Memorandum Bantahan Memorandum Pendidikan 28 April 2003 BORANG BANTAHAN by kfs43465

VIEWS: 296 PAGES: 32

Memorandum Bantahan document sample

More Info
									                       Memorandum Pendidikan
                                        28 April 2003


                    BORANG BANTAHAN AWAM
                    DRAF PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020

                              PANDANGAN DAN CADANGAN
                              BERKENAAN ISU PENDIDIKAN



Pendahuluan
    Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (DPSKL) yang digubal oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) merupakan satu pelan pembangunan yang penting dan telah mengambil masa lima
hingga enam tahun untuk disediakan. Ia mempengaruhi kehidupan dan masa depan penduduk Kuala
Lumpur.

    Oleh itu, DBKL seharusnya mengkaji DPSKL secara terperinci, mendapatkan pandangan dan
cadangan daripada rakyat serta mengambil inisiatif yang proaktif untuk berbincang dan berdialog
secukupnya dengan rakyat. DBKL perlu mengetahui apa yang berlaku di Kuala Lumpur, memahami
masalah yang dihadapi oleh rakyat, keperluan sebenar dan harapan mereka.

     Selama ini, penduduk Kuala Lumpur menghadapi masalah kekurangan sekolah rendah Cina
(SJK(C)), kesesakan murid dalam sekolah dan lain-lain masalah pendidikan. Sehingga kini, masalah
tersebut masih tidak diatasi. Penduduk dan pertubuhan masyarakat telah banyak kali menyuarakan
keinginan untuk membina sekolah baru SJK(C) dan penyelesaian pelbagai masalah pendidikan. Ini
merupakan isu pendidikan utama yang amat diambilberat oleh masyarakat Cina. Media massa juga
selalu membuat laporan mengenai isu tersebut.

    Mengenai isu pendidikan, kami berasa amat kecewa berhubung dengan DPSKL yang
mengabaikan SJK(C) dalam penyediaan draf pelan tersebut. DPSKL tidak menyebut perkara
mengenai masalah kekurangan SJK(C) dan kesesakan murid dalam sekolah, suara rakyat yang
mahu pembinaan sekolah baru SJK(C). Malahan DPSKL tidak mengemukakan cadangan dan
formula penyelesaian.

    Kami berpendapat, perancangan sekolah di dalam DPSKL amat kabur sekali, malahan
mengelak daripada menyentuh isu-isu yang penting. Ini sebenarnya tidak mencerminkan pandangan
rakyat, tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat serta tidak memenuhi keperluan
sebenar rakyat.

    Kami berpendapat, DBKL sepatutnya memikul tanggungjawapnya untuk berkhidmat kepada
rakyat, membantu penyelesaian masalah yang dihadapi oleh rakyat serta memastikan pembuatan
dasar dan projek pembangunan dalam DPSKL mencerminkan pandangan rakyat dan memenuhi
keperluan mereka.
                                            1
     Oleh itu, persatuan kami selaku sebuah pertubuhan masyarakat yang bertanggungjawap, pada
ketika mengambilberat berkenaan isu-isu pendidikan, pembangunan dan kepentingan awam di
Kuala Lumpur dan masyarakat negara kita, akan memberi pandangan dan cadangan berikut
berhubung dengan sektor pendidikan di dalam DPSKL:

1. Melanjutkan Tempoh Penyertaan Awam, Mengkaji Semula dan Membetulkan
   DPSKL

Pandangan:
1. Kami mendapati DPSKL mengelak daripada menyentuh beberapa isu pendidikan yang besar
   lagi penting. Malahan ia langsung tidak menyebut keadaan semasa sekolah pelbagai aliran,
   masalah yang dihadapinya, formula penyelesaian masalah, perancangan sekolah dan projek
   pembangunan di masa hadapan.
2. Dari segi pentabiran yang baik dan profesional, menjelaskan dan menganalisis perkara-perkara
   di atas merupakan kehendak asas dan tanggungjawap kerja dalam penyediaan sesebuah pelan
   pembangunan. Tetapi DPSKL yang telah disediakan selama lima hingga enam tahun dan
   menelan perbelanjaan berjuta ringgit tersebut langsung tidak menyentuh perkara tersebut. Pada
   masa yang sama, didapati semasa DPSKL membincangkan sektor kajian yang lain, ia ada
   menyentuh keadaan semasa dan pelbagai perkara yang lain. Tetapi apabila sampai ke sektor
   pendidikan, ia sebaliknya tidak membincangkan sekolah pelbagai aliran, khasnya isu
   kekurangan SJK(C) dan kesesakan murid dalam sekolah. Kejadian seumpama ini
   menggambarkan bahawa wujudnya masalah dalam DPSKL. Ini menimbulkan banyak persoalan
   yang perlu dijawap oleh DBKL. Kesalahan serius yang terdapat dalam DPSKL hendaklah
   diperbetulkan.
3. Dengan sepintas lalunya, DPSKL hanya menyentuh 3 isu pendidikan sahaja, iaitu:
    Taburan sekolah rendah, menengah dan tadika yang tidak seimbang.
    Penempatan banyak sekolah di pusat bandar Kuala Lumpur yang menyumbang kepada
       kesesakan lalulintas, serta cadangan untuk memindah sesetengah sekolah.
    Kekurangan sekolah khas.
4. Pada ketika membincangkan ketiga-tiga isu di atas, DPSKL langsung tidak menyebut isu-isu
   besar lagi penting seperti masalah kekurangan SJK(C), kesesakan murid dalam sekolah dan
   seruan rakyat kepada kerajaan supaya membina sekolah baru SJK(C). Sebenarnya, pelbagai
   pertubuhan Cina telah banyak kali menyuarakan masalah tersebut, tetapi DPSKL pula
   menganggap masalah pendidikan dan pandangan rakyat berkenaan “tidak wujud” serta tidak
   mencari formula penyelesaian. Pada hakikatnya, cara mengelak daripada menyentuh isu
   berkepentingan awam tersebut juga berlaku di kawasan lain di merata tempat. Pelan
   pembangunan di merata tempat di negara kita juga tidak menyentuh isu SJK(C) dan
   mengabaikan kewujudannya. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan satu isu di peringkat
   negara dan ia bukan hanya berlaku di Kuala Lumpur sahaja. Kami amat memberi perhatian ke
   atas masalah serius yang timbul daripada cara berurusan tersebut.
5. Selain itu, data penduduk dan sekolah yang digunakan oleh DPSKL merupakan data yang salah.
   Oleh itu perancangan sekolah dipersoalkan. Dengan membandingkan data penduduk Kuala
   Lumpur dari sumber DPSKL dan Jabatan Perangkaan, didapati perbezaan dari segi jumlah dan
   struktur penduduk akan memberi pengaruh yang besar ke atas perancangan sekolah,
   terutamanya bilangan permintaan SJK(C) (rujuk perenggan 1.1 hingga 1.2 di Lampiran 2).
   Selain itu, didapati bilangan sekolah yang dianggarkan oleh DPSKL kurang 20 lebih buah
                                                 2
     sekolah rendah berbanding dengan angka Kementerian Pendidikan. Oleh kerana berlakunya
     kesalahan data, perancangan sekolah dalam DPSKL telah lari daripada keadaan sebenar. Ini
     menimbulkan persoalan dan kebimbangan. DBKL seharusnya membetulkan kejadian tersebut.
6.   Kekurangan data pendidikan dalam DPSKL telah menyebabkan orang ramai berasa sukar untuk
     memahami keadaan semasa dan masalah sekolah, formula penyelesaian masalah dan keadaan
     masa hadapan. Untuk memahami DPSKL secukupnya, persatuan kami selaku sebuah
     pertubuhan masyarakat yang bertanggungjawap terpaksa mengumkul maklumat dari sumber
     lain bagi mengatasi ketidakcukupan dan kesalahan data DPSKL. Kami juga mahu berbincang
     dengan pertubuhan , sekolah dan ahli pakar yang berkaitan dan ini memerlukan banyak masa.
7.   Tetapi tempoh penyertaan awam dan penyerahan borang bantahan DPSKL adalah tidak
     mencukupi. Ini akan menimbulkan masalah dalam mendapatkan pandangan rakyat serta
     menjejaskan penyediaan dan perlaksanaan pelan.

Cadangan:
1. Kami mencadangkan kepada Datuk Bandar DBKL supaya melanjutkan tempoh penyertaan
   awam sebulan lagi atau lebih mengikut kuasa Datuk Bandar di bawah Akta (Perancangan)
   Wilayah Persekutuan1982. Ini bertujuan:
    Meneruskan kerja mendapatkan pandangan rakyat dan memahami keadaan yang dihadapi
       oleh rakyat.
    Mengambil inisiatif yang proaktif bagi mengadakan perbincangan dan dialog secukupnya
       dengan rakyat.
    Mengkaji semula dan membetulkan perkara pendidikan dalam DPSKL supaya memenuhi
       pandangan dan keperluan rakyat serta dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
       rakyat.
2. Untuk membantu DBKL mendapatkan pandangan rakyat dan melindungi kepentingan rakyat,
   kami berpendapat selepas penyerahan dokumen ini, adanya keperluan untuk berjumpa dengan
   ahli profesional, pihak sekolah dan pertubuhan lain bagi mengkaji DPSKL dan keadaan di
   beberapa kawasan dengan lebih mendalam lagi. Kami akan mendokumenkan maklumat yang
   dikumpul dan menghantar dokumen tambahan tersebut kepada DBKL bagi memberi pandangan
   dan cadangan tambahan. Kami berharap DBKL akan memasukkan pandangan dan cadangan
   yang dinyatakan ke dalam pelan struktur terutamanya dalam aspek membuat dasar dan projek
   pembangunan. Kerja-kerja tersebut memerlukan banyak masa untuk dilaksanakan. Oleh itu,
   DBKL seharusnya melanjutkan tempoh penyertaan awam, mengadakan penerangan di pelbagai
   tempat dan menerangkan DPSKL kepada setiap lapisan masyarakat. Ini merupakan cara yang
   lebih berkesan untuk mengumpul pandangan penduduk, memperbaiki DPSKL di samping
   memastikan pandangan rakyat diterimapakai dan mempertahankan kepentingan rakyat.
3. DBKL sepatutnya mengambil tindakan berikut semasa mengkaji semula dan memperbaiki
   DPSKL:
    Memasukkan sekolah pelbagai aliran ke dalam perancangan pembangunan pelan, ini
       termasuk:
        - Memberi penjelasan dan analisis keadaan semasa bagi sekolah pelbagai aliran, masalah
           yang dihadapinya, formula penyelesaian masalah dan projek pembangunan masa
           hadapan.
        - Berkenaan isu SJK(C), DBKL seharusnya:
              menentukan permintaan dan pembekalan SJK(C), bilangan sekolah baru SJK(C)
                yang perlu dibina mengikut kawasan besertakan lokasi tapak dan tanah rizab
                sekolah;
                                              3
               mengatasi masalah kesesakan murid dalam sekolah;
               mengkaji kemungkinan pemindahan SJK(C) yang berkongsi tapak sekolah ke
                 kawasan komuniti yang sesuai dan mempunyai permintaan serta membantu
                 pemindahan dan pembinaan sekolah contohnya menentukan tanah rizab sekolah
                 untuk pembinaan sekolah;
               membantu pembaikan kawasan persekitaran sekolah, mempertingkatkan
                 kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta kualiti pendidikan.
      Mengira semula dan membetulkan data penduduk dan sekolah DPSKL, mengumumkan
        maklumat yang betul serta membekalkan laporan-laporan teknikal yang digunakan untuk
        penyediaan DPSKL dan maklumat perancangan sekolah pelbagai aliran kepada orang ramai,
        contohnya:
         - Maklumat sekolah pelbagai aliran, penduduk, murid, gunatanah, tanah rizab sekolah,
             pengangkutan dan trafik.
         - Peta taburan sekolah, penduduk, murid dan tanah rizab sekolah.
         - Bilangan sekolah baru yang sedang dibina atau dirancang pembinaannya atau yang
             dicadangkan mengikut aliran sekolah, kawasan, tanah rizab sekolah, kemajuan projek
             dan maklumat berkaitan.
         - Kami memerlukan maklumat yang disebut di atas untuk tujuan penyelidikan dan akan
             menghubungi DBKL bagi memperolehi satu set dokumen yang lengkap maklumatnya.
         - Berasaskan wawasan dan matlamat DPSKL berikut, yang menyatakan DBKL perlu
             mempraktikkan kualiti pentadbiran yang telus, bertanggungjawap, adil, berkesan dan
             cekap, menggalakkan penyertaan awam yang aktif dan aliran maklumat yang bebas,
             kami berpendapat DBKL sepatutnya membekalkan satu set dokument maklumat yang
             lengkap kepada kami untuk tujuan penyelidikan. Di samping itu, ini membolehkan
             kami membantu DBKL memperbaiki DPSKL.
               Untuk merealisasikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia,
                 DPSKL mengkehendaki DBKL mempraktikkan urus tadbir bandar raya yang
                 bertaraf dunia yang berorientasikan penggunaan sumber kewangan, tenaga
                 manusia dan organisasi yang efisien dan adil (rujuk Bab 3 m/s 2).
               Untuk mencapai matlamat kelima DPSKL, DPSKL mengkehendaki DBKL
                 mengamalkan pentadbiran yang telus, bertanggungjawap, adil, berkesan dan cekap.
                 DPSKL juga menekankan bahawa ketelusan boleh dicapai melalui perkongsian
                 wawasan yang sama, penyertaan yang aktif oleh semua pihak yang berkepentingan
                 dan aliran maklumat yang bebas (rujuk Bab 3 m/s 5).
4.   Kami menyeru DBKL menjelaskan dan menganalisi persoalan berikut yang ditumbulkan oleh
     DPSKL:
      Mengapakah DPSKL tidak menyentuh masalah kekurangan SJK(C) dan kesesakan murid
         dalam sekolah serta suara rakyat yang menyeru kerajaan membina sekolah baru SJK(C),
         dan mengapakah DPSKL tidak mencari formula penyelesaian?
      Mengapakah DPSKL tidak mencadangkan pembinaan sekolah baru SJK(C) dan
         penyelesaian masalah kesesakan murid?
      Mengapakah DPSKL tidak menyebut keadaan semasa dan keadaan masa depan bagi
         sekolah pelbagai aliran?
5.   Walaupun pelan struktur di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 lebih bersifat
     kepada mengemukakan kenyataan dasar dan cadangan, dan tidak seperinci seperti pelan
     tempatan, tetapi kami berpendapat DBKL harus menyebut isu pendidikan yang penting
     bersama-sama dengan dasar dan cadangan bagi penyelesaian masalah. Sekurang-kurangnya ia
                                                4
     perlu berbincang secara keseluruhannya dengan ringkas isi kandungan dan cara perlaksanaan
     projek pembangunan. Ini akan membolehkan rakyat memahami pelan tersebut dan mengetahui
     apa yang sedang dan mungkin akan berlaku. Maka ini memudahkan rakyat memberi padangan
     dan cadangan terhadap dasar, cadangan dan projek pembangunan yang mungkin mendatangkan
     impak.
6.   Kami berharap selepas penyediaan pelan struktur selesai, dengan secepat mungkinnya DBKL
     dapat menyediakan pelan-pelan tempatan mengikut kawasan di Kuala Lumpur dan membuat
     perancangan terperinci untuk sekolah pelbagai aliran.



2. Pembinaan Sekolah Baru SJK(C), Penyelesaian Masalah Kekurangan SJK(C) dan
   Kesesakan Murid

Pandangan:
1. Selama ini, masalah kekurangan SJK(C) dan kesesakan murid masih belum diatasi. Masyarakat
   Cina banyak mengemukakan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut termasuk
   menyeru kerajaan membina SJK(C) yang baru dan mengagihkan tanah rizab sekolah kepada
   SJK(C).
2. DPSKL langsung tidak menyentuh masalah kekurangan SJK(C) dan kesesakan murid, ia juga
   tidak merancang pembinaan SJK(C) yang baru. Pelan yang sedemikian tidak memenuhi
   pandangan rakyat dan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh rakyat.

Cadangan:
1. Kami menyeru DBKL mengkaji semula dan membetulkan perancangan sekolah dalam DPSKL,
   menjelaskan dan menganalisis keadaan semasa sekolah pelbagai aliran, masalah yang
   dihadapinya, formula penyelesaian dan perancangan pembangunan di masa hadapan.
2. Kami mencadangkan “konsep kejiranan” dijadikan asas perancangan sekolah pelbagai aliran di
   setiap kawasan komuniti (sila rujuk perengan 5 di Lampiran 2), dan memastikan perancangan
   dan pembinaan sekolah pelbagai aliran adalah mengikut struktur penduduk dan keperluan
   setiap kawasan komuniti. Contohnya, ketiga-tiga buah sekolah rendah dalam satu kawasan
   komuniti dapat diagihkan menjadi sebuah Sekolah Kebangsaan, sebuah Sekolah Jenis
   Kebangsaan (Cina) dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), atau dua buah Sekolah
   Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), iaitu pengagihan sekolah
   bergantung kepada struktur penduduk dan keperluan penduduk terhadap setial aliran sekolah.
    Kami berpendapat, penubuhan sekolah komuniti yang berlainan aliran akan dapat
        memperkembangkan fungsi pendidikan komuniti.
    Sebenarnya, sesetengah negara telah menjadikan sekolah komuniti dan pendidikan
        komuniti sebagai dasar pembaharuan pendidikan untuk menyahut cabaran di era baru.
        Sekolah komuniti dan pendidikan komuniti lebih memberi penekanan kepada pembaikan
        hubungan sosial, keadaan pendidikan dan nilai kehidupan serta menggalak penduduk
        menyertai pembangunan komuniti bagi mempertingkatkan kualiti keseluruhan rakyat dan
        kehidupan. Ini seterusnya dapat memajukan negara dan kawasan komuniti tersebut.
    Kami berpendapat perlaksanaan dasar tersebut memenuhi kepentingan rakyat dan negara.
        Oleh itu, DPSKL seharusnya mempertimbangkan dan memasukkan dasar ini ke dalam
        pelan struktur serta melaksanankannya.


                                              5
3.   Kami menyeru DBKL merancang pembinaan SJK(C) dan mengatasi masalah kesesakan murid
     bagi memenuhi taraf Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia.
      DPSKL mengemukakan wawasan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar
         raya bertaraf dunia, iaitu dari segi persekitaran kerja, hidup, niaga dan urus tadbir bandar
         raya yang bertaraf dunia.
      Tetapi Kuala Lumpur menghadapi masalah kekurangan SJK(C) manakala kebanyakan
         tapak sekolah tersebut terlalu kecil saiznya (sila rujuk Jadual 5 dan 8 di Lampiran 2).
         Kebanyakan sekolah tersebut mempunyai 40 hingga 50 orang murid setiap kelas, dan ini
         jauh melebihi piawaian Kementerian Pendidikan (maksimum 35 orang murid per kelas).
      Oleh itu, untuk mencapai matlamat ke-3 dan ke-5 bagi wawasan DPSKL tersebut, iaitu
         mempertingkatkan persekitaran hidup dan pengurusan bandar, maka DPSKL seharusnya
         mengatasi masalah kesesakan murid sekurang-kurangnya mencapai piawaian Kementerian
         Pendidikan dan merancang pembinaan sekolah baru SJK(C).
4.   Dasar CF4 bagi DPSKL ada menyatakan bahawa kemudahan masyarakat dan perkhidmatan
     diagih mengikut keperluan penduduk dan mudah sampai kepada semua lapisan penduduk
     (rujuk dasar CF4, Bab 13 m/s 19). Selain itu, DBKL juga akan berusaha mewujudkan
     kesaksamaan dengan memastikan kemudahan dan perkhidmatan diagihkan secara saksama dan
     mudah capai oleh semua penduduk (rujuk Bab 3 m/s 5). Kami menyokong dasar tersebut dan
     berpendapat ia harus dilaksanakan yang antara lainnya termasuk merancang pembinaan sekolah
     baru SJK(C) bagi mengatasi masalah kekurangan SJK(C) dan kesesakan murid. Dengan itu,
     setiap kawasan komuniti mempunyai SJK(C) yang mencukupi dan berdekatan dengan rumah
     bagi memudahkan murid-murid berkenaan pergi bersekolah di samping mengelak daripada
     masalah kehidupan harian dan kesesakan lalulintas sekiranya terpaksa belajar di luar kawasan
     tempat kediaman mereka.
5.   DPSKL ada menyatakan bahawa program pembinaan sekolah dilaksanakan oleh Kementerian
     Pendidikan dengan DBKL berperanan sebagai fasilitator yang menentukan keperluan dan
     peletakan tapak-tapak yang sesuai untuk sekolah (rujuk Bab 13 m/s 7). Kami berpendapat
     DBKL sepatutnya juga melaksanakan dasar yang menyatakan bahawa pembekalan kemudahan
     masyarakat adalah mengikut kesaksamaan, keperluan penduduk dan mudah sampai, ini bagi
     menentukan keperluan SJK(C) dan tapak pembinaannya. Kami menyeru DBKL
     mengemukakan cadangan pembinaan SJK(C) baru dan dimajukan kepada Kementerian
     Pendidikan.
6.   Kerajaan persekutuan berhasrat melaksanakan sekolah satu sesi bagi mempertingkatkan kualiti
     murid di pelbagai bidang. Kami berpendapat sekolah satu sesi pada asasnya merupakan satu
     langkah pendidikan yang baik, tetapi perlaksanaannya menghadapi masalah seperti kekurangan
     sekolah dan kemudahan. Oleh itu, kami mencadangkan kepada DBKL supaya memastikan
     perancangan sekolah melibatkan pembinaan sekolah pelbagai aliran yang mencukupi dan
     mengatasi masalah kesesakan murid untuk membantu kerajaan persekutuan menjayakan
     perlaksanaan sekolah satu sesi. Pada masa yang sama, kami menyeru DBKL supaya
     mengemukakan satu formula perancangan yang baik untuk pembinaan sekolah SJK(C) satu sesi
     yang mencukupi.
7.   Perancangan pembinaan SJK(C) seharusnya dijalankan secara profesional, bersistem dan
     dimasukkan ke dalam pelan struktur dan pelan tempatan, serta berasaskan kepada “konsep
     kejiranan”, struktur penduduk dan keperluan terhadap SJK(C). Projek pembangunan
     perumahan hendaklah mengikut pelan struktur dan pelan tempatan untuk mengagihkan tanah
     rizab sekolah kepada sekolah yang berlainan aliran.
                                                   6
8.  Antara faktor pertimbangan bagi perancangan pembinaan SJK(C) yang baru ialah:
     Data penduduk, murid, sekolah, tanah sekolah, guna tanah dan pengangkutan.
     Pemintaan dan pembekalan sekolah.
     Taburan, lokasi dan tapak sekolah.
     Bilangan SJK(C) baru yang perlu dibina di setiap kawasan komuniti, lokasi tapak sekolah
         dan tanah rizab sekolah.
     Mudah sampai atau sekolah dan rumah kediaman saling berdekatan.
     Kawasan tadahan sekolah dan populasi murid.
     Sekolah baru yang bina perlu membantu penyelesaian masalah kesesakan murid.
     Perancangan baik untuk sekolah bagi mengatasi masalah persekitaran, keselamatan dan
         traffic.
9. Mengikut perangkaan tahun 2000 Jabatan Perangkaan dan piawaian perancangan sekolah
    rendah DPSKL, dianggarkan Kuala Lumpur memerlukan 56 buah SJK(C). Tetapi, Kuala
    Lumpur hanya mempunyai 40 buah SJK(C) sahaja, iaitu masih kekurangan 16 buah SJK(C).
    Mengikut piawaian perancangan sekolah rendah DPSKL, pembinaan 16 buah SJK(C) tersebut
    memerlu sekurang-kurangnya 48 ekar tanah rizab sekolah (16 sekolah x 1 sekolah minimum 3
    ekar tanah). Kami menyeru DBKL menentukan keperluan SJK(C) mengikut keenam-enam zon
    perancangan. Kami mencadangkan supaya sebahagian tanah rizab sekolah di kawasan
    pembangunan sediada dan baru diagihkan kepada SJK(C).
10. Dalam isu kawasan pembangunan perumahan baru, DPSKL menyatakan bahawa terdapatnya
    tanah seluas 878 hektar (2,170 ekar) yang telah mendapat perintah pembangunan atau
    diluluskan secara dasar yang komited untuk projek perumahan kediaman. Kami menyeru
    DBKL menentukan bilangan SJK(C) yang diperlukan di kawasan perumahan tersebut dan
    mengenalpasti lokasi tapak dan tanah rizab sekolah yang berkenaan. Ini bagi mengatasi
    masalah kekurangan SJK(C) dan kesesakan murid. Tanah rizab sekolah seluas 48 ekar yang
    diperlukan itu hanyalah meliputi 2.2% keluasan kawasan pembangunan perumahan tersebut.
11. Untuk mengatasi masalah kesesakan murid di SJK(C), kami menyeru DBKL menentukan
    dalam masa terdekat ini kawasan yang amat perlu dibinanya SJK(C) besertakan bilangan
    sekolah dan tanah yang berkaitan. Kami mencadangkan DBKL mengadakan mesyuarat dengan
    pertubuhan masyarakat berkaitan untuk mencari formula penyelesaian.
12. Dengan itu, kami menyeru DBKL menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi melaksanakan
    kerja-kerja di atas. Keahlian jawatankuasa tersebut seharusnya terdiri daripada wakil kerajaan
    dan pertubuhan masyarakat.
     Penubuhan jawatankuasa kerja tersebut sejajar dengan dasar DPSKL yang menggalak lebih
        penyertaan awam dalam membuat keputusan yang melibatkan keperluan dan perkhidmatan
        masyarakat. Dasar tersebut juga menyatakan bahawa DBKL perlu peka kepada keperluan
        penduduk Bandar Raya (iaitu Kuala Lumpur) dan mengambil inisiatif untuk mendapatkan
        penyelesaian segera dan berkesan terhadap keperluan dan perkhidmatan penduduk.
     Jawatankuasa kerja tersebut adalah berbeza dengan jawatankuasa perundingan yang sediada
        pada struktur organisasi DBKL.




                                                7
3. Perancangan dan Pembinaan SJK(C) Secara Profesional dan Bersistem

Pandangan:
1. Kerajaan tidak ada satu sistem perancangan dan pembinaan SJK(C) yang profesional dan
   sistematik. Ini merupakan sebab utama kepada masalah kekurangan SJK(C).
2. Pada hakikatnya, jika dilihat dari segi profesion perancangan bandar dan desa, perancangan dan
   pembinaan SJK(C) sebenarnya dapat dijalankan secara profesional dan sistematik.

Cadangan:
1. Kami menyeru DBKL memastikan DPSKL merancang pembangunan sekolah pelbagai aliran
   secara sistematik dan menyeluruh dan mengemukakan cadangan dan formula penyelesaian
   serta merancang sekolah pelbagai aliran berasaskan kepada konsep kejiranan, struktur
   penduduk dan keperluan kepada setiap aliran sekolah.
2. Kaedah perancangan sekolah dalam DPSKL seharusnya meliputi:
    Merancang sekolah pelbagai aliran berasaskan kepada konsep kejiranan, struktur penduduk
       dan keperluan kepada setiap aliran sekolah.
    Membuat dan melaksanakan garis panduan dan piawaian perancangan yang sesuai bagi
       sekolah berlainan aliran.
    Penggunaan sistem geografi maklumat (GIS) dalam menjalankan kerja-kerja perancangan
       pembangunan sekolah pelbagai aliran
3. Kami menyeru DBKL menggunakan GIS untuk merancang pembangunan sekolah pelbagai
   aliran. Perancangan sekolah seharusnya berasaskan kepada maklumat struktur dan taburan
   murid dan penduduk, perumahan, pengangkutan dan trafik, tanah dan arah pembangunan. Ini
   digunakan untuk menjelaskan keadaan semasa dan trend pembangunan di masa hadapan,
   membuat analisis keadaan (scenario analysis) dan ramalan/unjuran (forecasting/projection),
   mengenalpasti isu dan masalah, menganalisis permintaan dan pembekalan sekolah pelbagai
   aliran serta membuat cadangan pembangunan dan formula penyelesaian masalah.
4. Selain itu, DPSKL seharusnya menentukan bilangan sekolah baru yang perlu dibina dan lokasi
   tapaknya serta sekolah yang masih boleh dibina kemudahan tambahan berasaskan kepada
   permintaan dan pembekalan sekolah pelbagai aliran. Selepas itu, membuat satu set peta taburan
   yang menunjukkan penduduk, murid, perumahan, pengangkutan dan trafik, tanah dan arah
   pembangunan, sekolah sediada, tanah rizab sekolah, sekolah baru yang dicadang untuk dibina.
   Maklumat yang berkaitan dimuatkan dalam laporan. Laporan tersebut hendaklah dibuka kepada
   penyertaan awam untuk dibincangkan secukupnya. Kemudiannya, projek-projek pembinaan
   sekolah dirangka dan dilaksanakan.
5. Kemajuan teknologi telah membolehkan kajian permintaan dan pembekalan sekolah dapat
   dijalankan melalui penggunaan sistem maklumat geografi (geographic information system).
    Antara perician komputer yang boleh digunakan untuk perancangan sekolah ialah:

        - ArcView GIS (www.esri.com)
        - SchoolSite (www.davisdemographics.com)
        - SPSPlus.Net (www.pstgi.com)
        - SchoolVision District Planner (www.schvision.com)
        - MasterPlan (www.planware.net)
        - GeoSchool (www.baragar.com)
        - Maptician, autoBound (www.digitalcorp.com)
                                               8
         Perician komputer Arcview GIS dan SchoolSite berikut menjelaskan secara ringkas
          perancangan sekolah. SchoolSite adalah satu perician GIS yang direka khas untuk
          membantu penyelesaian pelbagai masalah perancangan sekolah. Ia merupakan satu
          perician tambahan untuk digunakan bersama dengan Arcview GIS. Untuk maklumat lebih
          lanjut, sila melawat laman web produk perician berkenaan.


Pakej Perancangan SchoolSite diguna bersama ArcView GIS
SchoolSite™ Planning Suite for ArcView® GIS


                                                                        Pakej  perician  untuk
                                                                        merancang sekolah:

                                                                        1) ArcView GIS
                                                                        2) SchoolSite

                                                                        Melalui penggunaan SchoolSite,
                                                                        ArcView    dapat     menjelaskan
                                                                        sempadan     populasi     murid,
                                                                        kawasan    pembangunan     masa
                                                                        hadapan,   kawasan    bersekolah
ArcView illustrates student populations, future development areas,      dan unjuran kemasukan murid ke
and attendance boundaries along with enrollment forecasts with the      sekolah
SchoolSite extensions.

http://www.esri.com/news/arcnews/winter0102articles/gishelpsplan.html




Penggunaan SchoolSite dan ArcView GIS untuk unjuran bilangan kemasukan
                                                           9
murid.
4. Isu Pemindahan Sekolah

Pandangan:
1. DPSKL ada menyebut perkara berkenaan pemindahan sekolah di Pusat Bandar Raya (iaitu
   pusat bandar Kuala Lumpur). Perkara ini menarik perhatian kami.
2. Setelah mengguna pakai piawaian perancangan baru DPSKL, didapati bilangan sekolah yang
   diperlukan (permintaan) di pusat bandar Kuala Lumpur kurang daripada bilangan sekolah
   sediada (pembekalan). DPSKL menjangka pertambahan penduduk di pusat bandar Kuala
   Lumpur, tetapi permintaan sekolah pula berkurangan malahan wujudnya cadangan untuk
   memindah sekolah. Apakah maksud sebenarnya berhubung dengan perkara ini? Bagaimana
   pula dengan “sekolah yang berlebihan”? Ini menimbulkan persoalan.
3. Terdapat 8 buah SJK(C) yang berkongsi tapak sekolah yang sama. Setiap tapak mempunyai dua
   buah SJK(C) atau “cawangan sekolah”. Pada tahun 2000, kesemua sekolah tersebut mempunyai
   seramai hampir 8 ribu orang murid dan 12.5 ekar tanah. Atas pertimbangan perancangan dan
   pembangunan jangka masa panjang serta permintaan besar penduduk terhadap SJK(C), kami
   berpendapat boleh mengkaji kemungkinan memindahkan salah sebuah sekolah dari setiap tapak
   sekolah ke kawasan sesuai yang ada permintaan untuk membina 4 buah kampus sekolah yang
   memerlukan sekurang-kurangnya 12 ekar tanah rezab sekolah (4 buah kampus sekolah x 1
   sekorah rendah minimum 3 ekar).

Cadangan:
1. Kami menyeru DBKL menjelaskan perkara pemindahan sekolah dan membekalkan senarai
   nama sekolah-sekolah yang terlibat dalam pemindahan, sebab-sebab pemindahan, impak yang
   boleh timbul akibat pemindahan tersebut dan pendapat yang dikumpul oleh DBKL dan Jabatan
   Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung dengan pemindahan sekolah.
2. Kami menyeru DBKL menjelaskan dan menganalisis persoalan berikut yang ditimbulkan oleh
   DPSKL:
    Mengapa sehingga tahun 2020 apabila penduduk pusat bandar Kuala Lumpur bertambah,
       permintaan sekolah kurang daripada pembekalan sekolah sediada? Adakah ini bermakna
       sekolah sediada lebih daripada yang diperlukan? Tidak akan membina sekolah baru atau
       sesetengah sekolah akan ditutup atau dipindahkan? Sekolah manakah yang akan
       dipindahkan, dikekalkan atau ditutup? Apakah sebabnya? Ke manakah sekolah
       dipindahkan.
    Sekolah aliran manakah yang lebih pembekalan atau kekurangan? Bagaimana pula dengan
       permintaan dan pembekalan sekolan berlainan aliran di keenam-enam zon strategik?
    Apakah keadaanya bagi kejadian murid dari kawasan lain pergi ke pusat bandar untuk
       belajar?
3. Kami menyeru DBKL mengadakan dialog dengan pertubuhan masyarakat terutamanya
   pertubuhan pendidikan dan kebudayaan bagi mendapatkan pandangan rakyat.
4. Kami berpendapat, semasa DBKL merancang pendidikan atau sekolah di sesuatu kawasan
   komuniti, ia seharusnya mengambilkira keadaan setiap sekolah yang berkenaan sebelum
   membuat keputusan, lebih-lebih lagi jika cadangan yang terkandung di dalam pelan atau projek
   pembangunan memberi impak ke atas sekolah tersebut.
5. Mengkaji kemungkinan pemindahan SJK(C) yang berkongsi tapak sekolah:
    Kami akan berbincang dengan wakil lembaga pengelola sekolah berkenaan kemungkinan
       pemindahan sekolah ke kawasan sesuai yang ada permintaan.
                                               10
       Kami akan memaklumkan keputusan kepada DBKL di masa hadapan.
       Sekiranya membuat keputusan untuk berpindah, kami menyeru DBKL menubuhkan satu
        jawatankuasa kerja untuk membantu perlaksanaan kerja tersebut. Keahlian jawatankuasa
        tersebut seharusnya terdiri daripada wakil kerajaan dan pertubuhan masyarakat.



5. Pemindahan SMK Confucian dan Masalah Tanah Sekolah

Pandangan:
1. Bekas menteri pendidikan YB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dalam surat
   rasminya bertarikh 20 September 1999 kepada Timbalan Presiden MCA dan bekas menteri
   sumber tenaga manusia Dato’ Lim Ah Lek, telah meluluskan pemindahan sebuah sekolah
   kerajaan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian ke tapak baru. Pemindahan SMK
   Confucian merupakan satu janji Barisan Nasional pada pilihanraya 1999. Kami berpendapat
   kerajaan seharusnya menunaikan janjinya bagi mendapat kepercayaan rakyat.
2. Tetapi sehingga kini, pemindahan SMK Confucian masih menghadapi masalah dan tidak ada
   apa-apa kemajuan. Buat masa ini, SMK Confucian masih beroperasi di dalam kampus Sekolah
   Menengah Confucian (Persendirian).

Cadangan:
1. Kami menyeru DBKL memberi bantuan dalam mencari sebidang tanah untuk diberikan kepada
   SMK Confucian bagi tujuan pemindahan dan pembinaan sekolah.
2. Kami juga menyeru DBKL menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi melaksanakan
   kerja-kerja di atas. Keahlian jawatankuasa tersebut seharusnya terdiri daripada wakil kerajaan
   dan pertubuhan masyarakat.



6. Pembaikan Persekitaran Sekolah, Peningkatan Kemudahan Sekolah dan Kualiti
   Pendidikan

Pandangan:
1. Pembaikan persekitaran sekolah, peningkatan kemudahan sekolah dan kualiti pendidikan
   adalah penting untuk perkembangan sihat dan menyeluruh di kalangan murid-murid dan
   pembangunan negara
2. Selain itu, sesetengah sekolah juga menghadapi beberapa masalah di kawasan persekitaran
   sekolah berkenaan. Oleh itu, beberapa tindakan pembaikan harus dilaksanakan.

Cadangan:
1. Kami mencadangkan DBKL supaya menjalinkan kerjasama erat dengan pihak sekolah pelbagai
   aliran, mengadakan kerjasama untuk memperbaiki persekitaran sekolah dan mempertingkatkan
   kemudahan sekolah dan kualiti pendidikan serta membantu penyelesaian masalah berkaitan.
2. Kami berpendapat DBKL perlu mengadakan mesyuarat atau dialog yang tetap dengan pihak
   sekolah bagi membincangkan perlaksanaan kerja-kerja di atas. Sekolah-sekolah berkenaan
   termasuk SJK(C) dan sekolah menengah Cina (persendirian) boleh mengemukakan masalah
   dan cadangan kepada DBKL untuk dibincang bersama berkenaan projek kerjasama yang boleh
   dilaksanakan.

                                               11
7. Kajian Semula, Pembetulan dan Pengumuman Garis Paduan dan Piawaian
   Perancangan Sekolah

Pandangan:
1. Piawaian perancangan sekolah rendah DPSKL (10 ribu orang penduduk, sebuah sekolah rendah,
   minimum 3 ekar tanah) adalah berbeza dengan piawaian yang digunakan oleh Jabatan
   Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (3,000-7,500
   orang penduduk, sebuah sekolah rendah, 5-10 ekar tanah, 420-1050 orang murid).
2. Kami amat mengambilberat impak yang mungkin timbul akibat penggunaan piawaian
   perancangan sekolah rendah DPSKL. Adakah piawaian yang hanya mempunyai satu angka
   sahaja dan tidak mengambilkira keperluan sebenar kawasan yang berlainan itu sesuai diguna
   pakai?
3. Garis panduan dan piawaian perancangan sediada bagi sekolah rendah tidak menyatakan dan
   tidak meliputi sekolah yang berlainan aliran. Langkah yang tidak sesuai ini menimbulkan
   persoalan.

Cadangan:
1. Kami menyeru DBKL mengkaji semula, membuat penyesuaian dan mengumumkan garis
   panduan dan piawaian perancangan sekolah.
    Kami mencadangkan bahawa garis panduan dan piawaian perancangan sekolah hendaklah
      meliputi pelbagai aliran sekolah dan ini hendaklah diyatakan dengan jelas dan digunakan
      sebagai asas perancangan sekolah yang berlainan aliran.
    Kami mencadangkan supaya garis panduan dan piawaian perancangan sekolah hendaklah
      fleksibel untuk menangani masalah pendidikan secara berkesannya di kawasan yang
      berlainan.
       - Contohnya perancangan sekolah di sesuatu kawasan hendaklah mengambilkira masalah
           di kawasannya sendiri dan kawasan berhanpiran yang menghadapai masalah
           kekurangan sekolah dan kesesakan murid. Ini bagi memastikan pembinaan sekolah
           baru di kwasan sendiri dapat meringankan dan menyelesaikan masalah kekurangan
           sekolah dan kesesakan murid di kawasan berhampiran. Oleh itu, piawaian yang
           digunakan mungkin lebih kecil, contohnya satu sekolah untuk beberapa ribu orang
           sahaja dan tidak semestikan sampai 10 ribu orang penduduk baru dibekalkan sebuah
           sekolah rendah.
    Kami mencadangkan perancangan sekolah hendaklah mengikut nisbah penduduk kepada
      sekolah yang berbeza-beza untuk mewujudkan beberapa piawaian perancangan sekolah.
      Setiap piawaian yang dibentuk hendaklah berasaskan kepada keperluan dan keadaan
      sebenar sesuatu kawasan yang mana piawaian tersebut hanya diguna pakai di kawasan itu
      sahaja. Pada hakikatnya, piawaian yang sesuai mengikut kawasan adalah lebih berkesan
      dalam mengatasi sesuatu masalah.
2. Kami menyeru DBKL menjelaskan apakah asasnya dan faktor pertimbangan dalam
   pembentukan piawaian perancangan sekolah DPSKL.
3. Kami menyeru DBKL mengumumkan satu set garis panduan dan piawaian yang lengkap
   kepada orang ramai. Kami ingin mendapatkan satu set dokumen tersebut.




                                             12
                      Memorandum Pendidikan
                                        28 April 2003




                   BORANG BANTAHAN AWAM
                    DRAF PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020



                                    KEADAAN SEMASA

Pengenalan
    Mengikut anggaran Draft Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (DPSKL), Kuala Lumpur
mempunyai penduduk seramai 1.42 juta orang pada tahun 2000. Pada tahun 2020, sasaran
penduduknya adalah 2.2 juta orang, iaitu bertambah hampir 780 ribu orang dalam tempoh 20 tahun.
DPSKL membahagikan kawasan Kuala Lumpur kepada 6 zon strategik yang seluas 24,222 hektar
(59,853 ekar) (rujuk Rajah 1).

         Rajah 1: Enam zon strategik dan taburan penduduk tahun 2020 di Kuala Lumpur




                                              13
Penduduk, Pendidikan Dan Sekolah

1      Kesalahan Statistik Penduduk dan Sekolah. Perancangan Sekolah Dipersoalkan
       1.1 Perbezaan dalam statistik penduduk DPSKL:
            Mengikut anggaran DPSKL, penduduk Kuala Lumpur tahun 2000 adalah sebanyak
               1.424 juta orang. Tetapi perangkaan Banci Penduduk 2000 menunjukkan Kuala
               Lumpur mempunyai sebanyak 1.38 juta penduduk. Penduduk DPSKL lebih kira
               sebanyak 44 ribu orang. Perbezaan nyata berlaku pada kategori penduduk Cina(+52
               ribu), bukan warganegara(+21 ribu) dan bumiputra(-20 ribu) (rujuk Jadual 1).
            Mengikut struktur penduduk dan piawaian perancangan sekolah rendah dalam
               DPSKL, pada tahun 2000, Kuala Lumpur memerlukan sebanyak 61 buah SJK(C).
               Menurut perangkaan penduduk Jabatan Perangkaan tahun 2000 dan piawaian
               perancangan DPSKL, Kuala Lumpur pula memerlukan 56 buah SJK(C). Perbezaan
               besar dalam angka penduduk Cina (sebanyak 52 ribu orang) menyebabkan
               permintaan SJK(C)berbeza sebanyak 5 buah. Ini banyak mempengaruhi perancangan
               dan permintaan SJK(C). Mengikut data Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur
               hanya mempunyai 40 buah SJK(C) sahaja pada tahun 2000. Ini menunjukkan Kuala
               Lumpur masih kekurangan 16 buah SJK(C).
            Pada tahun 2000, keenam-enam zon strategik Kuala Lumpur mempunyai penduduk
               sebanyak 1.28 juta orang. Ini berbeza dengan jumlah anggaran penduduk DPSKL
               yang sebanyak 1.42 juta orang. Perbezaannya juga cukup besar iaitu sebanyak 145
               ribu orang (rujuk Jadual 2). Ini mungkin disebabkan oleh kesalahan angka penduduk
               di Zon Bandar Tun Razak-Sungai Besi (54 ribu orang). Jika dikira semula, kawasan
               tersebut mempunyai 200 ribu orang penduduk.

Jadual 1: Struktur Penduduk Kuala Lumpur (1991-2000)
Kategori              1991                1991                                     2000                         2000
                      Jab Perangkaan                   DPSKL                  Jab Perangkaan                  DPSKL
                   Penduduk           %         Penduduk          %       Penduduk           %         Penduduk          %
Bumiputra             461,652        37.63         469,900         37         561,481        40.71        541,082        38
Cina                  556,518        45.37         581,000         46         560,153        40.61        612,277        43
India                 137,993         11.25        141,000         11         146,621        10.63        142,239        10
Lain-lain              14,876          1.21                                    18,682         1.35         14,239         1
Warganegara         1,171,039        95.46          70,000          6       1,286,937        93.30      1,309,837        92
Bukan warga            55,669          4.54                                    92,373         6.70        113,912         8
Jumlah              1,226,708       100.00       1,262,000        100       1,379,310      100.00       1,423,749       100
                                                                                                        1,423,900
Sumber:
1)DBKL. DPSKL 2020.
2)Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan 1991. Laporan Penduduk Kuala Lumpur. Mac 1991.
3)Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan 2000. Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi. Julai 2001.
Nota: “   ”- terdapat perbezaan dalam angka perjumlahan.




                                                             14
Jadual 2:Pembekalan dan keperluan perumahan serta taburan penduduk di Kuala Lumpur
Zon Strategik                                             Perumahan                                 Penduduk
                               Keluasan        2000           2020         Beza         2000           2020      Beza
                                (Hektar)     Bekalan      Permintaan
Pusat Bandar Raya                   1,813      31,106           69,975     38,869        128,721       245,600   116,879
Wangsa Maju-Maluri                  4,614      79,265         126,414      47,149        347,432       443,700    96,268
Sentul-Menjalara                    4,657      66,484         126,788      60,304        297,600       445,000   147,400
Damansara-Penchala                  4,520      24,973           73,812     48,839         99,100       259,100   160,000
Bukit Jalil-Seputeh                 4,390      79,373         132,271      52,898        352,100       464,300   112,200
Bdr Tun Razak-Sg Besi               4,228      47,004           97,057     50,053      (53,996?)       340,700          ?
Jumlah                            24,222     328,205          626,315      298,110   (1,278,949?)    2,198,400
                                                                                       1,423,900                 774,500
Sumber: DBKL. DPSKL 2020.
Nota: “   ”- mungkin terdapat kesalahan dalam angka statistik berkenaan.


      Dari tahun 2000 hingga 2020, DPSKL menganggarkan bahawa penduduk Kuala Lumpur
       bertambah dari 1.42 juta orang kepada 2.2 juta orang, iaitu satu pertambahan sebanyak 780
       ribu orang. Selain itu, anggaran pertambahan penduduk di setiap zon strategik adalah di
       antara 100 ribu orang hingga 160 ribu orang (rujuk Jadual 2). Oleh itu, pada amnya sekolah
       perlu ditambah di zon strategik berkenaan sejajar dengan pertambahan penduduknya.
       Contohnya, Jadual 3 menunjukkan terdapat 3 zon strategik perlu membina 19 buah dan 26
       buah sekolah rendah. Tetapi apakah aliran sekolah yang akan dibina?

     1.2     Perbezaan dalam statistik sekolah DPSKL
              Mengikut DPSKL, Kuala Lumpur mempunyai 155 buah sekolah rendah pada tahun
                 2000. Pada tahun 2020, keperluan sekolah rendah bertambah kepada 220 buah, iaitu
                 “bertambah” sebanyak 65 buah sekolah rendah(pertambahan 76 buah sekolah rendah
                 di lima zon strategik, manakala Zon Bandar Raya mengalami “kekurangan” 11 buah
                 sekolah rendah). Kebanyakan sekolah rendah baru akan dibina di kawasan tenggara
                 hingga barat-daya Kuala Lumpur iaitu dari Zon Bandar Tun Rzak-Sungai Besi, Zon
                 Bukit Jalil-Seputeh hingga Zon Damansara-Penchala (lihat Rajah 1 dan Jadual 3).
              Tetapi perangkaan Kementerian Pendidikan pula menunjukkan bahawa Kuala
                 Lumpur mempunyai 177 buah sekolah rendah, iaitu 119 buah Sekolah Kebangsaan,
                 40 buah Sekolah Jens Kebangsaan (Cina), 15 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
                 dan 3 buah Sekolah Kebangsaan (Khas). Perangkaan tersebut tidak termasuk sekolah
                 rendah swasta dan sekolah rendah agama. Ini bermakna DPSKL sudah kurang hitung
                 sekurang-kurangnya 22 buah sekolah rendah.
              Oleh itu, perancangan sekolah dalam DPSKL sudah lari daripada keadaan sebenar .
                 Kesalahan tersebut menyebabkan perancangan sekolah dalam DPSKL dipersoalkan.




                                                               15
Jadual 3: Pembekalan dan keperluan sekolah rendah di Kuala Lumpur
Zon Strategik                 Penduduk 2000/             2000               2020           2000-2020             2020
                               Sekolah 2000            Bekalan           Keperluan                            Penduduk
Pusat Bandar Raya                  3,576                  36                 25                -11               245,600
Wangsa Maju-Maluri                 8,909                  39                 44                +5                443,700
Sentul-Menjalara                   7,832                  38                 45                +7                445,000
Damansara-Penchala                14,157                    7                26                +19               259,100
Bukit Jalil-Seputeh               13,041                  27                 46                +19               464,300
Bdr Tun Razak-Sg Besi                                       8                34                +26
                                       ?
                                                                                                                 340,700
Jumlah                                                    155               220                +65
                                       ?
                                                                                                              2,198,400
Sumber: DBKL. DPSKL 2020.
Nota:1)Terdapat kesilapan dalam bilangan sekolah (155 buah) pada tahun 2000. Data Kementerian Pendidikan menunjukkan
      Kuala Lumpur mempunyai 177 buah sekolah rendah.
     2)Mengikut piawaian DPSKL, setiap 10 ribu orang penduduk, 1 sekolah rendah, keluasan tanah sekurang-kurangnya 1.2 hektar
       (3 ekar).
     3)Penduduk DPSKL tahun 2020 adalah sebanyak 2.2 juta. Oleh itu, dianggar sebanyak 220 buah sekolah rendah diperlukan
       pada tahun 2020.


     1.3    Sementara penduduk Pusat Bandar Raya (pusat bandar Kuala Lumpur) bertambah,
            keperluan sekolah pula berkurangan dan wujudnya cadangan pemindahan sekolah.
             Sementara DPSKL ada menyatakan bahawa penduduk Pusat Bandar Raya akan
                bertambah sebanyak 120 ribu orang (rujuk Jadual 2), ia juga membuat cadangan
                untuk memindahkan sesetengah sekolah di kawasan tersebut. Tapak asal tiga buah
                sekolah yang dipindahkan akan dibangunkan untuk tujuan komersial atau perumahan
                kediaman. Selain ketiga-tiga sekolah tersebut, sekolah manakah yang juga berada di
                dalam senarai pemindahan? Apakah “sebab” sesuatu sekolah itu dipindahkan?
                Apakah impak yang mungkin timbul akibat pemindahan sekolah tersebut? Apakah
                pendapat pihak sekolah dan orang ramai?
             DPSKL tidak menjelaskan mengapa pada ketika penduduk bertambah, keperluan
                sekolah berkurangan dan sebaliknya wujud cadangan pemindahan sekolah. Walaupun
                DPSKL ada menyentuh perkara sekolah dipindahkan ke kawasan kediaman, tetapi
                angka statistik menunjukkan keperluan sekolah “berkurangan”. Apakah maksud yang
                terkandung di dalamnya? Adakah ini bermakna pembekalan melebihi keperluan,
                tidak akan membina sekolah baru atau sesetengah sekolah akan ditutup atau
                dipindahkan? Sekolah manakah yang akan dipindahkan, dikekalkan atau ditutup?
                Apakah sebabnya? Ke manakah sekolah dipindahkan? Ini menimbulkan banyak
                persoalan.
             Andaikata bilangan sekolah rendah dan jumlah penduduk tahun 2000 di Pusat
                Bandar Raya adalah angka yang benar, maka Jadual 3 menunjukkan bahawa nisbah
                penduduk kepada sekolah rendah di kawasan tersebut adalah 3,600 orang kepada
                sebuah sekolah rendah. Nisbah ini lebih rendah daripada piawaian perancangan
                sekolah rendah biasa (contohnya 7500 orang penduduk, 1 sekolah). Adakah ini
                menggambarkan pembekalan sekolah melebihi keperluan? Sekolah aliran mana yang
                pembekalannya melebihi keperluan, atau menghadapi masalah kekurangan sekolah?

                                                             16
          Apakah keadaannya bagi pembekalan dan keperluan sekolah di setiap zon strategik?
          Apakah keadaan bagi murid dari kawasan lain yang datang belajar di
          sekolah-sekolah di Pusat Bandar Raya? Oleh itu, selepas membetulkan kesalahan
          perangkaan penduduk dan sekolah dalam DPSKL, barulah dapat menganalisis
          keadaan sebenar dengan berasaskan kepada maklumat yang terperinci dan
          munasabah untuk diguna pakai.
       DPSKL tidak menyebut samada pemindahan sekolah melibatkan Sekolah Menengah
          Kebangsaan Confucian yang dijanjikan oleh Barisan Nasional pada pilihanraya 1999.
          Ia juga tidak menyebut samada akan menyediakan tanah rizab sekolah kepada SMK
          Confucian untuk tujuan pemindahan dan pembinaan sekolah.
1.4   Impak daripada piawaian perancangan sekolah rendah.
       DPSKL mengguna pakai piawaian perancangan yang baru untuk perancangan dan
          penyediaan sekolah rendah, iaitu untuk setiap 10 ribu orang penduduk, sebuah
          sekolah rendah dengan tanah sekurang-kurangnya 1.2 hektar (3 ekar) akan
          disediakan. Impak daripada penggunaan piawaian baru tersebut harus dikaji dengan
          teliti. Adakah piawaian yang hanya mempunyai satu angka sahaja dan tidak
          mengambilkira keperluan sebenar kawasan yang berlainan itu sesuai diguna pakai?
           Sekiranya tidak, apakah penyelarasan yang akan dibuat? Sekiranya ya, adakah
           kelonggaran dalam perlaksanaan seperti mewujudkan piawaian yang fleksibel untuk
           menangani masalah pendidikan secara berkesannya di kawasan yang berlainan.
           Contohnya perancangan sekolah di sesuatu kawasan hendaklah mengambilkira
           masalah di kawasannya sendiri dan kawasan berhanpiran yang menghadapai
           masalah kekurangan sekolah dan kesesakan murid. Ini bagi memastikan pembinaan
           sekolah baru di kwasan sendiri dapat meringankan dan menyelesaikan masalah
           kekurangan sekolah dan kesesakan murid di kawasan berhampiran. Oleh itu,
           piawaian yang digunakan mungkin lebih kecil, contohnya satu sekolah untuk
           beberapa ribu orang sahaja dan tidak semestikan sampai 10 ribu orang penduduk
           baru dibekalkan sebuah sekolah rendah.
       Piawaian perancangan sekolah rendah yang digunapakai oleh DPSKL (10 ribu orang
          penduduk, 1 sekolah rendah, minimum 3 ekar tanah) berbeza dengan piawaian tahun
          1999 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenenjung Malaysia yang
          memperuntukkan setiap 3,000-7,500 orang penduduk dibekalkan dengan sebuah
          sekolah rendah dengan tanah seluas 5-10 ekar dan kapasiti pelajar sebanyak
          420-1,050 orang. DPSKL seharusnya merujuk kepada cara JPBD Semenanjung
          Malaysia membuat piawaian (rujuk Jadual 18) yang menggunakan nisbah penduduk
          kepada sekolah yang berbeza-beza untuk mewujudkan beberapa piawaian
          perancangan sekolah. Setiap piawaian yang dibentuk berasaskan kepada keperluan
          dan keadaan sebenar sesuatu kawasan itu dan piawaian tersebut hanya diguna pakai
          di kawasan itu sahaja. Pada hakikatnya, piawaian yang sesuai mengikut kawasan
          adalah lebih berkesan dalam mengatasi sesuatu masalah.
1.5   Perancangan sempurna untuk sekolah komuniti pelbagai aliran.
       DPSKL seharusnya ada perancangan pembangunan yang sistematik dan menyeluruh
          bagi sekolah pelbagai aliran dan mengemukakan cadangan serta menghubungi
          Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk memperbaiki
          persekitaran dan mempertingkatkan kemudahan sekolah dan kualiti pendidikan.
       Perancangan sekolah di sesuatu kawasan komuniti seharusnya mengambilkira
          keadaan setiap sekolah yang berkenaan sebelum membuat keputusan, lebih-lebih lagi
                                           17
              jika cadangan yang terkandung di dalam pelan atau projek pembangunan memberi
              impak ke atas sekolah tersebut. Tetapi DPSKL tidak menyentuh isu ini.

2   DPSKL Mengelak Daripada Menyentuh Isu Pendidikan Utama
    2.1 DPSKL tidak menyentuh perkara berkenaan dengan sekolah rendah pelbagai aliran
        seperti SK, SJK(C) dan SJK(T). Ia juga tidak memberi maklumat berkenaan setiap aliran
        sekolah rendah tersebut tetapi hanya memberi angka perjumlahan (lump-sum) sahaja
        (contohnya sejumlah 155 buah sekolah rendah tetapi tidak menyatakan jenis sekolah).
        DPSKL tidak menyentuh isu utama pendidikan yang dihadapi oleh penduduk. Maka
        DPSKL hanya memberi satu gambaran yang begitu kabur berkenaan pendidikan di Kuala
        Lumpur.
    2.2 DPSKL tidak menyentuh masalah kekurangan SJK(C) yang dihadapi oleh penduduk
        Kuala Lumpur dan Selangor khasnya selama ini di kawasan kependudukan padat dan
        kawasan pembangunan baru yang padat dengan penduduk Cina. Rakyat selalu
        menyuarakan keinginan untuk membina SJK(C) yang baru. Tetapi DPSKL telah

          mengabaikan isu tersebut, menganggap ia “tidak wujud” dan tidak mencari formula
          penyelesaian.
    2.3   Perangkaan DPSKL menunjukkan pertambahan berpuluh-puluh buah sekolah rendah
          baru di Kuala Lumpur (rujuk jadual 3) tetapi tidak menyatakan jenis aliran sekolahnya.
          Adakah pertambahan tersebut termasuk SJK(C) atau kesemuanya hanya untuk SK
          sahaja?

3   Keadaan Semasa Sekolah Rendah Pelbagai Aliran
    3.1 DPSKL tidak menyentuh keadaan setiap aliran sekolah rendah. Oleh itu, komen berikut
        akan menggabungkan DPSKL dengan maklumat sumber luar bagi membincangkan
        keadaan semasa sekolah tersebut.
    3.2 Keadaan semasa sekolah pelbagai aliran.
         Pada tahun 2000 dan 2002, jumlah murid SJK(C) telah bertambah sebanyak 3,055
            dan 5,671 orang berbanding dengan tahun 1998, tetapi bilangan SJK(C) sebaliknya
            tidak bertambah. Ini memburukkan lagi masalah kesesakan murid di dalam SJK(C).
            Dalam tempoh 4 tahun tersebut, SK telah bertambah 8 buah walaupun jumlah
            muridnya tidak banyak berubah (rujuk Jadual 4). Bilangan sekolah dan bilangan
            murid bagi SJK(T) pula berkurangan.
         Dari tahun 1998 hingga 2002, sebuah sekolah rendah akan dibina bagi setiap
            pertambahan 900 orang murid (tambah 42,140 orang murid SK / tambah 47 buah SK)
            di Selangor. Mengikut kadar ini, perlunya membina 6 buah SJK(C) (tambah 5,671
            murid SJK(C) / 900 murid setiap sekolah) bagi memenuhi keperluan pendidikan
            hampir 6 ribu orang murid. (Nota: bagi tahun 1998-2002, Kuala Lumpur dan
            Selangor bertambah 21 ribu orang murid SJK(C), perlu pembinaan 23 buah SCJK(C),
            iaitu Kuala Lumpur 6 buah, Selangor 17 buah).
         Janji Barisan Nasional pada Pilihanraya 1999 untuk membina dua buah “sekolah
            cawangan” SJK(C) di Kepong dan Cheras masih belum direalisasikan. Sebenarnya,
            bilangan SJK(C) baru yang diperlukan adalah lebih daripada itu.
         Perkembangan seterusnya ialah: SJK(C) Taman Connaught 2 (5.43 ekar) terletak di
            Damai Perdana, Selangor. SJK(C) Kepong 3 terletak berdekatan dengan Taman Bukit
            Maluri, Kuala Lumpur.
                                             18
                Mengikut perangkaan tahun 2000 Jabatan Perangkaan, Kuala Lumpur mempunyai
                 560 ribu orang penduduk Cina. Oleh itu memerlukan 56 buah SJK(C). Tetapi kini
                 hanya ada 40 buah SJK(C) sahaja dan masih kekurangan 16 buah SJK(C).
                 Pembinaan 16 buah SJK(C) baru memerlu sekurang-kurangnya 48 ekar tanah rizab
                 sekolah.
                DPSKL menyatakan bahawa terdapatnya tanah seluas 878 hektar (2,170 ekar) yang
                 telah mendapat perintah pembangunan atau diluluskan secara dasar yang komited
                 untuk projek perumahan kediaman. Sebahagian tanah rezab sekolah di kawasan
                 pembangunan perumahan ini seharusnya diagihkan kepada SJK(C). Tanah rizab
                 sekolah seluas 48 ekar yang diperlukan itu hanyalah meliputi 2.2% keluasan kawasan
                 pembangunan perumahan tersebut.
                DPSKL tidak membuat formula penyelesaian, tidak menyebut masalah pembekalan
                 dan keperluan SJK(C) serta tidak menyatakan keperluan SJK(C) yang baru dan tanah
                 rizab sekolah yang diperlukan mengikut setiap zon strategik untuk memenuhi
                 keperluan penduduk.

Jadual 4: Bilangan sekolah rendah dan murid di Kuala Lumpur, 1998-2002
Sekolah               1998           2000            2002         1998-2000      2000-2002    1998-2002
Murid SK
                                                                                    - 995
                    95,741           96,889         95,894         + 1,148                     + 153
Bil SK                  117              119            125              + 2          + 6        + 8
Murid SJK(C)        51,962           55,017         57,633         + 3,055        + 2,616     + 5,671
Bil SJK(C)               40               40             40                0            0           0
Murid SJK(T)
                                                                        - 157        - 59       - 216
                      2,861           2,704           2,645
Bil SJK(T)
                                                                          -1                      -1
                         16               15             15                             0
Sumber: Kementerian Pendidikan. Perangkaan tahun 1998, 2000 dan 2002.


                Pada tahun 2002, pada puratanya SJK(C) mengalami masalah kesesakan yang lebih
                 serius (purata 1441 orang murid / setiap sekolah) berbanding dengan SK (purata 767
                 orang murid / setiap sekolah) iaitu 88% lebih sesak berbanding dengan SK.
                Pada tahun 2002, secara puratanya SJK(C) mempunyai 45 orang murid bagi setiap
                 kelas dan ini jauh lebih tinggi daripada SK (30 murid/kelas) dan SJK(T)(26
                 murid/kelas). Piawaian yang diguna oleh Kementerian Pendidikan adalah 35 orang
                 murid setiap kelas. Ini menunjukkan SJK(C) mengalami masalah kesesakan kelas
                 yang serius.
                Selain itu, nisbah bilangan murid kepada guru bagi SJK(C) (29 murid/guru) adalah
                 jauh lebih tinggi daripada SK (19 murid/guru) dan SJK(T) (15 murid/guru). Ini
                 menunjukkan SJK(C) menghadapi masalah kekurangan guru. Beban yang dipikul
                 oleh guru SJK(C) juga lebih berat daripada guru di SK dan SJK(T).
                Kesimpulannya, Kuala Lumpur menghadapi masalah kekurangan SJK(C), kesesakan
                 murid dan bebanan kerja guru bertambah. Masalah ini semakin serius.

Jadual 5: Nisbah murid bagi sekolah rendah di Kuala Lumpur, 1998-2002
Sekolah           Bil. Murid/Bil. Sekolah          Bil. Murid/Kelas         Bil. Murid/Guru

                                                            19
                   1998       2000        2002             2002         2002
SK                 818.3      814.2       767.2            30.47        19.18
SJK(C)            1299.1     1375.4      1440.8            45.45        29.40
SJK(T)             178.8      180.3       176.3            26.45        14.86
Sumber: Kementerian Pendidikan. Perangkaan tahun 1998, 2000 dan 2002.




                                                           20
Jadual 6: Maklumat asas sekolah rendah di Kuala Lumpur, 2002
Sekolah         Bil. Sekolah      Bil. Murid       Bil. Guru        Bil. Bukan Guru/Staf     Bil. Kelas
SK                     125          95,894               4,999              551                 3,147
SJK(C)                    40        57,633               1,960              299                 1,268
SJK(T)                    15          2,645               178                66                     100
SK(Khas)                   3            200                54                13                     30
Jumlah                 183         156,372               7,191              929                 4,545
Sumber: Kementerian Pendidikan. Perangkaan tahun 2002.


     3.3   Masalah tapak sekolah yang bersaiz kecil, kesesakan murid dan perkongsian tapak
           sekolah.
            Kajian kami pada tahun 2000 menunjukkan bahawa kebanyakan SJK(C) di Kuala
              Lumpur tidak menepati piawaian perancangan sekolah rendah yang ditetapkan oleh
              pihakberkuasa. Kebanyakan SJK(C) mempunyai saiz tapak yang kecil manakala
              bilangan murid yang bertambah menambahkan lagi kesesakan sekolah. Sebenarnya
              kepadatan pelajar bagi SJK(C) jauh melebihi piawaian (maksimum 210 murid/ekar).
              Sesetengah SJK(C) mengalami masalah kesesakan yang sangat serius.
            Jumlah keluasan tanah sekolah bagi kesemua 40 buah SJK(C) ialah 116.5 ekar,
              meliputi 0.19% keluasan Kuala Lumpur (59,853 ekar).
            Kuala Lumpur mempunyai 8 buah SJK(C) yang berkongsi sekolah di 4 tapak sekolah.
              Setiap tapak mempunyai dua buah SJK(C) atau “cawangan sekolah”. Pada tahun 2000,
              kesemua sekolah tersebut mempunyai seramai 8 ribu orang murid dan 12.5 ekar tanah.
              Atas pertimbangan perancangan dan pembangunan jangka masa panjang serta
              permintaan besar penduduk terhadap SJK(C), maka bolehlah mengkaji kemungkinan
              memindahkan salah sebuah sekolah dari setiap tapak sekolah ke kawasan sesuai yang
              ada permintaan untuk membina 4 buah kampus sekolah yang memerlukan
              sekurang-kurangnya 12 ekar tanah rizab sekolah (4 buah kampus sekolah x 1 sekolah
              rendah minimum 3 ekar).
               [DPSKL ada menyebut perkara berkenaan pemindahan sekolah di Pusat Bandar
               Raya (iaitu pusat bandar Kuala Lumpur) tetapi tidak memberi penjelasan lanjut]
    3.4 Perubahan keluasan sekolah sebelum dan selepas pembinaan dan pemindahan sekolah.
            Jumlah keluasan bagi kesemua 40 buah SJK(C) (116.5 ekar) hanya meliputi 0.19%
              keluasan Kuala Lumpur 59,853 ekar).
            Sekiranya dibina 16 buah SJK(C) baru dan memindahbina 4 buah sekolah sediada
              yang berkongsi tapak, ini memerlukan sekurang-kurangnya 60 ekar tanah rizab
              sekolah dan hanya meliputi 0.10% keluasan Kuala Lumpur.
            Keluasan 36 buah SJK(C) sediada (116.5 ekar), pindahbina 4 buah SJK(C) sediada
              (minimum 12 ekar) dan pembinaan 16 buah SJK(C) baru memerlukan 176.5 ekar,
              meliputi 0.29% keluasan Kuala Lumpur.
Jadual 7: Perubahan keluasan sekolah sebelum dan selepas pembinaan dan pemindahan sekolah
 Sebelum        keluasan       Luas sekolah                      Selepas               keluasan           Luas sekolah
                 (ekar)          /Luas KL                                                  (ekar)          /Luas KL
 40 buah         116.5             0.19%             36 buah SJK(C) sediada                116.5             0.19
  SJK(C)                                            pindah 4 sek kongsi tapak        minimum 12              0.02
 Sediada                                            bina 16 buah SJK(C) baru         minimum 48              0.08
  Jumlah         116.5                                           Jumlah             minimum 176.5            0.29

                                                            21
Jadual 8: Bilangan Murid, Keluasan Sekolah dan Densiti Murid SJK(C) di Kuala Lumpur bagi Tahun 2000
Bil    Nama Sekolah                                 Bilangan Murid             Keluasan (Ekar)           Densiti (Murid/Ekar)
1.     SJK(C) KUEN CHENG 1                                 1,316                       3.7                        721
2.     SJK(C) KUEN CHENG 2                                 1,350             Kongsi Tapak Sekolah
3.     SJK(C) ST. TERESA                                     353                      1.95                        258
4.     SJK(C) LA SALLE                                       203             Kongsi Tapak Sekolah
5.     SJK(C) YOKE NAM                                     2,010                      4.25                        473
6.     SJK(C) CHOONG WEN                                   1,916                          4                       479
7.     SJK(C) JALAN DAVIDSON                               1,818                      3.25                        559
8.     SJK(C) LAI MENG                                     1,285                     2.625                        490
9.     SJK(C) MUN YEE                                      1,406                      1.89                        744
10.    SJK(C) NAN KAI                                        315                      2.12                        149
11.    SJK(C) NAN YIK                                      1,393                       2.9                        480
12.    SJK(C) CHUNG HWA 'P'                                1,017                          3                       339
13.    SJK(C) NAAM KHEUNG                                  2,377                      5.25                        453
14.    SJK(C) JALAN IMBI                                     803                       2.1                        382
15.    SJK(C) KUNG MIN                                     1,154                     1.626                        710
16.    SJK(C) CHUNG KWO                                    1,330                       3.1                        429
17.    SJK(C) SAM YOKE                                       197                     1.213                        162
18.    SJK(C) TAI THUNG                                    1,446                          3                       482
19.    SJK(C) TSUN JIN                                     2,300                          6                       383
20.    SJK(C) CHONG FAH PHIT CHEE                            740                          1                       740
21.    SJK(C) KWONG HON                                    1,172                          7                       167
22.    SJK(C) CHIN WOO                                     1,643                       2.2                        747
23.    SJK(C) SALAK SOUTH                                  1,065                      4.74                        225
24.    SJK(C) TAMAN CONNAUGHT                              2,339                          2                      1170
25.    SJK(C) CONFUCIAN                                    1,811                       3.6                        503
26.    SJK(C) LAI CHEE                                       970                       1.1                        882
27.    SJK(C) KHAI CHEE                                    2,300                       1.5                       1533
28.    SJK(C) SENTUL                                         930                      2.76                        337
29.    SJK(C) SENTUL PASAR                                   789                       3.4                        232
30.    SJK(C) JINJANG TENGAH 1                               758                       2.5                        462
31.    SJK(C) JINJANG TENGAH 2                               396             Kongsi Tapak Sekolah
32.    SJK(C) JINJANG UTARA                                1,832                        13                        141
33.    SJK(C) JINJANG SELATAN                              2,200                          5                       440
34.    SJK(C) KEPONG 1                                     1,927                      4.29                        885
35.    SJK(C) KEPONG 2                                     1,871             Kongsi Tapak Sekolah
36.    SJK(C) MUN CHOONG                                   2,840                      4.28                        664
37.    SJK(C) CHI MAN                                        950                       1.5                        633
38.    SJK(C) CHIAO NAN                                    1,450                       1.7                        853
39.    SJK(C) CHONG HWA                                    2,157                     1.475                       1462
40.    SJK(C) CHUNG KWOK                                   1,250                       1.5                        833
       Jumlah                                            55,379                      116.5                        475
Sumber: Gabungan Lembaga-lembaga Sekolah-sekolah Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maklumat 2000.
Nota: Mengikut Jadual 4, kepadatan murid tahun 1998, 2000 dan 2002 adalah 446, 472 dan 495 orang murid seekar.


                                                             22
4   Keadaan Taburan Penduduk Dan Sekolah Di Lembah Klang
    4.1 Mengikut maklumat penduduk (tahun 2000) dan sekolah (tahun 2002), masalah
        kekurangan SJK(C) bukan hanya berlaku di Kuala Lumpur, ia juga berlaku Lembah
        Klang yang meliputi Daerah Gombak, Petaling, Klang, Ulu Langat dan Kuala Lumpur.
    4.2 Lembah Klang mempunyai 1.64 juta orang penduduk Cina, meliputi 91.7% daripada
        keseluruhan penduduk Cina di Kuala Lumpur dan Selangor (1.79 juta orang). Ia
        mengalami masalah kekurangan SJK(C) dan perlu dibina SJK(C) baru secepat mungkin.
        DPSKL tidak ada menyentuh masalah kekurangan SJK(C) dan formula penyelesaiannya.
    4.3 Dari segi peratusan, Lembah Klang mempunyai 97 buah SJK(C), iaitu hanya 18.8%
        daripada kesemua sekolah rendah sediada dan kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada
        kadar penduduk Cina (1.64 juta orang) kepada penduduk warganegara (4.54 juta)
        kawasan itu, 36.1%. Perbezaan antara mereka begitu besar sekali. Kadar sekolah
        hanyalah separuh daripada kadar penduduk (18.8/36.1=52%)

               Rajah 2: Struktur penduduk dan taburan sekolah di Lembah Klang




                       Nota: Statistik di atas tidak termasuk penduduk bukan warganegara
                                                     23
4.4   Dari segi agregat, Lembah Klang mempunyai 1.64 juta orang penduduk Cina dan 97 buah
      SJK(C) dengan purata 17 ribu orang bagi setiap SJK(C) (1.64 juta orang/97buah sekolah).
      Kadar ini jauh lebih tinggi daripada piawaian perancangan sekolah rendah JPBD
      Semenanjung Malaysia (7.5 ribu orang penduduk, 1 sekolah rendah) dan DPSKL (10 ribu
      orang penduduk, 1 sekolah rendah). Ini menunjuk berlakunya kekurangan SJK(C),
      pembekalannya tidak memenuhi permintaan.. Ini menyebabkan penerimaan masuk
      pelajar terpaksa ditambahkan sehingga membawa bebanan kesesakan murid. Prinsip
      pendidikan telah diputar-belitkan oleh kejadian tersebut.
4.5   Rajah 2 menunjukkan bahawa pembekalan dan permintaan SJK(C) tidak mengikut
      struktur penduduk masyarakat majmuk. Ini menjadikan pembekalan SJK(C) tidak
      memenuhi permintaan. Keseluruhan kawasan Lembah Klang menghadapi masalah
      kekurangan SJK(C). Ia juga tidak memenuhi hak dan keperluan pendidikan ibunda.




                                           24
Rajah 3:Bil SJK(C) dan Murid, 1998-2002                       Rajah 4:Bil SK dan Murid, 1998-2002                        Rajah 5:Bil SJK(T) dan Murid, 1998-2002

              Bil Murid                         Bil Sekolah                                                     Bil
                                                                           Bil Murid                                                  Bil Murid                         Bil Sekolah
                                                                                                              Sekolah
             165,000                                 200                   420,000                                520
                                           161,335                                                                                    31,000                                160
                                                                                                        412,629
                                                                                                                                               30,718
             160,000                                                       410,000                                510
                                                     190                                                   504
                                                                                                                                      30,500                                150
                                                                                                                  500
             155,000                                                       400,000
                                 151,222             180
                                                                                                                  490                 30,000                                140
             150,000                                                       390,000
                                                                                               384,511
                                                     170                                                          480
                                                                                                                                                                  29,469
             145,000                                                       380,000                                                    29,500                                130
                                                                                     370,336                      470
                       140,233                       160
             140,000                                                       370,000                                                                       29,029
                                                                                                                  460                 29,000                                120
                                                     150                                          457                                              114      113      113
             135,000                                                       360,000
                                                                                                                  450
                                                                                         449                                          28,500                                110
                                                     140                   350,000                                440
             130,000                          142
                          141       141
                                                                           340,000                                430                 28,000                                100
             125,000                                 130
                                                                                       1998      2000    2002                                     1998    2000      2002
                          1998    2000      2002
                                 Tahun                                                         Tahun                                                     Tahun


                                                                                     Bi l M i d
                                                                                           ur            Bi l Sekol ah                               ur
                                                                                                                                               Bi l M i d         Bi l Sekol ah
                             ur
                       Bi l M i d          Bi l Sekol ah


Sumber:Kementerian Pendidikan. 1998, 2000, 2002.              Sumber:Kementerian Pendidikan. 1998, 2000, 2002.           Sumber:Kementerian Pendidikan. 1998, 2000, 2002.
                                                                      Perangkaan di atas tidak termasuk sekolah khas.

                                                                                            25
26
Jadual 9:Bilangan murid SJK(C), 1998-2002                 Jadual 12:Bilangan murid SK, 1998-2002                   Jadual 15:Bilangan murid SJK(T), 1998-2002

 Kws                    Bilangan Murid                     Kws                   Bilangan Murid                     Kws                   Bilangan Murid
           1998        2000         2002      1998-2002              1998       2000         2002      1998-2002              1998      2000         2002       1998-2002
 KL        51,962      55,017       57,633      5,671      KL        95,741     96,889      95,894         153      KL         2,861     2,704       2,645       -   216
 Sel       88,271      96,205      103,702     15,431      Sel      274,595    287,622     316,735      42,140      Sel       27,857    26,325      26,824       -1,033
 Jumlah   140,233     151,222      161,335     21,102      Jumlah   370,336    384,511     412,629      42,293      Jumlah    30,718    29,029      29,469       -1,249


Jadual 10:Bilangan sekolah SJK(C), 1998-2002              Jadual 13:Bilangan sekolah SK, 1998-2002                 Jadual 16:Bilangan sekolah SJK(T), 1998-2002
 Kws                    Bilangan Sekolah                   Kws                   Bilangan Sekolah                   Kws                  Bilangan Sekolah
           1998        2000         2002      1998-2002              1998       2000         2002      1998-2002              1998      2000         2002       1998-2002
 KL         40          40             40         0        KL         117       119          125           8        KL          16        15             15          -1
 Sel        101        101           102          1        Sel        332       338          379          47        Sel         98        98             98           0
 Jumlah     141        141           142          1        Jumlah     449       457          504          55        Jumlah     114       113            113          -1



Jadual 11:Purata murid sekolah SJK(C), 1998-2002          Jadual 14:Purata murid sekolah SK, 1998-2002             Jadual 17:Purata murid sekolah SJK(T), 1998-2002

 Kws                  Bil Murid/Bil Sekolah                Kws                 Bil Murid/Bil Sekolah                Kws                 Bil Murid/Bil Sekolah
              1998              2000           2002                     1998             2000           2002                     1998            2000            2002
 KL          1299.1             1375.4         1440.8      KL          818.3             814.2          767.2       KL          178.8            180.3           176.3
 Sel          874.0              952.5         1016.7      Sel         827.1             851.0          835.7       Sel         284.3            268.6           273.7
 Jumlah       994.6             1072.5         1136.2      Jumlah      824.8             841.4          818.7       Jumlah      269.5            256.9           260.8




                                                                                 27
Sumber:Kementerian Pendidikan. 1998, 2000, 2002.   Sumber:Kementerian Pendidikan. 1998, 2000, 2002.          Sumber:Kementerian Pendidikan. 1998, 2000, 2002.
                                                           Perangkaan di atas tidak termasuk sekolah khas.




                                                                            28
5    Perancangan Sekolah Komuniti

     5.1 Dalam bidang perancangan bandar dan desa, kerajaan negara kita mengguna pakai
         konsep “unit kejiranan” (atau konsep kejiranan) untuk merancang sekolah. Pengetahuan
         ke atas konsep ini dan praktis pihakberkuasa dapat membantu seseorang memahami
         konsep dan kaedah perancangan sekolah.
     5.2 Konsep“Unit Kejiranan”
          Pada tahun 1929, seorang perancang bandar dan ahli sosiologi Amerika Syarikat yang
             bernama Perry (1872-1944)1 telah mengemukakan konsep ini. Konsep ini memberi
             impak yang besar ke atas perancangan kawasan kediaman. Konsep ini diguna pakai
             secara meluas termasuk negara kita di dalam perancangan kawasan perumahan dan
             kemudahan masyarakat seperti sekolah.
        - Konsep ini berasakan kepada pandangan “kehidupan keluarga dalam komuniti” dengan
           menggunakan sebuah sekolah rendah sebagai pusat untuk merancang satu komuniti
           yang ideal dengan penduduk seramai 3 hingga 10 ribu orang. Ia memberi penekanan
           kepada pembentukan satu persekitaran kediaman yang selesa dan selamat serta
           menggalak aktiviti berkumpulan dan semangat kejiranan. Kawasan kejiranan
           dibekalkan dengan “low-order goods and services” dan kemudahan awam yang asas
           supaya aktiviti-aktiviti kehidupan harian seperti bersekolah, bereakasi dan membeli
           barangan runcit dapat dilakukan di dalam kawasan jarak perjalanan.
        - 6 prinsip asas dalam perancangan “unit kejiranan”: (1) sekolah rendah berada dalam
           lingkungan jarak 1/2 batu (0.8 km) dari rumah kediaman, (2) persempadanan kawasan
           yang jelas, (3) lebih kurang 10% kawasan diperuntukkan untuk kegunaan taman dan
           kawasan lapang, (4) kemudahan awam yang asas (seperti sekolah rendah, kawasan
           ibadat keagamaan, perpustakaan, taman dan pusat komuniti) dan badan organisasi
           dijadikan pusat perancangan kejiranan, (5) kedai runcit dan perkhidmatan ditempatkan
           di kawasan persimpangan jalan antara unit kejiranan untuk memberi perkhidmatan
           kepada dua atau 3 unit kejiranan, (6) perancangan sistem trafik untuk mengurangkan
           gangguan kenderaan terhadap kawasan kediaman dan pejalan kaki.
     5.3 Garis panduan perancangan sekolah yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan
         Desa di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengguna pakai konsep “unit
         kejiranan” dalam perancangan sekolah di kawasan komuniti. Terdapat tadika, sekolah
         rendah dan sekolah menengah di dalam sesuatu kawasan komuniti supaya para murid
         atau pelajar dapat pergi ke sekolah yang berdekatan dengan rumah kediamannya. Setiap
         jenis sekolah mempunyai kawasan tadahannya. Antara faktor-faktor pertimbangan dalam
         perancangan sekolah ialah faktor penduduk, jarak dan masa perjalanan, keluasan tapak
         sekolah dan bilangan murid atau pelajar (termasuk bilangan kelas atau bilik, bilangan
         murid per kelas atau bilik darjah) (lihat Jadual 18, Rajah 6 dan Rajah 7).
     5.4 Mengikut garis panduan tersebut, bagi setiap 3,000-7,500 orang penduduk atau 420-1,050
         orang murid, perlu disediakan sebuah sekolah rendah yang berkeluasan tanah 5-10 ekar.
         Dalam kata lain, setiap sekolah mempunyai tapak sekurang-kurangnya 5 ekar dan
         kepadatan maksimum 210 orang murid per ekar (1,050 murid/5ekar). Selain itu, piawaian
         yang diguna pakai oleh DPSKL ialah: bagi setiap 10 ribu orang penduduk, perlu

1
 Perry, Clarence Arthur.“The Neighborhood Unit: A Scheme of Arrangement for a Family Life Community”, monograph in The
Regional Plan of New York and its Environs, Regional Survey Volume VII: Neighborhood and Community Planning, ed. Thomas
Adams. New York: Committee on the Regional Plan of New York and its Environs, 1929.
                                                          29
             disediakan sebuah sekolah rendah dengan keluasan minimum 3 ekar. Keseluruhannya,
             kedua-dua piawaian tersebut terletak di dalam skop konsep unit kejiranan Perry iaitu bagi
             setiap 3 hingga 10 ribu orang penduduk, disediakan sebuah sekolah rendah.
      5.5    Berbalik kepada keadaan di Kuala Lumpur, pada hakikatnya kebanyakan SJK(C) tidak
             memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti di atas. Malahan keadannya jauh melebihi
             piawaian tersebut. Tambahan pula, pertambahan murid dan keluasan sekolah yang terhad
             membawa kepada masalah kesesakan murid yang semakin serius.

Jadual 18: Piawaian perancangan sekolah rendah yang berlainan saiz
     Bilik                                        Keluasan            Kelas         Bil Murid             Kawasan Tadahan
                Penduduk:Sek Rendah

      12                  3,000:1                2-4 hektar       Maksimum               420                  0.4-0.8 km
      24                  6,000:1                (5-10 ekar)       35 murid              840                (1/4-1/2 batu)
      30                  7,500:1                                  per kelas           1,050          10 minit jarak perjalanan
Sumber: JPBD Semenanjung Malaysia. Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kemudahan Masyarakat. 1999.


                                            Rajah 6: Perancangan sekolah komuniti




Sumber: JPBD Semenanjung Malaysia. Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kemudahan Masyarakat. 1999.
Catitan:
1.    Beberapa unit perumahan membentuk satu unit kejiranan. Beberapa unit kejiranan pula menghasilkan satu unit komuniti.
      Beberapa unit komuniti membentuk sebuah bandar atau luar bandar.
2.    Unit kejiranan merupakan satu kawasan kediaman yang kecil dan dibekalkan dengan keperluan biasa. Barangan dan
      perkhidmatan asas dan kemudahan awam berada di dalam lingkungan jarak perjalanan. Murid dapat berlajar di sekolah yang
      berhampiran manakala penduduk dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan dalam jarak perjalanan.
3.    Penggunaan “konsep kejiranan” dalam merancang sekolah di sesuatu kawasan komuniti. Terdapat tadika, sekolah rendah dan
      menengah di dalam sesuatu kawasan komuniti. Setiap jenis sekolah mempunyai kawasan tadahan atau perkhidmatannya sendiri.
      Antara faktor-faktor pertimbangan dalam perancangan sekolah ialah faktor penduduk, jarak dan masa perjalanan, keluasan
      tapak sekolah dan bilangan murid atau pelajar (termasuk bilangan kelas atau bilik, bilangan murid per kelas atau bilik darjah).
                                                                 30
                      Rajah 7: Jarak dan masa perjalanan di antara rumah kediaman dan sekolah




Sumber: JPBD Semenanjung Malaysia. Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Kemudahan Masyarakat. 1999.
Catitan: Bagi sesuatu unit kejiranan yang mempunyai 3,000-7,500 orang penduduk atau 420-1,050 orang murid, perlu disediakan
         sebuah sekolah rendah yang berkeluasan tanah 5-10 ekar, jarak dan masa perjalanan di antara rumah kediaman dan sekolah
         masing-masing berada dalam lingkungan 0.4-0.8 km dan 10 minit masa perjalanan.




                                                              31
        Memorandum Pendidikan



                       BERKENAAN




DRAF PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020




                        Disediakan oleh
      Gabungan Lembaga-Lembaga Sekolah-Sekolah Cina
       Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

              Dewan Perhimpunan Cina Selangor

  Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina
             Wilayah Persekutuan dan Selangor



                     Dikemukakan kepada
                Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

                       28 April 2003




                             32

								
To top