Docstoc

Jurnal Praktikum KPLI menjana P&P Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik yang menarik

Document Sample
Jurnal Praktikum KPLI menjana P&P Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik yang menarik Powered By Docstoc
					                                                                                        JURNAL PRAKTIKUM
                                     Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


1.0   PENYATAAN MASALAH
Saya kini sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II Kuala
Kangsar. Sepanjang tempoh hampir 3 bulan ini saya ditugaskan untuk mengajar
matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk Kelas Tahun 4 Kenaga.
Kelas 4 Kenaga merupakan kelas kedua di dalam tahun 4 yang turut menempatkan
kelas 4 Cempaka (kelas A) dan 4 Melati (kelas C). Kebanyakan para pelajar di dalam
kelas tersebut mempunyai latarbelakang keluarga dari kelas pertengahan dan
latarbelakang pendidikan yang baik. Namun begitu wujud tanggapan disebilangan
murid-murid di Kelas 4 Kenaga yang menganggap matapelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewargenaraan adalah terlalu mudah, membosankan dan tidak penting. Ini kerana
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bukanlah matapelajaran teras dan kertas yang
diambil di dalam peperiksaan utama.


Setelah hampir dua minggu saya mengajar, saya mendapati wujud dua kelompok murid
di dalam Kelas 4 Kenaga. Pertama; murid yang komited dan serius dalam mempelajari
matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan manakala yang satu lagi murid
yang menganggapnya tidak penting dan mudah. Walaupun kelompok kedua itu
bukanlah golongan majoriti di dalam kelas namun kadangkala ada kalanya saya
terpaksa berhenti mengajar kerana melihatkan tingkahlaku yang agak pasif seperti
mengantuk dan tidak mengambil perhatian terhadap apa yang diajar. Ditambah lagi
dengan salahlaku displin dengan tidak membawa buku teks dan buku nota latihan.
Tidak terkecuali juga masalah kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah
menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada apa
yang di ajar. Untuk itu saya sedar untuk perlu menjadi seorang guru yang berkesan di
dalam mengurus pengajarannya dan pemimpin di dalam kelas, saya harus mampu
menarik minat belajar murid-murid ini dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah dan
strategi pengajaran yang dipelajari selama ini.




                                              1
                                                                                        JURNAL PRAKTIKUM
                                     Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


Menurut Hook dan Vass (2000) di dalam bukunya yang bertajuk ‘Confident Classroom
Leadership’ mendefinisikan kepimpinan kelas atau bilik darjah itu sebagai satu
kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan
berkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, menurut Hook dan Vass lagi,
kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-
hari dengan interaksi dua pihak.


Menurut mereka lagi, kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru untuk
menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat meyakinkan mereka supaya
mengikut.    kepimpinan   berkesan    untuk       mempersiapkan           murid       bagi     mengikuti
pembelajaran dan ia biaanya wujud dalam keadaan berikut:


   1. Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di
      dalam setiap bilik darjah
   2. Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam
      personaliti mereka ketika kehadiran seseorang guru
   3. Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah
      menjadi senyap
   4. Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang
      guru


Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin melihat golongan
murid yang tidak serius dan berminat untuk mengikuti dan mendengar pengajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan menjadi murid yang ceria dan bersungguh-
sungguh tanpa membezakan sama ada matapelajaran itu adalah matapelajaran teras
atau tidak. Bagi saya mereka juga sepatutnya dibentuk menerusi satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
yang menarik dan tidak membosankan disamping terus berlaku adil kepada mereka




                                              2
                                                                                          JURNAL PRAKTIKUM
                                       Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


2.0      ANALISIS MASALAH
Menurut     Shippen    dan   Shippen    (2004)      di    dalam       kajiannya       bertajuk       ‘Seven
Characteristics of Affective Leaders’, menerangkan bahawa seorang guru boleh
mengajar secara berkesan dan menarik minat belajar dikalangan murid-muridnya
menerusi kebolehupayaan di dalam membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di
dalam bilik darjah. Ciri ini menurut beliau adalah penting kerana boleh membimbing
murid-murid di dalam kelas untuk mencapai visi untuk belajar dan membina minat
secara bersama.


Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa menyiasat punca-punca kepada masalah
tidak minat belajar sebilangan murid 4 Kenaga terhadap matapelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan. Wujud beberapa persoalan terhadap permasalahan ini
yang sering saya fikirkan.


      a) Adakah saya ini membosankan?
      b) Apakah murid-murid ini sudah bosan dengan pengajaran saya?
      c) Apakah yang menjadikan murid-murid ini bosan?
      d) Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?
      e) Adakah masalah ini hanya ber laku dalam pengajaran saya?
      f) Adakah saya menjadi punca berlakunya?
      g) Adakah wujud faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini?.


Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual dan soal selidik serta
pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:


      a) Murid-murid ini bukanlah dari golongan murid lemah.
      b) Mereka merasakan kurang perhatian diberikan kepada mereka
      c) Mereka tidak berminat mempelajari Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
      d) Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelas
      e) Mereka menganggap penampilan dan pengurusan kelas saya tidak menarik.

                                                3
                                                                                       JURNAL PRAKTIKUM
                                    Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini.
Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar
kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Dari suatu perspektif
yang lain saya boleh melihat peristiwa ini sebagai suatu percanggahan dari segi
kerelevanan matapelajaran yang diajar dengan realiti kehidupan mereka.


Selepas membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas kerana semua guru di
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II adalah professional dan sebagai pendidik perlu
memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar dan berjaya.


Dari perspektif murid-murid ini, tidak minat belajar dan menganggu murid lain ini adalah
budaya biasa di dalam kelas tersebut. Bagi mereka guru yang mengajar matapelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah sama seperti guru-guru matapelajaran
yang lain.




                                             4
                                                                                       JURNAL PRAKTIKUM
                                    Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


3.0      CADANGAN PENYELESAIAN
Bagi saya penekanan terhadap keupayaan peranan guru sebagai pengurus atau
pemimpin kelas adalah penting kepada pewujudan satu suasana pembelajaran yang
kondusif dan menarik minat belajar murid.


Menurut Lashway (2002) yang telah membincangkan peranan guru sebagai pengurus
dan pemimpin dalam kelas untuk menjana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkan oleh National
Association of Elementary School Principals (NAESP). Lashway telah merumuskan
enam peranan pemimpin untuk menjana keberkesanan PP iaitu:


      1. Mengaktifkan sokongan komuniti dalam kelas untuk kejayaan pembelajaran
      2. Mendorong murid-murid supaya mengutamakan usaha belajar
      3. Menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi
      4. Menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran
      5. Mencipta satu budaya pembelajaran berterusan
      6. Menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran


Menyedari hakikat ini, langkah seterusnya ialah untuk mewujudkan satu bentuk
interaksi yang positif bagi mendapat sokongan dan menarik minat belajar murid-murid
Kelas 4 Kenaga. Saya meluangkan masa untuk lebih berkenalan dengan kesemua
murid-murid Tahun 4 Kenaga. Saya beranggapan kaedah ini perlu saya mulakan bagi
mengatasi permasalahan tidak minat belajar ini kerana saya ingin memberi ’first
impression’ kepada murid-murid yang diajari oleh saya bahawa mereka tidak diabaikan.
Saya mahu murid-murid ini mempunyai satu pernilaian ke atas diri saya sebagai terus
ke dalam minda mereka tentang perwatakan saya sebagai seorang guru yang serius,
mengutamakan usaha belajar, mempunyai harapan pada pencapaian yang tinggi pada
mereka dan bersungguh-sungguh menginginkan anak murid saya untuk belajar. Semua
ini saya lakukan untuk membentuk satu suasana kelas yang tidak tertekan dan
kondusif.

                                             5
                                                                                     JURNAL PRAKTIKUM
                                  Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


Semasa inilah saya sebagai guru perlu memainkan peranan yang cukup bijak bagi
menawan hati mereka seperti memuji mereka dengan kata-kata yang menggambar
guru itu amat sayang kepada mereka. Ketika itu juga saya berusaha dengan kata-kata
bersemangat dan menampakkan kesungguhan untuk menjadikan mereka murid yang
berjaya, murid yang baik, murid yang memiliki keyakinan diri yang tinggi. Beberapa
peraturan yang mesti dipatuhi yang menampakkan ketegasan tetapi berhemah serta
memiliki sifat keterbukaan dalam menerima pandangan serta bersedia melakukan
perubahan.


Saya cuba mencipta satu budaya pembelajaran berterusan dengan menggunakan
pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran. Saya juga mengambil pelbagai
langkah didalam memperincikan bahan-bahan yang perlu disediakan oleh murid dan
bahan yang akan disediakan oleh saya sebagai guru supaya murid mengetahui bahawa
gurunya bersedia untuk mengajar mereka. Ini kerana kesediaan guru untuk menjadikan
kelas ini lebih ceria dan menarik menjadikan murid-murid berkeyakinan terhadap apa
yang diajar oleh guru itu.


Saya juga cuba untuk mengenali nama setiap murid dan mengetahui latarbelakang
keluar murid di kelas tersebut. Saya beranggapan bahawa ia adalah satu pendekatan
yang baik. Murid akan menampakkan lebih mesra jika disebut nama mereka semasa
berkomunikasi. Berbagai cara yang boleh dilakukan oleh saya untuk mengingati nama-
nama mereka seperti bersungguh-sungguh dalam mengingati nama, melekatkan tag
nama pada meja mereka, bertanya nama setiap kali hendak bercakap dengan mereka,
dan menangkap gambar keseluruhan murid Tahun 4 Kenaga dan memasukkan foto-
foto mereka dalam komputer peribadi saya untuk diingat setiap hari. Dalam masa yang
singkat saya yakin dapat mengingati semua nama mereka.


Untuk menarik minat belajar, saya juga selalu menyatakan beberapa ganjaran yang
akan diberikan kepada murid jika mereka bersedia untuk memberi kerjasama semasa
pengajaran dan pembelajaran berlaku atau pencapaian kemajuan murid bertambah

                                           6
                                                                                        JURNAL PRAKTIKUM
                                     Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


baik dari masa semasa, seperti berjanji untuk menghadiahkan sesuatu. Bagi saya
seorang guru sewajarnya menunaikan janji-janji itu supaya murid tidak kecewa dengan
sikap guru yang dianggap berpura-pura itu.


Bagi menarik minat untuk belajar, saya akan memulakan sesuatu bab pelajaran dengan
menunjukkan sesuatu, atau menceritakan satu cerita pendek atau apa sahaja sebagai
set induksi. Apabila sesuatu tajuk disentuh, saya cuba bertanya tentang beberapa
pengalaman mereka yang ada kaitan dengan tajuk berkenaan. Bagi saya ia penting
untuk memberi pengenalan tentang apa yang hendak diajar adalah sesuatu
pengalaman yang menarik.


Saya juga menekankan kepada diri kepada penggunaan alatan bantuan mengajar,
model-model tertentu, atau kepelbagaian kaedah yang lebih kepada berpusatkan murid.
Pendekatan pembelajaran kendiri, kaedah nota secara peta minda, modul atau kaedah
seperti Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Kerjasama, Kontruktivisma, Pembelajaran
Kontektual, adalah di antara kaedah yang boleh saya digunakan mengikut kesesuaian
tajuk,   kemampuan    murid,   dan     kebijaksanaan            saya      sebagai        pelatih      guru
mengaplikasikannya supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang memberangsang
minda mereka. Saya percaya kesannya ialah murid mudah faham dan minat mereka
untuk meneruskan pembelajaran dan mereka tidak menunjukkan perlakuan yang
bermaksud bosan dengan cara guru menyampaikan pengajaran. Namun begitu,
kaedah lama dengan menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar tidak
juga say kesampingkan. Murid-murid ditetapkan oleh saya untuk membuka buku teks
bagi tajuk berkenaan, nota tambahan yang disedikan guru sebagai ’hand out’, dan
kertas A4 untuk dibuat peta minda.




                                              7
                                                                                         JURNAL PRAKTIKUM
                                      Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


4.0   TEMPOH PENYELESAIAN
25 Jun sehingga 18 Julai (3 Minggu)


5.0   TINDAKAN SUSULAN (outcome)
Apabila saya mengamalkan pengurusan kelas yang baik dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berpusatkan murid, saya mendapati bahawa mereka seronok
dengan pembelajaran seperti ini menjadikan mereka terasa masa berada di kelas
terlalu sebentar dan kadang-kadang mereka akan terus berada di kelas ini walaupun
loceng telah berbunyi kerana kemungkinan selepas ini tiada guru yang datang ke kelas
mereka. Pendekatan cara bermain atau berintraksi bersama mereka semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan menjadikan mereka semakin berani
mengeluarkan berbagai idea secara spontan dan berani bertanya tentang perkara-
perkara yang mereka tidak faham sebab mereka tidak merasa tertekan dan hati dan
perasaan mereka sentiasa tenang. Mereka sendiri memahami apa yang terkandung
dalam buku, guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang hanya menekan aspek-aspek
tertentu dalam kandungan itu


Kaedah nota dalam bentuk peta minda telah menyaksikan bahawa murid-murid menjadi
lebih gemar membuat peta minda setelah mereka dilatih untuk membuatnya berkali-kali
dan seolah-olah menjadi ’kegilaan’ kepada mereka. Kelebihan membuat peta minda
ialah mereka dapat menguasai semua isi yang terkandung dalam buku atau nota, dan
mereka hanya menggunakan bahasa dan ayat-ayat sendiri ketika menjawab soalan,
tidak bergantung ayat-ayat yang terdapat dalam buku. Oleh itu minda mereka akan
lebih terbuka, di samping melatih mereka berfikiran kreatif dan kritis. Kadang-kadang
saya berhadapan dengan murid yang lambat faham akan sesuatu tajuk atau isi
kandungan. Pendekatan yang digunakan antaranya menjadikan rakannya sebagai
’guru’ untuk menjelaskan perkara tersebut, menggalakkan pelajar berkenaan segera
bertanya rakannya yang berdekatan atau mereka akan bangun bertanya rakan yang
lebih meyakinkannya. Murid berkenaan tidak segan silu untuk terus bertanya dengan
saya. Saya juga sering mengulangi semula dengan pendekatan yang lebih mudah atau

                                               8
                                                                                      JURNAL PRAKTIKUM
                                   Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


membina soalan untuk dibincang dalam kumpulan setelah mengenalpasti ada murid
yang masih belum faham kandungan tersebut.


Saya juga sering menunjukkan ketegasan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, tetapi ketegasan itu dilakukan dengan senda gurau, sambil mengenakan
sedikit denda terhadap mereka, dan mereka bersedia untuk menerima dengan lapang
dada seperti menarik sedikit telinga sebagai menandakan saya tidak gemar dengan
perlakuan tersebut. Saya menyaksikan perubahan dengan murid cepat memohon maaf
dan meletakkan tangan dibelakang mereka. Bagi saya denda atau hukuman yang boleh
menjatuhkan maruah dan memalukannya sepatutnya dielakkan supaya murid
berkenaan tidak tertekan, akibatnya murid berkenaan mungkin membuat tindakan
negatif seperti tidak datang ke sekolah, merosakkan harta benda sekolah dan
sebagainya.


Sebagai guru yang telah diberikan amanah untuk mengajar di kelas yang berkenaan
seharus mencari pendekatan yang boleh meningkatkan motivasi dan kecenderungan
mereka untuk mengikuti pelajaran yang sedang diajar. Saya juga meletakan tanda gred
seperti A untuk ’sangat bagus’, B untuk ’bagus’ dan C untuk memperbaiki usaha setiap
kali saya menanda buku murid. Hasilnya ialah saya mendapati murid tidak menipu
dengan cara meniru rakan secara menyalin semula jawapannya, belajar menerima
hakikat iaitu menyatakan kemampuan sebenar supaya guru boleh membuat
penambahbaikan, tidak malu untuk menyatakan kelemahan, sedia mendapatkan
pertolongan rakan bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman. Bagi pelajar yang
lemah saya cuba memberi satu jawapan contoh supaya mereka berminat untuk terus
menjawab soalan-soalan itu sehingga selesai. Galakan dan pujian harus diberikan
terutama murid yang lemah jika ada sedikit pencapaian, saya akan membuat
pembetulan perkara-perkara yang salah dan berikan sedikit markah bagi jawapan
tersebut, supaya murid berkenaan merasakan ada peningkatan dalam diri mereka.




                                            9
                                                                                       JURNAL PRAKTIKUM
                                    Mengatasi masalah kurang minat belajar dikalangan pelajar Tahun 4 Kenaga


Saya merasakan sebagai guru sepatutnya saya mengelakkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh menambahkan kebencian mereka terhadap mata pelajaran
yang diajar atau terhadap guru sendiri. Pendekatan yang berkesan, murid-murid
diberikan perhatian, dan pujian jika mereka melakukan sedikit perubahan ke arah
kebaikan.


6.0    KESIMPULAN
Gerakerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas juga
dapat mempengaruhi minat murid dan mengatasi masalah tidak minat belajar. Guru
sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang
hendak diajar, serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia akan
membawa kecemerlangan dalam mengurus bilik darjah, dan menampakkan personaliti
sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran
yang memberangsangkan, bijak mengurus masa secara optimum, langkah ini dijangka
berupaya meningkatkan prestasi murid dan pengawalan disiplin yang bijak. Akhirnya
akan   menambahkan      keyakinan    murid       terhadap       kemampuan           guru      sekaligus
meningkatkan lagi kecenderungan mereka untuk terus belajar.




RUJUKAN
Hook, P., & Vass, A., (2000). Confident Classroom Leadership. London: Fulton
Publishing

Lashway, L. (2002, July). Developing instructional leaders. ERIC Digest, 160. University
of Oregon, Clearinghouse on Educational Management. Dimuat turun 7 Julai, 2009,
daripada: www.vtaide.com/png/ERIC/DevoIOPing-Instructional-Leaders. htm

Shippen, M. E., & Shippen, S. J. (2004). “Seven Characteristics of Affective Leaders”.
Classroom Ledership, 7, 1-3.




                                            10

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:858
posted:3/26/2011
language:Indonesian
pages:10
Description: Sepanjang tempoh hampir 3 bulan ini saya ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk Kelas Tahun 4 Kenaga. Kelas 4 Kenaga merupakan kelas kedua di dalam tahun 4 yang turut menempatkan kelas 4 Cempaka (kelas A) dan 4 Melati (kelas C). Kebanyakan para pelajar di dalam kelas tersebut mempunyai latarbelakang keluarga dari kelas pertengahan dan latarbelakang pendidikan yang baik. Namun begitu wujud tanggapan disebilangan murid-murid di Kelas 4 Kenaga yang menganggap matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargenaraan adalah terlalu mudah, membosankan dan tidak penting. Ini kerana Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bukanlah matapelajaran teras dan kertas yang diambil di dalam peperiksaan utama.