Docstoc

Contoh Kertas Kerja Contoh Kertas Kerja Lawatan

Document Sample
Contoh Kertas Kerja Contoh Kertas Kerja Lawatan Powered By Docstoc
					Pengenalan


Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-
mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar
kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri
suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat
mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.


       Bagi subjek Pendidikan Moral penekanan diberikan dalam membentuk satu
sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut
dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid kita menjadi insan yang
tidak bermoral. Moral juga bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang
memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.


       Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada
murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan
pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam
lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Moral itu sendiri bermaksud
sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu
berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah,
benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan.


       Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan untuk
melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan
urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan dijalankan.
Sebelum lawatan guru perlu membuat mesyuarat pembentukan Ajk, menyediakan kertas
kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran PPD, kebenaran JPS,
kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu memastikan keselamatan murid,
dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta permit bas. Selepas
lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.
1.0   Aktiviti Sebelum Lawatan

      1.1   Mengadakan mesyuarat penubuhan Ajk pelaksanaan, berbincang
            mengenai lawatan yang akan dijalankan.

      1.2   Menyediakan Kertas Kerja.




                          KERTAS KERJA

              LAWATAN SAMBIL BELAJAR

                    KE PENJARA KAJANG

                 PADA 10 SEPTEMBER 2007




                                 ANJURAN :


                    PANITIA PENDIDIKAN MORAL
                                    &
                    PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


                                 Kerjasama
                        PERSATUAN PIBG SKSB
                                 KERTAS KERJA
            LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG
      ANJURAN PANITIA MORAL DAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
              DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PIBG SKSB




1.0   DEFINISI
      Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid
      dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar sebagai
      penghuni penjara.


2.0   RASIONAL
      2.1    Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
             penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
      2.2    Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
             dengan lebih dekat lagi.
      2.3    Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan
             inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan
             bebas daripada masalah sosial.


3.0   OBJEKTIF
      3.1    Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
             corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
      3.2    Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
             berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
             bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.


4.0   SASARAN
      Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.
5.0   BILANGAN PESERTA / GURU
      Seramai 40 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa /
      penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini
      berjalan.


6.0   CADANGAN PROGRAM
      Tarikh       : 10 September 2007
      Masa         : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
      Tempat Lawatan      : Sekitar kawasan Penjara Kajang


7.0   AJK INDUK
      Pengerusi           : Tn. Hj. Zulkifli b. Hj. Hainin
                           ( Guru Besar SKSB )
      Naib Pengerusi      : En. Halimon b. Suratman
                           ( GPK Kokurikulum )
      Setiausaha          : Pn. Faridah binti Majid
      Bendahari           : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif
      Ajk                 : Pn. Noor Anita Ishak
                           Pn. Sarimah bt. Jantan
                           En. Najmudin b. Ya




8.0   AJK KERJA


      Ketua Rombongan     : Pn. Faridah bt. Majid
      Fotografi           : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif
      Kuiz                : Pn. Noor Anita Ishak
      Kecemasan           : En. Najmudin b. Ya
      Makanan             : Pn. Sarimah bt. Jantan
9.0    TENTATIF PROGRAM




                Masa                                      Aktiviti
              7.30 pagi         -   Berkumpul di sekolah / pendaftaran
              8.00 pagi         -   Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
              8.40 pagi         -   Tiba di Penjara Kajang
                                -   Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
              9.00 pagi         -   Menonton Tayangan Video
              10.00 pagi        -   Rehat
              10.30 pagi        -   Melawat     sekitar     kawasan   penjara   (   tempat
                                    dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )
       1.00 tengah hari         -   Makan tengah hari / solat
          2.00 petang           -   Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
                                    keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
                                    dikenakan
          3.30 petang           -   Penyampaian cenderahati
          4.00 petang           -   Bertolak balik ke Sungai Buloh
          4.45 petang           -   Tiba di SKSB




10.0   PENDAPATAN / PERBELANJAAN


       PENDAPATAN
       10.1     Peruntukan Unit Kokurikulum                   RM 520.00
       10.2     Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang )         RM 800.00
                                    Jumlah                    RM 1320.00
       PERBELANJAAN
       10.3   Bayaran Pengangkutan                          RM 350.00
       10.4   Makanan ( RM 12 X 40 orang )                  RM 480.00
       10.5   Cenderahati Penjara                           RM   50.00
       10.6   Topi dan T.shirt                              RM 400.00
       10.7   Edaran                                        RM   40.00
                                    Jumlah                  RM 1320.00


11.0   CADANGAN AKTIVITI


       11.1   Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan
              yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.
       11.2   Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk
              disemak dan dinilai oleh guru pengiring.
       11.3   Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan
              dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan.


12.0   PENUTUP


       Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping
       memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
       kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka
       sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.




       1.3    Surat Kebenaran Ibu bapa
       1.4    Surat Kebenaran Tempat Lawatan
       1.5    Surat Kebenaran Pelancongan
                       SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH,
                    47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN
                                                                 No. Tel. : 03-61561669
                                                                 No. Fax :03-61571926
                                                                 Email : sksbpej@tm.net.my



                                                   Tuan:
                                                   Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( )
                                                   Tarikh : 20 Jun 2007



Pengarah,
Penjara Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:

2.      Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil
belajar ke Penjara Kajang. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah butiran
lawatan :

              Tarikh        : 10 September 2007
              Masa          : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
              Bilangan      : 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring
              Tujuan        : i) Memberi pengalaman baru mengenai corak kehidupan
                                 sebagai penghuni penjara.

3.     Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan.
Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.

4.     Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan.
Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.




                                                                                …/2
Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,




(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,
Selangor.




……………………………….
……………………………….
……………………………….
……………………………….                                             No. Tel : ________________

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,
47000 Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

SURAT KEBENARAN PENJAGA / IBU BAPA

Bahawa saya ibu bapa / penjaga yang bernama __________________________________
No. K/P ________________________ memberi kebenaran kepada pelajar yang bernama
____________________________________ dari kelas ___________ menyertai aktiviti
seperti butiran berikut :

        Aktiviti        : Lawatan Sambil Belajar
        Tarikh          : 10 September 2007
        Masa            : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
        Tujuan          : Memberi pengalaman baru berkaitan dengan kehidupan seorang
                          banduan.
        Tempat          : Penjara Kajang
        Bayaran         : RM 20.00

2.     Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan
akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan
tersebut diadakan.

3.     Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-
apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh aktiviti
berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap
peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah
dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.

4.   Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya
memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan.

Perakuan dibuat oleh.

Nama : ________________________             Nama saksi    : ______________________

No.K/P : _______________________            No. K/P       : ______________________
Tarikh : ________________________           Tarikh        : ______________________
                           SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH,
                        47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN
                                                                  No. Tel. : 03-61561669
                                                                  No. Fax : 03-61571926
                                                                  Email : sksbpej@tm.net.my


                                                    Ruj.Tuan:
                                                    Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( )
                                                    Tarikh   : 2Julai 2007
Pegawai Pelajaran Daerah Gombak,
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak,
Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall,
Jalan SU 9, Taman Selayang Utama,
68100 Batu Caves,
SELANGOR.

Tuan,

Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957 – Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2.     Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu
bapa bagi membawa seramai 40 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke
Penjara Kajang, Selangor pada 10 September 2007.

3.     Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah telah memberi segala
penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan kepada ibu bapa
di sepanjang program ini. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa mengaku bahawa tidak
akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku perkara-perkara seperti kemalangan
tau kecederaan ke atas anak jagaan mereka di sepanjang program tersebut.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



(HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh,
Selangor.
          PERATURAN-PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Borang-borang permohonan untuk perkara-perkara di atas hendaklah dibuat dalam 4
salinan ditambah dua salinan lagi bagi setiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui
dan disampaikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak tiga minggu sebelum tarikh
melancong dalam negeri Selangor Darul Ehsan / 5 minggu sebelum tarikh perjalanan
keluar negeri Selangor Darul Ehsan.


1.     Nama Sekolah                   : SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH


2.     Nama Guru Besar/Pengetua            : HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HAININ


3.     Nama Guru Yang Mengelolakan         : PN. FARIDAH BINTI MAJID
       Pelancongan


4.     Tujuan Lawatan                      : Memberi pendedahan kepada murid
                                            mengenai pengalaman hidup seseorang
                                            yang bergelar banduan.


5.     Nama Guru-Guru Yang Membantu : 1. PN. NOOR ANITA BT. ISHAK
                                              NO K/P 710420-08-6418
                                            2. PN. SARIMAH BT. JANTAN
                                              NO K/P 810824-03-5068
                                            3. PN. NORAZUWANI BT. MOHD ARIF
                                              NO K/P 760406-08-6134
                                            4. EN. NAJMUDIN B. YA
                                              NO K/P 760515-01-6856


6.     Jenis Kenderaan                     : BAS
7.    Tempat-Tempat Yang Dilawati          :


      Nama Tempat                       Tarikh                Nama & Alamat Tempat
                                 Dari            Hingga                 Bermalam


Penjara Kajang                10/09/2007       10/09/2007    Tiada




8.    Punca Pendapatan Wang


      8.1     Yuran daripada murid-murid seperti senarai ahli dalam borang ini :
              RM 20.00 seorang X 40 orang                   RM 800.00


      8.2     Punca Pendapatan Lain        :
              Peruntukan Unit Kokurikulum                   RM 520.00


                     Jumlah                                 RM 1320.00


9.    Nama dan Keterangan mereka yang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan
      wang.


     Nama           Jawatan        No. K/P         Umur                 Alamat


Pn Norazuwani bt      Guru     760406-08-6134      31 thn   A-3-3 Kuarters Pendidikan
Mohammad Arif                                               Sungai Buloh,
                                                            47000 Sungai Buloh,
                                                            Selangor.
10.   Penyata Perbelanjaan Bagi Setiap Murid    :


      10.1   Makanan/Minuman                    RM 8.00
             (sarapan pagi, makan tengah hari
             minum petang, makan malam)


      10.2   Tambang Bas                        RM 12.00




             Jumlah                             RM 20.00
        1.6      Senarai Nama Peserta

                   SENARAI NAMA MURID YANG AKAN MENGIKUTI
                           LAWATAN SAMBIL BELAJAR
                              KE PENJARA KAJANG
                              PADA 10 SEPTEMBER 2007

Bil             Nama          No S/B     Tahun             Alamat           No Telefon
1     Gobinat a/l Ramutthu   AF         4 Mawar    15 Jln D/C 3/11 Desa     013-9806623
                             96570                 Coalfields, Sg Buloh
2     Muhammad Zulhakim      L          4 Mawar    4-8 Pangsapuri Bunga     012-6504588
      b Zulhelmi             118388                Raya, Krts. Hosp. Sg
                                                   Buloh, Sg Buloh
3     Muhd Ali Husseini b    AF         4 Mawar    142, Kompleks Teratai,   019-9166827
      Shari                  35641                 Krts Hosp Sg Buloh, Sg
                                                   Buloh
4     Nicol a/l Kanadasan    L          4 Mawar    Lot 105 Kg Melayu, Sg    012-2029498
                             143175                Buloh
5     Fadzil Dzil Iqram b    AE         4 Mawar    C-2-2 KIP Sg Buloh, Sg   0134849442
      Mohd Ismam             86042                 Buloh
6     Muhd Luqman Hakim      AF         4 Kenanga Lot 33B Kg Selamat, Sg 019-2264836
      b Halim Nordin         03210                 Buloh
7     Thenesh a/l Mutusamy   AF         4 Kenanga Lot 109 Kg Melayu Sg      019-2338139
                             90509                 Buloh
8     Teguh Firdaus b        L          4 Kenanga Lot 79-8 Kg Melayu, Sb 013-6778057
      Despazi                136639                Buloh
9     Muhd Fikri b Jumri     AC         4 Kenanga 12 Kg Melayu Sg Buloh     012-6917137
                             41796
10    Muhd Aikal b Harun     L          4 Kekwa    Lot 121-C Kg Melayu,     019-2811469
                             099088                Sg Buloh
11    Muhd Hamizan b         AF         4 Kekwa    3F5 Krts Hosp. Sg        014-2374506
      Ismail                 89846                 Buloh, Sg Buloh
12    Muhd Emir Eizaz b      K          5 Kenanga A221 Aprt Saujana,        012-
      Samsudin               968009                Damansara Damai,         38827374
                                                   Petaling Jaya
13    Muhd Syazwan b Abd       AC         5 Kenanga No 49A Kg Melayu          013-
      Razak                    74226                Tambahan, Sg Buloh        91716663
14    Ahmad Nujaid b Abdul     AE         4 Kenanga B-1-6 KIPM Sg Buloh,      012-6516564
      Aziz                     45086                Sg Buloh




Bil              Nama           No S/B      Tahun            Alamat            No Telefon
15    Salfiana bt Zainal       AF 93550   4 Kenanga Lot 170 Kg Paya Jaras     013-
                                                     Hilir, Sg Buloh          6644467
16    Nur ‘Adilah bt AS        AF 90699   4 Mawar    B-4-4 KIP Sg Buloh, Sg   016-
      Fathnur                                        Buloh                    6017443


17    Nur Farahana bt Shukri   AF 48718   4 Mawar    B-3-2 KIP Sg Buloh, Sg   013-
                                                     Buloh                    6402640


18    Sharifah bt Ahmad        AF 32339   4 Mawar    C-2-2 KIP Sg Buloh, Sg   016-
      Zainudin                                       Buloh                    3225318


19    Farah Adlina Iwani bt    L 098132   4 Mawar    18, Kg Bahagia Bukit     016-
      Md Ghazali                                     Lagong, Sg Buloh         6517377
20    Aishah bt Aziz           AF 51973   4 Mawar    Lot 125 Kg Melayu Sg     013-
                                                     Buloh                    6352809


21    Shazza Nuralia bt Md     L 038944   4 Mawar    No 32A Jln 12 Tmn        013-
      Shukri                                         Desa Bkt Indah, Sg       3619429
                                                     Buloh
22    Haiqal Qadrini bt        AE 45003 4 Mawar      D-2-2 KIP Sg Buloh, Sg   019-
      Zainurin                                       Buloh                    2926958


23    Nur Adleena Zulaikha     L 075062   4 Mawar    Lot 84 Kg Melayu, Sg     012-
      bt Zulkifle                                    Buloh                    3050600


24    Norsyafika bt Mohd       K 968181   4 Kenanga Lot 128 Kg Melayu Sb      03-
      Rosli                                            Buloh                   61561658


25    Siti Norhaziliana bt      AG         4 Kenanga Lot 118, Kg Melayu Sg     019-
      Salim                     69011                  Buloh                   3042961


26    Zuraini bt Junaidi        AF 92802   4 Kenanga Lot 24-1 Bkt Lagong,      019-
                                                       Sg Buloh                3718581


27    Nursyazwani bt Yusof      K 992376   4 Kenanga No 1B Kg Sentosa, Sg      013-
                                                       Buloh                   3702460


28    Nor Atikah bt Sukahar     AC         4 Kenanga No 1290 Jln 1D/2 Bdr      012-
                                43222                  Baru Sg Buloh, Sg       2242908
                                                       Buloh
29    Nurafizah Dini bt         K 933576   4 Kenanga N0 1A Kg Melayu Sg        019-
      Hamid                                            Buloh                   3101545


30    Nurafizah bt Hamzah       AG         4 Kekwa     B-3-9 Pangsapuri        017-
                                85333                  Danau Rebong, Sg        2513415
                                                       Buloh


Bil             Nama             No S/B     Tahun              Alamat          No Telefon
31    Wan Noor Aliyah bt        AC         5 Mawar     B-110 Aprt Impian,      013-
      Mohd Noor                 22201                  Damansara Damai,        3497699
                                                       Petaling Jaya
32    Aisyah Sakinah bt         A          5 Mawar     JPN 7144 Rumah Guru     013-
      Shahrin                   094143                 SK Sg Buloh, Sg Buloh   6615816
33    Nurul Izanah bt Ilyas     K          5 Mawar     Lot 10 Kg Paya Jaras    012-
                                931360                 Hilir, Sg Buloh         2576972
34    Siti Aisyah bt zulkifli   K          5 Kenanga   No 2, Bt 13 ½ Kg        016-
                                830922                 Melayu Sg Buloh         5004743
35    Nor Hasrina Syafiqah bt   K          5 Kenanga   Lot 133 Kg Melayu, Sg   013-
      Hashim                    874858                 Buloh                   2085300
36   Nur Suriana bt         L        4 Mawar    70A, Kg Sri Indah, Sg   03-6141689
     Shahrizan              098143              Buloh
37   Iman bt Zulhairi       L        4 Mawar    Lot 115-F Kg Melayu,    012-
                            022357              Sg Buloh                2029498
38   Nurfarahadiba bt       L        4 Kekwa    No 18A Kd Melayu Sri    013-
     Rahmat                 034899              Tambahan , Sg Buloh     6906421
39   Khairunnisa bt Abdul   L        4          No 49A Kg Melayu        03-
     Razak                  099063   Anggerik   Tambahan, Sg Buloh      91716663
40   Khuqmarisha bt         L        4          Lot 71 Km 21 Kg         016-
     Rahamat                098010   Anggerik   Melaayu, Sg Buloh       2040499
2.0   Aktiviti Semasa Lawatan


      2.1      Aturcara lawatan

              Masa                                           Aktiviti
             7.30 pagi             -   Berkumpul di sekolah / pendaftaran
             8.00 pagi             -   Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
             8.40 pagi             -   Tiba di Penjara Kajang
                                   -   Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
             9.00 pagi             -   Menonton Tayangan Video
            10.00 pagi             -   Rehat
            10.30 pagi             -   Melawat     sekitar     kawasan   penjara   (   tempat
                                       dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )
      1.00 tengah hari             -   Makan tengah hari / solat
            2.00 petang            -   Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
                                       keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
                                       dikenakan
            3.30 petang            -   Penyampaian cenderahati
            4.00 petang            -   Bertolak balik ke Sungai Buloh
            4.45 petang            -   Tiba di SKSB




      2.2      Keterangan Aturcara Lawatan


               i)        Pendaftaran
                         Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan.
                         Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara penting
                         semasa lawatan seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan,
                         mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa menjaga barangan
                         peribadi supaya tidak tertinggal.
ii)    Menonton Tayangan
       Aktiviti menonton tayangan murid dingatkan supaya tidak
       membuat bising, menghayati dan membuat catatan perkara-perkara
       penting. Mereka akan ditayangkan sejarah penubuhan, aktiviti-
       aktiviti yang dijalankan di penjara.


iii)   Melawat Sekitar Kawasan Penjara
       Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan
       penjara. Seperti bilik tahanan, tempat hukuman gantung dijalankan
       dan aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh pelatih penjara yang bakal
       keluar.


iv)    Sesi Motivasi
       Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa
       penghuni penjara sepanjang mereka menjalani tahanan. Keperitan
       mereka menghadapi hukuman, dapat memberi pengajaran kepada
       murid-murid.
3.0        Aktiviti Selepas Lawatan

           3.1    Pelapor Pengajar



                         LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
                               KE PENJARA KAJANG



      1. Tujuan


           1.1   Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
                  penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
           1.2    Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
                  dengan lebih dekat lagi.
           1.3    Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan
                  inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan
                  bebas daripada masalah sosial.


      2.   Objektif
           2.1    Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
                  corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
           2.2    Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
                  berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
                  bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.


      3.   Ajk Keselamatan


                  Ketua Rombongan       : Pn. Faridah bt. Majid
                  Fotografi             : Pn. Norazuwani bt. Mohd Arif
                  Kuiz                  : Pn. Noor Anita Ishak
                  Kecemasan             : En. Najmudin b. Ya
                  Makanan               : Pn. Sarimah bt. Jantan
4.   Kewangan
          PENDAPATAN
          4.1    Peruntukan Unit Kokurikulum               RM 520.00
          4.2    Kutipan Murid ( RM 20.00 X 40 orang )     RM 800.00
                                       Jumlah              RM 1320.00


          PERBELANJAAN
          4.3    Bayaran Pengangkutan                      RM 350.00
          4.4    Makanan ( RM 12 X 40 orang )              RM 480.00
          4.5    Cenderahati Penjara                       RM     50.00
          4.6    Fail                                      RM 400.00
          4.7    Edaran                                    RM     40.00
                                       Jumlah              RM 1320.00


5.   Aktiviti


     Sepanjang lawatan sehari ke Penjara Kajang setiap murid akan diberi lembaran
     kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-
     tempat yang dilawati. Jawapan kepada soalan berkenaan berkisar kepada tempat
     yang mereka lawat. Secara tidak langsung murid perlu memberi tumpuan dan
     pemerhatian semasa mereka melawat sekitar penjara.


          Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk
     disemak dan dinilai oleh guru pengiring. Lembaran kerja ini juga akan
     digunakan oleh murid untuk membuat laporan selepas daripada lawatan.
     Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih
     untuk menerima cenderahati yang disediakan.
6.   Rumusan


     Secara keseluruhan lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid
     melihat sendiri kehidupan sebenar seorang banduan semasa tahanan. Secara
     tidak langsung memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan
     kesalahan di sisi undang-undang kerana hukuman yang dikenakan setimpal
     dengan kesalahan yang dilakukan. Pengalaman sehari berada di penjara banyak
     memberi pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat pada hari itu
     mungkin berguna pada masa akan dating untuk menjadi insan        yang lebih
     menghargai usia muda dengan aktiviti yang lebih berfaedah.


7.   Cadangan


     Saya sebagai seorang guru yang membuat lawatan ini rasa amat bertuah kerana
     dapat berpeluang menjejaki kaki ke penjara. Bukan semua orang berpeluang
     seperti ini. Seharusnya, kita sebagai guru perlu mengadakan lawatan sebegini
     memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat
     membimbang semua pihak. Pihak penjara juga mungkin boleh mengadakan
     ceramah atau pameran ke sekolah untuk memberi kesedaran di kalangan murid-
     murid.
3.2      Pelapor Pelajar




                       LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
                                 KE PENJARA KAJANG


      Pengerusi        : Nurul Shazleen bt. Azlan
      Naib Pengerusi   : Mohd Fahrul b. Hakimi
      Setiausaha       : Nur Aina Fatini bt. Azaman
      Bendahari        : Nur Fia Erieka bt. Amran
      Akj              : i)   Ahmad Ashraf b. Mohd Shamsuddin
                       ii)    Erin Jazlina bt. Zakaria
                       iii)   Nur Amaliana bt. Kamaluddin




Pada 10 September 2007, seramai 40 orang murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sungai
Buloh telah mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral dan
Panitia Pendidikan Islam ke Penjara Kajang. Tujuan lawatan ini adalah untuk
menambahkan pengetahuan dan memberikan kesedaran sivik kepada para peserta
mengenai kehidupan penghuni di penjara. Rombongan yang dipimpin oleh 5 orang guru
ini bertolak meninggalkan sekolah kira-kira pada pukul 8.15 pagi.


         Setelah hampir satu jam berada di dalam bas berhawa dingin, akhirnya kami tiba
di tempat yang dituju. Apabila kami sampai di sana, kami disambut oleh pegawai yang
bertugas. Selepas diberi taklimat ringkas oleh beliau, kami menonton tayangan video
yang mengisahkan sejarah tentang penubuhan, tempat-tempat khas seperti bilik
kurungan, tempat hukuman gantung, dan banyak lagi.


         Kemudian, kami dibenarkan berehat selama setengah jam sebelum memulakan
aktiviti seterusnya. Aktiviti seterusnya, adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh setiap
peserta lawatan iaitu melawat sekitar kawasan penjara. Kami berasa sungguh gerun
apabia melihat sendiri tempat dijatuhkan hukuman dan bilik-bilik kurungan. Bilik-bilik
ini tak ubah seperti sangkar sempit dan amat tidak selesa. Tidur tidak beralas, malam
bertemankan nyamuk dan berselimutkan kesejukan malam yang menggigit tulang
penghuni.


       Kira-kira jam 2.00 petang, iaitu selepas selesai menjamah makanan tengah hari
dan mendirikan solat, kami mendengar motivasi yang diberikan oleh penghuni penjara
yang bakal keluar setelah hampir tamat tempoh tahanan yang dikenakan. Bukan itu
sahaja, kami juga dinasihatkan supaya menjauhi sebarang jenayah. Sedikit sebanyak,
kami menjadi insaf dan berazam untuk menjadi insan yang baik serta dapat menjalani
kehidupan yang bebas dan aman.


       Akhirnya, masa untuk pulang pun telah tiba. Sebelum bertolak. Kami menerima
cenderahati daripada pihak Penjara Kajang untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.
Kami dimaklumkan oleh pegawai terbabit, cenderahati ini merupakan hasil kerja tangan
penghuni penjara.


       Lawatan sambil belajar ini, amat berfaedah walaupun lawatan ini cuma sehari.
Kami berasa puas dan yakin pengetahuan yang kami peroleh dapat dimanfaatkan dalam
pembelajaran di kelas, mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Kami juga akan
kongsi pengalaman yang berguna ini dengan rakan-rakan lain yang tidak berpeluang
mengikuti lawatan. Kami juga berharap supaya pada tahun yang akan dating, bilangan
penghuni di penjara akan semakin berkurangan. Sesuai dengan harapan Perdana Menteri
kita ingin melahiran generasi yang berakhlak, bertamadun dan berilmu.


Laporan disediakan oleh,                                        15 SEPTEMBER 2007




( NUR AINA FATINI BINTI AZAMAN )
Setiausaha,
Lawatan Ke Penjara Kajang.
Rujukan




Abdul Jalil Ali ( 2002 ). Dewan Siswa. Kuala Lumpur. Penerbit Francaisi Media
       Netwaork Sdn. Bhd.


Ee Ah Meng ( 1988 ). Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur. Longman
       Malaysia.


Prof. Dr. Ansory Ahmad, Prof. Dr. Mansoor Fadzil, Prof. Dr. John Arul Phillips (2007).
       HBME 1203 Pendidikan Moral Tahun 1. Kuala Lumpur. UNITEM Sdn. Bhd.
       Open University Malaysia.


Salleh Long (2006). Pendidikan Bil. Old. 2006 Selangor. Widad Publication Sdn. Bhd.


Sumber Internet :
http : //www.karangkraf.com.my

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:41915
posted:3/13/2011
language:Malay
pages:25
Description: Contoh-Kertas-Kerja-Lawatan-Sambil-Belajar