Docstoc

Folio Bulan Sabit Merah Kursus KPLI IPGM

Document Sample
Folio Bulan Sabit Merah Kursus KPLI IPGM Powered By Docstoc
					  INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
             KAMPUS IPOH




           FOLIO
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
           (PBSM)

              NAMA PENUH


               NO MATRIK
                   7


               SEKSYEN
                  A


                 NO KP


            NAMA PENSYARAH
                   E


             KUMPULAN/UNIT




                                      1
1.0         BIODATA DIRI




Nama             :

No KP            :

No Matrik        :

Program          : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI)

Ambilan          : JANUARI 2009

Kursus           : KAJIAN SOSIAL

Pangkat          : PENOLONG KETUA SEKSYEN KANAN

Unit             : KUMPULAN A




                                                            2
2.0   JAWATANKUASA INDUK PBSM



                            Pengarah PBSM




                        Penolong Pengarah PBSM




                           Penyelaras PBSM




                        Pegawai-Pegawai Penjaga




                                                  3
2.0   JAWATANKUASA INDUK PBSM




                                     (Komandan)



                               (Timbalan Komandan)



                                    (Quartermaster)



                               (Ketua Utama Seksyen)



                                    (Ketua Seksyen)




         (Penolong Ketua Seksyen Kanan)               (Penolong Ketua Seksyen )




          (Penolong Ketua Unit A)                          (Penolong Ketua Unit B)




                                                                                     4
3.0   JAWATANKUASA KUMPULAN/UNIT A




                      (Penolong Ketua Seksyen Kanan)




                          (Penolong Ketua Unit A)




                               (Setiausaha)




                               (Bendahari)




                                                       5
4.0    SEJARAH PALANG MERAH




Pengasas Palang Merah, Jean Henry Dunant telah dilahirkan pada 8 Mei 1828 terkenal dengan
gelaran Bapa Palang Merah. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta.Ibunya seorang
penyayang dan patuh pada arahan agama.

Beliau aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian
dan yahudi menjadi ahli League of Alms di Geneva (Objektif utama: membantu penduduk
miskin dan sakit melawat penjara untuk memulihkan banduan)

Pada usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France,
dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian Union dan di England di kenali
sebagai Young Mens Christian Assosiation. Pada tahun 1853, satu pergerakan untuk
menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan . Dunant menentang dan mencadangkan
satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah
sahaja . Hasil desakan Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada
tahun 1855.

Pada tahun 1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva ,
untuk mempelajari perniagaan bank. Disebabkan ketekunannya itu dia telah diberikan tugas
sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai
Colonies Suieses de Setif .Kemudiannya beliau berhenti berkerja dan bekerja sendiri dan
akhirnya berjaya dalam perniagaan beliau.




                                                                                       6
Pada bulan Jun 1859 semasa dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila
sampai di Castiglione Della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus beliau dapati
banyak mangsa perperangan yang mati dan sakit. Beliau cuba membantu orang yang sakit
dengan sedaya-upaya beliau.Pengalaman tersebut telah menyebabkan beliau meninggalkan
hal perniagaan . Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan
peperangan dapat diringankan .

"Kenangan di Solfarino" buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya .
Ia menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk
menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar
biasa .Konsep "trinity" antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit
telah menarik minat ramai .

Pada tahun 1863 dan 1864 kejayaannya meningkat kemudian menurun semula pada selepas
itu.Ini kerana sokongan orang ramai kepada beliau sehingga tertubuhnya jawatankuasa Palang
Merah.Setelah itu pula persidangan di adakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diri dan
tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal pada 1865 dan 1866.Pernyataannya
semakin merosot,ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri

Pada 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang
diabaikannya juga turut merosot sehingga beliau terpaksa menggunakan hartanya untuk
membayar    hutang-piutang.   Ekoran   daripada   itu   beliau   mengambil   keputusan   untuk
meninggalkan Geneva pada usia 39 tahun.

20 tahun kemudian, Dunant menghadapi hidup yang paling malang, ini kerana beliau terpaksa
hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya. Kadangkala beliau muncul di
khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan England untuk diberi penghormatan atas
sumbangan tertubuhnya Palang Merah & projek-projek lain. Walaubagaimanapun beliau
terpaksa hidup keseorangan.

Pada Julai 1887 (dalam usia 59 tahun) beliau kelihatan sangat tua akibat kekecewaan yang
dialami selama 20 tahun. Namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya.
Di tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya sejak beliau menaruh minat dalam
pergerakan yang beliau pelopori. Beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau
1892.Kerana masalah kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama
18 tahun.


                                                                                            7
Pada tahun 1895 seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu
mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant. Ekoran wawancara itu seluruh
dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif. Pelbagai pihak
mahu membantu beliau. Pengiktirafan terhadap khidmat beliau dihantar melalui surat oleh pihak
atasan dan bawahan dari jauh dan dekat. Manakala Pope Leo pula menghantar potret yang
yang ditandatangannya yang ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz In Virtute Ma Deus.

Seterusnya pada 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant dengan Hadiah
Keamanan (Peace Prize) yang pertama dan dikongsi dengan Frederick Pessy dari
Perancis.Beliau tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah kerana terlalu lemah
tatapi hadiah itu dihantar terus kepadanya dari Geneva.

Akhir sekali, pada Ahad, 30 Oktober 1910 beliau telah meninggal dunia di pergunungan
Heidden. Pada akhir hayatnya beliau dapat menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan
dan keselamatan hingga hari tuanya.




                                                                                           8
5.0     SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MALAYSIA




Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai
cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950
dan kemudian di negeri-negeri lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan
antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah
sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah
penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan
waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan
ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

5.1     Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan
bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April
1948.

5.2     Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948, walaupun mengikut
rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat
lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.


                                                                                        9
5.3      Cawangan Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang
kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951, Cawangan Persekutuan
Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua
orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan
pada tahun 1952.

5.4      Akta Pertubuhan

Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:

      a) Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi
         Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya
         jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
         Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of
         1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

      b) Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak
         dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross
         Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of
         Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

      c) Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent
         Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran
         Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).




                                                                                           10
6.0  PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN
SABIT MERAH



KEMANUSIAAN:         Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan
hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya
wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan, serta hormat-menghormati
sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang
berkekalan di kalangan manusia.

KESAKSAMAAN:         Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik
dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi
keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

KEBERKECUALIAN:          Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya,
Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai
pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.

KEBEBASAN:        Walaupun berupa badan sokongan kepada pihak yang berkuasa awam dan
tertakluk kepada undang-undang negara, Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh
bertindak mengikut prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA: Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan
untuk mencari untung.

KETUNGGALAN:         Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam
sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi
seluruh negara.

KESEJAGATAN:         Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia, di mana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama
serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.




                                                                                         11
7.0   LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH




                       Bulan Sabit Merah di Malaysia

                         Giat berjasa untuk Negara

                        Tidak kira kaum dan agama

                         Waktu aman atau bahaya



                     Bulan Sabit Merah gerakan sedunia

                      Menbantu semua yang menderita

                       Badan sukarela bersemangat

                      Dengan tabah dan bersemangat



                       Di mana jua adanya sengsara

                              Di sana ada kita

                       Di darat dan laut kita bersedia

                         Walaupun diancam bahaya



                    Bulan Sabit Merah Merah di Malaysia

                         Diat berjasa untuk Negara

                        Tidak kira kaum dan agama

                         Waktu aman atau bahaya


                                                          12
8.0   IKRAR PERSATUAN BULAN SABIT MERAH




                                  Bahawa kami
                ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar
                              untuk taat setia kepada
                    Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
                              Yang Dipertuan Agong
                    dan pemerintah-pemerintah di negara kami
                     berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara


                              Bahawa kami berikrar
           akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan undang-undang
                serta arahan persatuan walau di mana kami berada


                       Bahawa kami berikrar akan sentiasa
                         memberi khidmat sukarela kami
        kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana
               berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut


                                 KEMANUSIAAN
                                 KESAKSAMAAN
                               KEBERKECUALIAN
                                  KEBEBASAN
                              KHIDMAT SUKARELA
                                 KETUNGGALAN
                                 KESEJAGATAN



                                                                            13
 9.0      LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN PBSM


NO     TARIKH             AKTIVITI                        SELIAAN      TEMPAT
                                                                       Tapak       Letak
       21 Januari 2009    Sesi suaikenal dan taklimat     En Jalani    Kereta Bangunan
                          awal PBSM                                    Seri Budiman

                          Perlantikan AJK Induk dan AJK
                          kumpulan


                          Kuliah oleh mengenai sejarah                 Dewan Kuliah Seri
                          penubuhan dan matlamat          Puan Puteh   Melati
       4 Februari 2009    PBSM

                          Pengedaran buku dan modul
                          PBSM




       11 Februari 2009   Tiada aktiviti (Kursus Bina
                          Insan Guru (BIG) di Pangkor
                          Village)

                                                                       Dewan Kuliah Seri
       18 Februari 2009   Kuliah Prinsip Asas PBSM        En Kasran    Melati


                                                                       Bilik Kuliah 5
       25 Februari 09     Kuliah Asas Rawatan             En Azhar
                          Kecemasan (pendarahan)


                                                                       Bilik Kuliah 5
       8 April 2009       Rawatan Kecemasan CPR           En Kasran


                                                                       Dewan Seri Melati
                          Mesyuarat PBSM Sempena          AJK Induk
       15 April 2009      Perkhemahan BSM Antara
                          IPGM Wilayah Tengah
                                                                       Padang IPGM
                                                                       Ipoh


                                                          En Jalani
       16 April 2009      Kawalan Stesen Perubatan                     The Woods
                          Hari Sukan IPGM Kampus Ipoh                  Ulu Yam Selangor


                                                                                        14
                                                 IPGM Teknik   Bilik Kuliah 5
                   Perkhemahan PBSM Antara       Cheras
21-24 April 2009   IPGM Wilayah Tengah


                                                 Puan Puteh
                   Rawatan Kecemasan
29 April 2009      Luka/Rejatan/Anduh



8 Mei 2009         Tiada Aktiviti (study week)                 Bilik Kuliah 47


13 Mei 2009        Peperiksaan PBSM 1            Pensyarah     Bilik Kuliah 47


20 Mei 2009        Peperiksaan PBSM 2            Pensyarah     Bilik Pensyarah


27 Mei 2009        Tarikh Akhir Hantar Folio     Encik Mohan




                                                                                 15
10.0   LAPORAN PERKHEMAHAN PBSM IPGM KAWASAN TENGAH




Dari 21-24 April 2009 telah berlangsung Perkhemahan Tahunan Persatuan Bulan Sabit Merah
(PBSM) diantara seluruh IPGM Wilayah Tengah. Lokasi adalah di The Wood Ulu Yam, sebuah
tapak perkhemahan yang terletak di Daerah Hulu Selangor. Selama tiga hari dan dua malam,
para pelatih guru KPLI ini telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya


       a) Gadget perkhemahan
       b) Kawad kaki
       c) Siri kelas pertolongan cemas
       d) Aktiviti kembara hutan
       e) Malam kebudayaan
       f)   Anugerah pencapaian PBSM antara IPGM


Antara IPGM yang mengambil bahagian ialah:
       1. IPGM Kampus Ipoh Perak
       2. IPGM Bahasa Melayu Kuala Lumpur
       3. IPGM Teknik Cheras
       4. IPGM Bahasa Antarabangsa Cheras
       5. IPGM Pendidikan Islam Bangi
       6. IPGM Ilmu Khas Cheras




                                                                                     16
Bagi anugerah pencapaian antara IPGM, IPGM Kampus Ipoh dengan kekuatan anggota
delegasi seramai 60 orang   dan 5 orang pensyarah pengiring telah berjaya menggondol
anugerah pencapaian mufakat antara kaum. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh IPGM
Teknik Cheras yang juga merupakan tuan rumah bagi perkhemahan 2009.




                                                                                 17
LAMPIRAN




       18

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:6780
posted:3/26/2011
language:Malay
pages:18
Description: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain