Pelan Strategik Unit Beruniform Pengakap
Description
Pelan Strategik Unit Beruniform Pengakap document sample
Document Sample


PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KESESUAIAN PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM
BAGI MAHASISWA-MAHASISWA TAHUN 3 JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI
PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI.
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya SITI HAJJAR BINTI SELAMAT (830915-01-52412)
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
TERHAD organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____________________________________ _____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
SITI HAJJAR BINTI SELAMAT DR. YAHYA BIN BUNTAT
5701, TINGKAT 1, BLOK 3, NAMA PENYELIA
TAMAN PUTRI,
81000, KULAI, JOHOR.
Tarikh : 28 April 2008 Tarikh : 28 April 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
KESESUAIAN PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI
MAHASISWA-MAHASISWA TAHUN 3
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN,
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI.
SITI HAJJAR BINTI SELAMAT
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukkilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________________
Nama Penulis : Siti Hajjar Binti Selamat
Tarikh : ______________________
iii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiaran Hidup)”.
Tandatangan : __________________
Nama Penyelia : Dr. Yahya Bin Buntat
Tarikh : __________________
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat kepada Allah s.w.t dengan rahmat dan inayahNya, penulis
dapat menyempurnakan kajian Projek Sarjana Muda ini. Proses kajian ini berjalan
lancer mengikut rancangan yang telah ditetapkan.
Penulis ingin merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Yahya Bin Buntat yang banyak memberi
bimbingan, teguran, nasihat dan tunjuk ajar tanpa jemu sehingga latihan ilmiah ini
dapat disiapkan dengan sempurnakan. Semoga tuhan membalas jasa baik beliau.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kakitangan Unit Kokurikulum,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang memberikan maklumat berkaitan
dengan data pemilihan aktiviti kokurikulum mahasiswa mulai tahun 2004 hingga
2007. Selain itu, penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.
Azmi bin Ahmad, Pegawai Khas Kokurikulum di Jabatan Pelajaran Negeri Johor
serta En. Masaud bin Baharom, Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai yang bertungkus lumus
dalam menyediakan maklumat berkaitan aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensayarah dan
mahasiswa-mahasiswa Tahun 3 JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai sesi
2007/2008 yang terlibat dalam kajian ini, kerana memberikan kerjasama yang tidak
terhingga. Kepada rakan-rakan sekursus bagi sesi 2007/2008 terima kasih atas
segalanya. Semoga kejayaan dan kesihatan yang baik sentiasa mengiringi kita.
Sekian.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian pemilihan aktiviti
kokurikulum di kalangan mahasiswa Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ke arah pemantapan bidang kokurikulum. Sampel
terdiri daripada mahasiswa Tahun 3 kursus SPE, SPA, SPJ dan SPH yang berjumlah
118 orang. Data dikumpul melalui soal selidik dan analisis dokumen. Bagi data soal
selidik dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Package For The Social
Sciences’ atau ‘SPSS Version 13.0 for Windows’ untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan dan min. Manakala data analisis dokumen, dianalisis secara
manual untuk mendapatkan perbandingan. Hasil analisis data mendapati mahasiswa
lebih cenderung memilih aktiviti kokurikulum yang terdapat dalam Modul
Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan, diikuti Modul Sukan Dan Jati Diri, Modul
Seni dan Budaya dan Program Khas. Hasil analisis dokumen pula menunjukkan
terdapat 4 modul kokurikulum yang telah ditawarkan oleh UTM iaitu: a) Modul
Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan, b) Modul Seni dan Budaya, c) Modul Sukan
Dan Jati Diri, serta d) Program Khas. KPM telah menetapkan 3 komponen
kokurikulum di sekolah-sekolah iaitu: a) Komponen Unit Beruniform, b) Komponen
Persatuan Dan Kelab, serta c) Komponen Sukan Dan Permainan. Kajian ini juga
menunjukkan terdapat tiga persamaan antara modul kokurikulum yang ditawarkan
oleh UTM dengan komponen kokurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu: a)
Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan bersamaan dengan Komponen Unit
Beruniform, b) Modul Seni Dan Budaya bersamaan dengan Komponen Persatuan
Dan Kelab, dan c) Modul Sukan Dan Jati Diri bersamaan dengan Komponen Sukan
Dan Permainan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pola pemilihan aktiviti
kokurikulum berdasarkan kepada minat adalah faktor utama, diikuti faktor keperluan
kerjaya, dan kekosongan tempat. Akhir sekali kajian ini mendapati aktiviti
kokurikulum penting kerana ia berguna untuk membentuk sahsiah pelajar, membina
kemahiran generik, dan juga mengawal disiplin.
vi
ABSTRACT
This research was conducted to identify propriety of the selection co
curriculum activity among undergraduate of Year 3 Technical and Engineering of
Education Department stabilization co curriculum field. Sample comprises from
undergraduate Year 3 of SPE, SPA, SPJ and SPH course which amounted 118
undergraduate. This data were collected using questionnaires and document
analysis. Data questionnaire was analyze using 'Statistical Package For The Social
Sciences' (SPSS) Version 13.0 For Windows' to get the value of frequency,
percentage and mean. Whereas document analysis was analyzed using manually to
get comparison. Result of the analyses data discover over undergraduate tend to
choose cocurriculum activity occur in “Self Development And Social's Module”,
followed “Sport And Identity's Module”, “Art And Social’s Module” and “Special
Programme”. Revenue research showed there were 4 module cocurriculum which
had been offered by UTM viz: a) “Self Development And Social's Module”, b) “Art
And Social’s Module,” c) “Sport And Identity's Module”, and d) “Special
Programme”. KPM had set 3 components in schools cocurriculum viz: a) Unit
Uniform's Component, b) Association And Club Component, and c) Sport And
Game Component. This study is also indicative there were three equation among
module cocurriculum those offered by UTM with component cocurriculum which
has been prescribed by KPM viz: a) “Self Development And Social's Module” in
conjunction with Uniform's Component, b) “Art And Social’s Module” in
conjunction with Association And Club Component, and c) “Sport And Identity's
Module” in conjunction with Sport And Game Component. Research finding also
show that election pattern cocurriculum activity base to the interest is a core factor,
am being followed career essential element, and place vacancy. This study had
discovered the important of cocurriculum activity to form students personality, to
build generic skill, and also controls discipline.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI KATA RINGKAS xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1-4
1.2 Latar Belakang Masalah 4-7
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7-8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10 - 11
1.7 Skop dan Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Operasional 11
1.8.1 Kokurikulum 12 - 13
1.8.2 Kesesuaian 13
1.8.3 Pemilihan 13
1.8.4 Mahasiswa 13
1.8.5 Etnik 14
1.8.6 Pola 14
1.8.7 Minat 14
1.9 Kesimpulan 15
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kajian Tentang Kokurikulum 16 – 25
2.3 Kajian-kajian Lepas 25 – 36
2.4 Kesimpulan 36
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37 – 38
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 38 – 39
3.4 Instrumen Kajian 40 – 43
3.5 Prosedur Kajian 43 – 44
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Analisa Data 44 – 45
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 46 – 47
4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Jantina 47
4.2.2 Umur 48
4.2.3 Etnik 48
4.2.4 Kursus 49
4.3 Bahagian B: Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
Yang Telah Disertai Oleh Responden Mengikut
Modul-modul Universiti Teknologi Malaysia 48 – 51
4.4 Bahagian C: Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
Yang Ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia
Dan Aktiviti Kokurikulum Yang Ditawarkan Oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia 52 – 58
ix
4.5 Bahagian D1: Analisis Pola Aliran Pemilihan
Aktiviti Kokurikulum Kalangan Mahasiswa
Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai 59 – 60
4.6 Bahagian D2: Kepentingan Penglibatan Kokurikulum
Kalangan Mahasiswa Tahun 3 Jabatan Pendidikan
Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai 61 – 63
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65 – 67
5.3 Perbincangan 67 – 69
5.3.1 Perbincangan Tentang Jenis-jenis Aktiviti
Kokurikulum Yang Diikuti Oleh Mahasiswa 70
5.3.2 Perbincangan Tentang Jenis-jenis Aktiviti
Kokurikulum Yang Ditawarkan Oleh
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai 70 – 71
5.3.3 Perbincangan Tentang Jenis-jenis Aktiviti
Kokurikulum Yang Ditetapkan Oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada
Sekolah-sekolah Kerajaan Dan
Bantuan Kerajaan 71 – 72
5.3.4 Perbincangan Tentang Persamaan Antara
Aktiviti Kokurikulum Yang Dipilih Oleh
Mahasiswa Dengan Keperluan Kokurikulum
Di Sekolah 72
5.3.5 Perbincangan Tentang Pola Aliran Pemilihan
Aktiviti Kokurikulum Kalangan Mahasiswa 73
5.3.6 Perbincangan Tentang Kepentingan Penglibatan
Mahasiswa Dalam Aktiviti Kokurikulum 74 – 75
5.4 Cadangan Tindakan 75 – 76
x
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 77
BIBLIOGRAFI 78 – 81
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.1 Komponen Unit Beruniform 19
Jadual 2.2 Komponen Persatuan dan Kelab 19 - 20
Jadual 2.3 Komponen Sukan dan Permainan 21
Jadual 2.4 Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan 23 - 24
Jadual 2.5 Modul Seni Dan Budaya 24
Jadual 2.6 Modul Sukan Dan Jati Diri 24 - 25
Jadual 2.7 Program Khas 25
Jadual 2.8 Modul Seni Dan Budaya 35
Jadual 2.9 Modul Sukan Dan Jati Diri 35
Jadual 3.1 Senarai Nama Kursus Jabatan Pendidikan Teknikal
Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia 39
Jadual 3.2 Taburan Sampel Berdasarkan Kursus Pendidikan
Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal
Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia 39
Jadual 3.3 Pembahagian Soal Selidik Berdasarkan Bentuk Soalan 40
Jadual 3.4 Pembahagian Item-item Soal Selidik Berdasarkan
Faktor-faktor Pemilihan Aktiviti Kokurikulum
Di Kalangan Mahasiswa 41
Jadual 3.5 Skala Likert 42
Jadual 3.6 Taburan Skor 44
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 47
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Etnik 47
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 48
xii
Jadual 4.5 Taburan Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
Yang Telah Diserta Oleh Responden Dalam
Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan 49
Jadual 4.6 Taburan Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
Yang Telah Diserta Oleh Responden Dalam
Modul Seni Dan Budaya 50
Jadual 4.7 Taburan Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
Yang Telah Diserta Oleh Responden Dalam
Modul Sukan Dan Jati Diri 51
Jadual 4.8 Taburan Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
Yang Telah Diserta Oleh Responden Dalam
Modul Program Khas 51
Jadual 4.9 Senarai Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum Yang
Ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia Dan
Aktiviti Kokurikulum Yang Ditawarkan Oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia 53 – 56
Jadual 4.10 Perbandingan Persamaan Antara Aktiviti Kokurikulum
Yang Ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia
Dengan Aktiviti Kokurikulum Yang Ditawarkan Oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia 57 – 58
Jadual 4.11 Taburan Analisis Soal Selidik Dari Aspek Pola Aliran
Pemilihan Aktiviti Kokurikulum Responden 59 – 60
Jadual 4.12 Taburan Analisi Soal Selidik Dari Aspek Kepentingan
Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Bagi Responden 62 – 63
xiii
SENARAI KATA RINGKAS
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
SPA - Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
SPH - Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kemahiran Hidup)
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
IPG - Institusi Pengajian Guru
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 82 – 89
B Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 92
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi yang menyediakan aktiviti dan
pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti dan pengalaman ini
dilakukan secara perseorangan atau berkumpulan di dalam bilik darjah, makmal atau
di luar bilik darjah. Dua konsep yang mengaitkan proses pengajaran dan
pembelajaran ialah kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermaksud aktiviti,
proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik
darjah. Proses ini lebih dikenali mata pelajaran akademik. Kadangkala kurikulum
dilaksanakan di luar bilik darjah seperti yang dilaksanakan dalam mata pelajaran
Sejarah, Sains, Geografi dan Bahasa.
Manakala, kokurikulum pula bermaksud semua aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah dan ia dilakukan di luar bilik darjah (Abu Bakar, 1991). Aktiviti yang
meliputi tiga gerak kerja utama iaitu sukan dan permainan, pasukan pakaian seragam
serta kelab atau persatuan ini, mempunyai motif yang tersendiri iaitu menjadikan
sumber pendidikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan mendatangkan faedah.
Sebahagian besar aktiviti kokurikulum dilaksanakan di luar bilik darjah.
Kadangkala aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada
asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kukurikulum
sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ini. Kokurikulum
2
merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja
terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum
berdasarkan mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran
akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja kokurikulum
merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik.
Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman pendidikan
yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan
secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan
nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagaianya. Aktiviti ini juga dikenali
sebagai kurikulum tersembunyi.
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
mengandungi penyertaan dalam sukan dan permainan, penyertaan dalam persatuan
dan kelab, penyertaan dalam unit beruniform dan lain-lain kegiatan sebagaimana
ditentukan oleh Menteri (Jabatan Pelajaran Johor, 2007).
Komponen kokurikulum bagi Pakaian Seragam terdiri daripada Pengakap,
Pandu puteri, Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans, Kadet Remaja Sekolah, Kadet
Polis, Kadet Bomba, Renjer, Brigdet Puteri dan Bridget Putera. Komponen
kokurikulum sukan dan permainan pula terdiri daripada permainan Bola Sepak,
Sepak Takraw, Bola Keranjang, Olahraga, Kriket, Badminton, Pingpong dan lain-
lain lagi. Bagi persatuan dan kelab, komponen ini terbahagi kepada dua bahagian
iaitu akademik dan perkhidmatan kebajikan dan hobi. Jenis-jenis mata pelajaran
kokurikulum yang terdiri dari komponen akademik adalah Kelab Bahasa dan Sastera,
Kelab Sains dan Matematik, Kelab Geografi, Kelab Sejarah, Persatuan Agama Islam,
Kelab Komputer dan pelbagai lagi. Komponen kokurikulum bagi persatuan
Perkhidmatan, kebajikan dan hobi terdiri daripada Kelab Bimbingan dan Kaunseling,
Persatuan Koperasi Sekolah, Persatuan Pusat Sumber, Persatuan Tingkatan Enam
(PERTINA), Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto, Kelab Cegah Jenayah dan lain-
3
lain lagi yang terdapat dalam Buku Panduan Aktiviti Kokurikulum Sekolah
Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia (Hamsiah dan Borhan, 2003).
Aktiviti kokurikulum di sekolah bukanlah merupakan satu bidang pendidikan
yang baru. Program ini telah diperuntukkan dalam Peraturan Kursus Pengajian, Akta
Pelajaran 1956 yang dikenali sebagai kegiatan luar darjah. Setelah mendapati
kegiatan luar ini sama pentingnya dalam proses pendidikan, istilah kegiatan luar ini
telah ditukar kepada kokurikulum (Abu Bakar, 1991).
Aktiviti kokurikulum ini telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan dalam
sistem pendidikan di Negara ini, iaitu sejak zaman penjajahan British lagi. Aktiviti
gerak kerja kokurikulum diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
seperti yang terkandung dalam surat arahan School Course of Studies Regulation
1956 dan Pindaan Tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961, No. 552). Aktiviti ini lebih
dikenali sebagai nama Kegiatan kumpulan. Seterusnya pada tahun 1985, mata
pelajaran kokurikulum diajar dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan di
sekolah rendah.
Kepentingan aktiviti kokurikulum ini telah disebut dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1979) yang menyatakan bahawa setiap murid digalakkan dan
diberi peluang mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Selain
itu, pada tahun 1984, Menteri Pelajaran telah menegaskan bahawa Kementerian
Pelajaran akan berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan dan murid-murid
diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini (Berita Harian, 22
November 1984). Dengan adanya penegasan daripada pihak kementerian ini,
akhirnya satu seminar kebangsaan mengenai kokurikulum telah diadakan pada tahun
1985 yang kemudiannya membawa kepada pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) (Shahril @
Gharil, Zainun, Lee Pau Wing dan Saedah dalam Pendidikan di Malaysia, 1993).
4
Kini, konsep kokurikulum sudah diterima sebagai sebahagian daripada
kurikulum sekolah seperti yang dijelaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia menyarankan agar semua pihak sama ada
pelajar, ahli masyarakat dan pendidik turut terlibat dalam bidang kokurikulum secara
aktif. Untuk meningkatkan kokurikulum di sekolah-sekolah, penyertaan guru adalah
sangat penting (Abu Bakar, 1991). Guru amat diperlukan bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang
pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan
kokurikulum ini adalah seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan
membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya menjadi generasi berdisiplin.
Kegiatan kokurikulum ini juga mampu membentuk personaliti yang positif dan rasa
tanggungjawab. Sifat-sifat tersebut berguna dalam meningkatkan kuailiti diri dan
mutu kepemimpinan dalam organisasi. Faridah dan Subahan (1986) pula
menyatakan bahawa cara yang paling berkesan dalam usaha meningkatkan mutu
disiplin di kalangan generasi muda adalah melalui kokurikulum.
Melalui kokurikulum, pelajar dapat mengembangkan bakat dan kreativiti
masing-masing. Ini dapat dilihat semasa menjalankan aktiviti berkumpulan seperti
Pandu Puteri, Pengakap atau Persatuan Khidmat Masyarakat. Melalui aktiviti ini
mereka dapat berinteraksi dengan kumpulan masing-masing untuk mencapai
semangat berpasukan (Abu Bakar, 1991). Mereka dapat bertukar-tukar pendapat
atau idea semasa menjalankan aktiviti agar mencapai kepuasan dan kecekapan dalam
aktiviti yang diceburi. Selain itu, melalui kumpulan ini juga mereka dapat bersaing
dan bertanding dengan kumpulan-kumpulan yang lebih besar berdasarkan peraturan
yang telah ditetapkan.
5
Namun, walaupun kegiatan kokurikulum ini mempunyai pelbagai tujuan dan
amat penting diwujudkan di sekolah-sekolah, pada dasarnya kegiatan kokurikulum
ini kurang mendapat sambutan dari segi penglibatan mahupun sokongan pihak-pihak
tertentu. Perkara ini terjadi kerana kebanyakan sekolah atau institusi pendidikan
lebih mengutamakan kecemerlangan akademik sehingga membuat pelajar
mengabaikan aspek-aspek bukan akademik (Abu Bakar, 1991). Walaupun aktiviti
kokurikulum ini telah diwajibkan seperti yang telah diperakukan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas 1/ 1985, bertarikh 2 Januari 1985, namun penglibatan pelajar
dalam sesuatu kegiatan masih di tahap kurang memuaskan.
Antara faktor yang mewujudkan keadaan ini adalah dua perkara pokok iaitu
pertama, tanggapan yang salah terhadap kegiatan kokurikulum. Ini adalah kerana
kokurikulum bukan berbentuk akademik dan kegiatan ini tidak diberi penilaian atau
gred seperti kurikulum yang bersifat akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif
(Faridah dan Subahan, 1986). Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa enggan
menggalakkan anak-anak mereka menceburi aktiviti kokurikulum dan sebaliknya
menggunakan masa aktiviti tersebut untuk menghantar mereka ke kelas-kelas
tambahan dan sebagainya.
Kedua, kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan kokurikulum.
Kelemahan ini wujud kerana pihak-pihak tertentu tidak menitikberatkan aktiviti
kokurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Faridah dan Subahan,
1986). Penglibatan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum ini masih di
tahapa kurang memuaskan dan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami
garis panduan yang dapat dipegang sebagai landasan bagi merancang aktiviti dengan
jelas selain daripada kurang kemahiran dalam aktiviti khidmat masyarakat. Menurut
Abu Bakar (1991, m.s 229), terdapat juga guru yang masih tidak tahu untuk
menggabungjalinkan antara bidang akademik dengan bidang kokurikulum. Ada pula
yang tidak memahami garis panduan untuk dijadikan landasan dan ada juga yang
kurang pengetahuan dalam bidang yang ditugaskan. Penglibatan para guru dalam
aktiviti kokurikulum ini turut disentuh dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985,
6
bertajuk Penubuhan Jawatankuasa Pelajar Sekolah (2/1/1985) yang menyatakan
‘penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah’.
Pada 23 November 2005, Kira-kira lima juta pelajar sekolah di seluruh
negara bakal mengikuti kegiatan kokurikulum lebih berkesan berikutan kadar
peruntukan untuk seorang murid dinaikkan kepada RM 12 seorang berbanding RM
2.56 selama ini. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
kenaikan kadar sekitar RM 10 dan melibatkan peruntukan RM 26 juta setahun itu
adalah bagi tiga aktiviti teras kokurikulum iaitu persatuan, pasukan pakaian seragam
dan sukan. Ini kerana, katanya, kadar sekarang terlalu kecil untuk menampung
kegiatan tahunan murid. Strategi yang melibatkan kos tinggi itu adalah antara
pengisian tujuh aspek dalam memorandum Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memantapkan kokurikulum sekolah yang telah dipersetujui sebulat suara oleh
Kabinet. Jumlah guru yang ada memang tidak mampu untuk menjayakan program
kokurikulum (Utusan Malaysia, 26 November 2005). Sehubungan itu beliau
berharap maktab-maktab perguruan dan institusi-institusi pendidikan yang sudah
dinaikkan taraf dapat mengambil kira keadaan tersebut agar guru yang dilahirkan
boleh melaksanakan program kokurikulum dengan berkesan.
Kekurangan guru yang berkemampuan untuk mengendalikan kokurikulum
juga merupakan satu masalah kepada pihak sekolah. Sekolah sukar mendapat guru-
guru yang berminat untuk mengelolakan kegiatan kokurikulum dengan sepenuh hati
dan berkesan. Ini adalah disebabkan oleh kemungkinan guru-guru yang terdapat di
sekolah tersebut merasakan diri mereka tidak cukup pengetahuan dan kebolehan
dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini berkaitan dengan jenis mata pelajaran
kokurikulum yang diikuti oleh guru tersebut semasa menuntut di maktab-maktab
atau di Institusi-institusi Pengajian Tinggi.
7
Kesimpulannya, ada kemungkinan pemilihan mata pelajaran dan aktiviti
kokurikulum mahasiswa di Institusi-institusi Pengajian Tinggi atau di maktab-
maktab berkait rapat dengan minat dan kekosongan kelas atau kesedaran terhadap
keperluan kerjaya mereka. Penyelidik juga ingin melihat kesesuaian pemilihan mata
pelajaran kokurikulum bagi mahasiswa-mahasiswa Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai terhadap keperluan aktiviti kokurikulum di sekolah dan
kepentingan penglibatan mereka dalam kokurikulum terhadap individu mahasiswa,
pihak sekolah mahupun pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini melihat dari perspektif mahasiswa tentang kesesuaian pemilihan
aktiviti kokurikulum bagi mahasiswa-mahasiswa Tahun 3 Jabatan Pendidikan
Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai terhadap keperluan aktiviti kokurikulum di sekolah dan adakah mahasiswa-
mahasiswa ini memilih aktiviti kokurikulum disebabkan oleh minat, kekosongan
kelas atau pemilihan yang berdasarkan keperluan kokurikulum di sekolah. Kajian ini
juga dijalankan untuk mengetahui kesesuaian penglibatan mahasiswa pendidik dalam
kegiatan kokurikulum terhadap pihak sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti secara khusus perkara-perkara
berikut tentang kesesuaian pemilihan mata pelajaran kokurikulum bagi pelajar-
pelajar dari Fakulti Pendidikan terhadap keperluan aktiviti kokurikulum di sekolah:
8
1. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh
mahasiswa Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
2. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
Universiti Teknologi Malaysia.
3. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah
yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Mengenalpasti persamaan antara keperluan kokurikulum di sekolah
dengan kokurikulum yang dipilih oleh mahasiswa Tahun 3 Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
5. Mengenalpasti pola aliran pemilihan aktiviti kokurikulum di kalangan
mahasiswa Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
6. Mengenalpasti kepentingan penglibatan kokurikulum bagi mahasiswa
Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
9
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut;
1. Apakah jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh mahasiswa
Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ?.
2. Apakah jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Universiti
Teknologi Malaysia ?.
3. Apakah jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ?.
4. Adakah terdapat persamaan antara keperluan kokurikulum di sekolah
dengan kokurikulum yang diambil oleh mahasiswa Tahun 3 Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia ?.
5. Apakah pola aliran pemilihan aktiviti kokurikulum di kalangan
mahasiswa Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ?.
6. Apakah kepentingan penglibatan kokurikulum bagi mahasiswa Tahun 3
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia ?.
10
1.6 Kepentingan Kajian
Seseorang mahasiswa pendidikan biasanya mempunyai beberapa masalah
semasa membuat pilihan mata pelajaran kokurikulum yang ditawarkan. Jika
mahasiswa-mahasiswa ini tidak dipandu mereka mudah membuat pilihan mata
pelajaran kokurikulum yang tidak tepat dengan keperluan kerjaya mereka kelak
sebagai seorang guru. Oleh kerana pilihan pada hari ini akan menentukan keadaan
pada masa akan datang maka, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang mempunyai
kesedaran dan pengetahuan tentang masa hadapan untuk memberikan panduan. Oleh
itu, melalui kajian ini, pengetahuan tentang faktor-faktor yang banyak diambil kira
oleh mahasiswa semasa membuat pemilihan aktiviti kokurikulum serta dapatan
tentang tahap kesedaran perlunya menghubungkaitkan aktiviti kokurikulum yang
dipilih dengan kerjaya atau cita-cita mereka. Maka, sudah pasti akan membolehkan
mahasiswa tersebut sebagai guru yang pakar dan mahir dalam bidang kokurikulum
yang telah dipelajari.
Demikian juga dapatan kajian ini, pengkaji berharap ia boleh dijadikan salah
satu rujukan kepada untuk pihak berkuasa memikir dan menimbang tentang suatu
dasar baru untuk menggalakkan penyertaan kokurikulum kalangan mahasiswa
mengikut keperluan pekerjaan yang akan diceburi kelak. Misalnya untuk profesyen
perguruan, aktiviti kokurikulum sukan yang sepatutnya dipelajari adalah Bola
Tampar, Bola Jaring, Berkayak dan bukan seperti Treking, Orientering dan Palapes
kerana aktiviti kokurikulum ini tidak terdapat dalam mata pelajaran kokurikulum
seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pengkaji
juga berharap agar pihak berkuasa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
supaya menambah mata pelajaran gerak kerja kokurikulumnya seperti yang terdapat
dalam senarai gerak kerja kokurikulum yang telah digariskan oleh KPM untuk
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan untuk keperluan mahasiswa yang
bakal menjadi guru agar mereka mempunyai kemahiran mengendalikan gerak kerja
kokurikulum tersebut semasa bertugas di sekolah atau di mana-mana Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) kelak.
11
Akhirnya, semoga dapatan kajian ini dapat menyedarkan mahasiswa pendidik
mengenai kepentingan memilih aktiviti kokurikulum sewaktu di nstitusi Pengajian
Tinggi (IPT) agar mereka dapat menyumbangkan kepakaran mereka dalam aktiviti
kokurikulum sewaktu bertugas di sekolah atau di mana-mana IPT kelak.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di UTM, Skudai. Oleh itu, dapatan kajian ini adalah
terhad untuk Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan Kementerian Pelajaran
Malaysia sahaja.
Kajian ini dilaksanakan terhad kepada mahasiswa Tahun 3 (SPA, SPE, SPJ,
SPH), Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
1.8 Definisi Operasional
Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang digunakan secara khusus dan
mempunyai pengertian tertentu. Definisi istilah yang digunakan akan diberikan
untuk menjelaskan penggunaannya dalam penulisan laporan kajian ini. Konsep-
konsep ini termasuklah kokurikulum, mahasiswa, minat, pakaian seragam, sukan dan
permainan serta persatuan dan kelab bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan
pembaca.
12
1.8.1 Kokurikulum
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), kokurikulum merupakan
sebahagian daripada kurikulum asas yang berbentuk kegiatan atau aktiviti selain
mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai
sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah seperti kegiatan persatuan-
persatuan, kegiatan kesukanan dan lain-lain.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jilid 41, No. 26,
Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-
peraturan (Kokurikulum) telah memberi definisi kokurikulum iaitu apa-apa
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Menurut Abu Bakar (1991), kokurikulum bermaksud semua aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah dan ia dilakukan di luar bilik darjah (Aktiviti yang
meliputi tiga gerak kerja utama iaitu sukan dan permainan, pasukan pakaian seragam
serta kelab atau persatuan ini, mempunyai motif yang tersendiri iaitu menjadikan
sumber pendidikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan mendatangkan faedah.
Program ini telah diperuntukkan dalam Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran
1956 yang dikenali sebagai kegiatan luar darjah. Setelah mendapati kegiatan luar ini
sama pentingnya dalam proses pendidikan, istilah kegiatan luar ini telah ditukar
kepada kokurikulum.
Menurut Lee Pau Wing, Saedah, Shahril dan Zainun (1993) dalam Khairani
dan Mohd Sofian (2003), mulai 1973, aktiviti kokurikulum telah dijadikan sebagai
komponen yang wajib dalam program pendidikan guru selaras dengan posisi
pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan seorang guru yang aktif dan serba
boleh. Ini menunjukkan bahawa guru-guru telah dilatih dengan sistematik dalam
13
pengendalian kokurikulum agar apabila mereka berada di sekolah nanti pelaksanaan
kokurikulum di peringkat sekolah akan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan
berkualiti.
1.8.2 Kesesuaian
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), kesesuaian bermaksud perihal
sesuai, keselarasan dan kesamaan. Dalam kajian ini, kesesuaian bermaksud
kesamaan mahasiswa pendidikan UTM, Skudai dalam memilih aktiviti kokurikulum
yang ditawarkan oleh dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti yang telah
digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.8.3 Pemilihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pemilihan bermaksud hal atau
perbuatan memilih sesuatu perkara atau perlakuan.
1.8.4 Mahasiswa
Menurut kamus Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), mahasiswa bermaksud
pelajar iaitu penuntut yang menuntut di universiti. Dalam kajian ini, mahasiswa
adalah pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang menuntut di UTM, Fakulti
Pendidikan yang bakal menjadi guru.
14
1.8.5 Etnik
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), etnik ialah sesuatu kaum atau
masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok yang hidup berlainan, tetapi di
bawah sistem politik yang sama.
Menurut Mohd. Salleh (1998), etnik bermaksud perbezaan kebudayaan yang
diwarisi oleh setiap kumpulan manusia. Kebudayaan ini merujuk kepada pertuturan
agama, makanan kebiasaan dan negara asal. Dalam sesebuah negara mungkin terdiri
daripada pelbagai etnik, misalnya Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.
1.8.6 Pola
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pola ialah corak batik (tenun
dan lain-lain). Dalam kajian ini, pola yang dimaksudkan ialah corak mahasiswa
melakukan pemilihan terhadap sesuatu aktiviti kokurikulum yang telah ditawarkan.
1.8.7 Minat
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), minat ialah keinginan, kesukaan
dan kecenderungan sesorang untuk melakukan sesuatu.
Menurut Sapean (1985), menyatakan minat merupakan keghairahan atau
kegemaran untuk melakukan sesuatu. Dalam kajian ini, minat yang dimaksudkan
ialah kecenderungan mahasiswa terhadap pemilihan sesuatu aktiviti kokurikulum.
15
1.9 Kesimpulan
Dalam bab satu ini, telah dinyatakan pengenalan, latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian, dan definisi operasional yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
Tujuan kajian ini, pengkaji melihat aspek-aspek utama yang perlu diberi perhatian
dalam proses kajian supaya dapat menghasilkan maklumat yang dikehendaki bagi
memastikan matlamat kajian tercapai. Hasil daripada kajian ini, data-data yang
diperolehi akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian ini. Pemilihan sampel
tertumpu kepada mahasiswa-mahasiswa Tahun 3 Jabatan Pendidikan Teknikal Dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai tentang
kesesuaian pemilihan dalam aktiviti kokurikulum ke arah pemantapan bidang
kokurikulum. Selain itu, hasil kajian ini digunakan sebagai panduan saranan kepada
pihak universiti agar menawarkan kegiatan aktiviti kokurikulum seperti yang
diperlukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap Pendidikan Keguruan.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Bab ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama akan menyorot
penulisan tentang kesesuaian pemilihan serta penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
bagi mahasiswa-mahasiswa Fakulti Pendidikan ke arah pemantapan bidang
kokurikulum melalui perbandingan kegiatan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah seperti yang telah digariskan oleh KPM dengan kegiatan aktiviti
kokurikulum yang ditawarkan di UTM, Skudai. Bahagian kedua pula adalah
mengenai kajian-kajian terdahulu tentang kokurikulum, kepentingan kokurikulum
dalam sistem pendidikan di Malaysia dan program-program ke arah pemantapan
pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di peringkat sekolah dan IPT.
2.2 Kajian Tentang Kokurikulum
Dalam bahagian ini kajian terhadap kokurikulum adalah dari segi makna atau
takrif kokurikulum, hubungan kokurikulum dengan perundangan, pembahagian
aktiviti kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di UTM, Skudai dan kepentingan menyertai aktiviti
kokurikulum.
Ketika ini KPM sedang dalam proses memantapkan lagi pelaksanaan
kokurikulum bukan sahaja di sekolah-sekolah, malah di maktab perguruan dan kolej
17
matrikulasi melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Teras Kedua iaitu
usaha Membangunkan Modal Insan dengan tumpuan kepada program kokurikulum
(Berita Harian Online, Oktober 2002). Selain usaha untuk menambah baik
infrastruktur, meramaikan lagi jurulatih dan meningkatkan kepakaran guru dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum, kementerian juga sedang berusaha untuk
memberikan nilai kepada gerak kerja kokurikulum agar pelaksanaannya dibuat
secara bersungguh-sungguh.
Bagi memberi nilai kepada gerak kerja kokurikulum, Kementerian Pelajaran
telah menjadikan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sebagai salah satu
komponen merit untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Menengah Teknik. Baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi ada mengumumkan
bahawa 10 peratus merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) akan mengambil kira penglibatan pemohon dalam aktiviti kokurikulum.
Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum diambil kira dalam pemilihan bakal
guru dan bagi menentukan penempatan guru. Sudah tiba masanya untuk
mempertimbangkan penglibatan dalam kokurikulum sebagai satu syarat bagi
kemasukan ke program-program Matrikulasi, yang sebelum ini dibuat bersandarkan
kepada pencapaian akdemik semata-mata.
Secara ringkasnya sejarah pelaksanaan kokurikulum ini bermula berikutan
dengan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(1979) yang menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum ini adalah bertujuan untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara pelajar berbagai-bagai
keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Matlamat
utama ialah melahirkan seorang individu yang mempunyai perkembangan
menyeluruh dan seimbang.
Pada asasnya aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di
dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan
18
andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik
darjah, maka aktiviti kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman
tersebut bagi pekembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan
nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli
masyarakat adalah perlu. Prinsip pelaksanaannya adalah atas tanggapan bahawa:
i. Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan
mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial,
jamani dan rohani).
ii. Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
iii. Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
iv. Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk
keperluan masyarakat dan Negara.
v. Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka
dalam mendidik pelajar-pelajar termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jil.41, No.26, tambahan
no. 94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa
kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan mengandungi sukan
dan permainan, persatuan dan kelab, unit beruniform dan lain-lain kegiatan
sebagaimana ditentukan oleh Menteri melalui Ketua Pendaftar Sekolah iaitu
Pengetua (Jabatan Pelajaran Johor, 2007). Manakala, dalam Buku Panduan Gerak
Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1989),
menyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum adalah merupakan sebahagian daripada
19
kurikulum sekolah dan setiap orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak kerja ini
boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian gerak kerja
itu. Seterusnya dinyatakan bahawa gerak kerja kokurikulum sekolah dapat
dikelompokkan kepada 3 jenis, iaitu Unit Beruniform, Persatuan Dan Kelab, serta
Sukan Dan Permainan. Ada di antara gerak kerja ini dijalankan mengikut kumpulan
atau perseorangan. Senarai lengkap nama-nama Unit Beruniform, Persatuan Dan
Kelab, serta Sukan Dan Permainan adalah seperti dalam jadual di bawah :
Jadual 2.1 : Komponen Unit Beruniform
Bil Unit Beruniform
1 Pergerakan Pengakap (unit pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan
pengakap remaja)
2 Pergerakan Pandu Puteri (unit tunas puteri, pandu puteri dan renjer puteri)
3 Persatuan Bulan Sabit Merah
4 Persatuan St. John Ambulans
5 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia
6 Pasukan Kadet Polis
7 Pasukan Kadet Remaja
8 Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat
9 Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalan Raya
10 Pasukan Kadet Pertahanan Awam
11 Bridge Putri
12 Pergerakan Briged Putera
13 Pergerakan Puteri Islam
14 Persatuan Silat Seni
15 Persatuan Silambam
16 Persatuan Wushu
17 Kelab Judo
18 Kelab Karate
19 Kelab Taekwando
20 Pancaragam
Jadual 2.2 : Komponen Persatuan Dan Kelab
Bil Persatuan dan Kelab
1 Persatuan Bahasa (merangkumi Persatuan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun)
2 Persatuan Persuratan, Bahas, Drama, Kesusasteraan
3 Persatuan Geografi / Sejarah
4 Persatuan Ekonomi
5 Persatuan Perdagangan
20
Sambungan Jadual 2.2:
6 Persatuan Sains Kemasyarakatan
7 Persatuan Agama Islam (persatuan pelajar Islam)
8 Persatuan Sains Rumahtangga
9 Persatuan Seni Perusahaan
10 Persatuan Kemahiran Hidup
11 Persatuan Sains dan Matematik
12 Persatuan Tingkatan Enam
13 Persatuan Muzik (Angklung, Kompang, Gamelan, Pancaragam Brass,
Genderang, Orkestra Simfoni, dll)
14 Persatuan Penyelamat Kelemasan
15 Persatuan Seni Suara (Nasyid, Hadrah)
16 Persatuan Tingkatan Enam
17 Persatuan Pengawas Sekolah
18 Persatuan Pengawas Perpustakaan
19 Kelab Bahasa Isyarat
20 Kelab Elektronik
21 Kelab Motor Mekanik
22 Kelab Binaan / Bangunan
23 Kelab Menaip
24 Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber
25 Kelab Alat Pandang Dengar
26 Kelab Seni Foto
27 Kelab Wayang Gambar
28 Kelab Rekreasi
29 Kelab Kembara
30 Kelab Koir Sekolah
31 Kelab Seni Mempertahankan Diri
32 Kelab Komputer
33 Kelab Jimnastik
34 Kelab Keceriaan Sekolah
35 Kelab Keselamatan Jalanraya
36 Kelab Astronomi
37 Kelab Bina Badan
38 Kelab Membaca
39 Kelab Kebajikan
40 Kelab Memancing
41 Kelab Permainan Tradisi
42 Kelab Koperasi Sekolah
43 Kelab Pengguna
44 Kelab SPBT
45 Kelab Kaunseling dan Kerjaya
46 Kelab Seni Tampak / Seni Halus (Seni Ukiran, Anyaman)
47 Kelab Seni Tari
48 Kelab Perlancongan
21
Jadual 2.3 : Komponen Sukan Dan Permainan
Bil Sukan dan Permainan
1 Kelab Bola Sepak
2 Kelab Bola Baling
3 Kelab Bola Lisut
4 Kelab Bola Jaring
5 Kelab Bola Petanq
6 Kelab Bola Tampar
7 Kelab Bola Keranjang
8 Kelab Badminton
9 Kelab Sepak Takraw
10 Kelab Bowling
11 Kelab Permainan Dalam (Karom, Catur dll)
12 Kelab Pingpong
13 Kelab Olahraga
14 Kelab Ragbi
15 Kelab Hoki
16 Kelab Kriket
17 Kelab Golf
18 Kelab Equestrian
19 Kelab Senamrobik
20 Kelab Jimnastik
21 Kelab Jimrama
22 Kelab Tenis
23 Kelab Squasy
24 Kelab Permainan Tradisional
25 Kelab Gasing Pangkah
26 Kelab Berbasikal
27 Kelab Motor
28 Kelab Memanah
29 Kelab Berkeno/Kayak
30 Kelab Skuba
31 Kelab Renang
32 Kelab Terjun
33 Kelab Perahu Layar
34 Kelab Perahu Naga
35 Kelab Polo Air
36 Kelab Rowing (Berdayung)
37 Kelab Skuter Air
38 Kelab Luncur Air
39 Kelab Snorkeling
Sumber : Jabatan Pelajaran Johor, 2007.
22
Menurut Abd. Ghani (2007), terdapat pelbagai penekanan terhadap implikasi
pelaksanaan ketiga-tiga komponen kokurikulum ini. Aktiviti unit beruniform
menekankan aspek pembentukan disiplin pelajar. Pelajar dilatih dengan ketepatan
masa, mematuhi pemimpin, sentiasa bersedia cergas, sentiasa bersemangat juang
yang tinggi. Selain itu, pelajar juga diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental
melalui aktiviti seperti berkawat dan merentas halangan. Semangat bekerjasama dan
berdikari turut disemai dalam aktiviti unit beruniform. Latihan-latihan ini akan
menguatkan lagi daya ketahanan mental pelajar, walaupun terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran. Pelajar akan sentiasa bersedia dan berusaha mengatasi cabaran
tanpa berputus asa.
Penglibatan pelajar dalam persatuan atau kelab pula akan mendedahkan
pelajar dengan pelbagai pengetahuan khususnya dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan seperti pengurusan mesyuarat dan membuat kertas kerja, di samping
memperoleh kemahiran berkomunikasi dan memberikan idea yang bernas.
Sebaliknya bagi aktiviti sukan dan permainan, ia memberikan implikasi kepada
pelajar dari segi pemikiran strategik dan kekuatan fizikal. Selain memperolehi badan
yang cergas, minda juga turut menjadi cerdas (Abd. Ghani, 2007).
Selaras dengan keperluan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, UTM, Skudai juga menjalankan gerak kerja kokurikulum yang
mengandungi 4 modul iaitu Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan, Modul
Seni Dan Budaya, Modul Sukan Dan Jati Diri, dan Program Khas.
Objektif kokurikulum yang dijalankan oleh UTM adalah seperti berikut:
a. Memberi peluang kepada para mahasiswa untuk menyertai program
kokurikulum berdasarkan minat, bakat dan keupayaan masing-masing.
23
b. Melatih para mahasiswa aspek-aspek perancangan, pelaksanaan di
samping memberi pengetahuan berguna untuk melengkapkan diri sebagai
pemimpin generasi serba boleh pada masa hadapan.
c. Untuk memenuhi hasrat universiti dengan membimbing sahsiah para
mahasiswa dalam melahirkan masyarakat ilmu yang bermoral,
berdedikasi, bertanggungjawab dan berdikari menerusi program
kokurikulum.
d. Mendedahkan para mahasiswa kepada semangat bekerjasama yang boleh
bekerja dalam satu kumpulan.
e. Memberi pendedahan kepada para mahasiswa memahami isu-isu penting
yang berkaitan dengan pembangunan Negara melalui khidmat dan
penglibatan bersama masyarakat dan alam sekitar.
(Pusat Kokurikulum, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2007)
Penilaian aktiviti kokurikulum ini akan dicatatkan dalam transkrip akademik
mahasiswa sebagai bukti penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum yang
dipilih. Senarai lengkap nama-nama mata pelajaran gerak kerja kokurikulum bagi
setiap modul adalah seperti dalam jadual di bawah :
Jadual 2.4 : Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan
Bil Mata Pelajaran
1 Keusahawanan
2 Pengurusan Kelab dan Persatuan
3 Kaunselor Siswa
4 Penulisan Kreatif
5 Pengucapan Awam
6 Fotografi
7 Katering
8 Tae Kwan Do (ITF)
9 Silat Cekak Malaysia
10 Silat Gayong
24
Sambungan Jadual 2.4:
11 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
12 Asas Kewartawanan
13 Asas Kemahiran Pertanian
14 Teknologi Hortikultur Hiasan
15 Pemadam
16 Kepimpinan
17 Pengurusan Diri
18 Asas Debat
19 Asas Komunikasi
20 Penampilan Diri dan Etika Sosial
21 Asas Rekacipta
22 Budi Penyayang (Masyarakat Penyayang)
23 Kelana Siswa (Pengakap)
24 Pertolongan Cemas
Jadual 2.5 : Modul Seni Dan Budaya
Bil Mata Pelajaran
1 Muzik Gamelan
2 Muzik Kertuk dan Rebana Ubi
3 Muzik Kompang
4 Koir
5 Iqra’
6 Taranum
7 Orkestra
8 Kraftangan
9 Seni Grafik
10 Ukiran Kayu
11 Asas Membuat Pakaian
12 Teater
13 Seni Tari
Jadual 2.6 : Modul Sukan Dan Jati Diri
Bil Mata Pelajaran
1 Bola Jaring
2 Bola Sepak
3 Hoki
4 Ragbi
5 Badminton
6 Sepak Takraw
7 Skuasy
8 Tenis
9 Bola Tampar
10 Tenpin – Boling
25
Sambungan Jadual 2.6:
11 Futsal
12 Kecergasan
13 Orientering
14 Treking
15 Memanah
16 Ekuestrian
17 Kayak
18 Renang
19 Scuba
20 Bola Jaring
Jadual 2.7 : Program Khas
Bil Mata Pelajaran
1 Palapes Darat 1
2 Palapes Laut 1
3 Palapes Darat 2
4 Palapes Laut 2
Sumber: Pusat Kokurikulum, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2007.
Menurut Mohd. Yunus (1985), rancangan kokurikulum samada secara formal
atau tidak formal, atau secara diiktiraf atau tidak diiktiraf di IPT, kesemuanya
menitikberatkan pendidikan menyeluruh atau ‘all-round education’. Ini bermakna
bahawa institusi pengajian tersebut ingin mendidik pelajar-pelajar secara menyeluruh
atau menghasilkan pelajar yang serba berkebolehan dan tidak berat ke arah
pendidikan akademik semata-mata.
2.3 Kajian-kajian Lepas
Kegiatan kokurikulum sememangnya sudah sekian lama dijalankan di
sekolah-sekolah dan tinjauan yang dijalankan pula menunjukkan sekolah-sekolah
menengah khasnya memang giat melaksanakan kegiatan kokurikulum. Maklumat-
maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan pengesanan menunjukkan
keadaan-keadaan berikut:
26
i) Terdapat sekolah-sekolah yang sememangnya mempunyai tradisi
kegiatan kokurikulum yang baik dan perjalanan kegiatan itu adalah
dirancangkan dengan bersungguh-sungguh;
ii) Terdapat sekolah-sekolah yang menjalankan kegiatan kokurikulum secara
tidak bersungguh-sungguh, sekadar untuk sesuatu pertandingan;
iii) Terdapat juga sekolah-sekolah yang langsung tidak melaksanakan
kegiatan kokurikulum;
iv) Sekolah-sekolah rendah khasnya dalam Bandar lebih giat menjalankan
kegiatan kokurikulum, jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah rendah
di luar Bandar.
(Hussien, 1985)
Berdasarkan penyataan di atas, ia boleh dikaitkan dengan penyertaan dan
penglibatan guru dalam menjalankan kegiatan kokurikulum di sesebuah sekolah.
Menurut Hussien (1985), guru kurang berminat dan sesetengah daripada mereka
menganggap kegiatan kokurikulum membuang masa pelajar dan tidak berfaedah.
Selain itu, terdapat juga guru yang kurang tahu bidang kokurikulum yang ditugaskan.
Sebanyak 66 peratus daripada responden kajian beliau yang tidak mempunyai latihan
dalam kegiatan kokurikulum, samada di maktab atau di universiti.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 7
November 1979 telah memperakukan (Perkara 50) : Semua murid hendaklah
digalakkan supaya mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kegiatan
kokurikulum. Guru-guru hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik
dalam pengendalian kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani kursus
latihan perguruan. (Perkara 51) : Untuk meninggikan lagi mutu kegiatan pasukan
pakaian seragam di sekolah-sekolah maka, adalah diperakukan supaya guru-guru
27
yang memimpin pasukan tersebut hendaklah terdiri daripada mereka yang telah
menerima latihan kepimpinan dan pengendalian dalam pergerakan-pergerakan
tersebut” (Kementerian Pelajaran Johor, 2007).
Setiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu
daripada setiap kumpulan berikut:
a. Sukan / Permainan dan
b. Persatuan / Kelab dan
c. Unit Beruniform
Sekiranya terdapat sebarang kekangan untuk melaksanakan aktiviti di atas, inisiatif
lain boleh dilaksanakan atas kebenaran pengetua (Kementerian Pelajaran Johor,
2007).
Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat sekaligus menjadi
teras bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan pelajar mencapai kecemerlangan
yang seimbang dalam kedua-dua bidang tersebut. Selain bidang kurikulum, bidang
kokurikulum juga sangat penting sebagai ejen pengimbang yang dapat
mengembangkan potensi, bakat dan minat pelajar. Hal ini kerana, kokurikulum
merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya mewujudkan sumber
manusia berkemahiran tinggi di Malaysia. Kebergantungan kepada kurikulum
semata-mata, apatah lagi berorientasikan pencapaian cemerlang menerusi
peperiksaan tidak akan memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Samat (2007), kokurikulum merupakan elemen kedua selepas
akademik dalam menghasilkan pelajar yang serba boleh. Dengan adanya aktiviti
bersukan, berpersatuan, beruniform, kemahiran komunikasi, memimpin dan
penjanaan idea dapat ditingkatkan. Selain itu, dapat melaksanakan pembentukan
disiplin melalui aktiviti yang dijalankan dan membina pembangunan kendiri yang
mantap.
28
Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat menjana kreativiti dan kemahiran
pelajar, di samping dapat menimba pelbagai ilmu tambahan melalui aktiviti kelab,
persatuan atau pasukan beruniform. Malah, akhir-akhir ini kokurikulum menjadi
satu nilai tambah dalam proses pengambilan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) yang bertepatan dengan keadaan kerana semakin banyak yang
mendapat keputusan cemerlang. Dengan kata lain, Kementerian Pelajaran akan
dapat menghasilkan generasi berilmu yang mempunyai kebolehan dan keunggulan
yang menyeluruh, bukannya ulat buku atau ‘hantu belajar’ semata-mata. Oleh itu,
tidak hairanlah jikalau kita dapat melihat doktor perubatan yang aktif bersukan dan
tidak mustahil juga seorang jurutera yang petah berbahas. Kita mungkin tidak lagi
melihat ulat buku di perpustakaan universiti yang tidak bersosial atau bergiat cergas
dalam kokurikulum selepas ini (Samat, 2007).
Bidang kokurikulum mempunyai pelbagai faedah kepada individu,
masyarakat, agama dan Negara. Oleh sebab itu, perancangan pihak KPM untuk
memperkasakan dan memantapkan pelaksanaan kokurikulum dalam sistem
pendidikan di Malaysia menerusi pelbagai strategi yang sewajarnya mendapat
sokongan daripada semua pihak termasuklah IPT. Sebanyak 75 peratus daripada
keseluruhan strategi yang dirangka untuk menangani isu pemantapan kokurikulum
sekolah telah pun dilaksanakan oleh KPM. Hal ini selaras dengan arahan Kabinet
pada 23 November 2005 supaya KPM merangka pelan tindakan dan pelbagai strategi
sistematik bagi pemantapan kokurikulum sekolah. Antara strategi yang digariskan
adalah pemantapan dasar bagi penyertaan murid dan guru, penambahbaikan latihan
guru, pengukuhan struktur organisasi dan penyediaan norma khas peruntukan
kewangan serta menyediakan infrastruktur yang mencukupi (Samat, 2007).
Sehubungan dengan itu, menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussein, KPM memperuntukkan RM 14.1 juta bagi melaksanakan
pelbagai program kokurikulum di lebih 10,000 buah sekolah rendah dan menengah
di seluruh Negara mulai tahun 2007. Peruntukan tambahan RM 420,000 turut
disediakan untuk melatih guru dalam bidang berkenaan melalui Program Latihan
dalam Perkhidmatan. Untuk latihan peningkatan kecekapan Jurulatih Pusat
29
Kokurikulum Negeri pula, RM 300,000 lagi diperuntukkan bagimemastikan tenaga
pengajar pusat itu memenuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh kementerian
(Samat, 2007).
Selain itu, dalam RMK-9, kerajaan memperuntukkan RM 160.1 juta bagi
meningkatkan prasarana dan peralatan sukan, terutamanya Pusat Sukan Daerah dan
Negeri serta memperluas dan meningkatkan program dan aktiviti sukan di sekolah.
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan atau RIMUP juga akan dipergiatkan
lagi bagi menggalakkan aktiviti sukan dan kokurikulum antara sekolah bagi
memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.
Menurut Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kegiatan kokurikulum di
sekolah sebelum ini ‘semakin dipinggirkan’ dan kini telah pun berjaya dihidupkan
semula. Kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung
peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum yang telah diagihkan secara
berperingkat-peringkat kepada sekolah. Peruntukan berkenaan membabitkan
pecahan RM 10 bagi setiap murid sekolah rendah, manakala RM 12 bagi pelajar
sekolah menengah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 26 juta setahun bagi
aktiviti teras kokurikulum, iaitu persatuan dan kelab, pasukan unit beruniform, dan
sukan. Sebelum ini, sekolah menerima peruntukan kewangan berdasarkan perkapita
anggaran sebelumnya, iaitu RM 2.65 bagi setiap pelajar (Samat, 2007).
Peruntukan tambahan yang diagihkan kepada setiap sekolah bagi pelaksanaan
kegiatan kokurikulum perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, sekaligus merancakkan
aktiviti yang menjadi elemen penting pendidikan. KPM juga akan mewujudkan
konsep ‘Kelompok (Cluster) Kecemerlangan Sekolah’ bagi menjadikan sistem
pendidikan Malaysia bertaraf dunia, setanding dengan sekolah cemerlang di luar
Negara. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan bahawa usaha ini
merupakan fokus utama dalam Pelan Induk Pembangunan Kementerian Pelajaran
2006 - 2010. bagi merealisasikan hasrat ini, sekolah di bawah kementerian akan
dikelompokkan mengikut bidang keiastimewaan yang sedia ada yang dikenal pasti
30
merangkumi akademik, sukan, dan permainan, kelab dan persatuan, badan
beruniform, dan warisan sejarah. Konsep berkenaan akan menjadikan institusi
pendidikan sebagai wadah bukan sahaja boleh diketengahkan dalam Negara tetapi di
peringkat persada antarabangsa (Samat, 2007).
Selain itu, konsep ini akan menjadi pemangkin perubahan dan model contoh
kepada institusi pendidikan lain. Sekolah terbabit akan diberi kuasa autonomi bagi
menggalakkan kreativiti, inovasi dan kecemerlangan. Pengetua dan guru besar yang
diberi kuasa autonomi itu boleh mentadbir sekolah dengan kreativiti mereka sendiri.
Mereka perlu meningkatkan identiti sekolah dengan menyediakan program
pendidikan yang lebih menarik dari segi kurikulum dan kokurikulum.
Satu lagi usaha untuk memperkasakan kokurikulum dalam sistem pendidikan
Negara adalah apabila Kabinet bersetuju untuk melaksanakan kembali pendekatan
berasaskan prinsip meritokrasi, iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus
kokurikulum sebagai prasyarat untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA), di samping akademik seperti yang pernah dipraktikkan sebelum
tahun 2002. Penilaian aktiviti kokurikulum sebanyak 10 peratus akan
dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun ini berdasarkan empat komponen. Menurut
Datuk Dr. Adham Baba, empat komponen itu adalah permainan dan sukan, kelab dan
persatuan, pasukan unit beruniform, dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Kesemua empat komponen kokurikulum itu diberi markah penuh 10 yang dihitung
dari markah jawatan yang disandang dan markah tahap penglibatan yang markah
penuhnya masing-masing 5 markah. Bagi komponen PLKN markah yang diberikan
hanyalah enam daripada markah penuh 10, memandangkan PLKN belum lagi
mempunyai kaedah penilaian yang membezakan prestasi para peserta. Markah
kokurikulum akan dihitung berdasarkan purata markah dua komponen terbaik
daripada empat komponen yang dinyatakan. Dengan mengambil kira dua komponen
terbaik, maka calon yang tidak terpilih menyertai PLKN masih mampu memperolehi
markah kokurikulum (Samat, 2007).
31
Menurut Pengarah Bahagian Sekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia,
Noor Rezan Bappu Hashim, penilaian aktiviti kokurikulum adalah berasaskan
sekolah meliputi aspek kehadiran yang membawa 50 peratus markah, pembabitan
(20 peratus), pencapaian (20 peratus), dan jawatan yang disandang (10 peratus).
Bagi aspek kehadiran, peratus tertinggi diperuntukkan bertujuan menggalakkan
pelajar hadir dan mengikuti kegiatan dirancangkan pihak sekolah. Bilangan
kehadiran itu dikira berdasarkan penetapan kedatangan minimum 42 kali setahun
dengan pecahan 18 kali untuk pasukan badan bruniform, kelab/persatuan (12 kali)
dan sukan/permainan (12 kali) (Berita Harian, 1 Jun 2007).
Selain itu, KPM juga telah menetapkan bahawa hala tuju pelaksanaan
kegiatan kokurikulum iaitu untuk menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap
agama dan kepercayaan kepada tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah matlamat utama gerak kerja kokurikulum.
Matlamat pelaksanaan kokurikulum ialah:
i. Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
ii. Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar di sekolah.
iii. Peningkatan minat, bakat dankemahiran dalam gerak kerja kokurikulum
yang diceburi.
iv. Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah
serta perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang
tertentu.
32
v. Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan
serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
vi. Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai
dan sikap positif, selaras dengan hasrat Rukunegara.
vii. Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan
pelajar.
viii. Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)
Bagi mencapai matlamat-matlamat ini, beberapa pendekatan dijadikan
sebagai asas supaya tindakan yang sesuai diambil di peringkat pengurusan sekolah,
daerah mahupun Kementerian. Antara pendekatan yang dijadikan asas ialah:
i. Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi proses
pendidikan di sekolah.
ii. Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan / kelab,
dan sukan serta mempelbagaikan gerak kerja tersebut dengan tujuan
memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif
secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.
iii. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja
kokurikulum, di mana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
33
iv. Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat
masyarakat.
v. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), pelajar
dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum.
vi. Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan
matlamat yang dikehendaki.
vii. Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan.
viii. Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar.
ix. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
x. Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak dari semasa ke
semasa.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan bahawa pendidikan adalah satu
usaha berterusan untuk mengembangkan potensi individu secara bersepadu dan
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan pembangunan yang
seimbang ini, diharapkan individu yang terdidik melalui sitem pendidikan Negara
akan dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kecemerlangan Negara.
Akta Pelajaran 1956, melalui Peraturan Kursus-kursus Pengajian Sekolah
(School Courses of Studies), mewajibkan penglibatan pelajar dalam kegiatan
kumpulan (kokurikulum) bermula dari Tahun 3 di sekolah rendah. Pelajar seterusnya
dituntut untuk terus terlibat dalam aktiviti kokurikulum sehingga ke Tingkatan 6 di
34
sekolah menengah. Peraturan ini menyatakan bahawa peruntukan masa yang
diberikan bagi pelaksanaan kegiatan kokurikulum dalam seminggu ialah:
i. Tahun 3-4 - 60 minit iujuiuu
ii. Tahun 5-6 - 120 minit j
iii. Ting. 1-3 - 180 minit
iv. Ting. 4-5 - 120 – 180 minit (berdasarkan aliran)
v. Ting. 6 - 180 minit
Akta Pendidikan 1996 pula melalui Peraturan Kurikulum Kebangsaan
Sekolah, menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum adalah pelengkap kepada
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah. Kegiatan kokurikulum dapat
membantu menjelaskan perkara-perkara yang bersifat abstrak yang disampaikan di
dalam bilik darjah dalam bentuk amalan langsung (hands on). Ruang dan peluang
untuk penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni adalah luas berbanding dengan
ruang dan peluang yang terdapat ketika di sesi P&P di dalam bilik darjah
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Putra Malaysia adalah antara
Institut Pengajian Tinggi yang memberikan kredit kepada aktiviti kokurikulum.
Setiap mahasiswa diwajibkan memilih kegiatan kokurikulum yang mereka minati
dan mereka juga disyaratkan agar tidak mengambil mana-mana mata pelajaran
kokurikulum yang berkaitan dengan subjek teras bagi kursus yang sedang diikuti
oleh mahasiswa tersebut (Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
2007). Hasil penglibatan mereka akan dinilai dan diberikan gred memuaskan atau
tidak memuaskan pada akhir sesuatu semester. Penilaian ini akan dicatatkan dalam
transkrip akademik mahasiswa sebagai bukti penglibatan mahasiswa dalam aktiviti
kokurikulum yang dipilih. UTM telah menetapkan hari Rabu sebagai hari
kokurikulum. Gerak kerja kokurikulum yang dijalankan oleh UTM mengandungi 4
modul iaitu Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan, Modul Seni Dan Budaya,
Modul Sukan Dan Jati Diri, dan Program Khas. Setiap mahasiswa bebas memilih
35
mata pelajaran kokurikulum daripada mana-mana komponen tersebut (Pusat
Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2007).
Berikut adalah senarai lengkap nama-nama mata pelajaran gerak kerja
kokurikulum di UTM dan peratus penyertaan mahasiswa Fakulti Pendidikan tahun 3
sesi 2005/2006 yang memilih gerak kerja kokurikulum mengikut modul-modul yang
selari dengan keperluan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti yang telah digariskan
oleh KPM seperti dalam Jadual 2.8 dan Jadual 2.9 di bawah :
Jadual 2.8 : Modul Seni Dan Budaya
Bil Mata Pelajaran Jumlah Bilangan Peratus
Pelajar Penyertaan penyertaan
(%)
1 Koir 38 1 2.6
2 Kraftangan 38 11 28.9
3 Seni Grafik 38 4 10.5
4 Seni Tari 38 1 2.6
Jadual 2.9 : Modul Sukan dan Jati Diri
Bil Mata Pelajaran Jumlah Bilangan Peratus
Pelajar Penyertaan penyertaan
(%)
1 Bola Jaring 38 2 5.3
2 Badminton 38 10 26.3
3 Tenpin – Bowling 38 1 2.6
4 Memanah 38 1 2.6
5 Ekuestrian 38 6 15.8
6 Renang 38 1 2.6
Sumber: Pusat Kokurikulum, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2007.
Bagi memastikan program kokurikulum ini berjaya, penyertaan murid, guru
pelatih, pensyarah maktab dan pensyarah kolej matrikulasi dalam gerak kerja
kokurikulum perlu ditingkatkan. Menurut Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein,
kementerian juga meminta supaya latihan di institusi perguruan (IPG) dan institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) menepati keperluan dan jenis aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan di sekolah. Kementerian mahu guru yang akan dikeluarkan IPG
36
dan IPTA bukan sahaja aktif dalam aktiviti kurikulum tetapi juga berkemampuan
untuk mengurus dan melatih murid dalam aktiviti kokurikulum (Berita Harian
Online, 14 Oktober 2002).
2.4 Kesimpulan
Daripada kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya aktiviti
kokurikulum kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang melatih dan mengurus
kegiatan gerak kerja kokurikulum tersebut. Ia memberi sumbangan terhadap
perkembangan diri individu samada dari segi mental, fizikal, rohani, mahupun sosial.
Gerak kerja kokurikulum ini sekiranya dilakukan mengikut saranan KPM seperti
yang telah disuarakan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
bahawa konsep ‘Kelompok (Cluster) Kecemerlangan Sekolah’ membolehkan
Institusi Pendidikan Negara kita diketengahkan di peringkat persada antarabangsa.
Oleh sebab itu, pemilihan gerak kerja kokurikulum oleh mahasiswa pendidikan perlu
dititikberatkan oleh sesebuah IPTA dan IPG agar selari dengan keperluan sekolah.
Sebagai rumusannya, sorotan penulisan dan sorotan kajian-kajian lampau
yang berkaitan telah diterangkan dengan mendalam dalam bab ini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bahagian ini menghuraikan teknik dan metodologi yang digunakan dalam
kajian ini. Secara keseluruhan, bahagian ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana
data-data diperolehi dan bagaimana data-data yang diperlukan itu dianalisis bagi
menguji hipotesis kajian. Aspek-aspek yang akan disentuh termasuklah reka bentuk
kajian, pembolehubah kajian, populasi dan persampelan, instrumen, kaedah
pengumpulan data, prosedur kajian, cara data dianalisis, kesahan dan
kebolehpercayaan serta ujian rintis.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi
maklumat yang diperlukan. Reka bentuk kajian adalah berfungsi sebagai panduan
untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan dalam sesuatu
kajian. Menurut Majid (1990), kajian deskriptif merupakan penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Oleh itu,
kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif iaitu bertujuan untuk meninjau faktor-
faktor yang diambil kira oleh mahasiswa dalam memilih sesuatu aktiviti
kokurikulum. Teknik dan kaedah yang akan digunakan untuk memperolehi data bagi
menjawab permasalahan, objektif dan persoalan kajian satu, lima dan enam adalah
berbentuk tinjauan deskriptif. Bagi persoalan kajian dua dan tiga dan empat, kaedah
38
yang akan digunakan untuk memperolehi data adalah melalui analisis dokumen.
Kaedah ini dirasakan akan membolehkan dan memudahkan objektif penyelidikan
dapat dicapai.
Data yang diperlukan diperolehi dan dikumpul melalui kaedah tinjauan
sampel. Selain daripada itu, kaedah ini dipilih kerana ia biasa digunakan bagi kajian-
kajian yang melibatkan hubungkait antara dua pembolehubah. Kaedah ini juga
digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan
sesuatu fenomena (pemilihan aktiviti kokurikulum di kalangan mahasiswa) tanpa
menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud (Mohd Majid, 1990).
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi data kajian ini terdiri daripada mahasiswa Tahun 3 JPTK, Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai sesi 2007/2008 yang terdiri daripada 4 bidang kursus iaitu
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPA, SPE, SPJ, SPH) sejumlah 170
orang (Unit Data dan Maklumat, Timbalan Pendaftar Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, 2007). Menurut Teknik Persampelan yang mewakili populasi
(Krecie, R.V and Morgan D.W, 1970) dalam Azizi Yahaya et.al (2006), bagi saiz
populasi sebanyak 170 orang hanya 118 orang sahaja yang perlu menjadi sampel
kajian.
Populasi dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini (seperti dalam Jadual
3.1). Mohamad Najib (1999) menyatakan bahawa “sebesar mana saiz sampel sesuai
untuk kajian adalah tidak penting. Isu yang penting daripada saiz sampel yang perlu
diatasi ialah sampel mewakili populasi”. Lebih ramai adalah lebih baik. Ia
mengurangkan ralat apabila sampel tidak mewakili atau tidak mempunyai ciri
populasi. Andaiannya: manusia itu banyak berbeza antara satu sama lain (Mohd
Najib, 2003). Dalam kajian ini, panduan 2 yang diutarakan oleh Mohd Najib (2003)
adalah digunakan iaitu berdasarkan sela keyakinan (s.k) iaitu kebarangkalian peratus
39
sampel mempunyai ciri jika dibandingkan dengan peratus sampel daripada populasi.
Konsepnya ialah semakin kecil nilai sela keyakinan kelas, maka semakin baik untuk
mengurangkan ralat pengukuran.
Jadual 3.1: Senarai Nama Kursus Jabatan Pendidikan Teknikal Dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Bil Nama Kursus
1 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
2 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
3 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
4 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Sumber: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2007.
Jadual 3.2 menunjukkan taburan sampel yang diambil berdasarkan 4 bidang
kursus JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.
Jadual 3.2: Taburan Populasi Berdasarkan Kursus Pendidikan Tahun 3
Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Bil Nama Kursus Bilangan Pelajar
(orang)
1 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan 11
Awam)
2 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan 18
Elektrik)
3 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan 10
Mekanikal)
4 Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kemahiran 131
Hidup)
JUMLAH 170
Sumber: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2007.
40
3.4 Instrumen Kajian
Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan
pendidikan bagi mendapatkan maklumat tentang fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya (Mohd Majid, 1990). Dalam kajian ini, soal selidik akan
digunakan sebagai alat kajian utama untuk mendapatkan data kajian tentang butiran
responden dan maklum balas serta persepsi mereka terhadap hubungkait faktor-
faktor pemilihan aktiviti kokurikulum dengan kerjaya pilihan mereka. Item-item
dalam soal selidik yang digunakan adalah diambil daripada aktiviti-aktiviti
kokurikulum di UTM. Walau bagaimanapun, sedikit pengubahsuaian telah
dilakukan setelah mendapat keputusan daripada kajian rintis yang telah dilaksanakan.
Soal selidik digunakan kerana ia lebih praktikal, mudah ditadbir dan berkesan.
Selain daripada itu, penggunaan soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan-soalan yang diberikan
(Mohd Majid, 1990).
Soal selidik yang digunakan dibahagi kepada empat bahagian utama iaitu
Bahagian A adalah berkaitan dengan data demografi responden (mahasiswa),
Bahagian B adalah berkaitan dengan mata pelajaran kokurikulum yang dipilih,
Bahagian C pula berkaitan dengan analisis jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di UTM dan jenis-jenis mata pelajaran kokurikulum yang dijalankan di
sekolah yang telah digariskan oleh KPM. Manakala, Bahagian D adalah berkaitan
dengan pola aliran pemilihan aktiviti kokurikulum kalangan mahasiswa dan
kepentingan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum. Jadual 3.3 berikut
menunjukkan pembahagian soal selidik berdasarkan bentuk soalan.
41
Jadual 3.3: Pembahagian Soal Selidik Berdasarkan Bentuk Soalan
Bahagian Perkara Bentuk
A Data demografi responden Tertutup
B Jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh responden Terbuka
C Analisis jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan Tertutup
disekolah dan jenis-jenis mata pelajaran kokurikulum yang
dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia
D Pola aliran pemilihan aktiviti oleh responden dalam aktiviti Tertutup
kokurikulum dan;
Kepentingan responden melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum
Soal selidik mengandungi sebanyak 29 soalan. Bahagian A terdiri daripada 4
soalan, Bahagian B mengandungi 4 soalan dan Bahagian C mengandungi analisis
jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan disekolah yang telah digariskan oleh
KPM dan jenis-jenis mata pelajaran kokurikulum yang dijalankan di UTM dan
Bahagian D mengandungi 21 soalan. Bagi soalan-soalan di Bahagian A, responden
dikehendaki menandakan (/) manakala, Bahagian B responden perlu mengisikan
tempat kosong untuk menyatakan aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka.
Bagi Bahagian C, tidak perlu dijawab oleh responden. Manakala, Bahagian D
responden dikehendaki membulatkan pernyataan yang paling tepat dengan jawapan
responden. Bagi soalan ini, terdapat lima kategori berbentuk skala Lima Mata
digunakan seperti berikut : 5 : “Sangat Setuju”, 4 : “Setuju”, 3 : “Tidak Pasti”, 2 :
“Tidak Setuju” dan 1 : “Sangat Tidak Setuju”.
42
Jadual 3.4: Pembahagian Item-item Soal Selidik Berdasarkan Faktor-faktor
Pemilihan Aktiviti Kokurikulum di Kalangan Mahasiswa.
Bahagian Perkara / Taburan Item Jumlah
Item
A Data Demografi 4
(1, 2, 3, 4)
B Jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh responden 4
(5.1, 5.2, 5.3, 5.4)
C Analisis jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan -
disekolah dan jenis-jenis mata pelajaran kokurikulum yang
dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia
D Pola aliran pemilihan aktiviti oleh responden dalam aktiviti 11
kokurikulum
(6, 7,8, 9, 10, 11, 12, 13, 16, 24, 26)
Kepentingan responden melibatkan diri dalam aktiviti 10
kokurikulum
(14, 15, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 25)
Jumlah 29
Bilangan soalan ditetapkan sebanyak 29 soalan. Bilangan soalan yang tidak
banyak bertujuan supaya tidak mengambil terlalu banyak masa mahasiswa untuk
menjawab soalan-soalan tersebut. Semasa kajian rintis dijalankan, mahasiswa
mengambil masa antara 15-20 minit untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan.
Soal selidik telah dicetak dengan rapi untuk memastikan kadar respon yang
baik daripada mahasiswa-mahasiswa. Soal selidik juga disediakan dengan kemas
dan bersih kerana lazimnya responden akan lebih responsif kepada dokumen-
dokumen yang kelihatan rasmi. Soalan selidik dalam Bahagian D diukur dengan
menggunakan Skala Likert seperti dalam Jadual 3.5 berikut:
43
Jadual 3.5: Skala Likert
Skor Maklum Balas
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
Skala Likert digunakan kerana ia merupaka jenis skala yang sesuai untuk
mengukur sikap, minat serta menunjukkan tahap penglibatan mahasiswa dalam
kegiatan aktiviti kokurikulum.
Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan alat pengukuran ini,
pengkaji telah berbincang dengan penyelia serta menjalankan kajian rintis dengan
menggunakan 10 orang subjek yang dipilih secara rawak mudah.
3.5 Prosedur Kajian
Sebelum kajian ini dijalankan, beberapa prosedur haruslah dipatuhi oleh
penyelidik. Antaranya ialah :
a. Pengesahan daripada penyelia bagi Projek Sarjana Muda.
b. Berbincang dengan penyelia mengenai permasalahan dan tajuk.
c. Membuat pembacaan meluas mengenai pemasalahan yang hendak dikaji.
d. Menyediakan soalan-soalan bagi borang soal selidik.
44
e. Mendapatkan pengesahan daripada penyelia pembimbing mengenai
soalan-soalan soal selidik.
f. Melakukan kajian rintis dan membuat analisa data.
3.6 Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan dengan melibatkan seramai 10 orang mahasiswa
pendidikan Tahun 3 Kursus Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan
(Kimia). Mahasiswa-mahasiswa tersebut dipilih secara rawak. Setelah dianalisa
data demografi responden, persoalan kajian lima serta persoalan kajian enam,
pengkaji mendapati nilai alpha yang diperolehi adalah 0.807. Menurut Mohd Salleh
dan Zaidatun (2001) sekiranya nilai pekali lebih dari 0.6, maka boleh dianggap
bahawa sesuatu kajian itu mempunyai kebolehkepercayaan yang tinggi.
3.7 Analisa Data
Dalam kajian ini data yang diperolehi daripada responden yang telah dijawab
dianalisa dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package For The Social
Sciences’ atau ‘SPSS Version 13.0 for Windows’ untuk Bahagian A dan Bahagian
D. Bahagian A berkaitan dengan demografi responden manakala Bahagian D
berkaitan dengan persoalan kajian lima dan persoalan kajian enam. Manakala, untuk
Bahagian B dan C data diproses secara manual. Ia merangkumi persoalan kajian
satu, persoalan kajian dua, persoalan kajian tiga dan persoalan kajian empat.
Setiap item yang dianalisa menggunakan SPSS dikumpulkan mengikut aspek
dan dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratus serta min.
Pengelompokan min boleh dilihat seperti dalam Jadual 3.6 di bawah. Di sini
45
pengkaji akan mengetahui sejauh mana sesuatu kenyataan dalam soal selidik
dipersetujui atau tidak oleh responden. Manakala, data yang dianalisa secara manual
membolehkan pengkaji mengetahui persamaan antara jenis-jenis aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di UTM dengan jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah yang telah digariskan oleh KPM. Melalui analisa data secara
manual ini juga membolehkan pengkaji mengenalpasti jenis-jenis aktiviti
kokurikulum yang dipilih oleh responden serta perbezaan antara keperluan
kokurikulum di sekolah dengan kokurikulum yang dipilih oleh responden.
Jadual 3.6: Taburan Skor
Skor Min Tahap
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
Sumber : Majid (1990)
Jadual 3.6 di atas menunjukkan julat 1.33 dianggap sebagai sela bagi setiap
kelas di mana setiap tahap perlu mempunyai perbezaan sebanyak 1.33. Julat 1.00
hingga 2.33 dikelompokkan pada tahap rendah. Min yang berada dari 2.34 hingga
3.66 dalam tahap sederhana. Manakala, min 3.67 hingga 5.00 berada pada tahap
yang tinggi.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membentangkan hasil analisis data kajian yang telah dijalankan ke
atas soal selidik yang telah diedarkan. Data-data pada Bahagian B dan Bahagian C
dianalisis secara manual untuk mendapatkan perbandingan data dan peratus jumlah.
Manakala, data-data pada Bahagian D dianalisis dengan menggunakan perisian
‘Statistical Package For The Social Sciences’ atau ‘SPSS Version 13.0 for Windows’
bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan juga min. Maklumat yang telah
diproses kemudiannya disusun dan dirumus dalam bentuk jadual.
Data-data diperolehi hasil kutipan data soal selidik dari kalangan mahasiswa
Tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPA, SPE, SPJ, SPH), JPTK,
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai serta analisis perbandingan antara mata pelajaran
kokurikulum yang dijalankan di UTM dengan mata pelajaran kokurikulum yang
telah ditetapkan oleh KPM terhadap sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah
bantuan kerajaan. Sampel terdiri daripada 118 orang, iaitu 33 orang mahasiswa
lelaki dan 85 orang mahasiswa perempuan. Jumlah mahasiswa Tahun 3 Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai adalah seramai 170 orang. Menurut Teknik Persampelan yang
mewakili populasi (Krecie, R.V and Morgan D.W, 1970) dalam Azizi Yahaya et.al
(2006), bagi saiz populasi sebanyak 170 orang hanya 118 orang sahaja yang perlu
menjadi sampel kajian. Oleh itu, pengkaji memilih seramai 118 orang sahaja sebagai
sampel kajian.
47
Pengkaji mendapati semua responden seramai 118 orang telah mengambil
mata pelajaran kokurikulum sepanjang menuntut di UTM. Daripada jumlah tersebut,
pengkaji mendapati responden telah memilih sekurang-kurangnya satu aktiviti
kokurikulum yang terdiri daripada mana-mana bahagian iaitu sama ada Modul
Pembinaan Diri Dan Kerjaya, Modul Seni Dan Budaya, Modul Sukan Dan Jati Diri
atau Program Khas. Responden tersebut terdiri daripada pelbagai jantina, umur,
etnik dan kursus. Setiap bahagian akan dijelaskan oleh pengkaji seperti di bawah.
4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden
Analisis bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai diri
responden yang berkaitan dengan jantina, umur, etnik dan kursus yang diikuti oleh
responden.
4.2.1 Jantina
Jadual 4.1, di bawah menunjukkan taburan jantina yang berlainan.
Kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa responden perempuan melebihi
reponden lelaki dengan jumlah 85 orang (72%), manakala responden lelaki pula ialah
33 orang (28%). Bilangan responden perempuan lebih ramai daripada responden
lelaki adalah secara kebetulan sahaja diperolehi.
Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Frekuensi Peratus (%)
Lelaki 33 28.0
Perempuan 85 72.0
Jumlah 118 100
48
4.2.2 Umur
Melalui Jadual 4.2 tersebut, didapati taburan umur responden yang berlainan.
Sebanyak 113 orang (95.8%) responden berumur berumur lingkungan 20 tahun
hingga 25 tahun. Minoriti responden seramai 5 orang berumur lingkungan 26 tahun
hingga 30 tahun (4.2 %).
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Umur
Umur Frekuensi Peratus (%)
20 – 25 tahun 113 95.8
26 – 30 tahun 5 4.2
Jumlah 118 100
4.2.3 Etnik
Jadual 4.3 menunjukkan responden dari etnik Melayu lebih ramai iaitu
seramai 102 orang (86.4%) berbanding dengan responden dari etnik yang lain iaitu,
India seramai 4 orang (3.1%), Cina seramai 1 orang (0.8%), dan Lain-lain etnik
seramai 11 orang (9.3%).
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Etnik
Etnik Frekuensi Peratus (%)
Melayu 102 86.4
Cina 1 .8
India 4 3.4
Lain-lain 11 9.3
Jumlah 118 100
49
4.2.4 Kursus
Jadual 4.4 menunjukkan bahawa seramai 79 orang (66.9%) responden terdiri
daripada kursus SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup). Manakala 18 orang (15.3%) responden terdiri daripada kursus SPE (Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik), diikuti 11 orang (9.3%) responden SPA
(Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam) dan 10 orang (8.5%) responden
SPJ (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Mekanikal).
Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Kursus
Kursus Frekuensi Peratus (%)
SPA 11 9.3
SPE 18 15.3
SPJ 10 8.5
SPH 79 66.9
Jumlah 118 100
4.3 Bahagian B: Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang Telah Disertai Oleh
Responden Mengikut Modul-modul Universiti Teknologi Malaysia.
Jadual 4.5 di bawah menunjukkan jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang telah
disertai oleh responden dalam Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan.
Sebanyak 22 orang (23.16%) responden dengan peratus tertinggi telah memilih
aktiviti Penampilan Diri Dan Etika Sosial, diikuti Kaunselor Siswa sebanyak 10
orang (10.53 %). Seterusnya sebanyak 9 orang (9.5%) responden memilih aktiviti
Budi Penyayang (Masyarakat Penyayang), Kelana Siswa (Pengakap) 8 orang
(8.42%). Kepimpinan, dan Pengurusan Diri masing-masing 6 orang (6.32%), diikuti
Fotografi, Silat Cekak Malaysia, Teknologi Hortikultur Hiasan, dan Asas Reka Cipta
dengan jumlah yang sama 4 orang (4.21%). Sebanyak 3 orang (3.16%) responden
memilih aktiviti Keusahawanan, diikuti aktiviti Pengucapan Awam, dan Pemadam
masing-masing dengan 2 orang (2.10%) responden. Sebanyak seorang (1.05%)
responden masing-masing memilih aktiviti Pengurusan Kelas dan Persatuan,
50
Penulisan Kreatif, Katering, Silat Gayong, Asas Kemahiran Pertanian, Asas Debat
dan Pertolongan Cemas. Tiada responden (0%) yang menyertai aktiviti Tae Kwan
Do (ITF), Pemikiran Kreatif Dan Penyelesaian Masalah, dan Asas Kewartawanan.
Jadual 4.5 : Taburan Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum Yang Telah Disertai
Oleh Responden Dalam Modul Pembinaan Diri dan
Kemasyarakatan.
No. Mata Pelajaran Frekuensi Peratus (%)
1 Keusahawanan 3 3.16
2 Pengurusan Kelab dan Persatuan 1 1.05
3 Kaunselor Siswa 10 10.53
4 Penulisan Kreatif 1 1.05
5 Pengucapan Awam 2 2.10
6 Fotografi 4 4.21
7 Katering 1 1.05
8 Tae Kwan Do (ITF) - 0
9 Silat Cekak Malaysia 4 4.21
10 Silat Gayong 1 1.05
11 Asas Kemahiran Pertanian 1 1.05
12 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah - 0
13 Asas Kewartawanan - 0
14 Teknologi Hortikultur Hiasan 4 4.21
15 Pemadam 2 2.10
16 Kepimpinan 6 6.32
17 Pengurusan Diri 6 6.32
18 Asas Debat 1 1.05
19 Asas Komunikasi 4 2.10
20 Penampilan Diri dan Etika Sosial 22 23.16
21 Asas Rekacipta 4 4.21
22 Budi Penyayang (Masyarakat Penyayang) 9 9.5
23 Kelana Siswa (Pengakap) 8 8.42
24 Pertolongan Cemas 1 1.05
JUMLAH 95 100
Jadual 4.6 pula menunjukkan penglibatan responden dalam aktiviti
kokurikulum bagi Modul Seni Dan Budaya. Terdapat 15 orang (26.8%) responden
yang menyertai aktiviti Muzik Kompang, diikuti Iqra’ seramai 9 orang (16.1%).
Seramai 7 orang (12.5%) responden memilih aktiviti Kraftangan diikuti Asas
Membuat Pakaian, dan Muzik Gamelan dengan masing-masing seramai 5 orang
(8.93%). Seterusnya seramai 3 orang (5.36%) responden memilih aktiviti Seni
51
Grafik, peratus responden yang sama bagi Teater, dan Taranum. Terdapat 2 orang
(3.6%) memilih aktiviti Koir, dan Seni Tari, diikuti seorang (1.8%) masing-masing
bagi Muzik Kertuk Dan Rebana, dan Orkestra. Tiada responden (0%) yang
menyertai aktiviti Ukiran Kayu. Ini membuktikan bahawa terdapat responden yang
menyertai lebih daripada satu jenis aktiviti kokurikulum yang ditawarkan di UTM.
Jadual 4.6 : Taburan Menunjukkan Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang
Telah Disertai Oleh Responden Dalam Modul Seni Dan Budaya.
No. Mata Pelajaran Frekuensi Peratus (%)
1 Muzik Gamelan 5 8.93
2 Muzik Kertuk dan Rebana Ubi 1 1.8
3 Muzik Kompang 15 26.8
4 Koir 2 3.6
5 Iqra' 9 16.1
6 Taranum 3 5.36
7 Orkestra 1 1.8
8 Kraftangan 7 12.5
9 Seni Grafik 3 5.36
10 Ukiran Kayu - 0
11 Asas Membuat Pakaian 5 8.93
12 Teater 3 5.36
13 Seni Tari 2 3.6
JUMLAH 56 100
Jadual 4.7 di bawah menunjukkan penyertaan responden terhadap aktiviti
kokurikulum dalam Modul Sukan dan Jati Diri. Seramai 18 orang (23.1%) telah
memilih aktiviti Bola Jaring, diikuti kedua tertinggi 12 orang (15.4%) bagi aktiviti
Orientaring. Seterusnya seramai 10 orang (12.82%) telah memilih aktiviti Treking
diikuti 6 orang (7.7%) memilih aktiviti Bola Tampar. Bilangan penyertaan yang
sama seramai 5 orang (6.41%) telah memilih aktiviti Badminton, Bola Sepak, dan
Kayak. Seramai 3 orang (3.85%) masing-masing bagi aktiviti Bola Jaring,
Ekuestrian, Hoki, dan Scuba. Terdapat 2 orang (2.56%) memilih aktiviti Renang,
dan diikuti seorang (1.3%) masing-masing bagi aktiviti Kecergasan, Ragbi, dan
Tenpin-Bowling. Tidak terdapat penyertaan (0%) bagi aktivitii Sepak Takraw,
Squasy, Tenis, Futsal, dan Memanah.
52
Jadual 4.7 : Taburan Menunjukkan Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang
Telah Disertai Oleh Respondan Dalam Modul Sukan Dan Jati Diri.
No. Mata Pelajaran Frekuensi Peratus (%)
1 Bola Jaring 18 23.1
2 Bola Sepak 5 6.41
3 Hoki 3 3.85
4 Ragbi 1 1.3
5 Badminton 5 6.41
6 Sepak Takraw - 0
7 Skuasy - 0
8 Tenis - 0
9 Bola Tampar 6 7.7
10 Tenpin - Bowling 1 1.3
11 Futsal - 0
12 Kecergasan 1 1.3
13 Orientering 12 15.4
14 Treking 10 12.82
15 Memanah - 0
16 Ekuestrian 3 3.85
17 Kayak 5 6.41
18 Renang 2 2.56
19 Scuba 3 3.85
20 Bola Jaring 18 23.1
JUMLAH 78 100
Berdasarkan jadual 4.8 di bawah menunjukkan terdapat penyertaan responden
terhadap aktiviti kokurikulum dalam Modul Khas iaitu seramai seorang (50%)
menyertai Palapes Darat 1, dan seramai seorang (50%) menyertai aktiviti Palapes
Darat 2.
Jadual 4.8 : Taburan Menunjukkan Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang
Telah Disertai Oleh Respondan Dalam Program Khas.
No. Mata Pelajaran Frekuensi Peratus (%)
1 Palapes Darat 1 1 50.0
2 Palapes Laut 1 - 0
3 Palapes Darat 2 1 50.0
4 Palapes Laut 2 - 0
JUMLAH 2 100
53
4.4 Bahagian C: Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang Ditawarkan di
Universiti Teknologi Malaysia Dan Aktiviti Kokurikulum Yang
Ditawarkan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jadual 4.9 di bawah membincangkan senarai aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan oleh UTM dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh KPM. Aktiviti
kokurikulum yang ditawarkan oleh UTM terdiri daripada empat modul. Pertama
adalah Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan. Terdapat 24 aktiviti yang
terdapat dalam modul tersebut, diikuti Modul Seni Dan Budaya sebanyak 13 aktiviti.
Bagi Modul Sukan Dan Jati Diri, terdapat 20 aktiviti yang ditawarkan manakala
Program Khas, terdapat 4 aktiviti yang ditawarkan.
Aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh KPM pula terdiri daripada tiga
komponen utama iaitu Komponen Unit Beruniform, Komponen Persatuan Dan
Kelab, serta Komponen Sukan Dan Permainan. Sebanyak 20 aktiviti kokurikulum
yang ditawarkan oleh KPM dalam Komponen Unit Beruniform. Bagi Komponen
Persatuan Dan Kelab pula, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu persatuan
akademik, kelab hobi dan rekreasi, serta kelab/persatuan perkhidmatan. Dalam
komponen ini terdapat 48 aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Bagi Komponen
Sukan Dan Permainan pula, terdapat 39 aktiviti yang ditawarkan dan ia terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu permainan, olahraga dan sukan air.
54
Jadual 4.9 : Senarai Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang Ditawarkan Di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Dan Aktiviti Kokurikulum
Yang Ditawarkan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
KOKURIKULUM UNIVERSITI KOKURILUKUM
TEKNOLOGI MALAYSIA KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
A) Modul Pembinaan Diri Dan A) Komponen Unit Beruniform
Kemasyarakatan
Bil Mata Pelajaran Bil Unit Beruniform
1 Keusahawanan 1 Pergerakan Pengakap (unit
pengakap kanak-kanak,
pengakap muda dan pengakap
remaja)
2 Pengurusan Kelab dan Persatuan 2 Pergerakan Pandu Puteri (unit
tunas puteri, pandu puteri dan
renjer puteri)
3 Kaunselor Siswa 3 Persatuan Bulan Sabit Merah
4 Penulisan Kreatif 4 Persatuan St. John Ambulans
5 Pengucapan Awam 5 Pasukan Kadet Bersatu
Malaysia
6 Fotografi 6 Pasukan Kadet Polis
7 Katering 7 Pasukan Kadet Remaja
8 Tae Kwan Do (ITF) 8 Pasukan Kadet Bomba &
Penyelamat
9 Silat Cekak Malaysia 9 Pasukan Kadet Majlis
Keselamatan Jalan Raya
10 Silat Gayong 10 Pasukan Kadet Pertahanan
Awam
11 Pemikiran Kreatif dan 11 Bridge Putri
Penyelesaian Masalah
12 Asas Kewartawanan 12 Pergerakan Briged Putera
13 Asas Kemahiran Pertanian 13 Pergerakan Puteri Islam
14 Teknologi Hortikultur Hiasan 14 Persatuan Silat Seni
15 Pemadam 15 Persatuan Silambam
16 Kepimpinan 16 Persatuan Wushu
17 Pengurusan Diri 17 Kelab Judo
18 Asas Debat 18 Kelab Karate
19 Asas Komunikasi 19 Kelab Taekwando
20 Penampilan Diri dan Etika Sosial 20 Pancaragam
21 Asas Rekacipta
22 Budi Penyayang (Masyarakat
Penyayang)
23 Kelana Siswa (Pengakap)
24 Pertolongan Cemas
55
B) Modul Seni Dan Budaya B) Komponen Persatuan Dan Kelab
Bil Mata Pelajaran Bil Persatuan dan Kelab
1 Muzik Gamelan 1 Persatuan Bahasa (merangkumi
Persatuan Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa
Tamil, Bahasa Arab dan Bahasa
Jepun)
2 Muzik Kertuk dan Rebana Ubi 2 Persatuan Persuratan, Bahas,
Drama, Kesusasteraan
3 Muzik Kompang 3 Persatuan Geografi / Sejarah
4 Koir 4 Persatuan Ekonomi
5 Iqra’ 5 Persatuan Perdagangan
6 Taranum 6 Persatuan Sains Kemasyarakatan
7 Orkestra 7 Persatuan Agama Islam (persatuan
pelajar Islam)
8 Kraftangan 8 Persatuan Sains Rumahtangga
9 Seni Grafik 9 Persatuan Seni Perusahaan
10 Ukiran Kayu 10 Persatuan Kemahiran Hidup
11 Asas Membuat Pakaian 11 Persatuan Sains dan Matematik
12 Teater 12 Persatuan Tingkatan Enam
13 Seni Tari 13 Persatuan Muzik (Angklung,
Kompang, Gamelan, Pancaragam
Brass, Genderang, Orkestra
Simfoni, dll)
14 Persatuan Penyelamat Kelemasan
15 Persatuan Seni Suara (Nasyid,
Hadrah)
C) Modul Sukan dan Jati Diri 16 Persatuan Tingkatan Enam
17 Persatuan Pengawas Sekolah
Bil Mata Pelajaran 18 Persatuan Pengawas Perpustakaan
1 Bola Jaring 19 Kelab Bahasa Isyarat
2 Bola Sepak 20 Kelab Elektronik
3 Hoki 21 Kelab Motor Mekanik
4 Ragbi 22 Kelab Binaan / Bangunan
5 Badminton 23 Kelab Menaip
6 Sepak Takraw 24 Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber
7 Skuasy 25 Kelab Alat Pandang Dengar
8 Tenis 26 Kelab Seni Foto
9 Bola Tampar 27 Kelab Wayang Gambar
10 Tenpin – Boling 28 Kelab Rekreasi
11 Futsal 29 Kelab Kembara
12 Kecergasan 30 Kelab Koir Sekolah
13 Orientering 31 Kelab Seni Mempertahankan Diri
14 Treking 32 Kelab Komputer
15 Memanah 33 Kelab Jimnastik
16 Ekuestrian 34 Kelab Keceriaan Sekolah
17 Kayak 35 Kelab Keselamatan Jalanraya
56
Sambungan Jadual 4.9:
18 Renang 36 Kelab Astronomi
19 Scuba 37 Kelab Bina Badan
20 Bola Baling 38 Kelab Membaca
39 Kelab Kebajikan
40 Kelab Memancing
41 Kelab Permainan Tradisi
42 Kelab Koperasi Sekolah
43 Kelab Pengguna
44 Kelab SPBT
45 Kelab Kaunseling dan Kerjaya
46 Kelab Seni Tampak / Seni Halus
(Seni Ukiran, Anyaman)
47 Kelab Seni Tari
48 Kelab Perlancongan
D) Program Khas C) Komponen Sukan dan Permain
Bil Mata Pelajaran Bil Sukan dan Permainan
1 Palapes Darat 1 1 Kelab Bola Sepak
2 Palapes Laut 1 2 Kelab Bola Baling
3 Palapes Darat 2 3 Kelab Bola Lisut
4 Palapes Laut 2 4 Kelab Bola Jaring
5 Kelab Bola Petanq
6 Kelab Bola Tampar
7 Kelab Bola Keranjang
8 Kelab Badminton
9 Kelab Sepak Takraw
10 Kelab Bowling
11 Kelab Permainan Dalam (Karom,
Catur dll)
12 Kelab Pingpong
13 Kelab Olahraga
14 Kelab Ragbi
15 Kelab Hoki
16 Kelab Kriket
17 Kelab Golf
18 Kelab Equestrian
19 Kelab Senamrobik
20 Kelab Jimnastik
21 Kelab Jimrama
22 Kelab Tenis
23 Kelab Squasy
24 Kelab Permainan Tradisional
25 Kelab Gasing Pangkah
26 Kelab Berbasikal
57
Sambungan Jadula 4.9:
27 Kelab Motor
28 Kelab Memanah
29 Kelab Berkeno/Kayak
30 Kelab Skuba
31 Kelab Renang
32 Kelab Terjun
33 Kelab Perahu Layar
34 Kelab Perahu Naga
35 Kelab Polo Air
36 Kelab Rowing (Berdayung)
37 Kelab Skuter Air
38 Kelab Luncur Air
39 Kelab Snorkeling
Jadual 4.10 di bawah pula membincangkan senarai aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan oleh UTM yang mempunyai persamaan dengan aktiviti kokurikulum
yang ditawarkan oleh KPM. Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan UTM
adalah bersamaan dengan Komponen Unit Beruniform KPM. Modul Seni Dan
Budaya pula bersamaan dengan Komponen Persatuan Dan Kelas. Manakala, Modul
Sukan Dan Jati Diri pula bersamaan dengan Komponen Sukan Dan Permainan.
Hasil perbandingan penyelidikan menunjukkan terdapat 4 persamaan aktiviti
dalam Komponen Unit Beruniform yang ditawarkan oleh KPM dengan Modul
Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan yang ditawarkan oleh UTM. Selain itu,
terdapat 7 persamaan aktiviti kokurikulum dalam Komponen Persatuan Dan Kelab
yang ditawarkan oleh KPM dengan Modul Seni Dan Budaya yang ditawarkan oleh
UTM. Dalam Komponen Sukan Dan Permainan yang ditawarkan oleh KPM juga
terdapat persamaan aktiviti kokurikulum dengan Modul Sukan Dan Jati Diri yang
ditawarkan oleh UTM.
Perbandingan persamaan ini dapat menunjukkan bahawa terdapat 16 aktiviti
kokurikulum KPM dalam Komponen Unit Beruniform yang tidak selari dengan
aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh UTM dalam Modul Pembinaan Diri Dan
Kemasyarakatan. Selain itu, terdapat 41 aktiviti kokurikulum KPM dalam
58
Komponen Persatuan Dan Kelab yang tidak selari dengan aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan oleh UTM dalam Modul Seni Dan Budaya. Sebanyak 22 aktiviti
kokurikulum yang terdapat dalam Komponen Sukan Dan Permainan yang
ditawarkan oleh KPM tidak bersamaan dengan aktiviti kokurikulum yang terdapat
dalam Modul Sukan Dan Jati Diri yang ditawarkan oleh UTM. Bagi Program Khas
yang ditawarkan oleh UTM, tiada sebarang persamaan dalam mana-mana komponen
kokurikulum yang ditawarkan oleh KPM.
Oleh itu, daripada perbandingan ini dapat disimpulkan bahawa terdapat
sebahagian besar aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh UTM yang tidak selari
dengan kokurikulum yang ditawarkan oleh KPM untuk aktiviti kokurikulum di
sekolah.
Jadual 4.10 : Perbandingan Persamaan Antara Aktiviti Kokurikulum Yang
Ditawarkan Di Universiti Teknologi Malaysia Dengan Aktiviti
Kokurikulum Yang Ditawarkan Oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
KOKURIKULUM UNIVERSITI KOKURILUKUM
TEKNOLOGI MALAYSIA KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
A) Modul Pembinaan Diri Dan A) Komponen Unit Beruniform
Kemasyarakatan
Bil Mata Pelajaran Persamaan Bil Unit Beruniform
1 Tae Kwan Do (ITF) → 1 Kelab Taekwando
2 Kelana Siswa (Pengakap) → 2 Pergerakan Pengakap (unit
pengakap kanak-kanak,
pengakap muda dan pengakap
remaja)
3 Pertolongan Cemas → 3 Persatuan Bulan Sabit Merah
4 Silat Cekak Malaysia → 4 Persatuan Silat Seni
5 Silat Gayong →
59
B) Modul Seni Dan Budaya B) Komponen Persatuan Dan
Kelab
Bil Mata Pelajaran Persamaan Bil Persatuan dan Kelab
1 Muzik Gamelan → 1 Persatuan Muzik (Angklung,
2 Muzik Kertuk dan Rebana → Kompang, Gamelan,
Ubi Pancaragam Brass, Genderang,
3 Muzik Kompang → Orkestra Simfoni, dll)
4 Orkestra →
5 Koir → 2 Kelab Koir Sekolah
6 Kraftangan → 3 Kelab Seni Tampak / Seni
7 Ukiran Kayu → Halus (Seni Ukiran, Anyaman)
8 Seni Grafik → 4 Kelab Komputer
9 Asas Membuat Pakaian → 5 Persatuan Sains Rumahtangga
10 Teater → 6 Persatuan Persuratan, Bahas,
Drama, Kesusasteraan
11 Seni Tari → 7 Kelab Seni Tari
C) Modul Sukan Dan Jati Diri C) Komponen Sukan Dan
Permainan
Bil Mata Pelajaran Persamaan Bil Sukan dan Permainan
1 Bola Jaring → 1 Kelab Bola Jaring
2 Bola Sepak → 2 Kelab Bola Sepak
3 Hoki → 3 Kelab Hoki
4 Ragbi → 4 Kelab Ragbi
5 Badminton → 5 Kelab Badminton
6 Sepak Takraw → 6 Kelab Sepak Takraw
7 Skuasy → 7 Kelab Squasy
8 Tenis → 8 Kelab Tenis
9 Bola Tampar → 9 Kelab Bola Tampar
10 Tenpin – Bowling → 10 Kelab Bowling
11 Bola Baling → 11 Kelab Bola Baling
12 Kecergasan → 12 Kelab Olahraga
13 Memanah → 13 Kelab Memanah
14 Ekuestrian → 14 Kelab Equestrian
15 Kayak → 15 Kelab Berkeno/Kayak
16 Renang → 16 Kelab Renang
17 Scuba → 17 Kelab Skuba
60
4.5 Bahagian D1 : Analisis Pola Aliran Pemilihan Aktiviti Kokurikulum
Kalangan Mahasiswa Tahun 3 JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.
Dapatan kajian mendapati responden memilih aktiviti kokurikulum kerana
minat, seramai 105 responden (89%) (min = 4.26) memilih mahu menambah
kemahiran (item 10). Pemilihan kedua tertinggi adalah kerana keperluan, seramai
105 responden (89%) (min = 4.19) memilih aktiviti kokurikulum ini bersesuaian
dengan tahap kesihatan (item 11). Pemilihan terendah jatuh kepada kekosongan
tempat, seramai 40 responden (33.9%) (min = 2.69) memilih aktiviti kokurikulum ini
kerana tiada pilihan lain (item 7).
Daripada jadual 4.11 juga menunjukkan bahawa keseluruhannya, tahap
mahasiswa menghubungkaitkan pemilihan aktiviti kokurikulum dengan minat berada
pada tahap tertinggi (min = 4.08). Kedua tertinggi diikuti oleh keperluan kerjaya
(min = 3.86) manakala, kekosongan tempat (min = 3.21) berada di tahap yang
sederhana.
Jadual 4.11 : Taburan Analisis Soal Selidik Dari Aspek Pola Aliran Pemilihan
Aktiviti Kokurikulum Responden
Maklum Balas Respondan
No. Soalan T. Setuju T. Pasti Setuju MIN
item ƒ % ƒ % ƒ %
6 Banyak kegiatan
kokurikulum yang lain
yang ditawarkan telah
cukup bilangan
penyertaannya. 29 24.5 26 22.0 63 53.4 3.34
7 Tiada pilihan lain. 61 51.7 17 14.4 40 33.9 2.69
8 Ada kaitannya dengan
kerjaya yang saya pilih. 31 26.2 24 20.3 63 53.4 3.44
9 Ia dapat menyediakan
diri saya dengan lebih
baik lagi setelah bekerja
kelak. 9 7.6 22 18.6 87 73.7 3.94
61
Sambungan Jadual 4.11:
10 Mahu menambah
kemahiran. 5 4.2 8 6.8 105 89 4.26
11 Aktiviti kokurikulum
yang saya pilih ini
bersesuaian dengan tahap
kesihatan saya. 5 4.2 8 6.8 105 89 4.19
12 Ia boleh membantu saya
dalam kerjaya yang saya
pilih kelak. 14 11.8 21 17.8 83 70.4 3.86
13 Saya mempunyai minat
yang tinggi dalam
aktiviti kokurikulum
yang saya sertai. 4 3.4 17 14.4 97 82.2 4.13
16 Mendapati bahawa
pengetahuan awal
tentang kegiatan
kokurikulum yang saya
sertai adalah penting. 7 5.9 17 14.4 94 79.6 3.9
24 Ia membolehkan saya
menggunakan bahasa
yang baik dan lebih
yakin untuk berhujah
dengan baik. 10 8.5 13 11.0 95 80.6 4.02
26 Penempatan pelajar bagi
seksyen mata pelajaran
kokurikulum yang
berkaitan dengan kerjaya
saya adalah terhad. 20 17.0 25 21.2 73 61.9 3.6
Purata 18 15.0 18 15.25 82 69.74 3.76
62
4.6 Bahagian D2 : Kepentingan Penglibatan Kokurikulum Kalangan
Mahasiswa Tahun 3 JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.
Hasil kajian ini mendapati responden memilih aktiviti kokurikulum kerana
berasa bertanggungjawab untuk membentuk sahsiah pelajar kelak (item 20), seramai
103 responden (87.2%) (min = 4.19) memilih pernyataan tersebut. Pemilihan kedua
tertinggi adalah pernyataan memilih kokurikulum untuk membina kemahiran generik
seperti kemahiran berkomunikasi dan kerjasama dalam kumpulan (item 18), seramai
101 responden (85.6%) (min = 4.17). Seterusnya responden juga menyatakan
kepentingan pemilihan aktiviti kokurikulum ini adalah kerana ia dapat memberi
latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri dan patuh kepada
tatatertib (disipilin) (item 17), seramai 103 (87.3%) (min = 4.13) memilih pernyataan
tersebut. Responden turut menyatakan kepentingan memilih aktiviti kokurikulum ini
kerana kerjaya mereka kelak memerlukan mereka mengembangkan pembangunan
diri pelajar (item 19), seramai 87 (82.2%) (min = 4.08). Pernyataan ini dikuatkan
lagi dengan penyataan pemilihan aktiviti kokurikulum kerana melalui kokurikulum
dapat membantu mempelbagaikan kaedah untuk mendekati pelajar dalam membina
sahsiah mereka kelak (item 22), seramai 96 responden (81.4%) (min = 4.08).
Selain itu, menurut responden aktiviti kokurikulum ini penting kerana
membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kelak (item 21), seramai 97 responden (82.2%) (min = 3.97). Pada
(item 15), seramai 86 responden (72.8%) (min = 3.86) memilih pernyataan kerjaya
yang dipilih kelak memerlukan kemahiran pengurusan dalam aktiviti kokurikulum
ini. Peratus terendah jatuh kepada pernyataan menyertai aktiviti kokurikulum kerana
ia adalah tuntutan kerjaya kelak (item 14), seramai 62 responden (52.5%) (min =
3.46).
Daripada jadual 4.12 juga menunjukkan bahawa keseluruhannya, tahap
kepentingan penglibatan kokurikulum bagi mahasiswa berada pada tahap tinggi (min
= 3.98).
63
Jadual 4.12 : Taburan Analisis Soal Selidik Dari Aspek Kepentingan
Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Bagi Responden
Maklum Balas Respondan
No. Soalan T. Setuju T. Pasti Setuju MIN
item ƒ % ƒ % ƒ %
14 Ia adalah tuntutan
kerjaya yang akan saya
ceburi kelak. 25 21.1 31 26.3 62 52.5 3.46
15 Kerjaya yang saya pilih
kelak memerlukan
kemahiran pengurusan
dalam aktiviti
kokurikulum ini. 9 7.6 23 19.5 86 72.8 3.86
17 Ia memberi saya latihan
pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal
diri dan patuh kepada
tatatertib (disiplin). 2 1.7 13 11.0 103 87.3 4.13
18 Ia membolehkan saya
membina kemahiran
generik seperti
kemahiran
berkomunikasi dan
bekerjasama dalam
kumpulan. 7 5.9 10 8.5 101 85.6 4.17
19 Kerjaya saya kelak
memerlukan saya
mengembangkan
pembangunan diri
pelajar. 4 3.4 17 14.4 87 82.2 4.08
20 Berasa
bertanggungjawab untuk
membentuk sahsiah
pelajar kelak. 4 3.4 11 9.3 103 87.2 4.19
21 Aktiviti kokurikulum
yang saya sertai boleh
diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran kelak. 6 5.0 15 12.7 97 82.2 3.97
22 Ia dapat membantu saya
mempelbagaikan kaedah
untuk mendekati pelajar
dalam membina sahsiah
mereka kelak. 5 4.2 17 14.4 96 81.4 4.08
64
Sambungan Jadual 4.12:
23 Ia membantu kaedah
Pedagogi saya dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran kelak. 10 8.4 26 22.0 82 69.4 3.77
25 saya dapat berinteraksi
dengan rakan-rakan yang
pelbagai kaum dan
agama tanpa sebarang
masalah. 8 6.8 14 11.9 96 81.4 4.08
Purata 8 6.75 18 5.0 92 78.2 3.98
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membentangkan perbincangan dapatan-dapatan kajian yang dibuat
berasaskan analisis data di Bab IV. Bahagian ini juga akan menghuraikan dapatan
kajian dan secara langsung akan membuat rumusan dapatan kajian, cadangan dan
tindakan serta kajian lanjutan yang berkaitan dengan hubungkait kesuaian pemilihan
aktiviti kokurikulum di kalangan mahasiswa Tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (SPA, SPE, SPJ, SPH), JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai.
5.2 Rumusan
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa Tahun 3 JPTK
cenderung memilih Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan dengan penyertaan
sebanyak 95 orang. Manakala bagi Modul Seni Dan Budaya, seramai 56 orang
mahasiswa menyertai modul tersebut. Bagi Modul Sukan Dan Jati Diri, seramai 78
orang mahasiswa menyertai modul ini. Manakala bagi Program Khas pula, terdapat
hanya 2 orang mahasiswa sahaja yang menyertainya. Daripada dapatan kajian ini,
jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa fakta yang boleh dikaitkan dengan
ketidakseimbangan penyertaan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan oleh UTM. Fakta tersebut diperolehi melalui persoalan kajian kelima
dan keenam pengkaji.
66
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat 4 modul kokurikulum yang telah
ditawarkan oleh UTM (Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
2007). Modul-modul tersebut adalah Modul Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan.
Terdapat 24 aktiviti kokurikulum yang terdapat dalam modul tersebut. Kedua adalah
Modul Seni Dan Budaya, terdapat sebanyak 13 aktiviti. Bagi Modul Sukan Dan Jati
Diri, terdapat 20 aktiviti yang ditawarkan manakala Program Khas, terdapat 4 aktiviti
yang ditawarkan.
Hasil kajian juga mendapati bahawa KPM telah menetapkan 3 komponen
kokurikulum untuk sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan.
Komponen-komponen tersebut terdiri daripada Komponen Unit Beruniform,
Komponen Persatuan Dan Kelab, serta Komponen Sukan Dan Permainan. Terdapat
sebanyak 20 aktiviti kokurikulum yang ditawarkan untuk Komponen Unit
Beruniform. Bagi Komponen Persatuan Dan Kelab pula, ia terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu persatuan akademik, kelab hobi dan rekreasi, serta kelab/persatuan
perkhidmatan. Dalam komponen ini terdapat 48 aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan. Bagi Komponen Sukan Dan Permainan pula, terdapat 39 aktiviti yang
ditawarkan dan ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permainan, olahraga dan
sukan air. Walau bagaimanapun, bukan semua aktiviti kokurikulum yang telah
ditawarkan ini dijalankan di sekolah-sekolah. Ia bergantung kepada kemudahan
infrastruktur sekolah dan kebolehan guru untuk mengajar aktiviti kokurikulum
tersebut.
Dapatan kajian juga dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat tiga
persamaan antara modul kokurikulum yang ditawarkan oleh UTM dengan komponen
kokurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu Modul Pembinaan Diri Dan
Kemasyarakatan bersamaan dengan Komponen Unit Beruniform, Modul Seni Dan
Budaya bersamaan dengan Komponen Persatuan Dan Kelab, dan Modul Sukan Dan
Jati Diri bersamaan dengan Komponen Sukan Dan Permainan.
67
Namun, hanya sebilangan kecil sahaja bagi setiap modul yang ditawarkan
oleh UTM yang mempunyai persamaan dengan aktiviti kokurikulum yang telah
ditetapkan oleh KPM untuk sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah bantuan
kerajaan.
Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa mahasiswa memilih aktiviti
kokurikulum disebabkan oleh minat, min paras tinggi. Diikuti oleh kesedaran
terhadap keperluan kerjaya mereka, min paras tinggi. Namun, terdapat juga
mahasiswa yang memilih aktiviti kokurikulum disebabkan tiada lagi kekosongan
tempat bagi aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh UTM yang selari dengan
KPM. Oleh itu, mereka terpaksa memilih aktiviti kokurikulum lain yang ditawarkan
untuk memenuhi syarat pengijazahan, min paras sederhana.
Manakala, dari aspek kepentingan mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum adalah disebabkan mereka mempunyai rasa tanggungjawab untuk
membentuk sahsiah pelajar, mengawal disiplin, membina kemahiran generik, dan
untuk keperluan proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Min terhadap pernyataan ini
adalah tinggi.
5.3 Perbincangan
Matlamat sekolah khususnya mencapai kecemerlangan pendidikan dalam
bidang akademik tidak akan tercapai jika terdapat kepincangan atau kecacatan dalam
salah satu bidang kurikulum ataupun kokurikulum. Hal ini kerana, kedua-duanya
diibaratkan roda bagi sebuah basikal beroda dua. Kegagalan mencapai sesuatu
matlamat atau objektif sekolah khasnya dari segi kokurikulum tidak boleh
dipertanggungjawabkan kepada guru-guru atau pihak lain.
68
Objektif pelaksanaan kokurikulum di sekolah ialah:
i. Membantu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke tahap optimum.
ii. Menggalakkan pelajar berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian.
iii. Menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
iv. Membimbing pelajar supaya dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan
yang berfaedah.
v. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan masyarakat.
vi. Melahirkan pelajar yang berbuat sendiri (self-actualized) dan memajukan
diri sendiri sepanjang hayat.
vii. Membentuk sahsiah, bakat dan disiplin di kalangan pelajar.
viii. Memupuk semangat kerjasama dan membina sikap positif.
ix. Memupuk semangat kekitaan di kalangan pelajar supaya sayangkan
sekolah.
x. Mencapai pencapaian tertinggi bagi setiap kegiatan kokurikulum sehingga
ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
(Jabatan Pelajaran Johor, 2007)
69
Oleh itu, menurut Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kementerian juga
meminta supaya latihan di institusi perguruan (IPG) dan institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) menepati keperluan dan jenis aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan
di sekolah. Kementerian mahu guru yang akan dikeluarkan IPG dan IPTA bukan
sahaja aktif dalam aktiviti kurikulum tetapi juga berkemampuan untuk mengurus dan
melatih murid dalam aktiviti kokurikulum (Berita Harian Online, 14 Oktober 2002).
Berdasarkan dapatan analisis data, perbincangan dalam bahagian ini akan
meliputi enam perkara utama iaitu :
1) Perbincangan tentang jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh
Universiti Teknologi Malaysia.
2) Perbincangan tentang jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada sekolah-sekolah kerajaan dan
sekolah-sekolah bantuan kerajaan.
3) Perbincangan tentang jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh
mahasiswa.
4) Perbincangan tentang perbezaan antara aktiviti kokurikulum yang dipilih oleh
mahasiswa dengan keperluan kokurikulum di sekolah.
5) Perbincangan tentang pola aliran pemilihan aktiviti kokurikulum kalangan
mahasiswa.
6) Perbincangan tentang kepentingan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti
kokurikulum.
70
5.3.1 Perbincangan Tentang Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang Diikuti
Oleh Mahasiswa.
Berdasarkan hasil analisis kajian, didapati mahasiswa lebih cenderung
memilih aktiviti kokurikulum yang terdapat dalam Modul Pembinaan Diri Dan
Kemasyarakatan dengan penyertaan sebanyak 95 orang. Kemudian diikuti pemilihan
aktiviti kokurikulum dalam Modul Sukan Dan Jati Diri, seramai 78 orang mahasiswa
menyertai modul tersebut. Bagi Modul Seni Dan Budaya, seramai 56 orang
penyertaan. Manakala, penyertaan paling rendah adalah Program Khas, hanya
seramai 2 orang penyertaan sahaja.
Daripada analisis di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa mahasiswa-
mahasiswa melibatkan diri mereka lebih dari dua jenis aktiviti kokurikulum yang
telah ditetapkan oleh UTM. Hal ini kerana, mahasiswa dapat menyesuaikan diri
dengan potensi yang ada pada diri mereka. Ditambah pula dengan pentadbiran UTM
yang tidak pernah menyekat mahasiswa untuk bergiat aktif dalam kegiatan-kegiatan
kokurikulum Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai 2007).
5.3.2 Perbincangan Tentang Jenis-Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang
Ditawarkan Oleh UTM, Skudai.
Hasil kajian mendapati, terdapat 4 modul aktiviti kokurikulum yang telah
ditawarkan oleh UTM (Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
2007) kepada mahasiswa. Modul-modul tersebut adalah Modul Pembinaan Diri Dan
Kemasyarakatan. Terdapat 24 aktiviti kokurikulum yang terdapat dalam modul ini.
Diikuti sebanyak 13 aktiviti kokurikulum bagi Modul Seni Dan Budaya, dan 20
aktiviti kokurikulum bagi Modul Sukan Dan Jati Diri. Manakala, 4 aktiviti
kokurikulum bagi Program Khas.
71
Keempat-empat modul yang ditawarkan oleh UTM ini adalah untuk memberi
peluang kepada mahasiswa untuk menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan minat,
bakat dan keupayaan masing-masing. Selain itu, ia juga bertujuan melatih
mahasiswa dari aspek-aspek perancangan, perlaksanaan di samping memberi
pengetahuan berguna untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin generasi serba
boleh pada masa hadapan. Selain itu, modul-modul aktiviti kokurikulum yang
ditawarkan oleh UTM ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa
untuk memahami isu-isu penting yang berkaitan dengan pembangunan negara
melalui khidmat dan penglibatan bersama-sama masyarakat dan alam sekitar (Pusat
Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 2007).
5.3.3 Perbincangan Tentang Jenis- Jenis Aktiviti Kokurikulum Yang
Ditetapkan Oleh KPM Kepada Sekolah-Sekolah Kerajaan Dan Sekolah-
Sekolah Bantuan Kerajaan.
Hasil kajian, didapati terdapat 3 jenis komponen aktiviti kokurikulum yang
telah ditetapkan oleh KPM untuk sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah
bantuan kerajaan. Komponen tersebut terdiri daripada Komponen Unit Beruniform,
Komponen Persatuan Dan Kelab, serta Komponen Sukan Dan Permainan.
Komponen Badan Beruniform menekankan aspek pembentukan disiplin diri
pelajar. Melalui komponen ini, pelajar dilatih dengan ketepatan masa, mematuhi
pemimpin, bersemangat juang yang tinggi dan menguji daya ketahanan fizikal
(Samad, 2007). Sebanyak 20 aktiviti kokurikulum telah ditawarkan oleh KPM dalam
komponen ini.
Bagi Komponen Persatuan Dan Kelab pula, ia terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu persatuan akademik, kelab hobi dan rekreasi, serta kelab/persatuan
perkhidmatan yang menekankan perkongsian idea dan kerjasama, proses kematangan
72
diri serta melatih pelajar hal-hal pengurusan dan pentadbiran (Samad , 2007). Dalam
komponen ini terdapat 48 aktiviti kokurikulum yang ditetapkan.
Manakala Komponen Sukan Dan Permainan pula, ia dapat melatih pelajar
untuk berfikiran strategik dan memberi kekuatan fizikal (Samad , 2007). Terdapat
39 aktiviti kokurikulum yang ditawarkan dalam komponen ini. Ia terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu permainan, olahraga dan sukan air.
5.3.4 Perbincangan Tentang Persamaan Antara Aktiviti Kokurikulum Yang
Dipilih Oleh Mahasiswa Dengan Keperluan Kokurikulum Di Sekolah.
Merujuk hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa hanya 5 daripada
24 aktiviti kokurikulum yang telah disertai oleh mahasiswa daripada Modul
Pembinaan Diri Dan Kemasyarakatan yang mempunyai persamaan dengan
Komponen Unit Beruniform di sekolah. Manakala, hanya 11 sahaja daripada 13
aktiviti kokurikulum daripada Modul Seni Dan Budaya yang telah disertai oleh
mahasiswa yang mempunyai persamaan dengan Komponen Persatuan Dan Kelab di
sekolah.
Kajian juga menunjukkan bahawa hanya sebanyak 17 sahaja daripada 20
aktiviti kokurikulum yang telah disertai oleh mahasiswa daripada Modul Sukan Dan
Jati Diri yang mempunyai persamaan dengan Komponen Sukan Dan Permainan di
sekolah. Manakala, 2 penyertaan mahasiswa bagi Modul Program Khas tidak
mempunyai sebarang persamaan antara mana-mana komponen kokurikulum di
sekolah.
Daripada dapatan kajian di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
majoriti aktiviti kokurikulum yang dipilih oleh mahasiswa Tahun 3 JPTK di UTM ini
tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pembelajaran aktiviti kokurikulum di
73
sekolah. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum yang ditawarkan oleh UTM yang
bersesuaian dengan aktiviti kokurikulum sekolah adalah terhad.
5.3.5 Perbincangan Tentang Pola Aliran Pemilihan Aktiviti Kokurikulum
Kalangan Mahasiswa.
Pengkaji telah menyediakan 11 item yang berkaitan dengan pola aliran
pemilihan aktiviti kokurikulum di kalangan mahasiswa. Pola tersebut merujuk corak
pemilihan aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada minat, keperluan kerjaya, dan
kekosongan tempat. Dalam aspek minat, hasil kajian mendapati bahawa mahasiswa
menyatakan minat yang menyebabkan mereka memilih aktiviti kokurikulum yang
telah disertai (min = 4.08). Hal ini berlaku kerana menurut kajian Gill dan rakan-
rakan (1986), menunjukkan bahawa faktor keseronokan adalah merupakan faktor
kedua yang menyebabkan atau yang memotivasikan seseorang atlit atau pelajar
mentertai aktiviti sukan yakni kokurikulum.
Kedua adalah disebabkan keperluan kerjaya yang bakal diceburi (min =
3.86). Corak pemilihan kokurikulum kalangan mahasiswa kerana keperluan kerjaya
yang bakal diceburi adalah bertepatan dengan penyataan Lee Pau Wing et.al (1993),
‘mulai 1973, aktiviti kokurikulum telah dijadikan sebagai komponen yang wajib
dalam program pendidikan guru selaras dengan posisi pendidikan kebangsaan iaitu
untuk melahirkan seorang guru yang aktif dan serba boleh’.
Terakhir, corak pemilihan aktiviti kokurikulum kalangan mahasiswa adalah
disebabkan oleh kekosongan tempat untuk aktiviti yang hendak disertai (min = 3.21).
Kekosongan tempat ini bermaksud tiada lagi kekosongan tempat bagi aktiviti
kokurikulum yang ditawarkan oleh UTM yang selari dengan KPM. Ini kerana
menurut arahan Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (2007),
mahasiswa boleh memilih mana-mana mata pelajaran atau aktiviti kokurikulum.
Walau bagaimana pun, ia tertakluk kepada kekosongan.
74
5.3.6 Perbincangan Tentang Kepentingan Penglibatan Mahasiswa Dalam
Aktiviti Kokurikulum.
Selain itu, pengkaji juga turut menyediakan 10 item yang berkaitan dengan
kepentingan mahasiswa menglibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hasil kajian
menunjukkan bahawa mahasiswa berasa bertanggungjawab untuk mendidik sahsiah
pelajar kelak (min = 4.19) paras tinggi. Ibrahim (1980), menegaskan bahawa
kegiatan kokurikulum amat berguna untuk latihan sahsian dan dapat dibantu oleh
guru kerana ia merupakan aspek yang terpenting dalam organisasi.
Mahasiswa ingin membina kemahiran generik seperti kemahiran
berkomunikasi dan kerjasama dalam kumpulan (min = 4.17) paras tinggi, dan
memberi latihan kepada pemikiran serta tingkah laku iaitu disiplin (min = 4.13) paras
tinggi. Mahasiswa juga mengakui bahawa melalui aktiviti kokurikulum, mereka
dapat berinteraksi dengan rakan-rakan yang pelbagai kaum dan agama tanpa
sebarang masalah (min = 4.08) paras tinggi. Hal ini kerana, kegiatan kokurikulum
dianggap berkesan untuk membentuk keseimbangan mental dengan perkembangan
rohani, jasmani dan sosial pelajar. Kegiatan kokurikulum juga mampu untuk
memperkukuhkan interaksi antara pelajar selain dapat memupuk integrasi antara
kaum, memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh
kepada undang-undang (Nursyeila dan Borhan, 2003) dalam Mohd Sofian et.al
(2003).
Selain itu, mahasiswa juga menyatakan bahawa ilmu hasil aktiviti
kokurikulum yang telah mereka ceburi boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kelak (min = 3.97) paras tinggi. Mahasiswa juga menyatakan
bahawa, kerjaya mereka kelak memerlukan kemahiran pengurusan dalam aktiviti
kokurikulum yang mereka ceburi (min = 3.86) paras tinggi serta membantu kaedah
pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak (min = 3.77) paras tinggi.
Menurut Abdul Halim (1994), proses pengajaran dan pembelajaran yang terdapat
dalam aktiviti kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung. Aspek
75
yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan dan sosial ditekankan
dalam aktiviti kokurikulum.
5.4 Cadangan Tindakan
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati terdapat beberapa tindakan
perlu diambil untuk menambah baik dan menyeimbangkan penyertaan dalam aktiviti
kokurikulum di kalangan mahasiswa Tahun 3 JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM,
Skudai dalam memenuhi keperluan kokurikulum di sekolah. Antara cadangan
tersebut ialah seperti berikut:
i) Untuk mengatasi masalah ketidakselarasan antara aktiviti
kokurikulum UTM dengan KPM, pihak UTM (Unit Kokurikulum)
perlu membuat penyusunan kembali program yang ditawarkan agar
dapat menyeimbangi keperluan kokurikulum di sekolah.
ii) Pihak UTM juga perlu berperanan untuk memenuhi keperluan sekolah
dengan cara menambah penawaran aktiviti kokurikulum yang
diperlukan oleh pihak sekolah yang belum terdapat di universiti.
iii) Pihak universiti juga perlu mengadakan satu dasar baru tentang
kewajipan mahasiswa pendidik memilih aktiviti kokurikulum
mengikut keperluan sekolah sahaja. Hal ini boleh dilakukan dengan
cara memperuntukkan seksyen aktiviti kokurikulum yang berkaitan
dengan kokurikulum sekolah khas untuk mahasiswa pendidik.
76
iv) Mengadakan taklimat khas kepada mahasiswa pendidik tentang
pentingnya peranan mereka dalam memilih aktviti kokurikulum yang
bersesuaian semasa mereka menuntut di universiti kerana mereka
akan membimbing dan seterusnya mencorakkan aktiviti kokurikulum
sekolah pada masa depan khasnya selepas mereka bergelar pendidik.
v) Pihak Fakulti Pendidikan perlu memberi garis panduan yang khusus
kepada mahasiswa berkaitan kesesuaian pemilihan aktiviti
kokurikulum yang sesuai dan selaras dengan keperluan sekolah.
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan
Kajian ini mempunyai limitasi dan hanya menyentuh aspek-aspek yang telah
dinyatakan sahaja. Kajian lanjutan perlu diadakan dengan menyentuh aspek-aspek
yang lebih luas dan menyeluruh. Kajian ini tidak hanya terhad kepada sesebuah
universiti sahaja tetapi lebih bersifat glokal.
Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan yang lebih terperinci dengan
menyentuh faktor-faktor lain yang belum dikaji sepeti latar belakang responden dari
segi etnik, kursus, dan umur. Dicadangkan juga agar mengadakan kajian lanjutan
dengan menjadikan mahasiswa daripada lain-lain jabatan dalam Fakulti Pendidikan
untuk dijadikan sampel kajian.
Kajian sebaik-baiknya dilakukan pada semester pertama sepanjang tahun sesi
pengajian. Hal ini kerana, mahasiswa perlu mengikuti pakej pengajian yang telah
ditetapkan oleh pihak universiti. Dalam pakej tersebut, mahasiswa sepatutnya
menyertai aktiviti kokurikulum pada semester 3, 5 atau 7 sepanjang sesi pengajian
mereka.
77
5.6 Penutup
Konklusinya, kajian yang dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana
kesesuaian pemilihan aktiviti kokurikulum bagi mahasiswa Tahun 3 JPTK, Fakulti
Pendidikan ke arah pemantapan bidang kokurikulum. Hasil dapatan kajian
menggambarkan tentang jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang disertai oleh
mahasiswa seperti yang telah dinyatakan. Terdapat beberapa aktiviti kokurikulum
yang disertai mahasiswa yang tidak selari dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Faktor pemilihan aktiviti kokurikulum ini adalah disebabkan oleh minat, kesedaran
terhadap keperluan kerjaya dan juga disebabkan oleh kekosongan penempatan
kepada aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Oleh itu, sepatutnya pihak UTM perlu menawarkan aktiviti kokurikulum yang
diperlukan oleh sekolah. Pihak-pihak tertentu juga seharusnya mengambil langkah-
langkah awal untuk menguruskan senario ini, memandangkan kesan ketidaksesuaian
pemilihan aktiviti kokurikulum semasa menuntut di universiti akan memberi kesan
negatif kepada pengurusan aktiviti kokurikulum semasa di sekolah kelak. Hal ini
kerana kebanyakan sekolah-sekolah menghadapi masalah dalam pengurusan aktiviti
kokurikulum adalah disebabkan oleh kekurangan guru-guru yang berkemahiran
mengendalikan aktiviti kokurikulum sekolah. Menurut Noraini (1985), guru-guru
yang benar-benar faham serta berminat untuk mengelolakan kegiatan ini amat sukar
didapati. Ini barangkali sebahagian daripada guru-guru kurang pengetahuan dan
kebolehan untuk mengelolakan hal-hal berkaitan.
78
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin (1991). Kurikulum Perspektif & Pelaksanaan. Kuala Lumpur
Enterprise.
Abdul Alim Abdul Rahim (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Alim Abdul Rahim (1999). Pengurusan Kokurikulum Dan Badan Beruniform.
Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abd. Ghani Abu (2007). Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Aktiviti Kokurikulum.
Dewan Siswa, 14-16.
Aniza Ahmad dan Aminuddin Yusof (2003). Perlunya Kokurikulum Dalam
Pendidikan Di Sekolah-sekolah. Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof
dan Borhan Yusof, Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum Di
Sekolah. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Asiah Abu Samah (1985). Kokurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu
Tinjauan. Seminar Kebangsaan Mengenai Ko-kurikulum. Sintok : Universiti
Utara Malaysia.
Azizi Yahaya et.al (2006). Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : PTS Publishing
& Distribution Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya et.al (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur : BS Print (M) Sdn. Bhd.
Fadzilawati Mustaffa dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2003). Kepentingan Dan
Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah. Mohd Sofian Omar Fauzee,
Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof, Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti
Kokurikulum Di Sekolah. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hal. 1-5.
Faridah Karim dan T. Subahan (1986). Pola Interaksi Kaum Remaja Di Luar Bilik
Darjah : Satu Tinjauan. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Konvokesyen
Nasional Kelima Mengenai Pendidikan. Kuala Lumpur.
79
Faridah Karim (1991). Disiplin Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise
Sdn. Bhd.
Gill, D.L (1986). “Psychological Dynamics of Sports.” Illinios : Human Kinetics
Publishers.
Hamsiah Mohd Yusof dan Borhan Yusof (2003). Meningkatkan Disiplin Pelajar
Melalui Gerak Kerja Kokurikulum. Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof
dan Borhan Yusof, Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum Di
Sekolah. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hal. 16-24.
Hussein Mahmood (1985). Program Kokurikulum Di Sekolah-sekolah : Satu
Analisis. Seminar Kebangsaan Mengenai Ko-kurikulum. Sintok : Universiti Utara
Malaysia.
Ibrahim Ahmad Bahajunid (1980). Dalam Awang Had Salleh, Pendidikan Ke Arah
Perpaduan : Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Jabatan Pelajaran Johor (2007). Pengurusan Kokurikulum. Johor.
Kamus Dewan (2002). Edisi Ke-3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hal. 692, 841, 890, 1037 & 1268.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Dasar Pelaksanaan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia. Seminar Pengurusan Kegiatan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Bersama Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Kuala
Lumpur International Hotel.
Khairani Zanor dan Mohd Sofian Omar Fauzee (2003). Perlunya Kokurikulum
Dalam Pendidikan Di Sekolah-sekolah. Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin
Yusof dan Borhan Yusof, Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum Di
Sekolah. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Hal. 8-15.
Komala Devi (2007). Kokurikulum Bantu Murid Bentuk Sahsiah Diri. Pendidik,
18, 6-10.
Lee Pau Wing et.al (1993). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
“Markah Bonus Bantu Masuk IPTA.” Jun 2007. Berita Harian.
http://ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=533
80
Mohd Hanafiah Ishak (1985). Pendidikan Kokurikulum : Satu Pandangan. Seminar
Kebangsaan Mengenai Ko-kurikulum. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Serdang : Universiti
Pertanian Malaysia.
Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). “Pengenalan Kepada Analisis Data
Berkomputer : SPSS 10.0 For Windows.” Kuala Lumpur : Venton Publishing.
Mohd Salleh Lebar (1998). Sosiologi Sekolah & Pendidikan. Selangor : Thinker’s
Library Sdn. Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002).
Kokurikulum Peranan Dan Implikasi. Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn.
Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2003).
Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah. Shah Alam :
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Mohd Yunus Moh Noor (1985). Program Kokurikulum Di Pusat Pengajian Tinggi.
Seminar Kebangsaan Mengenai Ko-kurikulum. Sintok : Universiti Utara
Malaysia.
Noraini Mahmud (1985). Kokurikulum Dari Pandangan Pengetua Sekolah. Seminar
Kebangsaan Mengenai Ko-kurikulum. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Noran Fauziah Yaakub (1985). Sikap Para Pelajar Universiti Utara Malaysia
Terhadap Gerak Kerja Kokurikulum. Seminar Kebangsaan Mengenai
Ko-kurikulum. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Nursyeila Sabri dan Borhan Yusof (2003). Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee,
Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof, PeningkatanDisiplin Pelajar Melalui
Aktiviti Kokurikulum : Kepentingan Dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum
Di Sekolah. Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd.
“Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah.” 2007. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
http://schoolnet.com.my/faqs/files/2007/05/panduan- koku.pdf.
“Peruntukan Naik : 5 Juta Pelajar Bakal Nikmati Kokurikulum Lebih Berkesan.”
November 2005. Utusan Malaysia.
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pautan&unit=utama&bhs=my
81
“Program Kokurikulum Dimantapkan Bagi Pendidikan Secara Menyeluruh.”
Jun 2007. Bernama.
http://www.e-learning2u.com/index2.html
Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia (2007). Panduan Mata Pelajaran
Kokurikulum. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Rosniza Mohd Taha. Kokurikulum Ransang Minda Kreatif, laporan akhbar; Berita
Harian, 27 Mei 2007.
“RM 14.1j Laksana Program Kokurikulum.” November 2006. Utusan Malaysia.
http://www.moi.gov.my/index.php?option=com
Samad Buang (2007). Memperkasakan Bidang Kokurikulum. Dewan Siswa, 12-13.
Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing& Sedah Hj. Siraj (1993).
Pengajian dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
“Soal Jawab : Kokurikulum Wadah Bentuk Modal Insan.” Oktober 2002.
http://www.ppdhuluprk.edu.my/portal/nodules.php.
Unit Data & Maklumat, Pusat Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
(Data sehingga Sept, 2007).
Unit Pendaftaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, (Data
sehingga Sept, 2007).
82
Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada
mahasiswa-mahasiswa Tahun Tiga sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia mengenai:
KESESUAIAN PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI MAHASISWA-
MAHASISWA TAHUN 3 JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI.
Soal selidik ini mengandungi lapan (8) muka surat bercetak dan terbahagi kepada
tiga (4) bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D.
Bahagian A : Mengenai latar belakang responden.
Bahagian B : Aktiviti kokurikulum yang disertai responden.
Bahagian C : Analisis jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah dan jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
Universiti Teknologi Malaysia.
Bahagian D : Mengenai Pola aliran pemilihan aktiviti oleh responden dalam
aktiviti kokurikulum dan kepentingan responden melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum.
Responden dikehendaki menjawab semua soalan di Bahagian A, B dan D sahaja
sebagaimana yang diarahkan.
Sila berikan jawapan dengan jujur dan tepat. Segala maklumat yang diberi adalah
rahsia.
Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
Penyelidik,
Siti Hajjar binti Selamat
4 SPH
83
Bahagian A :
Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang telah disediakan bagi kenyataan yang berkaitan
dengan diri anda.
1. Jantina : a. Lelaki ( )
b. Perempuan ( )
2. Umur : a. 20 – 25 tahun ( )
b. 26 – 30 tahun ( )
c. 30 tahun dan ke atas ( )
3. Etnik : a. Melayu ( )
b. Cina ( )
c. India ( )
d. Lain-lain. Nyatakan :___________________
4. Kursus : a. SPA ( )
b. SPE ( )
c. SPJ ( )
d. SPH ( )
Bahagian B :
Sila nyatakan jenis aktiviti kokurikulum yamg telah anda sertai di UTM, Skudai pada
ruangan yang telah disediakan (sila rujuk Bahagian C).
5. Nyatakan aktiviti kokurikulum yang anda sertai :
5.1 Modul Pembinaan Diri & Kemasyarakatan :
a. ____________________________
b. ____________________________
5.2 Modul Seni & Budaya :
a. ____________________________
b. ____________________________
5.3 Modul Sukan & Jati Diri :
a. ____________________________
b. ____________________________
5.4 Program Khas :
a. ____________________________
b. ____________________________
84
Bahagian C
Analisis jenis-jenis aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah dan jenis-jenis
aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia.
KOKURIKULUM UNIVERSITI KOKURILUKUM
TEKNOLOGI MALAYSIA KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
A) Modul Pembinaan Diri dan A) Komponen Unit Beruniform
Kemasyarakatan
Bil Mata Pelajaran Bil Unit Beruniform
1 Keusahawanan 1 Pengakap (unit pengakap
kanak-kanak, pengakap muda
dan pengakap remaja)
2 Pengurusan Kelab dan Persatuan 2 Pandu Puteri (unit tunas puteri,
pandu puteri dan renjer puteri)
3 Kaunselor Siswa 3 Persatuan Bulan Sabit Merah
4 Penulisan Kreatif 4 Persatuan St. John Ambulans
5 Pengucapan Awam 5 Pasukan Kadet Bersatu
Malaysia
6 Fotografi 6 Pasukan Kadet Polis
7 Katering 7 Pasukan Kadet Remaja
8 Tae Kwan Do (ITF) 8 Pasukan Kadet Bomba &
Penyelamat
9 Silat Cekak Malaysia 9 Bridge Putri
10 Silat Gayong 10 Bridge Putra
11 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian 11 Silat Gayong
Masalah
12 Asas Kewartawanan 12 Pancaragam
13 Asas Kemahiran Pertanian 13 Puteri Islam
14 Teknologi Hortikultur Hiasan
15 Pemadam
16 Kepimpinan
17 Pengurusan Diri
18 Asas Debat
19 Asas Komunikasi
20 Penampilan Diri dan Etika Sosial
21 Asas Rekacipta
22 Budi Penyayang (Masyarakat
Penyayang)
23 Kelana Siswa (Pengakap)
24 Pertolongan Cemas
85
B) Modul Seni dan Budaya B) Komponen Persatuan dan Kelab
Bil Mata Pelajaran Bil Persatuan dan Kelab
1 Muzik Gamelan 1 Persatuan Bahasa (merangkumi
Persatuan Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan
Bahasa Jepun)
2 Muzik Kertuk dan Rebana Ubi 2 Persatuan Persuratan, Bahas,
Drama, Kesusasteraan
3 Muzik Kompang 3 Persatuan Geografi / Sejarah
4 Koir 4 Persatuan Ekonomi
5 Iqra’ 5 Persatuan Perdagangan
6 Taranum 6 Persatuan Sains
Kemasyarakatan
7 Orkestra 7 Persatuan Agama Islam
(persatuan pelajar Islam)
8 Kraftangan 8 Persatuan Sains Rumahtangga
9 Seni Grafik 9 Persatuan Seni Perusahaan
10 Ukiran Kayu 10 Persatuan Kemahiran Hidup
11 Asas Membuat Pakaian 11 Persatuan Sains dan Matematik
12 Teater 12 Persatuan Tingkatan Enam
13 Seni Tari 13 Persatuan Muzik (Angklung,
Kompang, Gamelan,
Pancaragam Brass, Genderang,
Orkestra Simfoni, dll)
14 Persatuan Penyelamat
Kelemasan
15 Persatuan Seni Suara (Nasyid,
Hadrah)
C) Modul Sukan dan Jati Diri 16 16
Bil Mata Pelajaran 17 Persatuan Pengawas Sekolah
1 Bola Jaring 18 Persatuan Pengawas
Perpustakaan
2 Bola Sepak 19 Kelab Bahasa Isyarat
3 Hoki 20 Kelab Elektronik
4 Ragbi 21 Kelab Motor Mekanik
5 Badminton 22 Kelab Binaan / Bangunan
6 Sepak Takraw 23 Kelab Menaip
7 Skuasy 24 Kelab Perpustakaan / Pusat
Sumber
8 Tenis 25 Kelab Alat Pandang Dengar
9 Bola Tampar 26 Kelab Seni Foto
10 Tenpin – Boling 27 Kelab Wayang Gambar
11 Futsal 28 Kelab Rekreasi
12 Kecergasan 29 Kelab Kembara
13 Orientering 30 Kelab Koir Sekolah
14 Treking 31 Kelab Seni Mempertahankan
Diri
15 Memanah 32 Kelab Komputer
16 Ekuestrian 33 Kelab Jimnastik
17 Kayak 34 Kelab Keceriaan Sekolah
86
18 Renang 35 Kelab Keselamatan Jalanraya
19 Scuba 36 Kelab Astronomi
20 Bola Baling 37 Kelab Bina Badan
38 Kelab Membaca
39 Kelab Kebajikan
40 Kelab Memancing
41 Kelab Permainan Tradisi
42 Kelab Koperasi Sekolah
43 Kelab Pengguna
44 Kelab SPBT
45 Kelab Kaunseling dan Kerjaya
46 Kelab Seni Tampak / Seni Halus
(Seni Ukiran, Anyaman)
47 Kelab Seni Tari
D) Program Khas C) Komponen Sukan dan Permainan
Mata Pelajaran Bil Sukan dan Permainan
Bil
1 Palapes Darat 1 1 Kelab Bola Sepak
2 Palapes Laut 1 2 Kelab Bola Baling
3 Palapes Darat 2 3 Kelab Bola Lisut
4 Palapes Laut 2 4 Kelab Bola Jaring
5 Kelab Bola Petanq
6 Kelab Bola Tampar
7 Kelab Bola Keranjang
8 Kelab Badminton
9 Kelab Sepak Takraw
10 Kelab Bowling
11 Kelab Permainan Dalam
(Karom, Catur dll)
12 Kelab Pingpong
13 Kelab Olahraga
14 Kelab Ragbi
15 Kelab Hoki
16 Kelab Kriket
17 Kelab Golf
18 Kelab Equestrian
19 Kelab Senamrobik
20 Kelab Jimnastik
21 Kelab Jimrama
22 Kelab Tenis
23 Kelab Squasy
24 Kelab Permainan Tradisional
25 Kelab Gasing Pangkah
26 Kelab Berbasikal
27 Kelab Motor
28 Kelab Memanah
29 Kelab Berkeno/Kayak
87
30 Kelab Skuba
31 Kelab Renang
32 Kelab Terjun
33 Kelab Perahu Layar
34 Kelab Perahu Naga
35 Kelab Polo Air
36 Kelab Rowing (Berdayung)
37 Kelab Skuter Air
38 Kelab Luncur Air
39 Kelab Snorkeling
Bahagian D
Arahan:
Setiap pernyataan berikut disertakan dengan lima (5) pilihan jawapan. Sila bulatkan
jawapan yang paling tepat dengan pandangan anda.
Pilihan jawapan anda adalah berdasarkan :
Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Tidak Pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Sangat Setuju (SS) 5
Soalan: Saya menyertai aktiviti kokurikulum ini kerana :
Bil. Soalan STS TS TP S SS
6 Banyak kegiatan kokurikulum yang lain 1 2 3 4 5
yang ditawarkan telah cukup bilangan
penyertaannya.
7 Tiada pilihan lain. 1 2 3 4 5
8 Ada kaitannya dengan kerjaya yang saya 1 2 3 4 5
pilih.
9 Ia dapat menyediakan diri saya dengan 1 2 3 4 5
lebih baik lagi setelah bekerja kelak.
10 Mahu menambah kemahiran. 1 2 3 4 5
88
11 Aktiviti kokurikulum yang saya pilih ini 1 2 3 4 5
bersesuaian dengan tahap kesihatan saya.
12 Ia boleh membantu saya dalam kerjaya 1 2 3 4 5
yang saya pilih kelak.
13 Saya mempunyai minat yang tinggi dalam 1 2 3 4 5
aktiviti kokurikulum yang saya sertai.
14 Ia adalah tuntutan kerjaya yang akan saya 1 2 3 4 5
ceburi kelak.
15 Kerjaya yang saya pilih kelak memerlukan 1 2 3 4 5
kemahiran pengurusan dalam aktiviti
kokurikulum ini.
16 Mendapati bahawa pengetahuan awal 1 2 3 4 5
tentang kegiatan kokurikulum yang saya
sertai adalah penting.
17 Ia memberi saya latihan pemikiran dan 1 2 3 4 5
kelakuan supaya boleh mengawal diri dan
patuh kepada tatatertib (disiplin).
18 Ia membolehkan saya membina kemahiran 1 2 3 4 5
generik seperti kemahiran berkomunikasi
dan bekerjasama dalam kumpulan.
19 Kerjaya saya kelak memerlukan saya 1 2 3 4 5
mengembangkan pembangunan diri pelajar.
20 Berasa bertanggungjawab untuk 1 2 3 4 5
membentuk sahsiah pelajar kelak.
21 Aktiviti kokurikulum yang saya sertai boleh 1 2 3 4 5
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kelak.
22 Ia dapat membantu saya mempelbagaikan 1 2 3 4 5
kaedah untuk mendekati pelajar dalam
membina sahsiah mereka kelak.
23 Ia membantu kaedah Pedagogi saya dalam 1 2 3 4 5
proses pengajaran dan pembelajaran kelak.
89
24 Ia membolehkan saya menggunakan bahasa 1 2 3 4 5
yang baik dan lebih yakin untuk berhujah
dengan baik.
25 saya dapat berinteraksi dengan rakan-rakan 1 2 3 4 5
yang pelbagai kaum dan agama tanpa
sebarang masalah.
26 Penempatan pelajar bagi seksyen mata 1 2 3 4 5
pelajaran kokurikulum yang berkaitan
dengan kerjaya saya adalah terhad.
90
Get documents about "