Bahasa Melayu PMR 2009

Document Sample
Bahasa Melayu PMR 2009 Powered By Docstoc
					                                        1




               JABATAN PELAJARAN MELAKA


PENILAIAN MENENGAH RENDAH                                                 02/2
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Mei

2 jam                                                                  Dua jam




        JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


   1- Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,
      Bahagian C dan Bahagian D.
   2- Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii).
      Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B
      dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima
      pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
   3- Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A,
      25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk
      Bahagian D.




                                                                           SULIT
                                            2


                      Bahagian A (i): Ringkasan

                              [20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah untuk mengembangkan bakat penulis muda.
Panjangnya ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan.


Kemunculan penulis-penulis muda sejak akhir-akhir ini seperti, ‘cendawan tumbuh
selepas hujan’. Melalui karya-karya yang tersiar dalam akhbar dan majalah, ternyata
golongan muda ini berbakat dalam menghasilkan karya yang bermutu. Namun, nama
mereka sering tenggelam timbul. Mereka berkarya mengikut musim berlandaskan
pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak tertentu.

        Sehubungan dengan hal itu, beberapa cadangan sewajarnya diberikan perhatian.
Antaranya termasuklah menubuhkan Kelab Penulis Muda yang seharusnya dapat
mengumpulkan penulis-penulis muda ini di bawah satu bumbung. Melalui kelab ini,
penulis-penulis tersebut dapat mengembangkan bakat mereka kerana mereka dapat saling
membantu dan bertukar-bertukar pendapat. Selain itu, usaha-usaha tertentu perlu
dijalankan untuk mengasah bakat golongan muda yang berminat dalam bidang
penulisan.

       Beberapa aktiviti yang berkaitan dengan dunia penulisan juga perlu dianjurkan
untuk menajamkan kemahiran yang dimiliki oleh para penulis muda ini. Misalnya,
mereka diundang untuk mengikuti bengkel atau kursus penulisan seperti cerpen, sajak,
novel, drama, dan sebagainya. Dalam hal ini, para penulis yang berpengalaman dalam
bidang tertentu perlulah diundang untuk mencurahkan pengalaman mereka kepada
penulis-penulis muda ini. Di samping itu, penulis-penulis yang berpengalaman ini akan
dapat memberikan teguran dan tunjuk ajar secara langsung kepada para penulis muda
dalam proses menghasilkan karya yang bermutu.

       Antara aktiviti lain yang dapat dijalankan adalah dengan menggalakkan penulis-
penulis tersebut mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat tertentu. Lawatan
tersebut akan membuka minda para penulis muda dan akan membantu mereka menjadi
penulis yang lebih kreatif. Dalam pada itu, sekiranya sesuatu peraduan dijalankan, para
penulis muda ini tidak seharusnya ditempatkan dalam suatu kategori yang sama. Hal ini
demikian kerana sekiranya mereka bertanding dengan penulis-penulis yang
berpengalaman, peluang untuk mereka meraih kemenangan adalah tipis dan mungkin
akan menutup minat mereka untuk terus menulis.

        Sesungguhnya, melalui aktiviti yang tersusun, negara kita pasti tidak akan
ketandusan penulis yang kreatif dan berwibawa. Penulis muda yang ada kini merupakan
pelapis bagi barisan penulis yang berpengalaman; dan keadaan ini menepati peribahasa,
‘patah tumbuh hilang berganti’.



                                                                                SULIT
                                          3



                           (dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kemelut Penulis Muda’,
                                                     Berita Harian, September 2008.)




                    Pemahaman Bahagian A (ii)

                           [ 10 markah]

Berdasarkan petikan A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-
ayat anda sendiri.

   1. Apakah maksud rangkai kata menutup minat?                (2 markah)

   2. Mengapakah penulis menganggap kemunculan penulis-penulis muda semakin
      bertambah kini?                                     (4 markah)

   3. Berikan dua kesan jika negara kita ketandusan penulis muda pada masa hadapan.
                                                                ( 4 markah)




                                                                             SULIT
                                               4




                                     Bahagian B

                                    [20 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang industri kraf tangan
di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan




                             HASIL KRAF TANGAN
                                 MALAYSIA




           PASU                                                     TIKAR MENGKUANG




                                   ANYAMAN ROTAN



                                                                                    SULIT
                                           5




                             Bahagian C

                             [40 markah]


Pilih satu daripada soalan di bawah.Tulis sebuah karangan yang panjangnya
lebih daripada 180 patah perkataan.

1.                          Masa itu Emas


      Berdasarkan ungkapan di atas, huraikan pendapat anda tentang aktiviti-
     aktiviti yang dapat dilakukan pada masa lapang.


2.   Anda sedang berbual-bual dengan seorang rakan anda yang juga
      ketua kelas.Tajuk yang dibincangkan adalah tentang
     pertandingan keceriaan kelas yang diadakan di sekolah anda.

     Tulis dialog antara anda dengan rakan anda itu.

3 Sebagai setiausaha Kelab Komputer, anda diberi tanggungjawab untuk
  menambah bilangan ahli kelab. Oleh itu, anda telah ditugaskan untuk
  memberi ceramah tentang manfaat menyertai kelab tersebut.

     Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

4.
                   Ke Batu Pahat menjala ikan,
                      Sambil menjala bergurau senda;
                  Gaya hidup sihat kita amalkan,
                      Di mana jua kita berada.


       Tulis sebuah karangan berdasarkan maksud pantun di atas.


              “ Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”

5.     Jelaskan faedah yang diperoleh apabila mengamalkan peribahasa
       tersebut.


                                                                         SULIT
                                          6




                                    Bahagian      D

                                    [10 markah]


Jawapan anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji sama ada
dalam Tingkatan 1 atau Tingkatan 3 seperti di bawah ini..

   (i)      Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud
   (ii)     Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah
   (iii)    Aku Anak Timur, karya Siti Aminah haji Yusuf
   (iv)     Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.
   (v)      Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin
   (vi)     Merdeka! Merdeka!, karya Abdul Rahman Hanafiah
   (vii)    Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh
   (viii)   Panas Salju, karya Talib Samat

Huraikan tiga perwatakan menarik pada watak utama dalam novel yang anda kaji.




                        KERTAS SOALAN TAMAT



                                                                                SULIT
                                          7


CADANGAN JAWAPAN

BAHAGIAN A(i)
Isi-isi penting ringkasan
    1. Antaranya termasuklah menubuhkan Kelab Penulis Muda yang seharusnya dapat
         mengumpulkan penulis-penulis muda ini di bawah satu bumbung.

   2. Selain itu, usaha-usaha tertentu perlu dijalankan untuk mengasah bakat golongan
      muda yang berminat dalam bidang penulisan.

   3. Beberapa aktiviti yang berkaitan dengan dunia penulisan juga perlu dianjurkan
      untuk menajamkan lagi kemahiran yang dimiliki oleh para penulis muda ini

   4. Dalam hal ini, para penulis yang berpengalaman dalam bidang tertentu perlulah
      diundang untuk mencurahkan pengalaman mereka kepada penulis-penulis muda
      ini.

   5. Di samping itu, penulis-penulis yang berpengalaman ini akan dapat memberikan
      teguran dan tunjuk ajar secara langsung kepada para penulis muda dalam proses
      menghasilkan karya yang bermutu.

   6. Antara aktiviti lain yang dapat dijalankan adalah dengan menggalakkan penulis-
      penulis tersebut mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat tertentu

   7. Dalam pada itu, sekiranya sesuatu peraduan dijalankan, para penulis muda ini
      tidak seharusnya ditempatkan dalam suatu kategori yang sama.


BAHAGIAN A(ii)
  1. … menghilangkan/mematikan/melenyapkan kegemaran/ minat/hobi/kesukaan (2
     markah)

   2. … Melalui karya-karya yang tersiar dalam akhbar dan majalah     (2 markah)


   3 … penghasilan bahan-bahan penulisan yang bermutu akan berkurang.
   … tiada penulis-penulis yang menjadi pelapis untuk menggantikan penulis sedia ada.
   …pembaca akan beralih kepada pembacaan yang kurang bermutu.
  …lambakan bahan-bahan penulisan yang tidak bermutu semakin berleluasa.

    Pilih mana-mana 2 isi jawapan di atas.
         (Jawapan-jawapan lain yang sesuai diterima)                  (4 markah)
Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Kriteria Penskoran
       Peringkat         Markah                         Deskripsi
                                      -Ayat yang gramatis


                                                                               SULIT
                                            8


                                         - Kata dan kosa kata luas dan tepat
                           16 – 20       - Kesalahaan penggunaan kata yang minimum
    Cemerlang             (18 - 20)      - Idea yang relevan berdasarkan tugasan
                         ( 16 – 17 )     - Huraian idea luaran seperti pendapat,ulasan
                                           Cadangan dan kesimpulan sesuai dan
                                           Berkembang
                                         - Pengolahan yang menarik dan berkesan
                                         - Ayat masih gramatis
                                         - Kata masih luas dan kosa kata tepat
                           11 – 15       - Kesalahan penggunaan kata yang minimum
       Baik              ( 13 – 15 )     - Idea yang relevan berdasarkan tugasan
                         ( 11 – 12 )        Huraian idea luaran seperti pendapat,ulasan,
                                            cadangan dan kesimpulan masih sesuai
                                            tetapi kurang dikembangkan
                                         - Pengolahan masih menarik
                                         - Ayat kurang gramatis
                                         - Kata dan kosa kata yang terhad
                           06 – 10       - Kesalahan penggunaan kata yang ketara
    Memuaskan            ( 08 – 10 )     - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
                         ( 06 – 07 )     - Idea yang relevan berdasarkan tugasan
                                         - Huraian idea luaran seperti pendapat,ulasan,
                                           cadangan dan kesimpulan yang terhad
                                         - Pengolahan tidak menarik
                                         - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
Penguasaan                 01 - 05          Penguasaan bahasa yang tidak cekap
Minimum                                  - Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan




BAHAGIAN C :         Karangan Respons Terhad
                     (40 markah)
Kriteria Penskoran

  Peringkat          Markah                             Deskripsi
                                     -Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
                                     -Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
                     33 - 40         -Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang
  Cemerlang          (37 - 40)       gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
                     (33 -36 )       -Penggunaan penanda wacana yang betul
                                     -Ejaan dan tanda baca yang betul
                                     -Idea yang relevan dengan huraian yang jelas



                                                                                    SULIT
                               9


                        berserta contoh-contoh yang sesuai
                        -Pengolahan menarik dan berkesan dengan
                        pemerengganan yang sesuai dan format menepati
                        kehendak tugasan
                        -Penggunaan ungkapan yang mudah seperti
                        peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang
                        menarik
                        -Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
                        -Penggunaan kosa kata luas
            25 - 32     -Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
Kepujian   (29 - 32 )   tetapi terdapat kesalahan yang minimum
           (25 - 28 )   -Penggunaan penanda wacana yang sesuai
                        -Ejaan dan tanda baca yang betul
                        -Idea yang relevan dengan huraian yang jelas
                        berserta dengan contoh
                        -Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang
                        sesuai dan format menepati kehendak tugasan
                        -Penggunaan ungkapan yang mudah seperti
                        peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang
                        menarik
                        -Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
                        -Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat
 Baik       17 - 24     kesalahan yang minimum
           (21 - 24)    -Penggunaan ayat majmuk gabungan yang
           (17 - 20)    gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
                        -Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai
                        -Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
                        minimum
                        -Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas
                        -Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan
                        dan format yang masih sesuai mengikut tugasan


                                                                        SULIT
                                          10


                                 -Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
  Memuaskan         09 - 16      -Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat
                   (13 - 16)     kesalahan yang minimum
                   (09 - 12)     -Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat
                                 -Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
                                 ketara
                                 -Idea masih relevan/idea bercampur aduk dan
                                 huraian tidak jelas
                                 -Pengolahan kurang menarik dengan
                                 pemerengganan yang kurang sesuai dan format yang
                                 kurang tepat/ format bercampur aduk


Penguasaan        01 - 08        -Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan
Minimum           (05 - 08)      bahasa yang tidak cekap
                  (01 - 04)




Langkah-langkah memeriksa

   1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu terlebih dahulu untuk mendapatkan
      kesan (impression) daripadanya. Aspek yang perlu diperhatikan semasa membuat
      pertimbangan ialah menjawab tugasan,bahasa,kerelevanan idea dan pengolahan.
      Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan
      kriteria penskoran yang disediakan.

   2. Pemotongan markah untuk ejaan yang salah.
      a. ½ markah dipotong bagi setiap ejaan yang salah.
      b. Pemotongan keseluruhan tidak lebih daripada 2 markah
      c. Kesalahan ejaan yang berulang tidak diambil kira




                                                                               SULIT
                                         11


                                   Bahagian D
                                   [10 Markah]
Jawapan.
(i) Novel Anak Din Biola
Watak utama ialah Budiman
1.      Gigih berusaha - Budiman belajar menggesek biola dengan Pak Wan Busu
sebelum menyertai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Akhirnya, dia
telah menjuarai pertandingan tersebut.
2.      Bertanggung jawab dan menyayangi ibu bapa - Budiman tidak pernah
meninggalkan sembahyang kerana mengingati pesanan kedua-dua ibu bapanya iaitu
taat menunaikan sembahyang.
3.      Bijak dan berani - Budiman berjaya melepaskan diri setelah diculik oleh Pak
Mat Tukang Masak. Dia juga telah melaporkan kegiatan Pak Mat Tukang Masak
mengedar dadah di sekitar kota raya di balai polis.
(ii) Novel Meniti Kaca
Watak utama ialah Nazar.
1.      Baik hati dan suka menolong - Nazar mengajar Zainab dan Ah Seong mata
pelajaran Matematik.
2.      Tabah - Nazar menghadapi fitnah dengan hati yang terbuka. Dia belajar seorang
diri di rumah setelah Mak Miah melarang Zainab (sepupu) pergi ke rumahnya untuk
mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
3.      Remaja yang bercita-cita tinggi - Budiman belajar bersungguh-sungguh sehingga
mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR dan bercita-cita meneruskan pengajian
dalam bidang kedoktoran.



(iii)  Novel Aku Anak Timur
Watak utama ialah Zarina.
1.     Gigih mempertahankan maruah diri - Zarina meronta sekuat-kuat hati untuk
melepaskan diri daripada pelukan seorang pemuda Belanda yang mahu memperkosanya.
Setelah itu, dia berusaha mencari jalan pulang ke rumah.
2.     Pemaaf - Zarina memaafkan Niek yang telah membawanya menghadiri majlis
tari menari di rumah rakannya. Dalam majlis tersebut Zarina hampir diperkosa oleh
rakan Niek.
3.     Insaf atas kesalahan yang telah dilakukan - Zarina memohon maaf daripada
kedua-dua ibu bapanya kerana dia berjalan berdua-duaan dengan Niek walaupun telah
beberapa kali ditegah.
(iv) Novel Limpahan Darah di Sungai Semur.
Watak utama ialah Kopral Jamaluddin bin Mohammad.
1.     Peramah dan suka bergaul – semejak kecil Jamaluddin suka bermesra dengan
kawan-kawan dan sikap ini berterusan sehingga dia menjadi askar.
2.     Gigih berusaha - setelah gagal dalam temu duga yang pertama, Jamaluddin
telah bergayut di pokok-pokok dan jenang pintu supaya ketinggian dan ukuran badannya
memenuhi syarat untuk menjadi seorang Askar Melayu.




                                                                              SULIT
                                          12


3.      Berani menentang musuh - Kopral Jamaluddin bertugas sebagai ketua platun
menentang pengganas komunis di Sungai Semur setelah Leftenan Hassan terbunuh.
(v)     Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan
Watak utama ialah Kanang anak Langkau.
1.      Seorang tentera yang berdisiplin tinggi - Kanang patuh pada arahan ketua.
Dia pergi ke Singapura walaupun baru beberapa jam tiba di Ipoh dari Johor Bahru.
2.      Berjiwa kental dan bersemangat juang yang tinggi - Walaupun Kanang cedera
parah, dia bertekad untuk pulih seperti sedia kala semasa menjalani rawatan di Hospital
Ipoh, Perak.
3.      Berpegang kuat pada adat tradisi -          Kanang menyembelih ayam setelah
mendapat petanda buruk dengan harapan tidak ditimpa malapetaka.
(vi)    Novel Merdeka! Merdeka!
Watak utama ialah Kudin
1.      Bijak dan petah berpidato - Kudin berucap dalam perhimpunan agung di
Bangunan Kelab Sultan Sulaiman sebagai wakil golongan remaja.
2.      Bertanggungjawab menjaga keselamatan kampung - Kudin membina kubu di
keliling Kampung Teras Jernang dengan rakan-rakan sekampung.
3.      Seorang ketua yang bertanggungjawab - Kudin melawat kawan-kawannya yang
bertugas ke khemah-khemah walaupun dia sangat letih kerana baru pulang dari Kuala
Lumpur.
(vii) Novel Ekspedisi
Watak utama ialah Hadi.
1.      Rajin - Hadi rajin mengulang kaji pelajaran di rumah serta rajin membantu ibu
membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk dan menyapu lantai.
2.      Gigih menyahut cabaran - Hadi bertegas mahu mengikut ekspedisi yang di
ketuai oleh Cikgu Murad walaupun ditegah oleh ayahnya.
3.      Berfikiran rasional - Hadi tidak mempercayai Cikgu Murad seorang penjenayah
kerana Cikgu Murad tidak pernah mengambil cuti panjang semenjak bertugas sebagai
guru di Kampung Dataran.
(viii) Novel Panas Salju
Watak utama ialah Zulkifli.
1.      Baik hati dan simpati - Zulkifli membantu sepasang suami isteri berbangsa
Sikh kerana kereta mereka terjunam ke dalam parit.
2.      Ketua keluarga yang bertanggungjawab - Zulkifli berusaha mencari wang untuk
mengubati penyakit anaknya, Nadhirah walaupun terpaksa menagih simpati daripada
orang ramai.
3.      Mengenang budi - Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohammad
Yusof, wartawan yang menyiarkan berita tentang Nadhirah dan Tan Sri Shamsuddin yang
menanggung kos perubatan Nadhirah di London.
(Mana-mana jawapan lain yang sesuai diterima)




                                                                                SULIT
13




     SULIT

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:693
posted:3/4/2011
language:Malay
pages:13