Docstoc
EXCLUSIVE OFFER FOR DOCSTOC USERS
Try the all-new QuickBooks Online for FREE.  No credit card required.

T2 ERT _13_ - REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

Document Sample
T2 ERT _13_ - REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK Powered By Docstoc
					REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
1.1 FAKTOR REKA BENTUK
1.1.1 Faktor Utama Reka Bentuk
Fungsi-menyelesaikan masalah serta memahami tujuan produk itu dibuat
Reka Bentuk-produk menarik,mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang tinggi
Kesesuaian bahan-sesuai dengan pengguna,mudah didapati,kos tidak mahal dan selamat
digunakan
Kaedah pembinaan-mudah dihasilkan serta tidak melibatkan proses pembuatan yang terlalu
rumit
Ketahanan-mempunyai ketahanan yang tinggi dan menepatifungsi pembuatan.Ketahanannya
bergantung kepada saiz dan berat,penyimpan,bahan yang digunakan serta aspek mudah alih
Kos-dikawal oleh kos bahan dan kos pengeluaran semasa pembinaannya.Kuantiti yang sedikit
atau yang banyak menghasilkan perbezaan dalam kos pengeluaran
Kemasan-sesuai dengan bahan dan tujuan penggunaan produk,dipilih perlu mesra pengguna dan
selamat kepada pengguna
Keselamatan-selamat kepada pengguna,faktor keselamatan perlu diambil perhatian
Nilai Komersial-mempunyai nilai komersial dan dapat bersaing dengan produk yang sedia ada
di pasaran
Penyenggaraan-tahan lama dan kurang masalah.Penyenggaraan dan baik pulih perlu mudah dan
menjimatkan
Mesra Alam-produk hendak mesra alam

1.2 JENIS BAHAN DAN PENGIKAT
1.2.1 Saiz,Sifat dan Kesesuaian Pengguna Bahan
Bahan Logam
Aluminium-logam bukan ferus,dihasilkan daripada bijih bauksit
Kegunaan-digunakan dengan meluas sebagai kabel elektrik
        -pembuatan produk dalam industri pembinaan
        -pembuatan kapal terbang,kenderaan,mesin dan peralatan rumah
KEKUATAN                                  KELEMAHAN
·pengaliran elektrik dan haba yang baik   ·tidak tahan lasak
·ringan dan tahan karat
·lembut,mudah dipotong dan dibentuk

Keluli Lembut(mild steel)-logam ferus mengandungi besi dan mudah berkarat,diperoleh dalam
bentuk bar,tiub dan kepingan
Kegunaan-industri pembuatan dan pembinaan
         -industri kejuruteraan
         -pembuatan mesin dan bahagian-bahagian mesin
KEKUATAN                                   KELEMAHAN
·mudah dikerjakan seperti dibengkok dan ·mudah berkarat
dikimpal
·lebih kuat daripada aluminium

BAHAN                        SAIZ DI PASARAN              CATATAN
aluminium                    915*1830mm                    Dengan pelbagai saiz
                             1220*2440mm                   tolok(tebal)
Keluli lembut                6100*152.5mm                  Dalam pelbagai bentuk dan
                             6100*915mm                    ketebalan
*Jadual saiz aluminium dan keluli lembut di pasaran

Bahan Plastik
Perspek-plastik keras dan tahan lasak,lebih kukuh berbanding dengan kaca dan tahan haba.Nama
saintifik perspek ialah poly methyl methacrylilate(PMMA) atau acrylic.Terdapat perspek clear-
glass translucent dan opaque.Didapati dalam bentuk rod,kepingan dan tiub pelbagai warna.Dua
keping perspek dicantumkan dengan menggunakan klorofom atau simen pelarut.Perspek mudah
dibentuk dengan haba.
Kegunaan-digunakan dengan meluas dalam perbuatan perkakasan lampu dan papan tanda
            -pembuatan perabot
            -pembinaan am
KEKUATAN                                       KELEMAHAN
·kukuh dan kuat                                ·mudah retak
·ringan dan tahan lama                         ·mudah calar
·mudah dimesin,disimen atau digilap
·penebat elektrik yang baik
·selamat digunakan sebagai bekas
makanan

PVC(Polyvinyl Chloride)-plastik yang keras dan kukuh.Didapati dalam bentuk
tiub,kepingan,serbuk,pasta dan cecair dalam pelbagai saiz dan warna
Kegunaan-digunakan dengan meluas dalam pemasangan paip
          -pembinaan am
KEKUATAN                                     KELEMAHAN
·ringan,keras dan kukuh                      ·mudah pecah
·mudah dikerjakan                            ·tidak tahan haba yang tinggi
·kuat dan tahan lama
·tahan terhadap cuaca yang berbeza

BAHAN                        SAIZ DI PASARAN              CATATAN
perspek                      1220*2440mm                  Dalam pelbagai warna dan
                             610*1220mm                   ketebalan
PVC(Polyvinyl Chloride)      12.7mm diameter              Dalam bentuk paip
                             19.05mm diameter
                             25.4mm diameter

1.2.2 Jenis-Jenis Pengikat
Ribet-mencantumkan logam secara kekal.Terdiri daripada set ribet dan pop ribet
Rajah 1.1(a)                                     Rajah 1.1(b)
Glu Panas(hot-melt glue)-Didapati dalam bentuk rod.dihasilkan dipanas dengan hot glue gun
digunakan untuk membuat penyambungan bahan yang cepat dan kekal.Mencantum dua bahan
yang sama jenis atau yang berlainan jenis.
Rajah 1.2



Skru Benam Sendiri(self-tapping screw)-digunakan pemasangan yang kekal atau
sementara,mampu mengulir sendiri.Didapati dalam pelbagai saiz,jenis bahan dan bentuk
kepala.Dipasang dengan pemutar skru atau cordless screw driver.
Rajah 1.3



1.3 ALATAN TANGAN DAN MESIN
1.3.1 Nama dan Fungsi Alatan Tangan
Pisau Pemotong Perspek-digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan
lulus
Rajah 1.4



Gandin Getah-digunakan dalam kerja membuntuk dan mengetuk kepingan logam lembut tanpa
meninggalkan kecacatan
Rajah 1.5



Penebuk Pusat-digunakan untuk menanda pusat sebelum menjalankan kerja menggerudi.Ini
bagi mengelakkan mata gerudi tergelincir.
Rajah 1.6



Hot Glue Gun-mempunyai elemen pemanas yang dapat mencairkan glu.Biasa digunakan yang
berkuasa 240 volt/40 watt.Digunakan untuk menyambung bahan yang berlainan jenis atau sama
jenis dan mesti digunakan dengan pengawasan guru.
Rajah 1.7



Rivetter-digunakan bersama pop ribet dengan tujuan untuk membuat pemasangan dua bahan
yang sama atau berlainan jenis secara kekal.
Rajah 1.8
Stapler Gun-diigunakan bersama dengan dawai kokot untuk menyambungkan dua jenis bahan
yang nipis dan lembut seperti papan lapis.
Rajah 1.9



1.3.2 Nama dan Fungsi Mesin Mudah Alih
Mesin mudah alih
Mesin gergaji jig mudah alih-menggunakan kuasa elektik dan digunakan untuk memotong
garisan lurus atau bentuk lengkung pada bahan.Mata pemotongnya boleh ditukar ganti untuk
disesuaikan dengan bahan dan jenis kerja yang hendak dilakukan.Terdapat juga mesin yang
boleh diubah kelajuannya untuk disesuaikan dengan jenis kerja yang dilakukan.
Rajah 1.10



Mesin pelalas mudah alih(Sander)-menggunakan kuasa elektrik diggunakan melelas kayu atau
plastik.Terdapat dua jenis:
·belt sander                                   ·dics sander
Diganti untuk mengelakkan motor mesin pelelas rosak.
Rajah 1.11

1.1.3 Mengguna dan Menyenggara Mesin
Mesin mudah alih                               Cara-cara Mengunaan dan Menyenggara
Mesin gergaji jig                              -Apit bahan yg hendak dipotong dengan kemas
                                               -Pastikan kadar kelajuan mesin dan mata
                                               gergaji sesuai dengan bahan.
                                               -Selepas menggunakan mesin, bersihkan mesin
                                               dengan mesin pemampat uadara
                                               -Periksa tapak, ketatkan skru jika longgar
Cordless screw driver                          -Gunakan mata pemutar skru yang sepadan
                                               dengan alur skru yang akan digunakan
                                               -Bersihkan mesin dengan mesin pemampat
                                               udara.
                                               -Cas bateri selepas digunakan
Sander                                         -Bersihkan mesin dengan mesin pemampat
                                               udara
                                               -Tukar kertas pelelas yang haus atau koyak

1.4 Proses Reka Bentuk
1.4.1 Lukisan Projek
1.4.2 Pembinaan Projek

Proses mengukur dan menanda permukaan rata bahan
Mengukur kepersegian bahan                           Rajah 1.12(b)
menggunakan sesiku L
Rajah 1.12(a)



Menanda garisan pada bahan                  Menanda garisan pada bahan menggunakan
menggunakan sesiku L dan                    sesiku L dan pensel
pangagarit                                  Rajah 1.14
Rajah 1.13


Menanda garisan menggunakan                 Menanda garisan dengan sesiku L dan pisau
Pembarus keluli dan pen water-              penanda
Soluble                                     Rajah 1.16
Rajah 1.15


Proses memotong bahan
Memotong logam denga gergaji                Memotong berukuran panjang dengan gergaji
Rajah 1.17                                  besi
                                            Rajah 1.18


Memotong lurus dan kecil dengan             Memotong kepingan logam dengan gunting
gergaji logam yang kecil                    besi
Rajah 1.19                                  Rajah 1.20


Proses membentuk dan mencantum
Rajah 1.21




Jenis-jenis cantuman kayu (tanggam kayu)
-Tanggam temu diperkukuhkan dengan penetap, paku atau dawai kokot
Rajah 1.22



-Tanggam rencong ialah dua keping kayu yang bersudut 45
-Digunakan untuk membuat bingkai dan diperkukuhkan dengan paku, dawai kokot, stapler gun
atau dowel
Rajah 1.23



Rajah 1.24




Cara membina dan mencantum
Engsel                                                              Rajah 1.25
-Digunakan untuk memasang pintu, tingkap, dan almari.
-Diperbuat daripada keluli lembut,aluminim atau loyang
Breket
-Digunakan untuk memasang tertingkat di dalam almari atau            Rajah 1.26
dinding
-Diperbuat daripada keluli lembut yang dicatkan
Penyangkut
-Tujuan untuk digantungkan pada dinding
Rajah 1.27


1.4.3 Kemasan
-Permukaan yang licin mempunyai kurang geseran berbanding dengan permukaan yang kasar.
Bahan kemasan
Rajah 1.28


Kertas las
Penggunaan kertas las
-Kertas las digunakan untuk membersihkan dan melicinkan permukaan bahan
-Kertas las jenis kaca dan kertas las garnet digunakan untuk kemasan permukaan kayu
-Kertas las wet and dry(silicon carbide paper) digunakan untuk kemasan logam dan plastik
-Kertas las emery digunakan untuk kemasan permukaan logam
Rajah 1.29




1.5 Reka Bentuk Projek
1.5.1 Pernyataan masalah atau keperluan
- Mengenal pasti masalah atau keperluan
- Mengumpul maklumat dan data
* Cara mengumpul maklumat dan data
-Perlu:
1 Merujuk katalog perabot                               2 Membaca majalah hiasan dalaman
3 Melawat kedai permainan dan penyelidikan             4 Membuat perhatian dan penyelidikan
5 Melayari Internet                                    6 Bimbingan guru

Maklumat dan data projek
-Untuk rujukan dan pendokumentasian
Kriteria reka bentuk
-Anda perlu bertanya beberapa soalan sebelum mula membuat lakaran idea-idea reka bentuk

Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas
-Anda boleh membuat beberapa lakaran bebas menggunakan lukisan oblik, isometrik, atau
perpektif

Menilai dan memilih lakaran yang paling sesuai
-Pilih lakaran yang terbaik dan paling sesuai. Buat lakaran kerja yang lengkap dengan:
* Dimensi                              *Jenis bahan
*Proses pembinaan(contoh: jenis penyambungan)
*Lengkapan-contoh:penyangkut, breket                        *Jenis kemasan

1.5.2 Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian Projek
Perancangan
Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum membina reka bentuk projek
Jenis dan kualiti bahan yang akan digunakan
-Mengumpul, menyemak dan menyediakan bahan sebelum memulakan kerja
-Mengurangkan pembazirkan bahan/kos
-Bekerja dengan lebih sistematik dan terancang.

Mengenal pasti dan menyenaraikan alatan tangan dan mesin yang hendak digunakan
Tujuan adalah untuk:
-Membuat persediaan awal
-Menjimatkan masa

Mengenal pasti teknik dan kaedah pembinaan yang sesuai dengan bahan yang digunakan
Mengenal pasti kemasan yang sesuai dengan bahan dan projek
Menyediakan jadual kerja
Tujuan adalah
-Bekerja dengan lebih terancang
-Memastikan kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang diperuntukkan
Rajah 1.30
Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
Setelah siap semua perancangan, anda boleh memulakan aktiviti-aktiviti pembinaan
1 Lukisan kerja-sentiasa rujuk lukisan kerja semasa proses pembinaan
2 Jadual kerja-sentiasa ikuti susun atur kerja yang telah dirancang supaya pembinaan berjalan
mengikut jadual
3 Proses pembinaan
-Proses menanda                              -Proses mencantum dan memasang
-Proses memotong dan membentuk bahan            -Membuat kemasan yang sesuai

Menguji dan menilai
-Bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak pengguna
-Contoh yang harus dinilai:
Rajah 1.31




Mengubah suai projek
Jika terdapat kelemahan pada projek, pengubahsuai perlu dilakukan bagi membaiki kualiti projek

1.5.3 Pendokumentasian
Mengumpul dan merekod maklumat projek
Rajah 1.32                    Maklumat ini hendaklah dibukukan atau dijadikan folio
                              Maklumat diri murid juga perlu disertakan:
                             -Nama murid                  -Kelas
                             -Nama projek/produk         -Lampiran/Rujukan jika ada

Mengira kos pengeluaran
Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos overhed
Kos pengeluaran-jumlah wang yang dibelanjakan untuk menghasilkan sesuatu projek
                -Termasuk jumlah kos bahan, kos upah, dan kos overhed
Kos bahan-perbelanjaan untuk membeli bahan mentah bagi menghasilkan projek
Kos upah(seorang pekerja)-perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membayar upah pekerja
Kos overhed-perbelanjaan untuk membayar bil eletrik, bil air, sewa kedai, pengangkutan,dan bil
telefon
Rajah 1.32




Membuat persembahan projek
-Perlu menerangkan hasil projek, fungsi jenis bahan, kos, dan keistimewaan projek
-Selepas persembahan, anda perlu menyediakan dokumentasi projek

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3529
posted:2/11/2011
language:Malay
pages:9