Docstoc

Latihan Praktikum Jurnal Kepimpinan Guru dan Pengurusan Kelas

Document Sample
Latihan Praktikum Jurnal Kepimpinan Guru dan Pengurusan Kelas Powered By Docstoc
					                   Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



1.0   PENYATAAN MASALAH

Saya kini sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II Kuala

Kangsar. Sepanjang tempoh hampir 3 bulan ini saya ditugaskan untuk mengajar mata

pelajaran Kajian Tempatan di Kelas 5 Cempaka.



Kebanyakan para murid didalam kelas ini mempunyai latarbelakang keluarga dari kelas

pertengahan dan latarbelakang pendidikan yang baik. Sebagai kelas yang terbaik di

dalam tahun 5, mereka adalah murid-murid yang aktif dan bersemangat untuk belajar.

Tetapi kadang kalanya mereka akan menunjukan sikap bahawa pengajaran saya agak

membosankan, tidak mencabar dan tidak penting. Ditambah pula waktu yang diberi

kepada saya adalah dua waktu terakhir hari persekolahan, oleh itu saya juga

berhadapan dengan masalah murid mengantuk dan bosan.



Saya banyak kali berhenti dari mengajar gara-gara menegur murid yang mengantuk

dan tidak memberikan perhatian di dalam bilik darjah. Saya merasakan bahawa

menjadi guru bagi matapelajaran Kajian Tempatan yang mempunyai skop yang luas

adalah tugas mencabar. Saya ingin menjadi seoang guru yang boleh menceriakan

suasana di dalam bilik darjah dan memimpin mereka kearah pemahaman sepenuhnya

terhadap apa yang dipelajari secara berkesan. Saya juga sedar untuk menjadi seorang

guru yang berkesan di dalam mengurus pengajarannya dan pemimpin di dalam kelas,

saya harus mampu menarik minat belajar murid-murid ini dengan mempelbagaikan dan

mengaplikasikan kaedah dan strategi pengajaran yang dipelajari selama ini.



                                               1
                    Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



Terapat satu pandangan umum mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa

pemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan kepada murid-

murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. Apa yang diperlukan adalah

kesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid. Menurut Wilcox (2005) dalam

kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian pemimpin yang boleh diwujudkan kerana

di dalam bilik darjah itu sahaja ada dua jenis pemimpin iaitu:



   a) Guru kelas atau guru subjek

   b) Pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru ada di dalam bilik

      darjah ataupun tidak.



Bagi Hook dan Vass (2000) kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukan guru

yang memiliki kemahiran-kemahiran berikut:



   a) Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi;

   b) Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan;

   c) Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya;

   d) Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan

   e) Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat.




                                                2
                  Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna

ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi

pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran.

Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah - merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil

pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan

kelihatan dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi

usaha yang dibuat bersama murid-murid menuju ke arah pencapaian matlamat

pengajaran dan pembelajaran.



Saya ingin membawa perubahan di dalam suasana dan cara yang memimpin kelas 5

Cempaka. Pemimpin bagi saya adalah orang yang berkebolehan merancang, memberi

arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan.

Saya ingin menjadi seorang guru dimana Berjaya melaksanakan satu proses

pengajaran dan pembelajaran secara normal berlaku di mana murid-murid saya yang

mengikuti pengajaran akan lebih merupakan responden dan saya berperanan sebagai

pemimpin.




                                              3
                     Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



2.0    ANALISIS MASALAH

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal.

Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru

adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai

pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah

organisasi kecil yang dipimpinnya.



Berpandukan dari teori diatas, saya merasakan bahawa jelas saya yang menjadi punca

suasana pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan bagi tahun 5 Cempaka agak

hambar dan tidak kondusif. Untuk mengatasi masalah ini, saya akan mengkaji apa yang

diperlukan untuk menjadi pemimpin bilik darjah yang berkesan.



Menurut Shippen dan Shippen (2004) seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang

berkesan perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti berikut:



  i.   Guru boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah.

       Ciri ini penting kerana boleh membimbing murid-murid di peringkat bilik darjah

       untuk mencapai visi yang dibina secara bersama tetapi, pemimpin guru ini perlu

       memastikan visi yang baru dibina bersama dengan murid-murid seharusnya

       tidak bertentangan dengan visi sekolah.




                                                 4
                    Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



ii.    Guru perlu mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. Faktor fleksibel ini

       amat penting kerana boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan

       mengetahui guru Kadang kala, guru juga boleh bersetuju dengan pendapat

       murid sekiranya pendapat tersebut bemas dan ada kebenarannya. Kebolehan ini

       mencerminkan babawa seseorang pemimpin itu adalah seorang yang bersikap

       terbuka.



iii.   Guru mesti kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada murid-

       muridnya, Apatah lagi, setiap tindakan guru di dalam bilik darjah akan

       diperhatikan oleh murid-murid dan menjadi contoh.



iv.    Guru perlu bijak membuat keputusan. Keputusan yang dipilih sewajarnya akan

       mendatangkan kebaikan kepada muridnya tetapi tidak menjejaskan kepentingan

       organisasinya (Chek Mat, 2003).



v.     Guru hendaklah membuang sifat rnernentingkan diri sendiri. Sebagai seorang

       guru, sifat mementingkan diri perIu dibuang jauh kerana mengutamakan

       kepentingan murid-muridnya walaupun kadangkala mendatangkan kesulitan

       kepada dirinya sendiri.




                                                5
                    Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



 vi.   Guru harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan

       tidak puas hati di kalangan muridnya, di samping mendapat kerjasama mereka.

       Selain bersifat jujur dan merendah diri supaya murid boleh mendekatinya dan

       meluahkan masalah yang mereka hadapi kerana kepercayaan mereka kepada

       guru. lni akan dapat membina hubungan yang positif antara guru dan murid.



Guru ibarat lilin yang menerangi ruangan. Oleh itu ilmu guru perlu sentiasa

dipertingkatkan dengan mengamalkan pembelajaran berterusan untuk menambah ilmu

pengetahuan dan kemahiran diri. Menurut Kane (2001) ilmu pengetahuan yang diterima

oleh guru akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam bilik darjah agar

lebih sistematik dan terkawal.




                                                6
                    Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



3.0     CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

Untuk mengatasi permasalahan ini saya memilih kaedah kepimpinan diri dan bilik

darjah yang efektif menerusi pendekatan seperti berikut:



3.1     Mewujudkan Iklim yang Sesuai untuk Pembelajaran

Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikan

wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, misi kelas dan pelajar harus

jelas dan mudah

difahami. Oleh itu saya akan akan memainkan peranan untuk mempromosi bilik darjah

sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkara-perkara

berikut:



      a) Penekanan kepada Pengajaran Asas

Saya mempunyai pandangan bahawa sebuah bilik darjah yang efektif, yang boleh

dihasilkan dengan memberi penekanan kepada pengajaran asas seperti membaca,

mengira dan menulis, hams menjadi nadi sesebuah sekolah. Penggunaan teknologi

pengajaran di sekolah di dalam kurikulum dan kaedah pengajaran telah dikenal pasti

dan telah dibuktikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk saya mencapai

sasaran pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, saya akan

menggunakan sepenuhnya penggunaan Smartboard, projektor LCD dan komputer

bimbit disamping set-set lengkap bahan kursus cakera padat (Interactive Courseware).



                                                7
                     Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



Saya berharap proses pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan dengan alat bantu

ini.



       b) Jangkaan   Guru      bahawa        Semua        Murid      Berkebolehan          Mencapai

         Kecemerlangan

Bagi memastikan keberkesanan, saya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik

pelajar, akan sentiasa berpandangan semua murid saya di kelas 5 Cempaka boleh

mencapai kecemerlangan pada akhirnya. Dengan pandangan sebegini, maka tumpuan

saya adalah untuk memastikan kejayaan diperolehi dan mereka semuanya akan

menjadi manusia yang dilengkapi dengan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



       c) Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Kajian Tempatan

Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan merupakan satu

matapelajaran yang mempunyai skop yang luas dan pelbagai. Oleh itu, untuk

memastikan pengajaran yang saya laksanakan berkesan, saya menekankan bahawa

kepentingan membuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi

pengajaran.




                                                 8
                   Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, saya akan mencuba

untuk mengarnalkan sesi pembelajaran yang bersifat kolaboratif. lni bermaksud murid

dalam keadaan positif dan berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan

bergaul mesra dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik.

Seterusnya, murid mencari akal untuk penyelesaian masalah yang ditujukan

kepadanya. Dari segi saya sebagai guru pula akan memilih objektif pengajaran yang

sesuai dan menentukan saiz kumpulan seperti pembentukan kumpulan-kumpulan yang

bercorak heterogen yang membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik.

Dalam usaha mencari penyelesaian masalah, murid perIu berbincang antara kumpulan,

menjalankan sesi eksperimen serta mencari rujukan sarna ada daripada guru atau

buku. Dalam konteks ini, saya akan berperanan lebih sebagai pemerhati dan fasilitator

menilai proses pembelajaran murid serta hasil tugasan mereka. Dengan ini, murid

berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan diri.




                                               9
                   Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



4.0   TEMPOH PENYELESAIAN

16 Ogos 2009 hingga 17 September 2009



5.0   TINDAKAN SUSULAN (OUTCOME)

Cara penyampaian dan stail kepimpinan saya sebagai guru di dalam bilik dajah adalah

aspek utarna menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara guru

seperti nada yang sesuai, lantang, jelas dan terang. Saya percaya sikap positif dan

berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh saya seseorang guru akan membawa murid

ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek, afektif dan psikornotor. Untuk mencapai

maksud ini sayamenekankan stail kepimpinan demokratik yang member tumpuan

kepada kerjasama, berinisiatif serta bertoleransi dapat rnernbimbing pelajar dengan

lebih kesan. Sebagai contoh penggunaan pujian yang saya terapkan jelas

menghasilkan peneguhan positif kerana murid yang sering dipuji akan berasa seronok

dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran.



Apabila saya mengamalkan pengurusan kelas yang baik dan kaedah pengajaran dan

pembelajaran kolaboratif yang lebih berpusatkan murid, saya mendapati bahawa

mereka seronok dengan cara pembelajaran seperti ini. Pendekatan cara bermain atau

berintraksi bersama mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan

menjadikan mereka semakin berani mengeluarkan berbagai idea secara spontan dan

berani bertanya tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sebab mereka tidak

merasa tertekan dan hati dan perasaan mereka sentiasa tenang. Mereka sendiri



                                              10
                   Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



memahami apa yang terkandung dalam buku, guru hanya bertindak sebagai fasilitator

yang hanya menekan aspek-aspek tertentu dalam kandungan itu



Pendekatan secara inkuari penemuan adalah salah satu kaedah pengajaran yang saya

lakukan agar murid lebih berdikari. Disamping itu saya menggalakan mereka untuk

membuat nota sendiri dan bukan mengharap sepenuhnya nota dari guru. Kaedah nota

dalam bentuk peta minda telah menyaksikan bahawa murid-murid menjadi lebih gemar

membuat peta minda setelah mereka dilatih untuk membuatnya berkali-kali. Kelebihan

membuat peta minda ialah mereka dapat menguasai semua isi yang terkandung dalam

buku atau nota, dan mereka hanya menggunakan bahasa dan ayat-ayat sendiri ketika

menjawab soalan, tidak bergantung ayat-ayat yang terdapat dalam buku.



Pendekatan lain yang saya digunakan adalah menjadikan rakannya sebagai ‟guru‟

untuk menjelaskan perkara tersebut, menggalakkan pelajar berkenaan segera bertanya

rakannya yang berdekatan atau mereka akan bangun bertanya rakan yang lebih

meyakinkannya. Murid berkenaan tidak segan silu untuk terus bertanya dengan saya.

Saya juga sering mengulangi semula dengan pendekatan yang lebih mudah atau

membina soalan untuk dibincang dalam kumpulan setelah mengenalpasti ada murid

yang masih belum faham kandungan tersebut.



Saya juga sering memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan bagaimanakah

tugasan mereka akan disampaikan. Apabila sesuatu tugasan diberi, contohnya „Sejarah

Awal Negeri Sabah: Lokasi Penduduk‟, murid diberi kebebasan memilih cara

                                              11
                    Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



penyampaian tugasan tersebut. Selanjutnya, saya akan berbincang dengan murid-

murid tentang isi-isi penting, sumber maklumat dan objektif tugasan. Murid 5 Cempaka

juga dibenarkan menentukan cara mengumpulkan maklumat dan penghasilan tugasan.

Kepimpinan bilik darjah menyarankan guru digalakkan berperanan sebagai pembimbing

dan pakar rujuk berbanding pencerita.



Sebagai guru yang telah diberikan amanah untuk mengajar di kelas yang berkenaan

seharus mencari pendekatan yang boleh meningkatkan motivasi dan kecenderungan

mereka untuk mengikuti pelajaran yang sedang diajar. Bagi saya harapan yang tinggi

adalah penting bagi murid menuju ke arah pencapaian tugasan dan pembelajaran yang

berkesan. Murid harus dieri kepercayaan bahawa harapan merupakan salah satu cara

meningkatkan daya motivasi yang tinggi. Oleh itu, saya sebagai guru perlu memberi

perasaan optimism yang didesak. Ini adalah penting untuk memastikan kelangsungan

kejayaan pelajar dan mencetus iklim bilik darjah yang sihat.



Hasil daripada ini ialah tahap perhubungan antara guru dengan murid tahun 5 Cempaka

yang semakin meningkat dengan bentuk tingkah laku yang efektif dan berkualiti dapat

dilihat dikalangan mereka. Walaupun fenomena ini memerIukan kemahiran, keupayaan

dan komitmen yang tinggi dari seorang guru                   memasuki dunia mereka telah

menghasilkan persefahaman emosi yang mesra antara murid dan guru Akhirnya, dua

pihak yang terlibat akan saling bersedia dalam hal berkongsi pengalaman dan saling

bekerjasama dalam menjayakan objektif pengajaran dan pembelajaran.



                                               12
                   Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



6.0   RUMUSAN

Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan

pencapaian matlarnat sebuah bilik darjah malah member kesan ke atas semua individu

yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri;

cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam

menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan. Guru perlu menunjukkan ciri-ciri

yang ada pada dirinya yang boleh memberi kesan yang mendalam perlu diarnbil kira

dalarn rnembentuk model kepimpinan pengajaran yang berjaya.




                                              13
                    Kepimpinan Guru dan Bilik Darjah Yang Berkesan. Satu Kajian Terhadap Tahun 5 Kenaga



RUJUKAN
Banathy, B. H. (1991). Systems Design of Education: A Journey To Create The Future.
Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology.


Blase, J. & Blase, J. (1998). Handbook Of Instructional Leadership. How Really Good
Principals Promote Teaching And Learning. Thousand Oaks, CA: Corwin.


Cheng, Y. C., & Tsui, K. T, (1995). “Total Teacher Effectiveness: New Concept And
Improvement”. International Journal of Educational Management, 10(6), 7-17.


Chek Mat (2003). Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publishing.


Crowther, Field. (1997). “The William Walker Oration, 1996: Unsung Heroes: The
Leader In Our Classroom”. Journal of Educational Administration, 35(1), 5-17.


Hook, P., & Vass, A., (2000). Confident Classroom Leadership. London: Fulton.


Kane, M. (2001). “Leadership Requirements And Leadership Development”. Dimuat
turun 15 Ogos 2009 dari www.execuiteveevolution.com.


Porter, G., & Brophy, M. (1988). Research on Teacher Effectiveness. Reston, VA:
ASCD.


Sashkin, M., & Sashkin, M. G. (1993). Leadership and Culture Building in Schools. NY:
Dim Publishing.


Wilcox. E. Rosenbach & R. L. Taylor (Eds.), Contemporary Issues in Leadership (3rd
ed., pp. 201-212.). Boulder, CO: Westview.


Shippen, M. E., & Shippen, S. J. (2004). Seven characteristics of affective leaders.
Classroom Ledership, 7, 1-3.
                                               14

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:532
posted:3/26/2011
language:Malay
pages:14
Description: Saya kini sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II Kuala Kangsar. Sepanjang tempoh hampir 3 bulan ini saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan di Kelas 5 Cempaka. Kebanyakan para murid didalam kelas ini mempunyai latarbelakang keluarga dari kelas pertengahan dan latarbelakang pendidikan yang baik. Sebagai kelas yang terbaik di dalam tahun 5, mereka adalah murid-murid yang aktif dan bersemangat untuk belajar. Tetapi kadang kalanya mereka akan menunjukan sikap bahawa pengajaran saya agak membosankan, tidak mencabar dan tidak penting. Ditambah pula waktu yang diberi kepada saya adalah dua waktu terakhir hari persekolahan, oleh itu saya juga berhadapan dengan masalah murid mengantuk dan bosan.