MUTIARA KATA | MUTIARA KATA ISLAM by jeffrey2587

VIEWS: 982 PAGES: 2

More Info
									Tokoh islam-Mutiara kata - kata
Hak guru lebih agung daripada hak ibu bapa,sebab
orang tua penyebab adanya kita sekarang serta
kehidupan yang fana.Sementara guru penyebab hidup
yang kekal Kalaulah tiada guru nescaya apa yang
dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan
celaka selamanya

                                     -imam al-Ghazali-
.........................................................

"Kemarahan manusia berbagai-bagai
ada yang lekas marah,lekas tenang dan
lekas hilang.sesetengahnya lambat marah dan
lambt pula reda.Sesetengahnya lambat marah tetapi
lekas habisnya.Yang ketiga yang terpuji.

                                     -imam ghazali-
..........................................................
Masalah yang dihadapi ialah peluang
peningkatan diri.

                                           -Hukama-
.........................................................
Apabila anda mempunyai komitmen
dan objekti yang padu,anda akan mempunyai
peluang yang lebih baik untuk mencapai
matlamat hidup anda

                                           -Hukama-
..........................................................
Jangan Putus asa jika otak tumpul dan akal
kurang cerdas.Kadangkala seseorang yang tumpul
otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju
daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas.

                                             -Hamka-
............................................................
Janganlah sesekali Menunggu saat akhir untuk
mencipta kejayaan.

                                           -Hukama-
............................................................
Personaliti yang berani ialah orang yang
sanggup menghadapi segala kesulitan atau bahaya,
dengan tidak kehilangan akal.

                                       - Hamka-
........................................................
Orang yang berjaya bukannya orang
yang tidak pernah gagal.tetapi mereka
ialah yang pernah gagal dan bangkit kembali.

                                    -Hukama-
.......................................................
Ingatlah keselesaan tubuh kerana sedikit makanan,
Keselesaan jiwa kerana sedikit dosa,
keselesaan hati kerana sedikit keinginan dan
keselesaan lisan kerana sedikit berbicara

                                     -Hukama-
.....................................................
Daya usaha ialah kunci untuk insan
mencari kemajuan dan kecemerlangan serta kekayaan.
dengan syarat ada keinginan dan tujuan yang tidak dapat
ditawar-tawar lagi.

                                   -Sayidina Ali-
......................................................
Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi,
supaya tidak dapat dirosakkan oleh orang lain,
kerana cita-cita adalah sumber kekuatan
perjuangan yang tidak terhingga lahir dan batin.

                                        -Abu Hanifah-
...............................................................
Diri kamu itu kecil tetapi dalam diri manusia
itu terdapat suatu alam yang besar.

                                       -sayidina Ali-
..............................................................

Saya tidak bermazhab Syiah,
tetapi saya mencintai Hussain.

                                     -Hamka-
...........................................................

								
To top