Docstoc

faktor integrasi nasional

Document Sample
faktor integrasi nasional Powered By Docstoc
					Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan

masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem

pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu

yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui

dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung)

dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar

dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih

timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal d i kawasan ladang-ladang dan

bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga

mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi

teras peristiwa 13 Mei 1969.


Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi

sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh

dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan

majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih

terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain

memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan

perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat
merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat

kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat -

syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk

menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.


Semenjak pendudukan Jepun pada perang        Dunia   Kedua,   pihak   Jepun

mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan

kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun

menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya

merupakan anggota Bintang Tiga ( Parti Komunis Malaya) telah mengambil

kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana,

kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang

Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat

pada 1948±1960.


Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia

untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai

kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi -apikan oleh Lee Kuan Yew

menyemarakkan perasaan anti -Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut

akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah

mengorbankan banyak nyawa dan harta -benda adalah manifestasi hubungan antara

kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13

Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.


Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah

memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan

serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei

1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung.

Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di -Pertuan Agong telah melantik Tun Razak

bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai

pengarah Majlis   Gerakan    Negara (MAGERAN)      yang    bertanggungjawab

menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang

diwakilkan oleh Yang di -Pertuan Agong.


Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan

MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang

dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah

masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara

yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati

masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.
Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar „pecah‟ dan

„perintah‟. Kerajaan British mengamalkan dasar „ laissez-faire‟ dengan membiarkan tiap-tiap

sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya, telah

wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini

menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang

berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional

memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini

didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina

yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh

kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.


Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam keselamatan

negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat perpaduan untuk membina

rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Pembangunan pendidikan

mestilah selaras dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum

supaya menjadi satu kesatuan nilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi

nasional. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 belas sasaran Kerja Utama

bagi mencapai matlamat wawasan pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapat dengan

dengan aspek perpaduan dan pendidikan ialah Perpaduan Negara dan Kurikulum. Dasar

Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap:


(i) Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M);


(ii) Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982;


(iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1989


Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk melahirkan pelajar seperti

yang disarankan di atas diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN):
          “   PENDIDIKAN    di   Malaysia   adalah   satu   usaha   berterusan   ke    arah

          memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan

          insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

          berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

          melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

          mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

          memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

          negara”.


Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapat direalisasikan ke arah:


Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mengkaji perlaksanaan Penyata

Razak, telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu dalam membina

perpaduan. Antaranya ialah mulai tahun 1962, pendidikan percuma diberikan kepada semua

murid sekolah rendah kerajaan. Langkah ini menunjukkan pendidikan diberikan kepada

semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Selain itu sekolah umum telah ditukar

menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum telah ditukar kepada sekolah jenis

kebangsaan bagi memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan. Keadaan ini menjadikan

Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai

bahasa pilihan. Penyata Rahman Talib juga turut mencadangkan sekolah rendah yang

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar hendaklah ditukar kepada

Bahasa Malaysia. Ini adalah penting dalam menyemai semangat kebangsaan dalam diri

rakyat.

Penyata Rahman Talib yang dicadangkan telah diterima dan seterusnya digubal semula

pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961.

Dasar pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua matlamat iaitu

mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai

etnik serta mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan. Oleh yang demikian terdapat
beberapa langkah digunakan dalam memastikan matlamat yang dibuat dapat dilaksanakan.

Antaranya ialah menyediakan sukatan pelajaran yang seragam di semua sekolah,

mewajibkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah

serta institusi pengajian tinggi, menggunakan buku-buku teks yang bercirikan Malaysia serta

melaksanakan aktiviti kokurikulum iaitu aktiviti diluar bilik darjah.

Namun begitu, pada tahun 1974 satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Dr.

Mahathir bin Mohamad telah berperanan mengkaji semula dasar yang dibuat. Jawatankuasa

tersebut dinamakan Jawatankuasa Kabinet.

Matlamat penting yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah

pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih menerusi sistem

pendidikan. Oleh itu beberapa perkara telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang

dibuat. Pertama ialah semua sekolah swata hendaklah menggunakan sukatan pelajaran

yang sama dengan sekolah kerjaan serta pelajar sekolah swasta hendaklah mengambil

peperiksaan yang sama dengan pelajar sekolah kerajaan. Selain itu jawatankuasa ini juga

menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah menjadi mata pelajaran wajib dalam semua

peperiksaan. Di samping itu, penekanan hendaklah ditumpukan kepada aspek-aspek

tertentu dalam setiap mata pelajaran serta penekanan hendaklah ditumpukan kepada

pendidikan moral, agama, disiplin dan kokurikulum sebagai asas pencapaian perpaduan.

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet juga, satu kurikulum baru telah dibuat dan

dilaksanakan di semua peringkat sekolah. Kurikulum tesebut ialah KBSR, Kurikulum Baru

Sekolah Rendah serta KBSM, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Langkah ini

bertujuan memastikan semua sekolah menggunakan satu kurikulum yang seragam.
SOSIAL


Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara

berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh

tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun

yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling

mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat

sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan

Cina.

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan

satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum

sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang

Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-

kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset

yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu

tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya

pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan

ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini

menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu

menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam

kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka

tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat

antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini

amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa

mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah

mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu
semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan

ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat

Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah

membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan

keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak

seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang

dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan .




POLITIK


Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang

membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem

pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat

aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat

aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan

kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah

sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan

negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah

dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan

keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat

dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.




Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah

turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu

tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung

PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku

membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam

perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak

kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula

membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf

bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa

tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya

sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen

Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti

Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak

orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang

Melayu atau bumiputera dihapuskan .

Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali

derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada

orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu

menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima

persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat

awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi

orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang .

Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi

sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak

puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam

perlembagaan .Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya
mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam

bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu

sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati

terhadap hak istimewa orang Melayu .

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah

terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh

orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu

ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi

menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.

Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah

mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos

1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela

nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah

ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu

diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti

DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan

perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan

perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .

Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk

mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan

sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.




BAHASA KEBANGSAAN


Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada

peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan

jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai

bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji

semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya

daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf

sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan

telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan

bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan ,

Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan

penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail .




PENDIDIKAN


Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah

dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah

itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu

Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka

berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah

dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada

awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat

perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai

pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga

antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato`

Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan

UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.

Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang

menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan

permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.

Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa

bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai

pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu

kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA

menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila

kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang

bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah

hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga

keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan

pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa

sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya

DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan

berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.

Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan

, sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri

seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan

kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit

kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang
ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat

menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu

mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu

amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan

Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar

batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis.Perarakan ini telah melalui

Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di

Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ.

Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP

dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh",

"Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu

halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu

besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala

Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-

ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato`

Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya

kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan

. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu

dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada

sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke

rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang

Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka

bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa

sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama
sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati

golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.




EKONOMI


Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah

dikenalpasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada integrasi

nasional. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-

ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan

resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang

sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak

teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi

membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971

kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB).DEB telah dilancarkan

bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam

pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan

kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan

pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.




Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan

hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi

harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta

peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .

Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah
dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat

yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti membasmi Kemiskinan.

Sesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang

mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi

kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak mengancam kepentingan

golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan

pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap

kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan

penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan

bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani .

Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi.

Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan

melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya

untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa.

Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum

bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan

ekonomi Malaysia adalah pesat . Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati

sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh

pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar

kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada

tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980),

kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983).21



Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada

88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada
52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983).

Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi

yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran termasuk

kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan

peratusnya meningkat semula.



Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada

dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan

bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira 49.3 peratus daripada semua keluarga di

Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86

peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan

bandar. Bagi kemiskinan luar bandar , program pembangunan lebih tertumpu kepada

penyediaan kemudahan asas dan pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah

petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk

kampung baru dan buruh kasar pertanian.

Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas

seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan, kesihatan, pengangkutan,

pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta pemasaran dan subsidi pertanian

seperti benih dan baja . Kerajaan juga melipatgandakan pembangunan dan

pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru. Langkah seterusnya, kerajaan

berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan

penternakan . Selain itu kaedah penanaman dua kali setahun, tanaman luar musim

dan tanaman kontang turut diperluaskan . Badan-badan berkanun yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA,

FELCRA, MADA dan KADA.
Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar

bandar ke bandar . Oleh sebab itu di bandar juga turut memerlukan penyediaan

kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah, kemudahan air, elektrik dan

peluang pekerjaan yang lebih banyak . Pendeknya langkah menyediakan

kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkan

kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati berjaya

dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100

keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun

1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus kepada 29.2

peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah bewrtambah

menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekalipun ia masih di bawah garis kemiskinan

namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat berdasarkan

angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980.

Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan

beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian

untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah , kedua ia juga

bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan tujuan

mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran di

samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini lebih

jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad.

Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan

terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu

pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala

tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta

ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama
Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap

pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih

terbuka.




PENGENALAN

Bagi negara-negara yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan dan integrasi

merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan dan mengekalkan

kebebasannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Ini kerana ia merupakan

faktor penting dalam menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik

dalam jangka waktu yang panjang.

Perpaduan dan integrasi nasional bermaksud satu proses dan sistem hidup yang

menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara

supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai

bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal dikalangan mereka. Selain itu, ia

juga membawa maksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional

dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan

didalam sesebuah unit politik.

Pada masa yang sama, perpaduan dan integrasi nasional juga merupakan satu

proses menyatupadukan bergai-bagai kumpulan masyarakat yang mempunyai

budaya dan sosial yang berbeza kedalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan

identiti nasional, Malaysia Kita (2003). Namun begitu, dalam konteks negara

Malaysia integrasi nasional bermaksud mewujudkan kerjasama dan harmoni

penduduk diantara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Antara cara yang digunakan dalam membina perpaduan dan integrasi nasional ialah

dengan pembentukan satu sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan
kumpulan etnik turut serta secara adil dan saksama dalam proses pembangunan

negara.



2.0 USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN DALAM MEMANTAPKAN PERPADUAN

DAN INTEGRASI NASIONAL

Oleh kerana perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu asas yang penting

dalam pembangunan sesebuah negara, kerajaan telah mengambil beberapa langkah

bagi memupuk perpaduan dan integrasi dikalangan rakyat pelbagai kaum di

Malaysia.

Usaha-usaha yang dijalankan meliputi pelbagai aspek, iaitu pendidikan, ekonomi,

sosial dan kebudayaan serta politik.




2.1 Pendidikan

Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Terdapat

beberapa perkara yang menjadi asas kepada perpaduan dalam sistem pendidikan

iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, perlaksanaan kurikulum yang

seragam di semua sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat.

Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mengkaji perlaksanaan

Penyata Razak, telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu dalam

membina perpaduan. Antaranya ialah mulai tahun 1962, pendidikan percuma

diberikan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan. Langkah ini menunjukkan

pendidikan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan.

Selain itu sekolah umum telah ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah

jenis umum telah ditukar kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat
kebangsaan dan perpaduan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pilihan.

Penyata Rahman Talib juga turut mencadangkan sekolah rendah yang

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar hendaklah ditukar kepada

Bahasa Malaysia. Ini adalah penting dalam menyemai semangat kebangsaan dalam

diri rakyat.

Penyata Rahman Talib yang dicadangkan telah diterima dan seterusnya digubal

semula pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961.

Dasar pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua matlamat iaitu

mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri

pelbagai etnik serta mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan. Oleh yang

demikian terdapat beberapa langkah digunakan dalam memastikan matlamat yang

dibuat dapat dilaksanakan. Antaranya ialah menyediakan sukatan pelajaran yang

seragam di semua sekolah, mewajibkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar di semua sekolah serta institusi pengajian tinggi, menggunakan

buku-buku teks yang bercirikan Malaysia serta melaksanakan aktiviti kokurikulum

iaitu aktiviti diluar bilik darjah.

Namun begitu, pada tahun 1974 satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Datuk Seri

Dr. Mahathir bin Mohamad telah berperanan mengkaji semula dasar yang dibuat.

Jawatankuasa tersebut dinamakan Jawatankuasa Kabinet.

Matlamat penting yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah

pembentukan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih menerusi

sistem pendidikan. Oleh itu beberapa perkara telah dilaksanakan bagi mencapai

matlamat yang dibuat. Pertama ialah semua sekolah swata hendaklah menggunakan

sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah kerjaan serta pelajar sekolah swasta
hendaklah mengambil peperiksaan yang sama dengan pelajar sekolah kerajaan.

Selain itu jawatankuasa ini juga menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah

menjadi mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan. Di samping itu, penekanan

hendaklah ditumpukan kepada aspek-aspek tertentu dalam setiap mata pelajaran

serta penekanan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan moral, agama, disiplin

dan kokurikulum sebagai asas pencapaian perpaduan.

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet juga, satu kurikulum baru telah dibuat

dan dilaksanakan di semua peringkat sekolah. Kurikulum tesebut ialah KBSR,

Kurikulum Baru Sekolah Rendah serta KBSM, Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah. Langkah ini bertujuan memastikan semua sekolah menggunakan satu

kurikulum yang seragam.



2.2 Ekonomi

Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta integrasi

nasional ialah melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru atau DEB

telah dibuat pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein di

dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur. Dasar ini

bertujuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Malaysia dengan dua matlamat iaitu

pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di peringkat kerajaan

serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula

supaya orang-orang Melayu dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada

jumlah hakmilik tersebut pada tahun 1990, Malaysia Kita (2003).

Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan serta membasmi

kemiskinan dengan menambahkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat

di Malaysia serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di
Malaysia untuk memperbaiki masalah ekonomi yang tidak seimbang seperti

pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Ketika zaman pemerintahan British, banyak buruh asing telah dibawa masuk ke

Tanah Melayu. Ini adalah untuk meningkatkan jumlah tenaga buruh bagi

perusahaan-perusahaan di Tanah Melayu seperti perusahaan getah dan biji timah.

Namun begitu, ketiga-ketiga golongan penduduk di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina

dan India telah telah ditempatkan secara berasingan dengan pekerjaan dan asas

ekonomi yang berbeza. Kebanyakkan orang-orang Melayu ditempatkan di kampung-

kampung bagi mengusahakan pertanian tradisional, kaum Cina pula ditempatkan di

bandar-bandar bagi mengerjakan perusahaan biji timah. Manakala kaum India di

estet-estet getah.

Antara punca berlakunya keadaan yang sedemikian ialah untuk menghindarkan

terjadinya perselisihan faham serta kecenderungan buruh asing untuk tinggal

sesama mereka di satu perkampungan. Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintahan

British ini disebut juga sebagai „pecah dan perintah‟. Dasar ini dapat mengukuhkan

lagi kuasa penjajahan mereka.

Langkah-langkah kerajaan yang dilaksanakan dalam proses penyusunan semula

masyarakat ialah pemodenan cara hidup masyarakat luar bandar dan pertumbuhan

pesat dan seimbang kegiatan-kegiatan di bandar.



2.3 Politik

Politik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keamanan dan

ketenteraman rakyat yang pelbagai kaum di Malaysia. Melalui kaedah konsensus

atau persetujuan di mana kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas

pilihan dan persetujuan rakyat menerusi proses pilihan raya perpaduan dapat
diwujudkan.

Dalam pilihan raya, semua rakyat bebas memilih calon yang mereka percayai

sebagai pemerintah. Pilihan raya ini dijalankan setiap lima tahun sekali. Calon-calon

yang terpilih akan berkerjasama dan membuat rundingan dikalangan parti-parti politik

yang lain supaya dapat memastikan semua perti terlibat dalam proses pentadbiran

Malaysia.

Di Malaysia, sebuah Parti Perikatan telah dibentuk oleh tiga buah parti yang mewakili

setiap kaum terbesar di Malaysia iaitu parti Orang Melayu atau UMNO, parti Kaum

Cina atau MCA serta parti Kaum India atau MIC. Oleh yang demikian, pembangunan

negara dapat ditingkatkan serta perpaduan dapat dipupuk diseluruh kaum di

Malaysia.

Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku dapat diatasi dan

sebuah negara aman dan makmur dapat diwujudkan.



2.4 Sosial dan Kebudayaan

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan

pelbagai bangsa, suku kaum dan etnik. Kaum-kaum utama di Malaysia ialah Melayu,

Cina dan India. Walaupun tinggal di negara yang sama, namun terdapat jurang yang

memisah antara kaum dari segi penempatan, pekerjaan dan kebudayaan. Oleh yang

demikian, kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai merangkumi

sistem pendidikan, kesihatan, perumahan serta kemudahan asas bagi mewujudkan

perpaduan sosial dikalangan masyarakat di Malaysia. Melalui sisitem pendidikan,

semua rakyat di Malaysia diberikan khidmat pendidikan yang sama tidak mengira

kaum. Contohnya seperti skim pinjaman buku teks, rancangan makanan tambahan

atau RMT serta projek susu sekolah.
Dari segi aspek kesihatan pula, perkhidmatan ubat-ubatan secara percuma diberikan

kepada semua warganegara tidak mengira kaum dan keturunan di hospital-hospital

dan klinik-klinik kerajaan.

Bagi sistem perumahan, beberapa program telah dilancarkan bagi memupuk

perpaduan dikalangan rakyat. Antaranya ialah program penempatan semula iaitu

pembinaan projek-projek perumahan yang memberi peluang kepada semua rakyat

tanpa mengira kaum untuk hidup bersama di kawasan penempatan yang lengkap

dan sempurna. Selain dari itu, projek Rukun Tetangga juga turut dilaksanakan di

kawasan-kawasan perumahan yang mana aktiviti-aktiviti persefahaman,

persahabatan, toleransi, semangat kejiranan serta bersatupadu diwujudkan dan

sekali gus dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia.

Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi serta lengakp tanpa mengira

penghuni di setiap kawasan turut menyumbang kepada perpaduan antara kaum. Ini

kerana semua rakyat dapat menikmati kemudahan yang sama dan dapat

mengelakkan rasa cemburu serta ketidakadilan di antara kaum.

Kebudayaan ialah satu sistem atau corak hidup yang merangkumi agama,

kepercayaan, adat resam, bahasa, ekonomi dan politik sesebuah masyarakat,

Malaysia Kita (2003). Perpaduan kebudayaan dapat dicapai melalui program-

program yang bercorak kebudayaan semua kaum di Malaysia. Antara aktiviti

kebudayaan yang biasa dilaksanakan oleh kerajaan ialah seperti muzik, drama,

teater, sastera dan sebagainya. Menerusi aktiviti-aktiviti seperti ini setiap kaum dapat

berinteraksi dan memahami adat dan kebudayaan masing-masing sekali gus dapat

meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Memandangkan perpaduan kebudayaan dilihat penting oleh pihak kerajaan, satu

dasar telah digubal pada tahun 1971 sebagai asas perpaduan ke arah mewujudkan
identiti nasional bangsa Malaysia. Dasar tersebut ialah Dasar Kebudayaan

Kebangsaan.

Selain itu, perpaduan kebudayaan juga turut diperkenalkan dalam sistem pendidikan

melalui mata pelajaran sastera di peringkat menengah atas. Menerusinya, pelajar-

pelajar banyak didedahkan dengan genre-genre seperti novel, drama, puisi, kritikan

sastera serta cerpen yang banyak mengandungi unsur-unsur seperti hubungan

kaum, muhibah dan toleransi. Oleh yang demikian unsur-unsut tersebut amat sesuai

dijadikan sebagai asas kepada integrasi nasional di Malaysia.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags:
Stats:
views:4779
posted:2/6/2011
language:Malay
pages:25