Contoh Kertas Kerja Contoh Kertas Kerja sekolah by jeffrey2587

VIEWS: 6,200 PAGES: 6

More Info
									KERTAS KERJA PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM
KERTAS KERJA / CADANGAN
PROGRAM
PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM 2009
SK. KAMPONG AWAT.
BATU ANAM,85100,
SEGAMAT, JOHOR


TARIKH :6 HINGGA 8 FEBRUARI 2009
( SABTU - AHAD)
TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN KEM KENARI
YAN , KEDAH .




PENYERTAAN : 45 Murid
15 Guru Penyelaras


1. Pengakap


PROGRAM PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM 2007
TARIKH : 6 HINGGA 8 FEBRUARI 2009


1. BILANGAN PESERTA: 45 ORANG MURID ( TAHUN 3,4,5 DAN 6 )
15 ORANG GURU PENYELARAS




2. OBJEKTIF :


Program ini dilaksanakan untuk :


1. Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti ko-kurikulum
kegiatan luar bilik darjah.
2. Untuk menyemaikan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab serta peranan murid-
murid ketika melakukan aktiviti perkhemahan .


3. Memberikan peluang kepada murid-murid pelbagai kaum berkerjasama dan
melakukan aktiviti di luar bilik darjah dengan semangat dan suasana muhibah.




3. BILANGAN PENYERTAAN:


40 ORANG MURID


   i.       Pengakap 40 orang
4. JADUAL AKTIVITI :


Jumaat (6/2/2009)



5.00 ptg      Mendirikan khemah

6.00 ptg      Minum petang / Mandi / Solat Asar

7.00 mlm      Bersiap / Solat Maghrib / Tazkirah

8.00 mlm      Makan Malam / Solat Isya’

10.00 mlm     Minum malam



Sabtu (7/2/2009)



4.00 pg       Qiamullail

6.00 pg       Mandi / Solat Subuh / Kuliah Subuh

7.00 pg       Riadah

8.00 pg       Sarapan pagi

8.30 pg       Aktiviti Lasak
1.00 ptg     Makan tengahari / Solat Zohor

2.00 ptg     Treasure hunt

5.00 ptg     Minum petang / Solat Asar

6.00 ptg     Rekreasi - mandi

7.00 mlm     Makan malam / Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isya’

9.00 mlm     Malam Kebudayaan



Ahad (8/2/2009)



6.00 pg      Mandi / Solat Subuh / Kuliah Subuh

7.00 pg      Riadah / Rekreasi – mandi di air terjun

9.00 pg      Bersiap untuk pulang




5. SENARAI NAMA GURU


   1. En Hamdan Bin Nasrin ( Guru Besar )
   2. En Razali Bin Talib ( PGB 1 )
   3. Pn Noor Azimah Binti Ismail ( PGB HEM)
   4. Pn Radziah Binti Ibrahim ( PGB KOKURIKULUM )
   5. En Rizaluddin Bin Awang
   6. En Norazli Bin Abdullah
   7. En Mohd Fayadh bin Azizan
   8. En Md Zulhairi Bin Mokhtar
   9. Pn Masdianilavati Binti Md Jumari
   10. Cik Azizah Binti Muhammad
Senarai Nama St af Terlibat
   1. Puan Jamiah Binti Nadzir
   2.
6. A. SUMBER KEWANGAN


i)    Bayaran Penyertaan Murid           RM10.00 X 45 = RM 450.00
ii)   Bayaran Guru Dan Staf              RM20 X 20 = 300
ii) Sumbangan Ko-kurikulum ( Sekolah)    RM 1 000.00
                              JUMLAH RM 1 750.00




B. ANGGARAN PERBELANJAAN


1. PENYELENGARAAN


i) Sewa / Pengangkutan Bas Mara = RM 450.00


ii) Penggunaan Tapak Perkhemahan = RM 200.00


iii) Makanan / Minuman Peserta / Tenaga Kerja


Hari Sabtu : M.Tgh Hari : 50 X RM 2.50 = RM 125.00
Minum petang : 50 X RM 1.00 = RM 50.00
Makan Malam : 50 X RM 2.50 = RM 125.00
Minum Ringan : 50 X RM 1.00 = RM 50.00


Hari Ahad : Sarapan Pagi : 50 X RM 1.00 = RM 50.00
M.Tgh Hari : 50 X RM 2.50 = RM 1 25.00
Minum petang : 50 X RM 1.00 = RM 50.00


iv) SIJIL DAN HADIAH : RM 150.00
PERALATAN / RENCAH : RM 100.00
SAGU HATI FASILITATOR : RM 125.00
____________________________________________________________________
JUMLAH KESELURUHAN (i ) dan (iv) RM 1 600.00
__________________________________________________________________


RINGGIT SERIBU ENAM RATUS SAHAJA


PENUTUP :




Generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti
berkerjasama,   berdisiplin   dan   membina   keyakinan   diri   dengan   cara   aktiviti
perkhemahan ke arah menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan hidup berdikari pada
masa hadapan. Program Perkhemahan yang melibatkan Pengakap lelaki dan
perempuan , bertujuan memupuk dan membina sikap jati diri dan semangat
persahabatan dan kerja sama menerusi ko-kurikulum (perkhemahan).


Empat objektif utama Program Perkhemahan Ko-Kurikulum ialah
• menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan bersama,
• mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong,
• melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid di sekolah
• berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas.


Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan diri ,
membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum .
Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan
amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan
perlaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki
khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.
Disediakan oleh , Disahkan oleh ,




…………………………………………… ……………………………..
(ABDUL ARSHID BIN MOHD KASSIM)

								
To top