Forbidden City by ramsaerobic

VIEWS: 19 PAGES: 5

									              Forbidden City
Terletak di tengah-tengah Beijing, Istana Maharaja
(Imperial Palace) menjadi kediaman maharaja-
maharaja untuk selama hampir 500 tahun dari kurun
ke 15 hingga ke 20. Ia merupakan simbolik kekuasaan
maharaja China. Lebih dikenali sebagai Kota
Larangan (Forbidden City), dibina dari 1406-1420, ia
digunakan semasa pemerintahan Dinasti Ming
sehingga penghujung Dinasti Qing. Kebanyakan
bangunan di kompleks telah dibaikpulih dan dibina
semula dengan mengekalkan bentuk asal.
Kompleks istana ini mempunyai 980 buah bangunan yang
masih utuh dengan 8,707 bilik yang merangkumi keluasan
720,000 meter persegi. Kota Larangan diisytiharkan
sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987 dan
disenaraikan oleh UNESCO sebagai struktur kayu
terpelihara tertua di dunia dimana ia dilindungi dinding
setinggi 10 kaki tinggi yang mempunyai 4 menara kawalan
dan dikelilingi parit dalam. Dinding tersebut mempunyai 4
pintu gerbang besar, dimana tiap-tiap satu dengan 3
bukaan dan sebuah pavilion besar.
Pelan susunatur Kota Larangan adalah berdasarkan
Diagram Alam Semesta Kosmik Cina yang
menitikberatkan paksi utara-selatan dan paksi timur-barat.
Bangunan-bangunannya melambangkan contoh senibina
cina tradisional yang terbesar dan masih terpelihara hingga
ke hari ini. Pelan susunatur keseluruhan ialah terpusat ke
arah 3 Dewan Utama iaitu The Hall of Supreme Harmony
(Taihedian), The Hall of Middle Harmony (Zhonghedian)
and The Hall of Preserving Harmony (Baohedian).
Upacara negara dilangsungkan di Laman Luar (Outer
Court- Wai Chao). Di sini, maharaja bertitah dari
singgahsana, menganjurkan sessi persidangan dengan
para menteri, mengeluarkan perutusan maharaja dan
melancarkan ekspidisi ketenteraan. Laman Luar juga
merupakan tapak penting untuk upacara perlantikan
maharaja baru, keputeraan dan perkahwinan. Laman
dalam (The Inner Court- Nei Ting) merupakan kawasan
kediaman maharaja dan keluarga serta tempat maharaja
melaksanakan rutin hubungan negeri.
Kota Larangan menjadi saksi kepada sejarah negara
China. Hari ini, Kota Larangan menjadi muzium seni cina
tertua di dunia. Istana dan dewan dipenuhi artifak seni dan
budaya, termasuk cenderamata negara, perabot dan
barang peribadi maharaja.

								
To top