Docstoc

Tugasan Induksi Umum Peraturan Am Kerajaan Bahagian A

Document Sample
Tugasan Induksi Umum Peraturan Am Kerajaan Bahagian A Powered By Docstoc
					                                                             Kursus Induksi Umum JPM 2010




BAHAGIAN A


SOALAN 2:




Seseorang pegawai kerajaan adalah dilarang daripada membuat pekerjaan luar
kecuali mendapat kebenaran Ketua Jabatannya



  i) Nyatakan tiga jenis pekerjaan luar yang dimaksudkan itu?


  ii) Nyatakan asas yang digunakan oleh seseorang Ketua Jabatan dalam
     menimbangkan sesuatu permohonan membuat kerja luar.


  iii) Nyatakan tiga jenis pekerjaan luar yang dimaksudkan itu?




                                        1
                                                                    Kursus Induksi Umum JPM 2010




      i) Nyatakan tiga jenis pekerjaan luar yang dimaksudkan itu?



1.0      PENGENALAN

         Pekerjaan luar bermaksud membuat kerja sambilan dan melakukan pekerjaan

lain selain daripada pekerjaan yang telah diarahkan oleh Ketua Jabatan dan

pekerjaan yang ditawarkan dalam surat tawaran kerja.



2.0      BOLEHKAH       SEORANG       PEGAWAI         KERAJAAN           MENJALANKAN
         PEKERJAAN LUAR?

      Seorang kakitangan dan pegawai kerajaan tidak boleh membuat sebarang

pekerjaan luar, kecuali jika:



      a) Dibenarkan oleh ketua Jabatan

      b) Dianggap tugas rasmi

      c) Honorarium ditentukan oleh Perbendaharaan (PP Bil 2/1993 dan Bil.5/1995)

      d) Bagi faedah dirinya/saudara- mara/ badan yang bukan mencari keuntungan

         dengan kebenaran Ketua Jabatan.



3.0      CONTOH PEKERJAAN LUAR YANG DILARANG

      i) Memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran Ketua Jabatan

      ii) Menjalankan   perniagaan   pasar       malam,   bekerja     sebagai      pengawal

         keselamatan dan pekerjaan lain tanpa kebenaran Ketua Jabatan

      iii) Menjadi penyunting akhbar harian atau akhbar berbau politik tanpa

         kebenaran Ketua Jabatan



                                             2
                                                              Kursus Induksi Umum JPM 2010


ii)      Nyatakan asas yang digunakan oleh seseorang Ketua Jabatan dalam
         menimbangkan sesuatu permohonan membuat kerja luar



1.0      PENGENALAN


      Menurut Pekeliling Pentadbiran Bil. 20/2001 Peraturan Mengenai Pekerjaan Luar

di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) di

bawah Bahagian II Bab Tatakelakuan Seksyen 4 yang menerangkan kaedah-kaedah

yang digunapakai dalam urusan tatatertib kakitangan awam,            ada menyentuh

dengan jelas mengenai larangan terhadap bentuk pekerjaan luar dan pengecualian

yang boleh diberikan kepada seorang pegawai kerajaan di dalam keadaan

melainkan jika dan setakat yang dia dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat

demikian dalam perjalanan tugasnya sebagai seorang pegawai badan berkanun.




2.0      LARANGAN MEMBUAT PEKERJAAN LUAR


      Seorang pegawai kerajaan tidak dibenarkan untuk:


      a) mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam

         pengurusan atau urusan apa-apa pengusahaan komersial, pertanian atau

         perindustrian



      b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja dengan mana-mana

         institusi, firma atau individu persendirian



      c) sebagai seorang pakar, memberikan apa-apa laporan atau memberikan apa-

         apa keterangan, sama ada secara percuma atau dengan dibayar upah.



                                              3
                                                          Kursus Induksi Umum JPM 2010


3.0   KEPERLUAN MENDAPAT KEBENARAN BERTULIS KETUA JABATAN


            Walau bagaimanapun sub-peraturan (1), seseorang pegawai boleh,

      dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dengan Ketua

      Jabatannya, menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-

      mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam sub-peraturan itu, sama ada bagi

      faedahnya atau bagi faedah saudara-maranya yang dekat atau mana-mana

      badan tidak mencari keuntungan yang baginya dia menjadi seorang

      pemegang jawatan. Dalam menimbangkan sama ada atau tidak kebenaran

      patut diberikan kepada mana-mana pegawai di bawah sub-peraturan (2),

      Ketua Jabatan hendaklah memberikan perhatian kepada tatakelakuan yang

      ditetapkan dan hendaklah memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu

      antaranya:




      a) tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki

         melaksanakan tugas rasminya



      b) tidak akan dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan

         pegawai itu sebagai seorang pegawai badan berkanun



      c) tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan

         kepentingan badan berkanun, atau menjadi tidak selaras dengan

         kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai badan berkanun.




                                       4
                                                           Kursus Induksi Umum JPM 2010


4.0   SYARAT-SYARAT           YANG   DIKENAKAN    KEPADA     PEGAWAI          YANG
      BERHASRAT HENDAK MELAKSANAKAN PEKERJAAN LUAR



         Maka bagi melaksanakan peruntukan di atas pegawai yang berhasrat

      untuk membuat pekerjaan luar hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:




      1. Mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan dengan mengisi borang khas

         menerusi Jabatan/Bahagian/Sektor/Unit pegawai itu bertugas



      2. Ketua Jabatan membuat keputusan berdasarkan pemohon pegawainya

         atas dasar memajukan setakat mana pekerjaan luar yang hendak

         dilakukan dapat membantu meningkatkan profesionalisma kerja sebagai

         kakitangan dan pegawai Jabatan tanpa menjejas prestasi kerja hariannya.



      3. Ketua Jabatan dalam masa yang sama harus menimbangkan sama ada

         untuk menyokong atau tidak sesuatu permohonan itu dengan mengambil

         kira bahawa tugas-tugas pekerjaan luar itu tidak akan, dengan apa cara

         jua, menjejas prestasi kerjanya serta tidak pula bercanggah dengan apa-

         apa kepentingan lain atau dasar Jabatan/kementerian dan Kerajaan




      4. Setiap kebenaran yang diberi adalah untuk tempoh tidak melebih satu

         tahun. Ketua Jabatan harus memastikan bahawa pegawai tersebut

         memohon semula setelah tamat, sekiranya ingin meneruskan lagi

         pekerjaan luar itu




                                        5
                                                               Kursus Induksi Umum JPM 2010


5.0      PERTIMBANGAN DAN BUDIBICARA KETUA JABATAN


      Dalam menimbangkan permohonan pegawai tersebut, Ketua Jabatan perlulah

mengambil kira tatakelakuan pegawai berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah

peraturan dan syarat-syarat yang dunyatakan dibawah:


      a) Kegiatan dalam pekerjaan luar tidak mengganggu tugas harian pegawai

      b) Segala pekerjaan luar hendaklah dilakukan diluar waktu pejabat

      c) Jika pekerjaan luar melibatkan waktu pejabat, maka pegawai berkenaan

      d) hendaklah memohon cuti dengan mengikut peraturan yang ditetapkan

      e) Tidak dibenarkan menggunakan harta benda Kerajaan bagi tujuan pekerjaan

         luar tersebut

      f) Tidak menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai pegawai Badan Berkanun;

      g) Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun, atau tidak selaras

         dengan kedudukan pegawai; dan

      h) Segala pekerjaan luar hendaklah selaras dengan Jadual Kedua (Seksyen 5),

         Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan

         Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).



      Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipatuhi, Ketua Jabatan boleh menarik balik

keputusan dan pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah

Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Ketua Jabatan

juga mempunyai kuasa dibawah peruntukan kerajaan untuk memberi kelonggaran

kepada pegawai awam untuk menubuhkan syarikat pegangan keluarga bertujuan

untuk memelihara kepentingan harta pegawai dan memberi peluang kepada

pegawai membuat persediaan untuk aktif dalam perniagaan selepas bersara kelak,




                                           6
                                                               Kursus Induksi Umum JPM 2010


dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa

Tatatertib. Perkara ini dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1987.




6.0   KESIMPULAN
      Dapat dirumuskan disini, adalah menjadi dasar Kerajaan Malaysia bahawa

kakitangan perkhidmatan awam adalah tidak dibenarkan melibatkan diri secara

sepenuh masa dalam aktiviti pekerjaan luar dan perniagaan. Penetapan syarat-

syarat tersebut ialah untuk memastikan pekerjaan luar yang dilakukan oleh pegawai

kerajaan tidak akan menjejaskan kepentingan penyampaian perkhidmatan awam

dan produktiviti pegawai.




RUJUKAN

Kerajaan Malaysia. Pekeliling Pentadbiran Bil. 20/2001. Peraturan Mengenai
Pekerjaan Luar di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000
(Akta 605)



Kerajaan Malaysia. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1987




                                         7
                                                                 Kursus Induksi Umum JPM 2010



SOALAN 3:


Cuti distilahkan sebagai tempoh pegawai dibenarkan meninggalkan tugasnya dan
peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti
kerja. Jelaskan tiga (3) jenis cuti yang boleh diberi kepada pegawai-pegawai atas
sebab perubatan.



1.0    PENGENALAN

       Cuti di atas sebab-sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau

Kuasa Tertentu apabila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang pegawai

perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel

Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.



       Seseorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 90 hari

pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember).

Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa

Tertentu yang boleh memberi tidak lebih daripada 90 hari lagi cuti sakit. Ketua

Jabatan boleh menerima, mengikut budibicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang

dikeluarkan oleh seseorang doktor swasta tanpa sokongan dari seorang pegawai

perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti yang tidak melebihi dua hari yang

berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang boleh diberi oleh Ketua Jabatan atas

sijil-sijil sedemikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.




                                           8
                                                                 Kursus Induksi Umum JPM 2010




2.0      CUTI-CUTI ATAS SEBAB-SEBAB PERUBATAN

         Tiga jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah seperti berikut:



         1)    Cuti sakit

         2)    Cuti sakit lanjutan

         3)    Cuti bersalin



2.1      CUTI SAKIT


         Cuti-cuti atas sebab perubatan atau cuti sakit adalah diberi oleh Ketua

Jabatan atau Kuasa Tertentu bila seseorang pegawai itu disahkan oleh seseorang

pegawai perubatan kerajaan atau oleh seorang doktor panel atau oleh sebuah

Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya.

Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang boleh diterima dan hendaklah

dikemukakan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh cuti itu

bermula.



         Sekiranya seorang pegawai itu masih disahkan tidak sihat setelah

menghabiskan cuti sakit di atas maka Ketua Jabatannya boleh memberinya apa-apa

cuti rehat yang masih ada lagi untuknya. Seorang pegawai yang diberi semua cuti-

cuti di atas tidak boleh diberi sebarang cuti lagi sehingga ia diperiksa oleh sebuah

Lembaga Perubatan. Jika seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit

berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi tempoh tiga tahun berturut-

turut boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatannya untuk diperiksa kesihatannya oleh

Lembaga Perubatan, tidak kira samada ia telah melaporkan dirinya sakit lagi atau

tidak.

                                            9
                                                            Kursus Induksi Umum JPM 2010




2.2   CUTI SAKIT LANJUTAN


      Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang

berkelayakan pegawai masih tidak sihat untuk bertugas pegawai boleh diberi cuti

separuh gaji sehingga 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan sementara

menunggu Laporan Lembaga Perubatan, sijil sakit boleh diterima bagi tujuan cuti

separuh gaji tersebut. Anggota hendaklah diberi cuti tanpa gaji jika tidak

mengemukakan sijil sakit bagi tempoh menunggu Laporan Lembaga Perubatan

berkenaan.



      Sekiranya masih lagi tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan

sebagai ada harapan untuk sembuh, anggota itu masih boleh diberi cuti sakit, iaitu

secara cuti tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan

bersamaan separuh gaji. Elaun ini diberi dalam satu tahun kalendar. kemudahan ini

boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika pegawai masih

belum sembuh, pegawai boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.



2.3   CUTI BERSALIN



      Cuti bersalin adalah cuti tambahan kepada cuti sakit dan diberi kepada

pegawai-pegawai perempuan untuk bersedia bagi dan pulih dari bersalin. Cuti

bersalin boleh diberi sebanyak 60 hari dan tarikh bermulanya cuti bersalin adalah

terpulang kepada penetapan yang dibuat oleh pegawai perubatan. Sebarang cuti

yang melebihi 60 hari akan dianggap sebagai cuti sakit mengikut Perintah Am 17

Bab C.



                                       10
                                                               Kursus Induksi Umum JPM 2010




         Cuti bersalin hanya boleh diberi sebanyak lima kali sahaja di dalam tempoh

perkhidmatan seseorang pegawai perempuan. Bagi persalinan yang keempat dan

seterusnya, pegawai itu hanya boleh diberi cuti rehatnya, dan jikalau cuti rehatnya

sudah habis atau tida mencukupi, dia boleh diberi cuti tanpa gaji bagi masa

pemulihannya itu. Bagi sakit yang melebihi tempoh pemulihan biasa selama 60 hari

itu, maka ia boleh diberi cuti sakit atau lain-lain cuti atas sebab perubatan seperti

biasa.




RUJUKAN

Perintah Am 17 Bab C di dalam Buku Panduan Am Kerajaan. Edisi 2009 Kuala
Lumpur: MDC Publisher Sdn Bhd



Perintah Am 1 Bab F di dalam Buku Panduan Am Kerajaan. Edisi 2009 Kuala
Lumpur: MDC Publisher Sdn Bhd




                                         11

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:2109
posted:3/26/2011
language:Malay
pages:11
Description: Seorang kakitangan dan pegawai kerajaan tidak boleh membuat sebarang pekerjaan luar, kecuali jika: a) Dibenarkan oleh ketua Jabatan b) Dianggap tugas rasmi c) Honorarium ditentukan oleh Perbendaharaan (PP Bil 2/1993 dan Bil.5/1995) d) Bagi faedah dirinya/saudara- mara/ badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan.