Fitrah Manusia Menurut Perspektif Agama by chelvi04

VIEWS: 2,577 PAGES: 15

									         Fitrah Manusia Menurut Perspektif Agama - Presentation Transcript

1.

     2.
     o     Agama ialah satu set kepercayaan nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran.

     o     Memberi struktur kepada kehidupan manusia

     o     Membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial

     o     Memberi kepuasan emosi kepada penganutnya.

     3.
     o     Aa Gym( 2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah
           disentuh atau diubah.

     o     -anugerah dalam bentuk fizikal atau mental diberikan oleh Tuhan kepada manusia.

     o     -merangkumi aspek potensi bakat semula jadi keupayaan mental dan fizikal.

     4.
     o     Ragib Al Isfahami ,Fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang
           menciptakannya.

     o     Al-Ghazali (1971) mengatakan bahawa setiap insan wajib mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam
           usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa.

     o     -Beliau menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.

     5.
     o     Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia di muka bumi ini.Hal ini ditegaskan Allah S.W.T dalam (surah Ali-
           Imran:19)

     o     “ Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah S.W.T. hanyalah Islam”.

     o     -Persamaan taraf

     o     -Tiada paksaan untuk memasuki agama islam.

     6.
     o     Pegangan hidup

     o     -Setiap umat islam mempercayai dan yakin akan kewujudan Allah S.W.T.

     o     -Dalam Ayat Kursi :

     o     -“Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya,tidak mengantuk
           dan tidak tidur, kepunyaan-Nya apa yang dilangit dan dibumi”.

     7.
     o     Beribadat

     o     - Firman Allah dalam surah ad-Dzariyat:
o     “ Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”

o     Oleh itu, kehidupan beragama:

o     -Merupakan sesuatu yang penting untuk mencapai kemajuan yang menyeluruh daripada segi kerohanian dan kebendaan.

o     -Merupakan naluri kepercayaan kepada agama yang mengesahkan kewujudan Allah S.W.T. dalam keseluruhan
      kehidupannya .

8.
o     Menerima Qada‟ dan Qadar

o     Setiap umat Islam perlu reda menerima ketentuan Ilahi.

o     “ Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
      sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka
      berkata Inna lillahi wa inna ilaihi raji‟un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)”. (Surah al-
      Baqarah: 155 & 156)

9.
o     Allah menjadikan manusia makhluk yang termulia di alam semesta dengan menganugerahkan akal yang dapat
      membezakan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain.

o     Telah bersabda Rasulullah S.A.W...Dan alat bagi mukmin adalah akal…Dan tiang agama ialah Islam. Dan tujuan Allah
      ialah akal. Dan yang menyeru orang-orang beribadat ialah akal.

10.
o     Ketika Allah SWT hendak menciptakan manusia, Allah SWT memberitahu para malaikat-Nya perihal maksud-Nya:

o     Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi orang yang akan membuat kerosakkan dan menumpahkan
      darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? Tuhan berfirman:
      “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS. al-Baqarah: 30)

o     Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa di muka bumi, dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang
      lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. (QS. al-An‟âm: 165)

11.
o     Sumber bersifat maknawi, iaitu hati, akal, emosi dan nafsu juga bersifat lahiriah seperti pancaindera, kebijaksanaan, hasil
      bumi dan sebagainya, mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap maksimum.

o     Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia menurut Islam ialah:

o     - Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah S.W.T

o     -Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa.

o     -Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya

o     -Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran agama yang dianuti .

12.
o     Manusia mempunyai dua sifat iaitu manusia sebagai makhluk jasmani dan makhluk rohani. Secara fitrahnya, manusia
      dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik yang dianugerahkan oleh penciptanya. Manusia dianugerahkan akal dan
      mempunyai „kebebasan memilih‟,lantaran itu membezakan antara yang baik dan buruk.
13.
o     Fitrah manusia mengikut perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan persekitaran.

o     Baka yang mempengaruhi perbezaan individu dari aspek :

o     -Kognitif

o     -Fizikal

o     -Emosi

14.
o     Faktor persekitaran juga menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia daripada aspek berikut:

o     Latar belakang keluarga

o     Pengaruh rakan sebaya

o     Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat

o     Sumber teknologi

o     Guru dan sekolah.

15.
o     Keperluan mendapatkan makanan/minuman

o     Keperluan tidur dan rehat

o     Keperluan udara

o     Keperluan pembuangan

o     Keperluan kejantinaan.

16.
o     Memudahkan guru mengenalpasti aktiviti yang bersesuai dengan kebolehan murid

o     Guru dapat memahami sikap dan tingkahlaku murid.

o     Memudahkan guru mengasah bakat dan potensi murid yang terpendam.

o     Menjadi guru lebih kreatif dalam mempelbagai aktiviti pembelajaran mengikut kecenderungan murid.

    http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/fitrah-manusia-menurut-perspektif-agama
                                                28
FITRAH MANUSIA BERAGAMA
Posted by drkuzaki , on April 28, 2008 at 3:39 PM
Category: ISLAM
         Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada mereka
beragama Kristian, Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya. Fitrah beragama ini sebenarnya telah pun
wujud semenjak azali lagi. Perlu ditegaskan bahawa manusia selamanya tidak akan mencapai tahap
ketamadunan yang tinggi dan kehidupan yang sejahtera jika tidak berpegang kepada agama.
         Sejarah telah membuktikan bahawa manusia semenjak dari dahulu lagi telah mencari sesuatu
yang memiliki kuasa tertinggi yang telah mencipta mereka dan kehidupan alam ini. Walaupun manusia
pada hakikatnya leka dan asyik dengan kemewahan dan pesona duniawi yang mewarnai kehidupan,
namun di dalam kejauhan sudut hatinya masih ada ruang untuk beriman kepada Allah taala. Perkara ini
diperkuatkan lagi dengan keadaan apabila manusia itu ditimpa kesusahan dan kesulitan dalam sesuatu
masa tertentu, nescaya mereka akan memohon pertolongan daripada Allah taala. Sehubungan itu, Allah
taala berfirman yang bermaksud: Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu
bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya.
Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya.
(Surah al-Ankabut, ayat 65)
         Jelas dari maksud ayat suci di atas betapa sifat semulajadi beragama di dalam diri manusia ini
tidak dapat dipisahkan sama sekali dalam kehidupannya. Walau sedalam manapun manusia terbuai
dalan keseronokan duniawi, manusia pasti tetap akan kembali kepada Tuhan mereka. Tegasnya, fitrah
beragama ini amat penting dalam setiap detik kehidupan manusia sejagat. Pendek kata, dengan adanya
agama melandasi kehidupan manusia, nescaya manusia dapat menelusuri pentas kehidupan ini dengan
sempurna berasaskan kepada peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidup yang telah digariskan oleh
agama tersebut.
         Di dalam Islam, fitrah merupakan satu kejadian yang diciptakan Allah taala kepada setiap yang
dilahirkan sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Menurut Kamus Dewan, istilah fitrah ditakrifkan sebagai
satu sifat semulajadi atau bakat pembawaan and juga sebagai perasaan keagamaan. Ringkasnya, fitrah
ialah satu sifat semulajadi yang berupa dorongan dan pembawaan yang ada pada setiap manusia sejak
dilahirkan ke dunia ini. Sifat ini bagaimanapun boleh berubah dan diubah melalui corak asuhan, tahap
pendidikan dan pengalaman hidup.
         Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: Setiap bayi itu dilahirkan dalam
keadaan fitrah (suci bersih). Maka lantaran ibu bapanyalah, anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau
Majusi. (Hadis riwayat Bukhari)
         Dengan kata lain, manusia yang difitrahkan perlu dan berhajat kepada agama. Oleh itu, agama
dan manusia tidak boleh dipisahkan. Sifat semulajadi manusia kepada agama sememangnya ada pada
setiap manusia, bangsa dan umat yang menghuni alam semesta ini. Umumnya mengetahui bahawa sifat
semulajadi yang wujud bagi seseorang amat banyak seperti makan, munum, tidur, bernafsu dan
seumpamanya. Maka, beragama juga dikatakan antara sifat semulajadi bagi seseorang yang hidup di
alam ini. Manusia inginkan agama sebagai tempat berlindung dan bergantung harapan serta tempat
mencari ketenangan jiwa dari sebarang masalah dan kemelut yang menghantui kehidupan ini.
         Menurut Robert H. Thouless dalam bukunya An Introduction To The Psychology of
Religionbahawa terdapat empat faktor mengapa seseorang itu perlu dan berhajatkan kepada agama
dalam hidupnya, iaitu:
                  ·   pengaruh masyarakat
                  ·   Pengalaman
                  ·   Keperluan
                  ·   Proses pemikiran
         Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pandangan seorang Orientalis Barat tersohor, Rene’
Descartes yang menyatakan bahawa dalam mencari Tuhan, beliau mengakui bahawa dirinya lemah dan
tidak sempurna. Oleh itu, beliau mengakui bahawa ada yang lebih sempurna yang patut diketahui
tetapi beliau hairan dari manakah datangnya tanggapan adanya yang sempurna itu.
         Tambah Descartes lagi, dalam dirinya ada sifat semulajadi yang sering membuat tanggapan
adanya Tuhan dan sifat semulajadi itu adalah sesuatu yang sempurna. Jelasnya, terdapat banyak benda
di luar seperti langit, bumi, matahari dan beribu benda lain yang tidak begitu susah untuk mengetahui
dari mana semua itu datang kerana katanya: “Saya percaya ada kuasa yang mengaturnya”.
         Jadi jelas di sini kelihatan bahawa sifat semulajadi (fitrah) sememangnya wujud dalam diri
manusia , lebih-lebih lagi dalam diri manusia itu sendiri terpendam perasaan takut atau bimbang
apabila berdepan dengan gejala-gejala alam. Yang paling menarik sekali ialah pandangan Alexis Carell
dalam bukunya Doa yang menyatakan bahawa doa merupakan upacara keagamaan yang paling agung
bagi manusia kerana dalam keadaan itu, jiwa manusia akan terbang melayang kepada Tuhannya. Beliau
berkata lagi: Adakalanya manusia dalam beberapa keadaan rohaniahnya akan dapat merasakan
kebesaran dan betapa agungnya keagungan Tuhan.
         Dari satu sudut lain pula, ulama Islam menegaskan bahawa agama adalah satu jalan hidup
kerana ia menggambarkan satu konsepsi kepercayaan yang diyakini dan dianuti oleh seseorang di dalam
hidupnya. Seterusnya, agama memainkan peranan penting dalam menghubungkan antara manusia
dengan Penciptanya, antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam semesta.
         Ini jelas daripada kata-kata Syed Qutb dalam bukunya Islam dan Masa Depan yang menyatakan:
Pada asasnya agama akan hilang seri dan ertinya kalau ia tidak mengatur kehidupan ini dengan
konsepsi, penyerahan, pengertian dan perundangannya yang khusus. Teras kehidupan manusia ini
sewajarnya berdiri di atas dasar konsepsi kepercayaan yang akan memberikan pentafsiran mengenai
hakikat hidup ini, hubungannya dengan Penciptanya, kedudukan manusia di dalam pentas hidup ini,
matlamat kewujudan manusia dan bentuk-bentuk hubungan yang akan merealisasikan matlamat
kewujudannya itu. Hubungan itu berupa dalam bentuk hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan
manusia dengan alam sekelilingnya, hubungan manusia dengan seluruh kehidupan makhluk dan juga
hubungan manusia dengan sesama manusia.
         Berdasarkan fakta di atas, jelas bahawa setiap insan ada sifat semulajadi beragama, mencari
satu kuasa tertinggi untuk disembah. Namun, Islam adalah satu-satunya al-Din yang selari dengan fitrah
kemanusiaan sejagat selaras dengan firman Allah taala maksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad)
ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat keturunan anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang)
belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Dia bertanya
dengan firman-Nya: Bukankah Aku Tuhan kamu?. Mereka semua menjawab: Benar! (Engkaulah Tuhan
kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:
Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (Surah al-A’raf,
ayat 172)
         Kesimpulannya, agama itu sebenarnya bersifat spiritual yang perasaan semulajadi (fitrah) itu
sememangnya benar selaras dengan kejadian asal manusia yang diciptakan Allah taala. Dari perasaan
semulajadi inilah, manusia akan dapat merasakan kewujudan Pencipta alam ini dan seterusnya beriman
kepada -Nya. Cuma manusia secara umumnya tidak menyedari akan keperluan kepada agama tersebut
di dalam hidup ini. Hanya dalam jangka masa yang panjang, keperluan kepada agama akan dirasai
secara langsung apabila manusia ditimpa musibah atau menyedari tempoh hidupnya semakin singkat
meninggalkan dunia yang fana ini.
Menerusi ajaran Islam yang serba lengkap ini, manusia akan dapat menginsafi hakikat dirinya yang
sebenar, hakikat Penciptanya Yang Maha Agung dan juga hakikat-hakikat lain yang menghiasi pentas
hidup ini. Menerusi Islam jugalah, manusia akan terselamat dari terjerumus ke kancah kesesatan dan
kejahilan dan seterusnya meniti landasan hidup yang disuluhi sinaran iman dan hidayah Ilahi.
http://blogs.udm.edu.my/drkuzaki/2008/04/28/fitrah-manusia-beragama/
Fitrah Manusia Beragama
Posted by Khairul Rashidi on Saturday, October 17, 2009


Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada mereka
beragama Kristian, Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya. Fitrah beragama ini sebenarnya telah
pun wujud semenjak azali lagi.


Perlu ditegaskan bahawa manusia selamanya tidak akan mencapai tahap ketamadunan yang tinggi
dan kehidupan yang sejahtera jika tidak berpegang kepada agama.


Sejarah telah membuktikan bahawa manusia semenjak dari dahulu lagi telah mencari sesuatu yang
memiliki kuasa tertinggi yang telah mencipta mereka dan kehidupan alam ini. Walaupun manusia
pada hakikatnya leka dan asyik dengan kemewahan dan pesona duniawi yang mewarnai
kehidupan, namun di dalam kejauhan sudut hatinya masih ada ruang untuk beriman kepada Allah
taala. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan keadaan apabila manusia itu ditimpa kesusahan dan
kesulitan dalam sesuatu masa tertentu, nescaya mereka akan memohon pertolongan daripada Allah
taala.


Sehubungan itu, Allah taala berfirman yang bermaksud: “Dalam pada itu, apabila mereka naik
bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan
doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat,
mereka berlaku syirik kepada-Nya.” (Surah al-Ankabut, ayat 65)
Jelas dari maksud ayat suci di atas betapa sifat semulajadi beragama di dalam diri manusia ini tidak
dapat dipisahkan sama sekali dalam kehidupannya. Walau sedalam manapun manusia terbuai
dalan keseronokan duniawi, manusia pasti tetap akan kembali kepada Tuhan mereka. Tegasnya,
fitrah beragama ini amat penting dalam setiap detik kehidupan manusia sejagat. Pendek kata,
dengan adanya agama melandasi kehidupan manusia, nescaya manusia dapat menelusuri pentas
kehidupan ini dengan sempurna berasaskan kepada peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidup yang
telah digariskan oleh agama tersebut.


Di dalam Islam, fitrah merupakan satu kejadian yang diciptakan Allah taala kepada setiap yang
dilahirkan sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Menurut Kamus Dewan, istilah fitrah ditakrifkan
sebagai satu sifat semulajadi atau bakat pembawaan and juga sebagai perasaan keagamaan.
Ringkasnya, fitrah ialah satu sifat semulajadi yang berupa dorongan dan pembawaan yang ada
pada setiap manusia sejak dilahirkan ke dunia ini. Sifat ini bagaimanapun boleh berubah dan diubah
melalui corak asuhan, tahap pendidikan dan pengalaman hidup.


Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: Setiap bayi itu dilahirkan dalam
keadaan fitrah (suci bersih). Maka lantaran ibu bapanyalah, anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau
Majusi. (Hadis riwayat Bukhari)
Dengan kata lain, manusia yang difitrahkan perlu dan berhajat kepada agama. Oleh itu, agama dan
manusia tidak boleh dipisahkan. Sifat semulajadi manusia kepada agama sememangnya ada pada
setiap manusia, bangsa dan umat yang menghuni alam semesta ini. Umumnya mengetahui bahawa
sifat semulajadi yang wujud bagi seseorang amat banyak seperti makan, munum, tidur, bernafsu
dan seumpamanya. Maka, beragama juga dikatakan antara sifat semulajadi bagi seseorang yang
hidup di alam ini. Manusia inginkan agama sebagai tempat berlindung dan bergantung harapan
serta tempat mencari ketenangan jiwa dari sebarang masalah dan kemelut yang menghantui
kehidupan ini.


Menurut Robert H. Thouless dalam bukunya An Introduction To The Psychology of Religion bahawa
terdapat empat faktor mengapa seseorang itu perlu dan berhajatkan kepada agama dalam
hidupnya, iaitu:
pengaruh masyarakat
Pengalaman
Keperluan
Proses pemikiran
Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pandangan seorang Orientalis Barat tersohor, Rene’
Descartes yang menyatakan bahawa dalam mencari Tuhan, beliau mengakui bahawa dirinya lemah
dan tidak sempurna. Oleh itu, beliau mengakui bahawa ada yang lebih sempurna yang patut
diketahui tetapi beliau hairan dari manakah datangnya tanggapan adanya yang sempurna itu.
Tambah Descartes lagi, dalam dirinya ada sifat semulajadi yang sering membuat tanggapan adanya
Tuhan dan sifat semulajadi itu adalah sesuatu yang sempurna. Jelasnya, terdapat banyak benda di
luar seperti langit, bumi, matahari dan beribu benda lain yang tidak begitu susah untuk mengetahui
dari mana semua itu datang kerana katanya: “Saya percaya ada kuasa yang mengaturnya”.


Jadi jelas di sini kelihatan bahawa sifat semulajadi (fitrah) sememangnya wujud dalam diri manusia ,
lebih-lebih lagi dalam diri manusia itu sendiri terpendam perasaan takut atau bimbang apabila
berdepan dengan gejala-gejala alam. Yang paling menarik sekali ialah pandangan Alexis Carell
dalam bukunya Doa yang menyatakan bahawa doa merupakan upacara keagamaan yang paling
agung bagi manusia kerana dalam keadaan itu, jiwa manusia akan terbang melayang kepada
Tuhannya. Beliau berkata lagi: Adakalanya manusia dalam beberapa keadaan rohaniahnya akan
dapat merasakan kebesaran dan betapa agungnya keagungan Tuhan.


Dari satu sudut lain pula, ulama Islam menegaskan bahawa agama adalah satu jalan hidup kerana
ia menggambarkan satu konsepsi kepercayaan yang diyakini dan dianuti oleh seseorang di dalam
hidupnya. Seterusnya, agama memainkan peranan penting dalam menghubungkan antara manusia
dengan Penciptanya, antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam semesta.


Ini jelas daripada kata-kata Syed Qutb dalam bukunya Islam dan Masa Depan yang menyatakan:
Pada asasnya agama akan hilang seri dan ertinya kalau ia tidak mengatur kehidupan ini dengan
konsepsi, penyerahan, pengertian dan perundangannya yang khusus. Teras kehidupan manusia ini
sewajarnya berdiri di atas dasar konsepsi kepercayaan yang akan memberikan pentafsiran
mengenai hakikat hidup ini, hubungannya dengan Penciptanya, kedudukan manusia di dalam
pentas hidup ini, matlamat kewujudan manusia dan bentuk-bentuk hubungan yang akan
merealisasikan matlamat kewujudannya itu. Hubungan itu berupa dalam bentuk hubungan manusia
dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan alam sekelilingnya, hubungan manusia dengan
seluruh kehidupan makhluk dan juga hubungan manusia dengan sesama manusia.


Berdasarkan fakta di atas, jelas bahawa setiap insan ada sifat semulajadi beragama, mencari satu
kuasa tertinggi untuk disembah. Namun, Islam adalah satu-satunya al-Din yang selari dengan fitrah
kemanusiaan sejagat selaras dengan firman Allah taala maksudnya: Dan (ingatlah wahai
Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat keturunan anak-anak Adam (turun temurun) dari
(tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Dia
bertanya dengan firman-Nya: Bukankah Aku Tuhan kamu?. Mereka semua menjawab: Benar!
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari
kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah al-A’raf, ayat 172)


Kesimpulannya, agama itu sebenarnya bersifat spiritual yang perasaan semulajadi (fitrah) itu
sememangnya benar selaras dengan kejadian asal manusia yang diciptakan Allah taala. Dari
perasaan semulajadi inilah, manusia akan dapat merasakan kewujudan Pencipta alam ini dan
seterusnya beriman kepada -Nya. Cuma manusia secara umumnya tidak menyedari akan keperluan
kepada agama tersebut di dalam hidup ini. Hanya dalam jangka masa yang panjang, keperluan
kepada agama akan dirasai secara langsung apabila manusia ditimpa musibah atau menyedari
tempoh hidupnya semakin singkat meninggalkan dunia yang fana ini.


Menerusi ajaran Islam yang serba lengkap ini, manusia akan dapat menginsafi hakikat dirinya yang
sebenar, hakikat Penciptanya Yang Maha Agung dan juga hakikat-hakikat lain yang menghiasi
pentas hidup ini. Menerusi Islam jugalah, manusia akan terselamat dari terjerumus ke kancah
kesesatan dan kejahilan dan seterusnya meniti landasan hidup yang disuluhi sinaran iman dan
hidayah Ilahi.


Artikel adalah sumbangan Dr. Ungku Ahamad Zaki

http://khairulrashidi.blogspot.com/2009/10/fitrah-manusia-beragama.html
Kejadian Manusia Menurut Perspektif Buddha
GENESIS BUMI DAN MANUSIA


Pada abad ke-19, Immanuel Kant dan La Place menyatakan teori kabut atau teori nebula tentang alam
semesta. Teorinya disempurnakan oleh van Wizzacker (1944) dan G.P. Kuiper (1951) menjadi teori
kondensasi. Menurut teori ini, kabut gas dan debu terdiri dari helium dan hidrogen. Bahan kabut ini
hilang ke dalam jagad raya dan sisanya terus mendingin. Kerana pendinginan maka terus menyusut dan
mulai berputar. Proses ini bentuknya berubah menjadi bulat pipih dan akhirnya menjadi seperti cakram.
Selama menyusut dan berputar, bahan di bagian luar tertinggal. Bahan ini merupakan pembentuk planet-
planet, termasuk planet bumi. vIntinya menjadi matahari. Menurut teori ini, "alam jagad raya terdapat
banyak sekali tata surya."




Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut Buddha Dhamma agak unik. Di alam semesta ini
bukan hanya ada bumi ini. Telah banyak bumi yang muncul dan hancur (kiamat). Manusia yang muncul
pertama kali di bumi kita ini tidak seorang, tetapi banyak, dan mereka muncul bukan kerana kemahuan
satu makhluk tertentu.


Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini
semuanya terdiri dari air dan gelap gelita. Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan.
Namun, mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu
lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.
Makhluk-makhluk yang serakah mulai mencicipi tanah itu, dan tergiur akan sari tersebut. Makhluk-
makhluk yang lain juga mengikuti. Akibat kelakuannya itu, maka cahaya tubuh mereka lenyap, dan
tampaklah matahari, bulan, bintang, dan konstelasi-konstelasi. Setelah masa yang lama sekali, tubuh
mereka memadat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka
makan sari tanah. Mereka yang indah memandang rendah yang bentuk tubuhnya jelek. Lama kelamaan
sari tanah pun lenyap dan muncullah tumbuhan dari tanah. Sementara mereka sombong dan congkak,
tumbuhan ini lenyap dan muncul tumbuhan menjalar, dan demikian seterusnya setelah tumbuhan
menjalar lenyap, muncullah tanaman padi. Setelah waktu yang lama sesuai dengan takaran mereka
makan, maka tubuh mereka lebih memadat dan perbezaan bentuknya tampak lebih jelas.


http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/kejadian-manusia-menurut-perspektif.html
Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam
Pengenalan


Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara
campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia
bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam
hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama,
dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka
juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan
berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan
teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga
untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.


Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.Terdapat pelabagai falsafah dalam kejadian
manusia. Ini akan diterangkan seperti di bawah:


Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam


MENURUT ISLAM


Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al Qur’an adalah satu-satunya
literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu pengetahuan.


Kompenen dan Proses Kejadian Manusia




Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia. Didapati
kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ).




Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang
bersesuaian.
Pertama:Peringkat Saripati Tanah( ‫) ط يه مه س الل ة‬




Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Proses ini
bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat sesuai untuk
dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah
yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang
manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T
kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan
makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.




Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa
keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific
sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah
dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi
elemen terpenting dalam penciptaan manusia.




Kedua: Peringkat Tanah Melakat (‫) الز ب ط يه‬




Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana diketahui tanah liat pada
dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan
tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi
tanah yang keras .Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia
pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah
liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat
fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .
Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (‫)م س نون حماء‬




Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille ‫ م س نون حماء‬diertikan sebagai lumpur atau tanah berorganik dan
tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta
mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah
berlaku.




Keempat: Peringkat Tanah Keras ( ‫)ال ص ل صال‬




Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu ‫ ك اال فخار‬yang
membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang
ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras. Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan
bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta
berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa
masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya
dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang
terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.




Kelima: Peringkat Peniupan Roh




Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual,
setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-
Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas.
Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan
perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (‫ ) هلل ال حمد‬lalu dia menyebut. Apabila roh
memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam
syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh
sampai kebahagian kaki, maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut.




Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di atas
bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat
kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini
adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat
kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .




Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan
penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu
perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. Maka
dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama
yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang
dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/fitrah-kejadian-manusia-menurut-islam.html

								
To top