mesyuarat

Document Sample
mesyuarat Powered By Docstoc
					         MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIK KALI PERTAMA 2010

Tarikh       :       8 Januari 2010
Masa         :       10.00 pagi
Tempat       :       Bilik Guru Aras 1

Kehadiran    :       Pn Haslina Mohd Ali          (Ketua Bidang Sains & Matematik)
                     Pn R.Yusliana Ramli          (Ketua Panitia Fizik)
                     Cik Siti Nadiah Jamaludin


0.0   Kata Aluan Pengerusi

      0.1    Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Pn Haslina Bt Mohd Ali dan ahli
             panitia yang lain.
      0.2    Pengerusi memperkenalkan setiausaha panitia yang baru, Cik Siti Nadiah
             Jamaludin.

1.0   Perancangan Strategik Akademik

      1.1    Pengerusi mengingatkan ahli panitia supaya peka terhadap sasaran
             tahunan dengan membuat kelas tambahan, bengkel dan kelas klinikal
             untuk pelajar tingkatan 5.
      1.2    Ahli panitia diingatkan supaya menghabiskan silibus mata pelajaran untuk
             pelajar tingkatan 5 selewat-lewatnya pada bulan Julai supaya pelajar dapat
             meluangkan masa selama kira-kira 3 minggu untuk mengulangkaji
             sebelum peperiksaan percubaan.
      1.3    Panitia diminta untuk menyiapkan senarai head-count pelajar dan post-
             mortem SPM setelah keputusan SPM diumumkan.

                      Tindakan : Puan R. Yusliana dan Cik Siti Nadiah


2.0   Hal-hal lain

      2.1    Pengerusi mengarahkan pencerapan buku latihan pelajar tingkatan 4 dan 5
             untuk memantau perkembangan nota dan latihan pelajar sepanjang tahun.

                      Tindakan : Puan R.Yusliana dan Cik Siti Nadiah

      2.2    Pn Haslina Mohd Ali meminta jasa baik guru untuk mengemaskinikan fail
             panitia dengan minit-minit mesyuarat yang lalu, keputusan akhir tahun
             pelajar Tingkatan 4 2009, TOV bagi Tingkatan 5 2010, carta organisasi
             panitia 2010, jadual waktu pengajaran dan pembelajaran serta jadual
             penggunaan makmal Fizik 1 dan 2.

                                 Tindakan : Cik Siti Nadiah

                                         1
       2.3    Pengerusi memaklumkan yang kelas Hikmah Fizik pada tahun ini akan
              tertumpu pada Tingkatan 5. Kelas-kelas ini akan dijalankan untuk
              mengulangkaji topik Tingkatan 4.

                       Tindakan : Puan R.Yusliana dan Cik Siti Nadiah

       2.4    Ahli panitia diminta untuk mengemaskinikan rekod profil peribadi terkini
              dan maklumat diri di dalam fail panitia dan juga di dalam buku rekod
              pengajaran

                     Tindakan : Puan R. Yusliana dan Cik Siti Nadiah

       2.5    Pengerusi mengingatkan ahli panitia berkenaan penggunaan bilik khas
              seperti bilik kuliah yang boleh digunakan untuk gabungan dua kelas atau
              lebih untuk menjimatkan kos bil dengan menempah dahulu bilik tersebut
              sebelum menggunanya. Beliau juga mengingatkan mengenai sikap
              mengamalkan kebersihan para pelajar semasa dan selepas menggunakan
              bilik khas tersebut.

                     Tindakan : Puan R. Yusliana dan Cik Siti Nadiah

       2.6    Puan Haslina Bt Mohd Ali mengingatkan ahli panitia untuk mendaftarkan
              penggunaan duit panitia dalam segi pembelian apa-apa alatan di dalam
              inventori panitia.

                      Tindakan : Puan R. Yusliana dan Cik Siti Nadiah


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.


Disediakan oleh :


(CIK SITI NADIAH JAMALUDIN)




                                          2

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:49
posted:2/17/2011
language:Malay
pages:2