Docstoc

suruhanjaya

Document Sample
suruhanjaya Powered By Docstoc
					             BAB



       11                    SURUHANJAYA



Pengenalan

Terdapat lima suruhanjaya perkhidmatan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Antaranya
ialah:
        Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;
        Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan;
        Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang;
        Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera
        Suruhanjaya Pilihanraya



11.1     SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM



Ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu
pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-
Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1)
Perlembagaan Persekutuan1

Fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1)
Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

        Melantik
        Mengesahkan Dalam Perkhidmatan
        Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen
        Menaikkan Pangkat
        Menukar
        Menjalankan Kawalan Tatatertib



         1
           Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:-
         "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan
         Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh
         Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan
         berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota
         bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."


                                                                                                     80
11.2   SURUHANJAYA PILIHAN RAYA



   Ditubuhkan untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara
    melalui pilihan raya yang adil dan saksama
   Suruhanjaya Pilihan Raya ialah badan yang bebas daripada kawalan politik
   Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang
    Timbalan Pengerusi dan tiga orang anggota yang lain
   Anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
    nasihat Majlis Raja-raja

Tugas-Tugas Suruhanjaya Pilihan Raya

   Menyelia dan menyemak daftar pemilih ;-
        i)     Warganegara Malaysia yang genap umur 21 tahun layak untuk mendaftar
               namanya dalam daftar pemilih
        ii)    Pemilih bagi kawasan Parlimen dan Kawasan Dewan Undangan Negeri
               mestilah dalam daftar pemilih yang sama
        iii)   Pemilih mesti bermastautin di sesuatu kawasan pilihan raya yang tertentu
        iv)    Memastikan pemilih yang sah sahaja layak untuk mengundi, orang yang tidak
              sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara hilang kelayakkan
              untuk mengundi
   Menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri untuk
    mengisi kekosongan kerusi wakil rakyat
   Menyampaikan keputusan pilihan raya kawasan Parlimen kepada Yang di-Pertuan
    Agong dan keputusan pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri kepada Sultan
    atau Yang Dipertua Negeri
   Mengkaji hal-hal tentang persempadan kawasan pilihan raya sekurang-kurangnya sekali
    dalam 8-10 tahun (dilakukan dengan majoriti 2/3 Parlimen atau Dewan Undangan
    Negeri)
   Mendaftarkan dan memastikan calon-calon yang bertanding memenuhi syarat-syarat
    kelayakkan yang ditetapkan
   Menerima rayuan-rayuan tentang perjalanan sesuatu pilihanraya
   Menguruskan pengundian melalui pos bagi kakitangan perkhidmatan awam yang
    berkhidmat untuk Suruhanjaya Pilihan Raya, anggota tentera, Polis, Pegawai Kedutaan
    dan Pelajar di luar negara serta isteri mereka.
   Memastikan setiap calon yang bertanding menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya
    dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan.


Syarat-syarat anggota SPR:

   Tidak melebihi 65 tahun
   Bukan seorang muflis
   Bukan ahli politik (Parlimen/DUN)
   Tidak memegang apa-apa jawatan bergaji
   Boleh dipecat oleh YDPA melalui tribunal jika melanggar syarat-syarat kelayakan


11.3 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP)



Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1974, Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.

                                                                                        81
Anggota:

   Seorang pengerusi, Timbalan Pengerusi,
   4 hingga 8 ahli yang lain.
   Dilantik oleh YDPA (atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis Raja-raja)

Matlamat:

   beri perkhdmatan yang adil;
   melahirkan guru-guru atau anggota-anggota Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan
    matlamat Dasar Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Peranan:

   Membuat perlantikan guru dalam perkhidmatan pendidikan
   Taraf pencen bagi mereka yang pilih taraf pencen
   Pengesahan jawatan guru
   Pertukaran guru
   Kawalan tatatertib dalam perkhidmatan pendidikan
   Rayuan kenaikan pangkat (selepas tiap-tiap Masyuarat Suruhanjaya)


11.4 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG



Ditubuhkan dalam tahun 1957 di bawah perkara 138 Perlembagaan Persekutuan.
Dianggotai oleh Peguam Negara, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan seorang atau bebrapa ahli kehakiman dan undang-
undang. Ahli-ahli Suruhanjaya Kehakiman dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat
Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung) Peranan Suruhanjaya Kehakiman ialah membuat
pelantikan dalam perkhidmatan kehakiman dan undang-undang dan menempatkan ahli
kehakiman dan undang-undang dalam kategori tertentu.

Tujuan:

       Untuk mengawal tatatertib ahli-ahli dalam Perkhidmatan Undang-undang

Ahli:
       Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
       Pendakwaraya atau Peguam Negara
       Setiausaha SPA
       Beberapa orang ahli atau bekas hakim dalam bidang kehakiman

Fungsi:

       Cadang perlantikan/pertukaran ahli-ahli kehakiman dan undang-undang
       Kawal tatatertib pegawai bidang kehakiman dan undang-undang


11.5 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN POLIS DAN MAJLIS ANGKATAN NEGARA



Ditubuhkan dibawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Mempunyai bidang kuasa ke
atas semua anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri,

                                                                                     82
Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Dalam Negeri (Pasukan Polis). Seorang dari ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dan dua hingga
enam ahli yang lain. Fungsinya ialah membuat pelantikan dalam perkhidmatan polis dan
menempatkan anggota polis dalam kategori tertentu.

Ditubuhkan di bawah perkara 137 Perlembagaan Persekutuan. Mempunyai bidang kuasa ke
atas semua anggota Angkatan Tentera. Dianggotai oleh Menteri Pertahanan, seorang wakil
Yang DiPertuan Agong (dilantik oleh Majlis Raja-Raja), Ketua Turus Angkatan Tentera
(dilantik oleh Yang DiPertuan Agong), Dua orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera
Persekutuan (dilantik oleh Yang di Pertuan Agong), Seorang pegawai kanan Tentera Laut
dan Tentera Udara (dilantik oleh Yang DiPertuan Agong) dan dua orang ahli lain (dilantik
oleh Yang DiPertuan Agong).

Ahli:

        Pengerusi: Menteri dalam Negeri
        Pegawai Polis – pemerintah umum pasukan Polis
        Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri
        Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
        2 – 6 ahli lain

Tugas:

        Cadang perlantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran ahli-ahli pasukan polis
        Pengesahan jawatan pegawai polis ke jawatan tetap
        Mengawasi pentadbiran angkatan tentera dan mengawal tatatertib anggota-anggota
         angkatan tentera.
        Kawal tatatertib


11.6 SURUHANJAYA KHAS (TIDAK TETAP)

Suruhanjaya ini bersifat sementara, diwujudkan untuk tujuan-tujuan khas seperti:
 menyiasat salah guna kuasa;
 malapetaka alam; dan
 penyelewengan

Untuk mengatasi masalah yang timbul ekoran sesuatu isu yang sensitif. Contoh-contoh
suruhanjaya khas ialah Suruhanjaya Gaji Aziz, Suruhanjaya Gaji Harun, Suruhanjaya DiRaja
1968, Suruhanjaya Di Raja 1973.




                                                                                     83

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:3681
posted:2/5/2011
language:Malay
pages:4