ALAT UBAH (PENGENALAN)

Document Sample
ALAT UBAH (PENGENALAN) Powered By Docstoc
					PENGUBAH – BAHAGIAN PENGENALAN

   Objektif pengajaran dan pembelajaran:
-   Mengetahui takrifan pengubah.
-   Mengetahui bahagian-bahagian pengubah.
-   Mengetahui prinsip kendalian pengubah.
-   Membuat kiraan menggunakan nisbah
    pengubah.
PENGUBAH
   Sebuah alat yang statik untuk mengubah
    atau memindahkan kuasa elektrik pada
    frekuensi yang sama ke litar lain dengan
    menaikkan atau menurunkan voltan.
BINAAN ASAS PENGUBAH

   Terdiri daripada :   TERAS
i.   Teras
ii. Belitan                   BELITAN
iii. Penutup                 GEGELUNG


 PENUTUP
TERAS
 Berfungsi sebagai
  pelengkap litar magnet
  bagi kedua-dua litar
  magnet yang dihasilkan
  oleh gegelung.
 Diperbuat daripada
  kepingan-kepingan keluli
  silikon yang berlapis
  penebat antara satu sama
  lain bagi mengurangkan
  kehilangan akibat arus
  pusar.
TERAS
 Ketebalan kepingan antara
  0.01cm hingga 0.05cm.
 Keluli silikon digunakan
  kerana ia dapat
  mengurangkan kehilangan
  histerisis dan tahan lasak.
 Bentuk – bentuk teras
  utama ialah:
- Tingkap
- Kelompang
- Bentuk ‘H’
- Jenis Berry
BELITAN GEGELUNG

 Berfungsi sebagai pengeluar kearuhan diri dan
  kearuhan saling.
 Bentuk-bentuk belitan adalah:

- Silinder

- Berasingan

- Sepusat

- berrlapis
BELITAN GEGELUNG
    Terdapat dua jenis belitan gegelung iaitu:
-    Gegelung primer : disambung kepada bekalan
-    Gegelung sekunder : disambung kepada beban



    Gegelung
     Primer                              Gegelung
                                         Sekunder
PRINSIP KENDALIAN PENGUBAH
                   Apabila bekalan arus a.u.
                    diberikan kepada gegelung
                    primer, urat daya magnet akan
                    wujud di sekeliling lilitan
                    primer dan menghasilkan
                    aruhan diri.
                   Urat daya yang terhasil akan
                    berpindah ke lilitan sekunder
                    melalui teras alat ubah untuk
                    menghasilkan aruhan saling
                    pada lilitan sekunder.
                   Apabila keadaan ini berlaku,
                    maka daya gerak elektrik
                    (d.g.e.) akan teraruh pada
                    lilitan sekunder.
NISBAH PENGUBAH


             Untuk pengiraan ini, kita
              menganggap pengubah adalah
              ideal.
            Kuasa masukan = Kuasa keluaran
                         VpIp = VsIs
                     Vp / Vs = Np / Ns
                     Vp / Vs = Is / Ip

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:2727
posted:2/28/2011
language:Malay
pages:9
Description: Ia merupakan bahagian pengenalan mengenai alat ubah (transformer) yang digunakan di dalam pepasangan elektrik