kerajaan tempatan

Document Sample
kerajaan tempatan Powered By Docstoc
					       BAB



       10                 KERAJAAN TEMPATAN



Pengenalan

 Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan Wilayah Persekutuan terletak di bawah
  kuasa Kerajaan Persekutuan
 Kerajaan tempatan yang lain terletak dibawah kuasa Kerajaan Negeri
 Kerajaan Tempatan merupakan satu peringkat kerajaan yang berasingan dan berkuasa
  dalam :-
      i)     Membuat undang-undang kecil (undang-undang subsdiari)
      ii)    Mengutip cukai dan sewa
      iii)   Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan yang berada di
             bawah kawalannya (Mempunyai autonomi kewangan)

10.1   TUJUAN PENUBUHAN



 Kerajaan Tempatan ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk tujuan
  yang berikut :-
     i)      Melicinkan pentadbiran awam
     ii)     Menyediakan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan keperluan
             rakyat
     iii)    Memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil
             bahagian dalam pengurusan kawasan mereka
     iv)     Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan keperluan
             penduduk tempatan

10.1.1 Jenis Kerajaan Tempatan
    Dewan Bandaraya             Majlis Perbandaran                Majlis Daerah

∘ Ditubuhkan melalui       ∘   Ditubuhkan melalui         ∘   Ditubuhkan melalui
  undang-undang khas           (enakmen) undang-              (enakmen) undang-undang
                               undang biasa                   biasa
∘ Diperkenankan oleh
  Yang di-Pertuan
  Agong
∘ Mesti pusat
  pentadbiran dan
  perniagaan
∘ Diketuai oleh Datuk      ∘   Diketuai oleh Yang Di-     ∘   Diketuai oleh Yang
  Bandar dan dibantu           pertua dan dibantu oleh        Dipertua (Pegawa Daerah)
  oleh Majlis Bandaraya        Majlis Perbandaran (8-24       dan dibantu oleh Majlis
  (24 orang ahli)              ahli)                          Daerah (8-12 ahli)

∘ Tempoh perkhidmtan       ∘   Tempoh perkhidmatan ahli   ∘   Tempoh perkhidmatan ahli
  ahli Dewan: 2 Tahun          Majlis: 1 Tahun                Majlis: 1 Tahun



                                                                                    75
    Dewan Bandaraya             Majlis Perbandaran                 Majlis Daerah

∘ Bilangan penduduk        ∘   Bilangan penduduk           ∘   Bilangan penduduk kurang
  melebihi 100,000             melebihi 100,000 orang          daripada 100,000 orang
  orang

∘ Sumber kewangan          ∘   Sumber kewangan             ∘   Sumber kewangan kurang
  melebihi RM 20 Juta          melebihi RM 5 Juta              daripada RM 5 Juta
  setahun                      setahun                         setahun

∘ Contoh: Kuala Lumpur,    ∘   Petaling Jaya, Pulau        ∘   Rabu (Pahang), Kampar
  Johor Bahru, Ipoh,           Pinang, Alor Setar              (Perak)
  Kuching Utara,
  Kuching Selatan, Kota
  Kinabalu, Putrajaya



Keanggotaan Dewan Bandaraya

o   Terdiri daripada Datuk Bandar dan ahli-ahli Bandaraya yang dilantik oleh Kerajaan
    Negeri
o   Di Kuala Lumpur, Datuk Bandar dan ahli-ahli Dewan Bandaraya dilantik oleh Kerajaan
    Persekutuan
o   Pegawai-pegawai pentadbir yang lain merupakan kakitangan kerajaan

Keanggotaan Majlis Perbandaran

o   Terdiri daripada Yang Dipertua Majlis dan ahli-ahli Majlis Perbandaran dilantik oleh
    Kerajaan Negeri
o   Dibantu oleh kakitangan kerajaan negeri yang dilantik oleh Majlis Perbandaran dengan
    kelulusan Kerajaan Negeri


    Ahli-ahli Majlis Perbandaran merupakan pemimpin tempatan yang menyokong
    Kerajaan Negeri. Sebagai contohnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang terdiri daripada
    pemimpin UMNO, Gerakan, MCA dan MIC. Manakala Majlis Perbandaran Kota Bharu,
    Kelantan terdiri daripada penyokong-penyokong PAS.



Keanggotaan Majlis Daerah

o   Diketuai oleh Yang Dipertua yang memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah
o   Ahli-ahli majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri


10.2   KERAJAAN TEMPATAN: FUNGSI (TUGAS UTAMA) DAN BIDANG KUASA

o   Tugas-tugas utama Kerajaan Tempatan terdiri daripada :-
       i)     Menjalankan kerja-kerja mengangkat sampah dan mencuci parit
       ii)    Mengawal, menyewa dan menguruskan pasar
       iii)   Menjaga keindahan kawasan dan menyediakan kemudahan rekreasi
       iv)    Mengutip cukai harta benda, cukai pintu, bayaran perkhidmatan, sewa gerai
              kepunyaan kerajaan tempatan, mengeluarkan lesen kedai makan, lesen
              penjaja, pesta, pusat hiburan, Sijil Menduduki Bangunan (OC) dan
              sebagainya.

                                                                                       76
         v)       Membuat undang-undang kecil untuk sesuatu kawasan dan dikuatkuasakan
                  setelah disetujui oleh Kerajaan Negeri / Kerajaan Persekutuan
         vi)      Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan mengawal
                  akaun tersebut, tetapi belanjawan tahunannya mesti mendapat kelulusan
                  Kerajaan Negeri
         vii)     Menerima dan melaksanakan arahan-arahan Kerajaan Negeri
         viii)    Menyelaraskan        dasar-dasarnya      mengikut    dasar-dasar Kerajaan
                  Persekutuan
         ix)      Mengikut arahan-arahan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

10.2.1        Sumber Kewangan Kerajaan Tempatan

o   Sumber kewangan Kerajaan Tempatan diperolehi daripada :-
      a)     Cukai harta benda dan pintu kecuali cukai tanah
      b)     Bayaran perkhidmatan dan lesen-lesen kedai kopi, penjaja dan pusat
             hiburan.
      c)     Pinjaman dan pemberian daripada kerajaan negeri dan Kementerian
             Perumahan

10.3     KUASA KERAJAAN NEGERI TERHADAP KERAJAAN TEMPATAN

o   Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadap Kerajaan Tempatan seperti yang berikut :
       i)     Mengisytiharkan sesuatu kawasan dalam negeri menjadi kawasan Kerajaan
              Tempatan
       ii)    Menetapkan taraf, status dan sempadan kerajaan tempatan
       iii)   Memberi arahan am tentang dasar-dasar kepada Kerajaan Tempatan
       iv)    Meluluskan atau tidak meluluskan belanjawan tahunan Kerajaan Tempatan
       v)     Mengesahkan atau tidak mengesahkan setiap perundangan kecil yang dibuat
              sebelum dikuatkuasakan
       vi)    Meluluskan jawatan baru yang hendak diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan
       vii)   Melantik ahli majlis, Datuk Bandar atau Yang Dipertua Kerajaan Tempatan

10.3.1 Penyelarasan Antara Kerajaan Negeri Dengan Kerajaan Persekutuan

o   Badan-badan penyelarasan yang termaktub dalam Perlembagaan ialah Majlis Raja-raja,
    Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
    dan Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.
o   Badan-badan penyelarasan yang tidak termaktub dalam Perlembagaan ialah Majlis
    Perhutanan Negara, Majlis Perumahan Negara, Majlis Air Negara, Jawatankuasa
    Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dan juga Badan-
    badan Lain.

1. Badan-badan Penyelarasan yang termaktub dalam Perlembagaan

    i)   Majlis Raja-raja
         o Melibatkan penyelarasan terhadap isu-isu seperti keistimewaan, kedudukan dan
            kebesaran raja-raja, keagamaan, bahasa Melayu dan kewarganegaraan
         o Penyelarasan ini dapat dilakukan kerana semua Ketua Menteri dan Menteri Besar
            akan menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dengan mengiringi Raja/Sultan/
            Yang Dipertua Negeri manakala Perdana Menteri pula mengiringi Yang di-
            pertuan Agong

    ii) Majlis Tanah Negara
        o Dipengaruhi oleh Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi
        o Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil negeri dan pusat
        o Fungsi-fungsi majlis ini adalah :
               i)     Mentadbir dan menyeragamkan undang-undang tentang dasar tanah
                                                                                        77
              ii)    Memastikan dasar-dasar tanah dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan
                     dengan Kerajaan Negeri
              iii)   Menyelaraskan dan menyeragamkan pengawalan dan penggunaan
                     tanah
              iv)    Memperuntukkan tanah untuk kegunaan pembangunan seperti
                     Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Lebuh Raya Utara-
                     Selatan

   iii) Majlis Kewangan Negara
        o Keanggotaannya terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri-
           menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri setiap negeri. Fungsi-fungsi majlis ini
           ialah :-
               i)    Memperuntukkan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada
                     Kerajaan Negeri mengikut kriteria yang berikut :
                      a)     Bilangan penduduk negeri
                      b)     Panjang jalan dalam negeri
                      c)     Peruntukkan pembangunan khas
               ii)   Memperuntukkan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan
                     Negeri
               iii)  Membincangkan pembayaran royalti minyak atau hasil mineral dan
                     perhutanan kepada Kerajaan Negeri

   iv) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
       o Dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
       o Ahli-ahlinya terdiri daripada seorang wakil dari setiap negeri dan juga wakil-wakil
          Kerajaan Persekutuan
       o Tujuannya adalah untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Tempatan di
          seluruh negara
       o Memberikan nasihat kepada Kerajaan Tempatan tentang kutipan pelbagai hasil
          dan cukai dibawah bidang kuasanya
       o Membentuk dasar-dasar kebangsaan untuk menggalakkan, memajukan dan
          mengawal Kerajaan Tempatan
       o Melalui Majlis Negara, Kerajaan Persekutuan juga akan memberikan peruntukkan
          kewangan kepada Kerajaan Tempatan mengikut :
              a)     Bilangan penduduk sesuatu Kerajaan Tempatan
              b)     Keluasan kawasan di bawah pentadbiran Kerajaan Tempatan

   v) Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
      o Dipengerusikan oleh Perdana Menteri
      o Membincangkan dan menyelaraskan dasar-dasar dan perlaksanaan projek
         pembangunan

2. Badan-badan penyelarasan yang tidak termaktub dalam perlembagaan:

   i. Majlis Perhutanan Negara
       o Dipengerusikan oleh Menteri Perusahaan Utama
       o Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
       o Menyelaraskan undang-undang pentadbiran hutan antara negeri
       o Menyelaraskan usaha membendung pembalakan haram dan menyelamatkan
           hutan

   ii. Majlis Perumahan negara
       o Dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
       o Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
       o Menyelaraskan undang-undang pentadbiran perumahan negara
       o Mencari jalan keluar untuk menyediakan rumah kos rendah yang secukupnya
           untuk memenuhi keperluan rakyat

                                                                                         78
iii. Majlis Air Negara
     o Mengatasi krisis air

iv. Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
    Negeri
    o Melibatkan peringkat pegawai
    o Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara
    o Dianggotai Ketua Setiausaha semua kementerian dan semua Setiausaha
       Kerajaan Negeri
    o Menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

v. Badan-badan Lain
   o Penyelarasan antara badan-badan lain ialah:
        a)   Majlis Pembangunan Negara dengan Jawatankuasa Pembangunan
             Negeri
        b)   Majlis Keselamatan Negara dengan Jawatankuasa Keselamatan Negeri
        c)   Majlis Perancangan Negara dengan Jawatankuasa Perancangan Negeri




                                                                          79

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:944
posted:2/5/2011
language:Malay
pages:5