Docstoc

Minit Mesyuarat Panitia BM Pertama 2011

Document Sample
Minit Mesyuarat Panitia  BM Pertama 2011 Powered By Docstoc
					    MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2011
          SMK TUN MUTAHIR, 75350 BATU BERENDAM MELAKA


Tarikh         : 8 Januari 2011
Hari           : Sabtu
Masa           : 8.00 – 11.10 pagi
Tempat         : Bilik Gerakan SMK Tun Mutahir

Kehadiran      :


      1.       Pn. Zawiyah Bt . Mohd             : Pengerusi
      2.       Pn. Jamaliah Bt. Karim
      3.       En. Mohd Noor B. Md. Zam
      4.       En. Zakaria B. Ahmad
      5.       Cik Noor Azizi Bt. Mahmood
      6.       Pn. Duzaimah Bt. Kamaruddin
      7.       Pn. Norhayati Bt. Amadaldin
      8.       Pn Punitha A/P Rajinram
      9.       En. Zahari Bin Jusoh
      10.      Pn. Zaida Bt. Md. Yasin
      11.      Pn. Roshaya Bt. Mohamed Sohor
      12.      En. Nor Hisham B. Zainuddin
      13.      En. Muhammad Izuan B. Rejab

Turut Hadir:

      1. Tn. Hj. Zolkaply bin Yunus              : Pengetua
      2. Pn.Hjh.Kamariah Bt.Othman               : GPK 1
      3. Pn. Latifah bt. Hassan                  : GKMP Bahasa

Urusetia:

      1. En. Kamarudin bin Abu Bakar             : Pencatat Minit
      2. Pn.Tuan Noor Aini Bt. Tuan Harun        : Penyediaan Tempat




                                                                       1
AGENDA

2.1 Ucapan Pengerusi

      2.1.1   Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat
              Panitia kali pertama 2011. Beliau mengharapkan agar semua ahli panitia akan
              terus memberikan komitmen atas segala perancangan panitia untuk 2011 agar
              dapat mencapai matlamat. Di samping itu, beliau mengalu-alukan kehadiran
              guru-guru baru dalam Panitia Bahasa Melayu.

      2.1.2   Ahli panitia juga memilih En.Kamarudin B. Abu Bakar dan Pn.Roshaya Bt.
              Md. Sohor sebagai Setiausaha 1 & 2 manakala Pn.Jamaliah Bt.Karim sebagai
              Bendahari Panitia Bahasa Melayu 2011. Tahniah dan selamat menjalankan
              tugas.


2.2 Ucapan Pengetua.

      2.2.1   Tuan Pengetua mewara-warakan bahawa tahun 2011 adalah tahun inovasi.
              Lantaran itu, perubahan perlu dalam pemikiran, cara bekerja serta dapat
              mengubah pencapaian. Inovasi yang dilakukan juga perlulah dapat
              menjimatkan perbelanjaan dan mendatangkan kesan yang besar kepada warga
              sekolah. Sebagai permulaan semua guru diingatkan mesti mempunyai emel
              masing-masing.

                                                            Tindakan: Semua guru BM

      2.2.2   Tuan Pengetua juga menyentuh tentang keputusan PMR 2010 yang sedikit
              sebanyak ditentukan juga oleh guru mata pelajaran berkenaan selain faktor
              calon.

                                                 Tindakan: Makluman semua guru BM

      2.2.3   Tuan Pengetua juga mahu setiap program yang ingin dijalankan mempunyai
              kertas kerja dan bersifat jangka panjang bermula dari Tingkatan Satu
              sehinggalah ke Tingkatan Lima. Belanjawan kewangan haruslah diagihkan
              secara saksama kepada setiap tingkatan tanpa hanya memberikan fokus
              terhadap tingkatan 5 sahaja. Oleh itu, Ketua Panitia adalah diingatkan agar
              membuat perancangan kewangan yang melibatkan semua tingkatan.

                                                           Tindakan: Ketua Panitia BM




                                                                                       2
      2.2.4   Beliau turut mengarahkan supaya penyelaras setiap tingkatan diwujudkan.

                                                           Tindakan: Ketua Panitia BM



2.3 Ucapan GKMP Bahasa

      2.3.1   Pn. Latifah Bt. Hassan mengucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat
              datang kepada guru-guru yang baru bertugas ke SMK Tun Mutahir dan
              bersedia untuk membantu Panitia Bahasa Melayu.

      2.3.2   Beliau memaklumkan setiap guru Bahasa Melayu terpaksa menerima
              maksima 4 kelas kerana kekurangan guru Bahasa Melayu.

                                                 Tindakan: Makluman semua guru BM

      2.3.3   Semua guru Bahasa Melayu perlu mengemas kini buku rekod yang lengkap
              dengan RPT dan sukatan pada Jumaat minggu hadapan. Format RPH juga
              mesti dipatuhi seperti yang telah ditetapkan.

                                                 Tindakan: Makluman semua guru BM

      2.3.4   Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa mesyuarat pegurusan telah
              menetapkan bahawa semua guru harus merancang cuti lebih awal agar tidak
              menganggu P&P . Bahan P&P harus disediakan untuk guru lain yang
              menggantikan mereka serta bertukar kelas dengan guru lain secara sukarela
              semasa bercuti. Relief guru Bahasa Melayu juga dicadangkan diberikan hanya
              kepada guru Bahasa Melayu yang lain.

                                                 Tindakan: Makluman semua guru BM

      2.3.5   Pn. Latifah Bt Hassan seterusnya menerangkan Dasar Memartabatkan Bahasa
              Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. Panitia Bahasa Melayu akan
              bekerjasama dengan Panitia Bahasa Inggeris untuk mencapai dasar tersebut.
              Satu jawatan kuasa juga akan ditubuhkan yang melibatkan semua ahli panitia.
              Pekeliling mengenainya di dalam buku pentadbiran.

                                                 Tindakan: Makluman semua guru BM

2.4 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

              Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

              Disahkan oleh: Pn. Duzaimah Bt. Kamarudin

                                                                                        3
             Disokong oleh: Pn. Punita A/P Rajinram.
2.5 Bangkitan Minit Mesyuarat yang lalu.

      2.5.1   Tuan pengetua memberikan maklum balas terhadap perkara 2.6.1 bahawa
              peruntukan yang masih ada perlu digunakan dalam bulan Januari manakala
              peruntukan baru akan diperolehi dalam bulan Februari. Penyelaras tingkatan
              harus merancang program yang ingin dijalankan serta membuat kertas kerja
              untuk menentukan perbelanjaan

      2.5.2   Pn. Latifah Bt. Hassan menasihatkan agar baki peruntukan dibelanjakan sama
              rata namun peruntukan untuk Tingkatan 3 dan 5 akan dilebihkan.

                                                       Tindakan: Penyelaras Tingkatan
                                                                    Ketua Panitia BM


2.6 Post Mortem Bahasa Melayu PMR 2011.

      2.6.1   Pengerusi mengedarkan Jadual Analisis Keputusan PMR 2010 serta
              memberikan ulasan tentang keputusan Peperiksaan PMR 2010. Seecara
              keseluruhannya, peratus ke.lulusan mata pelajaran Bahasa Melayu telah
              menunjukkan peningkatan sebanyak 6.4% iaitu pada tahun 2009 peratus
              lulus 76.1% dan tahun 2010 peratus lulus 82.5%. Gred purata mata
              pelajaran juga meningkat sebanyak 0.06; iaitu pada tahun 2009 gred purata
              3.16 dan tahun 2010 gred purata 3.11. Walau bagaimanapun, jumlah calon
              yang mendapat A berlaku penurunan; iaitu pada tahun 2009 seramai 41 calon
              berjaya mendapat A manakalan pada tahun 2010 hanya 28 calon saja yang
              berjaya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu PMR. Walaupun
              gagal mengekalkan atau menambah bilangan A, tetapi menampakkan
              peningkatan peratus lulus. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru BM
              menengah rendah yang banyak membantu ke arah peningkatan peratus lulus
              ini.

                                                 Tindakan: Makluman semua guru BM

      2.6.2   Pn. Jamaliah Bt. Karim menyatakan bahawa peningkatan kuantiti banyak
              dibantu oleh Program Anak Emas 2010 yang telah dijalankan sebanyak 20
              kali dan teknik menjawab soalan. Selain itu beliau juga sering memberikan
              ganjaran, motivasi dan latih tubi soalan-soalan percubaan negeri-negeri lain
              serta soalan tahun-tahun lepas.

      2.6.3   Dari segi kelemahannya pula, pelajar Cina hanya menggunakan bahasa Cina
              ketika bekomunikasi. Mereka juga mendapat asas yang lemah ketika di
              peralihan, tingkatan 1 dan 2. Ia disebabkan oleh faktor pertukaran guru dan
              guru GSTT yang tidak berpengalaman. Bilangan pelajar dalam kelas Anak
              Emas juga terlalu ramai lebih kurang 30 orang termasuk pelajar lain yang

                                                                                        4
        menumpang. Beliau mencadangkan agar latih tubi dan program Anak Emas
        diteruskan. Kelas tambahan untuk pelajar harapan pula tidak perlu dijalankan
        kerana tidak berkesan, sebaliknya digantikan dengan penggunaan modul dan
        tumpuan di dalam kelas. Pelajar harapan dicadangkan dibahagi kepada dua
        kumpulan iaitu lulus dan gagal. Teknik menjawab soalan patut dijalankan
        oleh guru pakar dari luar.

                                          Tindakan :Semua guru BM Tingkatan 3

2.6.4   Mohd Noor bin Md. Zam mengajak guru-guru Bahasa Melayu memohon
        untuk menjadi penanda kertas. Guru-guru yang tidak mengajar kelas
        peperiksaan diseru turut memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran.
        Beliau juga berharap agar guru tidak dipersalahkan jika keputusan
        peperiksaan pelajar merosot.
                                         Tindakan: Makluman semua guru BM

2.6.5   Pn. Punitha A/P Rajinram menyatakan faktor peningkatan pelajar-pelajar dari
        kelasnya disebabkan beliau mewajibkan mereka membeli buku karangan dan
        menyalin 10 buah karangan setiap kali cuti sekolah, berkomunikasi dengan
        pelajar melalui Facebook selain menggunakan ketegasan untuk memastikan
        pelajar menyiapkan kerja mereka.

                                                        Tindakan :Semua guru BM

2.6.6   Cik Noor Azizi Bt. Mahmood memaklumkan ramai pelajar kelas hujung yang
        tidak mahu belajar dan bersikap kurang ajar. Terdapat pelajar yang biadap dan
        menganggu P&P. Beliau hanya memberikan kelas tambahan untuk pelajar
        yang mempunyai potensi dan ada semangat ingin belajar sahaja. Manakala
        bahan P&P pula ada yang dipinjam dari kelas Anak Emas.
                                            Tindakan: Makluman semua guru BM

2.6.7   Pn.Latifah Bt. Hassan mengucapkan tahniah kepada guru-guru Bahasa
        Melayu Tingkatan 3 yang telah membuat kelas tambahan. Beliau berharap
        agar guru-guru tabah menghadapi cabaran daripada pelajar Peralihan yang
        ramai serta pelajar lain yang tidak berdisiplin. Beliau mahu agar pelajar-
        pelajar yang bermasalah terus dihadapkan ke unit disiplin.

                                                        Tindakan: Semua guru BM

2.6.8   Beliau juga memaklumkan yang En. Mohd Noor bin Md. Zam yang
        ditukarkan ke sidang petang untuk menjadi tulang belakang dalam usaha
        membantu meletakkan asas yang kuat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1,2
        dan Peralihan berdasarkan kedudukannya sebagai guru cemerlang dan
        penanda kertas Bahasa Melayu PMR. Sehubungan itu, beliau mahu program
        pemulihan menengah rendah dan Peralihan dirancang dengan lebih baik



                                                                                   5
                                                              Tindakan :Semua guru BM

2.7 Dasar Panitia Bahasa Melayu 2011

      2.7.1   Pelantikan Penyelaras tingkatan:
              i.     Peralihan      -      En. Mohd Noor bin Md.Zam
              ii     Tingkatan 1 -         Pn. Roshaya bt Mohamed Sohor
              iii    Tingkatan 2 -         Cik Zaida bt Md Yasin
              iv     Tingkatan 3 -         En. Kamarudin bin Abu Bakar
              v      Tingkatan 4 -         En. Zakaria bin Ahmad
              vi     Tingkatan 5 -         Pn. Punitha A/PaRajinram
              vii    ABM            -      En. Saiful Fazli bin Mohamad

              Pengerusi membuat tambahan aktiviti koakademik selain daripada yang
              terdapat dalam carta organisasi panitia:

              i      Dondang Sayang        -       Pn. Norhayati bt Amadaldin
                                                   En. Muhammad Izwan bin Rejab
                                                   En. Nor Hisham bin Zainuddin

              ii     Teater Komsas         -       En. Muhammad Izwan bin Rejab
                                                   Pn. Duzaimah bt Kamarudin
                                                   Pn. Tn. Siti Noor Aini bt Tn. Harun

                                                              Tindakan: Semua guru BM

      2.7.2   Pengerusi mengarahkan Penyelaras Tingkatan mengedit semula RPT Bahasa
              Melayu agar disesuaikan dengan takwim persekolahan 2011 serta perubahan
              buku komsas tingkatan 2 dan 5 sebelum dihantar kepada beliau menerusi
              emel. RPT dan Kerangka RPT sebelum 17 Januari 2011.

                                                    Tindakan: Penyelaras Tingkatan BM

      2.7.3   Pengerusi mengedarkan jadual pembuat soalan serta skop soalan. Soalan
              peperiksaan mesti ditaip dan tidak boleh ditampal. Ia juga perlu ditandatangan
              oleh penyedia soalan, disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh GKMP
              Bahasa.
                                                   Tindakan: Makluman semua guru BM

      2.7.4   Pengerusi juga meminta agar Penyelaras Tingkatan mengemaskini fail PLBS
              dan ULBS. Fail ULBS Tingkatan 4 & 5 boleh diperolehi daripada beliau
              manakala Fail PLBS menengah rendah diperolehi dari Pn. Jamaliah Bt.
              Karim. Taksiran pertama boleh dijalankan secepat mungkin.

                                            Tindakan: Semua Penyelaras Tingkatan BM



                                                                                          6
      2.7.5   Pengerusi menetapkan buku latihan seperti berikut:

              Karangan            - Buku A4/Buku Nota
              Contoh Karangan     – Buku A4/ Buku Nota (bagi 3 kelas terawal)
              Komsas              – Buku latihan ( 3 kelas terawal)
              Ringkasan / Rumusan – buku latihan
              Tatabahasa          – buku latihan

      2.7.7   Pengerusi menetapkan jumlah latihan seperti berikut:
              Karangan                   - 4 kali sebulan
              Ringkasan dan pemahaman - 4 kali sebulan
              Tatabahasa                 - setiap minggu
              Komsas                     - setiap minggu

                                                             Tindakan: Semua guru BM

      2.7.8   En. Mohd Noor bin Md. Zam memaklumkan analisi membaca Peralihan 2
              perlu dijalankan. Manakala buku latihan seperti berikut:
              Karangan             -Buku A4
              Tatabahasa           -Buku latihan
              Ejaan                -Buku latihan
              Kefahaman            -Buku latihan

      2.7.9   Semua guru yang mengajar kelas Peralihan bersetuju penggunaan buku yang
              dicadangkan.

                                                          Tindakan: Guru Peralihan BM

2.8 Program Inovasi Panitia Bahasa Melayu 2011

      2.8.1   Pengerusi memaklumkan pihak panitia merancang untuk menganjurkan
              Program Perkampungan Ilmu akan diadakan di Samudera Beach Resort pada
              13 – 15 Mac 2011. Program ini menyasarkan 80 pelajar tingkatan 5 dan
              melibatkan perbelanjaan sebanyak RM8000.00. Setiap pelajar perlu eambayar
              sebanyak RM70.00 untuk penginapan dan makanan. Sumbangan akan
              dipohon melalui PIBG sekolah dan peruntukan PCG mata pelajaran teras
              Bahasa Melayu serta sumbangan individu. Semua guru BM akan dilibatkan
              sekiranya program ini berjaya dijalankan.

                                                             Tindakan: Semua guru BM

      2.8.2   Pengerusi memaklumkan juga Blog Panitia Bahasa Melayu sedang dalam
              proses dibangunkan. Oleh itu, guru-guru BM dialu-alukan menghantar karya
              atau bahan yang boleh dikongsi untuk pengunjung blog.



                                                                                     7
                                                               Tindakan: Semua guru BM

2.9 Belanjawan 2011

       2.9.1 Pengerusi meminta Penyelaras Tingkatan untuk mata pelajaran Bahasa
       Melayu yang dilantik agar dapat membantu beliau merancang belanjawan
       berdasarkan keperluan Tingkatan agar semua tinngkatan dapat manfaat daripada
       peruntukan PCG mata pelajaran teras.

                                                        Tindakan: Semua Penyelaras BM

3.1 Hal-hal lain

       3.1.1   En. Mohd Nor Bin Md. Zam Mohd Noor bin Md. Zam memaklumkan
               analisi ujian membaca peralihan 2 perlu dibuat. Beliau juga meminta jasa baik
               guru-guru baru membantu guru-guru lain mengenai ilmu IT.

       3.1.2   En. Zakaria Bin Ahmad menyampaikan ucapan tahniah kepada En. Mohd
               Nor bin Md. Zam kerana karyanya yang diterbitkan di dalam majalah Dewan
               Sastera dan Berita Buletin.

                                                                    Tindakan: Makluman



Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.10 pagi.




Disediakan oleh:


EN. KAMARUDIN BIN ABU BAKAR
(Setiausaha Panitia Bahasa Melayu)
SMK Tun Mutahir




                                                                                          8

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2275
posted:3/6/2011
language:Malay
pages:8