Docstoc

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN TERKINI

Document Sample
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN TERKINI Powered By Docstoc
					                             KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
                                INTERVENSI BAHASA MELAYU

   Bahagian            Proses/Penjelasan                        Contoh Penulisan

1. Tajuk Kajian   a. Meningkatkatkan kemahiran        1. Tajuk Kajian:
                  membaca Bahasa Melayu dalam         Mempertingkatkan        kemahiran    mengeja,
                  kalangan     pelajar    Tingkatan   membatang kata, membina ayat dan membaca
                  Peralihan dan Tingkatan Satu.       melalui Program Pengajaran dan Pembelajaran
                  b. Mengesan, mengenal pasti dan     Pemulihan(Intervensi) Bahasa Melayu.
                  mempraktikkan langkah-langkah
                  pemulihan.

2. Nama                                               2. Nama Penyelidik:
   Penyelidik                                            Mohd Noor bin Md Zam


3. Nama Sekolah                                       3. Nama Sekolah:
                                                         SMK Tun Mutahir, Batu Berendam,
                                                         75350 Melaka.


4. Refleksi       a.Tema/Masalah/Isu:                4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu:
   Pengajaran      - Guru                               Sewaktu saya mengajar mata pelajaran Bahasa
   dan             - Murid                           Melayu di Tingkatan Peralihan 2, saya mendapati
   Pembelajaran    - Isi kandungan pelajaran         kelemahan ketara sebahagian besar pelajar-pelajar
   Lalu            - Persekitaran                    ialah tidak menguasai kemahiran membaca bahasa
                                                     Melayu.Tahap penguasaan mengeja, membatang
                  b. Refleksi pengalaman P & P lalu. suku kata dan membina ayat-ayat amat rendah. Hal
                                                     ini berkaitan pelajar tiada kemahiran memahami
                  c. Hubung-kait pengalaman          apa-apa bentuk pengajaran yang disampaikan oleh
                  P & P dengan tema/masalah/isu.     guru. Mereka hilang minat terhadap penyampaian
                                                     guru kerana terdapat kalangan mereka yang tidak
                  d. Bahan rujukan.                  mengenali huruf. Saya cuba mendekati mereka
                                                     untuk mendapatkan respons. Nyatalah benar
                  e. Terjemahan refleksi.            tanggapan saya, bahawa mereka hilang minat untuk
                                                     belajar mata pelajaran Bahasa Melayu, kerana tidak
                                                     memahami pengajaran guru. Selepas dijalankan
                                                     Ujian Pengesanan 1(Analisis Ujian Membaca 1)
                                                     saya mendapati 12 orang pelajar Tingkatan
                                                     Peralihan 2 tidak mahir mengeja dan membaca.




                                                1
                                                          Sebagai guru, saya rasa bertanggungjawab untuk
                                                       memberi mereka pembelajaran yang dapat mereka
                                                       fahami, tetapi Sukatan Pelajaran dan Rancangan
                                                       Pelajaran Tahunan yang menjadi pegangan para
                                                       guru menghalang tujuan saya untuk memberi suatu
                                                       bentuk pembelajaran pemulihan.
                                                           Saya berasa simpati, apabila menjelang ujian
                                                       atau peperiksaan, golongan pelajar ini pasti tidak
                                                       akan dapat mencapai prestasi pelajaran yang
                                                       diharapkan.
                                                           Saya memanjangkan perkara ini ke mesyuarat
                                                       panitia mata pelajaran. Keputusan mesyuarat
                                                       memberi keizinan kepada saya dan beberapa orang
                                                       guru yang berkaitan untuk menjalankan suatu
                                                       program pemulihan. Program Pengajaran dan
                                                       Pembelajaran Pemulihan yang dirancang ini
                                                       diharapkan dapat mempertingkatkan kemahiran
                                                       mengeja dan membaca dalam kalangan pelajar-
                                                       pelajar bermasalah pembacaan.
                                                           Program ini akan diperkuatkan dengan bahan-
                                                       bahan yang bersesuaian dengan tahap dan tingkat
                                                       kemahiran pelajar. Bahan-bahan ini merujuk
                                                       kepada kemahiran mengenal huruf, membatang
                                                       suku kata, membatang perkataan, membina ayat-
                                                       ayat mudah dan membaca.
                                                           Setiap    perkembangan       kemahiran        akan
                                                       direkodkan dan laporan penilaian peningkatan
                                                       setiap pelajar yang terlibat akan dianalisis. Setidak-
                                                       tidaknya, program ini merupakan satu instrumen ke
                                                       arah mengurangkan masalah tidak boleh membaca
                                                       dalam kalangan pelajar peralihan dan segelintir
                                                       pelajar tingkatan satu.


5. Isu/           a.Meningkatkan           kemahiran 5. Isu/Keprihatinan Yang Dikaji:
   Keprihatinan   membunyikan huruf, mengeja dan
   Yang Dikaji    membaca.                               Saya sudah mengenal pasti daerah kelemahan
                                                      pelajar-pelajar yang terlibat. Saya memfokuskan
              -   b.Pelajar dikenal pasti tidak boleh kelemahan pelajar kepada membatang suku kata
                  mengeja dan membaca.                dan perkataan, dan membaca. Bunyi-bunyi huruf
                                                      vokal, a, e, i, o dan u perlu ditekankan. Bunyi-bunyi
                                                      huruf vokal dapat membantu pelajar membatang
                                                      suku kata dan perkataan.




                                                 2
                                                       Pelajar-pelajar juga perlu diberikan latihan
                                                    membina suku kata terbuka dan tertutup, dan
                                                    sebagainya. Selain itu, pelajar akan terus
                                                    dipertingkatkan kemahiran membaca dengan
                                                    petikan bacaan mudah dan ringkas.
                                                         Keadaan ini diharapkan dapat membantu
                                                    pelajar meningkatkan kemahiran membaca, justeru
                                                    menambahkan minat mereka dalam mata pelajaran
                                                    Bahasa Melayu. Saya yakin jika program ini
                                                    dilaksanakan mulai awal tahun, kesannya dapat
                                                    membantu mereka untuk lulus Kertas Bahasa
                                                    Melayu PMR. Hal ini pastinya dapat meningkatkan
                                                    GNP sekolah saya.


6. Objektif   a. Objektif Umum                      6. Objektif Kajian:
   Kajian
              b. Objektif Khusus                     Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, pelajar-
                                                    pelajar terbabit diharap akan mencapai objektif-
                                                    objektif berikut:

                                                    a. Objektif Umum:
                                                       Meningkatkan prestasi dan pencapaian
                                                     mata pelajaran Bahasa Melayu (GNP) PMR.

                                                    b. Objektif Khusus:
                                                       i. Mengenal pasti daerah kelemahan kemahiran
                                                    membaca      dalam     kalangan   pelajar   dan
                                                    melaksanakan program pemulihan.
                                                      ii.  Meningkatkan penguasaan mengeja dan
                                                    membaca dalam kalangan pelajar yang bermasalah
                                                    melalui asas-asas membatang suku kata dan
                                                    perkataan.
                                                    iii. Memberikan pendedahan secara berkesan dan
                                                    sistematik bagi meningkatkan kemahiran membaca
                                                    melalui pelaksanaan program pemulihan.
                                                    iv. Menetapkan pencapaian seratus peratus dalam
                                                    kalangan pelajar yang terlibat untuk menguasai
                                                    kemahiran membaca selepas berakhir program ini.


7. Kumpulan   a. Bilangan pelajar yang terlibat.    7. Kumpulan Sasaran:
   Sasaran
              b. Tingkatan yang dikenal pasti       Kajian ini melibatkan 12 orang pelajar Tingkatan
                                                    Peralihan 2 yang terdiri daripada pelajar-pelajar
                                                    Cina sahaja.



                                                3
8. Tindakan      a. Langkah-langkah pelaksanaan      8. Tindakan Yang Dicadangkan:
   Yang
   Dicadangkan   b. Cara-cara pelaksanaan            i. Tinjauan awal masalah
                                                     Sebelum langkah-langkah yang seterusnya
                 c. Penilaian dan analisis           diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal
                                                     pasti akan dilaksanakan terlebih dahulu bertujuan
                                                     mendalami dan memahami masalah tersebut.
                                                     Selain itu, tinjauan bertujuan mengumpulkan data
                                                     mengenai bilangan dan daerah kelemahan pelajar
                                                     terbabit. Beberapa ujian dilaksanakan seperti
                                                     berikut:

                                                       a. Ujian Diagnostik
                                                       b. Ujian Pengesanan Awal
                                                       c. Ujian Saringan(Menentukan Daerah
                                                          Kelemahan)

                                             ii.      ii. Aktiviti ‘Aku Eja Aku Baca’
                                             iii.
                                             iv.         Cara pelaksanaan:
                                             v.
                                             vi.       a.   Pengenalan huruf dan bunyi huruf vokal
                                             vii.      b.   Membatang suku kata terbuka
                                             viii.     c.   Membatang suku kata tertutup
                                             ix.       d.   Membatang kata dan perkataan
                                             x.        e.   Membina ayat-ayat mudah

                                                     iii. Aktiviti ‘Jom, Membaca!’

                                                       Cara pelaksanaan:
                                                       a. Mengeja dan membaca ayat-ayat
                                                         mudah.
                                                       b.Membaca perenggan mudah
                                                       c.Membaca petikan mudah

                                                     iv. Penilaian dan Analisis:

                                                         Penilaian dan analisis dilakukan selepas setiap
                                                     kemahiran dilaksanakan. Perkembangan dan
                                                     peningkatan dicatat untuk setiap orang pelajar.
                                                     Pada penghujung program ini, guru-guru yang
                                                     melaksanakan pengajaran pemulihan ini akan dapat
                                                     menilai keberkesanan dan pencapaian program ini.




                                              4
                                                           Cara pelaksanaan program ini boleh diubahsuai
                                                       berdasarkan tahap pencapaian pelajar dan
                                                       penggunaan bahan juga boleh ditingkatkan
                                                       bersesuaian dengan kehendak program.

                                                            Setiap kemahiran dan pencapaian pelajar akan
                                                       disertakan dengan beberapa lembaran latihan,
                                                       lembaran pengukuhan dan lembaran pengayaan.
                                                       Semua keperluan dan pengubahsuaian aktiviti ini
                                                       dilaksanakan setelah dilakukan tinjauan awal.


9. Jadual        a.Jadual/Carta pelaksanaan            9. Jadual Pelaksanaan Kajian:
   Pelaksanaan
   Kajian        b.Aktiviti-aktiviti pelaksanaan        Bil.        Aktiviti                  Tempoh
                                                        1. Mengenal pasti masalah dan        Januari
                 c.Tarikh/tempoh pelaksanaan                 pengumpulan maklumat            2011
                                                        2. Merancang           tindakan/     Januari
                 (Jadual yang dirancang tertakluk            Melaksanakan          Ujian     2011
                 kepada pindaan dari semasa ke               Diagnostik
                 semasa)                                3. Melaksanakan aktiviti 1 –     Januari
                                                             mengenal    pasti    daerah dan
                                                             kelemahan                   Februari
                                                                                         2011
                                                        4.   Membincangkan       masalah Februari
                                                             yang timbul hasil daripada 2011
                                                             Ujian Diagnostik/aktiviti 1
                                                             dalam mesyuarat panitia

                                                        5.   Merancang      dan    menulis   Mac 2011
                                                             kertas cadangan kajian
                                                        6.   Melaksanakan                    Mac 2011
                                                             tindakan/aktiviti kemahiran –
                                                             membatang suku kata
                                                        7.   Menjalankan             Ujian   April 2011
                                                             Pengesanan
                                                        8.   Melaksanakan                    April 2011
                                                             tindakan/aktiviti kemahiran –
                                                             mengeja dan membatang
                                                             perkataan

                                                        9.   Mencatat dan melaporkan Mei 2011
                                                             tahap perkembangan program




                                                   5
                                                    10.   Melaksanakan
                                                          tindakan/aktiviti kemahiran –      Jun 2011
                                                          mengeja dan membaca ayat-
                                                          ayat mudah
                                                    11.   Melaksanakan            Ujian
                                                          Membaca       –     mengesan       Julai 2011
                                                          pencapaian pelajar
                                                    12.   Mencatat dan menulis laporan       Ogos 2011
                                                          kajian
                                                    13.   Pembentangan dapatan kajian        Ogos 2011

                                                    14.   Refleksi kajian – pelaksanaan Ogos 2011
                                                          penanda arah kajian



10. Jumlah      a.Bahan-bahan yang digunakan       10. Kos Kajian:
   Peruntukan
   Yang         b.kuantiti   bahan-bahan   yang                                  Kuantiti
   Dipohon      digunakan                           Bil. Jenis Bahan             X Harga Kos(RM)
                                                                                 Seunit
                c.Harga seunit     bahan   yang     1.    Kertas A4              1 x 10.00 10.00
                diperlukan
                                                    2.    Printer Catridge       1 x 65.00    65.00
                d.Harga keseluruhan bagi bahan
                yang digunakan                      3.    Potostat bahan &
                                                          laporan kajian                      20.00

                                                    4.    Fail pelajar       &                15.00
                                                          buku catatan

                                                          JUMLAH                              110.00




                                               6

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2449
posted:3/3/2011
language:Malay
pages:6