bab1 BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR by emphatic

VIEWS: 304 PAGES: 13

									                                      BAB 1




                  PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

                                  ORGANISASI



1.1     PENGENALAN



1.1.1   Pendahuluan



        Latihan industri adalah merupakan satu kompenen utama dalam kurikulum
pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus dalam latihan industri sebelum
ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM.
Pelajar akan memilih sendiri tempat latihan industri. Kebiasaannya pelajar akan
ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semester iaitu 6
bulan. Tujuan diadakan latihan industri ini adalah untuk mendedahkan kepada para
pelajar kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza daripada suasana
Politeknik. Dengan adanya latihan industri ini, seringkali para pelajar menghadapi
segala cabaran dan dugaan yang belum pernah dilaluinya. Namun begitu, semua
pelajar perlulah menghadapi segala cabaran dan dugaan denagn penuh kesabaran
dan jayanya sehingga tamat latihan agar segala ilmu yang dipelajarinya dapat




                                          1
dimanfaatkan sama ada semasa berada di Politeknik atau setelah menempuh alam
pekerjaaan.




1.1.2   Objektif Latihan industri



Setiap sesuatu perkara yang dilaksanakan selalunya disusuli dengan objektif.
Antara objektif sebenar diadakan latihan industri ialah :

            i)   Mendedahkan kepada pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
        -        Dengan cara ini para pelajar dapat merasai cabaran, dugaan, suka
                 dan duka ketika menempuhi alam pekerjaan.
        -
            ii) Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di
                 Politeknik dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
        -        Antara aspek-aspek yang bopleh dikaitkan adalah seperti berikut:
            Contoh: Bagi pelajar jurusan Sijil Kejuruteraan Awam boleh
            mempraktikan atau memahirkan lagi cara-cara pengurusan sesuatu kerja
            yang berkaitan dengan kejuruteraan seperti pembinaan,
            penyelenggaraan dan lain-lain lagi.

            iii) Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama
            pekerja.
        -        Para pelajar perlulah menunjukan sikap-sikap atau nilai-nilai uang
        murni seperti rajin, bertolak-ansur, dedikasi, bantu-membantu, jujur, amanah
        dan sebagainya. Ini penting kerana dari sini orang dapat menilai diri pelajar
        dan juga Politeknik.
        -
            iv) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab, dan berkeyakinan diri.
        -        Para pelajar haruslah melakukan tugas yang diamanahkan dengan
        penuh rasa tanggungjawab dan mestilah tekun dan sabar melakukan tugas
        tersebut.
        -        Selain itu, pelajar juga dapat menerima segala teguran dan tunjuk
        ajar yang diberikan.



                                           2
            v) Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di tempat industri.
        -      datang ke temapat kerja pada waktu yang telah ditetapkan dan
        menjaga segala etika semasa bekerja.



            vi) Menyediakan laporan rasmi dan tugas lain yang diarahkan oleh
            Politeknik.
        -      semua pelajar disediakan dengan satu buku log untuk ditulis pada
        setiap hari berada ditempat latihan.
        -      Pelajar juga wajib menyediakan laporan latihan industri.



1.1.3   Objektif Laporan



Setiap pelajar Politekin dikehendaki menyediakan satu bentuk laporan ketika
mengikuti latihan industri selama lima (5) bulan. Bentuk laporan yang perlu ditulis
terdiri daripada dua jenis iaitu Laporan Harian dan Laporan Latihan Industri yang
lengkap.

Pihak Politeknik mempunyai tujuan yang tertentu dalam mewujudkan laporan
tersebut kepada pelajarnya. Oleh itu, terdapat beberapa objektif tentang laporan ini.
Anatara objektif-objektifnya ialah:




   i)       Melahirkan Pelajar Yang Berdisiplin Dan Berwawasan


   a) Dengan adanya buku laporan ini, mak para pelajar akan mencatatkan dan
        menulis setiap tugasan yang telah diberikan dengan teliti dan teratur di
        dalam buku laporan harian yang disediakan.


   b) Bagi buku laporan latihan industri, pelajar berusaha untuk melengkapkan
        segala maklumat yang diperolehi ketika berada didalam latihan industri
        untuk dimuatkan di dalam buku laporan tersebut.




                                          3
ii)       Melahirkan Generasi Yang Amanah Dan Jujur


a) Para pelajar akan menulis semua kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti yang
       dilakukan tanpa membuat pembohongan bagi mengelakan daripada dikesan
       oleh pihak Politeknik jika berlaku keraguan dalam laporan itu nanti.


b) Para pelajar juga haruslah amanah dengan setiap tugas yang diberikan
       supaya orang luar dapat mengetahui sifat baik yang terdapat pada setiap
       pelajar Politeknik.


iii)      Menilai Kualiti Kerja Yang Dilakukan


a) Dengan adanya buku laporan ini, maka memudahkan pihak Politeknik untuk
       membuat penilaian tentang keja-kerja yang telah dijalankan oleh para
       pelajar selama 5 bulan membuat latihan industri.


b) Selain itu, laporan ini juga memudahkn pihak Politeknik untuk membuat
       penyemakan pada masa akan datang.



iv)       Menyerlahkan Keperibadian Individu


a) Keperibadian Seseorang Dapat Dilihat Daripada Kerja-Kerja Atau Aktiviti-
       Aktiviti Yang Telah Dilakukan Itu Sendiri.


b) Dapat Melihat Bagaimana Cara Penulisan Seseorang Pelajar Dari Segi
       Gaya Bahasa, Penggunaan Ayat Serta Cara Penyampaian Laporan
       tersebut.


c) Selain Itu, Dapat Mengenal Sifat-Sifat Individu Tersebut Sama Ada
       Bersungguh-Sungguh Dalam Membuat Laporan Atau Sekadar Sambil Lewa
       Sahaja Dengan Melihat Dari Sudut Kekemasan Hasil Kerja Yang Telah
       Dilakukan.




                                          4
   v)        Sumber Rujukan


   a) Buku laporan yang telah disiapkan oleh para pelajar yang mengikuti latihan
          industri ini akan diserahkan kepada UPLI. Oleh itu, denagn adanya buku
          tersebut maka para pelajar yang menjalani latihan industri pada masa akan
          datang boleh menjadikan buku-buku tersebut sebagai panduan dan rujukan.



1.1.4     Kepentingan Latihan Industri


Latihan industri merupakan salah satu kokurikulum pembelajaran utama di
Politeknik. Selain itu, ianya sangat penting bagi para pelajar untuk mendapatkan
penganugerahan Sijil atau diploma. Maka, banyak kepentingan yang boleh pelajar
dapati daripada latihan ini. Antaranya ialah:

   i)        Menyediakan para gaduan yang bersedia dan berkemampuan untuk
             menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan
             akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang
             tinggi.


   ii)       Menyediakan rogram pengajian bersifat teori dan gunaan sesuai dengan
             keadaan semasa yang menekankan pengurusan cekap dan bermutu
             tinggi.


   iii)      Memberi pendedahan kepada pelajar situasi sebenar dunia pekerjaan
             disamping membantu kemahiran sosial pelajar.


   iv)       Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik bertaraf antarabangsa
             dalam pelbagi disiplin program.


   v)        Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk
             pembangunan masyarakat dan Negara yang selaras denagn kehendak
             politeknik, masyarakat dan Negara.


   vi)       Mengadaan program pengajian, penyelidikan dan kerja amali yang
             berkualiti dan relevan.
                                           5
      vii)     Menjalinkan kerjasama yang rapat lagi berguna di antara Politeknik Kota
               Melaka dengan sektor perindustrian dan badan-badan profesional.




1.2          LATAR BELAKANG FIRMA




1.2.1        PENGENALAN




        Mengikut sejarah pejabat pertama JKR Mersing terletak di komplek Kerajaan
Bangunan Lama, Jalan Ibrahim. Bangunan ini telah dibina di dalam tahun 1931 dan
siap dibina setahun kemudian dengan perbelanjaan RM 48,000.00. Tidak lama
selepas itu Pejabat JKR telah dipindahkan ke bangunan PWD1, Jalan Abu Bakar,
Mersing. Menurut maklumat yang diperolehi bumbung bangunan ini pernah runtuh
akibat serangan Jepun. dari segi Pentadbiran Jabatan ketika itu, ianya masih
bersama - sama Daerah Kluang. Fungsi Jabatan ketika itu, menjalankan
penyelenggaraan air, jalan, jambatan dan bangunan - bangunan kerajaan. Pada
tahun 1970 JKR Daerah Mersing telah berpindah ke aras 2, Kompleks Pejabat -
Pejabat Kerajaan Jalan Ibrahim. Peranan JKR masih lagi kekal melaksanakan dan
menyelenggara Bangunan Kerajaan, jalan, jambatan, danbekalan air.
Walaubagaimanapun pada tahun 1989 tugas Bekalan air telah diambil alih oleh
Jabatan Bekalan Air dengan tertubuhnya jabatan tersebut. Pada 15 Ogos 1998
Bangunan JKR Mersing telah berpindah dengan rasminya pada 20 Oktober 1998 ke
bangunan baru iaitu Bangunan JKR 1000 yang terletak di Jalan Panchor, Mersing

                                            6
1.2.2     Latar Belakang Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing


NAMA JABATAN              : JABATAN KERJA RAYA DAERAH MERSING

TAHUN DITUBUHKAN : TAHUN 1931

ALAMAT                     : NO 1000, JALAN PANCHOR,86800 MERSING,JOHOR

EKUITI                     : KERAJAAN NEGERI




1.2.4 Logo Jabatan Kerja Raya (JKR)




1.2.5     Maklumat logo


Logo JKR mencerminkan semua bidang kerja yang telah dipertanggungjawabkan
kepada jabatan ini. Maksud-maksud bagi objek dalam Logo JKR adalah seperti
berikut :-




    i)       Garisan lekuk hitam di bahagian bawah melambangkan kerja air di
             samping mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang dinamik.


    ii)      Garisan tebal hitam berbentuk arca melambangkan kerja jambatan di
             samping menggambarkan JKR yang pada dasarnya menjalankan semua
             kerja-kerja kejuruteraan.

                                         7
       iii)      Garisan lurus hitam di atasnya melambangkan kerja-kerja jalan yang
                 menjadi tanggungjawab pihak JKR untuk membina, menyelenggara dan
                 menjaganya.


       iv)       14 garisan hitam melambangkan kerja bangunan di samping
                 mencerminkan 14 bilangan negeri di Malaysia termasuk Wilayah
                 Persekutuan.


Warna-warna pada Logo JKR ini muga mempunyai maksud-maksudnya yang
tersendiri, iaitu :-



       I)        Kuning (ICI 456) : Melambangkan kedewasaan atau kematangan
                 untuk mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang paling lama
                 ditubuhkan di samping menunjukkan imej yang paling matang dalam
                 mencapai objektifnya.

       II)       Hitam (ICI 122)   : Melambang kan kekukuhan atau perpaduan
                 sebagai satu ciri di kalangan cawangan-cawangan di dalam
                 pengendalian projek-projek.

       III)      Kelabu ( ICI 105) : Melambangkan sikap rendah diri dalam
                 perkhidmatan di kalangan pekerjpekerja di JKR.



1.2.6         Misi Jabatan kerja Raya (JKR)



i)            Menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang sejajar dengan
              keperluan negara.


ii)           Membangun, mengembangk dan memantapkan industri pembinaan negara
              supaya boleh bersaing di pasaran global.


iii)          Memantapkan golongan profesional dan guna tenaga mahir bagi merebut
              peluang kerja di dalam dan luar negara.


                                               8
1.2.7      Visi Jabatan kerja Raya (JKR)



Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam
bidang pengurusan aset,pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan
infrastrukturnegara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi
terkini.




1.2.8      Moto Jabatan Kerja raya JKR (D) Mersing



` PELANGGAN DIUTAMAKAN JANJI DIKOTAKAN ‘




1.2.9 Objektif Jabatan Kerja Raya



Objektif Jabatan Kerja Raya ialah membangunkan dan memajukan infrastruktur,
industri pembinaan dan perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat
antarabangsa.


1.2.10 Fungsi Jabatan Kerja Raya



I)         Memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh Kementerian dan semua
           agensinya.


II)        Merancang dan menyelaras projek infrastruktur dan kemudahan negara.


III)       Melaksanakan dan memantau projek pembangunan infrastuktur dan
           kemudahan awam negara.


IV)        Memberi khidmat teknikal kepada agensi kerajaan.



                                           9
V)      Mengawal selia kerja penyelenggaraan jalan raya Persekutuan dan
        bangunan gunasaama Pesekutuan.


VI)     Mengendali dan mengawalselia opersi dan penyelenggaraan lebuhraya.


VII)    Membangun dan mengembangkan industri pembinaan.


VIII)   Membangunkan usahawan bumiputera sektor pembinaan.


IX)     Membangunkan dan meningkatkan tenaga kerja mahir.


X)      Melaksanakan program pembangunan profesional berterusan bagi
        meningkatkan tahap kepakaran




1.2.11 Piagam Pelanggan



Kementerian Kerja raya (KKR) dan agensinya adalah komited untuk melaksanakan
dasar dan program pembangunan infrastruktur, industri pembinaan dan tenaga
profesional demi mencapai Wawasan 2020 dengan:


i)      memastikan penghasilan infrastruktur yang berkualiti, berfungsi, selamat dan
        selesa selaras dengan kehendak sistem pengurusan kualiti JKR yang
        berdasarkan kepada MS ISO 9001:2000 menyempurnakan projek dalam
        jangka masa yang dipersetujui.


ii)     Menguruskan tuntutan bayaran yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja.


iii)    Menguruskan tuntutan bayaran yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja.


iv)     Menguruskan permohonan Pinjaman Skim Kumpulan Wang Amanah
        Kontraktor (SKWAK) dalam tempoh tiga puluh tiga (33) hari berkerja.




                                         10
v)     Meluluskan pendaftaran kontraktor di kaunter bagi Gred D1 hingga G6
       dalam tempoh satu (1) hari.


vi)    Menyediakan laporan teknikal untuk pembangunan rizab lebuh raya dan
       paparan iklan dalam tempoh 42 hari bekerja.


vii)   Aduan awam akan dijawab dalam tempoh lima (5) hari bekerja.




1.2.12 Pelanggan Jabatan Kerja raya (JKR)



I)     Menteri, Timbalan Menteri Dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja
       Raya.


II)    Semua Agensi Awam Persekutuan, Negeri, Kerajaan Tempatan dan Badan-
       Badan Berkanun.


III)   Orang Awam (pengguna kemudahan awam) , dan


IV)    Syarikat Swasta (Kontraktor, sub kontraktor, syarikat pemegang konsesi,
       pembekal bahan binaan, pengedar bahan binaan dan juruperunding.




1.2.13 Dasar Korporat

Menentukan kecermelangan kejayaan pembangunan infrastruktur dan kemudahan
awam negara melalui prinsip :


i)     Mengutamakan negara setiap masa;
ii)    Memberi perkhidmatan berkualiti, cepat dan ekonomik;
iii)   Meningkatkan kepakaran sumber manusia dan teknologi;
iv)    Bekerjasama dengan semua pihak;
v)     Mengimbangi kepentingan alam sejagat; dan
vi)    Menghayati nilai murni.


                                       11
12
13

								
To top