Docstoc

Bulan Sabit Merah (BSM) Modul Kerja Menyelamat bagi Pelatih Maktab dan KPLI

Document Sample
Bulan Sabit Merah (BSM) Modul Kerja Menyelamat bagi Pelatih Maktab dan KPLI Powered By Docstoc
					                                                          PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH




1.0      Definisi Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah pertolongan yang diberi kepada mangsa yang tercedera secara tiba-
tiba sebelum ketibaan pakar.


2.0      Objektif Pertolongan Cemas
      1. Menyelamatkan nyawa
      2. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk.
      3. Memberi kelegaan dan keselesaan.
      4. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk


3.0      Peranan Ahli PBSM Semasa Kecemasan
      1. Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
      2. Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.
      3. Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir
         sekiranya perlu.
      4. Memberi kelegaan dan keselesaan
      5. Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
      6. Jangan tinggalkan pesakit berseorangan.
      7. Pastikan keadaan pesakit. Periksa nadi dan pernafasan


4.0      Pertolongan Cemas / Bantu Mula
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau
keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.Prinsip-prinsip
pertolongan cemas:


      a) Menyelamatkan nyawa
      b) Mengurangkan kesakitan
      c) Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
      d) Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital




5.0      Peraturan Am Pertolongan Cemas:
                                                              PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH


      1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
      2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan
         pesakit itu
      3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
      4. sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
      5. memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
      6. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.


6.0      Tindakan Serta Merta Pertolongan Cemas:


      1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
      2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
      3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
      4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .


7.0      Arahan Am Untuk Memberi Rawatan Bantu Mula:


      a. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
         membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
      b. Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
                        i. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
                       ii. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau
                          bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
                       iii. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika
                          ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
                       iv. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
                          Resuscitation [B]
                       v. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C],
                          jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
                                                          PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH




                                          LAMPIRAN DUA

TEKNIK-TEKNIK RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS


1.0      LUKA/PENDARAHAN
1.1      Teknik Rawatan
      1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti
         [darah membeku]
      2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke
         atas kawasan yang luka
      3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung
         dan otak. Praktikkan teknik RICE.
      4. Tenangkan mangsa.
      5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.


2.0      KERACUNANTANDA-TANDA:
2.1      Simptom
      1. Hasil maklumat dari mangsa
      2. Keadaan mangsa sakit dengan tiba-tiba
      3. Kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
      4. Anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.


2.2      Teknik Rawatan:
      1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada
         tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
      2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
      3. Segera hubungi hospital
      4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau


3.0      TERKEJUT (SHOCK)
3.1      Simptom
      1. Tanda-tanda:
      2. Badan berpeluh
                                                               PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH


      3. Pucat
      4. Rasa nak pengsan
      5. Resah
      6. Nafas kerap tapi tipis
      7. Kadar nadi bertambah tapi lemah


3.2      Rawatan
      1. Baringkan mangsa
      2. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
      3. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi „recovery‟
      4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki
         ditinggikan
      5. Selimutkan jika suhu badan menurun
      6. Segera hantar ke hospital


4.0      TERBAKAR
4.1      Klasifikasi terbakar


1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja
      a. Kemerah-merahan atau hilang warna
      b. bengkak sedikit dan rasa sakit
      c. cepat sembuh


2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
      a. merah
      b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
      c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
      d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.


3.    Third Degree- melibatan kerosakan tisu yang major
       a. kerosakan tisu lebih dalam
       b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
       c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
                                                            PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH


NOTA: Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan
terbakar perlu dimasukkan ke hospital


4.2      Rawatan
      1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
      2. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
      3. Baringkan mangsa
      4. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar
      5. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar dan hantar segera ke hospital

5.0      MELECUR
5.1      Rawatan
      1. Sejukkan dengan air sejuk
      2. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
      3. Rawat seperti mangsa terbakar
      4. kejutan elektrik
      5. Putuskan hubungan elektrik
      6. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika pernafasan mangsa terhenti
      7. Rawat bagi terbakar jika ada



6.0      TERSELIUH [DISLOCATION]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik
atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.


6.1      Rawatan: RICE
      1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
      2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
      3. Balut tempat yang cedera [Compression]
      4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
      5. Hantar ke hospital


7.0      KETEGANGAN OTOT
                                                           PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH


Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat
benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan
bengkak.


7.1     Rawatan: RICE
8.0     TERKEHEL
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di
bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit
tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

8.1     Rawatan:
1.    Berikan rawatan renjatan.
2.    Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3.    Jangan lakukan banyak pergerakan.
4.    Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
5.    Hantar segera ke hospital.
                                                         PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH




                                         LAMPIRAN TIGA

CARDIO PULMONARY RESUSCITATION (CPR)

1.0    Pengenalan
CPR adalah satu kunci penting dalam rantai hidup untuk mangsa yang mengalami masalah
kejutan secara tiba-tiba pada jantung dan pernafasan. Ianya bertujuan untuk mencegah
kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan. CPR mempunyai 2 matlamat iaitu:-


• Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan.
• Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru.


CPR adalah teknik mudah yang hanya memerlukan peralatan yang minima sahaja. Apa yang
anda lakukan adalah sesuatu yang mudah:-


• Memberi tiupan kedalam mulut mangsa untuk menolak masuk udara berosigen ke dalam
paru-paru. Ini akan menyerapkan oksigen ke dalam salur darah.
• Memberi tekanan di dada mangsa untuk membuatkan darah mengalir di dalam badan.


Serangan sakit jantung secara tiba-tiba adalah punca utama kematian di kalangan orang
dewasa. CPR menggandakan peluang untuk hidup daripada serangan sakit jantung itu. 75%
selalunya berlaku di rumah, mangsa yang biasa mengalaminya adalah lelaki yang berusia 60an
dan wanita dalam usia lewat 60an. Dua kali ganda lelaki diserang sakit jantung berbanding
wanita. Tindakan bantuan CPR mesti diambil dalam tempoh 4 minit untuk bantuan pernafasan
(oksigen) ke otak bagi meningkatkan tahap “ survival ” mangsa.


2.0    Langkah-langkah melakukan CPR


(DRABC):
              - D = danger.
              - R = response.
              - A = airway.
              - B = breathing.
              - C = blood circulation.
                                                          PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH




D = Danger (Bahaya).
   a) Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.
   b) Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan mangsa.
   c) Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan.


R: Response (Tindakbalas).
   a) Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan “ awak ok ke?”.
   b) Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas
   c) permukaan yang padat.
   d) Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991).


A: Airway (Saluran pernafasan).
   a) Lakukan teknik „angkat dagu dan dongak kepala‟. Buka salur nafas pesakit secara
      mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan
      tangan yang satu lagi.
   b) Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah
      tersebut kalau menghalang pernafasan.


B: Breathing (Pernafasan)
   a) Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
   b) Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama 5 hingga 10 saat.
   c) Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan
      penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan.


C: Circulation (Peredaran darah)
   a) Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal, batuk atau sebarang pergerakan pada
   b) pesakit, mulakan tekanan di dada.
   c) Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2
      inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100 kali seminit.
   d) Dengan kiraan Dan Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.
   e) Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba.
                                                         PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH




                                        LAMPIRAN EMPAT

REJATAN




Semasa dalam keadaan renjatan, pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang
menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera, jantung mangsa akan
menjadi lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang
berterusan boleh menyebabkan kematian.


1.      Tanda-tanda mangsa renjatan.
Pada peringkat awal:
     1. Denyut nadi yang cepat.
     2. Pucat, sejuk, kulit bersisik, berpeluh.


Apabila renjatan melarat:
     1. Kulit lebam terutamanya bahagian dalam bibir. Warna kuku dan cuping telinga tidak
        normal serta-merta apabila dipicit.
     2. Lemah dan pitam.
     3. Rasa mual dan berkemungkinan muntah.
     4. Dahaga.
     5. Pernafasan yang pendek dan kencang.
     6. Nadi yang lemah dan halus. Apabila nadi pada pergelangan tangan hilang, kira-kira
        separuh dari volum darah akan turut hilang.
                                                            PERSATUAN BULAN SABIT MERAH IPGM KAMPUS IPOH




Apabila bekalan oksigen ke otak menjadi lemah:
     1. Resah gelisah dan mangsa menjadi agresif.
     2. Menguap dan tercungap-cungap untuk menyedut udara.
     3. Tidak sedarkan diri.


2.      Rawatan.
     1. Telefon ambulans jika perlu.
     2. Baringkan pesakit jika ia muntah, pusingkan kepala ke sisi.
     3. Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas, tinggikan
        kakinya antara 8”-12”.
     4. Longgarkan pakaian yang ketat.
     5. Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.
     6. Beri keyakinan.
     7. Jangan beri air atau alkohol.


3.      RENJATAN ELEKTRIK.
Jika mangsa didapati terkena renjatan elektrik, berhati-hati. Pastikan arus elektrik telah
dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi sebarang bantuan kecemasan. Jika
tidak, alihkan wayarelektrik dengan kayu yang kering atau objek yang bukan pengalir.


4. Rawatan
     1. Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
     2. Periksa mangsa jika perlu lakukan CPR.
     3. Beri rawatan terbakar dan melecur.
     4. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan rawatan untuk mangsa pengsan.
     5. Temani mangsa sehingga bantuan tiba.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:787
posted:3/26/2011
language:Malay
pages:10
Description: Modul Kerja Menyelamat Bulan Sabit Merah (BSM) bagi Pelatih Maktab dan KPLI bertindak sebagai guideline untuk