PERLINDUNGAN LITAR ELEKTRIK

Document Sample
PERLINDUNGAN LITAR ELEKTRIK Powered By Docstoc
					PERLINDUNGAN LITAR
Tenaga elektrik sangat merbahaya
 tetapi sangat mustahak di dalam
 kehidupan manusia pada masa kini
Maka perlindungan merupakan satu
 aspek yang penting di dalam
 pemasangan.
 Melindungi nyawa manusia
Melindungi bangunan dan
 harta benda dari kebakaran
Melindungi peralatan elektrik
 dari kerosakan dan kebakaran
 Bertindak pantas
- Bertindak dengan cepat selepas kerosakan dikesan

 Mempunyai pemilihan (selectivity)
- Boleh mengasingkan hanya bahagian yang rosak dan tidak
   mengganggu bahagian yang tidak rosak.

 Mempunyai kepekaan (sensitivity ) yang baik
- Dapat mengesan kerosakan pada peringkat awal walaupu
  perubahan arus, voltan dan lain-lain isyarat adalah kecil.

 Mempunyai keboleharapan (reliability )
- Bekerja apabila dikehendaki sahaja dan tidak bekerja apabila
   tidak diperlukan.
 Arus lebih
 Beban lebih
 Rosak ke bumi
 Bocor ke bumi
 Panahan kilat
 Lampau panas
 Single Phasing
 Arus lebih disini bermaksud nilai arus dalam
  kiloampiar (kA).
 Disebabkan oleh litar pintas antara fasa ke
  fasa, fasa ke neutaral atau fasa ke bumi.
 Arus yang lebih tidak boleh ditanggung oleh
  pemasangan walaupun seketika kerana nilai
  arusnya tersangat tinggi.
 Maka, pemutus litar mestilah bertindak segera
  iaitu dalam masa kurang daripada satu saat.
 Jikalau tidak, pemasangan akan mengalami
  kerosakan dan berlaku kebakaran.
 Alat-alat perlindungan yang digunakan ialah
  pemutus litar udara (ACB),pemutus litar teracu
  (MCCB),fius suis,suis fius,fius dan MCB
  (miniature circuit breaker).
 Beban lebih akan menghasilkan kesan yang sama iaitu arus
  lebih tetapi nilai arus disini tidaklah setinggi seperti arus
  lebih yang disebabkan oleh litar pintas.

 Punca beban lebih adalah beban elektrik (kilowatt atau KVA)
  yang berlebihan daripada yang sepatutnya ditanggung oleh
  sesuatu pemasangan.

 Beban makanikal yang berlebihan juga boleh menyebabkan
  beban lebih elektrik.

 Beban yang lebih tidak berapa tinggi selalunya boleh
  ditanggung oleh pemasangan untuk beberapa ketika,hingga
  beberapa minit bergantung kepada berapa tinggi arus
  tersebut.
 Selalunya kita hadkan arus beban lebih kepada maksima 150
  peratus sahaja daripada arus beban penuhnya untuk tempoh
  masa selama satu saat sahaja.

 Manakala beban lebih banyak sebanyak 120 peratus secara
  berterusan dihadkan selama maksima 5 minit sahaja.

 Alat-alat perlindungan yang digunakan adalah sama seperti
  untuk perlindungan arus lebih iaitu pemutus litar udara
  (ACB),pemutus litar teracu(MCCB),fius suis,suis fius,fius
  dan MCB.
 Rosak kebumi bermaksud telah berlaku sentuhan di
 antara pengalir hidup dengan pengalir bumi atau
 bahagian-bahagian logam yang dibumikan.

 Ini disebabkan sentuhan pengalir hidup dengan bahagian-
 bahagian yang dibumikan iaitu bahagian-bahagian yang
 boleh mengalirkan elektrik terutamanya logam.

 Sentuhan ini ada yang secara terus tanpa bahan penebat
 (direct contact) boleh menyebabkan litar pintas.
 Kerosakan begini menghasilkan arus tinggi (dalam
 kiloampiar).
 Ada juga sentuhan secara tidak terus (indirect
  contact) antara pengalir fasa atau neutral dengan
  pengalir dan ini selalubumi atau bahagian logam yang
  disebabkan oleh penebatan yang telah rosak atau
  lemah.

 Arus kerosakan begini selalunya kecil sama ada dalam
  miliampiar (mA) atau beberapa ampiar(A) sahaja.

 Alat-alat perlindungan yang digunakan ialah
  ACB,MCCB dan RCCB/ELCB.
 Panahan kilat boleh merosakkan pemasangan
  dan peralatan elektrik kerana voltan yang
  tinggi dan percikan api yang kuat.
 Surge diverter atau surge suppressor
  digunakan untuk menyalurkan arus dari
  panahan kilat ke bumi.
 Alatan elektrik akan menghasilkan haba bila beroperasi. Apabila
  tahap kepanasan melebihi daripada tahap normal, haba yang
  terhasil akan merosakkan alatan tersebut dan kemungkinan
  menyebabkan berlaku kebakaran.

 Geganti lampu panas selalunya menggunakan prinsip bi metal
  strip di mana ia akan membengkok bila sampai kepada suhu
  tertentu. Ia selalunya digunakan apabila nilai arus tidak begitu
  tinggi seperti thermal overload relay yang digunakan didalam
  pemula motor.
 Ada juga menggunakan prinsip perubahan rintangan terhadap
  haba. Apabila rintangan berubah arus yang mengalir juga akan
  berubah dan apabila sampai tahap tertentu geganti akan
  bertindak.

 Penggunaan alat perlindungan lampu panas adalah terhad
  kepada peralatan yang banyak mengeluarkan haba serta mahal
  sahaja.Contohnya motor, alatubah yang besar dan janakuasa.
  Single Phasing
 Single phasing bermakna bekalan tiga fasa kehilangan satu
  atau dua fasa.

 Contohnya motor tiga fasa hanya mendapat bekalan dua fasa
  sahaja. Akibatnya ialah sama ada motor tersebut tidak boleh
  hidup atau berjalan dengan tidak sepenuh kuasa bergantung
  kepada beberapa fasa yang tiada bekalan.Sekiranya, litar
  kawalan dan pemula diambil dari fasa yang tiada bekalan
  tentulah motor tidak dapat dihidupkan.

 Alat perlindungan yang digunakan ialah single phasing relay
  yang akan melepaskan penyentuh pemula motor apabila
  keadaan tersebut terjadi.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:806
posted:2/28/2011
language:Malay
pages:15
Description: IA MENERANGKAN TENTANG JENIS -JENIS BAHAYA DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIIK SEPERTI LITAR PINTAS, BEBAN LEBIH DAN SEBAGAINYA