Docstoc

amali tanah

Document Sample
amali tanah Powered By Docstoc
					                                                               NAMA: WARDAH BT SHAIK ABDULLAH

                                                               NO.MATRIK: DP00251
Tarikh                  : 16 Disember 2009
                                                               KUMPULAN: 2
Masa                    : 7.40 pagi-9.00 pagi

Tingkatan               : 4 Bestari

Bilangan Pelajar        : 25 orang

Mata Pelajaran          : Sains Pertanian

Tajuk Pengajaran        : Sifat Fizikal Tanah

                        a) Tekstur tanah-Eksperimen mendapan tanah

Pengetahuan Sedia ada   : Pelajaran yang lepas mengenai warna tanah dan juga kelas teori
                        pengenalan kepada tekstur tanah

Objektif Pengajaran     : Di akhir pengajaran pelajar dapat

                        1. Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah
                           mendapan seperti yang telah ditunjukkan di dalam kelas amali.
                        2. Menerangkan cara-cara membaca segi tiga tekstur tanah
                           dengan betul




Isi Pelajaran           : 1. Ciri-ciri tanah

                          2. Kelas tekstur tanah

                          3. Segitiga tekstur tanah

                                  I.      Segitiga tekstur tanah Sistem Atterberg


Nilai-nilai murni       : 1. Bekerjasama

                          2. Sistematik

                          3. Berdisiplin

                          4. Menjaga kebersihan



Media Pengajaran        : silinder penyukat,spatula, kertas turas, penimbang sampel tanah,
Langkah Keselamatan          :

                                 1. Pelajar diminta agar tidak berebut semasa mengambil alat
                                    dan radas.
                                 2. Pelajar perlu memasukkan kerusi ke bawah meja untuk
                                    mengelakkan gangguan semasa amali dijalankan.
                                 3. Pelajar diminta agar tidak membuang lebihan tanah ke
                                    dalam sinki.
                                 4. Bersihkan alatan dan radas selepas menggunakannya.
                                 5. Simpan kembali alatan yang telah digunakan ke tempat asal
                                    dengan baik.



Permulaan/set induksi (5minit): Guru menerangkan secara sepintas lalu tajuk pelajaran lepas
                             yang berkaitan dengan amali pada hari ini.

                              Guru akan menunjukkan beberapa sampel tanah dan
                             memberikannya kepada pelajar untuk mereka merasa dengan
                             tangan (jari).

                             Guru bertanyakan soalan berikut:

                             1. Apakah yang kamu dapat rasa daripada sampel tanah tersebut?
                                Jangkaan jawapan: halus, kasar,

                             2. Pada pendapat kamu apakah jenis tekstur tanah tersebut?
                                Jangkaan jawapan: pasir/liat

                             3. Bagaimana lagi caranya untuk kita mengenalpasti tekstur
                                tanah?
                                Jangkaan jawapan: kaedah mendapan


                             Guru menyatakan bahawa pada hari ini, pelajar akan menajalankan
                             amali untuk menentukan tekstur tanah dengan menggunakan
                             kaedah mendapan.
LANGKAH PENYAMPAIAN

LANGKAH       ISI PELAJARAN                                   AKTIVITI ATAU KAEDAH
     1        KELAS TEKSTUR TANAH
( 6 MINIT)        1. Satu kumpulan tanah yang mempunyai       Guru menerangkan sedikit mengenai
                     sifat kasar dan halus yang disebabkan    kelas tekstur tanah di mana ia berkaitan
                     oleh kehadiran pasir, kelodak dan liat   dengan amali pada hari ini untuk
                     mengikut peratusan tertentu              memudahkan pelajar untuk memahami
                                                              tujuan amali ini.
                   2. Ditentukan dalam makmal melalui cara
                      mendapan.                               Guru mencatatkan sedikit nota pada
                                                              papan putih.

                                                              Guru mengedarkan lembaran prosedur
                                                              amali pada hari ini.
     2        MENENTUKAN TEKSTUR TANAH                        Guru memulakan amali dengan
 (12 minit)   DENGAN KAEDAH MENDAPAN.                         menerangkan langkah-langkah
                                                              keselamatan kepada pelajar.
                 i.   Alat/radas
                                                              Guru menerangkan alatan dan radas
                      a) Silinder penyukat                    yang diperlukan semasa menjalan
                      b) Corong turas                         amali ini.
                      c) Spatula
                      d) Penimbang                            Guru bertanyakan soalan berikut:
                      e) Pembaris                                1. Siapa boleh berikan nama alat
                                                                    yang cikgu tunjukkan di
               ii.    Bahan                                         hadapan?
                                                                 2. Apakah kegunaan alat tersebut?
                      a) sampel tanah
                      b) air
                                                              Guru member arahan kepada pelajar
                                                              membahagikan kepada 3 kumpulan
               iii.   Langkah-langkah                         untuk menjalankan amali ini.

                      1) Masukkan 50g tanah ke dalam silinder Guru menerangkan langkah-langkah
                      penyukat dengan menggunakan corong       untuk menjalankan amali ini.
                      turas
                      2) Isikan air ke dalam silinder penyukat
                      sehingga tiga per empat penuh
                      3) Tutup mulut silinder penyukat dengan
                      tapak tangan dan goncang campuran
                      perlahan-lahan sehingga kumin tanah
                      terpisah.
                      4) Letakkan silinder penyukat di atas
                      meja semalaman (24jam) tanpa
                      gangguan.
                 5) Ukur ketinggian setiap pisahan tanah
                 yang mendap dan juga ketinggian
                 keseluruhan pisahan tanah.catatkan ke
                 dalam jadual.
                 6) Hitung peratusan pisahan tanah.
                 7) Tentukan kelas tekstur tanah dengan
                 menggunakan segitiga tekstur tanah
                 system Atterberg.




                                                           Guru menyoal samaada pelajar faham
                                                           atau tidak langkah-llangkah yang telah
                                                           diterangkan.

    3                                                      Pelajar diminta untuk mengambil alat
(3 minit)                                                  dan bahan yang telah disediakan

    4                                                      Pelajar menjalankan amali seperti mana
(15 minit)                                                 yang telah diterangkan oleh guru.

                                                           Guru memerhatikan setiap langkah
                                                           yang dijalankan oleh pelajar untuk
                                                           memastikan pelajar tidak melakukan
                                                           kesilapan.

                                                           Guru menekankan tentang kekemasan
                                                           kerja dan pentingnya menjaga
                                                           kebersihan makmal.


   5         PISAHAN      KETINGGI       PERATUS           Setelah siap, guru meminta pelajar
(12minit)                 AN (cm)                          untuk kembali ke tempat masing-
             PASIR                                         masing untuk menerangkan cara-cara
             KELODAK                                       untuk mengukur dan mencatatkan
             TANAH                                         bacaan ketinggian setiap lapisan tanah.
             LIAT
                                                           Oleh kerana keputusan eksperimen
                                                           hanya akan diperolehi dalam masa
                                                           24jam, jadi guru telah menyiapkan
                                                           beberapa sampel untuk memudahkan
                                                           pelajar belajar membuat ukuran.

                                                           Guru menunjukkan sampel amali yang
                                                          telah siap untuk pelajar membuat
                                                          ukuran.
                                                          Pelajar perlu mencatatkan setiap
                                                          ukuran ke dalam jadual yang
                                                          ditunjukkan seperti dalam lembaran
                                                          arahan kerja




                                                          Guru melukis gambarajah pisahan
                                                          tanah di papan putih.

                                                          Guru menulis rumus untuk mengira
                                                          peratusan pisahan tanah dipapan putih.




    6        SEGITIGA TEKSTUR TANAH SISTEM                Guru kemudian menerangkan cara-cara
(15 minit)   ATTERBERG                                    untuk menggunakan carta segitiga
                                                          tekstur tanah.

                                                          Guru menyoal sama ada pelajar faham
                                                          atau tidak.

                                                          Kemudian pelajar diminta untuk
                                                          mengukur ketinggian lapisan dengan
                                                          menggunakan sampel guru dan
                                                          menentukan tekstur tanah dengan
                                                          menggunakan segitiga tekstur tanah
                                                          system Atterberg.

                                                          Guru menyoal keputusan yang pelajar
                                                          perolehi daripada bacaan mereka.

                                                          Guru menyoal :
                                                              Adakah jenis tekstur tanah yang
                                                                kamu perolehi sesuai untuk
                                                                digunakan dalam pertanian?
                                                                Mengapa?
Kesimpulan   Guru merumuskan bahawa tekstur tanah dapat
 (4minit)    ditentukan dengan menggunakan kaedah
             mendapan dan segitiga tekstur tanah.
             Terdapat cara yang betul dalam penggunaan
              segitiga tekstur tanah, iaitu dengan mengikut
              arah pusingan jam.
 Penilaian    Guru bertanyakan soalan berikut secara lisan:
 (8minit)         1. Apakah arah untuk memulakan bacaan
                      pada segitiga tekstur tanah?
                  2. Mengapakah pasir mendap terlebih
                      dahulu daripada yang lain?
                  3. Bagaimanakah penentuan tekstur tanah
                      ini dapat membantu dalam aktiviti
                      pertanian.
                  4. Apakah jenis tekstur tanah yang sesuai
                      untuk tanaman.


Tugasan : Guru memberikan beberapa soalan untuk pelajar siapkan di rumah dan dimasukkan
          sebagai perbincangan dalam laporan amali yang akan dihantar oleh pelajar nanti.

         Soalan berikut adalah:

         1) Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
         2) Apakah ralat-ralat yang mungkin berlaku?
TAJUK: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN



ALAT/RADAS:

              1.   Silinder penyukat
              2.   Corong turas
              3.   Spatula
              4.   Penimbang

BAHAN:

              1. Tanah
              2. Air



LANGKAH-LANGKAH:

  1) Masukkan 50g tanah ke dalam silinder penyukat dengan menggunakan corong
     turas
     2) Isikan air ke dalam silinder penyukat sehingga tiga per empat penuh
     3) Tutup mulut silinder penyukat dengan tapak tangan dan goncang campuran
     perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
     4) Letakkan silinder penyukat di atas meja semalaman (24jam) tanpa gangguan.
     5) Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap dan juga ketinggian
     keseluruhan pisahan tanah.catatkan ke dalam jadual.
     6) Hitung peratusan pisahan tanah.
     7) Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segitiga tekstur tanah
     system Atterberg.



KEPUTUSAN: Ketinggian Keseluruhan pisahan…………cm
PISAHAN                  KETINGGIAN (cm)      PERATUS
PASIR
KELODAK
TANAH LIAT



             SEGITIGA TEKSTUR TANAH SISTEM ATTERBERG

				
DOCUMENT INFO
Categories:
Tags: GURU Guru
Stats:
views:440
posted:2/19/2011
language:Malay
pages:8