rancangan harian

Document Sample
rancangan harian Powered By Docstoc
					HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU


Soalan 1 (a)
Rancangkan SATU sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
menggunakan teknik-teknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan
kekurangan teknik pilihan anda.



Pengenalan Teknik SQ3R

       Teknik ini dipelopori oleh Robinson (1941). Teknik ini disasarkan kepada murid-
murid yang mempunyai kemahiran membaca yang baik. Melalui teknik ini murid-murid
dapat menguji pemahaman mereka berdasarkan teks yang telah dibaca untuk
menyelesaikan tugasan. Mereka dapat memperoleh maklumat dengan cepat dan tepat
serta dapat menyelesaikan tugasan yang diberi secara berkesan.


Teknik ini terbahagi kepada 5 komponen iaitu:


         a)    S   -   Survey ( tinjau )
         b)    Q   -   Question ( penyolan/pertanyaan )
         c)    R   -   Read ( baca )
         d)    R   -   Recite ( Imbas kembali )
         e)    R   -   Review ( Baca semula )


       Berikut ialah satu contoh Rancangan Pengajaran Harian yang menggunakan
teknik SQ3R bagi sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.




                                                                                    1
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran         :        Bahasa Melayu
Hari                   :        Selasa
Tarikh                 :        08 Mac 2010
Kelas                  :        5 Puteri 1
Bilangan Murid         :        35 Orang ( 15 lelaki dan 20 perempuan)
Masa                   :        8.00-9.00 pagi
Tema                   :        Alam Sekitar
Tajuk                  :        Taman Laut


Fokus Utama            :


        1.2   Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
              Aras 1
              ( ii )   Mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya
                       untuk mendapatkan penjelasan.
        5.2   Membaca kuat teks dan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
              lancar serta memahami perkara yang dibaca.
              Aras 1
              (i)      Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang
                       betul.
              ( ii )   Menerangkan teks yang dibaca secara ringkas.


Fokus Sampingan        :
        8.2   Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam satu
              penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
              Aras 1
              ( i ) Membina ayat tunggal berdasarkan gambar atau tajuk.




                                                                                      2
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU


Objektif                :   Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :-
       1.    Mengemukakan 3 soalan dengan menggunakan kata tanya dengan betul.
       2.    Membaca teks „Taman Laut‟ dengan sebutan dan intonasi yang betul.
       3.    Menerangkan tentang teks yang dibaca dengan menggunakan perkataan
             sendiri.
       4.    Membina 3 ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dengan
             betul.


Pengetahuan Sedia Ada       :
       1.    Murid-murid pernah menonton rencana tentang taman laut di televisyen.
       2.    Murid-murid telah mengetahui tentang lokasi-lokasi perlancongan di
             Malaysia melalui rancangan „Cuti-cuti Malaysia‟.


Kemahiran Bahasa :          Mendengar, membaca dan menulis


Sistem Bahasa           :   kata hubung.


Ilmu                    :   1. Kajian Tempatan
                            2. Pendidikan Moral
                            3. Sains
Nilai-nilai Murni       :   1. Bekerjasama
                            2. Menghargai
                            3. Bersyukur
                            4. Kebersihan
Bahan Bantu Mengajar        :      1. komputer riba
                                   2. LCD
                                   3. Skrin putih
                                   4. kad gambar
                                   5. kad kata hubung
                                   6. seni kata lagu


                                                                                     3
     HDML1103/HBML1103
     PENGENALAN PENDIDIKAN
     BAHASA MELAYU
                                                     Aktiviti Pengajaran dan
Langkah                Isi Pelajaran                                                     Catatan
                                                             Pembelajaran


   Set      Nyanyian Lagu “Hijau”                1. Murid-murid menyanyikan lagu      KBT
 Induksi       1. Senikata lagu “Hijau”            dengan iringan muzik.               Kecerdasan
(5 minit)            ( dipaparkan pada skrin)    2. Murid-murid dikaitkan dengan        pelbagai
               2. Lagu dan klip video.             pelajaran pada hari ini tentang     Muzik
                                                   alam sekitar.                      BBM
                                                                                       Seni kata
                                                                                        lagu
                                                                                       Komputer
                                                                                        riba
                                                                                       LCD
                                                                                       Skrin putih


Langkah     Bersoal jawab tentang tempat- 1. Murid menyoal menggunakan KBT
  Satu      tempat       pelancongan        di     kata tanya dan tanpa kata tanya  Kontekstual
(7 minit)   Malaysia.                              bagi    mendapatkan maklumat  Kecerdasan
               1. Gambar tentang tempat-           tentang         gambar      yang     pelbagai
                     tempat pelancongan di         ditunjukkan..                        - Verbal
                     Malaysia.                   2. Murid diberi kebebasan untuk        linguistik
               2. Mencintai               dan      bercerita dengan menggunakan BBM
                     menghargi alam sekitar        ayat sendiri tentang gambar-  gambar
                                                   gambar yang dipaparkan.             Komputer
                                                 3. Murid berbincang tentang nilai-     riba
                                                   nilai      murni     berdasarkan  Skrin
                                                   gambar-gambar.                     NILAI
                                                                                       Menghargai
                                                                                        alam sekitar.
                                                                                       Bersyukur



                                                                                               4
     HDML1103/HBML1103
     PENGENALAN PENDIDIKAN
     BAHASA MELAYU

                                                 Aktiviti Pengajaran dan
Langkah               Isi Pelajaran                                                 Catatan
                                                       Pembelajaran


Langkah      Membaca dan memahami teks,      1. Murid membaca secara pantas     KBT
  Dua        Taman Laut                        teks yang diberi untuk            Kemahiran
(10 minit)   1. Tinjau ( Survey )              mendapatkan gambaran awal          berfikir
                - Teknik bacaan – skimming     tentang isi bacaan.                - Menjana
                 dan scanning                2. Murid menerangkan isi bacaan      idea
             2. Pertanyaan ( Question )        secara bebas.                     Kontektual
                                             3. Murid menbina 3 soalan          BBM
                                               berpandukan isi terkandung        Kad bacaan
                                               dalam teks.                       ILMU
                                             4. Murid meramalkan jawapan         Sains
                                               kepada persoalan yang timbul      Kajian
                                                                                  Tempatan


Langkah      Membaca dan memahami teks.      1. Murid membaca teks secara       KBT
  Tiga       1. Bacaan Berfokus              serius secara kumpulan dan          Kecerdasan
(13 minit)     a) kumpulan                   individu dan memberi tumpuan         pelbagai
               b) individu                   kepada teks.                       - Interpersonal
                                             2. Murid mencari jawapan kepada    - Verbal
                                             tiga soalan yang telah              Linguistik
                                             disenaraikan.                       Kontektual
                                             3. Murid mencatatkan jawapan       BBM
                                             yang telah diperolehi.              Kad bacaan
                                             4. Murid berbincang jawapan yang
                                             diperolehi.




                                                                                           5
     HDML1103/HBML1103
     PENGENALAN PENDIDIKAN
     BAHASA MELAYU
                                                  Aktiviti Pengajaran dan
Langkah               Isi Pelajaran                                                   Catatan
                                                       Pembelajaran


Langkah      Mengingat kembali teks.         1. Murid menceritakan semula teks KBT
 Empat       1. Menjawab soalan.             yang telah dibaca.                    Kecerdasan
(15 minit)   a. Apakah keistemewaan Pulau    2. Murid menyenaraikan kata            pelbagai
             Sibu?                           hubung yang terdapat di dalm teks.
             b. Setujukah anda bahawa        3. Murid mencatatkan isi-sisi        BBM
             Taman Laut adalah pilihan       penting yang berkaitan dengan         Kad bacaan
             kaki-kai pancing. Mengapa?      soalan yang diberikan.
             c. Selain memancing, menyelam   4. Murid menjawab 3 soalan yang
             dan mengelilingi Pulau sibu     diberi.
             aktiviti apakah yang boleh,     5. Murid membina 3 ayat
             dilakukan di sana?              menggunakan kata hubung yang
             2. Menyenaraikan kata hubung    diperolehi daripada teks
             daripada teks.
             dan, dengan, serta, kerana




Langkah      Membaca soalan dan menyemak 1. Murid menyemak jawapan yang           KBT
  Lima       jawapan yang telah ditulis        telah ditulis.                      Kecerdasan
(5 minit)                                    2. Murid membetulkan kesalahan         pelbagai
                                               ejaan, tatabahasa atau struktur    - Verbal
                                               ayat.                              linguistik
                                                                                   Kemahiran
                                                                                    berfikir
                                                                                  - Menjana idea




                                                                                             6
     HDML1103/HBML1103
     PENGENALAN PENDIDIKAN
     BAHASA MELAYU
                                                  Aktiviti Pengajaran dan
Langkah             Isi Pelajaran                                                 Catatan
                                                        Pembelajaran
                                                                               KBT
 Penutup    Nyanyian Lagu “Hijau”            1. Murid-murid menyanyikan lagu    Kecerdasan
(5 minit)      1. Senikata lagu “Hijau”      dengan iringan muzik.               pelbagai
                  ( dipaparkan pada skrin)   2. Murid diingatkan tentang        Muzik
               2. Lagu dan klip video.       kepentingan untuk menjaga alam    BBM
               3. Penerapan nilai-nilai      sekitar.                           Komputer
                  murni.                                                         riba
                                                                                LCD
                                                                                Skrin putih
                                                                               NILAI
                                                                                Menghargai
                                                                                 alam sekitar.
                                                                                Bersyukur




                                                                                        7
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU

Refleksi

Kekuatan


1. Murid dapat mengenalpasti idea keseluruahan tentang teks yang dibaca dan dapat
  membuat andaian bebas tentang teks
2. Murid hanya menumpukan pada teks untuk mendapatkan maklumat dan menjawab
  soalan-soalan yang disediakan.
3. Murid dapat mewujudkan persoalan-persoalan baru yang dapat menarik minat mereka
  untuk membaca dengan lebih serius.
4. Murid dapat menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan.
5. Meningkatkan daya ingatan murid.
6. Murid memperolehi maklumat dengan cepat dan tepat.
7. Memupuk sifat ketelitian dalam melaksanakan tugasan yang diberi.


Kelemahan


1. Murid yang lemah akan ketinggalan kerana murid mesti mempunyai kemahiran
  membaca yang baik.
2. Guru mestilah berupaya untuk mengawal kelas kerana keseluruhan aktiviti dilakukan
  murid. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan kelas menjadi bising.
3. Kegagalan guru merancang dengan teliti akan menyebabkan objektif pembelajaran
  sukar dicapai.




                                                                                       8
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU

Soalan 1 (b)

Sediakan SATU aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme untuk
membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah membaca.

Langkah 1
Guru membentuk kumpulan dan mengedarkan 2 sampul surat yang dilabelkan dengan Set
1   dan Set 2 kepada setiap kumpulan. Set 1 mengandungi kad ayat dan Set 2
mengandungi satu kad perkataan. Murid meletakkan sampul di atas meja. Guru bersoal
jawab dengan murid tentang bahan yang terdapat di dalam sampul yang telah diedarkan.


Langkah 2
Guru meminta murid mengeluarkan satu kad ayat daripada Set 1. Contoh kad ayat ialah
Ini baju.


    I          n          i                     b          a           j          u

Guru memaparkan ayat yang sama yang menggunakan skrin putih dan LCD dan
melekatkan gambar baju pada papan hitam. Guru membaca ayat sebagai contoh dan
murid mendengar dan menyemak bacaan guru. Guru membaca sekali lagi dan murid
mengikut bacaan guru. Aktiviti ini dijalankan secara latih tubi. Aktiviti ini diteruskan
dengan kad ayat yang seterusnya.


I n i              b a j u                b a r u

B a j u                b a r u                  i n i             b i r u

B a p a                b e l i                 b a j u                 b a r u

Setelah selesai murid meletakkan kad ayat di atas meja mengikut susunan yang betul.




                                                                                       9
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU


Langkah 3
Guru meminta murid mengeluarkan satu kad perkataan daripada Set 1 mengikut urutan
nombor sampul surat. Contohnya sampul pertama kad perkataannya ialah bapa.

                                       baju
Guru menunjukkan perkataan yang sama yang menggunakan kad yang                lebih besar
kepada murid sebagai kad imbasan. Guru membaca perkataan sebagai contoh dan murid
mendengar dan menyemak bacaan guru. Guru membaca sekali lagi dan murid mengikut
bacaan guru. Aktiviti ini dijalankan secara latih tubi. Aktiviti ini diteruskan dengan kad
perkataan yang seterusnya.

b a p a                   b e     l    i        b a j          u         b a r u

Setelah selesai guru melekatkan kad perkataan tersebut pada papan hitam manakala
murid meletakkan kad perkataan di atas meja mengikut susunan yang betul.


Langkah 4
Setelah murid boleh menyebut perkataan dengan sebutan yang betul, guru mengulangi
bacaan dengan memecahkan perkataan tersebut kepada suku kata. Guru Menggunakan
kad imbasan suku kata.
Contohnya : b a       +      pa


Guru mengeja dan membaca perkataan mengikut suku kata murid mengikut. Aktiviti ini
dijalankan secara latih tubi. Guru melekatkan kad suku kata di bawah kad perkataan pada
papan hitam. Contohnya:

b a p a                   b e     l    i        b a j          u         b a r u

b a + p a                 b e + l          i    b a + j         u       b a + r u




                                                                                       10
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU


Kemudian guru membimbing murid              membatangkan sendiri perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka, membacanya secara kuat dengan sebutan yang jelas dan
terang secara bergilir-gilir di hadapan. Murid –murid lain mengikut. Aktriviti ini
berterusan untuk semua perkataan.


Langkah 4
Setelah murid boleh membatangkan perkataan, guru membimbing murid untuk membaca
kad perkataan yang telah dilekatkan pada papan hitam perkataan demi perkataan. Guru
membaca dan murid mengikut. Setelah murid boleh membaca perkataan dengan lancar,
guru bersoal jawab dengan murid tentang maksud isi bacaan untuk menguji kefahaman
mereka.


Langkah 5
Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran guru mengedarkan satu kad
bacaan kepada setiap kumpulan. Dalam kumpulan masing-masing, guru meminta murid
untuk membaca dengan secara kuat. Guru memberi ganjaran kepada kumpuan yang
memnbaca dengan intonasi dan betul.




I   n     i       b a      j   u    .

I   n     i       b a      j   u          b a   r   u   .

B a       j   u       b a      r    u       i   n   i       b   i   r   u    .

B a p a               b e      l      i     b a     j   u       b a      r   u   .




                                                                                 11
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU
2.     Pengajaran    bahasa    Melayu     menggunakan      bahan    sastera   banyak
       mengandungi unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu
       dalam proses penerapan kemahiran bahasa.
       Berdasarkan genre cerpen, huraikan bagaimana anda merancang aktiviti
       dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa secara terancang.


Pengenalan
       Proses pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental dan neurologi yang
berkait rapat dengan keupayaan semulajadi manusia. Oleh itu, aspek latar belakang dan
keadaan persekitaran masyarakat amat penting dalam memperkembangkan kemahiran
berbahasa.


Konsep
       Menurut Hashim Awang, 1985, sastera merupakan hasil seni yang disampaikan
melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ini kerana sastera
biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat.
       Dalam kontek pendidikan, kesusteraan Melayu merupakan karya asal yang ditulis
dalam bahasa Melayu berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional dan puisi
tradisional yang digarap secara indah dan halus bagi mengimbangi perkembangan
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disamping itu juga, aspek kemanusiaan dan citra
masyarakat perlu ditekankan.


Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Bahan Sastera.
       Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, objektif pengajaran dan
pembelajaran menggunakan bahan sastera adalah seperti berikut:
       a)     Membaca pelbagai bahan sastera dan baha berunsur pengetahuan dengan
              menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
              memperolehi ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
       b)     Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
              pembelajaran berterusan;


                                                                                   12
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU
       c)      Memperkembang kekuatan imaginasi kreativiti, pemikiran kritis dan
               penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;
       d)      Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
               pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan
               yang sesuai dan betul;
       e)      Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
               karya berunsur ilmu dan;
       f)      Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
               patriotisme dan perasaan cinta akan tanah air.


       Kesesuaian bahan, teknik dan pendekatan pengajaran amat penting bagi mencapai
matlamat dan objektif pengajaran. Selain itu, minat, jantina, latar belakang dan cara
belajar pelajar perlu diambil kira dalam merancang pengajaran supaya segala aktiviti
yang dirancang dapat melibatkan semua murid dan menarik minat mereka.


Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
       Berikut ialah 7 teknik yang boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran
bahan sastera seperti cerpen:
       1. Lakonan
       2. Teater Pembaca
       3. Teater Bercerita
       4. Kerusi Panas
       5. Simulasi
       6. Improvisasi
       7. Main Peranan




                                                                                     13
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU
Contoh Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Menggunakan
Bahan Sastera ( Cerpen ) Yang menggunakan Teknik Lakonan.


Definisi Lakonan:
Lakonan ialah alat atau medium yang mampu mengembangkan aspek sosial, fizikal,
intelek, dan bahas pelajar; yang memberi peluang kepada pelajar menggunkan watak dan
personaliti. Ia merupakan gabungan gerak dengan dialog yang memainkan peranan.


Set Induksi
       Guru memainkan klip video tentang seorang fakir miskin yang sedang meminta
sedekah. Guru meminta murid bercerita tentang klip video tersebut.. Guru mengaitkan
klip video dengan pengalaman pelajar.


Langkah 1
       Guru mengedarkan satu cerpen dan meminta murid membaca secara senyap. Guru
meminta murid mencari
   1. watak utama
   2. mesej yang terdapat dalam cerpen
   3. pengajaran yang hendak disampaikan.


Langkah 2
       Murid membaca kuat cerpen secara individu dan kelas. Murid berbincang dan
menyatakan watak utama, menerangkan mesej yang hendak disampaikan, dan pengajaran
yang terdapat dalam cerpen yang dibaca secara lisan. Murid mencatatkan hasil
perbincangan.


Langkah 3
       Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi satu sampul
surat yang mengandungi dialog yang diambil daripada cerpen. Murid berlatih dalam




                                                                                   14
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU
kumpulan untuk melakonkan semula watak dalam cerpen. Guru bergerak ke setiap
kumpulan untuk membantu murid.


Langkah 4
         Sebelum lakonan bermula, murid membaca kuat dialog dengan intonasi yang
betul. Setiap kumpulan ke hadapan dan melakonkan semula watak berdasarkan dialog
yang diberi. Murid lain menilai kumpulan yang membuat persembahan. Guru memberi
hadiah kepada kumpulan yang berjaya melakonkan semula watak dengan baik.


Langkah 5
         Guru mengedarkan satu kad yang menerangkan satu situasi. Setiap kumpulan
diminta menyediakan dialog ringkas yang berkaitan dengan situasi yang diberi. Murid
berlakon menggunakan dialog yang telah ditulis. Guru menilai persembahan lakonan
murid.


Penutup
         Guru memilih seorang wakil daripada setiap kumpulan untuk bergabung dan
melakonkan semula watak dalam cerpen. Guru menerapkan mesej dan pengajaran yang
terdapat dalam cerpen.




                                                                                15
HDML1103/HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU
Rujukan :


1. Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5 (2005). Kuala
        Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


2. Nik Safiah Karim, et al., (2008) Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur:
        Dewan Bahasa dan Pustaka.


3. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Intitut Bahasa (1994). Kuala Lumpur: Dewan
        Bahasa dan Pustaka.


4. Azman Wan Chik. (1981). Prinsip dan klaedah pengajaran Kesusteraan Melayu. Kuala
        Lumpur: Utusan Publication.


5. Saedah Siraj. (1988). Mengajar sastera: teori eksperimen, aplikasi. Kuala Lumpur:
        Pustaka Warisan.


6. Mohd Nasar Sukor, Kamarudin Jeon, Bahasa Melayu Tahun 5, Sekolah Kebangsaan
        Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




                                                                                       16

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:5102
posted:3/12/2011
language:Malay
pages:16