; jurnal Pendidikan: Panduan dalam PERANCANGAN PENGAJARAN
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

jurnal Pendidikan: Panduan dalam PERANCANGAN PENGAJARAN

VIEWS: 538 PAGES: 20

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaranpembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

More Info
  • pg 1
									      PANDUAN LATIHAN PRAKTIK               ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




                                BAB III
                  PERANCANGAN PENGAJARAN
1.0     Pengenalan

        Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran-
        pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau
        makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan
        utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk
        menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di
        samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.
        Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
        berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid.
        Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat
        keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu
        dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran
        yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan
        pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama,
        mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan
        mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu
        proses pengajaran-pembelajaran.

        Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program Latihan
        Mengajar, guru pelatih dikehendaki merancang pengajaran lebih
        awal, selaras dengan Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaran
        yang terlibat merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihan
        mengajar, rancangan kerja mingguan dan rancangan kerja harian.
        Kesemua rancangan pengajaran tersebut hendaklah ditulis dalam
        Buku Persediaan Mengajar Fakulti Pendidikan UTM, mengikut
        format yang telah ditetapkan.     Di samping menulis rancangan
        pengajaran, guru pelatih dikehendaki melengkapkan maklumat
        mengenai kelas yang diajar (iaitu, nama pelajar), soalan-soalan
        penilaian yang dibuat beserta dengan skema pemarkahan
        (lampirkan), markah penilaian, senarai nama buku teks dan buku
        rujukan yang digunakan, dan sebagainya. [Perhatian: Kegagalan
        guru pelatih menulis semua maklumat mengenai pengajarannya,
        akan diberi markah sifar (0), semasa penyeliaan].
3.1     Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran

        Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi
        setiap orang guru, terutamanya guru pelatih. Melalui (penulisan)
        persediaan yang terancang, guru pelatih akan dapat:


 12 Perancangan Pengajaran                 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
                                                  PANDUAN LATIHAN PRAKTIK



                      i.   Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk me-
                           ngajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.

                      ii. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif,
                          pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu
                          mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah
                          penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian,
                          penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.

                      iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada
                           perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan
                           dalam Sukatan Pelajaran).
                      iv. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu
                          digunakan untuk mennyampaikan sesuatu isi pelajaran.
                      v.   Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu
                           murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan
                           ke arah yang dikehendaki.
                      vi. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi
                          yang lebih tersusun dan bersistem.
                      vii. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu
                           yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat
                           dicapai dengan berkesan.

                      viii.Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara
                           menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran
                           serta menilai pembelajaran murid.
                      ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di
                          mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu de-
                          ngan lain, secara jelas.
                      x.   Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih me-
                           narik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau
                           fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa
                           diluar bilik darjah.
                      xi. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang
                           dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan
                          (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah
                          mengatasi sebarang kelemahan.



○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○          Perancangan Pengajaran 13
      PANDUAN LATIHAN PRAKTIK              ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




3.2     Rancangan Persediaan Mengajar
        Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat oleh guru pelatih
        semasa mengikuti program latihan mengajar: Rancangan kerja bagi
        tempoh latihan mengajar, rancangan kerja mingguan, dan rancangan
        pengajaran harian.

3.2.1   Rancangan Pengajaran Bagi Tempoh Latihan Mengajar
        Guru pelatih perlu menyediakan rancangan skim kerja untuk 6 (atau
        12) minggu pengajaran, dalam tempoh latihan mengajar. Dalam
        ruangan rancangan skim kerja, guru pelatih perlu menulis nama
        mata pelajaran yang diajar, tajuk besar dan sub tajuk yang akan
        dilibatkan dalam tempoh latihan mengajar, dan menganggarkan
        bilangan minggu yang diperlukan (dengan menyatakan tarikh) bagi
        mengajar setiap tajuk.
        Rancangan skim kerja yang dibuat perlu mengambilkira semua cuti
        umum, aktiviti atau takwim sekolah, peperiksaan, dan lain-lain
        faktor yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran.
        Lampirkan bersama Sukatan Pelajaran bagi tajuk-tajuk yang terlibat
        dalam tempoh Latihan Mengajar tersebut.
3.2.2   Rancangan Kerja Mingguan

        Rancangan skim kerja untuk tempoh latihan mengajar perlu
        diperincikan untuk pengajaran satu minggu. Semasa membuat
        perancangan kerja mingguan, guru pelatih perlu menyatakan segala
        peralatan untuk setiap pengajaran. Rancangan kerja mingguan
        hendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.

3.2.3   Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar
        Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan
        rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan
        Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan
        perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru,
        dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses
        penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaan
        mengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan
        oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam
        penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi
        tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru-
        murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang
        mudah dicerap.


 14 Perancangan Pengajaran                 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○     PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                         Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan
                         Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran.
                         Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru pelatih perlu memikirkan
                         perkara berikut:
                         •      Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta,
                                konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek
                                kognitif, psikomotor dan afektif).
                         •      Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid?
                                (Merangkumi objektif pengajaran).
                         •      Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan
                                yang dirancang?
                         •      Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan
                                supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan
                                berkesan?

                         •      Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru)
                                dan pembelajaran (murid)?

                         Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen
                         utama:

                         i.     Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid);
                         ii.    Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagai-
                                nya); dan
                         iii.   Aktiviti guru-murid.

                         Perkaitan antara: Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti, perlu dinyatakan
                         dengan jelas. Dalam konteks ini, objektif diibaratkan sebagai suatu
                         soalan (misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?), di mana
                         jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, murid perlu
                         mempelajari ......... ). Manakala, bahagian aktiviti (guru-murid)
                         mencadangkan bagaimana atau apakah langkah / tindakan (kaedah)
                         yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang
                         dikemukakan. Sebagai contoh, perkaitan ini ditunjukkan dalam
                         Rajah 1.




○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○           Perancangan Pengajaran 15
   PANDUAN LATIHAN PRAKTIK                        ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




      Rajah 1: Perkaitan Antara Objektif-Isi Pelajaran-Aktiviti Guru / Murid


 Objektif Tingkahlaku             Isi Pelajaran          Aktiviti Guru-Murid

a. Di akhir pengajaran,     Mol adalah+ satu             Dengan menggunakan
   murid dapat mentak-      unit kuantiti yang           ana-logi ** berikut,
   rifkan * konsep mol.     mengandungi                  guru mem-bincangkan
                            bilangan sebanyak            konsep mol:
  (* : Persoalan )          6.023x 1023
                                                         1 dozen = 12 benda
                             Misalnya, dalam 1           1 kodi = 20 benda
                             mol unsur Sodium            1 gross = 144 benda
                             (atau 23g), terdapat
                             sebanyak 6.023 x 10 23     dan sebagainya.
                             atom Sodium.
                                                           (** : Kaedah yang
                                (+ : Jawapan)              digunakan).

                                                         Berpandukan analogi di
                                                         atas, guru membincang-
                                                         kan konsep mol bagi
                                                         unsur (atom dan molekul)
                                                         dan sebatian (molekul
                                                         dan ion).



b. Di akhir pengajaran,      Perbezaan sifat kimia       Murid melakukan ekspe-
   murid dapat mem-          asid dan alkali             rimen** berikut, secara
   bezakan* sifatkimia       adalah+ ................    stesyen, dalam beberapa
   asid dan alkali.          (Nyatakan fakta perbe-      kumpulan kecil:
                             zaan sifat kimia antara
                             asid dengan alkali;           Melakukan tindakbalas
                             mungkin ditulis dalam         antara asid dan alkali
                             bentuk jadual atau            dengan bahan berikut:-
                             susunan tertentu).
                                                           - Logam (serta bukan
                                                             logam)
                                                           - sebatian karbonat
                                                              (serta bukan sebatian
                                                              karbonat).




16 Perancangan Pengajaran                         ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
                                                   PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                          Dalam bahagian aktiviti guru-murid, guru perlu menilai pencapaian
                          objektif pengajaran; sama ada secara tingkahlaku tanpa bahasa
                          (misalnya, dengan melihat semasa murid melakukan eksperimen)
                          atau melalui soal-jawab (lisan atau tulisan). Setelah guru yakin
                          objektif tersebut dapat dicapai atau dikuasai murid, langkah
                          berikutnya guru memikirkan isi pelajaran yang berkaitan dengan
                          objektif kedua serta merancang aktiviti yang sesuai. Perlu diingat,
                          prosedur eksperimen bukan merupakan isi pelajaran. Prosedur
                          eksperimen hanya akan menjadi isi pelajaran jika objektif yang perlu
                          dicapai adalah “murid boleh melakukan eksperimen mudah di dalam
                          makmal untuk menyediakan sampel tulen suatu garam (yang
                          dinamakan)”.
                          Mengikut format persediaan mengajar UTM, guru pelatih perlu menulis
                          dua jenis maklumat: Pertama, maklumat pengenai murid dan perkara
                          yang akan diajar; dan kedua, maklumat mengenai aktiviti guru-murid
                          di dalam proses pengajaran-pembelajaran.

                          Maklumat yang berkaitan dengan murid dan perkara yang akan diajar
                          termasuk:

                                  • Nama mata pelajaran
                                  • Tingkatan
                                  • Kedatangan
                                  • Tarikh
                                  • Masa: Bermula .......... hingga ...........
                                  • Tajuk (tajuk besar dan sub tajuk), dan
                                  • Tempat.
                          Meskipun maklumat pertama kurang penting tetapi ia perlu
                          dinyatakan dalam perse-diaan mengajar sebagai rekod untuk rujukan
                          pada masa akan datang.

                          Maklumat kedua yang perlu ditulis dalam persediaan mengajar
                          merangkumi:

                                  • Objektif,
                                  • Bahan bantu mengajar (BBM),
                                  • Pengetahuan sedia ada,
                                  • Perlaksanaan pengajaran:
                                    + Pengenalan,
                                    + Penyampaian:
                                       - Isi pelajaran,
                                       - Kefahaman,
                                       - Kemahiran,


○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○            Perancangan Pengajaran 17
   PANDUAN LATIHAN PRAKTIK                  ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




                     -  Aktiviti guru / murid, dan
                     -  Catatan.
                 + Penutup pengajaran.
                • Tugasan,
        ·       • Refleksi kendiri, dan
        ·       • Catatan guru pelatih.

        Kesemua elemen persediaan ini mengajar dibincangkan dalam
        bahagian berikut.

3.2.3.1 Objektif Pengajaran (Hasil Pembelajaran)
        Ojektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang
        perlu dicapai atau dikuasai murid selepas sesuatu sesi pengajaran-
        pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan komponen terpenting
        bagi sesuatu rancangan pengajaran, di mana merupakan asas
        pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas
        berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi
        pelajaran (pernyataan, fakta, konsep, prinsip, dan sebagainya); di
        samping mencadangkan aktiviti guru / murid yang sesuai dalam
        proses pengajaran-pembelajaran.

        Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada:
        i. Hasil yang akan diperolehi murid (iaitu, pemusatan kepada
           murid);
        ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur,
            selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran;
        iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;


        Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:
        • Perkara yang masih belum dikuasai oleh murid;

        • Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya,di akhir
          pengajaran);

        • Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;




 18 Perancangan Pengajaran                  ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
        ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○     PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                         • Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki,
                           dinyatakan dengan jelas (misalnya, apakah kemahiran intelektual
                            yang harus dilaksanakan).
                        Objektif yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

                         • mudah (untuk dicapai murid);
                         • sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan masa);
                         • realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan);

                         • jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa
                           yang betul);

                         • tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta
                         • disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang
                           mudah kepada yang sukar).

                Sebagai panduan, beberapa perkataan eksplisit berikut adalah sesuai
                digunakan dalam penulisan objektif (tingakah laku) pengajaran; disusun
                mengikut aras taksanomi pembelajaran, dari rendah ke peringkat yang tinggi.
                Pengetahuan      Menamakan
                                 Menerangkan
                                 Mengenal
                                 Mentakrif / Mendefinisi
                                 Menjelaskan
                                 Merakamkan
                                 Menyenaraikan, dan sebagainya.
                Pemahaman        Menterjemahkan
                                 Menyebut (semula)
                                 Melukis
                                 Mentafsir
                                 Menjelaskan
                                 Membincangkan
                                 Menyatakan
                                 Melaporkan, dan sebagainya.
                Penggunaan       Mentafsir
                                 Menggunakan
                                 Mendemonstrasi



○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○          Perancangan Pengajaran 19
   PANDUAN LATIHAN PRAKTIK               ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




                       Melukis
                       Menggambarkan
                       Melakar
                       Mensenaraikan, dan sebagainya.
       Analisis        Membezakan
                       Mengira
                       Mencerakin
                       Menganalisis
                       Menguji
                       Membandingkan
                       Menyelesaikan, dan sebagainya.
       Sintesis        Merancang
                       Membentuk
                       Mengubah
                       Menyusun
                       Membuat laporan
                       Membentuk, dan sebagainya.
       Penilaian       Membanding
                       Memilih
                       Menganggar
                       Menilai, dan sebagainya.

3.2.3.2 Bahan Bantu Mengajar
       Bahan bantu adalah sebarang peralatan yang digunakan untuk
       membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan, supaya
       mudah difahami atau diikuti murid. Penggunaan bahan bantu dalam
       sesuatu pengajaran dapat menarik perhatian murid dan
       meningkatkan minat mereka untuk mengikuti pengajaran tersebut.
       Penggunaan bahan bantu dalam pengajaran adalah penting bagi
       membantu murid:
       •   Mengikuti pengajaran dengan penuh minat.
       •   Memfokas pemikiran kepada perkara yang diajar.

       •   Melihat struktur asas sesuatu konsep dengan jelas.
       •   Memvisualisekan konsep atau gagasan yang abstrak.
       •   Menyusun serta menggabungkan segala aspek yang dipelajari
           secara global; misalnya, melalui peta konsep, dan sebagainya.



 20 Perancangan Pengajaran               ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○    PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                    Sesuatu bahan bantu yang digunakan guru perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

                    •   Sesuai dengan tajuk.
                    •   Berkait dengan objektif pengajaran.
                    •   Selaras dengan kebolehan murid.

                    •   Menarik.
                    •   Dipelbagaikan, sesuai dengan perbezaan murid.
                    •   Tersusun, kemas dan tepat.

                    •   Mudah (iaitu tidak terlalu rencam atau mengelirukan).
                    •   Tulisan jelas dan saiznya sesuai.
                    Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada benda sebenar (misalnya
                    bunga, daun dan pokok), sebarang peralatan yang dibuat sendiri (misalnya
                    carta, poster, filmstrips dan slide) atau peralatan yang dibeli (misalnya model
                    dan mock-up); yang berkaitan dengan tajuk pengajaran. Bahan bantu yang
                    digunakan hendaklah sesuai dan ringkas dan dapat berfungsi dengan baik.
                    Ringkasnya, sesuatu “benda” akan menjadi bahan bantu jika guru berjaya
                    menggunakanya secara berkesan untuk membantu murid mengikuti
                    pengajaran dengan lebih mudah. Semakin realistik sesuatu alat atau bahan
                    yang digunakan, semakin mudah murid mengaitkan konsep atau idea baru
                    dengan konsep atau idea yang sedia terdapat dalam minda mereka.

                    Segala peralatan asas yang perlu digunakan untuk sesuatu pengajaran
                    (misalnya papan tulis dan kapur), atau sebarang peralatan yang diguna untuk
                    melakukan sesuatu eksperimen, adalah merupakan alat perlu – bukannya
                    bahan bantu. Tanpa peralatan tersebut, pengajaran atau eksperimen tidak
                    dapat dijalankan Sebaliknya, tanpa bahan bantu, sesuatu pengajaran masih
                    boleh dijalankan, cuma keberkesanannya mungkin kurang. Kebanyakan
                    konsep (sains) yang dipelajari di sekolah adalah berbentuk abstrak. Untuk
                    mengajar konsep yang abstrak, guru perlu memvisualisekan konsep tersebut
                    dalam pemikiran murid. Keadaan ini boleh dicapai dengan cara
                    menggunakan benda yang hampir menyamai konsep abstrak tersebut (atau
                    dengan menggunakan analogi). Justeru, untuk meningkatkan pemahaman
                    murid mengenai konsep atom, misalnya, guru perlu menggunakan model
                    berbentuk tiga dimensi (yang menyamai struktur atom). Dalam konteks
                    ini, model atom yang digunakan adalah merupakan bahan bantu; manakala,
                    struktur atom yang dilukis (sama ada di atas kertas manila atau mahjung
                    yang disalin terus dari buku teks atau rujukan) adalah alat perlu. Guru


    ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○            Perancangan Pengajaran 21
    PANDUAN LATIHAN PRAKTIK                 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




         perlu melukiskan struktur atom tersebut bagi membincangkan apakah
         yang dimaksudkan dengan atom. Tanpa ‘lukisan’ tersebut, guru tidak
         akan dapat menghuraikan atom dengan jelas. Sebalik-nya, dengan
         menggunakan ‘model’ atom, pemahaman murid menjadi lebih cepat.
         Sebagai analogi, bahan bantu boleh diibaratkan mangkin (yang
         membina jalan pintas) dalam sesuatu tindak balas kimia. Tanpa
         mangkin, sesuatu tindak balas kimia berlaku dengan lambat;
         manakala, dengan menggunakan mangkin tertentu, tindak balas
         tersebut menjadi lebih cepat. Misalnya, proses pembekuan getah
         (yang mungkin memerlukan satu hari) akan menjadi lebih cepat
         dengan menggunakan ‘cuka getah’ (asid formik).

         Begitu juga halnya dengan segala peralatan yang perlu untuk
         melakukan sesuatu eksperimen adalah merupakan alat perlu,
         bukannya alat / bahan bantu mengajar. Persoalannya: Apa rasional
         kerja amali, adakah hanya untuk melatih dan meningkatkan
         kemahiran manipulatif murid, sebagaimana dalam pengajaran tradisi?
         Adakah kaedah pengajaran yang digunakan itu selaras dengan falsafah
         pendidikan (sains) ? Sebagaimana yang dinyatakan dalam Sukatan
         Pelajaran Sains, untuk menggalakkan pembentukan pemikiran
         analitis, kritis dan kreatif murid, strategi pengajaran-pembelajaran
         hendaklah berteraskan kepada pembelajaran menerusi pengalaman
         dengan memberi keutamaan kepada pendekatan inkuiri. Justeru,
         murid perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran-
         pembelajaran. Proses pembelajaran sains menuntut murid
         memperolehi pengetahuan (dan menguasai kemahiran) melalui
         aktiviti penyelidikan, secara terancang dan bersistem.        Walau
         bagaimanapun, pengkelasan sama ada sesuatu alat yang digunakan
         dalam sesuatu pengajaran sebagai alat perlu atau bahan bantu
         mengajar, bergantung pada cara penggunaannya. Kapur warna, yang
         seringkali dikelaskan sebagai bahan bantu, akan berfungsi sebagai
         alat perlu jika guru menggunakan kapur tersebut hanya untuk menulis
         (nota) di papan tulis, di sepanjang sesi pengajaran-pembelajaran.
32.3.3   Pengetahuan Sedia Ada

         Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu sedar dan sensitif
         dengan tingkahlaku kemasukan murid. Pengetahuan sedia ada
         merupakan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang telah sedia
         dikuasai murid yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.
         Perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan tajuk adalah penting
         untuk memastikan kesinambungan proses pembelajaran.
         Pembelajaran akan menjadi berkesan jika murid berhadapan dengan
         tugasan yang telah biasa ditemui; termasuk tujuan, keinginan,
         kepercayaan, emosi, dan sebagainya.



 22 Perancangan Pengajaran                   ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
                                                    PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                           Pengetahuan sedia ada merupakan kemahiran tara-bawah (sub-
                           ordinate skills) terhadap kemahiran baru yang lebih rencam yang
                           akan dipelajari. Sebelum mempelajari tajuk asid, misalnya, murid
                           perlu menguasai beberapa konsep asas seperti proton, menderma,
                           larutan berair, dan sebagainya. Tanpa pengetahuan konsep tara-
                           bawah akan menghalang murid untuk memahami dan mempelajari
                           konsep baru (asid) tersebut. Justeru, guru perlu mengkait, menyemak
                           dan menstrukturkan kembali pengetahuan sedia ada pelajar dengan
                           tajukl yang akan diajar. Melalui perkaitan ini, murid menyedari
                           titik mula pembelajaran mereka, di samping membantu guru
                           merancang strategi pengajaran yang sesuai.
                   3.2.3.4 Perlaksanaan Pengajaran
                           Setiap proses pengajaran-pembelajaran melibatkan tiga peringkat:
                           Pengenalan, penyampaian dan penutup. Setiap episod pengajaran
                           ini perlu jalankan secara terancang dan tersusun, supaya minat serta
                           penglibatan murid dapat dikekalkan di sepanjang proses pengajaran-
                           pembelajaran. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah
                           mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang.
                   3.2.3.4.1 Pengenalan
                           Pengenalan berperanan sebagai montaj (montage) dalam sesuatu
                           persembahan (sama ada secara audio atau visual). Manarik atau
                           tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru
                           menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya.

                           Bahagian pengenalan memainkan peranan penting untuk menarik
                           dan mengekalkan minat serta mewujudkan motivasi murid, seterusnya
                           mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran-
                           pembelajaran. Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu
                           melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu.
                           Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk
                           dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya
                           membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti
                           pelajaran dan tidak jelas kepentingan tajuk yang akan dipelajari.
                           Berbagai pendekatan boleh diguna guru untuk melibatkan fikiran
                           dan menarik minat murid terhadap pelajaran yang akan diajar.
                           Misalnya, guru boleh memulakan pengajaran dengan membuat cerita
                           ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan. Sebagai contoh,
                           bagi mengajar tajuk Pertandingan di kalangan unsur (mata pelajaran
                           kimia), guru boleh memulakan pengajaran dengan mengaitkan



○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○         Perancangan Pengajaran 23
   PANDUAN LATIHAN PRAKTIK                 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




       kedudukan pasukan bola sepak dalam Piala Liga Malaysia, seterusnya
       membuat ramalan jika pasukan bola yang terletak di atas carta
       bertanding dengan pasukan yang terletak di bahagian bawah carta:
       Pasukan manakah yang akan menang ? Begitu juga halnya, untuk
       mengajar tajuk Keseimbangan dinamik, guru boleh memulakan
       pelajaran dengan mengaitkan pengalaman harian murid: Sama ada
       dengan perbuatan berjalan menyongsang hala pergerakan tangga
       bergerak (escalator) bagi murid yang tinggal di bandar, atau aktiviti
       mendayung sampan secara menongkah arus bagi murid yang tinggal
       di kampong atau berhampiran sungai. Semasa bercerita, guru
       hendaklah memastikan semua murid terlibat dan bersedia untuk
       belajar melalui sesi soal-jawab. Walau bagaimanapun, guru perlu
       mengubah tajuk perbincangan seandaianya bahan yang dibincangkan
       tidak dapat mempengaruhi fikiran atau minat murid.
       Tegasnya, minat, keperluan dan pengalaman murid boleh diguna
       sebagai asas untuk memulakan sesuatu pengajaran. Kemungkinan
       guru memulakan pengajarannya dengan mengaitkan pelajaran dengan
       pengalaman harian mereka, atau dengan pengetahuan sedia ada murid
       (melalui kuiz, soal-jawab atau perbincangan ringkas), mengemukan
       isu semasa yang berkaitan dengan tajuk, mengaitkan dengan minat
       dan kegunaannya dalam kehidupan harian, menunjukkan tayangan
       video, wayang gambar atau filmstrip, atau lain-lain kaedah pendekatan
       yang sesuai.

       Komponen terpenting yang perlu ada atau dilibatkan dalam bahagian
       pengenalan dikenali sebagai INTRO (Interest, Need, Topic, Ratings
       and Objective). Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, guru perlu
       menarik minat murid terlebih dahulu (interest), dengan menyatakan
       mengapa mereka perlu belajar perkara tersebut (need), diikuti dengan
       pernyataan tajuk (topic) yang akan diajar (tulis di papan hijau) serta
       skop atau had bidang yang perlu dipelajari (ratings), dan akhir sekali
       menyatakan objektif (objective, sebaik-baiknya ditulis di papan hijau)
       apakah yang perlu dipelajari atau dikuasai murid. Melalui kaedah
       INTRO ini minat, sikap, pemahaman dan kemahiran murid dapat
       dipertingkatkan dengan lebih berkesan.
3.2.3.4.2 Penyampaian

       Sebahagian besar masa pengajaran guru tertumpu dalam bahagian
       penyampaian; merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau
       dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran.       Penyampaian
       merupakan pengajaran sebenar, di mana segala konsep, prinsip, fakta
       dan kemahiran yang berkaitan dengan tajuk akan disampaikan kepada
       murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru



 24 Perancangan Pengajaran                  ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
    ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
                                                      PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                             menggunakan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah,
                             strategi dan pendekatan tertentu yang sesuai untuk menyampaikan
                             bahan pengajaran. Semasa proses penyampaian guru perlu
                             melibatkan murid secara aktif serta memberi bimbingan dan menilai
                             pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran.
                             Semasa proses penyampaian ini guru perlu memberi perhatian kepada
                             perkara berikut:
                             i.      Diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam.
                             ii.     Melibatkan murid secara aktif.

                             iii.    Menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk
                                     membantu memudahkan pemahaman murid.

                             iv.     Menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan.
                             v       Menilai prestasi murid dengan menggunakan teknik
                                     menyoal yang sesuai dan berkesan.
                             vi.     Setiap langkah / isi pelajaran hendaklah difahami dan
                                     dikuasai murid terlebih dahulu, sebelum pindah kepada
                                     langkah / isi pelajaran yang berikutnya.

                             Sebelum guru membenarkan murid memulakan sesuatu eksperimen,
                             misalnya, pastikan mereka telah tahu dengan jelas tentang prosedur
                             melakukan eksperimen tersebut, di samping mengetahui segala
                             langkah-langkah keselamatan dan langkah-langkah ketelitian yang
                             perlu diambil. Semasa murid melakukan eksperimen, pemerhatian
                             yang teliti tentang kebiasaan dan teknik-teknik yang digunakan murid
                             membantu guru menilai pembelajaran mereka. Guru boleh melihat
                             kesalahan yang dilakukan murid, sama ada semasa di meja atau di
                             papan tulis. Dengan cara membetulkan kesalahan mereka, rintangan
                             untuk mempelajari konsep atau idea utama pelajaran dapat diatasi
                             secara langsung.
                             Keperibadian guru: Perawakan (termasuk keceriaan, bersemangat,
                             sifat kekawanan, dan sebagainya), cara pertuturan, nada suara, bahasa
                             atau gerak isyarat, memainkan peranan penting untuk menarik dan
                             mengekalkan minat murid di sepanjang proses penyampaian.
                             Pertuturan yang terlalu cepat atau tidak jelas, dan penggunaan bahasa
                             yang tidak sesuai dengan tahap murid akan menghambat
                             pembelajaran.



○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○          Perancangan Pengajaran 25
  PANDUAN LATIHAN PRAKTIK                ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○



    Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran mengandungi lima
    komponen penting:
   •    Isi pelajaran,

   •    Kefahaman,
   •    Kemahiran,
   •    Aktiviti guru / murid, dan

   •    Catatan.
   i.   Isi Pelajaran
    Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau yang
    perlu disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru perlu
    menyatakan segala isi pelajaran yang akan disampaikan, selaras
    dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang disediakan perlu
    sesuai dengan tajuk dan disusun mengikut tertib perkembangan
    pelajaran.
    ii. Kefahaman
    Kefahaman melibatkan aspek celik akal (insight) yang diperolehi
    pelajar mengenai tajuk yang dipelajari di sepanjang proses
    pengajaran-pembelajaran. Aspek kefahaman melibatkan domain
    kognitif dan afektif. Berbeza dengan objektif pengajaran, kefahaman
    memberi tumpuan kepada aspek dalaman (intrinsic), misalnya
    memahami, mengetahui, mengingati, menghargai, menyedari, dan
    sebagainya; di mana tidak boleh diukur pada masa itu.         Aspek
    kefahaman yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.
    iii. Kemahiran

    Kemahiran melibatkan kebolehan murid untuk melakukan sesuatu
    dengan menggunakan teknik yang betul dan selamat.       Aspek
    kemahiran melibatkan domain psikomotor. Dalam mata pelajaran
    sains, kemahiran merujuk kepada kemahiran saintifik yang perlu
    diterap atau dikuasai murid di sepanjang proses pengajaran-
    pembelajaran. Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras
    dengan objektif pengajaran.




26 Perancangan Pengajaran                 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○   PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                             iv.     Aktiviti Guru / Murid
                            Aktiviti guru/murid melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh
                            guru / murid (sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) di
                            sepanjang proses pengajaran-pembelajaran, demi mencapai objektif
                            pengajaran. Semua aktiviti guru dan murid perlu dirancang dengan
                            kemas dan tersusun, mengikut urutan objektif dan isi pelajaran. Di
                            mana perlu, penggunaan bahan bantu mengajar dan soalan (penilaian)
                            penting hendaklah dicatat. Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan
                            murid secara aktif bagi membolehkan mereka memperolehi
                            pengetahuan dan kemahiran mengenai tajuk.          Elakkan daripada
                            menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru.

                             v.      Catatan
                            Catatan merangkumi sebarang ulasan yang dibuat terhadap isi
                            pelajaran, kefahaman / kemahiran, atau aktiviti guru / murid atau
                            yang berkaitan dengan strategi pengajaran yang akan dilaksana. Guru
                            pelatih boleh menggunakan ruangan dalam bahagian ini untuk menulis
                            aspek afektif (misalnya nilai murni), aspek kemahiran saintifik,
                            kemahiran berfikir, bentuk penglibatan pelajar (misalnya perbincanan
                            kumpulan), penggunaan bahan bantu mengajar (misalnya
                            transperensi), peruntukan masa bagi setiap aktiviti, dan sebagainya;
                            di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.

                    3.2.3.4.3 Penutup Pengajaran

                            Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi
                            pengukuhan terhadap pembelajaran murid, dengan membuat rumusan
                            atau kesimpulan mengenai apa yang telah diajar. Di samping itu,
                            bahagian penutup juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas
                            mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang.
                            Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah
                            dibincang hendaklah dinyatakan kembali. Sebaik-baiknya murid diarah
                            membuat kesimpulan dengan dibimbing melalui beberapa soalan kunci.
                            Dari soalan kunci dan gerakbalas murid, guru juga dapat mengukur
                            atau menilai tahap pencapaian mereka terhadap pencapaian objektif
                            pengajaran. Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu Penutup
                            Kognitif dan Penutup Sosial. Banyak aktiviti yang boleh digunakan
                            oleh guru sebagai penutup kognitif sesuatu pengajaran, antaranya
                            termasuk merumus dan mengulang segala fakta penting dengan
                            menggunakan kaedah pemetaan konsep, melukis gambarajah berkait,
                            atau dengan melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti




  ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○         Perancangan Pengajaran 27
    PANDUAN LATIHAN PRAKTIK                 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○



      melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan aktiviti susulan,
      menjalankan aktiviti pengukuhan dengan mengguna teknik soal-jawab
      dan sebagainya.
     Sementara penutup sosial ialah menimbulkan perasaan pencapaian
     murid-murid, memberi peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin
     tahu dan belajar, mengaitkan apa yang telah dipelajari dengan pelajaran
     akan datang dan sebagainya.

3.2.3.4.4 Tugasan

      Di akhir setiap pelajaran, guru perlu memberikan beberapa soalan atau
      kerja rumah - untuk mengukuh, meneguhkan atau memperkayakan
      pemahaman murid terhadap tajuk yang dipelajar. Murid boleh diarahkan
      untuk membuat laporan eksperimen atau membuat sesuatu projek yang
      berkaitan dengan tajuk, sama ada secara individu atau kumpulan; atau
      meminta mereka bersedia (membaca atau mencari bahan) untuk pelajaran
      akan datang.
      Hasil tugasan hendaklah berbentuk penulisan yang boleh
      didokumenkan, untuk dinilai. Guru perlu menyatakan dengan jelas
      tarikh (bukannya hari) untuk murid menghantar tugasan. Ini penting
      bagi membolehkan murid menyiapkan tugasan tersebut dengan
      sempurna, dalam jangkamasa yang ditetapkan.

3.2.3.4.5 Refleksi Kendiri
      Sebaik sehaja selesai sesuatu pengajaran, guru pelatih dikehendaki
      menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran (dari segi kekuatan
      dan kelemahan), demi mempertingkatkan profesion mereka. Penilaian
      yang dibuat merangkumi aspek perancangan dan penyampaian
      pengajaran serta tingkahlaku murid sebagai reaksi terhadap kaedah
      pengajaran yang digunakan - terutamanya dari segi pencapaian objektif
      dan kemajuan murid. Melalui penilaian kendiri guru dapat mengatasi
      segala kelemahan serta dapat meningkat ketrampilan dan dapat
      memperkembangkan ‘professional judgement’ mereka. Proses penilaian
      reflesi kendiri dapat membantu guru menjadi lebih peka, bersistem dan
      kritis terhadap profesion perguruan.
      Sebarang masalah yang tidak dapat diatasi di mana mengganggu proses
      pengajaran-pembelajaran perlu dicatat. Misalnya, atau guru tidak dapat
      mengajar atau mencapai objektif ketiga kerana terpaksa memberi
      peruntukan masa yang lebih untuk mempastikan pencapaian objektif
      pertama dan kedua. Bagi tujuan peneguhan, catatan yang berbentuk




 28 Perancangan Pengajaran                   ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
                                                    PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                            positif perlu ditulis dalam bahagian ini. Misalnya, ‘dengan
                            menggunakan model atom (sebagai BBM), objektif kedua (nyatakan)
                            telah dapat dikuasai murid dengan cepat dan mudah’ atau ‘BBM
                            yang digunakan telah berjaya menarik minat murid, di samping
                            menggerakkan perasaan ingin tahu mereka untuk melakukan aktiviti
                            penyiasatan’..

                            Sebagai panduan, beberapa persoalan berikut boleh digunakan oleh
                            guru pelatih untuk membuat refleksi kendiri:
                            i.     Adakah murid terlibat secara aktif di sepanjang proses
                                   pengajaran-pembelajaran?

                            ii.    Adakah bahan pengajaran sesuai dengan aras pencapaian
                                   murid?

                            iii.   Adakah bahan pengajaran mencukupi? Tidak mencukupi?
                            iv.    Adakah guru berjaya menarik minat murid hingga ke akhir
                                   pengajaran? Jika tidak, mengapa?
                            v.     Adakah murid berjaya mencapai semua objektif pengajaran
                                   yang dirancang? Jika tidak, mengapa?
                            vi.    Adakah guru berjaya menyampaikan pengajarannya dalam
                                   masa yang diperuntukkan? Jika tidak, mengapa?
                            vii.   Lain-lain persoalan atau perkara yang difikirkan sesuai.
                            Segala maklumat dan ulasan mengenai pengajaran yang ditulis
                            dalam bahagian ini dapat membantu guru pelatih merancang,
                            seterusnya menyampaikan pelajaran akan datang dengan lebih
                            berkesan.

                   3.2.3.4.6 Catatan Guru Pelatih
                            Bahagian ini melibatkan aspek pengurusan yang mengganggu
                            perancangan penga-jaran guru pelatih. Catatan boleh dibuat dalam
                            berbagai bentuk; misalnya terdapat gangguan pengajaran disebabkan
                            oleh pihak sekolah mengadakan latihan kebakaran, mesyuarat
                            (tergempar) guru, gangguan elektrik, dan sebagainya.
                            Sebagai panduan, beberapa persoalan berikut boleh digunakan oleh
                            guru pelatih untuk menulis dalam bahagian catatan pelatih:



 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○            Perancangan Pengajaran 29
      PANDUAN LATIHAN PRAKTIK                 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○




        i.     Adakah terdapat masalah disiplin ? Jika ada, mengapa ?
        ii.    Adakah berlaku sebarang gangguan semasa proses
               pengajarannya ?
        iii.   Lain-lain persoalan atau perkara yang difikirkan sesuai.

        Segala maklumat dan ulasan yang ditulis dalam aspek pengurusan
        ini dapat mem-bantu guru pelatih supaya lebih peka semasa
        merancang, seterusnya menyampaikan pelajaran yang akan datang
        dengan lebih berkesan.

3.4     Penutup
        Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap
        orang guru, terutamanya guru pelatih. Persediaan pengajaran yang
        terancang dapat mening-katkan keyakinan guru untuk mengajar, di
        samping dapat membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir
        pengajaran dengan lebih berkesan. Melalui penulisan persediaan
        mengajar, kompetensi dan kemitmen guru pelatih dinilai, seterusnya
        dibimbing ke arah melahirkan guru yang profesional.
        Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya, dengan
        mengambilkira segara aspek yang berkaitan - objektif, pengetahuan
        sedia, bahan (isi pelajaran dan peralatan), dan aktiviti - yang sesuai
        dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang murid. Segala
        pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap
        kepada murid perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas, pada
        peringkat awal perancangan. Semasa merancang pengajaran, guru
        perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang akan dijalankan murid,
        bagi memberi perluang kepada mereka memperolehi pengetahuan dan
        kemahiran, melalui pengalaman sebenar, secara hands-on dan minds-
        on. Aktiviti pengajaran-pembelajran yang dicadang hendaklah
        mempunyai perkaitan jelas dengan setiap objektif pengajaran dan isi
        pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Bagi membantu
        murid mempelajari sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan, guru
        perlu menggunakan bahan bantu yang sesuai. Di samping itu,
        penggunaan analogi yang sesuai dengan pengalaman harian murid
        dapat membantu mereka memvilualisekan konsep abstrak, dengan
        ini, pemahaman mereka dapat dipertingkat.

        Guru perlu menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung
        atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran. Melalui
        penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan



  30 Perancangan Pengajaran                    ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
 ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○
                                                     PANDUAN LATIHAN PRAKTIK


                   3.4      Penutup
                            sebarang masalah pembelajran yang dihadapi murid, seterusnya
                            mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Di samping menilai
                            pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan menilai keberkesanan
                            perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja
                            sesuatu pengajaran tamat.



                               “Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”




○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○            Perancangan Pengajaran 31

								
To top