Docstoc

SOALAN BM 2

Document Sample
SOALAN BM 2 Powered By Docstoc
					                                             1

SULIT                                                                              1103/2

Bahasa
Melayu
Kertas 2
Mei
2009
2 ½ jam


                           JABATAN PELAJARAN MELAKA

                       PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

                         SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009




                                    BAHASA MELAYU

                                         Kertas 2

                                  Dua jam tiga puluh minit




           JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU




   1.       Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
   2.       Jawab semua soalan.
   3.       Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan
            teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
   4.       Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.




__________________________________________________________________________________

                      Kertas Soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

                                                                            [Lihat sebelah
                                            2

                                  Soalan 1 : Rumusan
                                       [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
untuk memartabatkan batik Malaysia serta masalah-masalah untuk melaksanakannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

      Seni batik merupakan salah satu akar budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia
dan bidang kraf tangan yang unggul di Malaysia. Sejak dulu lagi, fungsi batik tidak pernah
berubah sebagai busana warisan turun-temurun. Ekoran daripada itu, Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berusaha menghidupkan seni batik ini semula dengan
mengarahkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Sesungguhnya,
langkah mewajibkan pemakaian batik telah memberikan nafas baru kepada perkembangan
industri batik negara.

        Industri batik kini semakin berkembang pesat dan generasi Malaysia telah mula
mencintai batik dan tidak segan memakainya dengan gaya kasual. Selain itu, batik juga
mendapat penghargaan sebagai budaya seni yang begitu tinggi nilainya dan boleh dijadikan
cenderamata kepada sesiapa sahaja sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kita harus
berterima kasih kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah mengilhamkan
serta melancarkan Batik Malaysia: Ciptaan Untuk Dunia. Selain itu, badan bukan kerajaan
(NGO) seperti Yayasan Budi Penyayang Malaysia telah berusaha mengadakan Minggu Batik
Malaysia 2005 untuk berkongsi kegemilangan dan keistimewaan batik Malaysia bersama-
sama masyarakat tempatan dan dunia.

      Buat julung-julung kali, Konvensyen Batik Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 telah
diadakan di negara ini. Konvensyen tersebut telah menampilkan 14 orang pembentang
kertas kerja dari luar negara. Perdana Menteri juga telah memberikan jaminan bahawa
kerajaan akan terus memberikan komitmen dalam menggerakkan industri batik negara.
Komitmen kerajaan ini disebabkan industri batik berpotensi menarik kedatangan pelancong
ke Malaysia sekali gus menyumbang kepada kemajuan industri pelancongan negara. Oleh itu,
pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) dan Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) perlulah bekerja keras untuk mempromosikan
batik agar produk ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pengguna.

      Bagi memastikan industri batik terus berkembang, PKKM telah berusaha meningkatkan
usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) merangkumi pelbagai aspek batik seperti
penggunaan kain baru, penggunaan warna asli, ketahanan basuhan, dan lain-lain. Melalui
Program Pembangunan Usahawan pula, latihan kemahiran tenaga kerja dilaksanakan dengan
matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri batik ini. Di samping itu,
teknologi baru seperti penggunaan mesin dan bantuan komputer untuk menghasilkan batik
yang lebih menarik dan berkualiti diperkenalkan. Selain kerajaan, para pengusaha batik
tempatan juga perlu lebih kreatif dalam menghasilkan batik yang lebih bermutu dan mampu
bersaing dengan batik dari negara-negara lain. Mereka juga perlulah bersedia melabur untuk
meningkatkan pasaran batik ke peringkat global.

     Sudah tiba masanya seni batik Malaysia yang diusahakan secara turun-temurun,
kembali berdaya maju seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini dan terus bertapak di hati
generasi demi generasi sebagai khazanah bangsa yang dibanggakan.
                      Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Memartabatkan Batik Malaysia”
                                        oleh Haji Samat Buang, Dewan Siswa, April 2006)
                                             3



                                  Soalan 2 : Pemahaman
                                       [35 markah]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.


(i)     Berikan maksud rangkai kata memberikan nafas.
                                                                           [2 markah]

(ii)    Nyatakan kesan-kesan daripada langkah mewajibkan kakitangan awam memakai baju
        batik pada setiap hari Khamis.
                                                                            [3 markah]

(iii)    Pada pendapat anda, selain batik apakah produk yang dapat diketengahkan bagi
         mempromosikan Malaysia kepada pelancong tempatan dan asing?
                                                                           [4 markah]
                                            4


Soalan 2(b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.


SAFIAH : Piah mahu dia masuk MCS, jadi ADO.
IBU     : Ya, besar pangkatnya tu! Kenapa dia tak mahu! (Tersentak mendengar bunyi
           teksi di luar). Eh, itu bunyi kereta, agaknya ayah Umar sampai! (Bangkit
           melihat di jendela) Ya, dia datang? (Menoleh melihat Piah, gugup) Eh, Piah,
           kau berseluar begini, apa kata orang tua tu nanti!
SAFIAH : Ah, apa salahnya pakai jeans?
IBU      : Ya, tapi itu bakal ayah mentua kau....
MAJID : (Dari luar) Assalamualaikum!
           (Ibu Safiah sedikit kelam-kabut, buru-buru ke pintu).
IBU    : Ya!... Ah, waalaikumussalam....! Eh, Bang Majid, masukla....! Eh, mana Kak
           Minah?
MAJID : (Masuk) Dia berkirim salam sahaja, tak dapat datang. Ada anak buahnya
           potong jambul, jadi kenalah menolong-nolong.
SAFIAH : (Mara sedikit ke hadapan, kekok dan kaku) Apa khabar, pak cik?
MAJID : Baik-baik sahaja. Bapanya belum balik?
IBU    : Patutnya balik pukul satu nanti, hari ini setengah hari sahaja. Tapi katanya ada
           meeting. Dia berkirim salam.         Petang baru balik.
MAJID : Ini ha, ada kiriman sedikit dari mak ciknya, Piah!
           (Menunjukkan barang-barang itu) Tempoyak ni buat sendiri, durian kebun. Petai
           ni pun baru pagi tadi dipetik. Sayang pokok jering tak begitu baik buahnya.
           Ini beras baru ada sebuntil. (Safiah kekok, tergamam).
IBU    : Eh, ambillah Piah, bawa ke dapur!                  (Di belakang Pak Majid dia
           mengisyaratkan pada anaknya dengan mata, tangan, dan muncung bibir
           supaya cepat-cepat pergi dan bersalin pakaian yang lebih sesuai. Safiah
           kelihatan kekok dan gugup, buru-buru keluar membawa barang-barang
           bawaan Pak Majid).

                                                                        (Dipetik daripada
                                                drama “Serunai Malam” oleh Usman Awang
                                                                dalam antologi Anak Laut,
                                                               Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)    Apakah reaksi ibu Safiah sebaik sahaja kedatangan Pak Majid ke rumahnya?
                                                                                  [2 markah]
(ii)   Sikap tolong-menolong merupakan nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat
       kita.
       Pada pendapat anda, apakah kepentingan nilai tolong-menolong dalam kehidupan?
                                                                                  [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Majid yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
      perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.
                                                                             [4 markah]
                                           5



Soalan 2 (c) Prosa Klasik



Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


      Maka kata Hang Jebat, “Sebenarnyalah seperti kata orang kaya itu, Apatah daya
diperhamba? Sudahlah gerangan rupanya perjanjian diperhamba akan mati dengan nama
yang jahat; tetapi Si Jebat tiada memberi air muka sahabatnya binasa, sehingga mati
sudahlah. Tetapi Si Jebat tiada beranak. Adapun akan sekarang ada seorang perempuan,
dayang-dayang Datuk Bendahara, Dang Baru namanya, perempuan itu bermukah dengan
diperhamba. Sekarang ia bunting tujuh bulan. Adapun jika perempuan itu beranak laki-laki,
ambil oleh orang kaya jadikan pegawai anakanda Tun Nadim. Jika ia perempuan, mana
perintah ibunyalah. Inilah pesan diperhamba pada orang kaya.” Maka kata Laksamana,
“Baiklah.”

      Sudah Hang Jebat berpesan demikian itu, maka Hang Jebat pun fikir dalam hatinya:
“Adapun jika aku bertikam dengan Laksamana ini sama seorang di istana ini, jika aku mati
seorang pun tiada berbela dan namaku pun tiada masyhur. Jika demikian, baiklah aku turun
mengamuk supaya banyak berlaku.”

      Adapun tatkala itu semoga-moga ditutup Allah Taala hati Si Jebat daripada membakar
istana. Jika ia membakar, habislah negeri Melaka itu binasa, Si Jebat tiada terbunuh oleh
Laksamana; itu pun daulat sultan Melaka juga.


                                                                        (Dipetik daripada
                                                         “Pertarungan Tuah dengan Jebat”
                                                                dalam antologi Anak Laut,
                                                              Dewan Bahasa dan Pustaka)



(i)     Berikan maksud memberi air muka?                                      [2 markah]
(ii)    Nyatakan pesanan Hang Jebat kepada Hang Tuah tentang anak yang bakal
        dilahirkan sekiranya dia mati.
                                                                  [3 markah]
(iii)   Pada pendapat anda, mengapakah Hang Tuah bersetuju untuk menunaikan pesanan
        Hang Jebat sekiranya dia mati di tangan Hang Tuah?
                                                                         [3 markah]
                                             6




Soalan 2 (d) Petikan Puisi

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.


                               SYAIR KELEBIHAN ILMU

                      Ilmu itulah gemala sakti,
                      Sinarnya cerah cahaya sejati,
                      Asal puncanya lamun didapati,
                      Sukar bercerai sehingga mati.

                      Harganya tidak dapat dinilaikan,
                      Sebuah dunia belinya bukan,
                      Kuasanya besar sukat digunakan,
                      Di laut di darat di rimba di pekan.

                      Masa seorang ialah taulan,
                      Teman berbeka suluh berjalan,
                      Masa berhimpun ia pengenalan,
                      Hias penyata polan si polan.

                      Bagi yang duka ia penghibur,
                      Ia penerang bagi yang kabur,
                      Ialah kandil di dalam kubur,
                      Lamun dengannya beramal subur.

                      Ia penerang jalan ke syurga,
                      Ia pemuas tekak yang dahaga,
                      Ialah sungai ialah telaga,
                      Laut yang luas ialah juga.

                      Ialah alat sangat berguna,
                      Idaman orang yang bijaksana,
                      Hamparnya luas amat saujana,
                      Tepinya ajal sempadannya fana.


                      Antologi Kerusi,
                      Dewan Bahasa dan Pustaka.


  (i)     Berikan maksud sukar bercerai sehingga mati.                        [2 markah]

  (ii)    Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah jika seseorang itu berilmu? [3 markah]

  (iii)   Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.         [4 markah]
                                           7



                      Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

                                      [30 markah]

                                  Jawab semua soalan.


(a)   Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
      menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
      tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
      perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


      (i)     merebus
      (ii)    menumis
      (iii)   menjerang
      (iv)    menyiarkan
      (v)     mencanangkan
      (vi)    mengisytiharkan

                                                                             [6 markah]


(b)   Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah
      maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.


      Timun menjadi pilihan kebanyakan penggemar ulam-ulaman. Timun mengandungi
      khasiat yang pelbagai. Sayuran ini dikatakan dapat menyejukkan badan. Sayuran ini
      dapat mengatasi masalah sembelit. Bintik-bintik hitam dan jerawat dapat diatasi
      dengan menggunakan parutan timun. Masalah kulit kering juga dapat diatasi dengan
      menggunakan parutan timun.
                                                                            [6 markah]


(c)   Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
      penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
      boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
      penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.


      Golongan pelajar diseru supaya melibatkan diri dalam pasukan uniform bagi
      membantu mereka meningkatkan tahap displin dan menjadikan mereka lebih
      bertanggung jawab di sekolah. Keterlibatan pelajar dalam Skuad Kadet Jabatan Bomba
      dan Penyelamat diyakini mampu membantu pelajar menjadi lebih berwibawa dan
      cermelang pada masa depan. Selain itu, pelajar berpeluang menimba pengalaman
      tentang kerjaya sebagai anggota bomba dan mendalamkan tugas jabatan itu melalui
      latihan teori dan praktikal yang disertai.

                                                                             [6 markah]
                                               8




(d)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
      dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
      Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
      penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatatabahasa. Anda tidak perlu
      menyalin ayat itu semula.


      (i)    Jam mekanikal pertama yang digerakkan oleh pemberat dan gear dicipta oleh
             jurumudi Islam, iaitu Ibn Khalaf al-Muradi di Sepanyol pada kurun ke 11.

      (ii)   Koleksi lagu-lagu Datuk Siti Norhaliza yang diedarkan oleh syarikat rakaman itu
             mendapat sambutan hangat daripada peminat setelah satu setengah bulan
             dilancarkan di pasaran.

      (iii) Sistem pendidikan satu saliran merupakan cara paling terbaik untuk memupuk
            perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

                                                                                   [6 markah]

(e)   Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
      dengan ayat-ayat tersebut.

      (i)    Shaza berkahwin terlebih dahulu daripada kakaknya kerana jodohnya dengan
             pemuda itu telah sampai, sedangkan kakaknya masih belum bertemu dengan
             jejaka yang sesuai.

      (ii)   Rahman sering menasihati anak lelakinya supaya jangan merokok kerana
             perbuatan tersebut tidak elok untuk kesihatan, tetapi dia sendiri selalu menghisap
             rokok apabila berada di rumah.

      (iii) Walaupun banyak negara pernah Wati lawati ketika bertugas sebagai pramugari,
            namun dalam hati beliau tetap mengagumi tanah air sendiri yang jauh lebih baik
            daripada negara asing.

                                                                                    [6 markah]
                                            9




                                    Soalan 4 : Novel

                                      [15 markah]


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

         (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

        (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusof

        (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

       (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

        (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Yussain

       (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

      (vii) Julia karya Abu Hassan Morad

      ( viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj Muhammad


(a)   Pengarang lazimnya mengemukakan beberapa peristiwa yang menyayat hati pembaca.

      Jelaskan dua peristiwa tersebut yang anda temui semasa membaca novel yang anda
      pelajari.
                                                                          [7 markah]

(b)   Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua nilai kemanusiaan
      daripada setiap novel tersebut.
                                                                           [8 markah]


                           KERTAS SOALAN TAMAT

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:150
posted:3/3/2011
language:Malay
pages:9