Kuliah Maghrib 10 june 
Kuliah Maghrib Tarikh: 10 June 14, 2008 Masjid : Masjid Kampung Rawa
Alhamdulillah, saya dapat menghadiri kuliah maghrib pada hari selasa. Beliau telah membicarakan tafsir Al-Quran surah Ash-Sharh. Yang Bermaksud [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? [5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, [6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguhsungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), [8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Surah ini dinamakan Surah Ash-sharh. Ia bermaksud surah kelapangan. Diriwaytakan is adalah surah kelapangan dan diturunkan apabila Nabi berasa sugul. Ramai orang tidak percaya akan cerita nabi yang baru turun dari peristiwa Israk dan mikraj. Surah ini ditujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mengikut sejarah dan kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah menghadapai cabaran yang agak getir dan amatlah susah perjuangannya pada mulanya.
Dalam Surah Al-Anam ayat 92 yang bermaksud: Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. Kita haruslah mengikut panduan Al-Quran . Untuk mendapat hak kecintaan Allah, kita hendaklah mengikut Rasul. Rasulullah susah hati kerana cerita Israk Mikraj tidak diterima oleh orang ramai. Keingkaran manusia begitu dahsyat sekali. Orang kaya disanjung, orang miskin pula di hina. Di dalam perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W , Rasulullah menghadapi kesukaran semenjak kecil lagi. Bapanya meninggal dunia ketika beliau di dalam rahim ibunya lagi. Dan kedua ibu-bapanya tidak meningalkan harta pun kepada beliau. Beliau mempunyai harta hanya beliau berkahwin dengan Siti Khadijah. Beliau memperjuangkan agama islam yang tinggi, mulia, dihormati dan disegani. Hendaklah kita mengikut perintah Allah S.W.T, jika tidak agama Islam yang menjadi malu. Ingatlah agama islam merupakan agama yang sempurna. Imam Shafiie berpesan: “Orang yang menuntut ilmu, ilmu tidak cantik jika tidak dihiasi denagn 3 perkara iaitu: 1. Ikut Sunnah Nabi 2. Takut kepada Allah S.W.T 3. Jadi orang bertakwa.
Seorang Ulamak harus mempuyai ciri2 berikut: 1. Takwa 2. Sifat malu 3. Berbudi pekerti
Mengikut Ibnu Abas, Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke atas mengetahui kebesaran Allah S.W.T. Tidak ada Nabi yang mendapat keistimewaan ini seperti Nabi lain. Rasulullah S.A.W dapat melihat kebesaran Allah S.W.T setelah Nabi Muhammad S.A.W merasa sugul. Nabi Muhammad S.A.W tak boleh tolong di
akhirat jika kita engkar perintah Allah . Kata nabi “ Aku tak bertanggungjawab atas amalmu dan kamu tak bertangungjawab atas amalku”. Usahlah kita mendabik dada dengan perkara yang kita amalkan. Setiap orang ada darjat keimanan. Jangan lah iman kita jadi macam pasaran saham. Ada naik dan turun. Iman mestilah sentiasa ada di dalam hati kita. Kita hendaklah taat kepada perintah Allah S.W.T dan takut kepada Allah S.W.T. Kita kena ada sentiasa ada perasaan takut kepada Allah S.W.T dalam kehidupan seharian kita.. Ingatlah tugas Nabi adalah membawa peringatan dan kebenaran. Jika kita ikut ajaran dan peringatannya, nescaya kita akan memasuki syura. Jika kita engkar, kita pasti akan dihimpinkan ke dalam neraka. Rasulullah S.A.W sedih apabila umatnya masuk neraka. Allah murka jika peringatannya di engkarkan. Ingatlah Allah melihat apa yang kita kerjakan. Semasa peristiwa Israk Mikraj, Nabi menaiki kenderaan istimewa untuk diangkat ke langit. Ia begitu istimewa sekali kenderaanya. Allah sentiasa beri kefahaman kepada Rasulullah S.A.W apabila ditimpakan kesusahan. Allah menurunkan wahyu apabila ditimpa kesukaran. Semasa Perang Badar, Nabi berdoa agar diberi pertolongan. Turunlah malaikat membantu orang Islam ketika itu. Kita seharusnya bertuah kerana kita adalah Ummat Nabi Muhammad S.A.W. Allah memberi akal yang sihat kepada Rasulullah S.A.W. Allah bagi keyakinan yang tinggi kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dan ingatlah nabi adalah penghulu segala Rasul. Kita harus betuah , kita berada di bawah Ummat Muhammad yang begitu penuh dengan Rahmat Allah S.W.T. Wassalam.