Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Cetak baju Tshirt - cara mudah mencetak baju

VIEWS: 844 PAGES: 7

Cara mudah cetak menggunakan teknik silksreen. Paparan beberapa keterangan daripada eBook jomcetak baju

More Info
									                        CETAK BAJU TSHIRT
Jomcetakbaju.com 2011
                        Cara mudah mencetak baju
Silkscreen
   Silkscreen adalah kaedah memindahkan hasil rekaan seni atau grafik terus
    ke medium berbeza sama ada kotak, barangan dan juga tshirt khususnya.
    Cara penyediaan adalah berlainan mengikut kaedah yang besesuaian
    dengan individu yang mengendalikannya dan juga bahan serta peralatan
    yang akan digunakan.

   Cetak saring adalah salah satu teknik proses cetak yang menggunakan
    layar (screen) dengan kaedah tertentu dan umumnya bahan dasarnya
    Nylon atau sutera. Skrin ini akan menghasilkan blok yang berasal dari
    negatif rekabentuk yang dibuat sebelumnya. Kain ini direntangkan dengan
    kuat agar menghasilkan skrin layar dan hasil cetakan yang mendatar.
    Setelah diberi penchahyaan, akan terbentuk bahagian yang boleh
    ditembusi dye dan tidak. Proses pengakhirannya adalah dengan
    menuangkan dye di atas skrin dan kemudian disapu menggunakan sekuji
    yang dibuat daripada bahan bergetah. Satu skrin atau blok digunakan
    untuk satu warna.
Peralatan
   Terdapat berjenis peralatan yang perlu digunakan untuk projek
    silkscreen. Ya dalam ebook ini setiap bab akan disarankan alat
    yang perlu untuk setiap langkah. Peralatan ini biasanya mudah
    didapati di bandar-bandar besar dan dapatkan panduan dan tips
    daripada pekerja yang menjual alat ini tidak keberatan
    memberikan sedikit penerangan tentang alatan yang perlu dibeli
    dan diguna. Ianya mudah untuk difahami mudah lagi-lagi dengan
    minat yang mendalam dan tidak malu untuk bertanya.

   Kos untuk semua peralatan akan dinyatakan dan ianya bergantung
    kepada pengguna untuk memilih jenis alatan dan kualiti setiap
    pembelian bahan di kawasan masing-masing. Anggaran semua kos
    peralatan di atas kira-kira RM450.00 sahaja
Proses-proses terlibat
   Buat blok kayu
   Rentangkan mesh (silkscreen)
   Sapu emulsion dan keringkan
   Pencahayaan dan biarkan selama 4 minit
   Sembur dengan air yang kuat
   Keringkan blok
   Sapu dengan hardener
   Tutup tepi blok dengan masking tape
   Buat penandaan
Proses Silkscreen
   Langkah pertama adalah dengan melekatkan masking tape di sekeliling
    lubang tepi blok demi mengelakkan kebocoran rubber dye pada baju
    nanti. Pastikan lekatan meyeluruh tanpa sebarang lubang kecil sekalipun.

   Tanda pada blok bahagian tengah, jika cetakan adalah berada di
    tengah-tengah dan seterusnya letakkan blok pada kedudukan yang
    dikehendaki. Ukuran jarak dan penandaan perlu dibuat jika perlu bagi
    memastikan cetakan adalah berkedudukan serupa pada semua baju.

   Sebelum itu dapatkan plywood atau papan lapis yang dipotong mengikut
    jarak keluasan muat baju untuk menjadi alas baju. Gam baju yang boleh
    didapati di kedai silkscreen disapukan ke atas papan untuk mencetak dan
    biarkan kering. Semburan spray mount (boleh dibeli di kedai alat tulis yang
    besar-besar) juga boleh dilakukan ke atas papan mencetak.
Turutan Langkah Mudah
Maklumat Lanjut




   Dapatkan Sementara Tawaran Masih Terbuka


            JOMCETAKBAJU.COM

								
To top