkatkan          Guru   Pensy-    Guru      Status
          kemahiran guru pelatih: )                            Pemb    arah    Pelatih

   1      merancang pengajaran dan pembelajaran
           Min                                                 4.39    4.23     4.29     Cemerlang
           Sisihan piawai                                      0.52    0.68     0.58

   2      melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
           Min                                                 4.42    4.28     4.28     Cemerlang
           Sisihan piawai                                      0.53    0.58     0.57

   3      Berkomunikasi
           Min                                                 4.26    4.22     4.34     Cemerlang
           Sisihan piawai                                      0.60    0.65     0.59

   4      mewujudkan hubungan mesra dengan murid
           Min                                                 4.41    4.29     4.45     Cemerlang
           Sisihan piawai                                      0.53    0.55     0.56

   5      menyepadukan teori dan amali pengajaran dan
          pembelajaran
            Min                                                4.30    4.15     4.06       Baik
           Sisihan piawai                                      0.60    0.70     0.76

   6      mengaplikasikan pelbagai kemahiran pengajaran
          dan pembelajaran
            Min                                                4.36    4.17     4.20       Baik
           Sisihan piawai                                      0.58    0.67     0.68

   7      mengajar dengan berkesan
           Min                                                 4.27    4.00     4.10       Baik
           Sisihan piawai                                      0.64    0.72     0.63

   8      memilih isi kandungan
           Min                                                 4.23    4.09     4.11       Baik
           Sisihan piawai                                      0.56    0.65     0.59

   9      menyediakan sumber pengajaran yang sesuai
           Min                                                 4.30    4.10     4.14
           Sisihan piawai                                      0.61    0.67     0.63       Baik

   10     mengurus masa pembelajaran dengan berkesan
           Min                                                 4.30    4.17     4.24
           Sisihan piawai                                      0.61    0.62     0.61       Baik

   11     menguasai kemahiran pemudahcaraan
           Min                                                 4.22    4.00     4.11       Baik
           Sisihan piawai                                      0.63    0.64     0.67

   12     mengawal disiplin
           Min                                                 4.19    4.10     4.00       Baik
           Sisihan piawai                                      0.69    0.58     0.72




                                                          92
                                                                                   JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



                                Item
No.   (Stem item: Praktikum berkesan meningkatkan              Guru   Pensy-    Guru           Status
      kemahiran guru pelatih: )                                Pemb    arah    Pelatih

13    membuat pemerhatian terhadap murid
       Min                                                     4.35    4.10     4.30            Baik
       Sisihan piawai                                          0.59    0.64     0.58

14    menguasai pelbagai strategi pengajaran dan
      pembelajaran
       Min                                                     4.44    4.19     4.18            Baik
       Sisihan piawai                                          0.58    0.58     0.66

15    menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran
       Min                                                     4.15    3.95     4.04        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.63    0.72     0.68

16    melaksanakan pelbagai aktiviti kokurikulum
       Min                                                     4.18    3.84     3.83        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.70    0.73     0.86

17    mengurus rutin bilik darjah
       Min                                                     4.13    4.08     3.96        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.71    0.59     0.76

18    menilai pembelajaran murid
       Min                                                     4.20    3.99     3.99        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.58    0.66     0.66

19    menyerapkan nilai murni dalam aktiviti pengajaran
      dan pembelajaran
        Min                                                    4.32    3.98     4.17        Memuaskan
        Sisihan piawai                                         0.57    0.74     0.65

20    menguasai pelbagai strategi kokurikulum
       Min                                                     4.09    3.85     3.71        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.74    0.74     0.82

21    mengendalikan aktiviti pengayaan
       Min                                                     3.87    3.64     3.83        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.76    0.86     0.72

22    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
      berpasangan
        Min                                                    3.93    3.69     3.73        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.82    0.73     0.85

23    menggunakan sumber teknologi seperti ICT dalam
      proses pengajaran dan pembelajaran
        Min                                                    3.95    3.54     3.67        Memuaskan
        Sisihan piawai                                         0.85    0.86     0.96

24    mengendalikan aktiviti pemulihan
       Min                                                     3.72    3.46     3.52        Memuaskan
       Sisihan piawai                                          0.86    0.94     0.83




                                                          93
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



Bagi item “menyepadukan teori dan amali pengajaran dan pembelajaran”, guru
pembimbing mencatat min lebih daripada 4.20; pensyarah pembimbing dan guru
pelatih pula mencatat min lebih daripada 4.00 tetapi kurang daripada 4.20. Oleh itu,
objektif yang diukur item tersebut dikatakan mencapai tahap baik dan bukan tahap
cemerlang. Keputusan ini bermakna program praktikum telah berjaya dengan baik
dalam meningkatkan kemahiran guru pelatih menyepadukan teori dan amali
pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 juga menunjukkan program praktikum telah berjaya hanya pada tahap
memuaskan bagi 10 objektif. Antara objektif-objektif ini, empat mungkin perlu diberi
perhatian berdasarkan skor min yang dicatat oleh ketiga-tiga kumpulan sampel.
Keempat-empat objektif tersebut ialah kemahiran mengendalikan aktiviti pengayaan,
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan, menggunakan
sumber teknologi seperti ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
mengendalikan aktiviti pemulihan.

              Penilaian terhadap Pencapaian Objektif Praktikum Berkaitan
                     Pembentukan Ciri-Ciri Seorang Guru yang Baik

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis penilaian terhadap pencapaian objektif praktikum
berkaitan pembentukan ciri-ciri seorang guru yang baik. Jadual 3 menunjukkan
bahawa daripada 15 ciri, program praktikum telah mencapai objektif dengan
cemerlang bagi 7 ciri. Antaranya, ciri memperkembang potensi sebagai seorang guru
mencatat skor min 4.55, 4.37 dan 4.46 bagi guru pembimbing, pensyarah pembimbing
dan guru pelatih masing-masing.

Jadual 3 juga menunjukkan bahawa program praktikum telah berjaya mencapai
objektif dengan baik bagi 6 ciri seperti menghayati etika perguruan. Jadual juga
menunjukkan bahawa terdapat 2 ciri yang hanya mencapai tahap memuaskan iaitu
membina daya saing dan daya cipta.

           Jadual 3: Penilaian terhadap pencapaian objektif berkaitan
                     pembentukan ciri-ciri seorang guru yang baik

                                   Item
  No.     (Stem item: Praktikum berkesan meningkatkan        Guru   Pensy-    Guru      Status
          kemahiran guru pelatih: )                          Pemb    arah    Pelatih

   1      memperkembang potensi diri sebagai guru
           Min                                               4.55    4.37     4.46     Cemerlang
           Sisihan piawai                                    0.54    0.54     0.57

   2      memupuk keyakinan menjadi seorang guru
          permulaan yang berkesan
            Min                                              4.54    4.39     4.48     Cemerlang
            Sisihan piawai                                   0.56    0.59     0.62

   3      menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
           Min                                               4.45    4.30     4.31     Cemerlang
           Sisihan piawai                                    0.56    0.51     0.58

   4      memupuk sikap positif
           Min                                               4.48    4.25     4.38     Cemerlang
           Sisihan piawai                                    0.52    0.62     0.60



                                                        94
                                                                                    JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



No.                            Item
      (Stem item: Melalui program praktikum guru pelatih        Guru   Pensy-    Guru           Status
      dapat: )                                                  Pemb   arah     Pelatih

5     meningkatkan daya ketahanan diri
       Min                                                      4.43     4.22    4.37         Cemerlang
       Sisihan piawai                                           0.58     0.61    0.61

6     mengamalkan nilai profesion keguruan
       Min                                                      4.49     4.21    4.41         Cemerlang
       Sisihan piawai                                           0.53     0.67    0.56

7     memupuk perasaan tanggungjawab terhadap
      profesion keguruan
        Min                                                     4.48     4.27    4.46         Cemerlang
        Sisihan piawai                                          0.54     0.59    0.55

8     menghayati etika perguruan
       Min                                                      4.41     4.15    4.35            Baik
       Sisihan piawai                                           0.59     0.66    0.60

9     mengamalkan refleksi
       Min                                                      4.35     4.03    4.23            Baik
       Sisihan piawai                                           0.61     0.78    0.63

10    mengamalkan penilaian kendiri
       Min                                                      4.30     4.07    4.27            Baik
       Sisihan piawai                                           0.59     0.72    0.60

11    membina daya suai
       Min                                                      4.21     4.06    4.03            Baik
       Sisihan piawai                                           0.62     0.61    0.62


12    meningkatkan keprihatinan terhadap murid
       Min                                                      4.36     4.17    4.36            Baik
       Sisihan piawai                                           0.61     0.55    0.54

13    meningkatkan kepekaan terhadap murid
       Min                                                      4.35     4.14    4.34            Baik
       Sisihan piawai                                           0.60     0.56    0.55

14    membina daya saing
       Min                                                      4.13     3.87    4.00        Memuaskan
       Sisihan piawai                                           0.63     0.72    0.66

15    membina daya cipta
       Min                                                      4.13     3.87    4.03        Memuaskan
       Sisihan piawai                                           0.65     0.70    0.70




                                                           95
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



             Penilaian terhadap Taklimat Praktikum (Persediaan Praktikum)

Jadual 4 menunjukkan hasil analisis penilaian terhadap taklimat praktikum. Jadual
menunjukkan bahawa daripada 9 ciri taklimat praktikum untuk guru dan pensyarah
pembimbing masing-masing, tiada yang mencapai tahap cemerlang. Hanya satu ciri
iaitu menjelaskan cara menggunakan borang-borang penyeliaan praktikum yang
mencapai tahap baik. Ciri-ciri yang lain hanya mencapai tahap memuaskan
khususnya ciri berkaitan dengan melengkapkan pembimbing dengan kemahiran
pementoran dan kemahiran pencerapan klinikal.

Jadual juga menunjukkan bahawa taklimat praktikum untuk guru pelatih mencapai
tahap kurang memuaskan (min = 3.36, sisihan piawai = 1.07). Hasil analisis ini
bermakna rata-rata guru pelatih KPLI (SR) tidak berpuas hati dengan taklimat yang
diberikan. Hasil analisis ini juga bermakna taklimat praktikum untuk guru pelatih tidak
mencapai objektif seperti diinginkan.

           Jadual 4: Penilaian terhadap taklimat Praktikum

 No.                                    Item
        (Stem item: Taklimat\latihan yang diberi kepada saya untuk         Guru   Pensy-     Status
        menyelia praktikum:)                                               Pemb    arah

  1     menjelaskan cara menggunakan borang-borang penyeliaan
        praktikum
          Min                                                              4.15    4.10      Baik
          Sisihan piawai                                                   0.62    0.77

  2     Berkesan
         Min                                                               4.00    3.88    Memuaskan
         Sisihan piawai                                                    0.67    0.79

  3     meningkatkan keyakinan saya untuk membimbing guru pelatih
         Min                                                               4.11    3.99    Memuaskan
         Sisihan piawai                                                    0.60    0.78

  4     menjelaskan konsep program praktikum secara keseluruhan
         Min                                                               4.01    3.95    Memuaskan
         Sisihan piawai                                                    0.58    0.72

  5     menjelaskan tanggungjawab dan peranan semua pihak yang
        terlibat
          Min                                                              4.11    3.99    Memuaskan
          Sisihan piawai                                                   0.65    0.80

  6     menjelaskan cara menyelaraskan penyeliaan dengan pensyarah
        pembimbing
          Min                                                              4.07    3.87    Memuaskan
         Sisihan piawai                                                    0.69    0.91

  7     menjelaskan cara mentafsir prestasi guru pelatih dalam praktikum
         Min                                                               4.08    3.80    Memuaskan
         Sisihan piawai                                                    0.64    0.88

  8     melengkapkan saya dengan kemahiran pementoran
         Min                                                               3.97    3.90    Memuaskan
         Sisihan piawai                                                    0.67    0.85




                                                         96
                                                                                             JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



 No.                                   Item
       (Stem item: Taklimat\latihan yang diberi kepada saya untuk     Guru           Pensy-             Status
       menyelia praktikum:)                                           Pemb            arah

  9    melengkapkan saya dengan kemahiran pencerapan klinikal
        Min                                                           3.92            3.81           Memuaskan
        Sisihan piawai                                                0.67            0.83

 10    Saya puas hati dengan taklimat praktikum yang diberi sebelum
       praktikum bermula
         Min                                                                  3.36                    Kurang
         Sisihan piawai                                                       1.07                   Memuaskan



 Penilaian terhadap Peranan Guru dan Pensyarah Pembimbing oleh Guru Pelatih

Jadual 5 menunjukkan hasil analisis penilaian terhadap peranan pensyarah dan guru
pembimbing oleh guru pelatih. Jadual menunjukkan bahawa daripada 17 ciri pembimbing,
guru dan pensyarah pembimbing telah bertindak cemerlang bagi 5 ciri iaitu menjalin
hubungan yang mesra dengan guru pelatih, membuat penilaian yang adil terhadap
pengajaran guru pelatih, berbincang selepas menyelia guru pelatih, memberi peluang
kepada guru pelatih meluahkan pendapat dan memberi maklum balas bermanfaat. Bagi 9
ciri yang lain seperti membantu guru pelatih membentuk sikap positif, guru dan pensyarah
pembimbing telah bertindak dengan baik.

Jadual 5 menunjukkan bahawa guru dan pensyarah pembimbing bertindak hanya pada
tahap memuaskan bagi tiga ciri iaitu berbincang sebelum menyelia guru pelatih,
membimbing guru pelatih menulis persediaan mengajar dan memerhati kerja murid guru
pelatih.

Daripada Jadual 5, juga diperhatikan bahawa guru pelatih telah memberi penilaian yang
lebih baik untuk pensyarah pembimbing bagi semua ciri berbanding dengan guru
pembimbing.

         Jadual 5: Penilaian terhadap peranan guru dan pensyarah
                   pembimbing oleh guru pelatih


 No.                                 Item                             Guru            Pensy-             Status
                 (Stem item: Pensyarah/Guru pembimbing saya:)         Pemb             arah

  1     menjalin hubungan yang mesra dengan saya
         Min                                                           4.24            4.25            Cemerlang
         Sisihan piawai                                                0.82            0.81

  2     membuat penilaian yang adil terhadap pengajaran saya
         Min                                                           4.22            4.31            Cemerlang
         Sisihan piawai                                                0.82            0.82

  3     berbincang selepas menyelia saya
         Min                                                           4.26            4.48            Cemerlang
         Sisihan piawai                                                0.79            0.60




                                                           97
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3




  No.                                  Item                       Guru   Pensy-     Status
                   (Stem item: Pensyarah/Guru pembimbing saya:)   Pemb    arah

   4     memberi peluang kepada saya untuk meluahkan pendapat
          Min                                                     4.26    4.37    Cemerlang
          Sisihan piawai                                          0.75    0.74

   5     memberi maklum balas bermanfaat
          Min                                                     4.20    4.43    Cemerlang
          Sisihan piawai                                          0.80    0.69

   6     membantu saya membentuk sikap positif
          Min                                                     4.18    4.38      Baik
          Sisihan piawai                                          0.82    0.77

   7     memberi komen bertulis yang bermakna
          Min                                                     4.15    4.40      Baik
          Sisihan piawai                                          0.84    0.69

   8     menunjukkan kemahiran pemerhatian yang baik
          Min                                                     4.18    4.33      Baik
          Sisihan piawai                                          0.79    0.76

   9     berada di dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan
         pembelajaran
          Min                                                     4.19    4.50      Baik
           Sisihan piawai                                         0.84    0.68

  10     mahir berkomunikasi
          Min                                                     4.18    4.33      Baik
          Sisihan piawai                                          0.79    0.69

  11     memaklumkan fokus penyeliaan
          Min                                                     4.04    4.27      Baik
          Sisihan piawai                                          0.87    0.79

  12     mempertimbangkan pandangan saya
          Min                                                     4.18    4.20      Baik
          Sisihan piawai                                          0.75    0.81

  13     menyelia secara berkala
          Min                                                     4.08    4.22      Baik
          Sisihan piawai                                          0.86    0.76

 14      membimbing saya dengan baik
          Min                                                     4.16    4.37      Baik
          Sisihan piawai                                          0.89    0.76

  15     berbincang sebelum menyelia saya
          Min                                                     3.92    4.02    Memuaskan
          Sisihan piawai                                          1.01    0.94

  16     membimbing saya menulis persediaan mengajar
          Min                                                     3.89    4.28    Memuaskan
          Sisihan piawai                                          0.97    0.80




                                                       98
                                                                                       JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



                            Penilaian terhadap Beberapa Aspek Lain

Jadual 6 menunjukkan hasil analisis ke atas beberapa aspek berkaitan praktikum. Jadual
menunjukkan bahawa daripada sembilan aspek yang dinilai, enam tidak menimbulkan
masalah sebab kesemua enam aspek mencatat skor min yang lebih daripada 4.00, iaitu
aspek-aspek tersebut mencapai tahap cemerlang atau baik. Akan tetapi terdapat tiga
aspek yang merupakan masalah sebab bagi setiap aspek skor min yang dicatat oleh satu
kumpulan sampel didapati kurang daripada 3.40.

Keputusan menunjukkan bahawa guru pembimbing (min = 3.30) berpendapat menyelia
praktikum menjadi satu beban kepada mereka. Skor min untuk pensyarah pembimbing
(min = 3.48) juga agak rendah. Ini menunjukkan bahawa pensyarah pembimbing juga
mempunyai pendapat yang hampir sama dengan guru pembimbing. Salah satu sebab
yang mungkin ialah kedua-dua guru dan pensyarah pembimbing mempunyai beban tugas
yang berat. Selain itu, menjalankan tugasan yang pelbagai (multi-tasking) mungkin telah
menyebabkan guru dan pensyarah pembimbing merasa terlalu lesu sehingga tidak
sanggup memikul tugasan tambahan.

Bagi guru pelatih pula, Jadual 6 menunjukkan mereka sangat kurang puas hati dengan
tugasan-tugasan bukan mengajar yang diberi kepada mereka (min = 3.01) dan dengan
kekerapan mereka diminta menggantikan kelas guru lain (min = 2.52).

        Jadual 6: Penilaian terhadap beberapa aspek lain


 No.                          Item
       (Stem item: Sejauh manakah                               Guru   Pensy-    Guru              Status
       anda bersetuju dengan                                    Pemb    arah    Pelatih
       pernyataan-pernyataan berikut? )

  1    Bimbingan lebih penting daripada penilaian semasa
       praktikum
         Min                                                    4.30    4.40     4.32           Cemerlang
         Sisihan piawai                                         0.74    0.74     0.74

  2    Setiap maklum balas perlu dibincangkan dengan guru
       pelatih
        Min                                                     4.43    4.39       -            Cemerlang
        Sisihan piawai                                          0.64    0.59

  3    Pada pandangan saya, praktikum memberi peluang
       yang mencukupi untuk guru pelatih berlatih mengajar
         Min                                                     -       -       4.24           Cemerlang
         Sisihan piawai                                                          0.85

  4    Saya bersedia untuk melaksanakan praktikum
        Min                                                      -       -       4.10               Baik
        Sisihan piawai                                                           0.77

  5    Praktikum mengeratkan hubungan profesional antara
       maktab perguruan dengan sekolah
         Min                                                    4.22    4.13       -                Baik
         Sisihan piawai                                         0.68    0.74




                                                           99
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



  No.                           Item
         (Stem item: Sejauh manakah                              Guru     Pensy-    Guru       Status
         anda bersetuju dengan                                   Pemb      arah    Pelatih
         pernyataan-pernyataan berikut? )

   6     Praktikum membolehkan perkongsian kepakaran
         dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di antara
         pihak maktab dan pihak sekolah
           Min                                                    4.34     4.14                 Baik
           Sisihan piawai                                         0.74     0.78       -

   7     Saya diberi banyak tugas bukan mengajar semasa
         praktikum
           Min                                                     -         -     *3.01       Kurang
           Sisihan piawai                                                           1.22     Memuaskan

   8     Menyelia praktikum membebankan saya
          Min                                                    *3.30   *3.48        -        Kurang
          Sisihan piawai                                          1.14    1.56               Memuaskan

   9     Saya kerap diminta menggantikan kelas guru lain
          Min                                                      -         -     *2.52       Kurang
          Sisihan piawai                                                            1.21     Memuaskan

* Skor-skor telah disongsangkan


Penilaian terhadap Masalah-Masalah Program Praktikum KPLI (SR)

Jadual 7 menunjukkan kriteria untuk menentukan status perkara-perkara yang disebut
sebagai masalah oleh guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan guru pelatih.
Contohnya,    sesuatu  perkara     didefinisikan sebagai   masalah     besar   jika
sekurang-kurangnya 40% responden daripada satu kumpulan sampel menyatakannya
sebagai masalah.

           Jadual 7: Kriteria menentukan status masalah

          Status/Kategori                                             Kriteria
                                      Sekurang-kurangnya 40% responden daripada satu kumpulan sampel
   Masalah besar
                                      menyatakannya sebagai masalah
                                      Sekurang-kurangnya 20% responden daripada satu kumpulan sampel
   Masalah sederhana
                                      menyatakannya sebagai masalah
                                      Antara 10%-20% responden daripada satu kumpulan sampel
   Masalah kecil
                                      menyatakannya sebagai masalah
                                      Tidak lebih 10% responden daripada setiap kumpulan daripada
   Tidak bermasalah
                                      sampel menyatakannya sebagai masalah


Jadual 8 menunjukkan status masalah-masalah. Jadual menunjukkan bahawa terdapat 2
masalah besar iaitu kesuntukan masa dan beban kerja. Bagi masalah kesuntukan masa
ketiga-tiga guru pembimbing (42.4%), pensyarah pembimbing (60.3%) dan guru pelatih
(44.4%) menyatakannya sebagai masalah besar. Bagi beban kerja pula, kedua-dua
pensyarah pembimbing dan guru pelatih menyatakannya sebagai masalah besar
sementara guru pembimbing menganggapnya sebagai masalah sederhana besar.




                                                           100
                                                                                            JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



Jadual 8 juga menunjukkan bahawa terdapat 4 perkara yang dianggap masalah sederhana
dan 4 lagi sebagai masalah kecil. Berdasarkan kriteria dalam Jadual 7, lima perkara
didapati tidak mendatangkan masalah. Keputusan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
sebarang masalah dalam hubungan sekolah-maktab dan juga kedua-dua pembimbing,
guru dan pensyarah mahir dalam bidang yang diselia mereka. Mereka juga biasanya
menyelia mata pelajaran pengkhususan mereka.

        Jadual 8: Penilaian terhadap masalah-masalah Program
                  Praktikum KPLI (SR)

 No                           Item
      (Stem item: Tandakan ( X )                               Guru      Pensy-       Guru              Status
      pada masalah yang anda                                   Pemb       arah       Pelatih
      hadapi semasa praktikum)

  1   Kesuntukan Masa                                        111           117         271          Masalah besar
                                                           (42.4%)       (60.3%)     (44.4 %)

  2   Beban kerja                                             78        89 (45.9%)     266          Masalah besar
                                                           (29.8%)                   (43.5%)

  3   Bilangan guru pelatih yang dibimbing                    33        59 (30.4%)      -              Masalah
                                                           (12.6%)                                    sederhana

  4   Jadual waktu guru pelatih                               56        55 (28.4%)                     Masalah
                                                           (21.4%)                      -             sederhana

  5   Lain-lain : sila nyatakan                               38        45 (23.2%)     42              Masalah
                                                           (14.5%)                   (6.9%)           sederhana

  6   Jarak sekolah dari maktab                               77        34 (17.5%)     181             Masalah
                                                           (29.4%)                   (29.6%)          sederhana

  7   Disiplin guru pelatih                                      18     27 (13.9%)                  Masalah kecil
                                                               (6.9%)                   -

  8   Pentadbiran sekolah                                        14     16 (18.2%)      -           Masalah kecil
                                                               (5.3%)

  9   Agihan kelas (Tahun 1, Tahun 2 dan sebagainya)             -          -           64          Masalah kecil
                                                                                     (10.5%)
 10   Guru pembimbing                                            -      26 (13.4%)     32           Masalah kecil
                                                                                     (5.2%)

 11   Mata pelajaran yang diselia tidak selaras dengan           22     15 (7.7%)       -           Bukan masalah
      mata pelajaran yang diajar di maktab                     (8.4%)

 12   Hubungan dengan maktab                                     10         -           -           Bukan masalah
                                                               (3.8%)

 13   Pensyarah pembimbing                                       10         -          26           Bukan masalah
                                                               (3.8%)                (4.3%)

 14   Pensyarah pembimbing tidak mahir dalam mata                -          -          16           Bukan masalah
      pelajaran yang diselianya                                                      (2.6%)

 15   Guru pembimbing tidak mahir dalam mata pelajaran           -          -          39           Bukan masalah
      yang diselianya                                                                (6.4%)

 16   Hubungan dengan sekolah                                    -       9 (4.6%)      25           Bukan masalah
                                                                                     (4.1%)


                                                         101
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



                                   PERBINCANGAN

                               Keseluruhan (Overview)

Kajian ini menunjukkan bahawa pada umumnya, semua objektif program praktikum KPLI
(SR) tercapai, sama ada objektif pelaksanaan pengajaran-pembelajaran atau objektif
berkaitan pembentukan ciri-ciri guru yang baik. Dapatan ini konsisten dengan hasil kajian
lain seperti Jeswant (1994), Kursus Perguruan Asas Action Research Committee (1996),
Wan Mohd. Madehi, Ganesan, Francis, Ariffin dan Siti (2000) dan Wong et al. (2000).
Dapatan ini juga merupakan satu petanda yang baik dalam program pendidikan guru.
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar objektif program, khususnya objektif
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang hanya mencapai tahap memuaskan.
Dapatan ini menunjukkan bahawa program praktikum boleh dan seharusnya dipertingkatkan
lagi keberkesanannya. Cadangan ini konsisten dengan beberapa hasil kajian yang lampau
seperti Cheng (1997) dan Saemah, Khartijah dan Arbain (2000).

Dapatan kajian menunjukkan bahawa program praktikum sangat berkesan dalam membantu
guru-guru pelatih membentuk ciri-ciri guru yang baik. Ini memandangkan 13 daripada 15
objektif pembentukan ciri-ciri guru, mencapai tahap baik atau cemerlang. Ini merupakan
satu kekuatan program praktikum. Namun masih terdapat dua objektif pembentukan ciri
yang didapati pada tahap memuaskan sahaja iaitu daya saing dan daya cipta. Dapatan
ini konsisten dengan maklum balas guru besar di bawah penilaian ISO seluruh negara
(Jawatankuasa Aduan Pelanggan, 2004) yang menunjukkan bahawa antara 10 ciri kualiti
diri guru permulaan yang dinilai, guru pelatih KPLI (SR) paling lemah dari segi daya
ketahanan diri menghadapi situasi, sikap berani mencuba dan daya pemikiran kritis.

Bagi objektif pelaksanaan, kekuatan program praktikum ialah latihan tersebut sangat
berkesan dalam membantu guru pelatih merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran serta berkomunikasi dan mewujudkan hubungan mesra dengan murid. Akan
tetapi, masih terdapat 10 daripada 24 objektif yang hanya mencapai tahap memuaskan
sahaja. Antaranya, ialah kebolehan melaksanakan pelbagai aktiviti kokurikulum dan
menguasai pelbagai strategi kokurikulum. Dapatan ini konsisten dengan maklum balas
guru besar di bawah penilaian ISO seluruh negara (Jawatankuasa Aduan Pelanggan,
2004) yang mendapati guru pelatih KPLI (SR) kurang mahir dalam pengurusan kokurikulum
untuk kelima-lima ciri yang dinilai khususnya dari segi merancang aktiviti, mengelolakan
pertandingan dan menjadi pengadil pertandingan.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa keberkesanan program praktikum dalam
membimbing guru pelatih mengendalikan aktiviti pengayaan dan pemulihan serta
pengajaran berpasangan hanya setakat bersahaja. Dapatan juga menunjukkan bahawa
program praktikum masih kurang cemerlang dalam membimbing guru pelatih menggunakan
sumber teknologi seperti ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan
satu petunjuk yang kurang memberangsangkan kerana di dalam zaman teknologi,
pengajaran dan pembelajaran akan semakin bergerak ke arah ICT. Oleh itu, guru-guru
permulaan harus dilengkapkan dengan kemahiran menggunakan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran semasa praktikum, khususnya guru-guru Bahasa Inggeris, Matematik
dan Sains yang dikehendaki menggunakan ICT semasa mengajar.




                                         102
                                                                     JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



                                 Taklimat Praktikum

Dapatan kajian menunjukkan bahawa taklimat praktikum untuk guru dan pensyarah
pembimbing hanya pada tahap memuaskan. Dapatan ini bermakna walaupun taklimat
praktikum untuk guru dan pensyarah pembimbing berjaya mencapai objektifnya, kejayaan
adalah pada paras minima. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk meningkatkan lagi
keberkesanannya khususnya dalam melengkapkan guru dan pensyarah pembimbing
dari segi kemahiran pementoran dan pencerapan klinikal. Dapatan ini konsisten dengan
dapatan Jeswant, Tan dan Jawatankuasa Praktikum (1996) yang melaporkan bahawa
guru pembimbing memerlukan pendedahan lanjutan dan latihan khas dalam aspek-aspek
berkaitan kemahiran penyeliaan seperti pencerapan klinikal, penilaian dan penulisan
laporan.

Bagi guru pelatih pula, dapatan kajian menunjukkan pencapaian yang kurang memuaskan.
Ini menunjukkan guru pelatih tidak puas hati dengan taklimat praktikum. Mungkin taklimat
praktikum tidak dapat mengurangkan kebimbangan mereka tentang aspek-aspek yang
berkaitan. Dapatan ini konsisten dengan dapatan kajian-kajian yang lepas seperti Tan
(1994) yang melaporkan guru pelatih mengalami tekanan yang tinggi semasa praktikum dan
Loh (2004) yang melaporkan bahawa guru pelatih tidak dapat menangani keperihatinan-
keperihatinan yang rendah semasa praktikum. Satu kajian lain perlu dijalankan untuk
memastikan mengapa guru pelatih tidak puas hati dengan taklimat praktikum, apakah
kekurangannya dan bagaimana untuk meningkatkan keberkesanannya.

Usaha untuk meningkatkan keberkesanan taklimat praktikum bagi semua pihak harus
dijalankan sebab taklimat praktikum merupakan titik tolak praktikum. Jika permulaan
praktikum lemah maka pencapaian pun sudah tentu tidak akan menyerlah.

                   Guru Pembimbing dan Pensyarah Pembimbing

Dapatan kajian menunjukkan bahawa rata-rata kedua-dua guru dan pensyarah
pembimbing telah memainkan peranan yang menyerlah. Ini kerana daripada 17 peranan/
tugas yang dikaji, hampir semua (14) mencapai tahap baik atau cemerlang. Dapatan ini
konsisten dengan hasil kajian-kajian yang lampau seperti Cheng (1997), Jeswant, Tan dan
Jawatankuasa Praktikum (1996) dan Kunaraja dan Nagarajan (2000).

Hanya tiga peranan yang mencapai tahap memuaskan. Dapatan menunjukkan bahawa guru
pembimbing masih kurang berbincang dengan guru pelatih sebelum menyelia. Keputusan
ini konsisten dengan dapatan berkaitan taklimat praktikum yang menunjukkan bahawa
guru pembimbing dan pensyarah pembimbing berasa bahawa kemahiran pementoran dan
pencerapan klinikal mereka perlu ditingkatkan lagi. Kemungkinan besar guru pembimbing
kurang fasih dengan konsep pencerapan klinikal dan peranan perbincangan sebelum
penyeliaan. Dapatan juga menunjukkan bahawa guru pembimbing kurang memerhati kerja
murid yang di bawah jagaan guru pelatih. Ini mungkin menunjukkan guru pembimbing
hanya mementingkan prestasi guru pelatih dari segi pelaksanaan tetapi tidak mementingkan
impak pelaksanaan guru pelatih terhadap murid.

Dapatan di atas berkaitan sesi prapemerhatian adalah konsisten dengan hasil kajian yang
lepas seperti Cheng (1997) yang melaporkan bahawa pensyarah pembimbing kurang
mengamalkan sesi prapemerhatian dan Noriati (1998) yang melaporkan bahawa satu
halangan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara guru pembimbing dengan guru
pelatih ialah tugas dan tanggungjawab guru pembimbing yang berat dan memenatkan.


                                           103
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



Oleh itu, tidaklah hairan sekiranya guru pembimbing tidak mempunyai masa untuk
menjalankan sesi prapemerhatian atau untuk memerhatikan kerja murid guru pelatih.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pensyarah pembimbing lebih menyerlah
berbanding guru pembimbing dari perspektif guru pelatih. Ini mungkin disebabkan guru
pelatih lebih yakin dengan pensyarah pembimbing atau guru pembimbing kurang mahir
dalam membimbing guru pelatih berbanding pensyarah pembimbing. Satu kemungkinan
lain ialah pensyarah pembimbing dan guru pelatih mempunyai paradigma dan kefahaman
yang sama kerana kedua-duanya dari institusi yang sama. Perbezaan dalam mekanisme
institusi sekolah dengan institusi maktab boleh menimbulkan jurang pendapat antara guru
pembimbing dengan pensyarah pembimbing dan guru pelatih.

                                 Beberapa Aspek Lain

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan guru
pelatih jelas tentang peranan bimbingan dan maklum balas dalam praktikum dan jelas
bahawa praktikum memberi peluang kepada guru pelatih berlatih mengajar.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga aspek praktikum yang menimbulkan masalah,
dua kepada guru pelatih dan satu kepada kedua-dua guru dan pensyarah pembimbing.
Rungutan guru pelatih ialah mereka diberi banyak tugas bukan mengajar dan mereka kerap
diminta menggantikan kelas guru lain. Kedua-dua rungutan ini, jika benar, boleh menjejaskan
kejayaan program praktikum. Ini kerana kedua-dua perkara ini boleh menganjakkan fokus
guru pelatih daripada berlatih untuk mengajar. Bagi pihak guru pembimbing dan pensyarah
pula, rungutan mereka berkaitan dengan beban tugas yang banyak.

                              Masalah-Masalah Praktikum

Dapatan kajian menunjukkan dua masalah besar yang berkaitan dengan praktikum.
Kedua-dua masalah ini yang mungkin saling berkaitan ialah kesuntukan masa dan beban
kerja. Dapatan ini konsisten dengan pandangan guru dan pensyarah pembimbing yang
menyatakan menyelia praktikum membebankan mereka. Dapatan ini juga konsisten dengan
tuntutan guru pelatih bahawa mereka sentiasa diberi banyak tugas bukan mengajar dan
mereka kerap diminta menggantikan kelas guru lain. Dapatan ini juga konsisten dengan
hasil kajian Tan (1994) yang menunjukkan bahawa guru pelatih mengalami tekanan yang
tinggi semasa praktikum dan hasil kajian Noriati (1998) yang melaporkan bahawa guru
pembimbing mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat dan memenatkan.

Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa guru, pensyarah dan guru pelatih kesuntukan
masa dan mempunyai beban tugas yang berat dapat menerangkan dapatan lain di atas
seperti mengapa kurangnya perbincangan sebelum penyeliaan dan mengapa kurangnya
pemerhatian terhadap kerja murid. Sudah tentu jika guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing berasa tertekan kerana kesuntukan masa dan beban tugas yang terlalu berat,
mereka akan abaikan peranan seperti perbincangan sebelum penyeliaan.

Dapatan di atas membawa implikasi bahawa keberkesanan praktikum mungkin dikompromi
oleh beban tugas yang terlalu berat sehinggakan pensyarah, guru dan guru pelatih
kesuntukan masa. Keadaan sedemikian sudah tentu tidak sesuai/kondusif untuk guru
pelatih berlatih mengajar atau untuk pensyarah dan guru membimbing guru pelatih.

Untuk mengurangkan ketegangan yang dialami oleh ketiga-tiga guru pembimbing,


                                          104
                                                                       JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



pensyarah pembimbing dan guru pelatih, dicadangkan bahawa tempoh latihan perguruan
KPLI (SR) dilanjutkan enam bulan agar tempoh praktikum juga dapat dilanjutkan. Dengan
melanjutkan praktikum, diharapkan beban tugas dapat disebarkan dan ketiga-tiga guru,
pensyarah dan guru pelatih tidak akan berasa tertekan dan guru pelatih dapat berlatih
mengajar dalam keadaan yang paling selesa.


                                       PENUTUP

Hasil kajian telah menunjukkan beberapa kekuatan program praktikum seperti
keberkesanannya dalam membantu guru pelatih merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran serta berkomunikasi dan mewujudkan hubungan mesra dengan murid.
Namun hasil kajian juga telah menunjukkan beberapa kelemahan seperti pengendalian
taklimat praktikum. Kelemahan-kelemahan sedemikian perlu ditangani agar program
praktikum dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan teratur.

Kajian ini juga telah menunjukkan beberapa masalah berkaitan program praktikum
khususnya masalah beban tugas dan kesuntukan masa. Sesetengah masalah ini boleh
diselesaikan oleh jawatankuasa praktikum maktab atau institusi perguruan masing-masing.
Akan tetapi terdapat masalah-masalah lain seperti kesuntukan masa yang hanya dapat
ditangani oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia
kerana peneylesaiannya melibatkan hal-hal polisi. Apa juga, masalah-masalah tersebut
perlu diatasi sekiranya kelicinan dan keberkesanan program praktikum dapat ditingkatkan
lagi.

Akhir kata, mengikut Ethell & McMeniman (2002) dan Kane (2003), perancang dan
pelaksana program-program pendidikan guru senantiasa berusaha untuk memaksimumkan
pulangan daripada pengalaman berasaskan sekolah seperti program praktikum dari segi
pengaplikasian teori dan amalan serta mengeratkan lagi hubungan institusi pengajian tinggi
dengan sekolah (Burbank & Kauchak, 2003; Tang, 2003). Untuk mencapai hasrat-hasrat
tersebut, penilaian yang berterusan ke atas program-program pengalaman berasaskan
sekolah seperti praktikum perlu dijalankan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan
program-program tersebut. Justeru itu, langkah-langkah pembetulan dan penambahbaikan
dapat disusun untuk meningkatkan lagi kerberkesanan, kesesuaian dan kecekapan
program-program tersebut. Dapatan kajian ini telah menunjukkan beberapa kekuatan dan
kelemahan program praktikum yang telah dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru.
Dengan ini diharapkan dapatan kajian dapat membantu maktab-maktab dan institusi-
institusi perguruan serta Bahagian Pendidikan Guru merancang langkah-langkah untuk
menjayakan lagi program praktikum.




                                            105
JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



                                         RUJUKAN

Abdul Raof Dalip., & T. Subahan Mohd. Meerah. (1991). Isu-isu latihan mengajar [Issues in
       teaching practice]. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aeria, A. L., Loh, S. K., Norehan Md. Shahroun, Norjiah Sulaiman, Omar Md. Salleh, & Lau H.
         (2005). Penilaian program praktikum kursus perguruan lepasan ijazah sekolah
         rendah. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Brown, N. & Lancaster, A. H. (2004). Pre-service teachers’ perceptions of the reconceptualized
        school experience 1 in the bachelor of teaching program. Retrieved August 12,
        2005 from www.aare.edu.au/04pap/ bro4989.pdf

Burbank, M. D. & Kauchak, D. (2003). An alternative model for professional development:
       Investigations into effective collaboration. Teaching and Teacher Education, 19 (5),
       499-514.

Cheng, F. K. (1997). Pensyarah sebagai model: Satu kajian mengenai peranan pensyarah
       semasa guru pelatih menjalani praktikum. Jurnal Melewar, 3, 43-58.

Ethell, P. G. & McMeniman, M. M. (2002). A first step in learning to teach: Confronting the
         power and tenacity of student teachers’ beliefs and preconceptions. In C. Surgue
         & C. Day (Eds.), Developing teacher and teacher practice: International research
         perspectives (pp. 216-233). London: Routledge Falmer.

Jawatankuasa Aduan Pelanggan. (2004). Laporan maklumbalas pelanggan. Laporan tidak
       bercetak untuk Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MS ISO 9000 Bahagian
       Pendidikan Guru-Maktab Perguruan Malaysia (23-25 Ogos 2004). KP (BPG) 9858/1/
       Jld._(1C).

Jeswant Kaur. (1994). The effectiveness of collaborative teaching: A case study of student
       teachers in the teaching of English as a second language. Unpublished master’s
       thesis, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Jeswant Kaur., Tan, H. L., & Jawatankuasa Praktikum. (1996). Keberkesanan guru
      pembimbing dan sokongan yang diterima semasa penyeliaan praktikum. Kuala
      Lumpur, Malaysia: Maktab Perguruan Ilmu Khas.

Kane, R. (2003). Getting to the heart of learning to teach: Realistic teacher education.
       Linking practice and theory: The pedagogy of realistic teacher education.Teaching
       and Teacher Education, 19(3), 371-375.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Garis panduan praktikum latihan perguruan
      praperkhidmatan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Kunaraja Raman & Nagarajan Chelliah. (2000). Kajian tentang persepsi guru pelatih
       terhadap tingkah laku pensyarah penyelia dalam pencerapan klinikal. Jurnal
       Penyelidikan Maktab Perguruan Islam, 1, 32-42.

Kursus Perguruan Asas Action Research Committee 1995. (1996). An evaluation of the
       achievement of practicum 1 objectives involving Kursus Perguruan Asas/Pendidikan
       Sekolah Rendah/Pengajian, Tempawan, 14, 15-25.

                                            106
                                                                        JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3



Loh, S. C. (2004). Concerns of pre-service teachers: An analysis of reflective writings
        during practicum. Paper presented at the meeting of the Educate 2004 Seminar,
        UNIMAS, Sarawak, Malaysia.

Noriati A. Rashid. (1998). Persepsi guru pelatih Institut Bahasa terhadap kerjasama antara
         pembimbing semasa praktikum satu. Tesis sarjana tidak bercetak, Universiti
         Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Pushkin, D. (2001). Teacher training: A reference handbook. Santa Barbara: ABC-CLIO, Inc.

Saemah Rahman., Khartijah Bebe, & Arbain Muhajat. (2000). Pemikiran refleksi di kalangan
      guru pelatih semasa menjalani praktikum Jurnal Penyelidikan Maktab Perguruan
      Islam, 1, 1-9.

Tan, B. C. (1994). Factors causing stress among teacher trainees: A case study. Unpublished
        master’s thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,Malaysia.

Tang, S. Y. F. (2003). Challenge and support: The dynamics of student teachers’ professional
        learning in the field experience. Teaching and Teacher Education, 19(5), 483-498.

Wan Mohd. Madehi Wan Ali., Ganesan Shanmugavelu., Kalang, F., Ariffin Abdullah., Siti
      Fatimah Ahmad. (2000). Pelaksanaan penyebatian penuh kemahiran berfikir
      secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran guru pelatih
      Diploma Perguruan Malaysia (DPM) semasa program praktikum fasa II, semester
      6: Satu tinjauan di Maktab Perguruan Rajang, Bintagor, Sarawak. Jurnal Mapera,
      2, 1-18.

Wong, S. P., Ho, C. H., Supramaniam Arjunan, Huong, J., Sagim Suar, Norbert Rabar
      Sumoh & Mapang, A. (2000). Kajian kes keberkesanan pelaksanaan program latihan
      pengkhususan pengajian moral terhadap perkembangan ketrampilan profesional
      di kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia pengkhususan
      pengajian moral di Maktab Perguruan Rajang untuk mengendalikan pengajaran
      pembelajaran mata pelajaran pendidikan moral di sekolah rendah. Jurnal Mapera,
      2, 38-56.

Woo, T. K. (1992). The socialization of potentially-empowered student teachers during
       teaching practice: An ethnographic study. Unpublished master’s thesis, Universiti
       Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.




                                             107

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:689
posted:3/26/2011
language:Malay
pages:20
Description: Kajian ini merupakan satu penilaian atas program praktikum yang dikendalikan oleh maktab-maktab perguruan seluruh Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 262 orang guru pembimbing, 194 orang pensyarah pembimbing dan 611 orang guru pelatih daripada 24 buah maktab. Instrumen kajian terdiri daripada tiga soalselidik, satu soal selidik bagi setiap kumpulan sampel. Keputusan kajian menunjukkan bahawa rata-rata program praktikum telah berjaya mencapai objektif-objektifnya. Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi untuk meningkatkan lagi kelicinan dan kecekapan pelaksanaan program praktikum.