Docstoc

Praktikum pelatih KPLI Penyataan Profesional

Document Sample
Praktikum pelatih KPLI Penyataan Profesional Powered By Docstoc
					                                                                            PERNYATAAN PROFESSIONAL:



PERNYATAAN PROFESIONAL
1.0      Apa yang diharapkan melalui praktikum ini

Untuk praktikum ini, saya akan mengajar selama hampir tiga bulan di Sekolah Kebangsaan
Sultan Idris II, sebuah sekolah gred A yang terletak di daerah Kuala Kangsar. Menerusi
praktikum ini saya berharap dapat menimba pengalaman mengenai kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara langsung berkesan dan berkualiti dengan bimbingan pennsyarah dan guru
pembimbing

Untuk menyampai maksud itu saya berhasrat untuk menyiap-siagakan diri saya terutama dari
aspek persediaan mengajar sebagai salah satu tahap terpenting penting teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti. Ini kerana sepanjang hampir enam bulan saya di IPGM Kampus
Ipoh, saya telah didedahkan secara teori bagaimana satu pengajaran berkualiti adalah yang
mencerminkan pengetahuan, pemahaman dan penghargaan guru pelatih seperti saya terhadap
isi kandungan pelajaran.

Untuk memenuhi standard-standard ini saya akan berusaha untuk bersedia untuk mempelajari
teknik berkesan dalam mengajar dan akan cuba menunjukkan hubungan dalam pengajaran dan
pembelajaran menerusi praktik teori-teori pedagogi seperti berikut:




      a) Keadaan Wujudulu
      Keadaan “wujudulu” atau dalam bahasa Inggerisnya “antecedents” adalah satu keadaan
      dimana seorang guru berusaha menyiapkan diri dengan keadaan-keadaan sedia ada yang
      wujud sebelum pengajaran dan pembelajaran yang mungkin mempunyai kaitan dengan
      hasil pembelajaran. Saya akan cuba untuk menyelami latar belakang murid sebelum
      pelajaran, contohnya bakat, pengalaman lepas, minat dan keinginan pelajar sebagai salah
      satu   beberapa keadaan wujudulu yang saling berkaitan dan mampu mempengaruhi
      pembelajaran. Yang saya harapkan ialah saya akan dapat merancang satu pelajaran
      dengan baik akan menitikberatkan perkara-perkara seperti kehendak, minat, pengetahuan
      lepas dan kemahiran serta faktor-faktor lain tentang pelajar-pelajar saya nanti.Oleh itu saya
      komited   untuk   menyediakan     satu    rancangan     mengajar    yang   menggambarkan
      pertimbangan rapi saya terhadap persekitaran bilik darjah, sumber-sumber pendidikan,
      waktu, tempat pengajaran dan lain-lain.



                                                  1
                                                                         PERNYATAAN PROFESSIONAL:




   b) Tindakan Yang Dimaksudkan
   Sepanjang praktikum, saya akan cuba mengalami sendiri satu keadaan suasana
   pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam kelas yang diterangkan di dalam teori
   pedagogi iaitu “transcations’ atau siri-siri tindakan yang dimaksudkan. Apa yang saya
   jangka akan berlaku ialah set-set tindakan ini timbul dalam pelbagai bentuk interaksi pelajar
   dan guru dan pelajar-pelajar yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran.
   Sebagai contoh yang boleh saya ramaikan          ialah bentuk-bentuk interaksi yang timbul
   semasa perbincangan dalam kelas, soal jawab, penyelesaian masalah dan pengurusan
   ujian.


   Untuk mencapai maksud itu, saya juga akan berusaha untuk merancang pelajaran dengan
   baik dengan memilih kaedah mengajar, bahan dan alat yang sesuai dengan keadaan
   “wujudulu” terutamanya tentang pelajar-pelajar, pengurusan bilik darjah dan tujuan-tujuan
   pelajaran. Saya juga akan berusaha untuk merancang isi kandungan pelajaran yang
   disusun dengan baiknya untuk memudahkan pembelajaran disamping berterusan
   melakukan refleksi kendiri untuk penambahbaikan


   c) Hasil (Pengajaran dan Pembelajaran)Yang Dimaksudkan
   Akhir sekali, saya komited untuk mencapai hasil atau “outcome” yang dimaksudkan sebagai
   guru berkesan yang berjaya mendidik pelajar-pelajarnya. Menerusi praktikum ini saya
   berharap akan berjaya dan dapat melatih diri untuk menjadi seorang guru yang
   berkebolehan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang
   diajar disamping membentuk sikap kualiti dan berkemahiran yang perlu dicapai daripada
   pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan didalam bilik darjah. Oleh itu
   saya akan cuba berusaha untu merancangkan satu sessi pelajaran dengan baik dapat
   menentukan tujuan pelajaran dengan jelas dan sesuai dengan keadaan “wujudulu” serta
   tindakan yang dimaksudkan atau “transactions” dengan pelajar-pelajar sepanjang sessi
   praktikum ini berlangsung.


Oleh itu saya amat berharap akan dapat menimba sebanyak mana pengetahuan dan
pengalaman dari bukan sahaja barisan pensyarah dan guru pembimbing saya malah dari
keseluruhan tenaga guru dan pentadbir sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II Kuala
Kangsar nanti. Insyallah.

                                               2
                                                        PERNYATAAN PROFESSIONAL:




2.0   Apa yang telah dilalui sepanjang praktikum

MINGGU                                        CATATAN
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Minggu 5
Minggu 6
Minggu 7
Minggu 8
Minggu 9
Minggu 10
Minggu 11
Minggu 12




                                          3
                                                   PERNYATAAN PROFESSIONAL:




3.0   Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum




                                         4

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:9317
posted:3/26/2011
language:Indonesian
pages:4
Description: Untuk menyampai maksud itu saya berhasrat untuk menyiap-siagakan diri saya terutama dari aspek persediaan mengajar sebagai salah satu tahap terpenting penting teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ini kerana sepanjang hampir enam bulan saya di IPGM Kampus Ipoh, saya telah didedahkan secara teori bagaimana satu pengajaran berkualiti adalah yang mencerminkan pengetahuan, pemahaman dan penghargaan guru pelatih seperti saya terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk memenuhi standard-standard ini saya akan berusaha untuk bersedia untuk mempelajari teknik berkesan dalam mengajar dan akan cuba menunjukkan hubungan dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi praktik teori-teori pedagogi seperti berikut...