Laporan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat 2011
Shared by: nurulsazwani
-
Stats
- views:
- 328
- posted:
- 3/20/2011
- language:
- Malay
- pages:
- 2
Document Sample


Tajuk:Laporan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Sempena Hari Wilayah 2011
Tarikh: 27 Januari 2011
Masa: 6.00-11.00 malam
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
Penglibatan: Semua pelajar Sekolah Sultan Alam Shah diiringi oleh:
1) Ustazah Nurul Sazwani binti Idris
2) Ustaz Muhammad Fakhrurrazi bin Ariffin
3) En. Fadzil
4) En. Hamy Faizal
5) En. Mohamad Nasir
Objektif: 1) Menyambut Hari Wilayah dengan penuh keberkatan.
Pelapor: Ustazah Nurul Sazwani bin Idris
Ulasan:
Pada 27 Januari yang lepas, telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena
sambutan Hari Wilayah 2011 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai lebih kurang 800
orang pelajar Sekolah Sultan Alam Shah dari Timgkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah mengikuti
majlis ini.
Seawal pukul 4.30 petang lagi guru telah mengarahkan pelajar bergegas ke surau untuk bersiap
mengerjakan Solat Asar seterusnya bersiap naik ke dorm pada pukul 5.00 petang.Pada pukul
5.30 petang, para pelajar turun makan di Dewan Makan Asrama. Pada pukul 6.00 petang, para
pelajr mula menaiki bas bergerak ke Masjid Putra. Perkhidmatan bas disediakan oleh Nadi Putra
dan sebanyak 3 bas disediakan untuk 2 kali trip perjalanan.
Setibanya di masjid, semua pelajar bersiap sedia mengambil wudhuk untuk Solat Maghrib.
Selepas Solat Maghrib terus diadakan Solat Hajat dan bacaan Yaasin di antara waktu Maghrib
dan Isyak. Selepas solat Isyak, para pelajar menyertai jamuan makan yang disediakan di
perkarangan masjid. Selepas makan, para pelajar bergegas menaiki bas untuk pulang ke Asrama
Sekolah Sultan Alam Shah. Semua pelajar tiba di asrama sebelum pukul 11.00 malam.
Penilaian dan Penambahbaikan:
Bil. Kekuatan/Kelemahan Penambahbaikan Tindakan
1. Kelemahan: Ramai pelajar tidak makan Menu makanan boleh untuk tahun hadapan
malam menyebabkan pembaziran ditukar kepada 2012
makanan berlaku. makanan yang lebih
ringan seperti
sandwich dan air
kotak.
Disediakan Oleh,
………………………………………….
(PN.NURUL SAZWANI BINTI IDRIS)
Guru Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Sultan Alam Shah.
Disemak Oleh,
…………………………….
(EN.RAMLI BIN AHMAD)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Sultan Alam Shah.
Get documents about "