; contoh kajian tindakan
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

contoh kajian tindakan

VIEWS: 2,841 PAGES: 8

  • pg 1
									Nama & Alamat Sekolah        :      Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Paoh
                                    Peti Surat 160, 96107 Sarikei,
                                    Sarawak.


Nama Pengkaji                :      Amy Anak Noses


Tajuk:
Bagaimanakah keberkesanan pengajaran berteraskan amali dalam subjek kemahiran
hidup (pertanian) mampu memberi kefahaman dan penguasaan kepada pelajar
bermasalah Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Paoh.


Refleksi P&P yang lalu:
Sewaktu saya menyemak latihan pelajar Tingkatan 2F, saya rasa sungguh terkejut
kerana saya dapati walaupun mereka telah berada di sekolah menengah, tahap
penguasaan bahasa di kalangan pelajar ini sungguh terhad. Masih banyak terdapat
kesalahan ejaan dan penggunaan ayat yang tidak sesuai. Ini menyebabkan pelajar
langsung tidak mendapat sebarang ilmu atau dalam jumlah yang amat sedikit jika
mengajar dengan kaedah teori sahaja. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan yang
berkaitan dengan amali, saya dapati lebih daripada 50% jumlah pelajar dari kelas ini
tidak menjawab soalan ini. Apabila saya tanyakan kepada para pelajar tentang
keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu,cikgu tak ajar pun pasal
tu...". Saya lihat seolah-olah mereka telah patah semangat untuk belajar dan hanya
akan bermain di dalam kelas. Ada di antaranya motif mereka datang ke sekolah bukan
untuk belajar tetapi hanya untuk berkawan. Apabila saya tanyakan kepada mereka,
jawapan yang mereka berikan ialah “ bosan mendengar cikgu bercakap dan tulis nota
sahaja”. Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu pelajar memahami
dan menjawap ujian mereka? Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat
pelajar belajar Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian)?. Mampukah saya
menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya?. Apabila saya
bincangkan perkara ini dengan Guru Kanan Matapelajaran (En. Ilius Padang) dan
Guru Kanan Vokasional dan Teknologi (En. Wong Ling Jiong), mereka mengatakan
yang pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang
diperlukan untuk membolehkan mereka memahami pelajaran dan menjawab soalan.
Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?
Saya telah berusaha menerangkan berulang kali setiap topik yang dipelajari namun
masih ramai pelajar yang tidak memahami dan daya imaginasi mereka masih terbatas.
Saya berpendapat lemahnya pemahaman tentang topik-topik kemahiran hidup di
kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya praktikal atau aktiviti sampingan di luar
bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru
termasuklah saya terhadap kepentingan pengajaran secara praktikal. Sekiranya saya
tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab
dengan baik soalan peperiksaan akhir tahun yang akhirnya akan menyebabkan
kemerosotan nilai GPS sekolah saya.


Fokus Kajian:
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar saya, saya
hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah pemahaman pelajar terhadap topik
Kemahiran Hidup yang diajar. Pelajar saya mempunyai daya imaginasi yang terbatas
dan malas berfikir “Think Outside the Box”. Pelajar juga amat lemah untuk mengingat
dan menghafal apa yang telah dipelajari. Pelajar tidak menjawab soalan yang
berkaitan dengan amali kerana tidak faham dan tidak dapat membayangkan situasi
soalan. Dengan membantu pelajar memperkayakan pengajaran secara praktikal/amali,
saya yakin sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah pelajar dapat menjawap soalan
berasaskan amali pada Ujian Akhir Tahun nanti. Hal ini seterusnya diharapkan akan
dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Kemahiran Hidup Bersepadu
(Pertanian) PMR. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai GPS sekolah saya.


Objektif Kajian:
Selepas kajian ini selesai dijalankan, para pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan peratus kelulusan kelas dalam matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (Pertanian).
ii. Objektif Khusus
. Membantu pelajar menguasai pemahaman mengenai topik yang dipelajari.
. Meningkatkan keupayaan imaginasi pelajar.
. Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang lebih baik dalam
 matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian).
Kumpulan Sasaran:
Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 2D yang terdiri daripada 20 pelajar
lelaki dan 10 pelajar perempuan.


Tindakan yang dicadangkan:
Aktiviti 1:     Tinjauan Masalah


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan menganalisis
keputusan Peperiksaan Akhir Penggal 1. Selain itu, latihan khas mengenai amali
diberikan bagi menganalisis kelemahan pemahaman pelajar.


Aktiviti 2:     Pengajaran Kaedah Amali
Cara Pelaksanaan:
. Guru menjalankan amali yang mudah dan menunjukkan sampel/gambarajah
berwarna kepada pelajar.
- Guru memberi soalan penilaian kepada pelajar setiap kali lepas menjalankan amali
dan aktiviti.


Aktiviti 3:     Temubual
Cara Pelaksanaan:
- Selepas sebulan menjalankan pengajaran berasaskan amali, guru menebual 30 orang
pelajar yang merupakan sampel kajian.
- Temubual adalah dalam bentuk dialog dan bertulis. Kaedah ini adalah merupakan
satu kaedah yang baik di dalam melakukan penyelidikan kerana kaedah ini lebih
bersifat fleksibel.
- Guru juga menyoal perasaan pelajar apabila belajar dengan menggunakan kaedah
amali.
Jadual Perlaksanaan:


Bil                        Aktiviti                    Tarikh Perlaksanaan
 1    Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal         1/10/2010
 2    Menulis kertas cadangan                               1/10/2010
 3    Merancang tindakan                                    2/10/2010
 4    Melaksanakan tindakan Aktiviti 1                      4/10/2010
 5    Bincang masalah dalam Aktiviti 1 dalam panitia        6/10/2010
 6    Melaksanakan tindakan Aktiviti 2                      7/10/2010
 7    Bincang masalah dalam Aktiviti 2 dalam panitia       11/10/2010
 8    Melaksanakan tindakan Aktiviti 3                     29/10/2010
 9    Bincang masalah dalam Aktiviti 3 dalam panitia        1/11/2010
10    Melaksanakan Peperiksaan Akhir Tahun                  3/11/2010
11    Refleksi Kajian                                       4/11/2010
12    Menulis Laporan Kajian                                5/11/2010
  No. Responden: _____


    BORANG SOAL SELIDIK BERKENAAN DENGAN KEBERKESANAN
PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI DALAM SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP
(PERTANIAN) DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 SMK. SUNGAI PAOH,
                      SARIKEI, SARAWAK.

SOAL SELIDIK PELAJAR
Sila jawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan ikhlas.
Segala maklumat yang diberikan adalah bagi tujuan kajian dan dianggap SULIT.

Bahagian A: Maklumat Peribadi

Sila tandakan (√ ) pada ruang berkenaan        4. Agama
                                                             Islam          (   )
1. Jantina:   Lelaki (   )Perempuan (     )                  Kristian       (   )
                                                             Buddha         (   )
2. Etnik:                                                    Lain-lain      (   )
              Melayu  ( )
              Cina    ( )                      5. Pekerjaan bapa
              Melanau ( )                            Kakitangan kerajaan            (   )
              Iban    ( )                            Pekerja kilang                 (   )
Lain-lain             ( )                            Buruh                          (   )
(Sila nyatakan: …………………)                             Petani                         (   )
                                                     Lain-lain                      (   )

3. Kedudukkan anak yang ke berapa              6. Pekerjaan ibu:
   dalam keluarga:
       Sulung                    (        )           Kakitangan kerajaan           (   )
       Bongsu                    (        )           Peniaga                       (   )
       Nombor dalam keluarga     (        )           Pembantu kedai                (   )
              (Nyatakan: ……)                          Surirumah                     (   )




Bahagian B: Soalan Kajian
Soal selidik ini menggunakan maklumat-maklumat yang terdiri daripada pernyataan
yang memerlukan jawapan yang seperti terdapat dalam panduan skala di bawah.
Pelajar diminta untuk menentukan sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan
berikut.

         4.    Sangat bersetuju
         3.    Bersetuju
         2.    Tidak bersetuju
         1.    Sangat tidak bersetuju


Guru saya seorang yang

1.   Dia tidak memberi masa secukupnya kepada pelajar                1   2   3    4
2.   Dia tidak memahami keadaan dan perasaan pelajar                 1   2   3    4
3.   Dia memandang rendah kepada pelajar                             1   2   3    4
4.   Dia tidak suka bertemu dengan pelajar                           1   2   3    4
5.   Dia bersifat dingin dengan pelajar                              1   2   3    4
6.   Dia suka melecehkan kebolehan pelajar                           1   2   3    4

Saya seorang yang
7. suka berbual dengan orang ramai                                   1   2   3    4
8. suka membuat sesuatu kerja daripada membaca                       1   2   3    4
9. tidak berasa sukar untuk mendapatkan sesuatu daripada orang       1   2   3    4
lain
10. suka bekerja di luar daripada di dalam bilik                     1   2   3    4
11. tidak merasa rendah diri walaupun orang lain mempunyai           1   2   3    4
pandangan negatif terhadap saya
12. suka membuat kerja kumpulan                                      1   2   3    4
13. suka mempunyai ramai kawan yang rapat                            1   2   3    4
14. berpuas hati dengan sokongan daripada rakan-rakan                1   2   3    4

15. suka bercucuk tanam di rumah                                     1   2   3    4
16. bermain dengan haiwan kesayangan                                 1   2   3    4
17. suka menolong ibu membuat kerja di rumah mahupun di              1   2   3    4
halaman rumah
18. suka cuba membuat sesuatu yang menarik perhatian saya            1   2 3 4
19. suka makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri                    1   2 3 4
20. ingin menjadi petani moden jika tidak dapat menyambung           1   2 3 4
    pelajaran.




Soalan umum
   1. Adakah anda berminat dengan mata pelajaran kemahiran hidup?
      ………………………………………………………………………………
   2. Andakah anda faham terhadap pengajaran guru berkaitan mata pelajaran
      kemahiran hidup?
      …………………………………………………………………………………
   3. Pembelajaran secara teori dan amali dalam mata pelajaran kemahiran hidup,
      yang manakah lebih anda minati?
      ..............................................................................................................................
   4. Kaedah pembelajaran manakah yang lebih anda faham bagi sesuatu sesi
      pembelajaran kemahiran hidup, sama ada kaedah teori atau amali?
      ..............................................................................................................................
   5. Bagaimanakah kaedah amali dapat membantu anda untuk menguasai setiap
      bab dalam mata pelajaran kemahiran hidup?
      ..............................................................................................................................



Soalan khusus
   1. Anda suka berkebun terutama menanam sayur?
      .....................................................................................................
   2. Anda suka mengutip hasil tanaman apabila sudah matang?
      …………………….
   3. Anda boleh menyebut jenis-jenis sayuran yang anda pelajari ketika kelas
      amali?.........
   4. Anda boleh mengenal jenis-jenis haiwan ternakan seperti kucing, arnab dan
      ayam?..............
   5. Saya berminat dan akan berusaha untuk mencari kawasan tanah untuk dijadikan
      kebun pertanian kerana/apabila
      ..............................................................................................................................
      ..............................................................................................................................


                                Terima kasih di atas kerjasama anda
                                                 &
                                        Selamat Maju Jaya

								
To top
;