Docstoc

Soalan Penulisan Bahagian B

Document Sample
Soalan Penulisan Bahagian B Powered By Docstoc
					              HIMPUNAN SOALAN PENULISAN UPSR NEGERI-NEGERI 2010

                             UJIAN TOV 2010 - TERENGGANU
 1.     Tulis sebuah cerita dan akhiri cerita kamu dengan ayat-ayat di
        bawah.

        …. Aku bersyukur kepada Tuhan. Kedua-dua orang rakanku
        terus memelukku sambil menitiskan air mata.

 2.     Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong
        membersihkan sekolah yang dilanda banjir baru-baru ini.

        Ceritakan suasana semasa aktiviti gotong-royong itu diadakan.

 3.     Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu mencerikan
        pengalaman menarik yang kamu alami semasa menghabiskan
        cuti persekolahan akhir tahun.

                      PRA PERCUBAAN UPSR 2009 - TERENGGANU
 4.     Sekolah kamu akan menyertai pertandingan kebersihan dan
        keceriaan peringkat daerah. Kamu dan kawan kamu
        berbincang tentang cara-cara menjaga kebersihan dan
        keceriaan sekolah sebagai persiapan pertandingan tersebut.

        Tuliskan perbualan kamu itu selengkapnya.

 5.     Kamu akan mewakili kelas kamu dalam pertandingan syarahan
        peringkat sekolah.
        Tajuk syarahan kamu ialah “ Faedah Berjimat Cermat”.

        Tulis teks syarahan kamu itu selengkapnya.

 6.     Kamu telah berpeluang menyaksikan satu perayaan yang telah
        diadakan di tempat kamu.

        Tulis sebuah karangan untuk menceritakan suasana perayaan
        tersebut.

              PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009 - TERENGGANU
 7.     Sekolah kamu telah mengadakan satu kem motivasi untuk
        murid-murid tahun 6. Sebagai ketua murid, kamu diminta untuk
        menyediakan laporan kem tersebut.

        Tulis laporan kamu selengkapnya.




Eeeda damak                                                              1
 8.     Pada waktu rehat, kamu dan kawan kamu telah berbincang
        tentang kebaikan menyimpan wang.

        Tulis dialog kamu itu selengkapnya.

 9.     Anda sukar melelapkan mata pada malam itu. Aku berasa
        sungguh…

        Mulakan karangan kamu dengan “Aku berasa sungguh…..”

             UJIAN PENGESANAN PRESTASI MURID UPPM2 2010 - JOHOR
10.     Tugas guru sangat mulia.

        Tulis karangan tentang cara-cara menghomarti guru.

11.     Ibu dan bapa kamu tiada di rumah. Kamu diminta menjaga
        adik-adik kamu. Ketika bermain, seorang adik kamu telah
        tercedera.

        Ceritakan tindakan-tindakan     yang   kamu    ambil   untuk
        membantunya.

12.     Kamu akan menyertai pertandingan syarahan peringkat
        sekolah. Tajuk syarahan kamu ialah “ Faedah Bergotong-
        royong”.

        Tulis syarahan kamu selengkapnya.

                         UJIAN PERCUBAAN UPSR 2010 - PAHANG
13.     Kamu telah menyertai satu pertandingan syarahan peringkat
        sekolah. Tajuk syarahan ialah “Kebaikan Menabung”

        Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya.

14.     Menyertai kegiatan kokurikulum memang banyak faedahnya.

        Tulis sebuah karangan tentang faedah menyertai kegiatan
        kokurikulum.

15.     Kamu telah menyertai satu perkhemahan di sekolah.

        Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan tersebut.




Eeeda damak                                                            2
               PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010 – PULAU PINANG
16.     Kamu dan rakan-rakan pernah membersihkan dan menceriakan
        kelas.

        Ceritakan tentang pengalaman tersebut.

17.     Buku yang kamu pinjam dari perpustakaan telah hilang.

        Tulis sepucuk surat kepada guru perpustakaan kamu untuk
        memaklumkan hal tersebut.

18.     Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menghargai jasa ibu
        bapa.

                PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010 - SELANGOR
19.     Kamu menyertai Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah.

        Tajuk syarahan kamu ialah “Kebaikan-kebaikan Membawa
        Bekal ke Sekolah”

20.     Sekolah kamu telah mengadakan majlis Hari Guru pada 16 Mei
        yang lalu.

        Ceritakan pengalaman tentang sambutan Hari Guru di sekolah
        kamu selengkapnya.

21.     Kamu dan rakan kamu berbual-bual sambil berjalan ke kantin
        pada watu rehat. Tiba-tiba kawan kamu rebah lalu pengsan di
        atas lantai.

        Ceritakan tindakan-tindakan     kamu      dan   rakan   kamu
        membantunya.

                        PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010
22.     Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Minggu
        Perpustakaan peringkat sekolah pada minggu lepas.

        Tulis   sebuah     karangan     tentang     kebaikan-kebaikan
        perpustakaan sekolah.

23.     Guru kelas kamu dinaikkan pangkat dan akan ditukarkan ke
        sekolah lain. Satu majlis perpisahan akan diadakan pada hari
        terakhir beliau di sekolah kamu. Sebagai ketua kelas, kamu
        diminta berucap dalam majlis tersebut.

        Tulis teks ucapan kamu selengkapnya.

Eeeda damak                                                             3
24.     Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti merentas desa
        peringkat sekolah. Semasa mengikuti aktiviti tersebut, seorang
        murid tahun lima telah terjah di hadapan kamu.

        Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

                                http://www.khskpt.com
25.     Tulis sebuah karangan yang bertajuk „ Aku Sebuah Pusat
        Sumber‟.

26.     Kamu dan beberapa orang rakan kamu dalam perjalanan
        pulang dari sekolah setelah mengikuti latihan sukan. Tiba-tiba
        kamu ternampak seorang perempuan menjerit kerana begnya
        diragut.

        Ceritakan tindakan yang      kamu   ambil   untuk   membantu
        perempuan tersebut.

27.     Persatuan Bahasa Malaysia sekilah kamu telah mengadakan
        lawatan sambil belajar ke salah sebuah institusi pengajian
        tinggi di tempat kamu. Sebagai setiausaham kamu dikehendaki
        menyediakan laporan mengenai aktiviti tersebut.

        Tulis laporan kamu selengkapnya.

                                http://www.khskpt.com/
28.     Tulis sebuah karangan yang menerangkan tentang „Kempen
        Kitar Semula‟.

29.     Guru kelas kamu akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai ketua
        kelas, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan. Tulis
        ucapan kamu itu selengkapnya.

30.     “….. Hulurkanlah sumbangan serta bantuan kepada orang yang
        dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya”.

        Akhiri karangan kamu dengan „ Itulah nasihat mereka kepada
        saya”.




Eeeda damak                                                              4

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:7295
posted:2/5/2011
language:Malay
pages:4
Description: Soalan Penulisan Bahagian B (Himpunan percubaan dari negeri-negeri 2010)