Docstoc

Contoh Kertas Kerja Contoh Kertas kerja Sukan

Document Sample
Contoh Kertas Kerja Contoh Kertas kerja Sukan Powered By Docstoc
					SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ITEK
          31600 GOPENG,
     PERAK DARUL RIDZUAN.




KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK
           TUJUH SEBELAH
         UNIT KOKURIKULUM


               TEMPAT:
         PADANG SK SUNGAI ITEK


                TARIKH:
         17 & 18 NOVEMBER 2009


               ANJURAN:
          UNIT KOKURIKULUM
            SK SUNGAI ITEK
       MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK LIMA
                                 SEBELAH / FUTSAL
                        ANJURAN UNIT KOKURIKULUM
                                   SK SUNGAI ITEK


1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh unit kokurikulum
SK Sungai Itek, Gopeng. Pertandingan ini disertai oleh pelajar daripada Tahap 2 ( Tahun
4, Tahun 5 dan Tahun 6). Setiap pasukan menyenaraikan tujuh pemain termasuk dua
orang pemain simpanan. Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak SK Sungai
Itek, Gopeng. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.


2.0 MATLAMAT
Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam
setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang
mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi
memperoleh sebuah piala kemenangan.


3.0 OBJEKTIF
        3.1       Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
           sesebuah pertandingan.
        3.2       Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan
           diri dalam sesebuah kumpulan.
        3.3       Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
           dalam esebuah pasukan..
        3.4       Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
           ini.
        3.5       Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-
           strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
        3.6       Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan
           sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


     4.1     Tarikh yang dirancang ialah 17 & 18 November 2009 iaitu pada hari Sabtu
     4.2     Dilaksanakan selama 2 hari
     4.3     Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sahaja ( hingga pukul 10.00 a.m. )


5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)
Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang SK Sungai Itek:
     5.1     Kawasan padang yang berdekatan dengan rumah murid.
     5.2     Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.
     5.5     Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya
             pada peserta dalam aktiviti mereka.


6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
     7.1     Jumlah peserta                   :49 orang
     7.2     Jumlah pasukan                   :7 pasukan


7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penasihat               :                     :Pn. Hajjah Maimunah bt Hj Hassan
Pengerusi                                     : En Mohd Kasim bin Sokiman


Jawatankuasa pelaksana


Pengerusi                      : Pn Hajjah Maimunah bt Hj Hassan
Naib pengerusi                 : En Mohd Kasim bin Sokiman
Setiausaha                     : Tun Harmadinizwan bin Tun Harun
Bendahari                      : Cik Masitah bt Ibrahim


AHLI JAWATANKUASA
AJK Hadiah dan Sijil           : Pn Fadzielawatey bt Mat Nassan
AJK Pertandingan               : En Khairi bin Khalil
AJK Persiapan Tempat           : Tn Syed Hassan Azhari
8.0      FORMAT PERTANDINGAN


Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 5 sebelah dimana setiap pasukan perlu
mendaftarkan 7 pemain yakni lima pemain akan bermain dan dua lagi akan menjadi
pemain simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 10 minit. Format
pertandingan adalah setiap pasukan akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu.
Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Peserta dalam setiap
pasukan mesti terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu mesti bercampur dari setiap
kelas.


9.0      SYARAT PERMAINAN


10.1     Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan.
         Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol.
10.2     Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.
10.3     Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.
10.4     Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan
         bantahan tidak akan dilayan melainkan atas ihsan pengadil.


11.0     PERBELANJAAN


Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:


 BIL                 PERKARA                        KUANTITI            JUMLAH (RM)
  1       Peralatan                                                       RM 190.00
  2       Cenderahati Pengadil                                            RM 100.00
  3       Hadiah                                                          RM 350.00
  4       MInuman                                                         RM 60.00
  6       Rencam (belanja tak terduga)

                                                          -
                                    Jumlah                                 RM 700.00

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:8514
posted:3/13/2011
language:Malay
pages:4
Description: Contoh-Kertas-Kerja-Perlawanan-Bola-Sepak