jurnal - PDF by SaibahAzmi

VIEWS: 1,312 PAGES: 21

									  PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR
  KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN
                      (MABC)




           ERNIE SULIANA BINTI MD. SHARIFF




                FAKULTI PENDIDIKAN
           UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
                                                                          PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
                        UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

              BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

     JUDUL :            PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR
                        KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN
                        MENGGUNAKAN INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT
                        BATTERY FOR CHILDREN (MABC)
                               SESI PENGAJIAN :              2007/2008

     Saya,        ERNIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF
                      (HURUF BESAR)

     Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di
     perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti
     berikut:

     1.           Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
     2.           Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
                  untuk tujuan pengajian sahaja.
     3.           Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
                  pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
     4.           **Sila tandakan ( √ )

                            SULIT           (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
                                            atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam
                                            AKTA RAHSIA RASMI 1972 )

                            TERHAD          (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
                                            ditentukan oleh organisasi/badan di mana
                                            penyelidikan dijalankan)
                    √       TIDAK TERHAD




     TANDATANGAN PENULIS                                 TANDATANGAN PENYELIA

     Alamat Tetap
     No 4580, Jln Sj 4/3,                   DR.MOHAD ANIZU BIN HJ MOHDNOR
     Tmn Seremban Jaya,
     70450 Seremban,
     Negeri Sembilan Darul Khusus.

     Tarikh :    30 APRIL 2008                    Tarikh :     30 APRIL 2008

CATATAN    * Potong yang tidak berkenaan
          ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan
             dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
           ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau
             disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
  PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR
  KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN
                      (MABC)




                 ERNIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF




Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
    penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).




                            Fakulti Pendidikan

                      Universiti Teknologi Malaysia



                               APRIL, 2008
ii
iii
                                                                 iv




                             DEDIKASI


                          Teristimewa Buat

           Ayahanda dan Bonda Yang Sentiasa Dalam Ingatan

              Allahyarham Md.Shariff Bin Shafiee

              Allahyarhamah Aishah Binti Hamid

                    Kekanda dan Adinda Tersayang

                      Ramlee bin Md shariff
                      Ramlah bt Md.shariff
                       Azmi bin Md.shariff
                     S.Rohani bt Md.Shariff
                      Zamri Bin Md.shariff
                       Norma bt Md.shariff
                 Emirul Hisyam bin Md.shariff
                  Mohd Ibrahim bin Md.shariff


                         Sahabat-sahabatku
SPS 05/09- Mas, umi,wawa,uming ,dan mereka yang tidak tercatat
                         namanya disini


                       Kalian pencetus Inspirasi
                        Pendorong Semangat
                     Terima Kasih Tak Terhingga
                                                                                    v




                                 PENGHARGAAN




       Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan berkat dan kesabaran
akhirnya saya dapat menyempurnakan kajian ilmiah ini dalam tempoh yang telah di
tetapkan.




       Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Mohad Anizu
Bin Haji Mohd Nor dan Puan Halijah Binti Ibrahim selaku pensyarah dan pembimbing
yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar yang berguna dalam proses
menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.




       Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat terutamanya SK Taman Universiti 4, khususnya kepada guru-guru yang terlibat
iaitu Pn.Zulaiha Binti Md.Taher, Cik Azilah Binti Mohd Nor, Cik Rosnani Binti Latif
dan En.Hazeeli Bin Mohd Shariff serta pelajar-pelajar di atas kerjasama yang diberikan
sepanjang saya menjalankan kajian.




       Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan
oleh semua pihak akan diberkati oleh Allah hendaknya. InsyaAllah
                                                                                       vi




                                      ABSTRAK




       Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanak-kanak
banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan
koordinasi badan. Namun kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak
biasa atupun sederhana dari segi mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal,
tingkahlaku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan.
Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran
motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kajian ini penting
kerana pengukuran prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar di kalangan kanak-
kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen ujian yang telah diterima pakai di
peringkat antarabangsa masih kurang dilaksanakan dan tiada hasil penyelidikan
didokumenkan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian eksperimental. Seramai 22
orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran berumur 7 hingga 14 tahun daripada
pelbagai jenis kecacatan seperti autisme, ceberal palsi, sindrom down dan slow learner
di SK Taman Universiti 4, Skudai Johor terlibat dalam penyelidikan ini. Pengumpulan
data melalui ujian Movement Assessment Battery For Children yang telah dibangunkan
oleh Harcourt Assessment. Ujian ini mengandungi 3 bahagian iaitu Manual Dexterity,
Ball Skill serta Static and Dinamic Balance. Data yang dikumpul untuk dianalisis
dengan menggunakan Microsoft Excel. Melalui ujian yang dilakukan, 56.25 % daripada
semua subjek telah menyelesaikan kesemua ujian. Daripada keputusan ujian, perbezaan
umur dan kecacatan mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor
kasar kanak-kanak masalah pembelajaran.        Kesimpulannya, kajian seperti ini amat
diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak masalah pembelajaran.
                                                                                         vii




                                      ABSTRACT




       Development of children gross motor and fine motor depends on their brain
development, body balancing and the increase of body coordination. However, special
education children’s mental are different than normal or moderate children’s mental.
Beside that communication ability, sensory ability, characteristic of nerves, muscles,
physical, social behaviour or emotion and variety of deficiency also different.
Therefore, the objective of this research to know the performance of gross motor and
fine motor skill among learning disabilities children. This research is important because
the measurement of gross motor and fine motor skills performance among learning
disabilities children using the test instrument that had been use at the international level
are not fully implemented and there is no documented research output in Malaysia. This
research is experimental research. There are 22 learning disabilities students from 7 to
14 years old from Sek. Keb. Taman Universiti           4 were involved in this research.
Autisme, Ceberal Palsy, Down Syndrom and Slow Learner were categorised as learning
disabilities. Data were collected through MABC that were developed by Harcout
Assessment. This test consist of 3 part which are Manual Dexterity, Ball Skill and Static
and Dinamic Balance. The data collected were analysed using Microsof Excel. There
is 56.25% from 22 student did the test completely. From the data collected, In age
differentiation and learning disabilities influenced the development of gross and fine
motor. In conclusion, this particular research is needed to assist in increasing the
performance of learning disabilities students.
                                                      viii




                              KANDUNGAN




BAB     PERKARA                           MUKASURAT


        Halaman Judul                         i
        Pengesahan Penyelia                   ii
        Pengakuan                             iii
        Dedikasi                              iv
        Penghargaan                           v
        Abstrak                               vi
        Abstract                              vii
        Senarai Kandungan                     viii
        Senarai Jadual                        xii
        Senarai Lampiran                      xiii




BAB I   PENDAHULUAN




        1.1    Pengenalan                     1
        1.2    Latar Belakang Masalah         4
        1.3    Pernyataan Masalah             5
        1.4    Objektif Kajian                6
        1.5    Persoalan Kajian               7
        1.6    Kepentingan Kajian             7
        1.7    Batasan Kajian                 8
        1.8    Definisi Operasional           9
                                                                 ix




BAB II    SOROTAN KAJIAN




          2.1    Pengenalan                                 11
          2.2    Kajian-kajian Berkaitan                    11
          2.3    Kesimpulan                                 14




BAB III   METODOLOGI KAJIAN




          3.1    Pengenalan                                 16
          3.2    Reka Bentuk Kajian                         16
          3.3    Tempat Kajian                              17
          3.4    Sampel Kajian                              17
          3.5    Instrumen Kajian                           17
          3.6    Prosedur Kajian                            20
          3.7    Kajian Rintis                              62
          3.8    Analisis Data                              62
          3.9    Jangkamasa Kajian                          63
          3.10   Kesimpulan                                 63




BAB VI    ANALISIS DATA


          4.1    Pengenalan                                 64
          4.2    Analisis Data Kuantitatif                  65
                        4.2.1    Latar belakang Responden   65
                        4.2.2    Mata Senarai Semak         65
                                                                     x




        4.3   Ketangkasan Manual, Kemahiran Bola dan           69
              Keseimbangan Statik dan Dinamik




        4.4   Perbandingan Pencapaian Sampel Dengan            75
              Rekod Asas Movement Assessment Battery
              For Children
        4.5   Kesimpulan                                       76




BAB V   PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN


        5.1   Pengenalan                                       77
        5.2   Perbincangan                                     78
                     5.2.1   Tahap keupayaan / prestasi        78
                             kemahiran motor halus dan motor
                             kasar bagi kanak-kanak masalah
                             pembelajaran.


                     5.2.2   Perbezaan tahap keupayaan/prestasi 80
                             kemahiran motor halus dan motor
                             kasar kanak-kanak masalah
                             pembelajaran


                     5.2.3   Faktor umur kanak-kanak           81
                             masalah pembelajaran mempengaruhi
                             tahap keupayaan kemahiran motor
                             halus dan motor kasar mereka
        5.3   Kesimpulan                                       82
                                                                                 xi




             5.4      Cadangan
                      5.4.1   Pemilihan subjek ( umur, latar belakang   84
                              keluarga, tahap kesihatan)




                      5.4.2   Kajian rintis terhadap sampel yang akan   84
                              diuji mestilah kategori yang sama
                      5.4.3   Lebih memberi fokus kepada satu kecacatan 85
                              dan kemahiran tertentu
                      5.4.4   Tempat Pengujian                          85
                      5.4.5   Masa Pengujian                            86
                      5.4.6   Latihan kepada penguji                    86
                      5.4.7   Kemudahan catatan ( pencatat, video, foto) 87


       5.5         Penutup                                              88




RUJUKAN                                                                 89-90




LAMPIRAN A-G                                                            91-117
                                                                    xii




                      SENARAI JADUAL




NO.JADUAL   TAJUK                                       MUKASURAT


3.5.1       Jenis ujian Kemahiran Motor Kasar mengikut      18
            Peringkat Umur

3.5.2       Jenis ujian Kemahiran Motor halus mengikut      18
            Peringkat Umur

4.1         Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan       66

4.2         Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan       68

4.3         Kemahiran Motor Kasar (7 hingga 8 tahun)        70

4.4         Kemahiran Motor Halus (7 hingga 8 tahun)        71

4.5         Kemahiran Motor Kasar (9 hingga 10 tahun)       72

4.6         Kemahiran Motor Halus (9 hingga 10 tahun)       72

4.7         Kemahiran Motor Kasar (11 hingga 14 tahun)      73

4.8         Kemahiran Motor Halus (11 hingga 14 tahun)      74

4.9         Frekuensi Keputusan Ujian                       75
                                                                        xiii




                    SENARAI LAMPIRAN




LAMPIRAN                 TAJUK                            MUKASURAT




A          Contoh Borang Ujian                                91-108


B          Surat Permohonan Kebenaran Sekolah                 109-110

C          Surat Kebenaran dari Pihak Sekolah                   111


D          Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa                    112-113


E          Contoh Surat Maklum balas Ibu Bapa                   114

F          Surat Pengesahan Pelajar                             115


G          Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan          116
           Malaysia

H          Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor         117
                                                                               1




                                     BAB 1




                               PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan



       Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan
dan membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran Motor melibatkan proses dalam
saraf deria dan proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi
maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu.




       Sebagai contoh kes mengdiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan
perlu kepada kemahiran persepsi untuk mengesan simptom atau masalah kesihatan
pesakit. Kemudian dengan menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat
pesakit. Oleh itu pembelajaran kemahiran motor memerlukan penggunaan persepsi
mental sebelum bertindak.       Antara contoh aktiviti lain yang memerlukan
pembelajaran kemahiran motor ialah seperti mengambil gambar foto, bermain alat
muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam jarum dan
memanjat tangga.




       Menurut pendapat Schmidt (1982), pembelajaran motor merupakan satu
proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau
pergerakan yang kekal.    Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas
mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan
keputusan (knowledge of results).
                                                                                   2




         Kemahiran adalah satu tindakan, tugas atau corak tindak balas tertentu serta
kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan. Ini adalah satu sifat am yang
bergantung kepada faktor-faktor keturunan, persekitaran dan pembelajaran.
Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan
mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran
tertentu.




         Kemahiran motor merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada
badan.      Menurut Singer (1972), beliau telah menghuraikan domain psikomotor
mengikut kemampuan motor (motor abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan
kognitif. Domain psikomotor terbahagi kepada tiga komponen seperti Kemahiran
Motor (Motor Abilities), Tugasan Fizikal (Physical Tasks)         dan   Tingkahlaku
Persepsi Motor (Perceptual-Motor Behavior).




         Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan
motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang
melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota.
Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot
kecil atau halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam
mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot
kasar atau otot halus.




         Menurut Model Simpson, E.J (1972) terdapat empat tahap cara penguasaan
kemahiran. Tahap pertama ialah memerhati (perception).         Selain itu, ada juga
pengalaman kemahiran yang ditimba dengan membaca buku atau merujuk video.
Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba
meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar
kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman dan tahap ini
merupakan tahap paling asas sekali. Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih
                                                                                    3




(trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara
bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah penyesuaian (adaptation)
dan ianya merupakan kemahiran yang dapat dikuasai dengan sempurna.




       Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang
mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor
kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak,
keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak




       Berbeza pula dengan kanak-kanak pendidikan khas. Mengikut terjemahan
Kirk (1993), Murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada
kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-
ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan
komunikasi dan pelbagai kekurangan. Antara kategori Murid Pendidikan Khas ialah
bermasalah pembelajaran. Di Malaysia Masalah Pembelajaran ini merangkumi
perkembangan yang lewat bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun seperti
Sindrom Down, Autisme, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder),
terencat akal (berusia lebih tiga tahun) dan masalah pembelajaran spesifik seperti
disleksia, disgrafia, diskakulia dan lain-lain.




       Sebenarnya,     kanak-kanak      yang      bermasalah   pembelajaran   bukanlah
bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah ataupun
berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan
pengaruh persekitaran tetapi masalah pembelajaran bermaksud masalah khusus di
dalam otak kanak-kanak seperti ini. Ianya boleh menjejaskan cara seseorang itu
memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Contohnya sesetengah
kanak-kanak mungkin mempunyai beberapa masalah kemahiran motor yang akan
memperlahankan kelajuan menulis mereka. Masalah ini selalunya disebabkan oleh
                                                                                    4




otot jari yang lemah. Menyedari begitu banyak perkara yang boleh menjejaskan
kemampuan     seseorang    anak   belajar,   penilaian   untuk   mengatasi   masalah
pembelajaran perlu dilakukan dengan teliti. Oleh itu, tahap keupayaan kemahiran
motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran boleh diukur
menggunakan Instrument Movement Assessment Battery for Children (MABC).




1.2    Latar Belakang Masalah




       Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmun (2006) telah menyatakan kawalan
motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan
penglihatan, anggota badan dan bahagian lain badan. Ini menerangkan bahawa
pergerakan antara badan berkait rapat dengan sistem saraf yang membawa
maklumat. Kawalan motor oleh saraf akan mengawal pergerakan otot-otot bagi
menghasilkan suatu pergerakan.




       Ini sangat berbeza dengan masalah yang dihadapi oleh Zamri di mana beliau
memperolehi kemahiran bercakap pada usia 5 tahun dan mengalami kesulitan dalam
pembelajarannya (Teoh Hsien-Jin., 2007).         Permasalahan ini berlaku ekoran
daripada interaksi yang tidak berterusan. Antara faktor yang menjejaskan
pembelajaran adalah masalah fizikal seperti hilang pendengaran, kurang
penglihatan, terencat mental, kecederaan otak dan perkembangan pertuturan yang
lewat. Faktor fisiologikal, psikologikal dan persekitaran juga perlu dipertimbangkan.
                                                                            5




       Tingkah laku manusia merupakan unsur yang penting bagi pergerakan.
Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran motor. Pergerakan amat penting
untuk memenuhi keperluan hidup yang sempurna. Pergerakan melibatkan pelbagai
jenis otot badan dan menghasilkan lakuan motor. Kawalan motor mengkaji postur
dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kawalan
pergerakan yang dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu
dihasilkan oleh sistem biologi.




1.3    Pernyataan Masalah




       Kajian yang lepas menunjukkan 50% kanak-kanak masalah pembelajaran
berhubung rapat dengan Developmental Coordination Disorder (DCD) Kaplan et.al
(1998), Sugden dan Wann (1987). Perkaitan antara koordinasi motor yang lemah
dan masalah pembelajaran menunjukkan peningkatan rangkaian saraf yang lemah
sedangkan ia bertanggungjawab untuk mengintegrasikan maklumat daripada deria
motor (Waber et .al, 2000).




       Menurut Jongmanns et. al (2003), kanak-kanak dengan masalah DCD dan
Learning Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan
kognitif dan motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat
Namun kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi
motor dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib,
2000). Namun kanak-kanak dengan masalah DCD dan LD memerlukan masa untuk
memproses maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan.
                                                                               6




        Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengukur tahap keupayaan kemahiran
motor kasar dan motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis
masalah dan perbezaan peringkat umur. Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat
sejauhmana masalah pembelajaran mempengaruhi prestasi kemahiran motor.




1.4     Objektif Kajian




        Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-




1.4.1   Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus kanak-kanak masalah
        pembelajaran.




1.4.2   Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor kasar kanak-kanak masalah
        pembelajaran.




1.4.3   Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor
        kasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis masalah kecacatan.




1.4.4   Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor
        kasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut peringkat umur.

								
To top