Docstoc

SISTEM KERAJAAN BERPARLIMEN RAJA BERPERLEMBAGAAN

Document Sample
SISTEM KERAJAAN BERPARLIMEN RAJA BERPERLEMBAGAAN Powered By Docstoc
					  SISTEM KERAJAAN
    BERPARLIMEN
        RAJA
 BERPERLEMBAGAAN,
 PERUNDANGAN DAN
KEBEBASAN HAK ASASI
     KANDUNGAN
♦ Pengenalan – Undang-Undang
♦ Sejarah
♦ Perlembagaan Persekutuan
♦ Kerajaan Berperlembagaan
  (Persekutuan/Negeri)
♦ Badan Perundangan
  (Legislative)
♦ Badan Pemerintah (Executive)
♦ Badan Kehakiman (Judiciary)
♦ Kebebasan Hak Asasi
♦ Kesimpulan
PENGENALAN: UNDANG
-UNDANG
♦ Takrif Undang-Undang:
- Termasuklah undang-undang
  bertulis, prinsip ‘common law’
  (England) dan adat atau kelaziman
  yang mempunyai kuatkuasa
  undang-undang
- Peraturan atau kaedah yang dibuat
  oleh sebuah badan atau institusi
  sah; dan boleh dikuatkuasakan
  dengan penalti
PENGENALAN: UNDANG
-UNDANG
TUJUAN UNDANG-UNDANG:
- Keselamatan dan ketenteraman sosial
- Keadilan
- Perlindungan masyarakat dan anggotanya
- Kawalan pelakuan/kod etika atau piawaian amalan
   ahli sesebuah badan profesyenal
JENIS UNDANG-UNDANG:
- Akta, Enakmen atau Ordinan
- Undang-undang perwakilan: Peraturan, Kaedah,
   Undang-Undang Kecil, Perintah
- Klasifikasi: Undang-undang jenayah (Kanun
   Keseksaan), sivil (Kontrak), awam, antarabangsa
PENGENALAN: UNDANG-
UNDANG
PERLEMBAGAAN:
♦ Pengetahuan Perlembagaan dan cara-cara
  pemerintahan negara adalah penting
♦ Perlembagaan bertulis - semua prinsip
  mengenai perlembagaan dikumpul dan
  disusun dalam satu suratan atau dokumen
♦ Perlembagaan tidak bertulis – semua
  prinsip mengenai perlembagaan tidak
  dikumpul dalam satu suratan atau dokumen
  – tapi bertaburan dalam beberapa Akta
  Parlimen,      konvensyen         (amalan)
  Perlembagaan dan keputusan Mahkamah.
    PENGENALAN – UNDANG-
          UNDANG
♦    Perlembagaan adalah undang-undang
tertinggi Negara [Perkara 4(1)]
♦     Mengandungi prinsip-prinsip tentang
bentuk atau rangka dan fungsi badan-badan
pemerintah, perundangan dan kehakiman
♦ 3 sifat Perlembagaan bertulis – kukuh dan
hanya boleh dipinda mengikut cara-cara
yang ditetapkan; kuasa Parlimen membuat
undang-undang terhad ke atas perkara yang
terkandung dalam Perlembagaan; tugas dan
peranan      Mahkamah      untuk   mentafsir
peruntukan Perlembagaan dan sebagai
penjaga Perlembagaan – oleh itu, kebebasan
Kehakiman sangat penting
       SEJARAH
♦ KESULTANAN MELAKA (1401)
♦ PENJAJAHAN PORTUGIS (1511)
♦ PENJAJAHAN BELANDA (1641)
♦ PERJANJIAN BRITISH DAN
 BELANDA MEMBAHAGIKAN
 WILAYAH (1824)
♦ KEMERDEKAAN TANAH
 MELAYU– 31.8.1957
♦ PENUBUHAN MALAYSIA –
 16.9.1963
 SEJARAH
KE ARAH KEMERDEKAAN:
♦ PERLEMBAGAAN TANAH
  MELAYU DIGUBAL (1957)
♦ MENGAMBIL KIRA
  PELBAGAI FAKTOR:
   - Kedudukan Raja-Raja
  Melayu
   - Kedudukan pribumi/kaum
  lain
   - Taraf kewarganegaraan
SEJARAH
PENUBUHAN MALAYSIA:
♦ Ditubuhkan pada 16 September 1963
♦ Mengandungi 14 buah Negeri:
(a) 11 buah Negeri di Semenanjung
  Malaysia
(b) Negeri Singapura (keluar Ogos 1965)
(c) Negeri Sabah
(d) Negeri Sarawak
NEGARA MALAYSIA
♦ Sebuah negara merdeka dan
  demokrasi
♦ Kerajaan Berperlembagaan
♦ Negara berasaskan konsep
  Persekutuan (Federalism)
- Pembahagian kuasa
  perundangan dan eksekutif di
  antara Kerajaan Persekutuan
  dan Kerajaan-Kerajaan
  Negeri
 CIRI-CIRI NEGARA
 DEMOKRASI
♦ Warganegara layak mengundi dan
  memilih pemimpin atau wakil
♦ Warganegara boleh bertanding dalam
  pilihanraya umum
♦ Pengundian pilihanraya dibuat
  secara sulit
♦ Keputusan berasaskan undi terbanyak
♦ Parlimen mempunyai wakil-wakil dipilih
♦ Wujud kebebasan, persamaan dan hak-
  hak rakyat
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

15 BAHAGIAN:
♦ Negeri-Negeri dan Ugama
Persekutuan
♦ Kebebasan asasi
♦ Kewarganegaraan
♦ Persekutuan
♦ Negeri-Negeri
♦ Perhubungan Antara Persekutuan
dengan Negeri-Negeri
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
♦ Pilihanraya
♦ Perhakiman
♦ Perkhidmatan Awam
♦ Kuasa-Kuasa Khas Menentang
  Perbuatan Subversif, dan Kuasa Darurat
♦ Am dan Pelbagai
♦ Perlindungan Tambahan Bagi Sabah dan
  Sarawak
♦ Perkecualian bagi Kedaulatan Raja-Raja
♦ Prosiding Terhadap Yang di-Pertuan Aong
  dan Raja-Raja
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
♦ Satu dokumen bertulis
♦ Undang-Undang Tertinggi
 Negara
♦ Undang-Undang lain yang
 bercanggah dengan
 Perlembagaan Persekutuan
 adalah tidak sah dan terbatal
♦ Boleh dipinda dengan cara
 yang ditetapkan (Perkara 159)
RAJA BERPELEMBAGAAN
♦ Bermaksud       sistem    beraja
  mengikut peruntukan dalam
  Perlembagaan Persekutuan
♦ Sedia ada sejak kuasa-kuasa
  Eropah       menakluki      atau
  melanggar Tanah Melayu
♦ Yang di-Pertuan Agong sebagai
  Ketua Negara – dipilih secara
  bergilir daripada 9 Raja Negeri-
  Negeri di Semananjung M’sia.
DEMOKRASI BERPARLIMEN
♦Malaysia – Demokrasi Berparlimen dengan
Raja Berpelembagaan
♦Diamalkan dengan adanya badan Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri
♦Wakil Rakyat dipilih melalui pilihanraya umum
♦Kuasa Yang di-Pertuan Agong/Sultan/ Yang
di-Pertuan Negeri TIDAKLAH mutlak
  - hendaklah memerintah menurut nasihat
Kabinet atau Menteri bertangungjawab

♦Bidang      kuasa badan-badan   Kerajaan
ditentukan dalam Perlembagaan Persekutuan
atau Negeri.
STRUKTUR PENTADBIRAN
      KERAJAAN
    PERSEKUTUAN
♦Yang di-Pertuan Agong
♦Majlis Raja-Raja
♦Dewan Rakyat & Dewan Negara
♦Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
♦Kabinet Persekutuan – PM dan Menteri2
♦Kementerian Persekutuan
♦Pentadbiran Awam Persekutuan
♦Jabatan-Jabatan Persekutuan
♦Badan-Badan Berkanun Persekutuan
   STRUKTUR KERAJAAN
        NEGERI
♦ Perlembagaan Negeri
♦Sultan/Raja/Yang di-Pertuan
Besar/Yang di-Pertuan Negeri
♦Dewan Perundangan Negeri
♦ Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
♦Menteri Besar/Ketua Menteri
♦Setiausaha Kerajaan Negeri
♦Kementerian Negeri
♦Jabatan Negeri
♦Perbadanan Negeri
♦Badan-Badan Berkanun Negeri
♦Majlis Tempatan
   SISTEM KERAJAAN
       MALAYSIA

Tiga komponen utama – (Konsep
perasingan kuasa):

♦BADAN PERUNDANGAN
(LEGISLATIVE)
♦BADAN PEMERINTAH
(EXECUTIVE)
♦BADAN KEHAKIMAN
(JUDICIARY)
BADAN PERUNDANGAN

♦Wujud   mengikut Per. 44 Perlembagaan
Persekutuan – Bicameral (Dewan Rakyat dan
Dewan Negara)

♦Keanggotaan Parlimen (Dewan Negara): Per.
45
- Anggota dan setiap Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
- Anggota lain yang dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong
- Tempoh – 3 tahun
- Tidak boleh memegang lebih dari dua (2)
penggal)
- Mesti berumur 30 tahun ke atas
 DEWAN RAKYAT – Per. 46

♦Keanggotaan – 222 orang Ahli Parlimen
(MP) yang dipilih dalam pilihanraya umum
♦Kelayakan MP - Warganegara dan tidak
kurang daripada 21 tahun.
♦Fungsi dan kuasa Parlimen:
 - Kuasa Perundangan
 - Mengenakan cukai-cukai baru
 - Meluluskan belanjawan negara
  - Forum membuat dasar dan membahas
perkara mengenai hal-ehwal negara
        KEISTIMEWAAN
          PARLIMEN
♦Perlembagaan memberi perlindungan
undang-undang kepada Ahli Parlimen
semasa berucap di dalam Dewan Parlimen.
♦Tidak termasuk perkara atau isu yang
menjadi hasutan atau dianggap ‘sensitive”
di bawah Seditious Act 1948
♦ Kes-kes:
- PP v Mark Koding (1983) 1 MLJ 111.
- Rahman Taip v Dr. Seenivasagam (1966)
2 MLJ 66
- PP v Lim Kit Siang (1979) 2 MLJ 37
      PROSEDUR
 PERUNDANGAN (Art. 66)
♦Suatu rang undang-undang (Bill) dibentang
oleh Menteri di Dewan Rakyat - “Read three
times” in each House of Parliament.
♦Rang Undang-Undang menjadi undang-
undang apabila ia diluluskan oleh kedua-dua
Dewan dan diperkenankan oleh Yang di-
Pertuan Agong.
♦Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
dinamakan AKTA
[Undang-Undang yang diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri – dinamakan
ENAKMEN
DUN Sarawak – dinamakan ORDINAN ]
    BADAN PEMERINTAH
       (EKSEKUTIF)
♦    Kuasa pemerintah Persekutuan
terletak pada Yang di-Pertuan Agong
♦Memerintah atas nasihat Jemaah
Menteri atau seorang Menteri.
♦Ketua     Eksekutif ialah Perdana
Menteri.
- Bertanggungjawab kepada Yang di-
Pertuan Agong dalam segala urusan
pentadbiran Negara.
  YANG DI-PERTUAN
      AGONG
♦Sebagai Ketua Negara - kuasa untuk
melantik Perdana Menteri [Perkara 43]
♦Melantik Ahli Jemaah Menteri atas
nasihat Perdana Menteri
♦Mempersetujui atau tidak permintaan
PM untuk membubarkan Parlimen [Per.
40 (2)(b)]
    JEMAAH MENTERI

♦Pelantikan PM dan Menteri lain oleh
Yang di-Pertuan Agong
♦ Jemaah Menteri atau seorang
Menteri menasihati Yang di-Pertuan
Agong dalam menjalankan tugas-
tugasnya
    PERDANA MENTERI
♦Ketua    Jemaah Menteri dan
mempengerusi mesyuarat
♦Pelantikan Menteri oleh AGONG
di atas nasihat PM
♦Ketua Pentadbir Utama Negara.
♦Jawatan yang paling penting
dalam pemerintah demokrasi
berparlimen.
♦Peranan       penting    dalam
mengubal dan melaksanakan
dasar-dasar      dan    program
Negara
     BADAN KEHAKIMAN
♦Sistem   atau hieraki Mahkamah telah
diwujudkan
♦Hakim mempunyai kuasa mentafsir dan
melaksanakan undang-undang yang dibuat
oleh Badan Perundangan [Perkara 121(1)].
♦Mahkamah mempunyai kuasa mendengar
dan menentukan perkara-perkara sivil dan
jenayah.
♦Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
  SISTEM HIERARKI
KEHAKIMAN MALAYSIA
   MENGAPA WUJUDNYA
        HIRAKI
♦ Membezakan mahkamah
 tinggi dan mahkamah rendah
♦ membolehkan rayuan dibuat
  - mahkamah tinggi boleh
 menimbangkan semula
 keputusan mahkamah rendah
 jika keputusan itu salah dari
 segi undang-undang
        MAHKAMAH
       PERSEKUTUAN
♦   Diketuai Ketua Hakim Negara;
Mahkamah tertinggi Negara
♦ Bidangkuasa asal, rayuan dan
nasihat keesahan undang-undang
dibuat oleh Parlimen atau DUN, dan
pertikaian antara Negeri atau Negeri
dengan Persekutuan
♦Tafsiran peruntukan Perlembagaan
Persekutuan [Perkara 128 (2) dan
130]
 MAHKAMAH RAYUAN

♦ Diketuai Presiden Mahkamah
Rayuan
♦ Setiap persidangan terdiri 3 orang
Hakim
♦ Hanya mendengar rayuan (sivil &
jenayah) daripada Mahkamah Tinggi &
Mahkamah Rendah, dengan
pengecualian tertentu
      MAHKAMAH TINGGI
♦Dua (2) Mahkamah Tinggi (di Malaya & Sabah
dan Sarawak) – Perkara 121, Perlembagaan
♦Bidangkuasa asal yang tidak terhad; dan
mendengar rayuan dan membuat semakan kes-kes
dari Mahkamah Sesyen dan Majistret; perbicaraan
dijalankan oleh seorang Hakim
♦ Rayuan tidak boleh dibawa sekiranya jumlah
kurang dari RM10,000, kecuali mengenai nafkah
isteri dan anak
♦ Prosedur perbicaraan – CPC dan Rules of the
High Court 1980
♦Boleh menjatuhkan hukuman yang dibenarkan
undang-undang termasuk hukuman MATI
     MAHKAMAH SESYEN
♦ Diketuai Hakim Mahkamah Sesyen
♦Boleh mengendalikan kes jenayah bagi
SEMUA kesalahan, kecuali kuasa yang
membawa hukuman mati. (s. 63, Akta
Mahkamah Rendah 1948)
♦Kes sivil       (s. 65) – jumlah yang
dipertikaikan TIDAK melebihi RM250,00.00
♦Kecuali perkara berkaitan dengan:
   Harta Tetap       Penceraian
   Probet         Muflis
   Pentadbiran Pusaka
  MAJISTRET KELAS SATU
♦ Dilantik YDP Agong/Pihak Berkuasa Negeri
atas syor Hakim Besar (s. 78, Akta
Mahkamah Rendah 1948)
♦Boleh mengadili kesalahan yang hukuman
yang boleh dijatuhkan TIDAK melebihi 10
tahun penjara ataupun yang boleh dihukum
dengan denda sahaja (s.85)
♦Boleh    menjatuhkan     hukuman      yang
dibenarkan oleh undang-undang dengan
TIDAK melebihi 5 tahun penjara, denda
RM10,000, sebat hingga 12 kali (s. 87)
♦Kes Sivil – nilai/jumlah tuntutan tidak
melebihi RM25,000.00 (s. 90)
  MAJISTRET KELAS DUA
♦ Dilantik YDP Agong/Pihak Berkuasa
Negeri (s. 79)
♦Boleh mengendalikan kesalahan yang
hukuman yang boleh dijatuhkan TIDAK
melebihi 1 tahun penjara atau kesalahan
yang boleh dijatuhkan denda sahaja (s.
88).
♦Hanya boleh menjatuhkan hukuman
yang dibenarkan undang-undang tidak
melebihi 6 (enam) bulan penjara atau
denda tidak melebihi RM1000.00 (s. 89)
♦ Bidangkuasa sivil – nilai/jumlah
tuntutan tidak melebihi RM3,000 (s. 92)
 MAHKAMAH PENGHULU

♦Hanya    terdapat   di    Semenanjung
Malaysia.
♦Mengadilkan    kes-kes     kecil   yang
terkandung dalam surat kuasa mereka.
♦Hanya boleh menjatuhkan denda tidak
melebihi RM25.00 sahaja.
[Bahasa Mahkamah: Bahasa Kebangsaan,
Bahasa Inggeris dengan kebenaran
Mahkamah; Keterangan saksi: bahasa
pilihan saksi dan diterjemah oleh
jurubahasa yang bertauliah. Di Sarawak –
masih gunakan Bahasa Inggeris]
 KEBEBESAN HAK ASASI
     [Perkara 5 – 13]
♦ PERKARA 5 – kebebasan diri

♦ PERKARA 6 – keabdian dan kerja
 paksa dilarang

♦ PERKARA 7 – perlindungan daripada
 undang-undang jenayah
 berkuaskuasa kebelangkangan dan
 perbicaraan berulang
  KEBEBESAN HAK ASASI
♦ PERKARA 8 – Sama Rata
♦ PERKARA 9 – Larangan Buang
 Negeri, dan kebebasan bergerak
♦ PERKARA 10 – Kebebasan
 bercakap, berhimpun dan menubuh
 persatuan
♦ PERKARA 11 - Kebebasan ugama
♦ PERKARA 12 – Hak-hak
 berkenaan dengan pelajaran
♦ PERKARA 13 – Hak terhadap harta
   KEBEBESAN HAK ASASI
♦ PERKARA 5 – Kebebasan Diri
 - seseorang tidak boleh diambil nyawa atau
   dilucut hak tanpa menurut undang-undang
 - Mahkamah Tinggi diberi kuasa menyiasat
   pengaduan orang yang ditahan
- Orang yang ditangkap perlu diberitahu
   sebabnya, dan dibenarkan berunding dengan
   seorang peguam yang dipilih
 - Orang yang ditangkap dan tidak dilepaskan
   mesti dibawa di hadapan seorang Majistret
   dalam tempoh 24 jam, dan seterusnya tidak
   booeh ditahan kecuali dengan perintah
   Majistret
  KEBEBESAN HAK ASASI
♦ Perkara 8 – Sama rata
- semua orang sama rata di sisi
  undang-undang dan berhak
  mendapat perlindungan yang sama
♦ Perkara 13 – Hak terhadap harta
- harta seorang hanya boleh dilucut
  mengikut undang-undang
- pengambilan harta secara paksa
  hendaklah dengan pampasan yang
  mencukupi
  SEKIAN,
TERIMA KASIH

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:957
posted:3/23/2011
language:Malay
pages:42
Description: Penerangan mengenai sistem kerajaan di Malaysia iaitu sistem kerajaan berparlimen, raja berperlembagaan, perundangan dan kebebasan hak asasi.