Proposal Lawatan Sambil Belajar (tanpa tentatif & belanjawan)

Document Sample
Proposal Lawatan Sambil Belajar (tanpa tentatif & belanjawan) Powered By Docstoc
					1.0   PENDAHULUAN

      Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahkan kepada para pelajar sekolah di
      sekitar kawasan Gelang Patah dengan kehidupan seharian mahasiswa di kampus
      disamping mendedahkan kepada para pelajar mrngenai suasana sebenar tempat pengajian
      tinggi awam. Selain itu, melalui program ini juga para pelajar dapat mengetahui serba
      sedikit hala tuju yang mereka boleh pilih dalam menentukan pilihan kerjaya pada masa
      hadapan.

2.0   NAMA PROGRAM

      EDUCATIONAL TRIP TO UTM

3.0   TEMA PROGRAM

      “MELANGKAH SETAPAK KE MENARA GADING”

4.0   MATLAMAT

      Memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk bersama-sama mahasiswa UTM
      dalam menjalani kehidupan seharian sebagai pelajar di institut pengajian tinggi.

5.0   OBJEKTIF

      5.1    Memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar mengenai suasana
             dan cara hidup mahasiswa di kampus.
      5.2    Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman di dalam meningkatkan lagi kualiti
             kehidupan dan pembelajaran para pelajar.
      5.3    Menjalin silaturrahim yang akrab diantara para pelajar, pihak penganjur dengan
             mahasiswa.
      5.4    Memupuk sikap prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan semangat keyakinan
             dalam diri di kalangan para pelajar dan mahasiswa.

6.0   PENGANJUR

      Perlabuhan Tanjung Pelepas.
      Kelab Smart Camp Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia.


7.0   TARIKH DAN TEMPAT

      5 November 2010 (Sabtu).
      Sekitar kampus UTM Johor Bahru.
8.0    PENYERTAAN / SASARAN

       40 orang pelajar sekolah sekitar kawasan Gelang Patah

9.0    BENTUK PROGRAM

       Lawatan ke kawasan kampus UTM Johor Bahru


10.0   TENTATIF PROGRAM

       Rujuk Lampiran I


11.0   ANGGARAN BELANJAWAN

       Rujuk Lampiran II


12.0   PENUTUP

       Harapan disandarkan kepada Majlis Tertinggi dan semua jawatankuasa pelaksana
       program serta fasilitator yang terlibat bagi memastikan program ini dapat berlangsung
       dengan jayanya. Kejayaan mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan bagi
       program ini pasti menambahkan pengalaman dan meninggalkan kenangan yang manis
       buat para pelajar, penganjur dan mahasiswa.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:726
posted:3/15/2011
language:Malay
pages:2