kertas kerja induk mbmmbi_2_

Document Sample
kertas kerja induk mbmmbi_2_ Powered By Docstoc
					                      KERTAS KERJA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
                        MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS/MBMMBI
                               SMK TUN MUTAHIR, MELAKA

1.0    PENDAHULUAN

        Rentetan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI ) pada 8 Julai 2009, maka Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memeperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI ) telah mengambil tempat. Sejak sekian lama, Bahasa Melayu telah dianggap
sebagai lingua franca dan sesuai menjadi bahasa ilmu serta bahasa perpaduan ke arah melahirkan
Negara Bangsa berlandaskan prinsip 1Malaysia. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang amat perlu dikuasai oleh para pelajar supaya kelak mereka mampu bersaing sama
ada di peringkat nasional mahupun global. Justeru Dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh kerajaan
adalah amat relevan dan bertepatan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini dan pada
masa akan datang.


2.0    RASIONAL

       Untuk mengelakkan’ Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’, maka Dasar PPSMI
terpaksa dimansuh dan digantikan dengan dasar MBMMBI. Sementelahan pula, didapati tahap
penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masih rendah dan hal ini sangat
dipengaruhi oleh faktor latar belakang dan lokasi pelajar itu sendiri. Kekangan-kekangan yang dihadapi
dalam mencapai keberkesanan serta kejayaaan PPSMI menyerlahkan kepentingan penguasaan Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris yang perlu lebih diberikan fokus oleh pelbagai pihak khususnya kerajaan.


3.0    TEMA

       ‘BAHASA MELAYU DIJUNJUNG,BAHASA INGGERIS DIKENDONG’

4.0    MATLAMAT

       4.1     Menjadikan P&P Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang
               menyeronokkan
       4.2     Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelbagai kemahiran seperti membaca,
               menulis, bertutur, kemahiran tatabahasa, kemahiran meneroka dan mencari maklumat.
       4.3     Meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM.
       4.4     Menanam kecintaan terhadap bahasa rasmi negara di samping tidak menolak
               kepentingan Bahasa Inggeris.

5.0    OBJEKTIF

       5.1     Meningkatkan minat pelajar dalam P&P Komponen Sastera.
       5.2     Mempelbagaikan aktiviti dalam P&P berpusatkan pelajar/ Akses kendiri.
       5.3     Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P.
       5.4     Menekankan asas-asas kemahiran social atau kemahiran berbahasa (back to basics).
6.0     TARIKH

        Sepanjang sesi persekolahan 2011.


7.0     TEMPAT

        SMK Tun Mutahir


8.0     SASARAN

        Semua pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5
        Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


9.0     KEWANGAN

       Bergantung kepada keperluan program serta aktiviti yang dijalankan. Jika perlu, peruntukan PCG
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan .


10.0    TENTATIF PROGRAM/ ORGANISASI

        Sila Rujuk Lampiran


11.0    PENUTUP

          Konklusinya, sebenarnya selama ini pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan oleh Panitia
BM dan Panitia BI ke arah meningkatkan prestasi pelajar dalam kedua-dua bahasa tersebut. Bezanya
kini, segala aktiviti dan program berkenaan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan Dasar MBMMBI
dan sudah semestinya beberapa usaha pemurnian dan penambahbaikan dijalankan agar segala aktiviti
dan program yang dirancang mencapai sasaran dan matlamatnya. Menjadi harapan juga agar segala
aktiviti dan program yang direncanakan akan mendapat sokongan padu semua pihak.

SEKIAN, TERIMA KASIH.



DISEDIAKAN OLEH,                                         DISAHKAN OLEH,

……………………………                                              ………………………………
(LATIFAH BT HASSAN)                                      (HJ.ZOLKAPLY B YUNUS)
GKMP BAHASA/ SETIAUSAHA                                  TUAN PENGETUA
PROGRAM MBMMBI                                           SMK TUN MUTAHIR
                                                                     LAMPIRAN 1
                    CARTA ORGANISASI MBMMBI 2011

                            TN.HJ.ZOLKAFLY B YUNUS
                              Pengerusi/Pengetua



                            PN.HJH KAMARIAH OTHMAN
                               Naib Pengerusi /GPK 1


                              PN.LATIFAH BT HASSAN
                              GKMP BHS/Setiausaha



          PN.ZAWIYAH MOHD                                 CIK TAN JEE NGOH
            KP/Penyelaras                                   KP/Penyelaras
            Bahasa Melayu                                  Bahasa Inggeris




1.PN.JAMALIAH BT ABD KARIM                             1.PN.MANJA BT MD DOLI/GPK PTG
2.EN.ZAKARIA B AHMAD                                   2.PN.TEE LEE LEE
3.PN.PUNITHA RAJINRAM                                  3.PN.KHUZAIMAH BT ZAKARIA
4.CIK NOR AZIZI BT MAHMOOD                             4.PN.MAH KIM PENG
5.EN.KAMARUDIN B ABU BAKAR                             5.PN.NOOR AINI BT MOHAMED
6.PN.ROSHAYA BT MOHAMEDSOHOR                           6.PN.NORLELAWATI BT SALEH
7.EN.MOHD NOOR B MD ZAM                                7.CIK KEE SIU HUI
8.PN.ZAIDA BT MD YASIN                                 8.PN. UMADEVI MARIAPPAN
9.PN.NORHAYATI BT AMADALDIN                            9.PN.SHAFINA FARVEEN
10.EN.ZAHARI B JUSOH                                   10.PN.HAMIZILAWATI BT ISHAK
11.EN.MUHAMAD IZUAN B REJAB                            11.CIK HO YIN MEI
12.EN.NORHISHAM B ZAINUDIN                             12.CIK NOOR AISAH BT MOHD ROSDI
13.PN.DUZAIMAH BTKAMARUDIN/PK                          13.CIK JOYCE TAN PEI YONG/PK
14.PN TN NOR AINI BT TN HARUN/PK                       14.CIK NORHAFIZAH BT ISMAIL/PK
                                                                           LAMPIRAN 2
                   Program Memartabatkan Bahasa Malaysia 2011

                      Panitia Bahasa Melayu SMK Tun Mutahir
                            75350 Batu Berendam Melaka
1. 0 PENDAHULUAN
       Asas penting membina individu yang kritis, analitis, kreatif dan seimbang dalam
perkembangan mental dan emosi adalah kemahiran berbahasa. Lantaran itu, strategi
memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar sains dan matematik
di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran ( P&P) BM. Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada
tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Justeru bagi mencapai matlamat itu,
Panitia mata pelajaran Bahasa Melayu merancang Program Memartabatkan Bahasa Malaysia
dengan menjalankan projek-projek mengikut tingkatan.


2.0 RASIONAL
2.1   Meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu.
2.2   Kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa merentas kurikulum perlu
      dipertingkatkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2.3    Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa utama negara yang
       mampu menjadi wahana tinggi sesuatu bangsa.


3.0 OBJEKTIF

3.1    Mendapat kelulusan 61% dalam peperiksaan PMR dan 94% peperiksaan SPM.

3.2    Pelajar dapat menggunakan sebutan baku dengan fasih dan lancar, jelas serta
       mempunyai pengetahuan yang luas dan fikiran yang matang. Secara keseluruhan,

4.0 MATLAMAT
4.1   Meningkatkan pretasi pelajar ke tahap cemerlang khususnya dalam peperiksaan PMR
     dan SPM
4.2 Menghasilkan pelajar yang mahir, cekap bebahasa serta mampu menggunakan bahasa
     baku          dengan         berkesan          ketika     mengemukakan    pendapat
     daya kritis, analitis dan kreatif dalam lisan dan tulisan
4.3   Menghargai dan menghayati keindahan bahasa dalam kesusasteraan.
                                                                   LAMPIRAN 3

                 PROGRAM & AKTIVITI YANG DIRANCANG:

BAHAGIAN A:
BIL. TINGKATAN      PROGRAM DICADANGKAN                      GURU TERLIBAT

1.   PERALIHAN    PROGRAM PEMULIHAN:                  1.En. Mohd. Noor B. Md. Zam
                     i. Pemulihan BM Peralihan        2.Semua guru BM Peralihan
                     ii. Rakan BM
                     iii.
2.   TINGKATAN    .PROGRAM            INDAHNYA        1.Pn.Roshaya Bt. Md. Sohor
         1        BAHASA:                             2. Semua guru BM Tingkatan 1
                     i. Projek Folio Peribahasa
                     ii. Kata-kata Hikmah
                     iii. Shahiba

3.   TINGKATAN    PROGRAM                CAKNA 1.Pn.Zaida Bt. Md.Yassin
         2        TATABAHASA:                     2.Semua guru BM Tingkatan 2
                    i. Projek Mata Minda
                          [ Kesan Kesalahan Tata]

                     ii. Shahiba

4.   TINGKATAN    PROGRAM                CAKNA 1.En.Kamarudin B. Abu Bakar
         3        TATABAHASA:                     2.Semua guru BM Tingkatan 3
                    i. Projek Mata Minda
                          [ Kesan Kesalahan Tata]

                     ii. Folio Karangan
                     iii. Kembara Bahasa

5.   TINGKATAN    PROGRAM           APRIASIASI 1.En.Zakaria B. Ahmad
         4        BAHASA:                        2.Pn.Punitha A/P Rajinram
         &          i. Buku Skrap Isu-isu Semasa 3. Semua guru BM Tingkatan 4 & 5
     TINGKATAN            [ ADD & MDK ]
         5
                     ii. Modul Kerangka Karangan
                     iii. „Jom          Berbengkel”
                             Pembinaan       Modul
                             Grafik Novel Renyah &
                             Sutera Dalam Lukisan
      BAHAGIAN B: [ SECARA UMUM ]
   1. Siaran DJ Radio Sekolah;
             i.     Kupasan secara ringkas tema-tema tertentu berdasarkan Buku Teks
                    Bahasa Malaysia Tingkatan 4 & 5 oleh DJ yang bertugas pada waktu rehat
                    [ Isnin sehingga Jumaat; jam 10.30 pagi]
             ii.    Perkongsian Ungkapan atau Kata-kata Hikmah menerusi siaran DJ Radio
                    Sekolah.
             iii.   Slot “ Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul ”dipaparkan di blog
                    panitia.


   2. Tapak perhimpunan pagi;
             i.    Syarahan [ Februari, 2011 ]
             ii.   Ulasan Buku BM[ Februari, 2011 ]
             iii.  Deklamasi Sajak [ Mac, 2011]
             iv.   Berpantun [ Mac, 2011]
             v.    Aktiviti Bulan Bahasa Melayu [ April, 2011 ]
             vi.   Mengenali Peribahasa Melayu [ Mei,2011 ]
             vii.  Ulasan Buku BM [ Jun, 2011]
             viii. Deklamasi Sajak [ Jun, 2011 ]
             ix.   Pidato [ Julai, 2011 ]
             x.    Ulasan Filem [ Julai, 2011]




Disediakan oleh;                                      Disemak oleh;


(ZAWIYAH BT. MOHD)                                     (PN.LATIFAH BT. HASSAN)
KETUA PANITIA BM                                       GKMP BAHASA
                                                                                       LAMPIRAN 4

PANITIA BAHASA INGGERIS
SMK TUN MUTAHIR , MELAKA
PROGRAM MBMMBI 2011
Program MBI
   A. LEARN A WORD A DAY

        TEMPAT : Siaran Radio SMKTMu
        MASA : Jam 7.10 pagi / waktu rehat sesi petang
        HARI   : Setiap hari
        SASARAN : Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5

        Objektif : Meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris pelajar
                   Meningkatkan penggunaan perkataan dalam ayat

        Pelaksanaan Aktiviti :
                   o Siaran dalam Radio sekolah
                   o Pelajar dihendaki menulis perkataan yang disiarkan dalam buku latihan
                      ‘Grammar’
                   o Guru matapelajaran setiap kelas menjalankan latihan pengukuhan dalam P&P

   B.   SPM IEC & PMR IEC PROGRAM(KUMPULAN CEMERLANG)

        MASA : 1.10-2.10 PTG
        HARI : SELASA(MINGGU GENAP)
        SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5SN,5SSI , 5PA1 , 3I, 3A, 3J
        OBJEKTIF : Meningkatkan prestasi pelajar untuk mencapai target Q-Net Sekolah

        Pelaksanaan Aktiviti : Latih-tubi berfokus pada kertas 1
                               (Directed & Continuous Writing, Literature component)
                               Latihan kertas soalan SPM/PMR
                               Teknik menjawab soalan

   C.   EiE Program (Kumpulan Lulus)
        MASA : 1.10-2.10 PTG
        HARI : SELASA (MINGGU GANJIL)
        SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5PA2, 5SS, 5KI, 3C,3R,3B
        OBJEKTIF : Meningkatkan prestasi pelajar untuk mencapai target Q-Net Sekolah

        Pelaksanaan Aktiviti : Latih-tubi berfokus pada kertas 1 (Directed Writing)
                               Latihan kertas soalan SPM/PMR
                         Teknik menjawab soalan




   Program MBMMBI
D. Newspaper-in-Education

   Sumber : New Straits Times & Berita Harian
   Hari   : setiap hari bagi (3 kelas yang baik)
            Setiap hari Rabu (kelas yang sederhana & lemah)

   Sasaran ; Tingkatan 1 hingga 5

   Objektif : Memupuk minat membaca di kalangan pelajar
              Meningkatan perbendaharaan pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris

   Pelaksanaan Aktiviti:
        Pelajar melanggan suratkhabar
        Pelajar memilih dan membaca sebuah keratan akbar serta menampal dalam buku
          Grammar dan mencari makna / membina ayat dengan perkataan yang dipilih tersebut.
        Bagi pelajar yang mempunyai pengguasaan yang lebih tinggi, pelajar meringkaskan
          keratan akbar tersebut.
        Guru memantau hasil kerja pelajar.




   Disediakan oleh
   Tan Jee Ngoh
   Ketua Panitia Bahasa Inggeris
LAMPIRAN
                    CARTA ORGANISASI MBMMBI 2011


                            TN.HJ.ZOLKAFLY B YUNUS
                              Pengerusi/Pengetua



                            PN.HJH KAMARIAH OTHMAN
                               Naib Pengerusi /GPK 1


                              PN.LATIFAH BT HASSAN
                              GKMP BHS/Setiausaha



          PN.ZAWIYAH MOHD                                 CIK TAN JEE NGOH
            KP/Penyelaras                                   KP/Penyelaras
            Bahasa Melayu                                  Bahasa Inggeris




1.PN.JAMALIAH BT ABD KARIM                             1.PN.MANJA BT MD DOLI/GPK PTG
2.EN.ZAKARIA B AHMAD                                   2.PN.TEE LEE LEE
3.PN.PUNITHA RAJINRAM                                  3.PN.KHUZAIMAH BT ZAKARIA
4.CIK NOR AZIZI BT MAHMOOD                             4.PN.MAH KIM PENG
5.EN.KAMARUDIN B ABU BAKAR                             5.PN.NOOR AINI BT MOHAMED
6.PN.ROSHAYA BT MOHAMEDSOHOR                           6.PN.NORLELAWATI BT SALEH
7.EN.MOHD NOOR B MD ZAM                                7.CIK KEE SIU HUI
8.PN.ZAIDA BT MD YASIN                                 8.PN. UMADEVI MARIAPPAN
9.PN.NORHAYATI BT AMADALDIN                            9.PN.SHAFINA FARVEEN
10.EN.ZAHARI B JUSOH                                   10.PN.HAMIZILAWATI BT ISHAK
11.EN.MUHAMAD IZUAN B REJAB                            11.CIK HO YIN MEI
12.EN.NORHISHAM B ZAINUDIN                             12.CIK NOOR AISAH BT MOHD ROSDI
13.PN.DUZAIMAH BTKAMARUDIN/PK                          13.CIK JOYCE TAN PEI YONG/PK
14.PN TN NOR AINI BT TN HARUN/PK                       14.CIK NORHAFIZAH BT ISMAIL/PK

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3566
posted:3/3/2011
language:Malay
pages:10