kontrak sosial

Document Sample
kontrak sosial Powered By Docstoc
					PENGENALAN

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia
adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara
kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan
kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya
dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang
Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu
menuntut supaya mereka diberikan kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-
kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang
mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka
kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]

APA ITU KONTRAK SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes
dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di
mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang
bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu
institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.[3]

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat
tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi
syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula
boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu
bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang
(perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan
kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai
sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan
dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini
sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain,
kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah
yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial
yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi
juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu
dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7]
Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei
1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN



Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di
Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja
dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8]
Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan
memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu (yang lain).[9]

Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan
Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-
bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi
seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa
Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat
bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi
sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan
yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu.” [10]

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting
yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap
elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga
kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.[11]
Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian
di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed
Suffian:[12]

“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada
orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini
hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga
dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu”

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan
memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti
yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri
utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang
dipersetujui oleh semua pihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah.
Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan
kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang
mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan
keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

   1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka
diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu
merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi
survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap
sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi
negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk
menerima penasihat British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja
diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi
berparlimen dan kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara
Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti
negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik.
Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan
sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.[16]

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah
Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah
menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama
daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.[19]

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak
seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan
di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh
Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan
sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-
undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran
mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.[21]

Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya
orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang
mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim.
Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan
kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak
boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]
Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa
Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau
Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan
memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan
juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat
asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat
istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum
sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa
dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di
Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu
atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin
kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara
153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri
atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,
agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh
kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk
orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah
kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang
Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk
menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah
dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai
jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan
mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang
seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai
permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit
dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang
memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang
melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24]
Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang
bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai
sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.[25]

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan
layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan
untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di
tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi,
pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan
menjelang kemerdekaan.[26]

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan
sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia
menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan
agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak
untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-
hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.[28]

3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya
berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”[29]

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh
dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi
tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub
dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua
entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi
dan menjaga agama Islam.[31]

Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang
lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan
bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan
oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi.
Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang
membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama
Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada
kepercayaan kaum lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap
kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan
dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau
menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk
mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan
dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan
wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas
disahkan oleh Perkara 12(2).

4. BAHASA MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.
Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan
disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan
bahasa pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan
dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara
kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar
saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak
menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau
bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan
sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa
Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”[33]

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa
lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi
maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak
mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah
negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi
bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.[34]



[1] Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan
Kewarganegaraan“, Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 151

[2] Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189

[3] Ibid.

[4] Lihat dalam Kamus Dewan

[5] Ibid.

[6] Ibid.

[7] Mohamed Jauhar Hassan, “Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks
Masyarakat Yang Berubah” dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.)
(1996), Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal. 147-148

[8] Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam
Perlembagaan Malaysia“, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada
17 dan 18 Ogos 1995

[9] YAM Sultan Azlan Shah, “The Role of Constitutional Rulers in Malaysia” dalam The
Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.)
(1998), Singapura : Oxford University Press, hal. 78

[10] Malaya Merdeka, 26 April 1956
[11] Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd.
Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24

[12] Ibid, hal. 251

[13] Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal
Negara” dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November 1996

[14] Lihat misalnya dalam kes Mighell lwn Sultan Johor [1894] 1 QBD 149

[15] Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Pustaka, hal. 39

[16] Abdul Aziz Bari, “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja” dalam
Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999), Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 43

[17] Perkara 39 dan 40

[18] Perkara 41

[19] Perkara 44

[20] Perkara 159(5)

[21] Perkara 38(4)

[22] Perkara 18(1) yang asal, yang memberi imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992.
Akibat pindaan ini, raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan
dalam Mahkamah Khas. Lihat juga Perkara 182 dan 183

[23] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit., hal. 181

[24] Salleh Abbas, op. cit., hal. 54

[25] Ibid.

[26] Nazaruddin Hj Mohd Jali, op. cit.

[27] Salleh Abbas, op. cit., hal. 55

[28] Ibid.

[29] Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
[30] Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development
1957-1977, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka, hal. 3

[31] Ahmad Ibrahim 1987), “Islam and Constitutions” dalam Kertas Kerja Persidangan The
Malaysia After 30 Years, Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

[32] Perkara 12(2)

[33] Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957

[34] Salleh Abbas, op.cit., hal. 52

PENGENALAN

Negara kita merupakan negara yang terdapat pelbagai kaum atau etnik yang hidup harmoni. Ia
adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang etnik namun konflik antara
kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah sehingga menghancurkan negara.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan
kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya
dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang
Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu
menuntut             supaya            mereka              diberikan              kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan oleh sikap kaum-
kaum yang ada di tanah Melayu tetap hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris yang
mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang ekonomi. Ini menyebabkan mereka
kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang perbezaan dan menjejaskan perpaduan.[1]

APA                        ITU                      KONTRAK                           SOSIAL?

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes
dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di
mana setiap individu itu bersetuju kepadanya.[2] Kontrak ini bererti individu-individu yang
bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu
institusi        bersama          yang           berkuasa         dan           berdaulat.[3]

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat
tertentu antara dua pihak atau lebih.[4] Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi
syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak.[5] Sosial pula
boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan
kemasyarakatan.[6] Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu
bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang
(perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan
kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai
sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan
dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini
sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain,
kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah
yang     mentakrifkan    negara    kita  dan    seterusnya   menentukan     sifat    negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial
yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi
juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu
dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini.[7]
Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei
1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

ELEMEN-ELEMEN             KONTRAK          SOSIAL        MENURUT          PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di
Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja
dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.[8]
Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan
memberi       sesuatu    dan     kembali      mendapat       sesuatu     (yang      lain).[9]

Ini      seperti      yang       ditegaskan       oleh      Tunku        Abdul        Rahman:

“Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan
Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-
bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti
yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam
perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang
bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-
hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang
Melayu                dengan                  bukan              Melayu.”              [10]

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting
yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap
elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga
kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum.[11]
Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian
di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed
Suffian:[12]

“Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada
orang-orang bukan Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara
ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga
dipersetujui          oleh            pemimpin-pemimpin              bukan            Melayu”

Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan
memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti
yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri
utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang
dipersetujui                     oleh                     semua                     pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah.
Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan
kebudayaan.[13] Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang
mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan
keistimewaan             mereka.               Di              antaranya                 ialah:

1. KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka
diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu
merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi
survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap
sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi
negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk
menerima                                 penasihat                                British.

Apabila akhirnya kemerdekaan diberikan kepeda Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja
diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi
berparlimen dan kemerdekaan.[15] Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara
Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti
negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik.
Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan
sistem     beraja     dengan     sendirinya    menekankan       ciri-ciri  kemelayuan.[16]

Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah
Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah
menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.[17] Baginda juga adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan[18] dan merupakan salah satu unsur utama
daripada tiga unsur utama badan perundangan persekutuan iaitu parlimen.[19]

Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak
seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan
di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh
Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan
berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan
sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-
undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran
mereka        boleh    diluluskan      tanpa     persetujuan         Majlis      Raja-Raja.[21]
Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ianya
orang Islam. Yang Di pertuan Agong (yang dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu) yang
mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan juga adalah seorang Melayu dan Muslim.
Perbincangan tentang pemerintahan berja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan
kekebalan (imunity) raja. Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak
boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.[22]

Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang melambangkan kuasa
Islam. Pada masa ini Perkara 3(2) merujuk kepada tiap-tiap negeri dalam persekutuan, Raja atau
Sultan adalah ketua agama Islam kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

1.           HAK              KEISTIMEWAAN                    ORANG                MELAYU

Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan
memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan-peruntukan berkaitan
juga terdapat di bawah Perkara 161(A) dan dalam beberapa perlembagaan negeri.[23]

Di sisi undang-undang perlembagaan, erti ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat
asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat
istiadat Melayu (Perkara 160). Dengan hanya mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum
sempurna lagi ke Melayuan seseorang itu di sisi Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa
dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di
Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu
atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, perlu kini kita amati Perkara 153 yang menjamin
kedudukan istimewa orang Melayu yang bumiputera yang termaktub di bawah klausa (2) Perkara
153. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri
atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,
agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh
kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan. Peruntukan Perkara 153 adalah seperti berikut;

Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang
Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah
kaum-kaum           lain       mengikut          peruntukan       perkara         ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan
Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-
tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-
apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang
Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang
difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain
daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain
keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang
diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang
di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan,
dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan
Perkara                                                                                    ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang
memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang
melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24]
Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang
bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai
sebahagian        daripada       kedudukan         istimewa       orang       Melayu.[25]

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan
layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan
untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di
tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi,
pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan
menjelang                                                              kemerdekaan.[26]

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak.[27] Ia diseimbangkan dengan kepentingan
sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia
menurut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan
agama masing-masing, hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak
untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-
hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.[28]

1.       KEDUDUKAN                ISLAM           SEBAGAI            AGAMA            RASMI

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya
berkait rapat dengan kepercayaan dan iktikad majoroti penduduk (orang Melayu) di Malaysia.

Dalam                  Perlembagaan                   Persekutuan                  dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan    aman    dan     damai     di    mana-mana     bahagian    Persekutuan”[29]

Menurut Tun Salleh Abbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh
dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan.[30] Maka adalah menjadi
tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub
dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua
entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi
dan                        menjaga                      agama                      Islam.[31]
Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang
lazim    bertutur  bahasa    Melayu      dan    mengamalkan      adat   istiadat   Melayu.

Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan
bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan
oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi.
Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang
membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama
Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada
kepercayaan                                  kaum                                   lain.

Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap
kumpulan            agama         juga          mempunyai          hak          untuk:

a)          Menguruskan              hal          ehwal            agamanya             sendiri

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan

c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan
dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau
menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk
mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.[32] Oleh itu, kerajaan persekutuan
dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan
wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya. Peruntukan seumpama itu jelas
disahkan                      oleh                       Perkara                         12(2).

1.                                   BAHASA                                         MELAYU

Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.
Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan
disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan
bahasa                                                                       pertuturannya.

Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan
dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara
kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya
nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut
apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa
lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan
eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil
hendaklah         digalak       dan       dipelihara,     mereka        bersetuju”[33]

Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa
lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan
melalui                  undang-undang                   oleh                   Parlimen:

Dengan                                    syarat                                   bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud
rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak
mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa         mana-mana        kaum         lain       di       dalam        Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah
negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi
bahasa        pengantar        negara        ini       sejak       dahulu        lagi.[34]

[1] Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan Kewarganegaraan“,
Petaling         Jaya             :         Prentice         Hall,         hal.        151

[2] Syed Ahmad Hussein(1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189

[3]                                                                                   Ibid.

[4]               Lihat                dalam                 Kamus                  Dewan

[5]                                                                                   Ibid.

[6]                                                                                   Ibid.

[7] Mohamed Jauhar Hassan, “Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat
Yang Berubah” dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.) (1996),
Kuala      Lumpur        :      Institut      Kajian      Dasar,     hal.     147-148

[8] Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), “Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam
Perlembagaan Malaysia“, dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada
17                 dan                  18                   Ogos                  1995
[9] YAM Sultan Azlan Shah, “The Role of Constitutional Rulers in Malaysia” dalam The
Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.)
(1998),       Singapura        :      Oxford        University      Press,      hal.      78

[10]            Malaya                   Merdeka,               26                   April              1956

[11] Mohamed Suffian Hashim (1984), Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff
dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24

[12]                             Ibid,                               hal.                                251

[13] Abdul Aziz Bari, “Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal Negara”
dalam      Kongres       Sejarah     Malaysia      II,     26-28      November        1996

[14] Lihat misalnya dalam kes Mighell lwn Sultan Johor [1894] 1 QBD 149

[15] Salleh Abbas (1997), Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur :
Dewan                 Bahasa                 Pustaka,               hal.              39

[16] Abdul Aziz Bari, “Institusi Ketua Negara, Ketua Negeri dan Majlis Raja-Raja” dalam
Perkembangan Undang-Undang Persekutuan Malaysia, Ahmad Ibrahim et.al (1999), Kuala
Lumpur         :          Dewan          Bahasa         Pustaka,         hal.        43

[17]                   Perkara                       39                            dan                    40

[18]                                             Perkara                                                  41

[19]                                             Perkara                                                  44

[20]                                          Perkara                                                  159(5)

[21]                                           Perkara                                                  38(4)

[22] Perkara 18(1) yang asal, yang memberi imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992.
Akibat pindaan ini, raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan
dalam      Mahkamah         Khas.     Lihat     juga       Perkara       182      dan      183

[23]      Nazaruddin        Hj            Mohd          Jali,        op.           cit.,        hal.     181

[24]          Salleh              Abbas,             op.               cit.,                 hal.         54

[25]                                                                                                    Ibid.

[26]          Nazaruddin                 Hj         Mohd                   Jali,             op.          cit.

[27]          Salleh              Abbas,             op.               cit.,                 hal.         55
[28]                                                                                 Ibid.

[29]              Perkara              3(1)             Perlembagaan           Persekutuan

[30] Salleh Abbas (1986), Traditional Element of Malaysia Constitutions : Its Development
1957-1977,     Kuala      Lumpur       :    Dewan      Bahasa      Pustaka,     hal.    3

[31] Ahmad Ibrahim 1987), “Islam and Constitutions” dalam Kertas Kerja Persidangan The
Malaysia After 30 Years, Kuala Lumpur : Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya

[32]                                          Perkara                                12(2)

[33]     Perbahasan         Majlis    Perundangan       Persekutuan,   10   Julai    1957

[34] Salleh Abbas, op.cit., hal. 52

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:565
posted:2/19/2011
language:Malay
pages:17