Docstoc

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

Document Sample
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British Powered By Docstoc
					Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

   1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:




         a.   Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
         b.   Kurikuium sekolah berbeza.
         c.   Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
         d.   Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya
              ialah bahasa Mandarin.




   2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor
      Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan
      pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
   3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan
      diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan
      Kampung Gelam.
   4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula
      diperkenalkan. Contohnya,
        i.   King Edward VII, Taiping di Perak dan
       ii.   Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.




        Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah
vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.
        A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah
Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa
dari sesi petang untuk pembelajaran agama.
        Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah
ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-
sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.
        Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan
dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an,
sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China
atau kerajaan tempatan.
       Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam
sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah
diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
       Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun
1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan
mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
       Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh
Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama.
Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari
segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.
       Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah
`monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan
untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an
telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil
daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.
       Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional.
Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk
tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk
menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab
Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih
guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu.
       Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang
pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi
kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta
peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.




Zaman pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada
empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah
Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum
yang berbeza di antara satu sama lain.
Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan




  1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan
     elepas kemerdekaan, iaitu:




       i.   Laporan Barnes (1950)
               a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
               b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan
                  clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
               c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini,
                  iaitu:




                     i.   Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
                    ii.   Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai
                          bahasa pengantar.
                   iii.   Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika
                          terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
                          bahasa ibunda mereka.
                   iv.    Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
                          lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.




               d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya
                  ialah:
                 i.   Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang
                      digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
                ii.   Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan
                      Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana
                      sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan,
                      iaitu bahasa Melayu.

1. Laporan Fenn-Wu (1951)




     1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan
        Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
     2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat
        Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa
        dan budaya orang Cina.
     3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
        kepada Ordinan Pelajaran (1952).
     4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
           a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga
              bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga
              diadakan.
           b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
           c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk
              menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan
              untuk pembangunan negara.




     5. Ordinan Pelajaran (1952)
           a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk
              mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
           b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran
              (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan
              kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
              diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
           c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
           d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi
              kenyataan disebabkan masalah kewangan.
                        Pandangan masyarakat terhadap guru
Sorotan Profesion Perguruan

Pada awal-awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu
dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin
kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada
masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan.



Kaum guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang social dan arena politik. Guru-guru
sekolah Melayu juga meniup, menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan
yang banyak diterbitkan dalam majalah-majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga
menimbulkan kesedaram tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang
ekonomi dan politk, tentang kesedaran maha pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan masa
depan yang lebih cerah.



Kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion
professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain.



Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru sandaran/
sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada.



Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata kasar. Cabaran dalam
Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para pendidik untuk melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini kerana masyarakat kini adalah
masyarakat




                                        Lokasi sekolah
Zaman sebelum merdeka

   sekolah hanya tertumpu dibandar
   Pelajar-pelajar di luar Bandar hanya diajar membaca, mengira dan menulis
    supaya mereka mengikut jejak langkah ibu bap mereka sbg petani.
   sekolah-sekolah diluar Bandar terdiri daripada sekolah melayu sahaja.
   sekolah cina dan inggeris tertumpu di Bandar sahaja
   sekolah tamil kebanyakan di ladang-ladang kerana pd masa itu ramai org
    india bekerja di lading.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:845
posted:2/25/2011
language:Malay
pages:6