T1 ERT _11_ - JAHITAN _ELEKTIF_ by noijais

VIEWS: 2,642 PAGES: 8

									Proses jahitan
  1. Proses jahitan merupakan langkah kerja yang
     dilakukan dalam menghasilkan pakaian atau artikel
     jahitan
  2. Antara proses jahitan yang terlibat adalah seperti
     berikut:
     a. Kelim
     b. Penghilang gelembung
     c. Penyudah tepi
Kelim
  1. Dalam proses jahitan, kelim ialah cara yang
     digunakan untuyk mencantumkan atau menyambung
     dua atau lebih fabrik.
  2. Kelim memberikan bentuk pada pakaian yang dijahit
     juga artikel yang dihasilkan.
  3. Jenis-jenis kelim adalah seperti berikut:
     a. Kelim belah kangkung
     b. Kelim betawi
     c. Kelim papan mesin
     d. Kelim papan tangan
     e. Kelim papan tindih
  4. Pemilihan kelim dalam menjahit pakaian bergantung
     pada:
     a. Jenis fabrik yang digunakan
     b. Kegunaan dan stail pakaian
     c. Kedudukan kelim pada pakaian
  5. Ciri-ciri kelim yang dijahit dengan baik:
     a. Lebar kelim hendaklah sama
     b. Jahitan hendaklah sekata dijahit betul-betul di atas
        garisan pemadan bagi mendapatkan bentuk dan
        rupa yang elok
     c. Kemas, kukuh dan rata di sebelah dalam dan luar
        supaya mudah dan tahan di dobi

Kelim belah kangkung
  1. Kelim belah kangkung sesuai digunakan untuk
     menjahit semua jenis fabrik, kecuali fabrik kapas.
  2. Kelim ini digunakan untuk menyambung bahagian
     rusuk dan lengan pada pakaian, artikel, kelengkapan
     rumah tangga, dan mencantumkan pita serong tepat.
  3. Lebar kelim yang telah siap ialah 1.25 cm.




Ciri-ciri kelim belah kangkung
  1. Kelim ini rata dan terbuka
  2. Kelim ini tidak kelihatan di sebelah luar pakaian
  3. Lebar bagi kedua-dua kelim sama
  4. Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar pakaian
  5. Tepi basi kelim perlu dikemaskan
Kelim betawi
  1. Kelim betawi ialah kelim di dalam kelim
  2. Kelim ini terdiri daripada dua baris jahitan mesin dan
     ini menjadikannya sejenis kelim yang kukuh
  3. Kelim ini sesuai digunakan untuk menjahit fabrik
     nipis atau yang mudah berjerumbai
Ciri-ciri kelim betawi
  1. Lebar kelim yang siap antara 4mm – 6mm.
  2. Kelim tidak beralur di jahitan pertama.
  3. Tepi kelim terkemas dengan sendirinya.
  4. Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar pakaian.
Penyudah tepi
  1. Penyudah tepi dijahit padapakaian untuk menyudah
     atau mengemaskan bahagian tepi artikel, pakaian,
     dan kelengkapan, rumah tangga.
  2. Penyudah tepi juga digunakan sebagai hiasan supaya
     pakaian dan kain kelengkapan rumah tangga
     kelihatan lebih cantik.
  3. Penyudah tepi boleh dihias dengan fabrik dan renda.
  4. Kelepet dan lapik merupakan penyudah tepi.
Kelepet
  1. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian,
     artikel, atau fabrik kelengkapan rumah tangga yang
     lurus atau melengkung.
 2. Kelepet lurus dan kelepet melengkung ialah jenis
    kelepet.
 3. Kedua-dua lipatan kelepet dibuat di sebelah dalam
    pakaian atau fabrik kelengkapan rumah tangga.
 4. Kelepet boleh dikemaskan dengan jahitan:
    a. Mesin
    b. Sembat
    c. Sembat susup
    d. Silang pangkah
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa
menjahit kelepet dan lapik:
 1. Jenis penyudah tepi yang digunakan hendaklah sesuai
    dengan tepi yang hendak dikemaskan.
 2. Penyudah tepi hendaklah kukuh dan tahan lasak.
 3. Lebar dan basi lipatannya hendaklah sama pada
    seluruh pakaian atau kain kelengkapan rumah tangga.
 4. Bahagian tepi penyudah yang melengkung hendaklah
    sekata dan licin.
Kelepet melengkung
 1. Kelepet melengkung digunakan pada skirt berpesak,
    skirt kembang, atau kain kelengkapan rumah tangga
    yang tepinya melengkung.
 2. Kain lebih di tepi melengkung boleh dihilangkan
    dengan:
    a. Lisu kecil
    b. Dikedutkan
Lapik
  1. Lapik ialah cara menyudahkan tepi yang
     menggunakan sekeping kain tambahan uang dijahit
     pada tepi pakaian.
  2. Lapik boleh dijahit pada sebelah dalam atau sebelah
     luar pakaian sebagai hiasan.
  3. Lapik digunakan pada garis leher, lubang
     lengan,kelepet baju, dan fabrik kelengkapan rumah
     tangga sebagai hiasan.


Ciri-ciri lapik:
  1. Jenis lapik yang hendak digunakan harus sesuai
     dengan tepi yang hendak dikemaskan.
  2. Ira lrus lapik mestilah selari dengan ira lurus pakaian.
  3. Lapik hendaklah kukuh, kemas, rata, dan dijahit
     dengan baik.
  4. Lebar lapik hendaklah sama pada keseluruhan
     pakaian
  5. Lebar lapik boleh dibuat kecil atau lebar.


Lapik lurus
  1. Lapik lurus digunakan pada tepi yang lurus seperti
     alas meja, skirt lurus, apron, dan kocek tampal.
  2. Lebar lapik lurus boleh dibuat kecil atau lebar.
Lapik berbentuk
 1. Lapik ini digunakan pada tepi kain yang berbentuk
    seperti segi empat atau melengkung.
 2. Kain lapik digunting mengikut bentuk tepi pakaian
    yang hendak dikemaskan.
 3. Ira lapik hendaklah sama dengan ira lurus pakaian.


Penghilangan berbentuk
 1. Penghilangan gelembung ialah cara untuk mengawal
    kain yang berlebihan pada pakaian supaya padan
    dengan si pemakai.
 2. Tujuan menghilangkan gelembung:
    a. Untuk memberikan bentuk pada pakaian.
    b. Supaya pakaian lebih selesa dipakai.
 3. Menghilangkan gelembung bergantung kepada
    perkara berikut:
    a. Jenis pakaian yang hendak dijahit.
    b. Jenis kain yang hendak digunakan.
    c. Kedudukan gelembung pada kain.
    d. Tujuan membuat gelembung atau mengikut stail
       pakaian.
 4. Jenis penghilangan gelembung:
    a. Lisu pemadan
    b. Kedut lepas
Lisu pemadan
  1. Lisu pemadan ialah lipatan yang diambil daripada
     fabrik pakaian supaya padan dengan bentuk badan.
  2. Lisu ini dijahit pada sebelah dalam pakaian dari
     bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus atau dari
     bahagian yang tirus ke hujung yang tirus.
  3. Jahitan mesin tidak kelihatan daripada sebelah luar
     pakaian.


Lisu pemadan cekung
  1. Lisu ini berbentuk berlian dan dijahit pada blaus atau
     baju yang sama padat.
  2. Lisu tirus ke puncak pada dua hujung, satu di puncak
     dada dan satu ke punggung.


Kedut lepas
  1. Kedut lepas biasanya dijahit pada fabrik halus dan
     cara yang popular untuk menghilangkan gelembung
     pada pakaian kanak-kanak perempuan.
  2. Banyaknya fabrik yang digunakan untuk menjahit
     kedut lepas ialah tiga kali banyak kain yang
     dikehendaki.
  3. Kedut yang terlalu banyak menyebabkan pakaian
     terlalu gelembung dan penuh serta todak menarik.
  4. Terlalu sedikit kedut juga membuat pakaian menarik.
Penghasilan projek jahitan
Tanda pola:
tanda pola memberikan maksud tertentu seperti yang
berikut:

bil    Tanda pola       Maksud tanda pola

1.                      Letak pada ira lurus fabrik

2.                      Letak pada garisan fabrik

3.                      Garisan pemadan
       -----------
4.     ----             Lisu pemadan

								
To top